Oleh: Faizal Sidik
Sesi temubual dengan Raja
Shahriman Raja Aziddin ini dilakukan oleh kurator pameran iaitu Faizal Sidik
dan penulis jemputan Idarina Ibrahim.
FS: Mengapa
anda menulis puisi pada setiap pameran yang diadakan?
RS: Dalam pameran ini, saya juga ada
menghasilkan puisi tentang satu kiasan bayangan tentang lok. Rangkap ini masih
ada sambungan yang akan disudahkan kemudian. Saya akan tulis puisi yang lengkap
untuk pameran ini nanti. Ceritanya semasa zaman persekolahan dahulu saya mengambil aliran perdagangan dan bukan
sastera. Jadi oleh kerana minat saya membeli sendiri buku puisi dan belajar
daripada situ. Jadi akhirnya apa yang saya mampu adalah luahkan dalam satu
kata-kata yang saya rumus dalam arca sekadar yang termampu.
Ibarat sungai,
Bengkang bengkok air
mengalir,
Dari hulu sampai ke hilir,
Tiada berhenti deras
airnya,
Ujian hidup hingga ke
akhir,
Susah senang pahit dan
getir,
Lok dan lekuk ibarat yang
di ukir.
FS: Moyang anda
iaitu Sultan Abdullah ibni Sultan Jaafar telah dibuang negeri ke Pulau Sicily
apabila dikaitkan sebagai perancang pembunuhan J.W.W Birch di sungai Perak di Pasir
Salak. Arca awam di perkarangan Kompleks Sejarah Pasir Salak di daerah Perak
Tengah yang dibina sebagai tanda peringatan dan penghormatan seolah-olah figura
yang memegang keris ditangan sebelah kiri dan kanan. Adakah karya ini ada
kaitan dan kesinambungan daripada karya
Siri Lok ini?
RS: Tiada kerana dalam karya itu subjek keris
dalam keadaan pegang manakala ini benar-benar diletakkan pada bahagian kepala
iaitu wajah itu sendiri. Maknanya dalam kedudukan keris itu sendiri sudah tidak
lagi memegang keris tetapi lebih pada tubuh daripada arca yang baru ini.
Mungkin elemen keris dalam kepada ini sudah ada siri sebelum tetapi masa itu ia
masih belum diberi penekanan kepada satu konsep yang sekarang ini. Arca Siri
Lok ini saya telah membuat lukisan dalam mencari penyelesaian pada awal tahun
2000. Jika merujuk kembali kepada lakaran saya antara 2001 sehngga 2004 telah
berlaku lakaran-lakaran yang mencari ke arah Siri Lok ini. Jadi Siri Lok ini
baru masak dalam tahun 2016, maknanya daripada apa yang difikirkan dahulu
penyelesian masalah dari segi reka bentuk tiga dimensi berlaku dalam tahun
2016.
FS: Sudah
hampir lebih 2 tahun anda menyepikan diri di Kuala Kangsar dan kini akan
kembali semula dengan penghasilan 25 arca baru dalam Siri Lok . Bagaimana
perubahan dari siri sebelum ini berlaku? Apakah yang mendorang peralihan ini?
RS: Setiap karya yang saya hasilkan mempunyai
kesinambungan, daripada satu tajuk kepada satu tajuk itu ada juga hubungannya
antara satu sama lain, misalnya dalam Siri Lok ini boleh saya katakan saya
ingin meluahkan satu penghargaan kepada subjek (subject matter) karya saya.
Setelah sekian lama berkarya penumpuan atau subjek utama yang menjadi pilihan
dan saya gemari adalah figura dan senjata. Oleh yang demikian untuk Siri Lok
ini saya ingin jadikan figuratif sebagai subjek yang benar-benar menunjukkan
tumpuan kepada torso badan, yakni sifat tubuh badan sebagai subjek yang menjadi
pilihan serta keris yang diolah secara dilebih-lebihkan keadaan namun disiplin
keris itu masih kelihatan begitu juga dengan disiplin arca dengan tubuh badan.
Hal ini bermaksud pembuatan keris tradisional telah distailisasikan yang saya
rasa bertepatan dengan gabungan arca dalam siri ini disamping akan diperagakan
nanti di atas padestal sebagai satu pembingkaian tradisional antara arca dan
tapak.
FS: Arca anda anda di Taman Wawasan Public Bank yang bertajuk ‘Growth With Equity’ (1992) juga dilihat seakan senjata yang menghunus ke langit. Adakah ianya adalah senjata dan mengapa dibentuk sedemikian?
RS: Karya arca awam itu saya mengambil dari subjek pucuk, iaitu satu benih yang naik menjadi pucuk . Jadi saya mengambil ia dari suatu subjek yang lain khas untuk pertandingan yang dianjurkan oleh Public Bank arca untuk pembinaan Taman Wawasan. Saya rasa ia agak berbeza kerana semasa saya menghasilkannnya ada kajian yang jika dilihat pada garisannya kacang benih yakni pengulangan-pengulangan untuk menunjukkan pergerakan pertumbuhan.
FS: Dalam karya anda sebelum ini anda ada juga menghasilkan senjata untuk dipegang dan digunakan. Kenapa kini anda hanya memberi fokus kepada senjata jika dibandingkan arca posisi dan pergerakan?
RS: Pada saya ia seperti satu penghormatan dimana saya mahu menceritakan subjek karya saya iaitu senjata dan keris ini kerana ia juga merujuk kepada kebudayaan dan bangsa Melayu itu sendiri, sebab siri ini saya mengkhususkan kepada keris itu sendiri. Sebelum ini penciptaan senjata dalam pameran lebih global dimana ada tradisional dan ada yang direka-reka. Namun dalam arca siri ini saya menggunakan hanya keris, tradisinya masih ada dengan sedikit penyesuaian yang saya gunakan simbol dalam karya-karya saya ini.
FS: Arca anda anda di Taman Wawasan Public Bank yang bertajuk ‘Growth With Equity’ (1992) juga dilihat seakan senjata yang menghunus ke langit. Adakah ianya adalah senjata dan mengapa dibentuk sedemikian?
RS: Karya arca awam itu saya mengambil dari subjek pucuk, iaitu satu benih yang naik menjadi pucuk . Jadi saya mengambil ia dari suatu subjek yang lain khas untuk pertandingan yang dianjurkan oleh Public Bank arca untuk pembinaan Taman Wawasan. Saya rasa ia agak berbeza kerana semasa saya menghasilkannnya ada kajian yang jika dilihat pada garisannya kacang benih yakni pengulangan-pengulangan untuk menunjukkan pergerakan pertumbuhan.
FS: Dalam karya anda sebelum ini anda ada juga menghasilkan senjata untuk dipegang dan digunakan. Kenapa kini anda hanya memberi fokus kepada senjata jika dibandingkan arca posisi dan pergerakan?
RS: Pada saya ia seperti satu penghormatan dimana saya mahu menceritakan subjek karya saya iaitu senjata dan keris ini kerana ia juga merujuk kepada kebudayaan dan bangsa Melayu itu sendiri, sebab siri ini saya mengkhususkan kepada keris itu sendiri. Sebelum ini penciptaan senjata dalam pameran lebih global dimana ada tradisional dan ada yang direka-reka. Namun dalam arca siri ini saya menggunakan hanya keris, tradisinya masih ada dengan sedikit penyesuaian yang saya gunakan simbol dalam karya-karya saya ini.
FS: Karya anda
pada pandangan mungkin kelihatan ganas diluar namun adakah sifat dalaman anda
juga sedemikian juga seperti panas atau agresif ?
RS: Tidak lagi, itu mungkin dalam keadaan saya
masih muda. Arca ini menceritakan
kelangsungan Melayu, dalam keadaan sekarang misalnya dalam lok keris yang
melampaui had, menceritakan Melayu itu sendiri yang dalam keadaan cabaran zaman
sekarang ini. Tetapi saya tetap tidak beremosi seperti orang politik sebab saya
tidak berminat dan terlibat ke arah itu. Puncanya adalah dalam diri kita sebab
kita perlu banyak membetulkan diri, iaitu arah bagaimana kita mahu bawa kita
balik (jalan lurus).
FS: Adakah tidak
seperti perasaan yang anda alami seperti dalam Gerak Tempur?
RS: Mungkin sifat keris telah serap di dalam
diri saya itu walaupun tidak lembut, mungkin keadaan pembawaan. Orang Melayu
itulah sebenarnya lembut, kita dapat lihat senjata pun tidak keras ia lembut
tetapi tetap bahaya. Kita duduk dalam suatu keadaan masyarakat yang sebenarnya
mempunyai peradaban yang tinggi, kita masih banyak lagi boleh berfikir dengan
waras, kita masih lagi dalam konteks hidup yang banyak bersabar.
FS: Anda tidak
mengutamakan bahagian muka dalam karya-karya anda. Dalam karya arca sebelum ini
bahagian muka kelihatan seperti makhluk asing, topeng-topeng dan kepala
binatang. Mengapa kini senjata keris mengantikan bahagian kepala?
RS: Saya mengabstrakkan keris sehingga ia
menjadi suatu keris yang baru yakni kreasi keris kepada ciptaan baru. Dalam
pengkaryaan arca saya lebih dekat dengan pembentukan badan daripada muka kerana
pada saya muka ini mempunyai bentukan yang lebih rinci. Pada saya bahagian muka
bukanlah penceritaan utama dalam karya-karya sebelum ini, kerana saya lebih
memokuskan pada gerak iaitu gerak tubuh bahasa-bahasa badan daripada menunjukkan
sifat perwatakan mimik-mimik muka. Pada arca ini pula saya gantikan bahagian
muka dengan keris sebagai representasi wajah pengenalan, badan adalah suatu
keadaan yang bersifat universal, wajah pula khusus kepada bangsa yang membawa
watak bangsa. Dalam wajah Cina misalnya kita akan nampak spesifik kecinaan
seperti muka dan mata disepetkan, begitu juga keadaannya dengan wajah Melayu.
Apa yang penting di sini adalah perincian, jika memperkatakan wajah itu membawa
sifat bangsa spesifik dan pada saya saya tidak meyukai spesifik bangsa tetapi
universal dan pada siri lok ini pula saya ceritakan Melayu dalam rupa wajah
orang Melayu dan dalam budaya Melayu iaitu keris iaitu satu alat yang menjadi
simbol bangsa Melayu seterusnya membawa maruah dan jatidiri Melayu. Pada keris
membawa falsafah pegangan orang Melayu, apabila sahaja saya meletakkan keris
kepada kepala maka ia menandakan wajah tubuh tadi adalah wajah Melayu namun
dalam keadaan berbeza bukan dinampakkan bangsa dalam bentuk rupa tetapi bangsa
kepada pegangan falsafah orang Melayu itu sendiri. Jadi itu yang saya membuat
kepala berkeris itu kerana saya rasakan lebih kena dengan keadaan saya dan apa
yang saya mahukan dalam arca Siri Lok ini sendiri.
ID: Adakah
anda juga pengumpul keris?
RS: Ya, saya juga mengumpul keris tetapi tidak
besar. Sebelum ini saya pernah menjadi pedagang keris maknanya di sini saya
juga pernah berniaga dan menjual barang-barang keris-keris lama ini.
ID: Dalam Siri Lok ini adakah anda merujuk kepada jenis-jenis keris yang tertentu?
RS: Saya boleh katakan begini, saya tidak merujuk kepada jenis keris tertentu dan agak pelbagai. Setiap keris itu mempunyai nilai dan estetik yang tersendiri, penilaian melalui keseluruhan dalam bentuk-bentuk keris itulah yang menjadi satu inspirasi kepada saya untuk meluahkan karya keris saya sendiri.
ID: Di Alam Melayu kita ada keris Bali, keris Jawa Demam yang ada banyak bentuk hulu yang berfigura, adakah ia mempengaruhi pengkaryaan anda kerana apabila saya melihat keris-keris dari seberang bentuk-bentuk figuranya amat mengujakan.
RS: Pada saya jika dilihat dari sudut pembentukan figura dalam hulu keris antara satu subjek yang menarik yang juga menarik minat saya di dalam pembentukan seni keris itu sendiri. Namun untuk arca Siri Lok ini tradisinya dapat dilihat dari segi bilah daripada bentuk hulu yang figuratif tadi. Bahagian badan iaitu torso masih lagi merujuk arca-arca bertorso, tetapi telah distailisasikan pada saya mengikut citarasa pengaruh kemelayuan sebagai orang Timur. Dalam arca ini juga saya memasukkan motif kerawang pada tulang belakang figura walaupun bersubjekkan tradisi Barat namun elemen-elemen budaya Melayu masih ada.
FS: Negeri Perak terkenal dengan pedang Chura Si Manja Kini yang mempunyai sejarah yang panjang dalam kerabat diraja Perak. Adakah sumber senjata-senjata ini mendatangkan ilham kepada pengkaryaan anda seperti keris Taming Sari misalnya?
RS: Boleh dikatakan ia telah menjadi lagenda Chura Si Manja Kini, Ular Saktimuna, Sang Nila Utama dalam sejarah-sejarah. Ia merupakan alat-alat kebesaran yang jika kita lihat ada kuasa tersendiri dan kita rasakan itu inspirasi minat saya terhadap persenjataan itu sendiri. Chura Si Manja Kini adalah pedang dan dalam siri ini saya hanya tumpukan pada keris dan tidak mengambil hal yang berkaitan sejarah. Saya lebih menjurus pada keris yang saya olah sendiri. Tetapi setiap senjata itu membawa kepada minat dan kecenderungan untuk mendapatkan idea-idea.
ID: Dalam Siri Lok ini adakah anda merujuk kepada jenis-jenis keris yang tertentu?
RS: Saya boleh katakan begini, saya tidak merujuk kepada jenis keris tertentu dan agak pelbagai. Setiap keris itu mempunyai nilai dan estetik yang tersendiri, penilaian melalui keseluruhan dalam bentuk-bentuk keris itulah yang menjadi satu inspirasi kepada saya untuk meluahkan karya keris saya sendiri.
ID: Di Alam Melayu kita ada keris Bali, keris Jawa Demam yang ada banyak bentuk hulu yang berfigura, adakah ia mempengaruhi pengkaryaan anda kerana apabila saya melihat keris-keris dari seberang bentuk-bentuk figuranya amat mengujakan.
RS: Pada saya jika dilihat dari sudut pembentukan figura dalam hulu keris antara satu subjek yang menarik yang juga menarik minat saya di dalam pembentukan seni keris itu sendiri. Namun untuk arca Siri Lok ini tradisinya dapat dilihat dari segi bilah daripada bentuk hulu yang figuratif tadi. Bahagian badan iaitu torso masih lagi merujuk arca-arca bertorso, tetapi telah distailisasikan pada saya mengikut citarasa pengaruh kemelayuan sebagai orang Timur. Dalam arca ini juga saya memasukkan motif kerawang pada tulang belakang figura walaupun bersubjekkan tradisi Barat namun elemen-elemen budaya Melayu masih ada.
FS: Negeri Perak terkenal dengan pedang Chura Si Manja Kini yang mempunyai sejarah yang panjang dalam kerabat diraja Perak. Adakah sumber senjata-senjata ini mendatangkan ilham kepada pengkaryaan anda seperti keris Taming Sari misalnya?
RS: Boleh dikatakan ia telah menjadi lagenda Chura Si Manja Kini, Ular Saktimuna, Sang Nila Utama dalam sejarah-sejarah. Ia merupakan alat-alat kebesaran yang jika kita lihat ada kuasa tersendiri dan kita rasakan itu inspirasi minat saya terhadap persenjataan itu sendiri. Chura Si Manja Kini adalah pedang dan dalam siri ini saya hanya tumpukan pada keris dan tidak mengambil hal yang berkaitan sejarah. Saya lebih menjurus pada keris yang saya olah sendiri. Tetapi setiap senjata itu membawa kepada minat dan kecenderungan untuk mendapatkan idea-idea.
ID: Dalam
situasi semasa politik pada masa kini yang persoalan jatidiri Melayu kini
sering dibangkitkan semula. Jika senjata itu diangkat menjulang ke atas ia
membawa maksud yang berlainan. Adakah ini yang anda persoalkan dalam
pengkaryaan baru ini?
RS: Saya mulakan projek ini sejak 2016 dan
hampir 3 tahun menyiapkannya, pada masa yang sama saya juga terlibat juga
dengan kerja-kerja kebudayaan terutamanya dengan kumpulan-kumpulan budaya yang mahu mengembalikan semula budaya
tradisi Melayu. Amalan menjulang keris bukan sebenarnya untuk berlawan, di
dalam adat istiadat pertabalan keris ini dijulang sebagai tanda satu pegangan
kerana keris ada banyak simbol dan penuh dengan elemen di dalam keris itu
apabila dijulang sebagai penghormatan kepada budaya dan peradaban yang kita
pegang pada tauhidnya. Tradisi keris seperti cabut, angkat, kucup sebagai tanda
tauhid penghormatan kepada nilai budaya
yang kita pegang dan dibawa itu bukanlah satu amalan agresif.
FS: Maksudnya keris di sini ia bukan lagi sebagai alat fungsian tetapi juga mengandungi nilai estetika. Adakah begitu?
RS: Keris pada hari ini tidak boleh duduk dalam bingkai keris, contohnya keris yang duduk sisip dipinggang sekarang ini zaman berbusana. Saya rasa keris perlu hidup dalam budaya lain, dalam arca inilah saya membawa keris ini untuk hidup dalam arca tiga dimensi di Malaysa ini. Oleh itu keris sudah tidak duduk dalam budaya berbusana atau sekadar pakaian orang Melayu tetapi ia duduk kepada suatu penceritaan yang dibawa dalam suatu falsafah kesenian arca itu sendiri. Abstraksi keris itu boleh digunapakai pada keadaan untuk penceritaan untuk cerita zaman ini. Inilah yang saya ingin bawa penggunaan simbolik zaman atau geographical order dalam peribahasa pula ada mengkiaskan ‘sekali air bah, sekali pantai berubah’ atau ‘sekali air bah sekali pasir berubah’ begitu juga nilai kesenian. Ada orang yang mempertahankan seni tradisi sahaja, tetapi saya merasakan seni tradisi itu tetap perlu dipertahankan tetapi perlu ada perkembangan tradisi itu sendiri, agar supaya tradisi itu tidak dimatikan sekadar dalam kerangka tradisi sahaja dan perlu dimodenkan iaitu dalam versi baru. Ini adalah satu tanda penghargaan saya kepada kedua-dua imej keris dan arca torso ditonjolkan sekuat mungkin imejnya.
FS: Maksudnya keris di sini ia bukan lagi sebagai alat fungsian tetapi juga mengandungi nilai estetika. Adakah begitu?
RS: Keris pada hari ini tidak boleh duduk dalam bingkai keris, contohnya keris yang duduk sisip dipinggang sekarang ini zaman berbusana. Saya rasa keris perlu hidup dalam budaya lain, dalam arca inilah saya membawa keris ini untuk hidup dalam arca tiga dimensi di Malaysa ini. Oleh itu keris sudah tidak duduk dalam budaya berbusana atau sekadar pakaian orang Melayu tetapi ia duduk kepada suatu penceritaan yang dibawa dalam suatu falsafah kesenian arca itu sendiri. Abstraksi keris itu boleh digunapakai pada keadaan untuk penceritaan untuk cerita zaman ini. Inilah yang saya ingin bawa penggunaan simbolik zaman atau geographical order dalam peribahasa pula ada mengkiaskan ‘sekali air bah, sekali pantai berubah’ atau ‘sekali air bah sekali pasir berubah’ begitu juga nilai kesenian. Ada orang yang mempertahankan seni tradisi sahaja, tetapi saya merasakan seni tradisi itu tetap perlu dipertahankan tetapi perlu ada perkembangan tradisi itu sendiri, agar supaya tradisi itu tidak dimatikan sekadar dalam kerangka tradisi sahaja dan perlu dimodenkan iaitu dalam versi baru. Ini adalah satu tanda penghargaan saya kepada kedua-dua imej keris dan arca torso ditonjolkan sekuat mungkin imejnya.
FS: Pada bahagian tapak, apakah jenis kayu yang anda gunakan
RS: Campuran, ada yang dari kayu merbau, kayu sena dan kayu-kayu yang berat dan kukuh.
FS: Dalam
pengkaryaan anda sebelum ini sukar untuk dilihat anda menggunakan tapak sebagai
perletakan karya dalam kata lain arca berdiri sendiri. Mengapa karya-karya ini
anda menggunakan tapak.
RS: Arca Siri Lok ini adalah gabungan minat
saya antara senjata, figura, arca torso. Torso adalah gabungan tradisi seni
arca Barat iaitu satu bentuk arca yang banyak dibuat dan diolah dalam budaya
Barat jadi ianya dikatakan seni yang berasal-usul dari Barat itu sendiri. Keris
pula di dalam budaya orang Melayu merupakan satu alat kesenian yang paling
disukai dalam budaya masyarakat Melayu itu sendiri. Hal ini kerana keris itu
boleh dijadikan satu alat budaya yang melambangkan status dan juga perlambangan-perlambangan
tertentu. Pertama, figura mewakili
tradisi Barat sebagai asas arca Eropah. Kedua, keris sebagai alat alam Melayu
yang menceritakan identiti Melayu pada wajah arca itu. Gabungan tradisi Barat
melalui wajah badan namun rupa tradisi wajah itu masih lagi dalam lingkungan
tradisi kita, jadi tradisi inilah yang saya letakkan sebagai dalam tradisi arca. Ketiga, tapak itu tadi
adalah aturan arca tradisional. Katiga-tiga elemen ini mempunyai tradisi arca,
tradisi arca Eropah dan tradisi Melayu digabungkan dalam membentuk arca saya
sendiri dan pada saya satu bentukan seni arca moden Malaysia yang membawa
identiti Melayu. Inilah bacaan saya dalam siri ini.
FS: Karya
terbaru anda dilihat dari bahagian kepala hingga aras badan atau torso. Mengapa
tiada lagi bahagian tubuh badan lain seperti struktur kaki tidak lagi diberikan
perhatian. Adakah ini satu percubaan kembali kepada tradisi arca itu sendiri
yang menghendaki di letakkan di atas alas.
RS: Jika kita berbalik kepada arca torso dalam
acuan seni barat menekankan bahagian atas badan manusia iaitu samada dari
bahagian peha ke bahagian kepala atau ada
kepala tetapi bahagian tangan ditiadakan. Dalam arca ini juga saya tidak
mahu menunjukkan keseluruhan keadaan sifat badan dan cukup sekadar bentuk yang
paling menarik pada bahagian badan yang saya mahukan iaitu dari bahagian
punggung serta ke atas. Dalam subjek ini saya gunakan tulang belakang (spine)
yang kita boleh nampak alunan walaupun figura itu hanya separuh badan tetapi
kita boleh melihat kedinamikan karya ini yang tidak statik. Jadi perkara ini
telah cukup tanpa kaki dan tangan bagi menunjukkan pergerakannya kerana bentuk
tubuh itu telah memadai dalam mewujudkan dinamisme sebagai elemen dalam
menonjolkan aliran gerak. Dalam arca-arca saya banyak bermain dengan
rangka-rangka tulang seperti sangkar
rusuk (rib cage). Untuk menampakkan arca itu kuat pada strukturnya saya gunakan
tulang-tulang rusuk yang dibalut dengan otot-otot yang sederhana tetapi sudah
cukup bagi menampakkan kegagahan pada arca itu. Dari segi falsafah pula, saya
ingin menunjukkan bahawa tubuh ini adalah penanggung dalam menghadapi cabaran
masa kini sebab lok ini menceritakan liku-liku perjalanan. Sebenarya lok ini
membawa maksud lekuk iaitu lekuk menunjukkan suatu yang bengkang-bengkok.
Bentuk yang bengkang-bengkok ini adalah falsafah perjalanan yang diibaratkan
seperti sungai, semakin besar lok dan semakin banyak lekuk semakin susah
perjalanan dan semakin banyak pula rintangan. Inilah falsafah keris yang saya
gunakan di dalam arca lok.
ID: Saya ingat
tahu jenis silat yang diajar di Kuala Kangsar iaitu silat gerak seni abjad
adakah anda merupakan penaungnya?
RS: Tidak, saya bukan penaungnya tetapi
penuntutnya, saya dahulu pernah belajar silat pelintau semasa zaman sekolah
kemudian masuk kepada seni silat abjad. Silat ini lebih bercirikan permainan
gerak dan pertahanan diri, namun silat ini hanyalah seperti dalam karya-karya
saya yang banyak bersilat itu sebagai rujukan kerana saya suka permainan ini
kerana ia menghasilkan ilham mengenai pergerakan.
ID: Saya
sebelum ini adalah pengkaji keris dan dalam silat ini misalnya silat siput
bukanlah untuk membunuh sebab untuk membunuh ada gerak yang tertentu. Bagaimana
anda menentukan lok-lok dalam karya anda kerana bentuknya agak unik dan
tersendiri?
RS: Bagi siri arca ini saya sememangnya
menggunakan elemen ruang (space) yang cengkung (concave) dan cembung (convex) iaitu antara ruang positif
(positive space) dan ruang negatif (negative space). Berkenaan dengan ruang ini
misalnya jika kita tengok dalam sebilah keris ia ada timbul dan tenggelam atau ada
satu yang tinggi dan satu lagi ke dalam, satu ke dalam dan satu tinggi. Jadi ia
adalah dua perkara asas pada ciptaan bentukan iaitu cembung (convex) ruang
positif dan cengkung (concave) ruang negatif. Kedua-dua ini adalah elemen dan
prinsip asas dalam seni reka. Sebenarya rekaan bentuk arca saya berbalik kepada
asas falsafah dalam membentuk iaitu bentuk cembung dan cengkung. Ini adalah
asas dalam bentukan saya tetapi setelah melalui proses pengolahan yang panjang
bentukannya menjadi semakin rumit. Jadi pada saya kesesuaian keris tadi mengikut
kesesuian posisi badan. Keris yang saya gunakan dalam arca saya adalah mengikut
kesesuain aliran kepada badan, dimana badan yang kita lihat itu adalah tulang
belakang (spine) jika punggungnya tinggi ia akan cembung kemudian ia kembali
cengkung dalam permainan ruang positif dan negatif. Oleh itu keris itu perlu
saling mencukupkan dimana ia perlu masuk serasi dengan badan. Dalam situasi
inilah lok itu perlu sesuai dengan keadaan badan. Keserasian diantara lok keris
dan bentukan postur badan adalah penting dan saling memerlukan diantara
kedua-duanya.
FS: Dalam
budaya Melayu, senjata terutamanya keris merupakan senjata yang penting dan
mempunyai peranan yang pelbagai. Keris ini diperturunkan dari satu generasi
kepada satu generasi yang lain. Senjata ini mempunyai semangat yang tersendiri,
ia boleh terbang, membunuh dan mempertahankan. Boleh terangkan tentang amalan
perasapan atau usap keris?
RS: Apabila orang Melayu membuat keris, keris
adalah suatu alat yang mempunyai pelbagai fungsi dan keris boleh dikatakan
mempunyai nilai fizikal dan spiritual iaitu jasmani dan rohani. Jasmani keris
kita dapat lihat dari segi rupa, bentuk, elemen-elemen subjek misalnya ia
mempunyai belalai gajah, cicak iaitu simbol-simbol pada keris itu ada bentuk
sampan, batang sungai, jalan yang lurus, ada hulu dalam bentukan duduk
beribadat, tawaruk, perhambaan. Berkenaan bilah keris pula mempunyai elemen,
boleh dikatakan keris ini adalah satu objek yang serbaguna. Keris bukan senjata
tusuk biasa ia adalah lambang dan pegangan perjalanan orang Melayu. Perasapan
ini juga merupakan suatu keadaan spiritual, mengusap keris boleh dihubungkan
dengan amalan orang-orang terdahulu dalam budaya Melayu. Mengusap keris
biasanya dilakukan dengan mengguna kemenyen, bau-bauan dengan setanggi misalnya
adalah budaya yang biasa dalam Islam itu sendiri. Dalam Islam apabila mereka yang
akan menunaikan ibadat haji di Mekah biasanya akan menggunakan setanggi sebagai
pewangi. Jadi bau-bauan yang ada di alam Melayu ini merupakan daripada getah
pokok apa yang kita panggil kemenyen itu tadi selain sarang kelulut. Sumber
batu dan fosil-fosil getah ini jadikan
bau-bauan yang melengkapi kerana di alam Melayu ini kita mengambil sesuatu
perkara yang fizikal mesti ada batin yakni spiritualnya. Bukan hanya fizikal
luaran yang hanya bersifat permukaan tetapi unsur batiniah dalaman barulah ia
hidup dalam melengkapi kejadian manusia itu sendiri iaitu zahir dan batin.
Keris juga mesti duduk pada keadaan jasmani dan rohani yang menyentuh dua aspek
kerana mahu balik kepada tuhan bersifat ghaib dan bersifat keadaan yang spiritual
. Tetapi ada juga yang pergi ke alam-alam jin, alam yang tinggi seperti alam
malaikat dan lebih tinggi lagi adalah alam ketuhanan itu sendiri. Jadi diantara
simbol yang kita gunakan adalah bau-bauan yang kita mahu ceritakan tentang
kedudukan tingkat keris itu boleh mencapai kepada peringkat ketuhanan.Tetapi
ada juga pengamal yang hanya cukup sekadar mencapai ke perjalanan jin-jin ini
dan ini adalah kepelbagaian dalam masyarakat.
ID: Anda ada
sebut tentang cara mencuci keris. Selain daripada itu kita tahu ada unsur tanah,
api dan air termasuk juga besi sebab tadi kita ada sebut tentang cara cuci,
penjagaannya. Keris ini bahannya adalah daripada besi dan kenapa kita ada
pemujaan pada keris kerana adakah sebab bahan yang digunakan iaitu besi. Dalam
hal ini apakah besi yang anda gunakan atau anda ada membuat campuran jenis besi
atau material-material yang ada sebab saya rasa jika pengumpul mengetahui yang
sudah tentu ia suatu yang bermanfaat?
RS: Mengenai besi sememangnya ia merupakan
satu kejadian yang Allah jadikan iaitu yang mana siapa yang tahu gunakan akan
mendapat kekuatan . Orang Melayu sememangnya dah mahir dalam penggunaan besi, jika kita kini penemuan di Sungai Batu
iaitu beratus tahun sebelum abad pertama telah ada tempat melebur logam, jadi
tamadun Melayu adalah tamadun yang tua dalam menggunakan besi. Namun dari segi
kebatinannya iaitu dari segi Islam sendiri besi ini menceritakan tentang untuk
kekuatan, ini bermaksud kekuatan kita mengambil besi yang kuat itu kita
bangunkan dan memakai kekuatan itu sendiri. Dari segi kekuatan yang ada pada
besi ini adalah suatu benda yang tidak
ada sifat pada benda lain yang kita kena guna. Jadi jika kita lihat
negara-negara membangun mereka ini setiap negara ini ada menggunakan iaitu
teknologi besi yang hebat. Di alam Melayu besi ini boleh dikatakan mempunyai
tradisi besi alami iaitu besi yang kita ambil dari alam ini sendiri dan satu
lagi besi daripada langit iaitu meteorit. Orang dahulu kala mengatakannya besi
antara langit dan bumi. Campuran besi-besi ini menjadikan alatan senjata
dulu-dulu memang mempunyai suatu pembawaan yang luar biasa sebab sifat-sifat
besi yang diambil tadi adalah atas kebesaran kejadian tuhan. Kepercayan dahulu
mengatakan langit ini adalah bapa dan ibu adalah penggung bumi, jadi cantuman
mengikut orang dulu-dulu besi yang jenis bapa kahwin besi yang jenis ibu, maka
campuran antara besilah yang menjadikannya istimewa serta luar biasa. Jika kita
lihat abad-abad terdahulu tradisi kepercayaan dan juga pengamal-pengamal besi
ini mempunyai ritual tertentu untuk mendapatkan besi ini sehingga besi ini
diadun dengan menjadi suatu bahan yang benar-benar istimewa dalam pandangan
masyarakat itu sendiri. Ada juga cerita keris itu membawa karekter tuah yang
berbeza-beza dalam menolong tuannya mengikut ceritanya. Keris Taming Sari
misalnya dapat menolong Hang Tuah misalnya di sini keris-keris ini ada membawa
pembawaan. Pada masa kini pula ada teori
getaran (vibration) iaitu setiap benda itu ada getaran tenaga dalaman, tetapi
semua itu benar kerana Allah ada mengatakan “ Tidak Aku menjadikan sesuatu itu
sia-sia” maka tidaklah ciptaan Allah pada besi itu adalah sama tetapi
berbeza-beza. Dalam pemikiran orang pandai besi (tukang keris) sememangnya
mereka telah arif keadaan besi antara satu besi dengan besi yang lain sehingga
dia boleh menggabungkan besi yang berbeza itu menjadi satu besi yang membawa
satu karekter dan kekuatan baru. Misalnya campuran moden kini yang asas seperti
logam karbon (carbon steel) iaitu besi baja yang boleh berfungsi sebagai alat
yang kuat tetapi sifat kekuatannya agak rapuh. Walaupun besi ini boleh
‘memakan’ besi lain dengan cara hentakan, ketukan namun jika ada impak besi ini
akan pecah, jadi ia perlu memegang sifat besi logam (mild steel) iaitu besi
tawar dalam istilah orang Melayu. Walaupun kuat besi itu boleh menjadi rapuh
tetapi boleh dilembutkan dan digunakan kekuatannya dengan dibalut dengan suatu
besi iaitu besi tawar tadi. Besi tawar (mild steel) ini pula mempunyai sifat
sederhana kuat tetapi tidak sekuat besi karbon dan membawa sifat liat apabila
memegang besi karbon tadi. Selain itu rapunya besi baja tadi dipegang oleh besi
(mild steel). Jadi inilah kefahaman orang kita yang menggabungkan besi menjadi
suatu besi yang mempunyai kualiti yang tersendiri. Adunan pelbagai jenis besi
menjadi besi baru yang ada kekuatan tersendiri. Walaupun ini adalah kepandaian
dan kefahaman orang Melayu tetapi ia semain hari semakin terhakis kerana dikaji
oleh orang-orang Barat dan Eropah. Kini mereka ini banyak menggunakan campuran
ini dalam pembuatan senjata mereka. Kita juga ada mengeksport besi sampai ke
Timur Tengah. Kepandaian kita juga dilihat oleh bangsa Turki pada Zaman
Kerajaan Uthmaniah tetapi pedang-pedang kuat yang digunakan oleh Salehuddin
Al-Ayubi itu menggunaka besi Damsyik (Damascus steel) iaitu besi yang dicampur
begitu juga orang Melayu.
FS: Adakah itu
yang menyebabkanya lebih berkilat?
RS: Besi kilat pula perlu melihat apa yang
dicampurkan dan kandungan di besi itu sendiri. Kalau bahan kandungan di
dalamnya mengandungi kromnium ia akan menjadi kilat. Bahan ini juga akan
menampilkan rupa yang berbeza-beza, jika ada campuran nikel ia akan membawa
sifat jaluran keputih-putihan tompokan pada corak besi. Kita di alam Melayu,
kita bukan sahaja faham adunan besi itu tetapi kita di sini melangkui itu lagi
sehingga rincian terhadap corak dimana setiap corak besi ada tuah yang
tersendiri itulah yang dikatakan pamur pada keris. Pamur ini membawa tuah dan
lambang kedudukan dan dalam berpakaian.
ID: Di
dalam pembuatan arca lok ini pula anda hanya menggunakan teknik keris atau campuran?
RS: Dalam Siri Lok keris yang digunakan masih
menggunakan teknik keris dengan campuran besi tetapi campuran besinya tidak
melampui sebagaimana keris yang sebenar atas faktor masa. Walau bagaimanapun
saya tetap juga menggunakan dua jenis besi iaitu karbon dan mild steel. Jika anda lihat dengan lebih
dekat kesan pamur masih kelihatan seperti urat-urat besi. Atas alasan itu juga
saya membuat keris tradisi termasuklah disiplinnya masih mengekalkan tradisi
seperti apabila ingin dibuka perlu dilimaukan. Setiap cantuman arca ini antara
keris (bahagian kepala) dan torso (bahagian badan) adalah sengaja tidak
dimatikan. Semuanya menggunakan kain sebagai penyendal untuk mengetat antara
keris dan badan. Keris ini katakanlah jika dalam koleksi kolektor akan berkarat
maka dalam proses pemulihannya keris itu akan dicabut dan dicuci sebagaimana
keris tradisi dalam arca. Budaya keris dalam ini masih lagi memegang asal keris
Melayu.
ID: Boleh anda
kongsikan petua-petua dalam campuran besi?
RS: Campuran besi ini ada petuanya, di negeri
Perak ini campuran besi ada yang panggil ‘tujuh pa’ ada ‘sembilan pa’ . Ada
orang tanya apa maksud ‘pa’ . Saya lebih suka guna istilah dari negeri Pahang
yang memakai ‘kaf’ tetapi saya sudah mengetahui rumusan kepada kedua-dua ilmu
itu. Kaf itu bermaksud kerana mereka ada amalan ‘kaf’ untuk membangunkan besi
itu semula. Tetapi pada zaman kini sudah kurang orang yang mengamalkan untuk
tujuan hikmah kerana tiada keperluan pada masa kini. Keris ini adalah
perlambangan kewujudan diri kita yang tetap berdiri . Ada amalan tok guru yang
mengatakan “ satu keris itu semua dibinasakan oleh Allah, jadi ia akan berbalik
kepada orang yang menggunakannya. Semangat besi akan berbalik kepada tuan punya
diri yang hidup dan punya semangat
FS: Saya nampak
dalam pengkaryaan baru anda ini jika dimiliki oleh pengumpul mereka akan dapat
dua objek. Pertama, mereka akan mendapat keris dan kedua, bentuk torso sebagai
arca. Cuma jika dilihat dari jauh arca-arca bahagian torso itu kelihatan
seperti hulu-hulu keris. Adakah anda merancang untuk melakukannya ataupun
perkara ini berlaku secara kebetulan?
RS: Secara kebetulan, di dalam hulu keris ada
figura tetapi di dalam figura ini tidak merujuk kepada hulu keris. Figura yang
ini merujuk kepada figura itu sendiri.
ID: Jika kita
membuat lok biasanya kita akan mengira bilangannya dengan nombor ganjil.
Bagaimana sebenarnya cara untuk mengira lok?
RS: Lok dalam karya saya bukan sekadar angka
ganjil tetapi ada juga dalam bilangan genap kerana ia telah melampui had lok,
jadi di sini ia tidak lagi mengikut tradisi ganjil. Dalam budaya pertukangan
keris lok genap menyimbolkan penghabis tukang, ia juga bermaksud tukang besi
menandakan mahu berhenti sebelum dia menghampiri kematian. Dalam kata lain dia
tidak mahu menghasilkan keris lagi dia akan mengakhirinya dengan angka genap.
Tetapi dalam karya saya hanyalah bentuk luahan falsafah. Keadaan yang saya
lakukan ia telah menyimpang daripada keadaan sebenar keris. Saya ceritakan
ujian dan cabaran kita ini sudah tidak mengikut dan jalanya telah melampaui
had. Dalam kata lain saya ingin memperkatakan Barat telah menelanjangkan iaitu
pengaruh Barat telah menyerapi seluruh bangsa. Tetapi wajahnya masih lagi orang
Melayu termasuklah jati dirinya. Lok yang melampau menandakan cabaran yang
banyak dan semakin melampau-lampau.
FS: Jadi arca awam yang berada di Kompleks Sejarah Pasir Salak sememangnya bukanlah kesinambungan siri baru ini. Adakah ia karya komisen?
RS: Ya, masalahnya karya komisen di dalam negara kita ini kita tetap tertakluk kepada satu-satu badan. Ia bukan mengambil dari hasil kerja peribadi kita dan besarkan, inilah masalah dalam arca awam kerana ia bukan datang dari hasil luahan kita tetapi ia mengambil kira citarasa kehendak pelanggan itu sendiri.
FS: Jadi arca awam yang berada di Kompleks Sejarah Pasir Salak sememangnya bukanlah kesinambungan siri baru ini. Adakah ia karya komisen?
RS: Ya, masalahnya karya komisen di dalam negara kita ini kita tetap tertakluk kepada satu-satu badan. Ia bukan mengambil dari hasil kerja peribadi kita dan besarkan, inilah masalah dalam arca awam kerana ia bukan datang dari hasil luahan kita tetapi ia mengambil kira citarasa kehendak pelanggan itu sendiri.
FS: Apakah
amalan yang anda selalu adakan? Adakah ruang bekerja seperti bengkel atau studio
mempengaruhi cari pelukis bekerja sekaligus akan membentuk karyanya?
RS: Amalan dari segi studio saya anggap arca
ini adalah suatu pekerjaan yang profesional. Bengkel adalah tempat yang saya
paling suka untuk saya duduk, tinggal buat, hasilkan percubaan di situ. Jika
saya ada masa lapang di situ jugalah tempat yang suka duduk, melihat-lihat
material, mengkaji semula idea-idea. Ritualnya pula tiada apa yang berlaku, ritual adalah suatu
perkara yang sebati juga ia adalah amalan bukan sekadar di dalam bengkel.
Amalan ini adalah pekerjaan yang telah
kita praktikan maknanya pada setiap masa bukan sekadar di bengkel. Tetapi dalam
perbuatan khusus senjata saya belajar sememangnya ada untuk menghasilkan
senjata sebagai senjata hikmah. Ada adat-adat khusus untuk menjadikan senjata
itu hikmah atau sentuhan bangsa rohani. Ia adalah meletakkan suatu keadaan alat
yang kita hasilkan itu dengan suatu benda yang luar biasa atau himah
kurniaan-kurniaan daripada Allah. Tetapi di sini tidak juga saya mahu nafikan
hikmah atas apa yang Allah bagi kepada saya seperti idea, buah fikiran, setiap
perkara yang saya lakukan saya juga bermohon juga doa kepada Allah s.w.t dalam
sumber ilham dari tuhan dapat dimanfaatkan kepada masyarakat. Saya ingin
katakan sedikit di sini, ada yang mempersoalkan karya saya dari segi
penghasilan torso nampak seperti tubuh yang ditelanjangkan. Jika mereka
mengatakan saya cuba menonjolkan sifat erotisme dalam karya itu, pada saya
perkara ini telah saya tanggalkan sifat erotisme dalam bentuk badan itu dan
yang saya tunjukkan adalah kekuatan (strenght) dan saya merasakan perkara bukan
satu perkara yang salah jadi ini antara satu penekanan yang saya ingin
ceritakan juga . Sebab orang masih bercerita tentang larangan membuat figura.
Pada saya tiga dimensi adalah suatu bahasa visual jadi apa yang saya luahkan
adalah dari sudut bahasa dalam suatu keadaan dan ia bukan menjadi suatu perkara
yang mengarahkan kepada suatu yang negatif. Maknanya dari sudut kerangka tiga
dimensi saya telah meletakkanya dalam kerangka bahasa saya sendiri. Perkara ini
merupakan ilham dan petunjuk yang saya mohon minta.
FS: Adakah anda
mempunyai amalan pada besi yang sering dipraktikkan?
RS: Adalah menjadi tuntutan jika untuk
melakukan senjata hikmat sememangnya ada amalan-amalan tertentu. Tetapi untuk
menghasilkan arca ini, ia bukan seperti itu, ini adalah seperti suatu disiplin
yang saya amalkan daripada dulu iaitu tanggungjawab seorang seniman adalah menghasilkan
karya sebagai bahasa yang dia boleh berkomunikasi. Bagi saya ia adalah
tanggungjawab. Bagi memohon pula kita pohon sebelum kita memasuki bengkel itu
sendiri misalnya bangun amalkan solat Dhuha, solat istikharah kita mohon setiap
pagi untuk minta petunjuk. Misalnya solat istikharah adalah memohon petunjuk
daripada Allah setiap perbuatan dalam gerak diam kita pada hari itu. Apabila
kita memasuki bengkel kita telah bersiap dengan persiapan, itulah yang biasa
saya amalkan. Manakala amalan-amalan khusus saya tidak lakukan, contohnya adab
buat senjata, kerana adab membuat senjata mempunyai ritual yang berbeza kerana
ia mempunyai pertuturan dan bahasa seni yang berlainan.
FS: Adakah saiz
ruang anda bekerja mempengaruhi anda bekerja dari segi saiz karya dan bilangan
karya yang akan dihasilkan?
RS: Bagi saya yang penting dalam sebuah
bengkel adalah keperluan yang saya mahukan untuk pembuatan itu tersedia ada.
Tujuan saya balik ke kampung sebelum ini adalah untuk mendapatkan ruang
peribadi yang tiada gangguan, keperluan kepada membayar kos sewaan, keperluan
hidup tidak mendesak.
ID: Adakah anda perlu membuat alatan-alatan baru dan khusus sendiri dalam membentuk besi Siri Lok ini?
RS: Bagi membentuk besi saya gunakan teknik lapisan (sandwich) atau lipatan. Tetapi khas untuk siri ini saya menempah khas gas relau (furnace gas) untuk menghasilkan pembakaran yang lebih baik. Sebabnya zaman ini sukar kita untuk mendapatkan bekalan sumber arang yang baik, inilah kerana arang untuk melebur besi adalah dari arang kayu merbau untuk mendapatkan pembakaran yang bersih melalui api yang unggu. Bagi mencapai tahap lebur, suhu perlu mencecah 1300 darjah. Pembakaran kayu ini diperkuatkan dengan pembakaran angin. Penggunaan gas ini sebenarnya bukan sahaja diperkuatkan malah bersih.
ID: Adakah anda perlu membuat alatan-alatan baru dan khusus sendiri dalam membentuk besi Siri Lok ini?
RS: Bagi membentuk besi saya gunakan teknik lapisan (sandwich) atau lipatan. Tetapi khas untuk siri ini saya menempah khas gas relau (furnace gas) untuk menghasilkan pembakaran yang lebih baik. Sebabnya zaman ini sukar kita untuk mendapatkan bekalan sumber arang yang baik, inilah kerana arang untuk melebur besi adalah dari arang kayu merbau untuk mendapatkan pembakaran yang bersih melalui api yang unggu. Bagi mencapai tahap lebur, suhu perlu mencecah 1300 darjah. Pembakaran kayu ini diperkuatkan dengan pembakaran angin. Penggunaan gas ini sebenarnya bukan sahaja diperkuatkan malah bersih.
ID: Adakah
anda masih lagi menghasilkan keris untuk tempahan.
RS: Pada masa kini saya tidak menerima lagi
tempahan tetapi untuk keperluan individu yang khusus. Keris kepada orang yang
saya buat itu adalah sebagai satu tanda penghargaan. Pembuatan keris dan
ritualnya tidak semudah yang disangkakan berbanding dengan pembuatan keris
biasa. Pembuatan keris khusus tadi perlu diniatkan kepada orang yang berkenaan.
FS: Apakah
harapan anda terhadap khalayak yang datang menyaksikan himpunan karya terbaru
anda ini nanti?
RS: Khalayak dapat mesej yang saya sampaikan
serta menerima, menghayati dan sama berkongsi keseronokan pada karya itu nanti.
Pada masa yang saya pameran ini dapat memberikan satu cetusan kepada seni tanah
air terutamanya dalam seni arca agar terus segar terutamanya kepada orang-orang
muda dan pengkaji budaya-budaya Melayu. Saya becadang semasa pembukaan pameran
itu nanti dapat diadakan satu pertunjukkan. Adalah menjadi syariat memberi
elemen kekaguman kepada orang, kagum di sini bermaksud apabila mereka melihat
karya ini ia memberi satu daya tarikan pandangan, kehairanan dan impak kepada
mereka sebagai orang yang melihat, ciri-ciri inilah yang saya harapkan.
Kurator pameran Lok iaitu Faizal Sidik bersama pengarca Raja Shahriman di bengkel studio yang terletak di Kuala Kangsar. |