MAJLIS
PAMERAN KUMPULAN MANJUNG: MANUSIA DAN ALAMNYA
OLEH YBHG
PROF DATO’ DR MOHAMED NAJIB AHMAD DAWA (WAKIL)
KETUA
PENGARAH, BALAI SENI NEGARA
20
DISEMBER 2018 (KHAMIS)
YBrs. Dr
Zainudin Md Nor
Koordinator
Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka UiTM, Seri Iskandar, Perak
YBrs. Pn Jeannie
Chan
Pengasas Natiarts, Pertubuhan
sosial kanak-kanak berkeperluan
Khas
Pn.
Aimee Chan
Pengetua Rumah
Persatuan Kebajikan Sri Eden Selangor dan Kuala
Lumpur
Pensyarah dan bekas
pensyarah ITM Perak cawangan Manjung dan
Seri Iskandar
Pelukis-pelukis
yang diraikan
Rakan-rakan kurator dan pelukis
Wakil-wakil Media
Dif Dif Jemputan
Tan Sri /Puan Sri /Dato Dato/Datin
datin
Hadirin
sekalian,
1. Balai Seni Negara, mengalu-alukan kehadiran semua tetamu
ke majlis perasmian pameran Kumpulan
Manjung. Selamat datang dan terima kasih juga diucapkan kepada YBrs. Dr
Zainudin Md Nor, di atas kehadiran tuan pada hari ini.
2. Pada hari ini kita sangat teruja kerana dapat
bersama-sama untuk meraikan dan menyaksikan
pameran ulung Kumpulan Manjung: Manusia dan Alamnya. Di dalam pameran ini
kurator telah membahagikan pelukis-pelukis kepada 2 tema iaitu Manusia dan
Alam. Pameran ‘Manusia dan Alamnya’ dibina bagi bertindak balas terhadap situasi
semasa yang berlaku terhadap pergolakan alam dan hidup manusia yang berlaku di
sekitar pelukis dan pereka.
3. Tahniah diucapkan kepada 17 orang pelukis yang terlibat dalam
menzahirkan pameran ini iaitu :
Manusia
Mohd Farizal Puadi
Zawiyah Yaacob
Mohd Ekram Al-Hafis
Hashim
Fairus Ahmad
Nuriman Amri Manap
Khalida Khairuddin
Zaitul Effa Baharudin
Saiful Azmi
Ahmad Eruan Adnan
Rafidah Saharudin
Zuraidy Abd Rahim
Alam
Muhammad Ekhsan Md
Haniff
Rohizal Mat Arop
Nadiah Muhamad
Tetriana Ahmed Fauzi
Nuramani Zainuddin
Idarina Ibrahim
Nurulhuda Mohamed
4. Kumpulan Manjung merupakan satu kumpulan bekas penuntut
Institut Teknologi MARA (ITM) cawangan Seri Manjung dari tahun 1995 sehingga
2002. Seperti yang telah sedia maklum, ITM kini telah diangkat taraf sebagai
Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan UiTM cawangan Seri Manjung telah
ditempatkan di lokasi tetap di UiTM Seri Iskandar, Perak.
5. Melalui pameran ini, usaha galakan kepada penggiat seni
untuk bergiat aktif dan mengadakan kerjasama bersama Perusahaan Sosial (social
Enterprise) dapat dipertingkatkan. Usaha kerjasama ini akan memberikan peluang
yang lebih luas kepada mereka mengembangkan potensi diri dan membina jaringan
seni dan perniagaan.
Para
hadirin sekalian,
6. Menelusuri rentetan hubungan Balai Seni Negara dan UiTM,
sebenarnya telah lama terjalin dengan pelbagai aktiviti dan program serta
kolaborasi seni yang memberikan impak yang besar kepada industri seni visual
dan pendidikan seni di Malaysia.
7. Pameran seni dari UiTM
telah bermula seiring dengan
perjalanan Balai Seni Negara iaitu Pameran
Fakulti Institut Teknologi MARA pada tahun 1985, 1987 and 1989, Pameran
berkumpulan graduasi ITM 1996 iaitu pameran X=Pro+Form serta banyak lagi
pameran kolaborasi bersama.
8. Terkini kolaborasi bersama ialah Program Asia
International Conference Of Art And Design 2018, (AICAD 2018) yang telah diadakan di NAG@Langkawi pada bulan
Oktober 2018. Pada bulan September tahun 2019 akan datang pula, sebuah Pameran Asian
Fiber Association (AFA) yang ke-12 menghimpunkan pengkarya seni fiber Malaysia
dan negara-negara Asia akan dianjurkan oleh UITM Perak, AFA Association
dengan kerjasama Balai Seni Negara di Pusat Kreatif.
9. Balai Seni Negara
telah membuka ruang kepada pelukis-pelukis muda seperti Kumpulan Manjung
untuk berpameran di ruangan Creative Space bagi mengembangkan potensi seni dan
potensi diri serta platform menjana ekonomi, memasar dan mempromosikan karya
mereka untuk lebih dikenali lebih jauh ke peringkat antarabangsa hendaknya.
10.
Suka saya
untuk memaklumkan bahawa ruang Creative Space yang telah diwujudkan semenjak
2016 kini telah mempunyai 4 ruang iaitu ruang Lobi Pentadbiran, ruang pameran
pada hari ini, Galeri Potret, Galeri MaTIC dan Sunway Putra Mall. Creative
Space ini telah banyak membantu pelukis mendapatkan peluang dan membuat jualan
yang tinggi.
11.
Pada tahun ini setakat November 2018 hasil jualan keseluruhan Creative Space
adalah sebanyak RM72,377.00 telah berjaya dibuat, melibatkan 51 buah karya dari
22 pameran. Saya mengharapakan Pameran Manusia dan Alamnya bakal mencatat
jualan yang tinggi serta membanggakan.
12.
Kumpulan
Manjung juga telah mengorak langkah kerjasama dengan Natiarts yang bekerjasama
dengan Persatuan Kanak-kanak istimewa Hulu Langat dan Persatuan Kebajikan Sri Eden Selangor dan Kuala Lumpur, dengan
mengadakan bengkel lukisan sepanjang pameran ini berlangsung.
13.
Natiarts
merupakan sebuah perusahaan sosial yang berperanan dalam memberi peluang kepada
kanak-kanak berkeperluan khas dalam pembelajaran membina potensi mereka agar
dapat berdikari menerusi penghasilan lukisan mereka. Puan Jeannie Chan selaku
fasilitator telah bersama-sama menjayakan program ini dan pelukis Manjung
selaku mentor telah membimbing anak-anak
dari Persatuan Kanak-kanak Istimewa Hulu Langat dan Persatuan Kebajikan Sri
Eden Selangor dan Kuala Lumpur.
14.
Balai
Seni Negara mengharapkan usaha dan hubungan seni dalam berkarya secara
berterusan dan terus mencetuskan gerakan baru dalam seni lukis Malaysia. Didoakan
Kumpulan Manjung akan meneruskan usaha dalam berkarya dan berpameran bagi
menempa kejayaan yang lebih besar lagi dalam seni lukis Malaysia.
15.
Semoga
usaha ini dapat memberi cetusan ilham kepada ramai lagi pelukis muda pada hari
ini. Tahniah sekali lagi kepada Kumpulan Manjung dan teruskan usaha dalam merancakkan lagi perkembangan seni lukis
Malaysia. Sekian terima kasih.
-----------------------------------------------
MAJLIS
PAMERAN KUMPULAN MANJUNG: MANUSIA DAN ALAMNYA
OLEH
YBRS. DR ZAINUDIN MD NOR
KOORDINATOR
FAKULTI SENI LUKIS DAN SENI REKA UITM, SERI ISKANDAR, PERAK
20
DISEMBER 2018 (KHAMIS)
YBrs Puan
Faridah Hanim Abdul Wahab
Ketua
Kurator Kanan Seksyen Perkhidmatan Pameran
Balai
Seni Negara
YBrs En
Faizal Sidik
Kurator
Pameran, Balai Seni Negara
YBrs. Pn Jeannie
Chan
Pengasas Natiarts,
Pertubuhan sosial kanak-kanak berkeperluan
Khas
Pn.
Aimee Chan
Pengetua Rumah
Persatuan Kebajikan Sri Eden Selangor dan Kuala
Lumpur
Pensyarah dan bekas
pensyarah ITM Perak cawangan Manjung dan
Seri Iskandar
Pelukis-pelukis
yang diraikan
Rakan-rakan kurator dan pelukis
Wakil-wakil Media
Dif Dif Jemputan
Tan Sri /Puan Sri /Dato Dato/Datin
datin
Hadirin sekalian
1. Alhamdullilah, syukur kepada Allah kerana pada hari ini
kita dapat berkumpul di Balai Seni Negara bagi meraikan dan menyaksikan pameran
ini. Terima kasih diucapkan kepada Balai Seni Negara kerana sudi menjemput saya
bagi merasmikan pameran yang sangat menarik ini.
2. Sekalung tahniah saya ucapkan kepada Kumpulan Manjung
dengan penubuhan kumpulan ini sehingga berjaya dalam perlaksanaan pameran.
Kumpulan yang terdiri dari 17 orang pelukis dan pereka yang mempunyai
kreativiti yang tinggi hasil dari pembelajaran dan pengalaman sepanjang
menuntut di Institut Teknologi MARA cawangan Seri Manjung ini merupakan satu
usaha yang harus dipuji dan dapat memberikan contoh kepada pelajar dan graduan
seni bagi membentuk identiti jatidiri serta kekuatan dalam melestarikan usaha
mendokong industri seni visual di Malaysia.
3. Balai Seni Negara telah menyediakan ruang dan peluang
kepada pelukis-pelukis muda iaitu
Creative space. Saya melihat creative Space ini sebagai local hub dan landasan untuk pelukis
seperti Kumpulan Manjung, mengembangkan potensi seni dan ekonomi. Inisiatif
yang disediakan ini amat membantu pelukis muda Malaysia mengembangkan karier
seni mereka. Secara tidak langsung dapat memancing jalinan kolaborasi dan
mempromosikan seni visual mereka kepada entiti swasta dan korporat.
4. Selain daripada itu melalui Creative Space ini dapat
mencetuskan perkongsian idea bersama komuniti. Kehadiran dan kreativiti pelukis
dalam industri seni visual dapat dilihat serta membina strategi dalam pembentukan
ekonomi pelukis secara global.
Tuan-tuan
hadirin sekalian,
5. ITM Seri Manjung telah ditubuhkan pada tahun 1985. Pada
awalnya menawarkan kursus-kursus Diploma Perakaunan, Diploma Pentadbiran Awam,
Diploma Pengajian Perniagaan dan Diploma Kesetiausahaan, Fakulti Seni Bina
Perancangan dan Ukur.
6. Pada akhir tahun 1995, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka (FSSR) telah
membuka cawangan keduanya di daerah Manjung, Perak Darul Ridzuan dengan tiga
jabatan awal iaitu Seni Halus, Fesyen dan Seramik. Apa yang uniknya ITM Seri
Manjung adalah pusat pembelajaranya adalah terletak di bawah rumah kedai dan
asrama di tingkat atas. Mudah bagi pelajar bagi menghadirkan diri mereka di
studio.
7. Sepanjang tahun 1995 hingga 2002, Fakulti Seni Lukis dan
Seni Reka beroperasi di kampus sementara di Seri Manjung dan banyak kejayaan
pelajar yang dikecapi bukan sahaja kejayaan mengadakan pameran di luar tetapi
juga anugerah-anugerah seni yang diperolehi oleh pelajarnya samada melalui
pertandingan atau pertunjukan yang diadakan.
8. Pada tahun 1998, pelajar tahun satu asasi seni telah
mendapat tempat bagi mempamerkan karya-karya catan yang bertemakan catan
impressionis di Galeri Shah Alam dan Pameran Julung yang menghimpunkan
ketiga-tiga buah jabatan seni halus, seramik dan fesyen telah diadakan di
Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) kini Balai Seni Lukis Melaka pada tahun 1999
9. Mengimbas tentang daerah Seri Manjung ini, hadirin sedia
maklum, kedudukannya yang dekat dengan laut, Manjung dikenali sebagai Bandar
Maritim Negeri Perak bukan sahaja sebagai tempat bersejarah tetapi juga dengan
keindahan pantai, laut, pulau, hasil laut, hutan bakau, hutan bukit dan
taman-taman rekreasi berkonsepkan maritim atau kelautan.
10.
Daerah
ini sangat terkenal sebagai tempat peranginan berhampiran dengan kawasan pantai
menjadi tarikan pelancong seperti Teluk Batik, Teluk Rubiah dan Pulau Pangkor.
Faktor ini merupakan salah satu pengaruh kepada penuntut Senilukis dan
Senireka ITM Seri Manjung terutama
Kumpulan Manjung dalam penghasilan karya mereka.
11.
Saya
dimaklumkan, Kumpulan Manjung bukanlah sebuah ahli perkumpulan yang tertentu.
Kumpulan ini terbuka kepada semua bekas pelajar daripada ketiga-tiga jabatan
awal yang berada di Seri Manjung daripada tahun 1995 hingga 2002. Gabungan ini
memberikan peluang kepada semua bekas pelajar untuk mengambil bahagian dan menonjolkan
ekspresi seni mereka bersama-sama.
12.
Pada 2013 telah diadakan usaha menghimpunkan
semula bekas pelajar di ITM Manjung ini daripada ketiga-tiga jabatan yang awal.
Hasilnya sebuah pameran seni lukis hasil tindakbalas fenomena daripada Pilihan
Raya Umum ke-14 yang berjudul ‘Manjung School: Pilihan Rakyat” telah diadakan
di Galeri Shah Alam pada tahun 2013 yang terdiri daripada pelukis seperti Ahmad
Fairus Yusof, Nuriman Amri Manp, Muhammad Ekhsan Haniff, Nadiah Mohamed, Zaslan
Zeeha Zaini, Eruan Adnan dan Faizal Sidik yang bertindak sebagai pelukis dan
kurator. Kerjasama ini memberikan kekuatan kepada Kumpulan Manjung untuk terus
bergiat aktif dalam berkarya dan berpameran serta mengadakan kolaborasi.
13.
Maka pada
hari ni, saya merasa bertuah kerana dapat menyaksikan sekali lagi himpunan bekas pelajar Kumpulan Manjung
melestarikan pameran iaitu Pameran Kumpulan Manjung: Manusia dan Alamnya.
Kerjasama erat dan silaturahim dalam berkarya membawa dan mengimbau kenangan mereka
di Seri Manjung. Ianya juga seperti satu reunion pelajar Fakulti Senilukis dan Senireka Seri Manjung. Syabas
kepada semua atas usaha yang telah dilakukan.
14.
Melihat
kepada hubungan dan kolaborasi bersama Balai Seni Negara yang sedia ada ini, akan
lebih erat dan berterusan serta dapat menjangkau kolaborasi bersama pihak luar
yang bergerak selari dalam pembangunan Seni Visual Malaysia
Saya menyeru kumpulan ini untuk memberikan satu persepsi
yang baik dan positif bagi menarik entiti luar seperti badan korporat dan
peminat seni visual bersama-sama membantu dan membuka mata melihat dan
memartabatkan seni visual. Saya mengharapkan dan dapat melihat potensi Kumpuan Manjung untuk
pergi lebih jauh dalam membina jaringan seni dan meningkatkan potensi seni
visual ke peringkat yang lebih tinggi.
Tahniah sekali lagi ,dengan lafaz Bismillahirahmanirahim
saya dengan ini berbesar hati merasmikan Pameran Kumpulan Manjung: Manusia dan
Alamnya.
NBA/TUPmanjung