Jumaat, 21 Disember 2018

Teks Perasmian Pameran 'Kumpulan Manjung: Manusia dan Alamnya', Pusat Kreatif, Balai Seni Negara.



TEKS UCAPAN ALU-ALUAN
MAJLIS PAMERAN KUMPULAN MANJUNG: MANUSIA DAN ALAMNYA
OLEH YBHG PROF DATO’ DR MOHAMED NAJIB AHMAD DAWA (WAKIL)
KETUA PENGARAH, BALAI SENI NEGARA
20 DISEMBER 2018 (KHAMIS)
3.00 PETANG



YBrs. Dr Zainudin Md Nor
Koordinator Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka UiTM, Seri Iskandar, Perak

YBrs. Pn Jeannie Chan

Pengasas Natiarts, Pertubuhan sosial kanak-kanak berkeperluan

Khas


Pn. Aimee Chan

Pengetua Rumah Persatuan Kebajikan Sri Eden Selangor dan Kuala

Lumpur


Pensyarah dan bekas pensyarah ITM Perak cawangan Manjung dan

Seri Iskandar


Pelukis-pelukis yang diraikan

Rakan-rakan kurator dan pelukis

Wakil-wakil Media

Dif Dif Jemputan

Tan Sri /Puan Sri /Dato Dato/Datin datin

Hadirin sekalian,


1.   Balai Seni Negara, mengalu-alukan kehadiran semua tetamu ke majlis perasmian  pameran Kumpulan Manjung. Selamat datang dan terima kasih juga diucapkan kepada YBrs. Dr Zainudin Md Nor, di atas kehadiran tuan pada hari ini.

2.   Pada hari ini kita sangat teruja kerana dapat bersama-sama untuk meraikan  dan menyaksikan pameran ulung Kumpulan Manjung: Manusia dan Alamnya. Di dalam pameran ini kurator telah membahagikan pelukis-pelukis kepada 2 tema iaitu Manusia dan Alam. Pameran ‘Manusia dan Alamnya’ dibina bagi bertindak balas terhadap situasi semasa yang berlaku terhadap pergolakan alam dan hidup manusia yang berlaku di sekitar pelukis dan pereka.

3.   Tahniah diucapkan kepada 17 orang pelukis yang terlibat dalam menzahirkan pameran ini iaitu :

Manusia
Mohd Farizal Puadi
Zawiyah Yaacob
Mohd Ekram Al-Hafis Hashim
Fairus Ahmad
Nuriman Amri Manap
Khalida Khairuddin
Zaitul Effa Baharudin
Saiful Azmi
Ahmad Eruan Adnan
Rafidah Saharudin
Zuraidy Abd Rahim

Alam
Muhammad Ekhsan Md Haniff
Rohizal Mat Arop
Nadiah Muhamad
Tetriana Ahmed Fauzi
Nuramani Zainuddin
Idarina Ibrahim
Nurulhuda Mohamed

4.   Kumpulan Manjung merupakan satu kumpulan bekas penuntut Institut Teknologi MARA (ITM) cawangan Seri Manjung dari tahun 1995 sehingga 2002. Seperti yang telah sedia maklum, ITM kini telah diangkat taraf sebagai Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan UiTM cawangan Seri Manjung telah ditempatkan di lokasi tetap di UiTM Seri Iskandar, Perak.

5.   Melalui pameran ini, usaha galakan kepada penggiat seni untuk bergiat aktif dan mengadakan kerjasama bersama Perusahaan Sosial (social Enterprise) dapat dipertingkatkan. Usaha kerjasama ini akan memberikan peluang yang lebih luas kepada mereka mengembangkan potensi diri dan membina jaringan seni dan perniagaan.

Para hadirin sekalian,

6.   Menelusuri rentetan hubungan Balai Seni Negara dan UiTM, sebenarnya telah lama terjalin dengan pelbagai aktiviti dan program serta kolaborasi seni yang memberikan impak yang besar kepada industri seni visual dan pendidikan seni di Malaysia.

7.   Pameran seni dari UiTM   telah bermula seiring dengan perjalanan Balai Seni Negara iaitu  Pameran Fakulti Institut Teknologi MARA pada tahun 1985, 1987 and 1989, Pameran berkumpulan graduasi ITM 1996 iaitu pameran X=Pro+Form serta banyak lagi pameran kolaborasi bersama.

8.   Terkini kolaborasi bersama ialah Program Asia International Conference Of Art And Design 2018, (AICAD 2018) yang telah diadakan di NAG@Langkawi pada bulan Oktober 2018. Pada bulan September tahun 2019 akan datang pula, sebuah Pameran Asian Fiber Association (AFA) yang ke-12 menghimpunkan pengkarya seni fiber Malaysia dan negara-negara  Asia akan  dianjurkan oleh UITM Perak, AFA Association dengan kerjasama Balai Seni Negara di Pusat Kreatif.

9.   Balai Seni Negara  telah membuka ruang kepada pelukis-pelukis muda seperti Kumpulan Manjung untuk berpameran di ruangan Creative Space bagi mengembangkan potensi seni dan potensi diri serta platform menjana ekonomi, memasar dan mempromosikan karya mereka untuk lebih dikenali lebih jauh ke peringkat antarabangsa hendaknya.

10.                Suka saya untuk memaklumkan bahawa ruang Creative Space yang telah diwujudkan semenjak 2016 kini telah mempunyai 4 ruang iaitu ruang Lobi Pentadbiran, ruang pameran pada hari ini, Galeri Potret, Galeri MaTIC dan Sunway Putra Mall. Creative Space ini telah banyak membantu pelukis mendapatkan peluang dan membuat jualan yang tinggi.

11.                 Pada tahun ini setakat November  2018 hasil jualan keseluruhan Creative Space adalah sebanyak RM72,377.00 telah berjaya dibuat, melibatkan 51 buah karya dari 22 pameran. Saya mengharapakan Pameran Manusia dan Alamnya bakal mencatat jualan yang tinggi serta membanggakan.

12.                Kumpulan Manjung juga telah mengorak langkah kerjasama dengan Natiarts yang bekerjasama dengan Persatuan Kanak-kanak istimewa Hulu Langat dan Persatuan Kebajikan  Sri Eden Selangor dan Kuala Lumpur, dengan mengadakan bengkel lukisan sepanjang pameran ini berlangsung.

13.                Natiarts merupakan sebuah perusahaan sosial yang berperanan dalam memberi peluang kepada kanak-kanak berkeperluan khas dalam pembelajaran membina potensi mereka agar dapat berdikari menerusi penghasilan lukisan mereka. Puan Jeannie Chan selaku fasilitator telah bersama-sama menjayakan program ini dan pelukis Manjung selaku mentor telah membimbing  anak-anak dari Persatuan Kanak-kanak Istimewa Hulu Langat dan Persatuan Kebajikan Sri Eden Selangor dan Kuala Lumpur.

14.                Balai Seni Negara mengharapkan usaha dan hubungan seni dalam berkarya secara berterusan dan terus mencetuskan gerakan baru dalam seni lukis Malaysia. Didoakan Kumpulan Manjung akan meneruskan usaha dalam berkarya dan berpameran bagi menempa kejayaan yang lebih besar lagi dalam seni lukis Malaysia.

15.                Semoga usaha ini dapat memberi cetusan ilham kepada ramai lagi pelukis muda pada hari ini. Tahniah sekali lagi kepada Kumpulan Manjung dan teruskan usaha dalam  merancakkan lagi perkembangan seni lukis Malaysia. Sekian terima kasih.


-----------------------------------------------



TEKS UCAPAN PERASMIAN
MAJLIS PAMERAN KUMPULAN MANJUNG: MANUSIA DAN ALAMNYA
OLEH YBRS. DR ZAINUDIN MD NOR
KOORDINATOR FAKULTI SENI LUKIS DAN SENI REKA UITM, SERI ISKANDAR, PERAK
20 DISEMBER 2018 (KHAMIS)


YBrs Puan Faridah Hanim Abdul Wahab
Ketua Kurator Kanan Seksyen Perkhidmatan Pameran
Balai Seni Negara

YBrs En Faizal Sidik
Kurator Pameran, Balai Seni Negara

YBrs. Pn Jeannie Chan

Pengasas Natiarts, Pertubuhan sosial kanak-kanak berkeperluan

Khas


Pn. Aimee Chan

Pengetua Rumah Persatuan Kebajikan Sri Eden Selangor dan Kuala

Lumpur


Pensyarah dan bekas pensyarah ITM Perak cawangan Manjung dan

Seri Iskandar


Pelukis-pelukis yang diraikan

Rakan-rakan kurator dan pelukis

Wakil-wakil Media

Dif Dif Jemputan

Tan Sri /Puan Sri /Dato Dato/Datin datin

Hadirin sekalian

1.   Alhamdullilah, syukur kepada Allah kerana pada hari ini kita dapat berkumpul di Balai Seni Negara bagi meraikan dan menyaksikan pameran ini. Terima kasih diucapkan kepada Balai Seni Negara kerana sudi menjemput saya bagi merasmikan pameran yang sangat menarik ini.

2.   Sekalung tahniah saya ucapkan kepada Kumpulan Manjung dengan penubuhan kumpulan ini sehingga berjaya dalam perlaksanaan pameran. Kumpulan yang terdiri dari 17 orang pelukis dan pereka yang mempunyai kreativiti yang tinggi hasil dari pembelajaran dan pengalaman sepanjang menuntut di Institut Teknologi MARA cawangan Seri Manjung ini merupakan satu usaha yang harus dipuji dan dapat memberikan contoh kepada pelajar dan graduan seni bagi membentuk identiti jatidiri serta kekuatan dalam melestarikan usaha mendokong industri seni visual di Malaysia.

3.   Balai Seni Negara telah menyediakan ruang dan peluang kepada pelukis-pelukis muda iaitu  Creative space. Saya melihat creative Space ini sebagai local hub dan landasan untuk pelukis seperti Kumpulan Manjung, mengembangkan potensi seni dan ekonomi. Inisiatif yang disediakan ini amat membantu pelukis muda Malaysia mengembangkan karier seni mereka. Secara tidak langsung dapat memancing jalinan kolaborasi dan mempromosikan seni visual mereka kepada entiti swasta dan korporat.
4.   Selain daripada itu melalui Creative Space ini dapat mencetuskan perkongsian idea bersama komuniti. Kehadiran dan kreativiti pelukis dalam industri seni visual dapat dilihat serta membina strategi dalam pembentukan ekonomi pelukis secara global.


Tuan-tuan hadirin sekalian,

5.   ITM Seri Manjung telah ditubuhkan pada tahun 1985. Pada awalnya menawarkan kursus-kursus Diploma Perakaunan, Diploma Pentadbiran Awam, Diploma Pengajian Perniagaan dan Diploma Kesetiausahaan, Fakulti Seni Bina Perancangan dan Ukur.

6.   Pada akhir tahun 1995,  Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka (FSSR) telah membuka cawangan keduanya di daerah Manjung, Perak Darul Ridzuan dengan tiga jabatan awal iaitu Seni Halus, Fesyen dan Seramik. Apa yang uniknya ITM Seri Manjung adalah pusat pembelajaranya adalah terletak di bawah rumah kedai dan asrama di tingkat atas. Mudah bagi pelajar bagi menghadirkan diri mereka di studio.

7.   Sepanjang tahun 1995 hingga 2002, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka beroperasi di kampus sementara di Seri Manjung dan banyak kejayaan pelajar yang dikecapi bukan sahaja kejayaan mengadakan pameran di luar tetapi juga anugerah-anugerah seni yang diperolehi oleh pelajarnya samada melalui pertandingan atau pertunjukan yang diadakan.

8.   Pada tahun 1998, pelajar tahun satu asasi seni telah mendapat tempat bagi mempamerkan karya-karya catan yang bertemakan catan impressionis di Galeri Shah Alam dan Pameran Julung yang menghimpunkan ketiga-tiga buah jabatan seni halus, seramik dan fesyen telah diadakan di Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) kini Balai Seni Lukis Melaka pada tahun 1999

9.   Mengimbas tentang daerah Seri Manjung ini, hadirin sedia maklum, kedudukannya yang dekat dengan laut, Manjung dikenali sebagai Bandar Maritim Negeri Perak bukan sahaja sebagai tempat bersejarah tetapi juga dengan keindahan pantai, laut, pulau, hasil laut, hutan bakau, hutan bukit dan taman-taman rekreasi berkonsepkan maritim atau kelautan.

10.                Daerah ini sangat terkenal sebagai tempat peranginan berhampiran dengan kawasan pantai menjadi tarikan pelancong seperti Teluk Batik, Teluk Rubiah dan Pulau Pangkor. Faktor ini merupakan salah satu pengaruh kepada penuntut Senilukis dan Senireka  ITM Seri Manjung terutama Kumpulan Manjung dalam penghasilan karya mereka.


11.                Saya dimaklumkan, Kumpulan Manjung bukanlah sebuah ahli perkumpulan yang tertentu. Kumpulan ini terbuka kepada semua bekas pelajar daripada ketiga-tiga jabatan awal yang berada di Seri Manjung daripada tahun 1995 hingga 2002. Gabungan ini memberikan peluang kepada semua bekas pelajar untuk mengambil bahagian dan menonjolkan ekspresi seni mereka bersama-sama.

12.                 Pada 2013 telah diadakan usaha menghimpunkan semula bekas pelajar di ITM Manjung ini daripada ketiga-tiga jabatan yang awal. Hasilnya sebuah pameran seni lukis hasil tindakbalas fenomena daripada Pilihan Raya Umum ke-14 yang berjudul ‘Manjung School: Pilihan Rakyat” telah diadakan di Galeri Shah Alam pada tahun 2013 yang terdiri daripada pelukis seperti Ahmad Fairus Yusof, Nuriman Amri Manp, Muhammad Ekhsan Haniff, Nadiah Mohamed, Zaslan Zeeha Zaini, Eruan Adnan dan Faizal Sidik yang bertindak sebagai pelukis dan kurator. Kerjasama ini memberikan kekuatan kepada Kumpulan Manjung untuk terus bergiat aktif dalam berkarya dan berpameran serta mengadakan kolaborasi.

13.                Maka pada hari ni, saya merasa bertuah kerana dapat menyaksikan sekali lagi  himpunan bekas pelajar Kumpulan Manjung melestarikan pameran iaitu   Pameran Kumpulan Manjung: Manusia dan Alamnya. Kerjasama erat dan silaturahim dalam berkarya membawa dan mengimbau kenangan mereka di Seri Manjung. Ianya juga seperti satu reunion pelajar Fakulti  Senilukis dan Senireka Seri Manjung. Syabas kepada semua atas usaha yang telah dilakukan.

14.                Melihat kepada hubungan dan kolaborasi bersama Balai Seni Negara yang sedia ada ini, akan lebih erat dan berterusan serta dapat menjangkau kolaborasi bersama pihak luar yang bergerak selari dalam pembangunan Seni Visual Malaysia


Saya menyeru kumpulan ini untuk memberikan satu persepsi yang baik dan positif bagi menarik entiti luar seperti badan korporat dan peminat seni visual bersama-sama membantu dan membuka mata melihat dan memartabatkan seni visual. Saya mengharapkan dan  dapat melihat potensi Kumpuan Manjung untuk pergi lebih jauh dalam membina jaringan seni dan meningkatkan potensi seni visual ke peringkat yang lebih tinggi.

Tahniah sekali lagi ,dengan lafaz Bismillahirahmanirahim saya dengan ini berbesar hati merasmikan Pameran Kumpulan Manjung: Manusia dan Alamnya.




NBA/TUPmanjung

Tiada ulasan:

Catat Ulasan