Kita seharusnya memulakan pemerhatian kita berkenaan seni Islam dengan penerangan berkenaan
dengan Kabah dan peranannya dalam
peribadatan, merupakan pusat yang penting bagi seni Islam, terutama pada seni
bina adalah cukup jelas. Seperti yang diketahui umum, setiap umat Islam
menghadap ke arah Kaabah ketika
mengerjakan ibadah solat dan setiap
masjid berpandukan arah ini, di dalam
bab-bab yang berikutnya, kita akan memperkatakan perkara mengenainya.
Terdapat
beberapa sebab lagi untuk memperkatakan tentang Kaabah di awalan buku ini. Ia
merupakan objek penting dalam ibadah agama Islam. Sekiranya ia bukan sebuah
karya seni dalam erti kata yang sebenarnya , ia juga adalah bukan sekadar
sebuah binaan batu berbentuk kiub yang ringkas seperti sebuah yang dikatakan sebagai ‘karya seni purba’ dimana merupakan ukuran
kerohaniannya sepadan dengan mitos atau wahyu, bergantug pada sudut pandangan.
Hal ini bermaksud simbolisme kewujudan Kaabah dalam bentuk dan upacara-upacara
yang berkaitan dengannya mengandungi dalam segala embrio yang diungkapkan oleh
seni suci Islam.
Peranan
Kaabah sebagai pusat liturgikal dunia
Islam diikat dengan fakta bahawa Islam mempunyai hubungan dengan tradisi ajaran yang dibawa
oleh Nabi Ibrahim dan berasal-usul dari semua agama tauhid. Menurut Al-Quran
Kaabah dibina oleh Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail dan tempat tempat suci
inilah Nabi Ibrahim menunaikan haji setiap tahun. Titik pusat dan titik asal:
di sinilah dua aspek ini menjadi satu
dan mempunyai realiti rohani yang sama atau boleh dikatakan dua pilihan yang menjadi asas bagi setiap
kerohanian.1
Secara umumnya bagi orang Islam mengerjakan solat menghadap ke arah Kaabah atau Mekah adalah satu perkara yang sama iaitu penglahiran pilihan peribadatan. Ia melambangkan kiblat orang Islam berbeza dengan Yahudi yang menghadap Baitul Muqadis dan Nasrani yang "tentuan arah" diri mereka secara literal dengan menghadap ke arah matahari terbit; Nabi Ibrahim memilih untuk menyertai "agama pusat” itu, dimana ia seperti sepohon pokok yang memuncakan agama-agama lain. "Nabi Ibrahim itu bukanlah seorang Yahudi dan bukan seorang Nasrani." kata Al-Quran, "Tetapi dia adalah seorang yang hanif (tetap di atas dasar Tauhid) lagi seorang Muslim (yang taat dan berserah bulat-bulat kepada Allah)..." (Surah Ali ’Imran 3:67). Impak daripada ayat-ayat berkenaan keimanan Nabi Ibrahim yang sebenarnya di sini adalah seorang muslim, Nabi Ibrahim bebas daripada pengkhususan dan batasan yang diwakili dari kacamata Muslim, konsep bangsa yang terpilih daripada yang lain oleh Yahudi dan oleh dogma Anak Tuhan sebagai penyelamat yang unik oleh Kristian.
Mari kita perhatikan pula apa kata Al-Quran dalam pembinaan Kaabah oleh Nabi Ibrahim AS tidak menegaskan peranannya sebagai Nabi yang daripada susur galur orang Arab melalui keturunannya melalui Nabi Ismail AS dan Siti Hajar, tetapi peranannya sebagai rasul untuk umat sejagat dalam membawa ajaran Islam. Walau apa jua asal sejarahnya2 sukar untuk dibayangkan Nabi Muhammad SAW telah membawa pembaharuan dan melangkaui tujuan politik selain daripada persoalan tentang keikhlasan. Zaman pra-Islam orang Arab cukup kuat dalam menjaga keturunan, dimana mereka sukar untuk menerima orang luar masuk dalam kabilah mereka atau “interpolasi” apatah lagi dengan orang yang langsung tidak dikenali. 3 Jika kitab Injil tidak menyatakan tempat suci yang diasaskan oleh Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS di Arab, ini kerana tidak ada sebab atau alasan untuk merujuk kepada tempat suci di luar selain Israel. Walau bagaimanapun kitab Injil mengkui ajaran kerohanian oleh kaum-kaum Nabi Ismail AS dengan memasukkan dalamnya dalam janji Tuhan kepada Nabi Ibrahim AS. Mari kita perhatikan akhirnya agar tidak melencong terlalu jauh dari subjek perbincangan iaitu berkenaan dengan bentukan “geometrik” yang dikatakan kaku dan sukar diduga, untuk menggunakan tempat kediaman Nabi Ibrahim AS yang hillang di padang pasir dan dilupai oleh komuniti agama besar pada masa itu dalam titik mula dalam membawa pembaharuan masyarakatnya yang menyembah berhala. 4 Persoalan yang sering pelajar Islam tanyakan di dalam diri mereka adalah. “Apakah yang telah berlaku di Mekah untuk membawa agama baru?” atau soalan selain daripadanya “Atas sebab apa agama baru ini di lahir di tempat ini?
Bentuk binaan tua di Mekah itu adalah tempat perlindungan yang banyak dikaitkan dengan Nabi Ibrahim AS. Tambahan pula, ia telah sering dimusnahkan dan dibina semula, namun Kaabah atau yang bermaksud ‘kiub’ masih tidak berubah dari bentuk adalah berukuran dua belas meter panjang, sepuluh meter lebar dan kira-kira enam belas meter tinggi.
Binaan ini secara tradisinya ditutup dengan “perhiasan” (kiswah) yang ditukar setiap tahun dan sejak zaman kerajaan Bani Abbasiyah lagi dibuat dari kain hitam yang bersulam dengan ayat suci Al-Quran berbenang emas, ia menonjolkan kedua-dua aspek abstrak dan misteri pada binaan ini. Tradisi ‘pakaian’ tempat suci diperkenalkan oleh raja kerajaan Himyar purba dan seolah-olah menjadi sebahagian daripada tradisi Semitik yang sangat dihormati, namun ia agak asing di dunia Yunaini-Greek untuk ‘memakaikan’ bagi sesebuah rumah, apatah lagi untuk memuliharanya seolah-olah benda hidup atau yang mempengaruhi aspek kerohanian dan sebagaimana yang diyakini orang Arab. Batu Hajar Aswad pula diletakkan tidak di tengah-tengah Kaabah tetapi di sudut dinding luar Kaabah. Ia adalah batu meteorit yang jatuh daripada syurga sebagaimana yang pernah disabdakan Nabi Muhammad SAW terhadap batu suci ini. 5 Oleh itu, mari kita perkatakan tentang bahagian luarannya yang bulat merupakan sebahagian bentuk suci d Kaabah ini.
Pada zamannya Kaabah adalah satu-satunya tempat yang berkaitan dengan agama Islam jika dibandingkan dengan kuil. Biasanya ia di panggil “Rumah Allah” (Baitullah) dan ia sebenarnya mempunyai ciri-ciri “tempat kebesaran” yang secara paradoknya yang dilihat dalam iklim Islam, dimana gagasan transendal terhadap kebesaran Allah melangkaui segala-galanya. Oleh itu , “kediaman” Allah yang berada ditengah-tengah pusat bumi juga adalah sebagaimana “kediaman” Allah yang berada di dalam hati-hati manusia. Ia akan mengingatkan kuil Holy of Holies yang terdapat di Jarusalem yang juga “tempat tinggal” tuhan agama Yahudi yang berbentuk kiub seperti Kaabah. Holy of Holies atau debir mengandungi Ark of Covenant, manakala bahagian dalam Kaabah adalah kosong. 6 Dalam Kaabah hanya mempunyai tirai yang disebut “tirai Rahmat Ilahi” (Rahmah).
Pusat dunia adalah titik
silang kepada “paksi” syurga: Tawaf atau perlakuan mengelilingi Kaabah juga
boleh didapati dalam bentuk atau majoriti tempat-tempat purba, 8 ia dilihat menghasilkan putaran syurga di
sekitar paksi kutubnya. Sememangnya, ini bukanlah tafsiran yang disangkut paut
dengan agama Islam terhadap perlakuan ini, namun pendapat dan pengetahuan
tentang dikongsi oleh semua agama zaman dahulu.
Penumpuan semua gerak
isyarat pada satu titik menjadi jelas, bagaimanapun, hanya apabila berada
berhampiran dengan Kaabah, iaitu ia menjadi hos kepada orang-orang beriman yang
datang untuk mengerjakan solat daripada pelbagai arah kepada satu pusat, inillah penglahiran dan pengungkapan yang sebenar
kepada Islam.9
Ia akan menghimpunkan bahawa peribadatan dalam agama Islam menghubungkan Kaabah dalam dua pendekatan yang berbeza yang saling melengkapi iaitu statik dan dinamik. Pendekatan pertama bermaksud setiap tempat di bumi ini berpusatkan di Mekah dan inilah yang disabdakan oleh Nabi Muhammad SAW “Allah akan memberi rahmat kepada umatku dengan memberikan mereka wajah seluruh dunia sebagai tempat suci”. Pusat tempat unik yang suci itu adalah Kaabah dan ditempat orang yang beriman mengerjakan solat yang universal sifatnya, di sini tiada lagi persoalan jarak. Pendekatan kedua iaitu yang bersifat dinamik pula dimanifestasikan dalam ibadah haji, yang setiap muslim dituntut untuk melakukannya sekurang-kurangnya sekali seumur hidup bagi yang mampu. Terdapat unsur-unsur membuang sifat sombong dalam mengerjakan haji dan inilah yang sebenarnya yang memancarkan wajah islam itu sendiri, pada masa yang sama memberi impak kepada orang yang beriman terhadap penyerahan seluruh jiwanya kepada Islam. Apabila tiba di ambang kawasan sekitar tanah suci Mekah, jemaah haji akan menyalin pakaiannya, membersihkan dirinya dengan mengambil wuduk iaitu menyapu air dari kepala hingga ke kaki, dan memakai dua pasang helai kain, satu di sekeliling pinggangnya dan satu lagi di bahu. Pada berada dalam keadaan “suci” ini (ihram) jemaah akan mendekati Kaabah untuk menyelesaikan upacara mengelilingi Kaabah (tawaf), tanpa henti untuk membesarkan Allah. Hanya selepas menziarahi “rumah Allah” jemaah akan berangkat untuk ke pelbagai tempat yang berkaitan dengan sejarah suci dan melengkapkan syarat-syarat haji dengan menyembelih seekor kambing biri-biri jantan sebagai ingatan pengorbanan Nabi Ibrahim AS. 10
Secara umumnya bagi orang Islam mengerjakan solat menghadap ke arah Kaabah atau Mekah adalah satu perkara yang sama iaitu penglahiran pilihan peribadatan. Ia melambangkan kiblat orang Islam berbeza dengan Yahudi yang menghadap Baitul Muqadis dan Nasrani yang "tentuan arah" diri mereka secara literal dengan menghadap ke arah matahari terbit; Nabi Ibrahim memilih untuk menyertai "agama pusat” itu, dimana ia seperti sepohon pokok yang memuncakan agama-agama lain. "Nabi Ibrahim itu bukanlah seorang Yahudi dan bukan seorang Nasrani." kata Al-Quran, "Tetapi dia adalah seorang yang hanif (tetap di atas dasar Tauhid) lagi seorang Muslim (yang taat dan berserah bulat-bulat kepada Allah)..." (Surah Ali ’Imran 3:67). Impak daripada ayat-ayat berkenaan keimanan Nabi Ibrahim yang sebenarnya di sini adalah seorang muslim, Nabi Ibrahim bebas daripada pengkhususan dan batasan yang diwakili dari kacamata Muslim, konsep bangsa yang terpilih daripada yang lain oleh Yahudi dan oleh dogma Anak Tuhan sebagai penyelamat yang unik oleh Kristian.
Mari kita perhatikan pula apa kata Al-Quran dalam pembinaan Kaabah oleh Nabi Ibrahim AS tidak menegaskan peranannya sebagai Nabi yang daripada susur galur orang Arab melalui keturunannya melalui Nabi Ismail AS dan Siti Hajar, tetapi peranannya sebagai rasul untuk umat sejagat dalam membawa ajaran Islam. Walau apa jua asal sejarahnya2 sukar untuk dibayangkan Nabi Muhammad SAW telah membawa pembaharuan dan melangkaui tujuan politik selain daripada persoalan tentang keikhlasan. Zaman pra-Islam orang Arab cukup kuat dalam menjaga keturunan, dimana mereka sukar untuk menerima orang luar masuk dalam kabilah mereka atau “interpolasi” apatah lagi dengan orang yang langsung tidak dikenali. 3 Jika kitab Injil tidak menyatakan tempat suci yang diasaskan oleh Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS di Arab, ini kerana tidak ada sebab atau alasan untuk merujuk kepada tempat suci di luar selain Israel. Walau bagaimanapun kitab Injil mengkui ajaran kerohanian oleh kaum-kaum Nabi Ismail AS dengan memasukkan dalamnya dalam janji Tuhan kepada Nabi Ibrahim AS. Mari kita perhatikan akhirnya agar tidak melencong terlalu jauh dari subjek perbincangan iaitu berkenaan dengan bentukan “geometrik” yang dikatakan kaku dan sukar diduga, untuk menggunakan tempat kediaman Nabi Ibrahim AS yang hillang di padang pasir dan dilupai oleh komuniti agama besar pada masa itu dalam titik mula dalam membawa pembaharuan masyarakatnya yang menyembah berhala. 4 Persoalan yang sering pelajar Islam tanyakan di dalam diri mereka adalah. “Apakah yang telah berlaku di Mekah untuk membawa agama baru?” atau soalan selain daripadanya “Atas sebab apa agama baru ini di lahir di tempat ini?
Bentuk binaan tua di Mekah itu adalah tempat perlindungan yang banyak dikaitkan dengan Nabi Ibrahim AS. Tambahan pula, ia telah sering dimusnahkan dan dibina semula, namun Kaabah atau yang bermaksud ‘kiub’ masih tidak berubah dari bentuk adalah berukuran dua belas meter panjang, sepuluh meter lebar dan kira-kira enam belas meter tinggi.
Binaan ini secara tradisinya ditutup dengan “perhiasan” (kiswah) yang ditukar setiap tahun dan sejak zaman kerajaan Bani Abbasiyah lagi dibuat dari kain hitam yang bersulam dengan ayat suci Al-Quran berbenang emas, ia menonjolkan kedua-dua aspek abstrak dan misteri pada binaan ini. Tradisi ‘pakaian’ tempat suci diperkenalkan oleh raja kerajaan Himyar purba dan seolah-olah menjadi sebahagian daripada tradisi Semitik yang sangat dihormati, namun ia agak asing di dunia Yunaini-Greek untuk ‘memakaikan’ bagi sesebuah rumah, apatah lagi untuk memuliharanya seolah-olah benda hidup atau yang mempengaruhi aspek kerohanian dan sebagaimana yang diyakini orang Arab. Batu Hajar Aswad pula diletakkan tidak di tengah-tengah Kaabah tetapi di sudut dinding luar Kaabah. Ia adalah batu meteorit yang jatuh daripada syurga sebagaimana yang pernah disabdakan Nabi Muhammad SAW terhadap batu suci ini. 5 Oleh itu, mari kita perkatakan tentang bahagian luarannya yang bulat merupakan sebahagian bentuk suci d Kaabah ini.
Pada zamannya Kaabah adalah satu-satunya tempat yang berkaitan dengan agama Islam jika dibandingkan dengan kuil. Biasanya ia di panggil “Rumah Allah” (Baitullah) dan ia sebenarnya mempunyai ciri-ciri “tempat kebesaran” yang secara paradoknya yang dilihat dalam iklim Islam, dimana gagasan transendal terhadap kebesaran Allah melangkaui segala-galanya. Oleh itu , “kediaman” Allah yang berada ditengah-tengah pusat bumi juga adalah sebagaimana “kediaman” Allah yang berada di dalam hati-hati manusia. Ia akan mengingatkan kuil Holy of Holies yang terdapat di Jarusalem yang juga “tempat tinggal” tuhan agama Yahudi yang berbentuk kiub seperti Kaabah. Holy of Holies atau debir mengandungi Ark of Covenant, manakala bahagian dalam Kaabah adalah kosong. 6 Dalam Kaabah hanya mempunyai tirai yang disebut “tirai Rahmat Ilahi” (Rahmah).
Kiub adalah bentuk yang dikaitkan dengan idea tentang
titik tengah, oleh kerana bentuknya seolah seperti kristal yang mensintesiskan
keseluruhan ruang, setiap bahagian kiub ini setiap satunya mewakili arah utama
iaitu zenith, nadir dan empat titik kardinal. Mari kita mengingati semula kedudukan Kaabah yang tidak
sepenuhnya sesuai dengan skema yang ada ini kerana mempunyai empat sudut dan tidak pada sisi Kaabah yang mengadap
titik-titik kardinal, perkara ini tidak boleh disangkal kerana dalam masyarakat
Arab titik kerdinal ini bermaksud empat “tiang penjuru” (arkan) kepada alam
semesta.7
Ciri-ciri “paksi” Kaabah juga diterangkan dari pendapat
sejarah Islam, mengikut mereka “rumah
tua” ini pertama kalinya dibina oleh Nabi Adam AS, kemudian dimusnahkan oleh
banjir dan dibina semula oleh Nabi Ibrahim AS terletak di paksi paling bawah
sekali yang melintasi seluruh langit; pada peringkat setiap syurga dunia adalah
kediaman yang sering dikunjungi oleh para malaikat, pada paksi yang sama ini
prototype yang tertinggi bagi setiap ini menjadi takhta Allah, di
sekelilingnya adalah roh-roh syurgawi namun lebih tepat lagi untuk mengatakan
bahawa salah satu tanda sejarah kewujudan manusia, tamadun manusia dan juga
agama yang menandakan tanda kewujudan
Allah SWT dan kebesaran-Nya.
Dari pendapat sejarahwan Islam ini membuktikan perhubungan yang wujud
diantara “orientasi” ritual dan Islam sebagai penyerahan atau pengabaian agama (Islam)
dalam menuju Allah. Pengalihan arah
kiblat dalam solat adalah salah satu buktinya, tidak dapat disangkal lagi bahawa
Kaabah terletak di bumi dan beranalogi dalam ciri-ciri tersendiri sebagai pusat dunia yang menghubungkan
kehendak manusia dengan kehendak Pencipa Alam Semesta “dan kepada Allah jualah
dikembalikan segala urusan” (Al-Quran surah Ali ‘Imran ayat 109). Pada
masa yang sama, ia akan dilihat terdapat
berbezaan simbolisme ini dan pengibadatan agama Kristian dimana titik orientasi adalah bahagian langit
dimana terdapatnya matahari, imej kelahiran Nabi Isa AS muncul pada hari Easter. Ini bermaksud
semua gereja yang berorientasikan ini mempunyai paksi yang selari dimana paksi
semua masjid di dunia ini bertumpu.
Ia akan menghimpunkan bahawa peribadatan dalam agama Islam menghubungkan Kaabah dalam dua pendekatan yang berbeza yang saling melengkapi iaitu statik dan dinamik. Pendekatan pertama bermaksud setiap tempat di bumi ini berpusatkan di Mekah dan inilah yang disabdakan oleh Nabi Muhammad SAW “Allah akan memberi rahmat kepada umatku dengan memberikan mereka wajah seluruh dunia sebagai tempat suci”. Pusat tempat unik yang suci itu adalah Kaabah dan ditempat orang yang beriman mengerjakan solat yang universal sifatnya, di sini tiada lagi persoalan jarak. Pendekatan kedua iaitu yang bersifat dinamik pula dimanifestasikan dalam ibadah haji, yang setiap muslim dituntut untuk melakukannya sekurang-kurangnya sekali seumur hidup bagi yang mampu. Terdapat unsur-unsur membuang sifat sombong dalam mengerjakan haji dan inilah yang sebenarnya yang memancarkan wajah islam itu sendiri, pada masa yang sama memberi impak kepada orang yang beriman terhadap penyerahan seluruh jiwanya kepada Islam. Apabila tiba di ambang kawasan sekitar tanah suci Mekah, jemaah haji akan menyalin pakaiannya, membersihkan dirinya dengan mengambil wuduk iaitu menyapu air dari kepala hingga ke kaki, dan memakai dua pasang helai kain, satu di sekeliling pinggangnya dan satu lagi di bahu. Pada berada dalam keadaan “suci” ini (ihram) jemaah akan mendekati Kaabah untuk menyelesaikan upacara mengelilingi Kaabah (tawaf), tanpa henti untuk membesarkan Allah. Hanya selepas menziarahi “rumah Allah” jemaah akan berangkat untuk ke pelbagai tempat yang berkaitan dengan sejarah suci dan melengkapkan syarat-syarat haji dengan menyembelih seekor kambing biri-biri jantan sebagai ingatan pengorbanan Nabi Ibrahim AS. 10
Kita seharusnya melihat bagaimana dua pendekatan peribadatan
ini iaitu statik dan dinamik ini diterjemahkan dalam tahap yang berbeza dalam
dunia Islam, Dalam konteks ini kita ingin menunjukkan satu perkara iaitu jiwa
Islam dan oleh itu seni Islam didasarkan pada dunia yang lebih dekad dengan
Kitab Perjanjian Lama daripada alam Greek-Romawi, di mana peralihan menjadikan
Islam menjadi elemen penting dalam seni. Janganlah kita lupa bahawa Islam lahir secara “dagang”
antara dua tamadun besar iaitu Byzantin dan Parsi, dimana pada masa yang sama empayar
ini memerintah tanah Arab dan dimana Islam harus berjuang melawan untuk
meneruskan kelangsungannya. Berbanding dengan dua dunia ini, kedua-duanya
mempunyai warisan kesenian11 yang cenderung ke arah naturalisme dan rasionalisme,
Kaabah dan upacara yang sepertinya adalah seperti sauh yang dilabuhkan kekal
buat selama-lamanya.
Apabila Nabi Muhammad SAW menakluki Mekah, perkara
mula-mula yang baginda lakukan adalah ke rumah suci dan tawaf
mengelilingi Kaabah dengan unta. Terdapat 360 berhala-barhala orang Arab yang
disekelilinginya, Baginda kemudiannya
menyentuh dengan tongkat tungangan. Nabi Muhammad SAW kemudiannya membalikkan
berhala itu satu demi satu sambil membaca ayar dari Al-Quran “Telah datang
kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang batil (kufur dan syirik).
Sesunggunya yang batil itu sememangnya satu perkara yang tetap senyap.” (Surah
Al-Isra ayat 81)
Baginda kemudiannya membuka kunci dan masuk ke dalam Kaabah. Dinding
dalaman Kaabah dihiasi dengan lukisan-lukisan yang dihasilkan oleh pelukis Byzantin
atas perintah tuan penjaga Kaabah, mereka mengambarkan suasana kehidupan Nabi
Ibrahim AS dan adat istiadat berhala. Terdapat
juga gambaran Siti Mariam dan anaknya Nabi Isa AS yang sedang melindungi
Nabi Isa AS dengan kedua-dua tangannya, Nabi Muhammad SAW memerintah supaya
semuanya yang lain dimusnahkan. Manakala berhala Siti Mariam kemudiannya
dimusnahkan dengan api. 12 Kisah ini menunjukkan makna dan skala apa yang disebut “ikonoklasme
Muslim” (fahaman yang menentang kewujudan patung dan berhala) dan yang sering
dipanggil “aniconisme”. Jika Kaabah adalah hati manusia, berhala-berhala yang
mendiaminya mewakili nafsu yang melebur hati
dan menghalangi peringatan Tuhan. Oleh itu pemusnahan berhala adalah
lanjutan kepada mengetepikan setiap imej yang mungkin menjadi idola adalah
perumpamaanya paling jelas untuk Islam “satu perkara yang perlu”, iaitu pemurnian hati dalam mencapai tauhid adalah kesaksian dan
kesedaran bahawa “tiada tuhan yang disembah melainkan Allah”
Untuk membina ikonografi Islam yang baru ikon digantikan dengan
tulisan ayat-ayat suci seperti yang dijelaskan dalam Firma-Firman Allah.
Notes
to Chapter I
1.
“The whole existence of the peoples of antiquity, and of traditional peoples in
general, is dominated by two presiding
ideas,
the idea of Center and the idea of Origin” (Frithjof Schuon, Light on the
Ancient Worlds [London: Perennial Books, 1965], p. 7).
2.
It is possible for a sacred story to be more true—in the sense of having a
greater reality—than a purely empirical or historical account of the events.
3.
See Y. Moubarac, Abraham in the Quran, coll. Ètudes musulmanes (Paris: Vrin,
1958).
4.
There are forms of monotheism which lie outside Semitic or Abrahamic lineage.
5.
For all the peoples of antiquity, a stone fallen from the sky could not be
other than sacred, and necessarily so, for
things
are what they mean.
6.
This is true also of the “cell” of certain Hindu temples, and this “cell” or
matrix (gharbagriha) has also the shape of a cube.
7.
St. John’s Apocalypse describes the Heavenly Jerusalem as an imperishable
synthesis of the world in the shape of
a
cube.
8.
Notably in Hinduism and Buddhism, but also in medieval Christianity, in the
form of processions around a saint’s tomb.
9.
Inside the Kaʿba there is no more ritual “orientation”; the difference between
each convergent direction is annulled, and the custom of the Prophet
requires that four brief prayers be
made, facing each side
of
the sanctuary in turn. Thus it is that in the world’s spiritual center, the
contrasts or oppositions which typify the world are no longer dominating but
dominated. According to a Sufi interpretation, the Kaʿba correspondsto the
heart as the seat of the Divine “Presence”, and the encircling movement of the
pilgrims around the
Kaʿba
recalls the movement of thoughts or meditations turning perpetually around the
soul’s ungraspable center.
10.
The great pilgrimage moves across the Islamic world as the circulation of the
blood moves through man’s body, the Kaʿba being the heart.
11.
This heritage cropped up occasionally in Europe and, with the Renaissance,
finished by engulfing the fundamentally Christian civilization of the Middle
Ages.
12.
According to al-Azraqī, the author of the oldest history of Mecca. The icon
portrayed the Holy Virgin with the Infant on her knees.