Ahad, 30 Disember 2012

Teori Pasca Modenisme



Oleh: Faizal Sidik

Dunia hari ini memasuki dunia pascamoden. Negara kita pun telah memasuki dunia  baru iaitu projek-projek pembangunan menuju negara maju yang program industri beratnya. Kita sedar subjek pascamodenisme di Negara kita adalah satu fenomena relative baru, Malah ada orang yang masih belum mengenali konsep pasca modenisme itu. Di dunia baratlah tempat bermulanya sinar cahaya fajar pascamodenisme ini. Perkataan pascamodenisme di perolehi dan digunakan sejak berlakunya kritikan terhadap pada tahun-tahun 1950 an dan 1960 an, yang telah menimbulkan satu gerakan baru iaitu senibina International Styl, kemudiannya tersebar luas reaksi terhadap modenisme. Pada tahun 1970 an pascamodenisme telah mula digunakan dalam ilmu falsafah yang begitu sinonim dengan dekonstrukri dan pasca-struktulisme. Pascamodenisme terbahagi kepada dua aspek yang mana kedua-duanya adalah reaksi terhadap modenisme dan modeniti.

Ianya telah dibicarakan dalam pelbagai keadaan dan dapatan. Menurut Chiristopher Noris dalam bukunya ‘The Thruth about Post modernism” (1996) kehadiran pascamodenisme ini dapat dikesan melalui tiga tunjang dasar tujahan istilah-istilah iaitu pascastruktulisme, istilah pascanmodenisme itu sendiri dan istilah pascamodenisme budaya.

Pertama, istilah pascastruktulisme, ia merujuk kepada pemikiran yang muncul selepas kemunculan teori strukturlisme. Ramai yang menyuarakan secara lantang bahawa strukturlisme telah hilang kekuasaanya. Mereka ini terdiri daripada sekumpulan pemikir yang dimaksudkan itu ialah Focault, Lyotard,  dan Derrida, tiga orang tokoh besar dalam senarai pemikir dan ahli falsafah Perancis bertaraf  antarabangsa. Dengan timbulnya penentangan terhadap teori strukturlisme yang  telah menguasai benua Eropah selama beberapa dekad, maka bermulalah zaman yang dikatakan pascastruktulisme itu.

Kedua, ialah istilah teori pascamoden. Istilah ini sering pula dikaitkan dengan beberapa ilmu sosial yang menggambangkan idea bahawa negara-negara maju kini telah memasuki period pasca-indusri kumpulan ini terdiri daripada Daniel Bell, Alan Tourine dan Alan Tofler. Istilah pascamoden itu sebenarnya mendasarkan bahawa dunia industri telah memasuki satu tahap yang lebih canggih dan meninggalkan kemajuan zaman industri zaman moden. Gabungan ahli sains social inilah  yang telah memperkenalkan dan cuba mempopularkan istilah pascamoden itu, dengan  hujah mereka bahawa dunia hari ini telah memasuki zaman pascaindustri.Sesuatu yang baru dan tidak mudah diterima dengan mudah. Begitulah juga istilah pascamoden itu, ada yang menyatakan istilah itu kurang tepat dan berunsur kegilaan, tetapi tidak siapa dapat menyangkal lagi landasan dunia industri yang begitu hebat, memberikan nama bagi dunia baru, iaitu pascamoden.

Ketiga, munculnya istilah apa yang disebut dengan pascamodenisme budaya, suatu istilah yang mencirikan rangkaian prihal budaya. Budaya disini merujuk kepada sesuatu yang berkaitan dengan estetik dan artistic, iaitu tentang sesiatu konsep keindahan yang baru. Istilah ini sesungguhnya berasal daripada reaksi terhadap sifat-sifa kemujaraban dan abstraksi dalam seni lukis, dalam seni arkitektur yang dikatakan telah dua dekad kedengaran gema pascamoden itu disuarakan. Mana-mana yang sangat berkuasa dalam dunia pascamoden budaya ialah Charles Jenks, Peter Fuller, Kenneth Framptom, Ihab Hassan dan Polo Porthognesi.

Istilah pascastrukturalisme, pascamoden dan pascamodennisme budaya itu, sesungguhnya adalah sebagai petanda kelahiran dunia baru yang dinamakan zaman pascamodenisme. Ketiga-tiga istilah itu mempunyai hubungan dengan dunia falsafah, soal sosial dan estetik. Jadi disini dapatlah diertikan sebagai suatu fahaman atau pegangan yang menjadi anutan dan kepercayaan baru selepas moden. Pengangan atau fahaman itu membuat fenomeda budaya yang disatukan dalam komitmen pada heterogeniti, fragmentasi, dan perbezaan, serta reaksi terhadap modenisme itu sendiri.

Perancis adalah Negara yang menjadi pusat sentrum kepada gerakan pascamodenosme ini apabila tokohnya seperti Jasques Derrida, Michaek Foucault, Francois Lyotard, Jacques Lacan dan Deleuze menyuarakan betapa pentingya satu perubahan dalam satu system hidup dilakukan. PAda dasarnya mereka terdiri daripada ahli pemikir dan juga sebagai budayawan. Mereka telah menyerang dan menghancurkan kegemilangan golongan modenisme konsep dasarnya telah diletakkan oleh para pemikir pencerahan abad ke-18 itu. Serangan ini dilakukan kerana didasari oleh anggapan bahawa kehidupan dunia moden ini telah mengalami kegagalan, dengan terbukti daripada meletusnya dua kali peperangan dunia, yang merosakkan persekitaran dan kehidupan menusia.

Konsep pancamoden melakukan transformasi daripada pandangan dunia moden yang menganggap realiti itu disusun mengikut hukum-hukum yang menurut akal fikiran dapat dipegang, tetapi dalam pancamoden realiti itu tidak teratur dan sesuatu mutlak tidak dapat diketahui daripadanya. Pascamoden juga dapat difahami bahawa pascamodenisme antara lain konteksnya ialah menentang apa yang dikatakan realisme itu. Dunia pascamodenisme Cuma menungkai dan menghancurkan ketetapan-ketetapan yang dibina oleh modenisme. Pascomoden adalah suatu zaman, suatu daripada hasil gerakan yang ingin melihat fenomena sosial harus terlebih dahulu jangan dipenjara oleh anggapan dasar teori buku ‘grand narrative’ yang diciptakan oleh modenisme hendak diubah, diperbaiki dan disempurnakan oleh para pemikiran pascamodenisme. Dengan itu usaha pembongkaran akan berlaku atau dilakukan, dengan perkataan lain usaha itu disebut sebagai istila deconstructionism. Antara istilah-istilah atau ciri-ciri yang menjadi kunci anutan para pemikir pascamoden ini ialah perkataan-perkataan dekonstruksi, stimulasi, difrence, eklektik.


Dekonstruktif
Perkataan dekonstruksi dikenali melalui pandangan ahli pemikir budaya dan sastera seperti Jacques Derrida.Pandangan Derrida sebenarnya berlandaskan kepada kritikannya terhadap falsafah ilmu modenisme. Konstruksi dasar keilmuan yang telah kukuh dalam zaman moden, terutamanya dalam keilmuan humanisme dan sosialogieme seperti sosiologi, psikologi, antropologi, sejarah yang selama ini disebut sebagai grand theory itu telah ditentang kesahihan dan kekuatan hegemoninya. Malah ilmu-ilmu sains dan matematik juga dipertikaikan kedudukan dan peranannya. Seperti diketahui bahawa teori ilmu-ilmu sains moden mengandaikan adanya struktur dan konstruksi baku, yang biasa dibangun secara kukuh dan dapat berlaku secara universal. Apa yang disebut grand theory, begitu hebatnya sehingga orang percaya berlebihan terhadap keampuhan teori tersebut. Grand theory dianggap menerangkan berbagai-bagai gejala sosial yang mana pun adanya.Meskipun konstruksi demikian cukup membantu untuk memahami persoalan sosial kemasyarakatan, tetapi konstruksi baku seperti itu dianggap terlalu skematis dan terlalu menyederhanakan persoalan yang sesungguhnya hendak ditelaah. Dominasi teori-teori besar menutup kemungkinan munculnya teori-teori lain yang barangkali jauh lebih membantu memahami reality dan memecahkan persoalan. Tuntutan adanya metadologi yang beku, yang tidak dapat digangu-gugat, itulah yang ditentang oleh orang seperti Paul Feyerabend.

Para pemikir pascamodenisme tidak meyakini validiti konstruksi keilmuan yang baku selama ini disusun oleh generasi modenis. Krateria atau tuntutan-tuntutan yang terlalu rigid dan bersifat skematif tidak akan dapat mendekati teks-teks pascamodenisme yang relitinya pelbagai nama. Dunia pascamodenisme adalah suatu zaman, suatu daripada hasil gerakan yang ingin melihat fenomena sosial harus terlebih dahulu jangan dipenjara oleh anggapan dasar teori baku grand narrative yang diciptakan di zaman modenisme. Dengan itu fenomena sekarang ialah bahawa konstruksi keilmuan yang begitu kukuh dan kuat dibangun oleh generasi modenis, hendak dirubah, diperbaiki, dan disempurnakan oleh pemikir pascamodenis.Dengan itu usaha pembongkaran akan berlaku atau dilakukan, dengan perkataan lain usaha itu di sebut sebagai istilah deconstructionisme. Dekonstruksi pada dasarnya ialah usaha dan praktis mempertanyakan semula apa-apa yang telah sedia ada. Atau ia juga suatu proses pembongkaran komposisi daripada komponen-komponennya untuk sesuatu tujuan penyusunan semula bagi pembinaan sebuah teori yang lebih relevan untuk memahami reality masyarakat. Untuk memahami reality masyarakat mempunyai makna yang tersendiri di kalangan dekonstruksi justeru subjek reality itu mempunyai makna yang berbeza dengan fahaman golongan modenis. Lagi reality telah banyak berubah oleh zaman.

Karya Marcel Duchamp ini bolehlah dianggap bercirikan dekonstruktif dalam panscamoden menyoal semula karya-karya seni yang dipamerkan didalam galari. Beliau hendak kita memandang seni dalam konteks yang lain. Mungkin tiada karya yang lebih dikenali daripada transformasi seni pada abad ke 20 pada katya fountain 1917 oleh Marcel Duchamp (1887-1968). ‘Karya’tersebut yang telah ditolak daripada pameran terbuka yang dianjurkan oleh Soceity for Independent Artis di New York, menggunakan bahan mangkok tempat membuang air kencing diperbuat daripada porselin itu menjadi penting dan terkenal dikenali sebagai ready-made, yang mana merupakan satrevolusi dalam kemungkinan-kemungkinan dalam proses pengkaryaan menggunakan secara terus material daripada kilang yang menghasilkannya.

Duchamp memperoleh bekas air kencing itu (fountain) terus daripada J.L Mott Iron Work iaitu pengilang yang mengeluarkan saluran tersebut. Sebelum menghantarkanya ke dalam pameran sebagai arca, beliau telah mengubah fungsinya dengan meletakkannya 90 darjah daripada bentuknya yang asal, dan jika dilihat dari sudut sisinya kelihatan tulisan “R Mutt 1917”. Beliau mencabar penerimaan konsep yang dipegang oleh  masyarakat pada  masa itu. Duchamp mengatakan kita hendaklah membuat tafsiran semula apakah itu seni, seni adalah merupakan tafsiran, ia tidak wujud secara semulajadi.

Pluralisme.
Pluralisme bererti kepelbagaian dan keanekaragaman dalam dimensi-dimensi hidupan lainya.Roh pluralisme, mempunyai keraguan yang tinggi terhadap asas-asas tradisional, dan memisahkan kemanusiaan daripada alam kerana pluralisme menhancurkan vertikaliti Tuhan-alam-manusia dalam tradisionalisme. Dibalik ungkapan itu terkandung maksud bahawasanya dangat sulit untuk mempertahankan paradigma tunggal dalam wancana dan epistimologi apa pun. Semuanya seba beranekaragaman, semuanya serba perlu difahami dan didekati dengan pendekatan multidimensional. Hal ini dapat dilihat dari segala fenomena yang berlaku dihadapan kita. Budaya, agama, keluarga, ras, ekonomi, sosial, suku, pendidikan, ilmu pengetahuan, bangsa, Negara dan aspirasi politik semuanya menampakkan wajah yang pluralistik. Dalam hubungan ini paradigma tunggal seperti yang dikedepankan oleh pendekatan kebudayaan tunggal seperti yang dikedepankan oleh pendekatan kebudayaan Barat-modenis-developmentalis, baik dari segi keilmuan mahupun lainnya telah dipertanyakan keabsahannya oleh pemangku budaya-budaya diluar budaya moden.

Contohnya dalam sebuah persembahan dalam pelbagai media dalam Skin Trilogy (1994) sebuah persembahan eksperimental oleh Five Art Centre. Berdasarkan teks oleh K.S Maniam dan diarahkan oleh Krishen Jit, memperlihatkan penyatuan seni tampak dan seni persembahan inimelibatkan Something Fish oleh Hasnul Jamal Saidun. Karya pemasangan video pelbagai saluran ini menjadi sebahagian dari elemen yang menjana improvisasi aturan formal, pengkategorian sesuatu hasil budaya telah hilang definasinya. Dalam seni visual seperti ‘catan’ dan ‘arca’ telah diperluaskan maknanya dimana digabungkan dengan senibina, text, persembahan, video dan pelbagai media dan pendekatan.


Alienation
 “Alienation” berasal daripada bahasa Latin iaitu  alienation. Kata namanya berasal daripada kata kerja iaitu alienare bermaksud sesuatu  yang lain, mengambil alih atau menukar. Alienare , pula terbit daripada alienus bererti hak kepunyaan atau tergolong dalam yang lain. Manakala alienus berasal daripada alius yang bermakna “other” kata sifat dan “another” kata nama. Alienation juga boleh dianggap satu perasaan yang bukan mudah dan subjektif,  pengasingan atau pembuangan. Dalam tahap yang lebih dalam lagi ia menandakan satu struktur yang mana masyarakat agak mustahil untuk “mengenali” kewujudannya dari aspek sosial dan spiritual. Antara contoh yang dapat diberikan disini ialah karya Liew Kung Yu bertajuk Who am I yang diadakan di Galari MIA telah di kuratorkan oleh Wong Hoy Cheng, merupakan karya installasi menggunakan bahan tempat sembahyang orang Cina dan set video monitor, Kung Yu menyoal tradisi dalam masyarakat Cina.



Hyper-Reality
Hiperrealiti difahami sebagai simulasi terhadap dunia nyata, rekonstrusi daripada dunia sebenar terhadap media yang lebih besar. Hiperrealiti ditandai dengan muflisnya makna, petanda, dan reality. Dunia hiperrealiti adalah dunia yang disarati oleh silih bergantinya reproduksi apa yang dikatakan oleh Baudrillard simulacrum iaitu objek-objek yang tidak mempunyai referensi reality sosial, objek-objek yang dibuat diatas kerangka meleburnya reality dengan fantasi, fiksi, halusinasi, dan nostalgia, sehingga perbezaan diantara sesamanya adalah sulit dibezakan contohnya filem Final Fantasy.


 Bibliografi :

1. Mana Sikana, Teori dan Kritikan Sastera Pascamodenisme, Fajar Bakti Sdn Bhd, 1998

2. S.M Zakir, Pascamodenisme : Kutukan Terhadap Falsafah dan Agama

3. Richard Schacht, Alienation, George Allen & Unwin Ltd, 1971

4. J.O. Urmson & Jonathan Ree, The Concise Encyclopedia of Western Philosophy   and Philosopher, Unwin Hyman Ltd, 1991

5. Hasnul Jamal Saidun, Media Tech in Malaysia Contemporary Art Practices : An Overview, Galari Petronas, 28 Februari 2004

6.Hasnul Jamal Saidun & Nirajan Rajah, Pameran Seni Elektrinik Pertama, Balai Seni Lukis Negara, 1997

2 ulasan:

  1. Gelombangan Pascamodenisme akan Tercetus Setiap Zaman

    Saudara Faizal,
    Sebagai suatu fenomena seni, perbincangan dan perbahasan seni pascamodenisme yang saudara utarakan menarik perhatian saya. Pertama, gerakan pascamodenisme dipelopori oleh golongan intelektual yang menyuarakan kebebasan, perubahan dalam sistem hidup. Penemuan teori-teori estetik membantu pascamodenis menampilkan falsafah budaya dengan sokongan pemikiran intelektual. Kerana itu ia dianggap masih signifikan namun terbatas di tengah-tengah antara karya moden dan pramoden. Ia menawarkan pemikiran bagi menyemak kembali setiap nilai tradisi yang berakhir pada pramoden dan moden. Walaupun semakan yang terbatas, ia masih disanjung dalam pelbagai interpritasi. Sanjungan dibuat berdasarkan pertalian dalam konteks tindih menindih yang ada hubungannya dengan pemikiran intelektual. Bersetujukah saudara jika saya katakan sebahagian besar gelombangnya dibangkitkan oleh generasi muda?

    Kedua, apabila kebebasan seni dalam pascamodenisme ini dilaungkan dan sekiranya tidak dibendung ia akan menghancurkan sistem budaya, jati diri dan kebimbangan menjadi pertelingkahan dengan nilai agama. Adakah saudara bersependapat dengan saya dalam kenyataan ini?

    Perubahan pemikiran dan idea dalam pengkaryaan seni yang digempurkan oleh kumpulan pascamodenisme ini menjadi kebimbangan pihak pemerintah. Jika disedari di mana negara yang diperintah oleh penguasa yang zalim, penaung rasuah dan penindasan hak bersuara dan hak asasi, suatu kawalan ke atas karya seni dilakukan. Jika tidak dikawal, tema dan konsep dalam karya seni dengan berani akan digarap di sekitar permasalahan masyarakat. Akan muncul seorang dalam seratus pengkarya seni yang berani. Akan dizahirkan imej visual secara terangan berkaitan keluarga miskin, golongan marhaen yang ditindas, harga barangan mahal, rumah mahal dan segalanya mahal. Dengan beraninya artis kita akan mewarnakan latar belakang karya mereka dengan imej tol, harga minyak, kesengsaraan, upah yang tidak setimpal dan pelbagai kepayahan lain sedangkan yang kaya terus bertambah menjadi jutawan. Pembikin filem tidak lagi berminat dengan kisah cinta rumah banglo atau hantu masuk kampung. Sebaliknya dengan keyakinan tinggi akan dijalin cerita dan imej visual yang dekat dengan kesusahan rakyat. Jika satu pameran bergema dengan tema klise iaitu kewajipan menjaga alam semesta akan ada sepuluh pameran lain yang lebih berani meluahkan rasa ketidakpuasan, ketidakadilan yang dirasai oleh masyarakat yang tertindas. Adakah pameran seperti ini dipamerkan bermusim-musim di luar negara sepanjang saudara menjadi penghayat seni, kurator, sejarawan seni yang banyak mengembara di rantau orang?

    Seperti kata saudara, Perancis adalah negara yang menjadi pusat sentrum kepada gerakan pascamodenisme Manakala kata saya dari perkembangan ini akan dijadikan inspirasi kepada ahli pemikir dan budayawan menampilkan idea baru. Karya yang dihasilkan membawa signifikan nilai dalam hubung kait seni dengan intelektual. Karya pascamodenisme mengandungi tulisan kritikan dan diolah dalam genre estetik atau mengadunkan budaya ke dalamnya. Boleh dikatakan pascamodenisme tidak mempunyai tempat untuk sesuatu yang asli lagi. Ia menjadi pelik dan memeranjatkan dalam membezakan nilai indah dan tafsiran cantik yang wujud tanpa batasan. Malah kefahaman nilai estetik juga turut berubah, apa sahaja yang indah tidak semestinya cantik dan apa sahaja yang sempurna tidak semestinya dianggap indah. Segalanya bermula dengan idea yang tertinggi dan murni. Sebagai keindahan dalam menyokong nilai kecantikan, idea itu lebih awal diletakkan di tempatnya sebagai hasil yang akan dinilai dan dikritik. Adakah perubahan ini diperlukan dalam mengharungi cabaran dan wawasan seni di Malaysia? Apa pendapat saudara. Adakah akan terjadi dengan pantas sekiranya saudara yakin gelombangan pascamodenisme akan tercetus setiap zaman?

    BalasPadam
  2. Salam Bro...
    Nak buat program TV pasal Syed Ahmad Jamal...
    free to contact ASAP... Hakim 0192269622
    TQ

    BalasPadam