Ahad, 30 Disember 2012

Mahu Kemana Sejarah dan Masa Depan Fotografi Malaysia Kini?



Oleh: Faizal Sidik

Abstrak
What began as a hobby for me has over the years grown into a deep passion. Having been given the opportunity to research and curate this exhibition by the National Art Gallery, Malaysia has been a wonderful privilege. To me, photography is not an art that stands on its own, it has been consequential in our culture and furthermore, provide future generations an opportunity to witness, though images, the history of Malaysia. Crucial events such as Merdeka and our rapid infrastructural development have served as camera fodder for our physical achievements of our countrymen.-Alex Moh, Guest Curator, ‘Malaysia Photography From 1900 to The Present Day: History and Beyond’

           
Apabila melihat perasmian pameran Fotografi Malaysia dari 1900 sehingga kini: Sejarah dan Masa Depanya, ia seperti mempunyai persamaan dengan tajuk pameran , Seni Lukis Malaysia Kini. Benarkah kedua-kedua pameran ini ‘kini’ itu mengambarkan kekiniannya dalam persada seni di Malaysia? Sudah terbuktikah atau disahkan benar penetapan ‘kini’ apa yang dipaparkan sudah di akui kini oleh kita? Atau hanya sekadar menyedapkan tajuk agar ia nampak terkini tetapi masih dalam konteks yang lama. Atau ia hanya bermula sekadar hobi-hobi sahaja dan mendalaminya sudah cukup untuk mengatakan hal-hal kekinian itu tadi? Seriuskah kita dalam menggunakan ‘kini’ itu jika ia hanya dimulakan dengan secara suka-suka sahaja, ini kerana segala yang diperkatakan mesti di pertanggujawabkan keatasnya.

Benarkah dengan memberi kronologi pergerakan, teknik dan konteks sejarah bermula dari tahun 1900 hingga 2000 itu merupakan satu aliran yang mesti dipatuhi, Adakah dengan hanya merakamkan gambar-gambar dari tarikh tersebut hingga ‘kini’ itu secara otomatiknya kita mesti mensetujui kenyataan itu benar-benar mengambarkan sejarah dan masa depan Malaysia itu sedemikian rupa? Atas dasa apa kenyataan ini dipegang atau hanya sekadar merakamkan semula memori-memori silam untuk direnung kembali dalam kehidupan sekarang. Dan apakah peranannya pula dalam konteks kita pada hari ini dari rakaman-rakaman kamera itu. Sejarah negara kita merdeka 47 tahun dahulu hingga kini, apakah hasil yang diperolehi daripada pameran-pameran fotografi yang diadakan sebelum ini sehinggalah pameran yang terkini ini apa pula peranannya dalam masyarakat?.Duit telah banyak telah banyak dilabur dan dihabiskan tetapi keadaan masih ditahap sama juga.

Di Malaysia kini, senario sebarang pameran seni yang kita lihat kini tidak benar-benar berlandaskan keilmuan itu sendiri, berlandaskan keilmuan itu bermaksud atas dasar apa idea yang dibuat itu diteorikan, senario yang kita lihat  hanya berpameran kemudia kita balik dan membuat hal  masing-masing sahaja. Media pula hanya membuat laporan-laporan untuk menyakinkan masyarakat tahu akan kewujudan pameran itu dan selalunya kata-kata pujuanlah yang sedian di suapkan kepada mereka, hal ini pun satu polemik juga.Keilmuan itu menuntut kita berwancana atas apa yang ditonjolkan dan dipamerkan, keilmuan menuntut kita menjelaskan apa yang diperkatakan tentang fotografi itu yang dikatakan bukan sekadar seni, tanggujawab kurator adalah untuk mewancanakan semula atas apa yang mereka rencanakan dalam bentuk ilmu bukan membuat laporan seperti menyediakan laporan tahunan syarikat. Sesebuah pameran hendaklah tidak dilihat sekadar untuk memenuhi aktiviti badan-badan yang juga memerlukan aktiviti ini dalam memenuhi kalenda tahunan mereka, Tahukah badan-badan ini apa sahaja aktiviti yang dijalankan oleh mereka berbalik semula kepada masyarakat, Usahlah kita mengeluh jika masyarakat tidak menghargai kegiatan seni apa yang kita lakukan, kerana masyarakat berhak menjadi pengadil atas apa sahaja yang di perlihatkan keatas mereka, pengadil disini dalam ertikata berhak membuat penilaian semula dengan penuh rasa was-was dengan apa yang dilihat, jadi disinilah akan berlakulah dialog atas apa yang mereka rasakan tidak kena, oleh itu setiap perancangan mestilah benar-benar relevan atas kehidupan mereka kini bukan hanya sekadar untuk memenuhi hobi atau hanya suka-suka.

Melihat semula katalog fotografi ini ia hanya membuat perbandingan antara fotografi dahulu dan kini dari segi teknik dan pensejarahannya mengikut konteks yang dilalui oleh medium tersebut, kita tidak seharusnya mencuba mencari ‘makna’ keatas objek seni yang ditonjolkan. Kefahaman kurator terhadap kamera dalam membuat imej, merakamkan gambar tidak difahami dengan jelas. Menurut Susan Sontag dalam bukunya

On Photography, 1977 “A photograph is not an accident—it is a concept. The ‘machine-gun’approach to photography—by which many negatives are made with the hope that one will be good—is fatal ti serious results’. Jika mengambil kenyataan tersebut kita di sini masih lagi hanya mengangap fotografi hanya merakamkan kejadian-kejadian yang berlaku seolah-olah memberi makna keatas rakaman visual, jika kita memberi makna adakah kita pasti tentang makna yang kita maknakan. Dan tidak mengangapnya sebagai kod baru visual dalam pengolahan idea, dan dengan idea-idea yang datang inilah akan mencambahkan satu ilmu baru dalam kehidupan kita.

Adakah kita telah meletakkan asa ini dalam perjalanan sejarah dan masa depan fotografi Malaysia kini? Ataupun kita masih terkeliru dengan sejarah kita sendiri? Masa depan seni Malaysia kini menuntut satu platfom baru, platfom baru ini bermaksud ia mestilah terbina atas dasar epistemental seperti yang ada dalam pelukis kita kini. Jika hal ini tidak terbina terlebih dahulu maka perjalanan sejarah dan masa depan fotografi Malaysia kini tidak akan kemana perginya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan