Ahad, 30 Disember 2012

Kem Seni Remaja ‘ Sonneratia’ Bentuk Karyawan Muda.


Oleh: Faizal Sidik

 (Penulisan ini telah disiarkan di Berita Harian pada 10 September 2002)


Tumbuh melata di persekitaran hutan di Kuala Selangor, Sonneratia atau pohon berembang merupakan makanan utama serangga kelip-kelip. Kekuatannya terus menjadi kawasan tarikan para pengkaji mahupun pelancongan sekaligus memberi identiti baru daerah itu. Tetapi mengapa ‘Sonneratia’ ? Cukupkah sekadar maksud memberi penghormatan kepada pohon itu sebagai simbol kepada kepentingan identiti didalam penghasilan sesuat karya seni?

Bertempat di Taman Alam kawasan pemuliharaan alam sekitar yang mempunyai keluasan 497 ekar hutan sekunder mempunyai spesis tumbuhan menjalar dan pokok pesisir pantai, Kem Seni Remaja ‘ Sonneratia’ anjuran Balai Seni Lukis Negara baru-baru ini memberi penghormatan kepada jenis tumbuhan itu sebagai lambang entiti dalam pelukis muda mengenali diri.

Balai Seni Lukis Negara sebagai naungan kepada seniman mapan mahupun baru meningkat naik dalam seni rupa patutlah diberi pujian dalam menganjurkan kem ini dan komitmen mereka seni itu agar tidak berlegar-legar di kalangan pengiat seni rupa tetapi berbanding bahu dikalangan profesinal lain seperti saintis, peguam, jurutera, penyair dan lain-lain dalam kem serta pameran Alam dan Semangat Air yang mahu menidakkan seniman buta sains mahupun saintis buta seni.

Objektif utama kem ini diprogramkan agar peserta dapat membina ketahanan mental untuk berdepan dengan cabaran kerjaya seni rupa pada alaf baru secara terancang, sistematik dan berdaya saing. Ini termasuklah kemampuan mereka dalam membuat keputusan dan mendepani cabaran, polimek serta isu-isu sezaman secara kritikal, ilmiah daya intelek. Disini juga mereka didedahkan dengan pengetahuan dan kemahiran teknikal dalam beberapa aspek seperti penyelidikan, pembuatan dan persembahan karya secara profesinal meliputi seni cetak, seni lukisan seni arca dan seni catan yang jauh berbeza daripada apa yang mereka pelajari di kolej-kolej seni.

Kem Seni Remaja yang disertai oleh lebih kurang 25 orang peserta yang dipilih oleh daripada kolej-kolej seni seluruh negara seperti UITM, MIA, Unimas, Cenfad, CAA juga memberi peluang kepada mereka bermunasabah secara introspektif terhadap kepercayaan, prinsip dan pegangan hidup masing-masing, demi memperolehi keseimbangan emosi yang tersalur secara efektif menerusi karya seni. Malah program didalamnya dapat menjana semangat berkarya yang produktif bagi membina kekuatan jiwa yang kental supaya mereka mempunyai iltizam yang tinggi apabila keluar untuk membina kerjaya sebagai seorang karyawan.

Kem ini dalam kontek cuba merobak perkembangan idea oleh perserta berlandaskan sesuatu yang asli dan jitu ini terbahagi kepada beberapa program seperti bengkel, diskusi, dialog dan pameran ini dikendalikan oleh Pegawai Sumber dari pelbagai bidang seperti catan, arca cetakan dan instalasi yang diketuai dan dikendalikan oleh En Hasnul Jamal Saidon (Pengarah Kem) yang juga merupakan pelukis sepenuh masa dalam bidang catan dan multimedia. Beliau juga adalah bekas pensyarah di UNIMAS dan Cenfad manakala Pegawai Sumber terdiri dari Juhari Said, Ahmad Fuad Othman, Sharmiza Abu Hassan, Bibi Chew dan Sushilawati Sulaiman.

Menurut Pengarah Kem En Hasnul Jamal Saidon Kem Seni Remaja ‘ Sonneratia’ 2002 dalam berpaksikan daripada dasar-dasar pendidikan dan kebudayaan kebangsaan dalam konteks ini merujuk kepada keselaraian dan imbangan antara keperluan ‘high tech’ dan ‘high touch’ yang boleh diperolehi daripada khazanah warisan tamadun Nusantara itu sendiri yang meliputi 3 model iaitu berasaskan kekuatan spiritual, intergratif dan proaktif.

Model kekuatan spiritual mahupun jiwa kepada ditekankan peserta sebagai pemangkin kepada pernyataan estetika. Model ini meletakkan kekuatan dan asas kepercayaan agama sebagai pra-syarat untuk mereka berkarya agar menjadi imbangan terhadap terhadap tuntutan dan cabaran material.

Tambah beliau lagi, model bersifat integratif pula bermaksud berasaskan dialog dan wancana yang bukannya terpasung dan dipaksa-paksa. Malah ianya lebih berpusat kepada pelajar, menolak sistem koncensi biasa bersifat peniruan dan pengulangan luaran tetapi ia menekankan kepada aspek pembinaan dalam pembangunan intelek manakala model proaktif katanya lagi, mendekatkan peserta terhadap bahan, peralatan teknik, proses, dan kemahiran sezaman dan masa depan, ini perlu sebagai kesinambungan dari asas sejarah seni rupa dan budaya serantau supaya penafsiran bahan dan teknik serta teknologi baru didepani dari sudut dan acuan serantau.

Untuk melihat perkembangan yang diperolehi oleh  mereka sepanjang kem ini dalam masa 3 bulan satu pameran akan diadakan di Balai Seni Lukis Negara pada 25 Ogos 2002 sempena menyambut ulangtahun Balai Seni Lukis Negara.


Teori Pasca Modenisme

Alaf Baru; Zaman Gerhana Seni - Part I @ DOM Feb 2011, Rumah PENA, Kuala Lumpur BY FAIZAL SIDIK, LUKMAN AL JUFRI, ZAHIRUDIN ZABIDI. / MODERATOR: REBECCA ILHAM





Oleh: Faizal Sidik

Dunia hari ini memasuki dunia pascamoden. Negara kita pun telah memasuki dunia  baru iaitu projek-projek pembangunan menuju negara maju yang program industri beratnya. Kita sedar subjek pascamodenisme di Negara kita adalah satu fenomena relative baru, Malah ada orang yang masih belum mengenali konsep pasca modenisme itu. Di dunia baratlah tempat bermulanya sinar cahaya fajar pascamodenisme ini. Perkataan pascamodenisme di perolehi dan digunakan sejak berlakunya kritikan terhadap pada tahun-tahun 1950 an dan 1960 an, yang telah menimbulkan satu gerakan baru iaitu senibina International Styl, kemudiannya tersebar luas reaksi terhadap modenisme. Pada tahun 1970 an pascamodenisme telah mula digunakan dalam ilmu falsafah yang begitu sinonim dengan dekonstrukri dan pasca-struktulisme. Pascamodenisme terbahagi kepada dua aspek yang mana kedua-duanya adalah reaksi terhadap modenisme dan modeniti.

Ianya telah dibicarakan dalam pelbagai keadaan dan dapatan. Menurut Chiristopher Noris dalam bukunya ‘The Thruth about Post modernism” (1996) kehadiran pascamodenisme ini dapat dikesan melalui tiga tunjang dasar tujahan istilah-istilah iaitu pascastruktulisme, istilah pascanmodenisme itu sendiri dan istilah pascamodenisme budaya.

Pertama, istilah pascastruktulisme, ia merujuk kepada pemikiran yang muncul selepas kemunculan teori strukturlisme. Ramai yang menyuarakan secara lantang bahawa strukturlisme telah hilang kekuasaanya. Mereka ini terdiri daripada sekumpulan pemikir yang dimaksudkan itu ialah Focault, Lyotard,  dan Derrida, tiga orang tokoh besar dalam senarai pemikir dan ahli falsafah Perancis bertaraf  antarabangsa. Dengan timbulnya penentangan terhadap teori strukturlisme yang  telah menguasai benua Eropah selama beberapa dekad, maka bermulalah zaman yang dikatakan pascastruktulisme itu.

Kedua, ialah istilah teori pascamoden. Istilah ini sering pula dikaitkan dengan beberapa ilmu sosial yang menggambangkan idea bahawa negara-negara maju kini telah memasuki period pasca-indusri kumpulan ini terdiri daripada Daniel Bell, Alan Tourine dan Alan Tofler. Istilah pascamoden itu sebenarnya mendasarkan bahawa dunia industri telah memasuki satu tahap yang lebih canggih dan meninggalkan kemajuan zaman industri zaman moden. Gabungan ahli sains social inilah  yang telah memperkenalkan dan cuba mempopularkan istilah pascamoden itu, dengan  hujah mereka bahawa dunia hari ini telah memasuki zaman pascaindustri.Sesuatu yang baru dan tidak mudah diterima dengan mudah. Begitulah juga istilah pascamoden itu, ada yang menyatakan istilah itu kurang tepat dan berunsur kegilaan, tetapi tidak siapa dapat menyangkal lagi landasan dunia industri yang begitu hebat, memberikan nama bagi dunia baru, iaitu pascamoden.

Ketiga, munculnya istilah apa yang disebut dengan pascamodenisme budaya, suatu istilah yang mencirikan rangkaian prihal budaya. Budaya disini merujuk kepada sesuatu yang berkaitan dengan estetik dan artistic, iaitu tentang sesiatu konsep keindahan yang baru. Istilah ini sesungguhnya berasal daripada reaksi terhadap sifat-sifa kemujaraban dan abstraksi dalam seni lukis, dalam seni arkitektur yang dikatakan telah dua dekad kedengaran gema pascamoden itu disuarakan. Mana-mana yang sangat berkuasa dalam dunia pascamoden budaya ialah Charles Jenks, Peter Fuller, Kenneth Framptom, Ihab Hassan dan Polo Porthognesi.

Istilah pascastrukturalisme, pascamoden dan pascamodennisme budaya itu, sesungguhnya adalah sebagai petanda kelahiran dunia baru yang dinamakan zaman pascamodenisme. Ketiga-tiga istilah itu mempunyai hubungan dengan dunia falsafah, soal sosial dan estetik. Jadi disini dapatlah diertikan sebagai suatu fahaman atau pegangan yang menjadi anutan dan kepercayaan baru selepas moden. Pengangan atau fahaman itu membuat fenomeda budaya yang disatukan dalam komitmen pada heterogeniti, fragmentasi, dan perbezaan, serta reaksi terhadap modenisme itu sendiri.

Perancis adalah Negara yang menjadi pusat sentrum kepada gerakan pascamodenosme ini apabila tokohnya seperti Jasques Derrida, Michaek Foucault, Francois Lyotard, Jacques Lacan dan Deleuze menyuarakan betapa pentingya satu perubahan dalam satu system hidup dilakukan. PAda dasarnya mereka terdiri daripada ahli pemikir dan juga sebagai budayawan. Mereka telah menyerang dan menghancurkan kegemilangan golongan modenisme konsep dasarnya telah diletakkan oleh para pemikir pencerahan abad ke-18 itu. Serangan ini dilakukan kerana didasari oleh anggapan bahawa kehidupan dunia moden ini telah mengalami kegagalan, dengan terbukti daripada meletusnya dua kali peperangan dunia, yang merosakkan persekitaran dan kehidupan menusia.

Konsep pancamoden melakukan transformasi daripada pandangan dunia moden yang menganggap realiti itu disusun mengikut hukum-hukum yang menurut akal fikiran dapat dipegang, tetapi dalam pancamoden realiti itu tidak teratur dan sesuatu mutlak tidak dapat diketahui daripadanya. Pascamoden juga dapat difahami bahawa pascamodenisme antara lain konteksnya ialah menentang apa yang dikatakan realisme itu. Dunia pascamodenisme Cuma menungkai dan menghancurkan ketetapan-ketetapan yang dibina oleh modenisme. Pascomoden adalah suatu zaman, suatu daripada hasil gerakan yang ingin melihat fenomena sosial harus terlebih dahulu jangan dipenjara oleh anggapan dasar teori buku ‘grand narrative’ yang diciptakan oleh modenisme hendak diubah, diperbaiki dan disempurnakan oleh para pemikiran pascamodenisme. Dengan itu usaha pembongkaran akan berlaku atau dilakukan, dengan perkataan lain usaha itu disebut sebagai istila deconstructionism. Antara istilah-istilah atau ciri-ciri yang menjadi kunci anutan para pemikir pascamoden ini ialah perkataan-perkataan dekonstruksi, stimulasi, difrence, eklektik.


Dekonstruktif
Perkataan dekonstruksi dikenali melalui pandangan ahli pemikir budaya dan sastera seperti Jacques Derrida.Pandangan Derrida sebenarnya berlandaskan kepada kritikannya terhadap falsafah ilmu modenisme. Konstruksi dasar keilmuan yang telah kukuh dalam zaman moden, terutamanya dalam keilmuan humanisme dan sosialogieme seperti sosiologi, psikologi, antropologi, sejarah yang selama ini disebut sebagai grand theory itu telah ditentang kesahihan dan kekuatan hegemoninya. Malah ilmu-ilmu sains dan matematik juga dipertikaikan kedudukan dan peranannya. Seperti diketahui bahawa teori ilmu-ilmu sains moden mengandaikan adanya struktur dan konstruksi baku, yang biasa dibangun secara kukuh dan dapat berlaku secara universal. Apa yang disebut grand theory, begitu hebatnya sehingga orang percaya berlebihan terhadap keampuhan teori tersebut. Grand theory dianggap menerangkan berbagai-bagai gejala sosial yang mana pun adanya.Meskipun konstruksi demikian cukup membantu untuk memahami persoalan sosial kemasyarakatan, tetapi konstruksi baku seperti itu dianggap terlalu skematis dan terlalu menyederhanakan persoalan yang sesungguhnya hendak ditelaah. Dominasi teori-teori besar menutup kemungkinan munculnya teori-teori lain yang barangkali jauh lebih membantu memahami reality dan memecahkan persoalan. Tuntutan adanya metadologi yang beku, yang tidak dapat digangu-gugat, itulah yang ditentang oleh orang seperti Paul Feyerabend.

Para pemikir pascamodenisme tidak meyakini validiti konstruksi keilmuan yang baku selama ini disusun oleh generasi modenis. Krateria atau tuntutan-tuntutan yang terlalu rigid dan bersifat skematif tidak akan dapat mendekati teks-teks pascamodenisme yang relitinya pelbagai nama. Dunia pascamodenisme adalah suatu zaman, suatu daripada hasil gerakan yang ingin melihat fenomena sosial harus terlebih dahulu jangan dipenjara oleh anggapan dasar teori baku grand narrative yang diciptakan di zaman modenisme. Dengan itu fenomena sekarang ialah bahawa konstruksi keilmuan yang begitu kukuh dan kuat dibangun oleh generasi modenis, hendak dirubah, diperbaiki, dan disempurnakan oleh pemikir pascamodenis.Dengan itu usaha pembongkaran akan berlaku atau dilakukan, dengan perkataan lain usaha itu di sebut sebagai istilah deconstructionisme. Dekonstruksi pada dasarnya ialah usaha dan praktis mempertanyakan semula apa-apa yang telah sedia ada. Atau ia juga suatu proses pembongkaran komposisi daripada komponen-komponennya untuk sesuatu tujuan penyusunan semula bagi pembinaan sebuah teori yang lebih relevan untuk memahami reality masyarakat. Untuk memahami reality masyarakat mempunyai makna yang tersendiri di kalangan dekonstruksi justeru subjek reality itu mempunyai makna yang berbeza dengan fahaman golongan modenis. Lagi reality telah banyak berubah oleh zaman.

Karya Marcel Duchamp ini bolehlah dianggap bercirikan dekonstruktif dalam panscamoden menyoal semula karya-karya seni yang dipamerkan didalam galari. Beliau hendak kita memandang seni dalam konteks yang lain. Mungkin tiada karya yang lebih dikenali daripada transformasi seni pada abad ke 20 pada katya fountain 1917 oleh Marcel Duchamp (1887-1968). ‘Karya’tersebut yang telah ditolak daripada pameran terbuka yang dianjurkan oleh Soceity for Independent Artis di New York, menggunakan bahan mangkok tempat membuang air kencing diperbuat daripada porselin itu menjadi penting dan terkenal dikenali sebagai ready-made, yang mana merupakan satrevolusi dalam kemungkinan-kemungkinan dalam proses pengkaryaan menggunakan secara terus material daripada kilang yang menghasilkannya.

Duchamp memperoleh bekas air kencing itu (fountain) terus daripada J.L Mott Iron Work iaitu pengilang yang mengeluarkan saluran tersebut. Sebelum menghantarkanya ke dalam pameran sebagai arca, beliau telah mengubah fungsinya dengan meletakkannya 90 darjah daripada bentuknya yang asal, dan jika dilihat dari sudut sisinya kelihatan tulisan “R Mutt 1917”. Beliau mencabar penerimaan konsep yang dipegang oleh  masyarakat pada  masa itu. Duchamp mengatakan kita hendaklah membuat tafsiran semula apakah itu seni, seni adalah merupakan tafsiran, ia tidak wujud secara semulajadi.

Pluralisme.
Pluralisme bererti kepelbagaian dan keanekaragaman dalam dimensi-dimensi hidupan lainya.Roh pluralisme, mempunyai keraguan yang tinggi terhadap asas-asas tradisional, dan memisahkan kemanusiaan daripada alam kerana pluralisme menhancurkan vertikaliti Tuhan-alam-manusia dalam tradisionalisme. Dibalik ungkapan itu terkandung maksud bahawasanya dangat sulit untuk mempertahankan paradigma tunggal dalam wancana dan epistimologi apa pun. Semuanya seba beranekaragaman, semuanya serba perlu difahami dan didekati dengan pendekatan multidimensional. Hal ini dapat dilihat dari segala fenomena yang berlaku dihadapan kita. Budaya, agama, keluarga, ras, ekonomi, sosial, suku, pendidikan, ilmu pengetahuan, bangsa, Negara dan aspirasi politik semuanya menampakkan wajah yang pluralistik. Dalam hubungan ini paradigma tunggal seperti yang dikedepankan oleh pendekatan kebudayaan tunggal seperti yang dikedepankan oleh pendekatan kebudayaan Barat-modenis-developmentalis, baik dari segi keilmuan mahupun lainnya telah dipertanyakan keabsahannya oleh pemangku budaya-budaya diluar budaya moden.

Contohnya dalam sebuah persembahan dalam pelbagai media dalam Skin Trilogy (1994) sebuah persembahan eksperimental oleh Five Art Centre. Berdasarkan teks oleh K.S Maniam dan diarahkan oleh Krishen Jit, memperlihatkan penyatuan seni tampak dan seni persembahan inimelibatkan Something Fish oleh Hasnul Jamal Saidun. Karya pemasangan video pelbagai saluran ini menjadi sebahagian dari elemen yang menjana improvisasi aturan formal, pengkategorian sesuatu hasil budaya telah hilang definasinya. Dalam seni visual seperti ‘catan’ dan ‘arca’ telah diperluaskan maknanya dimana digabungkan dengan senibina, text, persembahan, video dan pelbagai media dan pendekatan.


Alienation
 “Alienation” berasal daripada bahasa Latin iaitu  alienation. Kata namanya berasal daripada kata kerja iaitu alienare bermaksud sesuatu  yang lain, mengambil alih atau menukar. Alienare , pula terbit daripada alienus bererti hak kepunyaan atau tergolong dalam yang lain. Manakala alienus berasal daripada alius yang bermakna “other” kata sifat dan “another” kata nama. Alienation juga boleh dianggap satu perasaan yang bukan mudah dan subjektif,  pengasingan atau pembuangan. Dalam tahap yang lebih dalam lagi ia menandakan satu struktur yang mana masyarakat agak mustahil untuk “mengenali” kewujudannya dari aspek sosial dan spiritual. Antara contoh yang dapat diberikan disini ialah karya Liew Kung Yu bertajuk Who am I yang diadakan di Galari MIA telah di kuratorkan oleh Wong Hoy Cheng, merupakan karya installasi menggunakan bahan tempat sembahyang orang Cina dan set video monitor, Kung Yu menyoal tradisi dalam masyarakat Cina.



Hyper-Reality
Hiperrealiti difahami sebagai simulasi terhadap dunia nyata, rekonstrusi daripada dunia sebenar terhadap media yang lebih besar. Hiperrealiti ditandai dengan muflisnya makna, petanda, dan reality. Dunia hiperrealiti adalah dunia yang disarati oleh silih bergantinya reproduksi apa yang dikatakan oleh Baudrillard simulacrum iaitu objek-objek yang tidak mempunyai referensi reality sosial, objek-objek yang dibuat diatas kerangka meleburnya reality dengan fantasi, fiksi, halusinasi, dan nostalgia, sehingga perbezaan diantara sesamanya adalah sulit dibezakan contohnya filem Final Fantasy.


 Bibliografi :

1. Mana Sikana, Teori dan Kritikan Sastera Pascamodenisme, Fajar Bakti Sdn Bhd, 1998

2. S.M Zakir, Pascamodenisme : Kutukan Terhadap Falsafah dan Agama

3. Richard Schacht, Alienation, George Allen & Unwin Ltd, 1971

4. J.O. Urmson & Jonathan Ree, The Concise Encyclopedia of Western Philosophy   and Philosopher, Unwin Hyman Ltd, 1991

5. Hasnul Jamal Saidun, Media Tech in Malaysia Contemporary Art Practices : An Overview, Galari Petronas, 28 Februari 2004

6.Hasnul Jamal Saidun & Nirajan Rajah, Pameran Seni Elektrinik Pertama, Balai Seni Lukis Negara, 1997