Oleh: Faizal Sidik
‘Semangat & Serumpun’
Rantau Asia Tenggara
dari segi sejarahnya merupakan koridor laluan bagi peradaban utama dunia sebagai
tempat yang kompleks dengan interaksi kebudayaan. Melalui arus pasang surut pertemuan
timur dan barat ini telah menghasilkan penambahan dan penolakan budaya yang
meninggalkan warisan yang tidak ternilai dalam mewarnai penerapan masyarakat
serantau. Melalui
rantau ini juga, banyak individu dan populasinya hidup dalam sfera dan realiti
sosial, daripada masyarakat laut kepada peneroka tanah seterusnya menjadi warga
bandaran hasil daripada interaksi yang membawa kepada kepelbagaian pengalaman,
dari segi kepelbagaian konsep pandang hidup yang merentasi rantau ini.
Pembinaan pameran seni berskala besar
seperti biennale, biennial (dwi-tahunan) atau triennale (tiga tahun) adalah untuk membawa aspirasi, hasrat dan
citra sesuatu bandar raya, negara atau rantau itu secara
keseluruhannya.Misalnya Sao Paolo Biennale mewakili suara seni negara-negara membangun
benua Amerika Selatan kepada dunia luar terutamanya kepada Eropah dan Amerika. Begitu
juga Havana Biennale yang menghubungkan negara Amerika Latin dengan kepulauan
Caribbean iaitu negara-negara berkecuali yang tidak menyokong mana-mana negara
blok semasa Perang Dingin.
Dalam abad ke 21, Asia Tenggara dan Asia kembali aktif menyertai arus pergerakan globalisasi. Peralihan ini memaksa ia berhadapan dengan isu-isu tanah, perairan, persempadanan, sumber bumi, memori silam, identiti dan krisis kemanusiaan sejagat. Walaubagaimanapun, pengalaman perubahan yang berlaku di rantau ini memberikan pelbagai sudut pandang, daripada pelbagai peringkat. Berdasarkan sejarah latar belakang lalu dan kesinambungan perubahannya, seniman terkesan, memikirkan, membayangkan dan mempunyai pendirian sendiri dalam mendepaninya.
Kuala Lumpur Biennale 2020 bertemakan
“Tanah, Air dan (Sa)Udara”, adalah sebuah pelantar visual budaya sebagai forum
seni kontemporari yang mewakili suara serantau di dalam lingkungan Asia
Tenggara dalam pertukarannya atau dialognya diantara tempatan dan antarabangsa. Kini nilai-nilai semangat Asia Tenggara
seperti kerjasama serantau, keutuhan wilayah, kedaulatan, pemupukan keamanan,
sikap berkecuali, pertikaian secara damai melalui dialog dan rundingan perlu
sejagatkan dan dikongsi kepada dunia. Di sinilah kekuatan identiti biennial atau
suara kita dalam menghubungkan Asia Tenggara kepada dunia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan