Rabu, 10 Oktober 2018

Teks Dinding Pameran 'Stories without Words' (Cerita Tanpa Suara)




Terjemahan : Faizal Sidik


“Stories without Words”

Passion, dedication and life experience all drive Seeling Tan to bring to people both special needs and children from a CSO (Chin Student Organization) refugee school the opportunity to express themselves and feel personal pride through making art.

In this exhibition Seeling offers an insight of her art journey as a fulltime art educationalist, artist and children’s picture book illustrator and as a volunteer art educator for CSO. Seeling hopes to inspire others to pick up on her energy and passion working with children from all walks of life and help people that have so much untapped potential but are often forgotten. Every colour, every size, no matter how small is valued one by one like a box of crayons is to a child.

Participating artists in this show are her students Nasreen Lyana Nasim and Kong Xin Hui.

Nasreen Lyna Nasim  is a young artist with autism who has been learning art with Seeling since she was 7 years old. Painting has been a medium to help Nasreen vent her feelings positively.  It also helps boost her confidence as Nasreen never regrets a single stroke.


Kong Xin Hui was diagnosed with meningitis (Herpes Encephalitis) when she was 4. Since then she has lost much of her memory and ability to learn. She started her journey in art with Seeling’s art therapy class to train her memory and motor coordination skills.
Most of her paintings have very high bold strokes that are very expressive.


Art transforms thoughts, ideas, imaginations and creations into many wonderful stories.
See each work as an expression of fulfillment in that moment. Let each painting tell you a story. The objective of this show is to bring children closer to art, learning to express and create without being judged.


We are all different, unique and special. Every little step is a learning process for us.

Kita dijadikan untuk berbeza, unik dan istimewa. Setiap langkah yang kecil merupakan juga satu proses pembelajaran.

Seeling Tan
Artist, Illustrator and Art Educator



                                       _________________



 “Cerita Tanpa Suara”


Semangat, dedikasi dan pengalaman hidup telah membawa pelukis Seeling Tan bersama-sama dengan mereka yang memerlukan sokongan iaitu kanak-kanak daripada sekolah pelarian  CSO (Chin Student Organization) peluang untuk memperlihatkan bakat dan  luahan rasa mereka menerusi  lukisan.

Dalam pameran ini Seeling berkongsi pandangan dan perjalanan seni beliau sebagai pelatih seni, pelukis, illustrator buku bergambar dan sukarelawan pendidik seni bagi CSO (Chin Student Orgaganization). Seeling berharap dapat memberikan inspirasi kepada mereka dengan kemampuan yang ada dan semangat beliau bekerja dengan kanak-kanak ini agar berdikari dan membantu mereka mengilap bakat mereka yang sering dilupakan dalam masyarakat kita. Setiap warna, saiz hasil seni yang dihasilkan  adalah sangat bernilai seumpama memberi mereka sekotak warna krayon.

Pelukis tunas muda yang turut serta dalam pameran ini adalah Nasreen Lyna Nasim dan Kong Xin Hui yang merupakan pelajar beliau.

Nasreen Lyna Nasim adalah pengidap autisma, beliau telah mula belajar melukis  dengan Seeling sejak berumur 7 tahun lagi. Beliau telah memilih catan sebagai medium yang membantu untuk meluahkan perasaan dalamnya. Medium ini telah membantunya dalam memberi keyakinan diri terutamnya melalui sapuan berus yang dihasilkan.

Kong Xin Hui pula dikesan mengidap meningitis (Herpes Encephalitis) semasa berumur 4 tahun. Sejak itu beliau sukar untuk mengingat dan belajar. Beliau mula melukis dengan Seeling dalam kelas terapi seni untuk melatih mengingat dan kemahiran koordinasi motor. Kebanyakan catan beliau memperlihatkan sapuan berus yang tebal dan sangat eksprsif.

Seni adalah terjemahan pengetahuan, idea, imaginasi dan penciptaan cerita-cerita yang mempersonakan. Melihat hasil seni adalah melihat suatu ekspresi yang mewakili zamannya. Biarkan sahaja setiap hasil catan itu berbicara sendiri akan ceritanya. Inilah tujuan utama pameran ini diadakan untuk mendekatkan kanak-kanak dengan seni, belajar bagaimana untuk meluahkan perasaan dan berseni dengan bebas.

Kita dijadikan untuk berbeza, unik dan istimewa. Setiap langkah yang kecil merupakan juga satu proses pembelajaran.


Seeling Tan
Pelukis, Illustrator dan Pendidik Seni











Tiada ulasan:

Catat Ulasan