Assalamulaikum dan selamat
sejahtera,
Saudara Pengacara Majlis,
Yang Berbahagia Dato Wira Haji Hamdin Bin Abdullah,
Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM).
Datuk Khamis Bin Haji Abas
Saudara Pengacara Majlis,
Yang Berbahagia Dato Wira Haji Hamdin Bin Abdullah,
Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM).
Datuk Khamis Bin Haji Abas
Pengurus Besarl Perbadanan
Muzium Melaka
Datuk/Dato’/Datin/
Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dihormati sekalian,
Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat datang kepada hadirin. Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada pihak penganjur iaitu Perbadanan Muzium Melaka kerana sudi memberi ruang kepada pameran solo ketiga saya yang bertajuk ‘Faizal Sidik: Catan Songket’ yang diadakan di Balai Seni Lukis Melaka iaitu di bangunan yang penuh sejarah lampaunya tersendiri selama lebih 2 bulan iaitu dari 20 Januari sehingga 25 Mac ini.
Pameran solo
ketiga saya ini merupakan himpunan lebih 50 karya yang telah saya hasilkan dari
tahun 2010 sehingga 2017. Sebagaimana yang kita maklum songket merupakan seni kraf
tekstil Melayu yang telah terkenal ke seantero dunia yang menggunakan elemen
geometrik dalam menghasilkan corak.
Catan songket
yang saya hasilkan di atas kanvas ini adalah bagaimana saya sebagai pelukis
memberi penghormatan kepada songket sebagai raja kraf dengan membawanya dalam
bentuk seni lukis untuk ditatap sebagai kesinambungan tradisi dalam bentuk
catan dan arca. Jika anda dapat lihat karya-karya saya menggunkan motif yang
terdapat di dalam tenunan songket seperti
motif bunga-bungaan seperti bunga bintang, bunga matahari, bunga
tanjung. Terdapat juga motif-motif kosmos seperti yang paling dominan iaitu
seperti awan larat, matahari dan lain-lain.
Kesemuanya
ini saya gabungkan dalam menjejaki naratif yang terdapat dalam sejarah Melayu
yang dikarang oleh Tun Sri Lanang mengenai perjalanan Tun Mamat dan Laksamana
Melaka Hang Tuah yang melalui sebuah taman yang indah dan misteri dalam
meminang Puteri Gunung Ledang untuk Sultan Melaka pada masa itu seperti yang
diungkapkan dalam buku Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu.
Hadirin yang
dihormati sekalian,
Suka untuk
saya maklumkan bahawa pameran solo bergerak ini telah memulakan jelajahnya pada
tahun lepas di Muzium Seni Asia, Kuala Lumpur, destinasi keduanya adalah di
Balai Seni Lukis Melaka ini dan InsyaAllah akan berjalan ke setiap balai-balai
seni dan muzium negeri seperti Galeri Seni Johor, Muzium Seni Pahang, Muzium
Negeri Terengganu, Balai Seni Lukis Kelantan, Balai Seni Pulau Pinang, Balai
Seni Negeri Kedah dan berakhir di Galeri Al-Biruni di Perak.
Doakan semoga usaha saya untuk
mengadakan pameran bergerak di bandaraya-bandaraya lain di Malaysia akan
berjalan dengan lancar dan jayanya dalam
memperkenalkan, memperkasa dan mempromosikan seni lukis songket sebagai salah
satu tarikan pelancong dalam dan luar negeri mengenai kehalusan dan ketinggian
seni budaya kita.
Terima kasih sekali lagi diucapkan
kepada semua yang terlibat dalam pembinaan pameran ini.
Sekian, Wabilihai Taufik Wal
Hidayah (Semoga kita diberi hidayah)
Wasalamuilakum Warahmatullahi
Wabarakatuh.
Faizal
Sidik
Pelukis/Kurator
Tiada ulasan:
Catat Ulasan