Oleh:
Faizal Sidik
Faizal Sidik (2014),'Jika Dunia Akan Berubah di Singapore Biennale 2013', SENIKINI #21, Balai Seni Lukis Negara, Kuala Lumpur.
Pengenalan
Mengimbau kembali semasa mengikuti
program Sarjana Seni Rupa (Asia Tenggara) atau Master of Visual Art (Southeast Asia Art)yang ditawarkan oleh di
Universiti Malaya dibawah Pusat Kebudayaan pada sekitar awal tahun 2000 dahulu,
hanya saya dan rakan Zahambri Nizar sahaja yang mendaftar sebagai calon program
yang terawal ianya dibuka. Kami masih tertanya siapakah yang akan menyelia
merangkap pensyarah dan kemanakah hala tuju program ini akan membawa kami.
Apabila mendaftar diri di Pusat Pengajian Pasca Siswazah UM, baru kami diberitahu
bahawa kami akan berada dibawah penyeliaan oleh Redza Piyadasa. Apabila
mendapat tahu beliau akan berada di dalam program ini, riak wajah muka kami
mula bertukar seolah-olah langit yang cerah tiba-tiba lindungi oleh awan yang
mendung lagi redup seolah-olah hari akan hujan. Itulah perumpamaan ke atas
Piyadasa yang terkenal dengan watak agresifnya dengan pelajar.
Biennale
Asia Tenggara
Piyadasa sebagaimana yang diketahui
bukan sahaja seorang artis malah juga seorang penulis, pengkritik dan juga
pensejarah seni yang mana ilmunya luas merangkumi kawasan rantau ini. Apabila
sebut sahaja Redza Piyadasa adalah tidak lengkap jika tidak menyebut juga Sulaiman
Esa rakan serangkai beliau dalam Towards Mystical of Reality ataupun T.K
Sabapathy rakan sekerja beliau semasa mengajar di Pusat Seni Universiti Sains Malaysia
pada suatu masa dahulu, dan kini beliau merupakan Prof Madya yang mengajar
sejarah seni di Departmrnt of Architecture di National University of Singapore
(NUS) juga merupakan ilmuan sejarah seni Asia Tenggara (Malaysia/Singapura) yang
seangkatan dengan Apinan Poshyananda (Thailand), Jim Supangkat (Indonesia). Di sekitar tahun 1980 an dan
1990 an negara anggota Asean sering mengadakan pertemuan di negara serantau
samada simposium, bengkel atau seminar yang melibatkan negara-negara Asia
Tenggara seperti simposium estetik, bengkel catan dan fotografi, bengkel catan
dan fotografi kanak-kanak dan seminar seni lukis serumpun dimana acara
beginilah yang merapatkan jurang diantara negara anggota dalam kebudayaan,
apabila setiap negara menghantar representasi yang mewakil negara masing-masing
dibawah program yang dinamakan Asean COCI atau Committee on Culture and
Information. Program yang dibentuk didalam Asean ini bukan sahaja menaja
program kesenian malah kesusasteraan di negara anggota melalui
penerbitan.Dibawah acara kebudayaan ini setiap anggota akan bergilir-gilir menngadakan
program samada di Kuala Lumpur, Jakarta, Bangkok, Manila, mahupun Bandar Seri
Bagawan. Inilah satu cara bagaimana program ini boleh merapatkan jurang
persahabatan melalui budaya antara anggota dan melupakan sengketa politik
lampau.
Kembali kepada pengajian di Universiti
Malaya diajar kesenian Asia Tenggara bukan sahaja seni moden malah sebelum
kewujudan seni moden di Barat, dalam subjek Sejarah Seni Bina Asia Tenggara,
rantau Asia Tenggara telah mempunyai
keseniannya sendiri iaitu seni fungsian seperti seni bina lama seperti candi
Borobodor, Prambanan, Angkor Wat. Pengajaran Piyadasa disini banyak menekankan
kembali semula kepada akar masyarakat nusantara dimana melihat dari sudut
geografinya pada beribu-ribu tahun dahulu bentuk muka bumi di rantau ini adalah
bercantum dan apabila air laut mula naik ia memecahkannya kepada tanah besar
dan kepulauan sehinggalah apa yang kita lihat pada hari ini dimana kita
menurutnya telah berada di rantau ini sejak beribu-ribu tahun dahulu. Daripada
mempercayai animisme pengaruh agama
seperti Hindu, Buddha dan Islam masuk dan berlakukan pengasmilasian disini.
Kemudian penjajahan Barat datang membawa bersama pengaruh Kristian di alam
Melayu yang terkenal dengan kerajaan-kerajaan lama seperti kerajaan Kesultanan
Melaka, Majapahit, Palembang, Acheh, Riau, Langkasuka, Temasik, Sulu, Siam dan
lain-lain. Kemudian zaman penjajahan barat seperti British, Belanda, Sepanyol,
Perancis dan Jepun adalah kolonial yang pernah menjarah Suvarbumi ini.
Mengembalikan semula program Asean COCI
yang ditubuhkan pada 1978 yang memelihara dan mengembangkan budaya cara hidup
anggota Asean menerusi kreativiti, Singapore Biennale bolehlah dikatakan
sebagai projek seakan-akan dalam mencapai semula cita-cita itu. Edisi ke-4
Singapore Biennale 2013 telah bermula daripada 26 Oktober dan akan berakhir
pada 16 Februari 2014. Pameran besar antarabangsa yang diadakan dua tahun
sekali atau Biennale itu membawa temaIf
The World Change (Jika Dunia Berubah)
buat pertama kalinya tanpa pengarah artistik (artistic director) pada
sebelumnya namun dianggotai oleh kumpulan kurator yang besar seramai 27 orang
yang belum pernah diamalkan dimana-mana Biennale setakat ini. Fokus kepada seni
kontemporari Asia Tenggara membawa profesional seni yang terdiri daripada kurator,
artis, pengurus seni, ahli akademik daripada Indonesia, Filipina, Malaysia,
Thailand, Vietnam, Kemboja, Myanmar, Laos dan negara hos Singapura bekerja
secara kolektif dalam membina tema.
Jika kita mengambil hubungan politik
sebagai contoh. Tertubuhnya Organization of the Islamic Conference (OIC) atau
Pertubuhan Persidangan Islam adalah atas dasar sebagai suara kolektif dunia
Islam dalam mempromosikan keamanan dan keharmonian kepada negara dunia umumnya. Jika kita mengkaji
Biennale antarabangsa diluar lingkungan Eropah misalnya pembinaannya mempunyai
objektif seni yang tersendiri. Sao Paolo Biennale yang menghubungkan seni
kontemporari Brazil dibenua selatan Amerika yang mewakili suara Amerika Selatan
kepada Eropah dan Amerika Syarikat. Begitu juga Havana Biennale yang menghubungkan
negara Amerika Latin dengan kepulauan Caribbean iaitu negara-negara berkecuali
yang tidak menyokong mana-mana negara blok semasa Perang Dingin.Singapore
Biennale bolehlah dikatakan sebagai forum seni kontemporari berversi serantau di
dalam lingkuang Asia Tenggara dalam pertukarannya atau dialognya diantara
tempatan dan antarabangsa
Penganjuran biennale pertamnya iaitu Singapore
Biennale 2006: Belief dipentaskan buat pertama kalinya pada tahun 4 September
hingga 12 November 2006. Lokasi pameran diadakan juga di rumah keagamaan
seperti di masjid, tokong, kuil, dan gereja yang membawa tema “Belief”. Edisi
pertama ini diarahkan oleh pengarah artistik yang dipinjam dari Tokyo Mori Art
Museum iaitu Fumio Nanjo yang merangkap pengarahnya muzium berkenaan pada masa
itu dibantu oleh kurator bersama atau co
curatorterdiri daripada Roger McDonald (Jepun) pernah membantu Nanjo
mengkuratorkan The Yokohama Triennale 2001, Sharmini Pareira (Sri Lanka/United
Kingdom) pernah mengkurator 3rd Asia Pacific Triennale 1999 di Queensland Art
Gallery, Brisbane dan Eugene Tan (Singapura) pengarah Institute of Contemporary
Art, La Salle College of the Arts yang pernah mengkuratorkan Pavillion
Singapura di 51th Venice Biennale 2005. Menghimpunkan 195 karya daripada 95
artis yang datangnya daripada 38 negara.
2nd Singapore Biennale 2008 dengan tema
“Wonder” masih mengekalkan Fumio Nanjo sebagai Pengarah Artistik dan dibantu
oleh dua kurator bebas iaitu Joselina Cruz (Singapura/Filipina) bekas kurator
Singapore Art Museum dan Lopez Museum, Manila dan Matthew Ngui
(Singapura/Australia)artis kontemporari Singapura yang pernah mewakili Pavilion
Singapura di 49 Venice Biennele, 2001 iaitu. Penyertaan dan pengalaman luas Matthew di pentas seni
kontemporari antarabangsa seperti antaranya di Documenta X , Sao Paolo Biennale
dan Gwangju Biennale. Pada 3rd Singapore
Biennale 2011 bertema “Open House” berlangsung 13 Mac hingga 15 Mei 2011, penganjur
telah melantik Matthew sebagai pangarah artistik dibantu oleh Russell Storer
iaitu kurator Asian Contemporarydi Queensland Art Gallery, Brisbane, Australia
dan Trevor Smith kurator Contemporary Art di Peabody Essex Museum,
Massachusetts, USA yang membariskan 68 artis dan 150 karya.
Menelan belanja S$6 juta (RM 15 juta)
Singapore Biennale 2013 (SB 2013) dikatakan merupakan edisi yang menelan kos
yang tertinggi setakat ini. Menerima lebih 700 cadangan karya menerusi open calldan cadangan kurator. SB 2013
mempamerkan 82 artis dari rantau ini untuk dipamerakan di lokasi sekitar Brash
Basah-Bugis (BBB) Presint yang lebih dikenali dengan lokasi kesenian dan
kebudayaan di Singapura. Antara lokasi SB 2013 yang terdapat di sini ialah
Singapore Art Museum (SAM), SAM @ 8Q , National Museum, Peranakan Museum,
Waterloo Centre, National Library, Singapore Management University (SMU), Fort
Canning Park dan Taman Jurong.
Apabila kita mengkaji penyertaan
Malaysia di Singapore Biennale sebelum ini. Edisi ke-4 ini mempunyai signifikantnya
yang tersendiri, Malaysia bukan sahaja mempunyai tiga wakil kurator yang
terdiri daripada Yee I-Lann dan Faizal Sidik disamping Khairuddin Hori sebagai
kurator negara hos, malah kita telah berjaya menyenaraikan penyertaan artis
yang paling besar daripada edisi sebelumnya yang terdiri daripada sembilan
artis antaranya adalah Zulkifli Yusof, Sharon Chin, Poodien, Jainal Amambing,
Sheiko Reto, Andrian Ho, Chi Too, Chris Chong Chan Fui dan Tan Wei Kheng. Jika
kita memintas masa penganjuran Singapore Biennaledalam edisi-edisi sebelum ini
antara artis Malaysia yang pernah terpilih untuk memperlihatkan kerja mereka
pada 1st Singapore Biennale 2006 ialah Simryn Gill, dan Yee I-Lann kemudian
Nadia Bamadhaj yang berpengkalan di Jakarta, Indonesia terpilih pada 2nd Singapore Biennale 2008. Pada edisi
seterusnya 3rd Singapore Biennale 2011
pula oleh Sooshie Sulaiman dan Roslisham Ismail (Ise). Penyertaan kali bolehlah
dibanggakan kerana buat pertama kalinya juga mengabungkan kekuatan tersendiri
artis dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak dalam satu arena.
Melihat artis Malaysia dalam SB 2013
boleh dibahagikan kepada dua iaitu artis yang terlibat secara langsung dengan
budaya politik bandaran atau urban
culture-politicseperti Zulkifli Yusof, Sharon Chin, Poodien, Chi Too dan
Sheko Reto dimana persekitaran mempengaruhi mereka berkarya yakni kebanyakannya
tinggal dan berkarya di Lembah Kelang. Manakala kumpulan kedua adalah mereka
yang terkesan dengan ancaman oleh budaya, ekonomi dan politik daripada pembandaran
yang tidak seimbang itu dimana mereka berkarya diluar pusat seni seperti Jainal
Amambing, Chris Chong Chan Fui,Andrian Ho dan Tan Wei Kheng kebanyakan mereka
berasal dari kepulauan Borneo di Sabah dan Sarawak. Isu-isu besar yang menjadi
perbualan kini inilah yang dibawa oleh kumpulan kurator dari Malaysia.
Inspirasi daripada Batu Bersurat Terengganu yang
merupakan kanun syariah, Zulkifli menghasilkan bentukan karya yang berbentuk
batu-batuan dan bentuk yang biomorfik bertajuk ‘Rukun Negara: Belief In God’
2013, Zul menghasilkan enam buah bentukan yang berdasarkan rukun negara yang
pertama. Sharon Chin dengan ‘Mandi Bunga’ (Flower Bath) 2013, melakukan seni
persembahan di hadapan perkarangan National Museum of Singapore menjemput 100
orang untuk mengalami mandi bunga diruang awam. Mandi bunga dalam masyarakat
Melayu tradisi adalah membawa maksud mandi dengan bermacam-macam jenis bunga
bagi membuang perkara yang tidak baik di dalam tubuh badan. Seni persembahan
ini adalah rentetan daripada Himpunan
Bersih yang diadakan di Kuala Lumpur pada April 2012. ‘Long Live Food’ 2012
oleh Poodien adalah mural bersaiz besar, beliau memanupulasikan imej daripada
stail poster propaganda Social Realist di China sekitar tahun 1950an hingga
1970an dalam persekitaran semasa kini dalam pada masa yang sama sindiran kepada
komersialisme dan sistem kapitalisme. Karya video instalasi ‘Langing’ 2013 oleh
Chi Too menggunkan penyukat imbang simbol kepada semangat keseimbang yang
diambil dibeberapa lokasi penting di bandaraya Kuala Lumpur dan Singapura.
Sheko Reto dengan ‘Waiting Room’ 2013, karya instalasi yang dipasang seperti
membentuk sebuah ruang menunggu di klinik pembedahan, beliau cuba berkongsi isu
pertukaran jantina atau trangender.
Artis-artis dari Borneo pula mempunyai
permasalahan yang berbeza dari tanah Semenanjung.Jika artis Semenanjung
kebanyakan lebih berat konsep dan idea, artis Borneo lebih masih lagi bergerak
dari segi formalistik dan bernaratif dengan permasalahan tempatan yang mungkin
kurang kedengaran seolah terpinggir, Jainal Amambing misalnya dalam siri ‘My
Longhouse Story’ 2013 melontarkan pergelutan hidup generasi muda Sarawak dalam
mendapatkan pendidikan menerusi siri catan rumah panjang. Karya Andrian Ho
bertajuk ‘Fruit of Life’ dan ‘Full Production’ 2013, kritikansenyap mengenai
penghakisan eko-sistem hutan yang menjadi habitat untuk pertanian kontan melalui penanaman semula yang mengancam
hidupan liar persekitaran. Permasalahan perampasan tanah adat orang asal Penan
untuk pembangunan sehingga menukar muka bumi lanskap setempat adalah suara harapan
mereka yang disampaikan oleh Tan Wei Kheng dalam ‘Voices of Hope’ 2013 agar
rintihan penduduk di dengar. Kekayaan spesimen tumbuh-tumbuhan atau botani yang
jarang-jarang dilihat hutan simpan di kepulauan Borneo diperlihatkan semula oleh
Chris Chong Chan Fui menerusi illustrasi botanikal agar warisannya terpelihara
dalam ‘Botanic’ 2013. Jika diperhatikan
mereka umpama artis-aktivis yang bergerak secara kumpulan dalam membawa sepanduk
dan manifesto ‘seni untuk peribumi’ kepada eksekutif tertinggi negeri.
Acara pameran seni kontemporari besar
seperti Venice Biennale misalnya tidak sunyi dengan acara sampingan dalam
meraikannya. Rumah-rumah dan ruang-ruang seni menggunakan kesempatan ini dalam
mempromosikan program masing-masing. Pada SB 2013 penganjur telah memperkenalkan
program baru iaitu ‘Collaborative Projects’ atau Projek Koloborasi dengan
ruang-ruang disekitar lokasi pameran, antaranya di Sculpture Square
berlangsungnya pameran penggunaan tubuh sebagai medium artistik dalam‘Ghost:
The Body at The Turn of The Centuary’. Di Institute of Contemporary Arts
Singapore kali ini membawa seni kontemporari terkini artis dari Asia Tengah
seperti Khazakhstan, Krygystan dan Uzbekistan dalam ‘Lost To The Future:
Contemporary Art From Central Asia’ manakala The Substation mengadakan ‘The
Singapunk Biennale’ menghimpunkan komuniti ini di Asia Tenggara dalam satu
acara.
Acara Sampingan yang dikenali juga
sebagai Parallel atau Collateral Event dalam kalender SB 2013 kali menjadi daya
penarik kerana kebanyakannya acaranya berpandukan tema ‘If The World Changed’
antaranya ialah ‘A Changed World: Singapore Art 1950s-1970s’di National Museum
of Singapore meneroka pembangunan Singapura selepas Perang Dunia Pertama dari
segi politik, ekonomi, sosial dan lanskap bandaran dalam bahasa visual oleh
artis. Di Asian Civilisation Museum pula diadakan ‘Devotion and Desire:
Cross-Cultural Art in Asia’ yang mempamerkan objek perolehan terkini yang
menjambati budaya Asia yang menjadi Asia
Tenggara sebagai jalan penghubungdengan dunia luar. Selain itu pameran siri
forum yang membawa komuniti di sini berdialog mengenai permasalahan semasa
dengan peneraju global dalam bidang kepakaran masing-masing dengan tajuk ‘Idea
for a Better World Forum’ diadakan di Singapore International Forum dengan
menjemput artis Biennale Eko Prawoto berkongsi perspektif beliau dalam
menghubungkan antara seni dan budaya ke arah kesinambungan dunia yang lebih
baik.
Penutup
Bagi saya dominasi artis sebagai kurator
cukup dominan dalam edisi kali ini. Secara peribadi saya mengatakan SB 2013
adalah artist-curated show to artistatau
pameran dikurator artis untuk artis, bermaksud jika anda mahu melihat dan merasai pengalaman yang lari daripada
pengaruh galeri-galeri swasta, rumah lelongan karya, ekspo seni antarabangsa
atau citarasa peribadi kolektor datanglah beramai-ramai ke 4th Singapore
Biennale yang akan berakhir pada16 Februari 2014.
SB 2013 adalah visual budaya yang
merakam dan mendokumentasi cara hidup kontemporari rantau Asia Tenggara. Jika
setiap bandar besar Asean mempunyai muzium seni di ibu negaranya seperti Balai
Seni Visual Negara di Kuala Lumpur, Galeri Nasional Indonesia di Jakarta,
Museum Contemporary Art and Design (MCAD) di Manila, Museum of Contemporary Art
atau MOCA Bangkok di Bangkok, Vietnam Nasional Museum of Fine Arts di Hanoi, National
Museum of Myanmar di Yangon, National Museum of Arts di Phnom Penh, Lao
National Museum di Vientiane, Untuk SB 2013, Singapore Art Museum bolehlah
dikatakan sebagai muzium serantau yang mewakili himpunan seni kontemporari
bahagian tenggara dunia di dalam satu bumbung besar.
Pada hari ini barulah saya menyedari
bahawa ilmu yang diberikan oleh Piyadasa semasa saya berguru dengan beliau
dahulu mengenai seni rupa Asia Tenggara adalah ruang-ruang yang mempunyai
prospek luas untuk digunakan dalam
membangunkan seni serantau berikutan minat yang semakin meningkat oleh
masyarakat dunia mengetahui akannya dan Singapore Biennale adalah pentasnya.
Seni lukis Malaysia masih terasa dengan kehilangan Allahyarham Redza Piyadasa
pada tahun 2007. Al-Fatihah saya sedekahkan semoga roh beliau dicucuri rahmat
disana. Amin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan