Susunan oleh: Faizal Sidik
Esei ini adalah syarahan yang telah
disampaikan oleh Zainol Abidin Sharif (ZABAS) dalam Seminar Pangantar
Seni Lukis Kontemporari Asia Tenggara yang telah diadakan di Balai Seni
Lukis Negara pada 2010.
Minggu lepas kita cuba lihat
seni lukis moden kumpulan pelukis-pelukis di Jogjakarta yang memperlihatkan
ciri-ciri pencarian identiti budaya tempatan namun dikelilingi juga dengan
pengaruh karya barat dari segi pengkaryanya yang melibatkan medium
Impressionisme, Ekspressionisme , Realisme akademik sebahagian besar dan
kebanyakkannya tidak merujuk kepada penggunaan kesenian tradisional yang
dipakai samada di Jawa, Sumatera ataupun di Bali. Namun begitu, kumpulan pelukis-pelukis Jogja
ini memperlihat keazaman yang agak aneh pada waktu itu untuk membentuk kesenian
yang beridentitikan Indonesia, tetapi
cara ianya dilakukan agak mengelirukan , mengikut pandangan Halena
Supangat dalam dalam penglibatan pelukis
Jogja itu dalam kesenian antarabangsa
contohnya Sao Paolo kita lihat pemerhatian dibuat bahawa seni lukis moden Indonesia tidak
mengambil kira perkembangan mutakhir Eropah dan Amerika tetapi tetapi pelukis
di Jogaja itu menggunakan medium stail lukisan Eropah yang lebih awal daripada
itu yang menggunakan unsur-unsur Klasikal dan Impresionisme. Stail-stail catan
pendekatan abad ke-20 Eropah yang dipanggil sebagai aliran avant-garde menggunakan unsur seperti kiubisme,
surealisme dan futurisme tidak menonjol dan digunakan oleh pelukis Jogja.
Walaubagaimanapun pemerhatian
telah dibuat .bahawa ianya tidak semestinya tidak wujud di Indonesi. Jika
perihal ini tidak berlaku di Jogja berkenaan avant-garde Eropah ini, di Bandung
perkara ini wujud pula perkemangan yang berlainan. Pelukis-pelukis abstrak di
Bandung di kritik secara negatif oleh pengkritik-pengkritik Jogja sebab pelukis
di Bandung tidak memperlihatkan semangat untuk mencari dan membentuk identiti
Indonesia dalam seni lukis mereka. Bagii pengritik-pengkritik Jogja
lukisan-lukisan yang dihasilkan di Bandung memperlihatkan belum cukup dan
memadai untuk menjadi seni lukis Indonesia . Pada awalnya kebanyakan pelukis-pelukis
Indonesia tinggal dan bekerja di Jogjakarta pada tahun 1950 an, apabila muncul tertubuhnya
Akademi Seni Bandung . Kehadiran dan penonjolan pelukis Bandung ini buat
pertama kali pada 1955 iaitu pada pameran yang diadakan sempena Persidangan
Bandung bagi Negara-Negara Berkecuali (NAM) . Disebabkan ianya diadakan di
Bandung maka kebetulan pula ada pameran
mahasiswa dari seluruh dunia dan negara-negara lain dan diantara lain maka dipamerkan
juga pelukis di Bandung yang memperlihatkan gaya mereka kepada khalayak.
Diantaranya pelukis muda
Bandung yang mengambil bahagian adalah seperti Srihardi, Bung Mukhtar. Dalam
pameran sempena konfederansi lapan orang pelukis Akademi Seni Bandung untuk
mempamerkan 37 lukisan yang dipilih sebagai sebagai perwakilan Indonesia .Daripada
Jogja terdapat 43 lukisan oleh 36 orang
pelukis . Pada tahun 1964 Indonesia telah menyertai Sao Paolo Biennale dan pada
masa itu seorang sahaja yang mewakili. Jelas masa di luar negara perwakilan
pelukis-pelukis Indonesia meniktirafkan sentimen yang wujud di Jogja iaitu yang
menyerlahkan keinginan untuk menjiwai identiti Indonesia walaupun apa yang
berlaku agak aneh . Apa yang berlaku di Bandung itu tidak dikenali sebagai satu
cara bentuk seni lukis Indonesia . Premis di Bandung ini wujud sebagai khusus
untuk guru-guru di Bandung sebagai latihan dalam kerja melukis. Latihan dalam
bentuk perguruan universiti dibawah fakulti yang dipanggil sains dan teknikal . Ianya wujud
sejak 1947 iaitu selepas Perang Dunia Kedua kursus itu dalam bentuk perguruan
melukis . Diantara zaman selepas Perang Dunia Kedua reaksi terhadap kemerdekaan
Indonesia atas rombakan itu pada tahun 1949 dua rakyat Belanda merupakan guru
pertama di Akademi Seni Bandung ini ....dan ....adalah merupakan dua guru lukisan
Belanda yang telah merekabentuk kurikulum pelajaran di Akademi Seni Bandung ini
untuk latihan perguruan.
Selain...sebagai guru mereka
juga menggalakkan berkreatif ...memperkembangkan dan memupuk kekreatifan diri
sendiri . Kursus disini mengambil masa 3 tahun sebagaimana kursus yang diadakan
di negara Belanda . Seperti biasa seperti yang ada di kolej-kolej pada masa itu
kursus terbahagi kepada dua jenis iaitu kursus amali dan kursus teori . Kursus
amali ini adalah dalam bentuk lukisan anatomi , lukisa-lukisan bebas , seni
perhiasan dan kraftangan . Manakala teori pula termasuklah sejarah seni barat
dan timur, sejarah budaya, pedogogi, geometrik, perspektif dan ilmu ....serta
falsafah. Guru-guru yang melahirkan kursus ini adalah guru-guru Belanda
sehinggalah tahun 1950 barulah ada guru tempatan .
Guru tempatan yang pertama
adalah Suwarja yang muncul pada tahun 1950 . Suwardja mempunyai kelayakan
perguruan Belanda dalam bidang seni lukis dan beliau memimpin melalui
pendidikannya itu selama 10 tahun daripada 1951 hingga 1961. Kursus pendidikan
guru ini telah berubah dan berkembang yang mengambil masa lima tahun. Dalam
tempoh itu munculnya penubuhan akademi seni rupa di Bandung . Kursus-kursus
dalam tahun 50 an yang diajar itu oleh guru tempatan dan Indonesia kesemuanya
adalah bekas pelajar dari akademi itu sendiri.
Saluaran-saluran seperti biasa
boleh dipilih oleh pelajar yang khusus seperti bidang catan, arca seramik,
grafik, hiasan dalaman, rekabentuk industri dan komunikasi visual. Kemudian
institut perguruan ditubuhkan ia ditubuhkan khusus untuk melatih guru . Sebelum
pameran 1955 sempena Persidangan Negara-Negara Berkecuali, pada masa itu
pelukis-pelukis Bandung telah memperlihatkan sekali imbas kewujudan mereka di
Jakarta di Balai Budaya mempamerkan lukisan-lukisan oleh sebelas orang pelukis.
Kesemuanya memperlihatkan unsur seni lukis Barat yakni yang berkait rapat
dengan kiubisme di Eropah memeranjatkan ramai peminat-peminat seni di Jakarta
dan di Jogja.
Seorang pengkritik dan pelukis Indonesia
Krisno Sumardjo telah menulis ulasan dalam sebuah artikel dan mengutuk tajuk
artikel beliau dalam akhbar yang bertajuk ‘Bandung Abdi Labtorium Barat’ .
Mengikut Sumardjo penulisan beliau ini yang merujuk pada tahun 1954 . Menurut
beliau seni lukis Indonesia boleh dibahagikan kepada dua jenis. Pertama seni
lukis spontan yang muncul daripada tanahair Indonesia , muncul daripada jiwa
Indonesia dan pengalaman Indonesia. Dua konsep beliau iaitu jiwa dan pengalaman
, itu dikatakan satu jenis lukisan Indonesia. Kedua adalah lukisan buatan atau
lukisan artifisial seperti Sumarjo. Lukisan artisial yang datang daripada dalam
bilik-bilik dan makmal barat dalam mana suasan seni barat dihayati seperti yang
diajarakan di Institut Teknologi Bandung ....tidak berjiwa yang bernafaskan
makmal Eropah . Sumardjo mengharapkan pelukis muda itu berupaya membebaskan
diri mereka dari pengaruh Barat ini, supaya mereka boleh membina peribadi yang
sebenar.
Seorang lagi pengkritik
Indonesia ....juga mengritik modenisme-modenisme Indonesia di Bandung beliau
menganggap modenisme di Bandung itu suatu berada di permukaan sahaja atau satu fesyen
dan superfisial yang muncul daripada citarasa bourgioues barat. Bagi beliau
catan Eropah pada masa tu mengalami krisis dan apa yang muncul dan berkembang
adalah merupakan satu tipu helah ataupun fesyen yang bermain dengan
teknik-teknik perspektif. komposisi dan kontras-kontras warna yang merujuk
kepada suatu lukisan-lukisan abstrak.
Lukisan moden ini tidak
mempunyai kandungan ataupun ‘content’ , ia bermaksud tiada kandungan dari segi
mesej dan ‘vision’ atau visi . Ia terhasil dari bentuk-bentuk ornamen seperti
warna dan rupa bentuk. Jadi bagi beliau
abstrak adalah ekspresi visual kepada dunia peribadi pelukis dan tidak mungkin
dan berupaya memenuhi keperluan rupa gaya Indonesia kerana ia terlalu peribadi ...bagi
beliau fungsi budaya Indonesia. Kesimpulan ...yang dipetik oleh ....akhiranya
daripada menganalisa pelukis-pelukis Bandung diharap agar mereka cepat
mengatasi atau melupakan apa yang mereka pelajari.
Apakah rupa seni lukis Bandung?
Jika kita diberitahu bahawa lukisan-lukisan daripada pelukis Bandung ini mirip
avant-garde barat namun begitu ia tidak mencerminkan perkembnagan mutakhir di
barat. ..perkembangannya lebih tepat kepada kiubisme . Jika dilihat di Malaysia
pada tahun 1950 an adalah lukisa-lukisan Tay Hoy Keat ....merupakan pelukis
yang mendedahkan kepada pelajar-pelajar seni lukis Eropah khususnya seni lukis
moden Perancis dan cara pengajarannya juga meniru akademi di Perancis yang
menekankan kajian-kajian alam benda ‘still life’ , figura, dan seterusnya
kajian-kajian yang membawa kepada kiubisme ini.
Kedua-dua pelukis Belanda itu
bukan pelukis yang di....di Belanda dan mereka juga tidak mengikut perkembangan
yang mutakhir di Eropah dimana mereka masih lagi berpegang kepada kiubisme
awalan oleh Picasso dan Braque. Dalam dekad sepuluh tahun iaitu daripada tahun
1950 an hingga 60 an ramai pelajar-pelajar di Bandung ini sepakat membuat
penjelajahan ke Eropah kebanyakan mereka adalah bekas-bekas pelajar Institut
Teknologi Bandung ITB . Saya andaikan ianya berlaku dalam ssuasana Perang
Dingin , Mochtar Apin je Eropah . Jadi apa yang kita boleh lihat akademi seni di
Bandung ini ialah tidak ada konflik
diantara barat dan timur , tidak ada perbincangan tentang apakah seni lukis di
Indonesia dengan seni lukis Barat dan tidak
ada hasrat atau memunculkan dan merupabentukkan seni lukis nasionalis.
Seni lukis di Bandung ini sama
dengan perkembangan yang berlaku di Malaysia khususnya ...Pendirian mereka
adalah pelukis moden adalah seorang yang mempunyai sikap internasional, jadi
mereka tidak secara menonjolkan meningkatkan semangat nasionalis. Walaupun apa
-alasannya pada awalnya sikap-sikap internasional. Pelukis-pelukis Bandung ini
datang daripada golongan elit Indonesia iaitu golongan yang terdidik dengan
sistem pemerintahan Belanda , mereka dan keluarga mereka juga bertutur dalam
bahasa Belanda, memakai pakaian Belanda desyen, makan makanan Belanda .an
rumah-rumah mereka di hiasi dengan mengikut trend dan fesyen Belanda.
Menurut Helena Supangat
golongan ini dianggap sebagai orang putih Indonesia atau orang putih tempatan.
Jadi bagi merek ini lukisan barat adalah lukisan mereka. Ini adalah kerana
mereka telah terpisah dengan budaya tempatan. Sementara itu di Jogja pelukis-pelukis
menghasratkan seni lukis nasional Indonesia manakala Bandung berbalik ke barat
namun begitu kedua-dua kumpulan ini samada Bandung ataupun Jogja menggunakan
idiom seni lukis barat . Jika di Jogja Impressionisme, Realisme juga
menggunakan genre seni lukis barat seperti lukisan potret, figura, alam
benda,....sejarah seni lukis barat di ambil kira yang sebagai kriteria untuk
membentuk seni lukis Indonesia.
Menurut Helena Supangat lagi
keadaan ini menimbulkan masalah pada beliau ada tiga masalah. Pertamnya contoh
seni lukis barat itu terlalu jauh , jadi artis yang mahu mengikut seni barat
itu terpaksa merjuk kepada buku dan majalah , yakni majalah yang terkini.
Keinginan untuk merujuk ke barat itu sukar di penuhi , jika hendak dikira masa
agak ketinggalan sebab terlalu jauh. Keduanya pelukis Belanda dan
pelukis-pelukis Eropah yang lain yang berada di Indonesia adalah pentadbir
iaitu kelas ke dua atau ketiga yang mengajar , jadi stail yang digunakan
bukanlah stail yang mutakhir berbanding di Eropah. Ketiganya melihat kepada
barat itu samada di Jogja atau khususnya di Bandung memperlihatkan ketiadaan
kepada usaha untuk merujuk kepada kesenian tempatan . Kesenian tempatan
....menjadi asing . Kesenian tempatan di Indonesia dikatakan begitu kaya ...dan
inilah antara perkara yang disedari dan ...membaca tulisan seseorang dari zaman
lain.
Helena Supangat ada perbezaan
yang diserlahkan...antara pelukis akademik yang terlatih di Bandung ...akibat
wujudnya hierarki atau struktur masyarakat yang berbeza pada beliau . Diawal
tadi saya ada menyebut Kristno Sumardjo yang mengkritik pelukis di Bandung
kerana beliau adalah pelukis yang melukis dengan cara impressionisme namaun
begitu Halena Supangat berkata bahawa beliau tahu mengapa Sumardjo mengutuk
pelukis Bandung itu sebab beliau sedar Sumardjo datang dari kalangan
pelukis-pelukis Jogdja yang berjiwa revolusioner...keunikan dan keanehan .
Sebaliknya suasana di Bandung adalah suasana kolonial dimana kota itu
memperlihatkan sejarah kehidupan kolonial Belanda pada cara hidup di Bandung
itu.
Walaupun karya seni daripada
Bandung memperlihatkan....tapi jiwanya iaitu karya-karya Eropah agak
konservatif , keras. Jadi ia merupakan karya moden yang akademik trlalu
dibuat-buat, terlalu mengikut peraturan Belanda dan Eropah . Hal ini ...dengan
kehidupan pelukis-pelukis di Jogja seperti Sidjojono, Affandi, Hendra ,
kebanyakan pelukis Jogja ini telah terlibat dan menyertai perjuangan gerila
dalam mlawan kerajaan Belanda jadi pengalaman mereka berbeza. ...ekepresi lebih
penting jika dibandingkan lukisan-lukisan mereka lebih bebas dan beremosi
berbanding dengan lukisan-lukisan di Bandung yang lebih akademik walaupun
modenis barat.
Emosi-emosi pelukis Jogja ini
yang ternampak mencerminkan ekspressionisme, mencermikan unsur-unsur surealisme
dan juga komunisme. Namun pada masa yang sama pelukis-pelukis Jogja ini pula
tidak mengambil kira seni lukis tradisional Indonesia ia mermaksud tidak
mengaggap kesenian tradisional Indonesia sebagai sumber inspirasi pada 50 an
dan 60 an.Semua ini berubah pada tahun 70 an hingga 90 an....pelukis-pelukis
Indonesia tela merujuk kepada tradisi . Helena banyak membuat pemerhatian
dimana pelukis-pelukis di sana hidup dalam suasana kampung iaitu hidup dalam
suasana tempatan sebenarnya. Namun di Bandung mereka hidup dalam watak Eropah
jadi ia mempengaruhi sikap pengkaryaan kedua-dua kumpulan.
Menurut Halena Supangat
walaupun Hendara, Sodjojono hidup dalam suasana perkampungan di Jogja aneh juga
kerana pengalaman kehidupan itu tidak mempengaruhi lukisan mereka sebagaimana
seharusnya mereka memperjuangkan ..namun kata Halena tidak. Sikap membezakan
seni tempatan sebagai seni rendah dan jenis akademik sebagai seni tinggi
.....Pelukis-pelukis Indonesia pad tahun 1950 an dipertanggungjawabkan untuk
membentuk seni Indonesia namun sesiapa pun tidak tahu untuk bermain dengan
istilah Indonesia , apakah konsep Indonesia . Adakah melukis perempuan di
kampung gaya impressionis adalah satu cara Indonesia
Beliau mengatakan pelukis tahun
50 an Indonesia keliru makna konteks Indonesia dalam seni lukis dan mengatakan
pelukis tahun 60 an Indonesia lebih matang dan menyedari tentang keadaan itu
walaupun muda . Namun begitu dari segi pencarian identiti menekan seni tempatan
lebih jelas terserlah pada tahun 80 an. Pelukis-pelukis 70 an di Bandung
...tidak memperlihatkan keinginan untuk mendapat ilham daripada kesenian
tempatan. Mungkin boleh kita pertimbangkan ini berlaku kerana pelukis Jogja
yang bersemangat nasionalis mereka terpengaruh dengan pengalam-pengalaman
sosialis. Fahaman sosialisme dan komunisme sememangnya bersifat internasional
yang tidak merujuk kepada kesenian tempatan dalam komunisme yang dilaungkan
iaitu pekerja-pekerja sedunia bersatu padu , yang penting adalah golongan
pekerja bukan . Walaupun nsionalis tetapi ingin memperjuangkan jiwa Indonesia
yang masih berpegang kepada sikap sosialisme dan komunisme Indonesia.
Kebanyakan mereka menggunakan stail realisme barat dan mengambarkan kehidupan
tempatan tetapi caranya masih barat.
Saya terfikir berkenaan
interaksi antara pelukis Indonesia dan Malaysia...memperlihatkan ...tradisi di
Bandung dan Jongja. Jogja ini muncul dikalangan pelukis 70 an . Pada
persidangan Asean perwakilan datang daripada Bandung ...kemudiannya tidak
begitu ketara pada tahun 1970 an dan 80 an aktiviti di Bandung berubah namun di
Malaysia yang diwakili oleh wakil negara adalah yang lebih kepada budaya barat
Eropah . Mereka yang menyanjungi budaya tempatan seolah-olah diketepikan pinggiran
. Jadi saya lihat dalam keadaan dimana ....adalah mereka yang berwibawa dalam
bahasa Inggeris dan budaya Eropah seperti Syed Ahmad Jamal iaitu mereka yang
datang dari MPSI memperlihatkan persamaan dalam pengalaman pasca kolonial.
....mendidik dan melatih rakyat tempatan pendidikan dan budaya Inggeris
kemudian mengambil alih kerja-kerja orang Inggeris .Saya berkesempatan dalam
persidangan ini .
Kesimpulan Halean Supangat amat
menarik untuk di pertimbangkan beliau melahirka lukisan-lukisan samada di
Bandung dan di Jongja pada tahun 1950 an dengan lukisan seni lukis Malaysia
pada masa sekarang . Beliau melihat ada perubahan dari segi kesedaran dikalangan
pelukis. Penggunaan unsur-unsur tempatan lebih luas dan pelukis Indonesia tidak
segan silu menggunakan unsur tempatan sebagai sumber inspirasi . Beliau
mengatakan di barat cara begitu di anggap biasa . Pelukis-pelukis barat
menggunakan warisan budaya mereka sendiri dan merkayakan unsur-unsur itu dengan
budaya bukan barat.
Di Indonesia Halena Sunpangat
membuat pemerhatian dimana bahantara cat minyak diperkanalkan di Eropah oleh
kuasa kolonial dan seterunya beliau mengatakan pelukis-pelukis Indonesia perlu
melalui tahap pembaratan dahulu . Tahap pembaratan dari segi kehidupan seperti
makan minum pakaian , dan apabila ia hadir barulah unsur-unsur . beliau pernah
berbual dan bertanyakan dengan Pirous iaitu dekan di Instut Teknologi Bandung
adakah perlu pelukis Indonesia membaratkan diri mereka dahulu sebelum
...identiti budaya Indonesia . Helena juga menyoal Pirous mengapa dia mula
melukis subjek Indonesia hanya bermula ....sebelum itu tiada. Yang mana sebelum
ini ia melukis kandungan barat . Adakah perlu pelukis-pelukis Indonesia pergi
barat dahulu kemudian menerapkan kesenian tempatan.
Beliau menjawap persoalan itu
adalah sesuatu yang menarik kerana ia juga berlaku dalam kes Pirous . Di
Bandung beliau mengatakan tiada daya atau memikirkan tentang pelukis Indonesia
di Bandung . Beliau mangatakan bahawa beliau hanya sentiasa mengatakan
bagaimana hendak melukis karya barat. Didikan yang dialami beliau adalah
didikan barat ...dan penerbitan yang digunakan juga adalah penerbitan datang
daripada barat yang subjek matter datangnya barat. Hanya selepas beliau telah
pakar menguasai teknik-teknik barat itu baru beliau terfikirkan perkara-perkara
lain khususnya tentang kandunga lukisan. Dan ini berlaku apabila beliau di luar
Indonesia . Apabila berada di luar barulah dia memikirkan dan bertanyakan diri siapakah
aku yang sebenarnya . Pada pandangaan saya perkara ini berlaku adalah kita
kehilangan identiti disana. Apa yang berlaku sebenarnya adalah kita berasa
kehilangan identiti apabila melihat kita barat. Orang barat sendiri pun tidak
melihat kita benar-benar barat jadi siapa kita sebenarnya. Apabila di barat
Pirous menyedari bahawa beliau adalah seorang pelukis Indonesia sebab
persekitaran Indonesia itu penting bagi beliau .
Namun begitu beliau masih
berpegang kepada fahaman bahawa setiap pelukis moden harus pertamanya menanggap
dirinya sebagai internasional . Beliau menyedari semasa beliau mengembara dan melawat
negara lain bahawa masalah Eropah dan Amerika Syarikat adalah berbeza disini dengan,
beliau berkata beliau perlu berjauhan dari segi jarak dari negara sendiri untuk
mencari ataupun kita perlu mesishkan dulu sebelum mencari apa yang berlaku ini
bermaksud ia tidak boleh dilihat dari dalam tapi dari luar.
Kadangkala kemerdekaan sesebuah
negara tidak mengubah apa-apa tetapi pemerintahan ...orang yang menderita
adalah rakyat kerana kemerdekaan tidak memberi apa-apa makna . Biasanya
orang-orang yang berada di kawasan kampung ....menerapkan unsur-unsur tempatan
dalam ...global ..dalam kajian pasca kolonialisme ini adalah trend antarabangsa
...kesedaran bagi mana-mana negara untuk mengikut dan menuntut seni dan budaya
tidak semestinya mengikut barat itulah yang terdapat dalam kajian itu dimana
ada kepelbagaian dan tiada dominasi, jika tidak negara bukan barat selalu akan
di tindas ...penulis dan pelukis, pengiat seni kemudiannya bergiat dalam unsur
tempatan ..yang menyedari bagaimana budaya barat menindas perjuangan,
membuntukan dari sudut lain. Dominasi hegemoni berbahaya kepada kemanusiaan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan