Oleh: Faizal Sidik
(Penulisan ini telah disiarkan di Berita Harian pada 10 September 2002)
(Penulisan ini telah disiarkan di Berita Harian pada 10 September 2002)
Tumbuh melata di persekitaran hutan di Kuala Selangor,
Sonneratia atau pohon berembang merupakan makanan utama serangga kelip-kelip.
Kekuatannya terus menjadi kawasan tarikan para pengkaji mahupun pelancongan
sekaligus memberi identiti baru daerah itu. Tetapi mengapa ‘Sonneratia’ ?
Cukupkah sekadar maksud memberi penghormatan kepada pohon itu sebagai simbol
kepada kepentingan identiti didalam penghasilan sesuat karya seni?
Bertempat di Taman Alam kawasan pemuliharaan alam sekitar
yang mempunyai keluasan 497 ekar hutan sekunder mempunyai spesis tumbuhan
menjalar dan pokok pesisir pantai, Kem Seni Remaja ‘ Sonneratia’ anjuran Balai
Seni Lukis Negara baru-baru ini memberi penghormatan kepada jenis tumbuhan itu
sebagai lambang entiti dalam pelukis muda mengenali diri.
Balai Seni Lukis Negara sebagai naungan kepada seniman
mapan mahupun baru meningkat naik dalam seni rupa patutlah diberi pujian dalam
menganjurkan kem ini dan komitmen mereka seni itu agar tidak berlegar-legar di
kalangan pengiat seni rupa tetapi berbanding bahu dikalangan profesinal lain
seperti saintis, peguam, jurutera, penyair dan lain-lain dalam kem serta
pameran Alam dan Semangat Air yang mahu menidakkan seniman buta sains mahupun
saintis buta seni.
Objektif utama kem ini diprogramkan agar peserta dapat
membina ketahanan mental untuk berdepan dengan cabaran kerjaya seni rupa pada
alaf baru secara terancang, sistematik dan berdaya saing. Ini termasuklah
kemampuan mereka dalam membuat keputusan dan mendepani cabaran, polimek serta
isu-isu sezaman secara kritikal, ilmiah daya intelek. Disini juga mereka
didedahkan dengan pengetahuan dan kemahiran teknikal dalam beberapa aspek
seperti penyelidikan, pembuatan dan persembahan karya secara profesinal
meliputi seni cetak, seni lukisan seni arca dan seni catan yang jauh berbeza
daripada apa yang mereka pelajari di kolej-kolej seni.
Kem Seni Remaja yang disertai oleh lebih kurang 25 orang
peserta yang dipilih oleh daripada kolej-kolej seni seluruh negara seperti
UITM, MIA, Unimas, Cenfad, CAA juga memberi peluang kepada mereka bermunasabah
secara introspektif terhadap kepercayaan, prinsip dan pegangan hidup
masing-masing, demi memperolehi keseimbangan emosi yang tersalur secara efektif
menerusi karya seni. Malah program didalamnya dapat menjana semangat berkarya
yang produktif bagi membina kekuatan jiwa yang kental supaya mereka mempunyai
iltizam yang tinggi apabila keluar untuk membina kerjaya sebagai seorang
karyawan.
Kem ini dalam kontek cuba merobak perkembangan idea oleh
perserta berlandaskan sesuatu yang asli dan jitu ini terbahagi kepada beberapa
program seperti bengkel, diskusi, dialog dan pameran ini dikendalikan oleh
Pegawai Sumber dari pelbagai bidang seperti catan, arca cetakan dan instalasi
yang diketuai dan dikendalikan oleh En Hasnul Jamal Saidon (Pengarah Kem) yang
juga merupakan pelukis sepenuh masa dalam bidang catan dan multimedia. Beliau
juga adalah bekas pensyarah di UNIMAS dan Cenfad manakala Pegawai Sumber
terdiri dari Juhari Said, Ahmad Fuad Othman, Sharmiza Abu Hassan, Bibi Chew dan
Sushilawati Sulaiman.
Menurut Pengarah Kem En Hasnul Jamal Saidon Kem Seni
Remaja ‘ Sonneratia’ 2002 dalam berpaksikan daripada dasar-dasar pendidikan dan
kebudayaan kebangsaan dalam konteks ini merujuk kepada keselaraian dan imbangan
antara keperluan ‘high tech’ dan ‘high touch’ yang boleh diperolehi daripada
khazanah warisan tamadun Nusantara itu sendiri yang meliputi 3 model iaitu
berasaskan kekuatan spiritual, intergratif dan proaktif.
Model kekuatan spiritual mahupun jiwa kepada ditekankan
peserta sebagai pemangkin kepada pernyataan estetika. Model ini meletakkan
kekuatan dan asas kepercayaan agama sebagai pra-syarat untuk mereka berkarya
agar menjadi imbangan terhadap terhadap tuntutan dan cabaran material.
Tambah beliau lagi, model bersifat integratif pula
bermaksud berasaskan dialog dan wancana yang bukannya terpasung dan
dipaksa-paksa. Malah ianya lebih berpusat kepada pelajar, menolak sistem
koncensi biasa bersifat peniruan dan pengulangan luaran tetapi ia menekankan
kepada aspek pembinaan dalam pembangunan intelek manakala model proaktif
katanya lagi, mendekatkan peserta terhadap bahan, peralatan teknik, proses, dan
kemahiran sezaman dan masa depan, ini perlu sebagai kesinambungan dari asas
sejarah seni rupa dan budaya serantau supaya penafsiran bahan dan teknik serta
teknologi baru didepani dari sudut dan acuan serantau.
Untuk melihat perkembangan yang diperolehi oleh mereka sepanjang kem ini dalam masa 3 bulan satu
pameran akan diadakan di Balai Seni Lukis Negara pada 25 Ogos 2002 sempena
menyambut ulangtahun Balai Seni Lukis Negara.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan