Oleh: Faizal Sidik
Bakat Muda Sezaman atau Young Contemporary Artist adalah sebuah pertandingan dan anugerah seni kontemporari yang terpenting serta berprestig Malaysia yang telah diperkenalkan sejak tahun 1974 lagi oleh Balai Seni Lukis Negara demi untuk mengcungkil bakat-bakat muda atau emerging artist dalam pengkaryaan mereka. Pertandingan ini adalah merupakan anugerah yang peringkat tertinggi dan terpenting dalam karier mereka sebagai artis muda.
Tujuan utama ianya diadakan adalah untuk menimbulkan provokasi dan perdebatan yang diharap menarik terhadap seni visual dan untuk meningkatkan minat awam terhadap seni kontemporari di negara kita. Bakat Muda Sezaman boleh dikatakan mengambil model anugerah seni kontemporari British atau Turner Prize yang merupakan sebuah anugerah seni yang begitu cukup dihormati di Eropah.
Turner Prize adalah sebuah anugerah yang dibangunkan oleh sekumpulan patron seni disana yang mengelarkan diri mereka sebagai Patron of New Art yang dibentuk untuk membeli karya-karya baru untuk koleksi Tate Gallery di samping untuk meningkatkan lagi kesedaran umum terhadap apakah yang dikatakan seni kontemporari.
Perancangan muzium seni iaitu Tate Gallery sebagai panganjur dengan penaung seni ini iaitu Patron of New Art ini boleh dikatakan beroleh kejayaan dimana mereka berjaya menghasilkan artis-artis muda yang berpotensi British atau Young British Artist (YBA) yang pernah memenangi anugerah ini seperti Damien Hirst (1995), Douglas Gordon (1996), Martin Creed (2001), dan ramai lagi yang kini merupakan artis utama leading artist dalam status dunia seni kita pada hari ini.
Pembinaan pameran penting oleh kumpulan artis YBA yang di patron oleh Charles Saatchi iaitu patron yang banyak menyimpan karya artis-artis muda penting British di tambah dangan pameran kontroversi iaitu “Sensation” sebuah karya koleksi daripada Saatchi Gallery telah membuka satu fenomena baru terhadap seni kontemporari di British kota London khususnya yang dahulunya dianggap sebagai ketinggalan jika dibandingkan dengan persekitaran seni yang berlaku di New York.
Pameran “Sensation” telah dibawa keluar daripada Saatchi Gallery ke Brooklyn Museum, New York dan tidak sempat di pamerakan di Australia akibat bantahan daripada audien tentang berita kehadirannya. Walaubagaimanapun ia telah menimbulkan satu budaya ‘segar’ kepada masyarakat terhadap minat yang baru dalam melihat seni. Bagaimana pula ceritanya disini?
Kita disini masih tercari-cari apakah resipi formula yang baru yang sepatutnya telah selesai setelah hampir empat dekat ianya dijalankan. Saya ingin berkongsi pendapat dan cadangan yang dirasai perlu untuk memperbaki BMS pada masa akan datang.
Format baru yang diperkenalkan banyak memberi kekeliruan kepada pencadang dan bakal calon-calon. Daripada proses penjurian awal banyak calon menghasilkan karya cadangan yang hampir-hampir serupa dengan pencadang mereka. Mungkin ini adalah strategi untuk memenangi hati juri atau menyerlahkan lagi sikap tidak serius ambil mudah calon dalam menghasilkan karya cadangan karya beliau. Namun taktik ini memakan diri mereka sendiri dimana juri tidak mengangkat karya-karya seperti ini.
Jika dilihat dalam acara sebelum ini penyertaan begitu memberangsangkan namun tidak pada kali ini. Ramai artis-artis muda yang berpotensi tidak dapat menyertai acara pada tahun ini kerana tiada yang mencalonkan mereka. Adalah baik sekiranya penyertaan kembali kepada format asal dimana artis boleh mencalonkan diri mereka sendiri namun dengan cara pendekatan yang berbeza yang akan diterangkan dibawah.
Tujuan asal BMS adalah untuk mencari artis yang berbakat dan berpotensi untuk melapis artis yang ada sekarang ini mengambil model daripada Turner Prize tadi. Namun setelah hampir lebih 40 tahun ianya diadakan secara pertandinagan dimana artis perlu berentap untuk merebut habuan, ia akan menjadikan artis kita malas dan hanya akan berkarya jika ada pertandingan sahaja.
Saya mencadangkan agar ianya beralih kepada penganugrahan bukan pertandingan,. Penganugerahan ini bermaksud artis boleh menghantar contoh-contoh hasil karya mereka selama ini seperti biasa tanpa perlu ada karya cadangan. Dari sini juri yang terpilih untuk membuat penjurian dengan membuat lawatan ke studio hanya perlu menyenaraikan 5 artis yang layak untuk dinilai ke peringkat akhir. Proses ini dilakukan adalah untuk memilih artis muda yang benar-benar komited dalam pengkaryaan mereka.
5 artis yang terpilih diperingkat akhir ini akan mempamerkan semua karya terbaik mereka didalam sebuah galeri, ia umpama sebuah pameran solo mini, dari sini juri akan membuat keputusan untuk memutuskan siapakah yang layak untuk menerima anugerah itu.
Kejayaan seorang artis yang menerima anugerah ini bolehlah dikatakan sebagai kemenanagan yang bukan hanya dapat dalam seklip mata, seperti pertandingan-pertandingan yang lepas, dimana kebanyakan mereka telah tidak aktif menghasilkan karya selepas menerima anugerah, ini adalah satu kerugian kepada lanskap seni itu sendiri.
Jadi pemenang yang menerima anugerah ini adalah diberikan kepada artis muda yang benar-benar prolifik dalam pengkaryaan mereka dimana anugerah ini boleh dijadikan suntikan untuk pergi diperingkat lebih jauh lagi dan bukan sekadar hanya berlegar-legar di kampung sendiri.
Beralih kepada Anugerah bukan pertandingan, anugerah ini bolehlah juga mengambil seorang tokoh seni di negara ini contohnya Anugerah Ibrahim Hussein atau Ibrahim Hussein Award (IBA) sebagai penghormatan dan sumbangan beliau dalam seni lukis di negara ini. Kita boleh berbangga kerana beliaulah sahaja setakat ini artis Malaysia yang berjaya menubuhkan Muzium atau Yayasan Kesenian beliau sendiri iaitu Ibrahim Hussein Art Foundation yang menyimpan karya-karya koleksi beliau untuk ditatap oleh kita walaupun selepas kematiannya. Kejayaan beliau menerima mempamerkan karya di Biennale dan menerima anugerah di peringkat antarabangsa bolehlah dijadikan ikutan model oleh artis muda.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
BMS adalah sebuah pertandingan seni tampak...peringkat amatur...adalah amat tidak adil untuk menilai BMS dengan pameran2 seni yg lebih profesional...persoalannya adalah bukan format atau apa2...cuma persoalan apakah yg akan berlaku selepas BMS??? tidak ada satu struktur yg jelas untuk dilihat kedepan...dan pameran BMS berlanjutan hingga ke 4..5 bulan...satu pembaziran ruang,masa dan fund...Adalah lebih menarik jika BMS disusuli pula dengan Open Art competition aka Salon...dan seterusnya keperingkat yg lebih jauh mungkin International level...
BalasPadam...dan Ibrahim Husin Foudation juga adalah satu simbol pembaziran hasil dari perkembangan seni yg dibina tanpa struktur yg jelas...adalah amat sedih sekali "kejayaan" IB itu tidak dapat dikongsi oleh pelukis2 muda dan pelukis2 Malaysia amnya...kerana dasar membina "foundation" itu atas kapasiti pesonal...
BalasPadamStruktur sekarang adalah struktur. jangan hidup dalam struktur orang lain.
BalasPadamBina struktur sendiri dan yang telah ada itulah struktur yang jelas.
Tak suka dengan struktur yang ada, kalau ada kemampuan bina struktur baru mengikut telunjuk sendiri... budget sendiri... sebab sendiri bazir sendiri tanggung. Semua orang pun membazir. Buat saja asal bahagia.
Itu yang aku baca itu yang aku bina so cadangan demi cadangan umpama usaha kearah struktur yang baru. Takut dengan cadangan,, itu lain kes. Di sini pucuk pemikiran yang memulakan sesuatu bukan memikirkan halangan atau apa orang lain nak kata nanti.
"it is better
BalasPadamto face
difficult truth
than truth
made difficult"
BY ISA KAMARI