Isnin, 28 Jun 2010

Paragraf-Paragraf Seni Konseptual










Oleh: Sol Lewitt(1967)
Diterjemahkan oleh: Faizal Sidik(2010)
Sumber: "Paragraphs on Conceptual Art" (Artforum, June 1967)

Seorang editor telah menulis kepada saya dan mengatakan beliau tidak menolak apa yang diperkatakan “buah fikiran artis adalah seperti beruk yang bertamadun itu membuat kritikan”. Ini adalah berita baik bagi golongan artis dan beruk. Dengan jaminan ini saya harap ia menjustivikasikan keyakinannya. Sebagai metafora menggunakan permainan besbol (seorang artis mahu memukul bola itu sehingga keluar dari gelanggang, yang lain pula menunggu pada plat dan memukul bola dari tempat ia dilontarkan), saya berasa bangga apabila dapat melakukan sendiri ‘strike’.

Saya akan merujuk kepada seni dimana saya amalkan iaitu seni konseptual. Dalam seni konseptual, idea atau konsep merupakan aspek yang terpenting dalam karya. Apabila artis menggunakan seni berbentuk konseptual, bermakna semua perencanaan dan ketetapan dibuat terlebih dahulu dan perlaksanaanya agak bersahaja. Idea menjadi alat dalam menghasilkan seni. Bentuk seni sepert ini bukanlah bersifat teoritikal atau teori-teori yang bergambar; ianya adalah intuisi, ia melibatkan semua bahagian proses mental dan juga tidak memberi apa-apa pengertian. Ia biasanya bebas daripada kebergantungan terhadap kemahiran seseorang artis sebagai petukang . Perkara yang menjadi objektif utama artis seni konseptual adalah bagaimana karyanya secara mental menarik perhatian pemerhati, dan oleh kerana itu ia bermain dengan emosi. Tiada yang lain untuk diperkatakan, oleh yang demikian artis konseptual tidak membosankan audien. Ia hanya mengharapkan perhatian dari segi emosi, seperti juga pada karya artis ekspressionis, tanpa ada halangan pemerhati untuk melihat.

Seni konseptual tidak semestinya sesuatu yang logik. Logika sesebuah atau siri karya itu bergantung pada masa ia digunakan, yang juga hanya akan memusnahkannya. Logik mungkin digunakan untuk mengkaburi niat utama artis, untuk meredakan pemerhati daripada mempercayai yang beliau memahami karya itu, atau bagi mencadangkan situasi yang bertentangan (seperti logik lawan tidak logik). Sebahagian idea itu bersifat logik dalam konsep namun tidak logik pada perseptual. Idea-idea nya tidak perlu terlalu komplek. Kebanyakan idea yang berjaya adalah sesuatu yang mudah tetapi aneh. Idea yang berjaya biasanya tidak dapat tidak mengambarkan kesederhanaan. Dalam membicarakan tentang idea ini artis adalah bebas malah mungkin akan mengejutkan dirinya sendiri. Idea-idea nya itu diterokai melalui intuisi gerak hati. Apa yang akan diperlihatkan pada karya bukanlah perihal yang penting. Ianya perlu dilihat jika ianya dipersembahkan dalam bentuk fizikal. Tidak menjadi persoalan apakah bentuk yang akan terhasil apa yang penting ia bermula dengan idea. Apa yang penting adalah proses terhadap konsepsi dan realisasi oleh artis. Apabila realiti fizikalanya itu diberikan oleh artis karya itu dibuka untuk dipersepsikan oleh semua termasuklah artis itu. (Saya menggunakan perkataan persepsi bermaksud untuk .....terhadap data, kedua –dua antara pemahaman terhadap objektif idea, dan juga subjektif interpritasi). Karya seni ini boleh dibuat tanggapan hanya selepas ianya siap.

Seni dengan maksud untuk sensasi mata lebih sesuai dipanggil sebagai perseptual daripada konseptual. Ini termasuklah seni optikal, kinetik, cahaya dan seni warna.

Oleh kerana fungsi terhadap konsepsi dan persepsi itu bertentangan ( pra dan pasca fakta) artis perlu mengurangkan idea dengan menggunakan penilaian yang lebih subjektif. Jika artis ingin untuk meneroka ideanya itu, arbitari atau peluang membuat ketetapan akan diminimumkan, dimana tingkah laku, citarasa dan karenah perlu disingkirkan dalam pembuatan seni. Karya itu tidak seharusnya ditolak jika ianya tidak nampak baik. Kadangkala apa yang pada mula-mulanya itu dianggap agak ganjil itulah yang akan menjadi kebiasaan.

Apabila artis menggunakan pelbagai modul kaedah beliau biasanya memilih bentukan yang mudah dan tidak sukar untuk diwujudkan. Kepentinganannya bentuk itu sendiri agak terhad; ia menjadi tatabahasa pada keseluruhan karya. Malah ia merupakan cara asas yang terbaik untuk menolak dengan berhati-hati pada bentuk yang tidak dikehendaki, jadi ia akan menjadi lebih mudah sebenarnya pada keseluruhan karya. Menggunakan bentuk asas yang komplek hanya akan melemahkan kekuatan keseluruhan. Dengan menggunkan bentukan mudah secara berulang ia lebih fokus kepada karya dan pengamatan akan lebih diberi tumpuan dalam mengatur bentuk. Apabil aturan ini telah selesai , bentuk yang terhasil akan memberi makna.

Seni konseptual sebenarnya tidak mempunyai banyak kaitan dengan matematik, falsafah, atau tidak dalam disiplin mental yang lain. Matematik yang digunakakan oleh kebanyakan artis didalam aritmatik iaitu dalam perkiraan yang mudah atau sistem nombor. Falsafah pengkaryaannya tidak terlihat dalam karya dan ianya tidak mengambarkan sebarang sistem falsafah.

Kini banyak penulisan tentang seni minimal, namun saya tidak lihat lagi sesiapa yang telah meneroka kearah hal ini. Ada satu lagi bentuk selainnya yang dipanggil sebagai struktur utama, pengurangan, penolakan, dingin, dan seni mini. Tiada artis yang saya kenali memiliki perkara ini. Oleh sebab itu saya berpendapat ianya menjadi bahasa rahsia yang digunakan pengkritik seni apabila berkomunikasi sesama mereka melalui majalah seni . Seni-mini menari k kerana ia mengingatkan kepada skirt mini dan perempuan yang berkaki panjang. Ia akan mengambarkan karya seni yang kecil. Idea ini sangat baik. Mungkin pameran “seni-mini” boleh diadakan di seluruh negara dengan menggunakan kotak mancis sahaja. Mungkin juga artis seni mini ini merupakan orang yang kerdil, katalkanah dalam lima kaki tinggi. Oleh yang demikian, kebanyakannya akan boleh dilihat di sekolah-sekolah rendah (sekolah rendah sedikit struktur ).

Jika artis terus membawa ideanya dan membuat kedalam bentuk yang boleh dilihat, semua langkah proses itu adalah penting. Idea itu sendiri, malah jika tidak menghasilkan visual, ia merupakan juga karya seni seperti juga produk siap. Semua gerak kerja - contengan, lakaran, lukisan, kerja lapangan, model-model, kajian, buah fikiran, perbualan – adalah penting. Perihal yang menunjukkan kerangka idea proses apa yang difikirkan oleh artis itu kadangkala lebih menarik daripada produk akhir.

Menentukan bagaimanakah saiznya adalah satu kerja yang sukar. Jika idea bersifat tiga dimensi ia seharusnya dilihat dalam apa sahaja saiz. Persoalan tentang saiz apa yang terbaik. Jika ianya dihasilkan dari bahan yang sangat besar oleh itu saiznya itu akan memberi tanggapan impresif dan idea mungkin akan hilang sepenuhnya. Sekali lagi, jika ia terlalu kecil, ia akan menjadi tidak penting. Ketinggian pemelihat akan menjadi petunjuk sedikit sebanyak sikap terhadap karya dan juga saiz ruang dimana ia akan diletakkan. Artis biasanya berharap objek itu diletakkan lebih tinggi dari aras mata pemelihat, atau lebih rendah. Saya fikir karya mesti cukup besar untuk memberikan pemelihat apa sahaja informasi yang mereka perlukan untuk memahami karya itu dan tempat perletakan itu adalah satu cara yang akan memudahkan pemahamannya. (Melainkan idea itu memang untuk menghalang dan memerlukan pemahaman serta capaian yang sukar)

Ruang boleh dianggap kawasan padu yang dikuasai oleh jisim tiga dimensi. Apa sahaja jisim boleh menguasai ruang. Ianya ada di udara dan tidak bole dilihat. Ia interval diantara hal yang boleh di buat ukuran. Interval dan pengukuran boleh menjadi penting dalam karya. Jika jarak penting ia akan menjadi pernyataan dalam karya. Jika ruang secara relatif tidak penting ia boleh diatur dan dibuat menyamai (hal ditempatkan menyamai jarak-jarak terpisah) untuk mengurangi segala kepentingan dalam interval. Ruang tetap mungkin juga menjadi satu unsur masa metrik, sejenis rentak biasa atau denyut. Apabila interval menjadi tetap apa sahaja yang tidak tetap akan menjadi lebih penting.

Seni bina dan seni tiga dimensi saling menentang kewujudannya. Kedua-duanya berkaitan bagaimana menghasilkan sesuatu ruang itu dengan fungsi yang tertentu. Seni bina, samaada ia sesuatu yang berseni atau tidak, mestilah berutilitarian atau ia gagal sepenuhnya. Seni bukan satu yang utilitarian. Apabila seni tiga dimensi mula untuk memegang beberapa ciri, seperti membentuk kawasan-kawasan utilitarian, ia melemahkan fungsinya sebagai seni. Apabila pemelihat di kerdilkan dengan saiz yang besar sesuatu karya yang mempunyai dominasi fizikal dan kuasa emosi pada bentuk ia sebenarnya menghilangkan idea pada karya itu.

Bahantara baru merupakan masalah utama dalam seni kontemporari. Sesetengah artis terkeliru antara bahan baru dan idea yang baru. Tiada ada yang lebih teruk daripada melihat seni yang ditengelami dengan gaudy baubles. Kebanyakan artis yang tertarik dengan penggunaan bahan inilah juga lahmereka yang tidak mempunyai pendirian yang teguh dalam membolehkan mereka menggunakan bahan itu dengan baik. Artis yang bagus akan menggunakan bahan-bahan baru dan membina sebuah karya seni. Bahayanya adalah, saya rasa, apa yang lebih dipentingkan disini adalah sifat fizikaliti bahan itu sahaja daripada idea yang ada pada karya itu (satu lagi ekspressionisme)

Sesebuah karya seni tiga dimensi adalah merupakan pernyataan fakta secara fizikal. Dimana sifat-sifat fizikal adalah lebih penting daripada isi kandungan didalamnya. Seni Konseptual dibuat untuk mencabar fikiran pemelihat lebih daripada pertimbangan mata dan perasaan. Sifat-sifat fizikal objek tiga dimensi kemudiannya akan menjadi pertentangan yang tidak membawa apa-apa maksud emosi. Warna, permukaan, tekstur dan rupa hanya merupakan penegasan aspek fizikal pada karya. Apa-apa sahaja perhatian untuk dan menarik minat penonton terhadap sifat-sifat fizikal ia adalah satu penghalang terhadap pemahaman idea kita dan ia digunakan sebagai satu alat ekspresif. Artis konseptual hanya mahu memperbaiki penekanan yang diberikan terhadap penggunaan bahan kepada kemungkinan-kemungkinan atau menggunakan bahan itu dalam pendekatan yang agak berbeza(untuk mengubah kedalam bentuk idea). Inilah seni yang dikatakan mempunyai maksud ekonomi. Sebarang idea yang lebih baik dinyatakan dalam dua dimensi seharusnya tidak berada dalam tiga dimensi. Idea boleh juga dinyatakan dengan nombor-nombor, foto-foto, atau kata-kata atau apa sahaja jalan cara dipilih oleh artis, bentuk yang terhasil sebenarnya tidak penting.

Paragraf-paragraf ini tidak betujuan untuk dianggap sesuatu yang mutlak, tetapi idea-idea yang dinyatakan adalah hampir menepati dengan pemikiran saya pada ketika ini. Idea-idea ini adalah hasil daripada pengkaryaan saya sebagai artis dan ia dapat berubah sebagaimana perubahan-perubahan pengalaman saya. Saya cuba untuk menjelaskan dengan penjelasan yang sebaik mungkin. Jika kenyataan-kenyataan saya ini tidak jelas ia mungkin dari pemikiran saya yang tidak jelas. Walaupun semasa menulis idea-idea ini ianya dilihat tidak begitu konsisten (dimana saya cuba untuk memperbetulkan, namun orang lain mungkin akan tergelincir olehnya). Saya bukan bermaksud untuk mendukung bentuk seni konseptual ini untuk semua artis. Saya hanya menemui ia berjalan dengan baik bagi saya manakala saya masih belum menemui cara-cara lain. Ia satu cara dalam menghasilkan seni; lain artis lain caranya. Ataupun saya rasa semua seni konseptual patut diberi perhatian oleh pemelihat. Seni konseptual baik hanya apabila idea itu baik.

* Imej - Sol Lewitt, Serial Project I (ABCD), 1966, MOMA Collections

Tiada ulasan:

Catat Ulasan