Ibrahim Hussein (1936-2009)
Oleh : Faizal Sidik
“Dengan satu mata itulah saya dapat melukis
dengan baik”.
Ibrahim Hussein
Anak seorang petani
di Kampung Limau Dalam, Sugai Limau di Yan Kedah, Ibrahim Hussein dilahirkan
pada 19 Februari 1936. Ibrahim Hussein
meminati seni lukis sejak kecil lagi. Hai ini disedari oleh abangnya
yang tua iaitu Sasterawan Negara Abdullah Hussein (1920-2004) semasa Ibrahim
Hussein di sekolah rendah lagi. Beliau
dibesarkan dalam situasi perang yang serba kekurangan namu beliau bernasib baik
kerana sorang Inggeris yang bernama Douglas Muir yang merupakan pembantu
pendidik di Alor Setar telah membantu Ibrahim Hussein untuk mendapatkan bantuan
pendidikan..
1950 an
Setelah tamat sekolah
menengah beliau menyambung pelajaran di Teacher Training College dengan bantuan
Douglas Muir yang telah mendaftarkan masuk Ibrahim Hussein pada tahun 1955
namun beliau keciciran di maktab perguruan ini dan pada tahun 1956 abangnya
menghantar pula beliau mengikuti kursus seni selama enam bulan di Nanyang Art
Academy di Singapura. Ibrahim kemudian berkerja sebagai pelukis komersil di
sebuah agensi periklanan di Singapura sebagai pelukis illustrasi dan kaligrafi selama
setahun. Pada masa yang sama beliau juga sempat belajar tulisan jawi dan khat
dari seorang ustad dan menerima tempahan membuat tulisan khat.
Dari sebuah iklan di
akhbar beliau memohon memasuki sekolah seni BYAM di London. Untuk memasuki sekolah ini antara syarat yang
perlu dipenuhi adalah pemohon mesti menghasilkan sepuluh buah lukisan cat
minyak untuk dinilai. Pada 1958 permohonan beliau telah berjaya dan diluluskan untuk
diterima masuk dengan biasiswa ke BYAM Shaw School of Drwaing and Painting. Pada
tahun 1959 dengan bantuan presiden Singapore Art Soceity iaitu Ho Kok Hoe
beliau menaiki kapal laut pada 15 September 1959 untuk meneruskan pengajiannya
ke kota London. Semasa belajar beliau turut mengerjakan perkerjaan sampingan
bagi menampung pengajian antaranya sebagai posmen, pelakon sambilan, dan
sebagai dektektif persendirian.
1960 an
Kejayaan demi
kejayaan diperolehi Ibrahim Hussein di luar antaranya semasa menuntut Byam
beliau telah menerima anugerah Award of Merit sebanyak dua kali yang melayakkan
beliau untuk melakukan perjalanan ke negara Perancis dan Itali pada tahun 1961
hingga 1963. Karya sebagai pelajar beliau iaitu ‘Mesin Pencetak Tua’ memenangi
hadiah lawatan sambil belajar ke Belanda, Perancis dan Itali
Setelah menghabiskan
pengajian selama empat tahun dan bergraduan pada 1963 beliau diberi peluang
mengadakan pameran solo pertama sebagai graduan seni di John Wibley Gallery
pada tahun yang sama. Pada 1963 permohonan biasiswa untuk memasuki Royal
Academy of Art, London diluluskan tanpa melalui temuduga. Pengarah Royal
Academy pada masa itu Sir Henry Rashbury tertarik dengan karya ini mengambil
beliau sebagai pelajar tamu di akademi itu. Sebuah karya beliau yang bertajuk
‘Flight Number One’ kini menjadi koleksi himpunan RA
Pada tahun kedua di
RA beliau telah memenagi Griffin Prize yang memberikan kesempatan kepadanya
membuat lawatan penyeldikan seni ke New York dan seterusnya mengadakan pameran
solo kedua di Galerie Internationale di sana. Selama tiga tahun belajar di RA
daripada 1963 hingga 1966 beliau mengadakan pameran solo ke-tiga yang pertama
di tanah air iaitu di Bangunan AIA, Kuala Lumpur. Pameran ini seterusnya di
bawa bergerak ke Chainese Chamber of Commerce di Singapura.
Pada akhir 1960 an
Ibrahim Hussein menghasilkan karya penting dalam kariernya sebagai pelukis.
Karya ‘Ayahku dan Angkasawan’ (1969)
dihasilkan sekembalinya beliau setelah belajar dan kembara di luar negara.
Menurut William Willets tema karya ini berkisar betapa jauhnya jarak antara
kampung dengan cakerawala dimana adakah wajar pejalanan ke bulan itu
dilancarkan sedangkan banyak lagi perkara yang perlu dilakukan di atas muka
bumi ini. Ibarhim Hussein sekali lagi dkatakan mengambil figura bapanya sebagai
wira rakyat sebagaimana penyajak Usman Awang dengan ‘Pak Utih’ . Dalam ‘Ayahku dan
Angkasawan’ kelihatan sawah padi Malaysia yang subur menghijau.
1970 an
Dalam karya awal pada
tahun 70 an selepas mendapat didikan formal seni kelihatan mempunyai pengaruh
karya Francis Bacon dimana aspek kerseraman, kesuramanan banyak ditonjolkan . Ib
adalah pelukis peertama Malaysia yang telah dijemput mengadakan pameran di
Venice biennale
Pada tahun 1974
Ibrahim Hussein telah memasuki pameran berkumpulan ‘Pelukis-pelukis Abstrak
Ekspressionis’ yang telah dianjurkan di Balai Seni Negara pada tahun 1974.
Dalam pameran ini Ibrahim mempamerkan ‘Senyum Seorang Monyet’ (1970) . Karya
sinis Ibrahim yang menggunakan perkataan seorang dan bukan seekor monyet ini
menurut Willets
Karya ‘Hari Ini Kita
Dewasa’ (1974) Ibrahim pekenalkan teknik ‘printage’ atau gambar luar ke dalam
lukisan iaitu gambar cetakan dipindahkan ke atas kanvas yang menjadi sebahagian
daripada lukisan.
Pada pertengahan 70
an juga Ibrahim Hussein mula menemui sentuhan identitinya degan garis-garis
berombak dengan menggunakan dakwat yang menimbulkan kesan-kesan jaluran yang seterusnya menjadi teknik utama dalam
karya-karya beliau selepas itu. Karya jaluran ini dkatakan oleh Willtes lagi
mempunyai pengaruh kuat pelukis seni dekoratif atau art nouveau oleh Alphanso Mucha.
Pada tahun 1975
Ibrahim Hussein telah mengadakan pameran solonya yang ke-9 di Dewan Tunku
Canselor Universiti Malaya. Pameran yang telah dirasmikan oleh Raja Permaisuri
Agung mempamerkan 40 karya
1980 an
Pada awal 80 an Ibrahim
Hussein bekesempatan untuk melawat ibu pejabat Palestine Liberation
Organization (PLO) dan khemah pelarian Palestin Sabra disebabkan peristiwa
Sabra dan Shatila oleh rejim Zionis. Pada tahun 1982 beliau mula menghasilkan
siri Palestin yang mengambarkan keperitan yang dialami orang Muslim di sana.
Pada bulan Februari
1986 Ibrahim Hussein telah menerima jemputan daripada Naib Canselor Universiti
Utara Malaysia pada masa itu iaitu Prof. Tan Sri Awang Had Salleh untuk
mengadakan pameran solonya yang kelima belas selam 10 hari di Perpustakaan UUM,
Sintok Kedah Darul Aman. Dalam pameran itu sebanyak 30 lukisan. Apa yang
menariknya dalam pameran ini adalah sebagai penghargaan sebagai anak Kedah dan
Ibrahim Hussein dan penduduk Kg. Sungai Limau sebuah bas disediakan untuk
membawa penduduk kampung itu untuk menyaksikan pameran solonya yang dirasmikan
oleh Sultan Kedah.
Pada tahun 1986 juga
merupakan detik sejarah penting dalam karier Ibrahim Hussein sebagai pelukis. Sempena
menyambut ulangtahun ke-50 dan sebagai penghormatan dan menghargai sumbangan beliau
dalam perkembangan seni lukis Malaysia, Balai Seni Negara telah menganugerahkan
sebuah pameran Retrospektif Ibrahim Hussein yang telah berlangsung daripada Mac
hingga 10 April 1986. Retrospektif atau pameran besar yang mengimbau kembali
perjalanan kesenimanan beliau ini dirasmikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Dr.
Mahatir Mohamad dalam memperlihatkan perkembangan artistik beliau selama 30
tahun.
Pameran dengan
kerjasama antara Balai Seni Negara semasa terletak di Jalan Sultan Hishamuddin dengan syarikat korporat Malaysian Tobacco
Company Bhd ini dikuratorkan oleh kurator Balai Seni Negara sendiri iaitu
Sharifah Fatimah Syed Zubair ini mempamerkan 328 buah karya-karya peringkat awal pada usia 20 an iaitu pada
tahun 1960 an yang dikenali sebagai pelukis pop sehinggalah fasa penerokaan
terkini teknik ‘printage’ atau pemindahan cetakan imej ke atas kanvas. Himpunan
karya-karya ini adalah dari koleksi institusi dari dalam dan luar negara, milik
pelukis dan karya-karya daripada koleksi persendirian. Dalam pameran
retrospektif ini karya mutakhir Ibrahim Hussein dikatakan meluahkan perasaan
seorang seniman yang memperjuangkan nilai kemanusiaa dan keharmonian sejagat.
Pada tahun 1987
Ibrahim Hussein dijemput menjadi pengarah Asian Art Festival yang diadakan di
Bali daripada 22 Mac hingga 4 April. Festival kesenian yang diadakan di Club
Med Bali ini bukan sahaja melibatkan seni lukis tetapi juga seni tari dan
teater. Pemilihan penlukis oleh Ibrahim Hussein ini disertai oleh 18 pelukis
daripada negara Hong Kong, Indonesia, India, Jepun, Malaysia, Filipina,
Singapura, Thailand dan Perancis. Negara Malaysia diwakili oleh Sharifah
Fatimah Syed Zubair, Jenkin Waveney, Khalid Mohd Nor atau Lat dan Ibrahim
Hussein (penari).
Oleh kerana
populariti Ibrahim Hussein sebagai pelukis diperingkat antarabangsa pada tahun
1988 sebuah produksi dokumentari yang berpengkaan di Amerika Syarikait datang
menemui Ibrahim Hussein di rumah beliau yang terletak di Bukit Pantai, Bangsar,
Kuala Lumpur bagi pengisian program rancangan televisyen yang bertajuk
‘Lifestyle of the Rich and Famous’ . Program televisyen yang berduri 1 jam ini
hanya memilih dua ikon Malaysia iaitu Ibrahim Hussein dan Yang Dipertuan pada
masa itu iaitu Sultan Iskandar Shah.