Oleh: Faizal
Sidik
Pengenalan
Wawancara ini adalah siri penyelidikan tokoh seni negara iaitu Ibrahim Hussein bagi Pusat Penyelidikan Seni Asia Tenggara (PUSAT) sempena pameran ‘ARKIB: Archiving Ibrahim Hussein (Kenangan Bersama Muzium dan Yayasan Seni
Ibrahim Hussein)’ yang diadakan pada 31 Mac hingga 31 Mei 2021 di Balai Seni Negara Langkawi. Pasukan kuratorial yang
terdiri daripada Zanita Anuar, Faizal Sidik, Zulkarnain Zainal Abidin dan
Hafiz Osman telah mengadakan satu lawatan penyelidikan rasmi semasa PKPB atau
Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat ke Pulau Pinang pada 17 hingga 20 Mac
2021 ke rumah tokoh arkitek negara iaitu Datuk Seri Lim Chong Keat yang
terletak di Jalan Macalister, George Town, Pulau Pinang bagi mewawancara beliau sebagai
arkitek yang telah merancang dan membina Muzium dan Yayasan Ibrahim Hussein
(IHMCF) di Pulau Langkawi pada tahun 1990 an.
Sepintas lalu latar belakang Datuk Seri Lim Chong Kiat,
beliau dilahirkan di Pulau Pinang pada tahun 1930 yang merupakan rakan rapat Ibrahim Hussein. Mendapat didikan formal daripada Manchester University dan seni bina akuistik daripada Massachusetts Institute of Technology (MIT), beliau merupakan bekas Ketua dan Pengarah Jurubena Bertiga International Sdn Bhd iaitu
firma seni bina yang menjalankan projek seni bina dan perundingan. Beliau merupakan arkitek yang membina rumah
studio Ibrahim Hussein, Sim Hussein dan Alia yang terletak di Kuala Lumpur. Firma
beliau banyak bertanggungjawab dalam projek perancangan dan pembinaan utama di
Malaysia, Singapura dan luar negara. Selain itu beliau juga mempunyai minat
yang mendalam dalam pemuliharaan taman botani. Selepas bersara daripada firma pada
tahun 1995 beliau dilantik sebagai
Profesor Tamu di University of Manchester, England dan juga Felo
Tamu di Emmanuel College, UK. Beliau menerima jemputan istimewa daripada Ibrahim Hussein untuk membina
muzium seni yang terletak di taman rimba. Pada tahun 2002 beliau dianugerahkan gelaran Datuk Seni di atas sumbangannya terhadap pembangunan seni bina serantau. Antara seni bina yang dihasilkan oleh beliau dan Jurubena Bertiga adalah Menara Komtar, Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah SSAAS (SUK Selangor), Dewan Sivik Petaling Jaya, Masjid Negeri Sembilan, (Malaysia) Jurong Town Hall, Singapore Conference Hall (Singapura).
Zanita Anuar: Terlebih dahulu pasukan saya
mengucapkan terima kasih di atas kesudian Datuk Seri menerima pelawaan kami
untuk diwawancara sebagai arkitek yang membina Muzium dan Yayasan Seni Ibrahim Hussein (IHMCF)
yang sudah tentu banyak kenang-kenangan bersama pelukis dan seni bina bangunan
itu sendiri. Bolehkah Datuk Seri kongsikan kepada kami bagaimanakah mula mengenali Datuk Ibrahim
Hussein?
Lee Chong Kiat: Beliau sebenarnya lebih muda daripada saya. Namun
kami datang dari era yang sama yang banyak terdedah dengan pengaruh
antarabangsa. Jadi ianya agak asing
dimana pada suatu hari beliau bercakap dengan saya dan berkongsi tentang
impiannya untuk membina muzium di Langkawi, dimana kami ingin membawa ramai
pelukis antarabangsa ke sana dan pada masa yang sama, beliau berunding
tentang tapak letaknya. Namun beliau tidak begitu menyedari akan
kemungkinan-kemungkinan yang akan timbul. Jadi, saya merasakan beliau menyimpan sesuatu.
Saya sebenarnya salah seorang daripada beberapa orang yang mengetahui Langkawi
secara geografinya. Saya pernah
mengadakan ekspedisi pada zaman persekolahan lagi ke Langkawi semasa belajar di Penang Free
School Iaitu sekitar tahun 1947 atau 1948. Oleh itu, kami lebih teliti dalam mengetahui
tapaknya dan geografinya. Jadi saya rasa
jika anda bertanyakan kepada orang dimana letaknya Tanjung Tengkorak ini mereka
kemungkinan tidak tahu. Tahukan anda bahawa Pantai Tengkorak dan kawasan
sekitarnya adalah jalan untuk menuju ke Datai (pantai) kini agak popular pada
hari ini. Sejarahnya jika diselidiki berbalik kepada saya rasakan jika anda
mahu mengetahui asal-usulnya mengapa Ib meminta saya untuk terlibat sama. Ini adalah kerana kami telah lama berkawan dan
saya juga pernah merekabentuk rumahnya di Bukit Pantai. Itu satu lagi cerita
hebat lain. Beliau sebenarnya telah
mencadangkan lokasi di tempat lain mungkin atas saranan pihak LADA (Lembaga Pembangunan Langkawi) kepada beliau. Namun saya telah membawa beliau ke lokasi ini,
dan di sinilah ia berlaku, penghargaan saya ucapkan untuk pekerja di arkib saya
kami menjumpainya beberapa gambar. Kini tempat ini telah menjadi tempat tarikan
pengunjung. Saya telah membawa Ibrahim ke lokasi ini untuk melihat bukit
berkenaan. Pada waktu itu sebelum tahun 1992.
ZA: Oh, 90 an?
LCK: Benar, sebelum itu lagi kerana dalam hal ini firma kami bekerja sangat
pantas. Semuanya berlaku pada tahun 1992
iaitu menjelang akhir tahun 1992 dimana beliau telah melancarkan yayasan itu dari
segi pendanaan. Boleh jadi pada awal 1992 kami melawat ke situ dan tahukah anda
dalam pelan tapak ia adalah sebuah kawasan yang agak luas di bawah Jabatan Perhutanan,
dan ini adalah pelannya. Adakah anda mengingati lokasi ini? Kami hanya akan
memperkatakan apa yang benar-benar
direalisasikan hanyalah satu per tiga daripada keseluruhan projek lot ini. Namun
konsep perancangannya dihasilkan lengkap dengan taman penyelidikan hutan itulah
tujuan asalnya. Ia juga disebut muzium dan taman penyelidikan hutan. Ini adalah
cadangan yang saya hasilkan. Kami amat bertuah menjumpai semula lukisan ini kerana
sebenarnya saya hampir lupa tentangnya. Sehinggalah anda meminta saya untuk
bercakap tentangnya. Senaraio muzium itu
pada hari ini sangat menyedihkan, apa yang menyedihkan itu bukan berkenaan
dengan kawasan hutan tetapi apa yang diketahui berkenaan dengan yayasan itu tidak mampu bertahan untuk diteruskan selepas
kematian Ibrahim Hussein. Saya rasa berlaku keusangan di situ sejak beliau
meninggal dunia pada tahun 2009. Selain itu, saya meragui terhadap orang disebalik semuanya ini kerana ia
semakin hari semakin tidak terjaga. Jadi
sudah tentu kawasan sekitarnya akan menjadi semak samun, namun apa yang
menyedihkan adalah terhadap seni bina bangunan itu yang seharusnya dikaji dari
sudut pensejarahannya dengan serius, itulah yang sepatutnya dilakukan. Jika
anda masih mengingati hari gemilang perasmian muzium ini yang dibuka pada tahun 1998. Pada masa itu,
dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dr. Mahathir Muhammad dan itu adalah acara
terbesar yang pernah diadakan dimana terdapat banyak acara yang dilakukan di
dalam bangunan itu, diharapkan kumpulan arkiban anda akan mengkajinya. Sungguhpun
begitu, janganlah pula kita menyalahkan
kawasan hutan di sekitar itu. Apa yang perlu dipersalahkan sebenarnya adalah
manusia itu sendiri. Kurangnya sokongan daripada masyarakat yang tidak memahami
usaha yang dilakukan oleh Ibrahim
Hussein menerusi projek ini. Sudah
tentu, melalui projek mengenang semula ini kita akan mengingatinya kerana kami
adalah sebahagian daripada perancangnya dengan merekabentuk bangunan untuk
beliau. Dalam kata lain, beliau adalah
pelanggan setia kami. Beliau tidak
pernah meragui rekabentuk kami. Beliau mengakuinya kerana percaya akan
profesionalisme kami dan saya rasa mampu merelisasikan bangunan impiannya itu. Saya
tidak berminat untuk menggunakan perkataan ‘ikonik’. Namun bagi saya bangunan
ini sangat ikonik. Saya pasti bukanlah suatu yang mudah untuk menyeimbangkan antara
menyelenggara dengan menjaga pokok-pokok, lanskap. Oleh itu kami sangat
berhati-hati. Hanya sedikit sahaja pokok yang ditebang. Kami sebenarnya ingin
pokok itu ditanam semula. Kalau boleh
kami ingin menjadikan sebahagianya sebagai taman botani. Oleh kerana pada waktu
itu saya belum lagi melibatkan diri dalam penyelidikan botani seperti pada hari
ini. Pada masa dahulu, Jika pada sekitar 1980 an ketika ia selesai (seni bina
rumah) dan saya lebih aktif dalam penyelidikan botani sebelum kami membuat
kajian sendiri terhadap penyelidikan taman di Pulau Pinang bahagian ini pasti
dapat direalisasikan (dengan muzium). Namun ia masih boleh dilakukan jika kita
berpandangan jauh dengan penaungan yang betul dan pasukan yang betul. Jadi konsep pemulihan (hutan) ini akan menjadi
warisan peninggalan yang besar di atas usahanya. Ini sebenarya adalah pemulihan
dan pembangunan yang sebenarnya belum sampai ke tahap itu lagi. Kebanyakan
orang tidak sedar, apa sebenarnya yang dibina hanyalah sepertiga daripada
keseluruhan idea. Anda boleh lihat pada geometri apa yang kita sebut adalah
saling kait mengait Semua petakan ini adalah saling kait mengait.
ZA: Ya...seperti satu
simpulan
LCK: Cuba anda
lihat, setiap seksyen seperti pintu gerbang dan ini berkesinambungan
sehinggalah ke bahagian atas. Di bahagian atas inilah yang belum dapat dibina. Ruang
yang menempatkan galeri yang lebih besar Ini adalah sepertiga daripada
keseluruhan idea. Inilah yang berlaku, kami berjaya menjumpai pelan-pelan yang
kami hasilkan dalam masa yang sangat singkat pada 1992. Sudah tentu terdapat pengubahsuaian apabila
kami Ingin melaksanakannya disebabkan oleh faktor bajet. Beliau berusaha dengan
gigih untuk mengumpulkan dana melalui yayasannya. Beliau mendapat pelbagai
sokongan pada awalnya, tetapi masih
tidak mencukupi. Selain itu perjalanan muzium seperti penyelenggaraan, kos operasi
turut menjadi cabaran. Namun semua ini telah menjadi sejarah. Apa yang tinggal,
adalah apa yang kita sebut sebagai penyusutan (bangunan) yang luar biasa.
ZA: Benar
LCK: Adakah anda
bersetuju?
ZA: Itulah
sebenarya yang berlaku
LCK: Baik. Oh, saya
rasa rakan kongsi saya sangat sedar. Apakah tujuan sebenarnya projek ini dan siapa yang menjalankannya. Asas (idea)
rekabentuknya adalah datangnya daripada saya. Oleh kerana saya mempunyai
hubungan yang rapat dengan pelukis kerana pernah merekabentuk rumahnya. Jadi
pasukan saya bekerja mengikut perancangan dan sudah tentu termasuklah
kerja-kerja pembinaan dan sebagainya. Namun saya rasa meletakkan kesalahan
atau memberi penghargaan pada reka
bentuk perlu dilakukan pada peringkat awal lagi. Ia hanya akan memberi impak apabila
anda mempunyai simbiosis yang hebat antara pemilik, pelanggan dan arkitek. Dalam hal ini, pelukis sebagai pelanggan
mempunyai visi yang jelas. Saya rasa beliau juga tahu saya sedia menyahut cabaran itu. Ya dan permintaan beliau akhirnya adalah untuk mendapatkan 12 hektar
tanah dengan beberapa buah galeri, studio-studio, taman arca dan ruang
pentadbiran dan tempat bekerja selain kemudahan penginapan untuk rakan artis
beliau.
ZA: Ya.
LCK: Saya rasa,
beliau tidak mahu terlalu fokus terhadap kawasan taman sekitar. Namun kami
sangat memberi perhatian pada perkara itu. Jadi kawasan botanikal adalah suatu
projek lain kerana kesesuaiannya dalam menjana penjimatan tenaga. Jadi ia adalah perlanjutan daripadanya, walaupun
demikian impian itu tidak menjadi kenyataan. Ini akan tetap akan menjadi
cabaran kepada penaung di hari mendatang.
ZA: Kami
benar-benar ingin tahu apa yang
dibualkan antara anda dengan Ibrahim Hussein
LCK: Ya, saya
perlu kembali ke zaman silam untuk mengingatinya semula tetapi kebanyakan perbualan
kami sebenarnya berkisar disekitar rumah beliau di Bukit Pantai, dimana saya berharap
dan percaya balu beliau iaitu Sim masih menyimpan cerita perbualan itu lagi. Namun
bemula daripada rumah itu hinggalah ke
sini (muzium), beliau berhasrat ingin memberikannya kembali semula kepada
masyarakat. Idea daripada penubuhan
yayasan itu adalah sudah tentu menjadi suatu perkara yang sangat mencabar. Sebagaimana
juga dengan yayasan-yayasan lain yang wujud, untuk permulaan sebenarnya merujuk
kepada yayasan lain yang berjaya dan ini adalah antara peluang yang cuba
diwujudkan oleh beliau. Saya rasa tidak
ada orang yang mampu untuk meneruskannya.
ZA: Namun selepas
kematiannya, saya pasti tentu ada persoalan yang timbul seperti perwarisan.
LCK: Saya harap
semua yang ada kaitan dengannya akan berfikiran terbuka untuk memudahkan kerja bukan
sahaja untuk pemulihan, tetapi juga pelaksanaan projek lanjutan.
ZA: Jadi ia akan
menjadi cabaran kepada negara bukan hanya yayasan itu sahaja.
LCK: Sudah tentu.
Banyak pelukis-pelukis kita mempunyai pengalaman manis yang pernah menjejakan
kaki masuk ke ruang galeri tiga tingkat ini semasa kami mengadakan Festival Seni
Antarabangsa Langkawi (LIFA) pada tahun 2000. Kami masih ingat, beberapa orang pelukis mengimbau
semula gambar-gambar (lama) dengan kami di beberapa sudut-sudut rumah, tempat dan
lokasi di sana. Mereka juga mempunyai perasaan ingin tahu bagaimana juga muzium itu direkabentuk sedemikan rupa.
ZA: Anda juga ada
menyatakan bahawa kami mungkin merasakan agak geomantik mengenai tempat ini,
antara inspirasi yang anda tonjolkan dalam merekabentuk ruang ini. Bagaimana
anda mengimbangkannya dalam idea
geomantik anda itu?
LCK: Saya rasa anda memilih perkataan 'geomantic',
sebenarnya hanya dipraktikkan dalam menyesuaikan binaan bangunan dengan persekitarannya
yang mana melangkaui bangunan itu
sendiri. Jadi ‘geomancy’ adalah bagaimana meletakkan bangunan di lokasinya dan tahukah
anda, bangunan itu betul-betul di lereng bukit dalam tiga tahap dengan taman berbumbung
dan lain-lain lagi. Ini adalah inspirasi yang terdapat di lokasi itu, arkitek
yang bagus perlu peka terhadap lokasi. Ini adalah tanggungjawab besar. Jika
tidak anda akan merosakkan kawasan sekitar. Jadi, kami berfikir ke arah itu dimana
ia adalah jalan yang terbaiknya. Ruang
dalamannya agak berbeza kerana untuk membuat bangunan khas seperti muziumi
tidak seperti apa yang boleh saya katakan
begini, banyak bangunan lain yang saya pernah reka yang agak sederhana dan kami
tidak mahu dilihat sebagai hanya pendiri dinding pameran bagi suatu pertunjukan
dimana saya percaya banyak bangunan yang direka secara keterlaluan dan dilebih-lebihkan
dan akhirnya menjadi hodoh. Jadi, apabila anda mereka sesuatu bentukan, idea tentang
bentuk dan fungsi suatu ruang, sudah tentu semasa anda merekabentuk galeri yang
anda mahu bina ruang yang berdinding dan dengan pencahayaan dari atas. Jadi
modul, konsep untuk keseluruhannya dicipta melalui petakan ini dengan ruang
transit, yang juga berada dititik temu sebenarnya inilah tema (idea) yang saya rancangkan
sebagaimana rekabentuk rumahnya. Jadi bagi sejarahwan seni bina, yang melihat seni
dalam seni bina, ia akan sangat menarik dan berobjektif, jika kita membandingkan kedua-duanya. Inspirasi
untuk mewujudkan ruang juga harus anda perhatikan, malah untuk merekabentuk
setiap modul, sepatutnya berapa besar?
ZA: 40 kaki x 40 kaki?
LCK: Betul,
tetapi jika anda lihat seperti yang terdapat pada pelan, pengulangan adalah
fasa yang seterusnya dimana sebenarnya mempunyai galeri utama. Jadi apa yang
dibina hanyalah berdasarkan bajet yang diperolehi, ruang legar ke galeri
sebenar pula berada di fasa seterusnya.
ZA: Adakah anda
mengatakan ia (muzium) hanyalah sepertiga sebagaimana yang kita lihat pada hari
ini?
LCK: Benar. Fasa
seterusnya mempunyai penginapan untuk seniman, dan jika ada dana, beliau akan menjemput
rakan-rakannya dari di luar negara untuk datang dan pada masa yang sama dapat memberi
suntikan baru kepada seni lukis Malaysia. Mengapakah saya katakan sedemikian
adalah kerana saya dan Ibrahim sebenarnya telah lama mengenali antara satu sama
lain, saya dan dia boleh dikatakan sebaya, dimana dia lebih muda sedikit dari
saya. Beliau juga mengetahui reputasi saya di peringkat antarabangsa. Sebagai contoh,
kami berdua mempunyai hubungan yang baik dengan John D Rockefeller III Foundation,
dan sebagainya. Tahukan anda, beliau juga mengetahui pendedahan saya dengan
seni kontemporari. dimana saya mengenali pengarca seperti (Isamu) Noguchi sebagai contoh, Isamu Noguchi juga merupakan rakan saya. Walupun
begitu, saya juga berhubung dengan pelukis Malaysia yang lain yang mencari
peluang dikenali dan diiktiraf di peringkat antarabangsa. Oleh kerana beliau
produktif berkarya, (berpameran) Ia membuatkan saya sukar untuk
ingat kesemua pamerannya di mana karya
pelukis yang lain dipamerkan sama, adakah mereka ada juga (LIFA)?
ZA: Ya, mereka
turut serta bagi Festival Kesenian Antarabangsa Langkawi.
LCK: Ya, mungkin ada
atau sebaliknya apa yang pernah dipamerkan di rumahnya (Bukit Pantai) sendiri, sebenarnya
(rumah) masih merupakan galeri penting dalam mempamerkan karya-karyanya.
ZA: Adakah
terdapat penekanan terhadap pencahayaan muzium dan persekitarannya ...?
LCK: Sudah tentunya!
Ini adalah sebahagian daripada amalan latar belakang (seni bina) saya. Oleh
kerana ia adalah bahagian daripada akustik, kami terlatih sepenuhnya dalam pencahayaan
sekitaran dan sebenarnya, saya baru sahaja menjumpai fail lama di mana saya mahu
kongsikan dua perunding lampu yang terkenal di peringkat antarabangsa. Seorang yang bernama Derrick Phillips, dan
seorang lagi Michael Braun. Tetapi hal ini tidak menjadi. Walaupun orang
seperti mereka ini tidak diperlukan namun kita sudah dapat menyelesaikan
perkara yang paling utama. Sudah tentu, kami tidak mampu untuk mendapatkan orang
yang pakar dalam pencahayaan muzium yang sudah tentunya agak mahal. Tahukah
anda bahawa anda mesti mempunyai lampu khas, penapis lampu dan semua yang
berkaitan dengannya. Jadi pada akhirnya, jenis pencahayaan yang diguna pakai
boleh dikatakan baik. Tetapi sekiranya kita mahu benar-benar dilihat bertaraf
antarabangsa dengan mengikut standard muzium maka, di sinilah inI pentingnya perunding
(lampu) itu ada untuk membantu. Adalah menjadi suatu yang indah sekiranya anda terus
mengekalkan piramid kaca itu dan cahaya semula jadi masuk melalui bangunan. Pada masa itu kami sangat sedar dan saya pernah
bertanya dengan salah seorang rakan lama saya seorang profesor di Manchester,
untuk bercakap mengenai pencahayaan. Ada sebab mengapa semuanya direka berhubungan dengan cahaya alam dan
penapisan kawalan cahaya ultraviolet dan semuanya itu.
ZA: Mengapa
terdapat menara kaca piramid? Adakah anda menggunakannya untuk ...?
LCK: Tidak, struktur
silang itu adalah untuk pencahayaan dalam pepenjuru modul segiempat sama. Namun
titik transit sebenarnya adalah salah satu dari Inovasi kami yang juga
digunakan pada rumah beliau. Sekiranya anda melihat pelannya, anda akan dapat lihat
terdapat banyak ruang simpanan pada aras bawah.
ZA: Oh, itulah
tempatnya.
LCK: Ya, tetapi
sebenarnya, saya rasa ia dikurangkan kerana kekangan bajet. Sungguhpun begitu ruang yang dibina masih
banyak, kebetulan saya agak tahu tentang pengurusan muzium, kami tidak dapat sepenuhnya
mengikut amalan permuziuman yang sebenar kerana agak tidak ekonomik. Seperti
yang anda ketahui, muzium yang hebat mempunyai 9 kali ruang simpanan bagi satu
ruang pameran dan anda tidak memilikinya. Anda tidak dapat melihatnya
dimana-mana muzium pun sebenarnya, jadi teknik itu terletak pada anda sendiri dengan
membina ruang storan di tempat lain. Sekiranya anda cuba melakukannya di
bangunan yang sama, sudah tentu tidak dapat dilakukan.
ZA: Apakah yang
anda bincangkan bedua?
LCK: Terdapat
ruang simpanan yang mencukupi kerana bangunan itu hanya dibina hanya sepertiga
sahaja, dan ini bukan satu-satunya ruang storannya, beliau juga akan mempunyai ruang
simpanan di KL. Saya juga pasti galeri yang mewakili beliau mempunyai ruang
simpanan juga. Namun di masa akan datang jika anda menjadikanya sebagai
institusi, ia perlu dibina secara berasaingan bagi ruang simpanan untuk
koleksi. Kita seharusnya mempunyai bahagian pemuliharaan dan sebagainya untuk
penyelenggaraan. Terus terang saya katakan, saya lupa tentang cabaran yang
lebih besar iaitu cabarannya dua kali
ganda hanya untuk melakukan bahagian itu sahaja. Beliau mempunyai ruang yang
cukup kerana membina dek dan membina rumah banglo tambahan yang berhampiran
dengan pantai. Terdapat banyak ruang untuk bersantai kerana bangunan itu bersebelahan dengan kawasan pantai. Terdapat pantai awam di sini yang sepatutnya jika seluruh
kawasan ini dibangunkan semula kawasan itu juga harus dikawal selia dimana struktur-struktur
yang tidak diperlukan mesti dikeluarkan dari situ. Ia adalah sebuah pantai yang
indah dan saya juga pernah berenang di sana seingat saya. Namun saya tidak fikir
Ibrahim mempunyai masa untuk berenang. Terdapat banyak perkara yang perlu
dilakukan di rumah itu. Sebenarnya, beliau
sangat sibuk, tahukah anda saya masih ingat lagi beliau akan mengatakan bahawa beliau
melukis dan menandatangani setiap batu-batu itu. Saya harap ia dapat dijual dengan harga yang tinggi.
ZA: Ya, beliau banyak menghasilkannya.
LCK: Tapi dia
sangat cerdik ... (ketawa)... berniaga dari segi itu.
ZA: Ya
LCK: Itu
sebenarnya adalah apa yang saya telah katalogkan untuk beliau. Eurycoma
Longifolia adalah nama (saintifik) bagi Tongkat Ali dan ada juga yang
menyebutnya The Langkawi Palm iaitu Pinanga
Adangensis, yang sebenarnya pertama kali ditemui di bahagian Thai, Pulau Adang,
yang sebenarnya tidak berapa jauh dari sini. Tahukah anda bahawa muzium ini menghala
ke arah utara ke Tarutao. Sebuah pulau yang besar dan merupakan sebuah penjara
dalam pulau di Thailand.
ZA: Dari mana
pula matahari akan terbit?
LCK: Dari arah
utara. Jadi Datai ini berada di sebelah Timur. Manakala itu Tanjung Rhu pula
disebelah Barat. Tanjung Rhu terletak di seberang sana Iaitu di mana terletaknya
Geo-Park (kawasan geologi). Ingatan saya
pada Pulau Langkawi ini masih baik sebenarnya.
ZA: (Ketawa) Ya, setuju.
LCK: Matchinchang (Gunung)
sebelah sini, kereta kabel menuju ke seberang sana dan sepanjangnya adalah
kawasan pantai. Anda tahu filem "The King and I"? Salah satu lokasi
pengambaran filem itu terletak di sana. Mereka membina set di situ.
ZA: "Anna
and The King"?
LCK: "Anna and
The King". Ya, betul "Anna and The King". Cuba semak semula sekiranya yayasan
(IHMCF) merekodkan jumlah sebenar berapa yang mereka berjaya
kumpulkan, akan tetapi saya berpendapat semasa ia
dibina, ada sejumlahnya angka yang ingin dicapai, sasaran
mereka adalah RM 9 juta tetapi jumlah RM 9 juta
itu sebenarnya hanyalah bayaran
untuk kontraktor. Saya rasa perkara itu perlu diselidik
semula tapi saya rasa semasa muzium
itu dilancarkan, beliau hanya dapat mengumpul kira-kira RM 4 juta. Namun sepatutnya
yayasan perlu menyatakan rekod mereka berapakah yang berjaya dikumpul. Tambahan pula, berdasarkan keyakinan yang tidak berbelah
bagi perkara ini adalah tidak mustahil kerana harga
karya-karya beliau yang tinggi dan itu adalah satu pengorbanan
besar sekiranya beliau berjaya menjual karya-karyanya
itu untuk menyelesaikan pembinaan muzium. Beliau boleh melakukannya
sekiranya dia hidup lebih lama lagi.
ZA: Ya.
LCK: Tahukah anda,
saya telah datang melawat bangunan itu dua minggu sebelum beliau meninggal
dunia. Itulah kali terakhir saya bertemu dengannya pada 2009. Ya, sebenarnya kami
baru sahaja menemui ini dalam fail. Ia berlaku sejurus menemui fail lokasi dan tentu
saja, apa yang anda maksudkan, aspek geomantik. Jika tidak silap sayalah yang
menghasilkan lakaran ini supaya beliau dapat menerbitkan katalog bagi tujuan promosi. Anda juga
turut menggunakan sebahagiannya, seperti yang saya lihat pada poster (pameran) anda.
Bukankah ini adalah sebahagian
daripadanya?
ZA: Ya, benar.
LCK: Ya. Adakah saya mendapat faedah daripada
hak ciptanya? (ketawa)
ZA: Sudah tentu.
Cuma anda belum lagi menandatangani tarikh tahun lakaran itu.
LCK: Sebanarnya
lakaran itu dihasilkan pada tahun 1992.
ZA: Pada tahun 1992
LCK: Sudah tentu,
mungkin pelukis profesional atau firma arkitek akan mentertawakan lakaran ini.
Bagi anda adakah anda rasa ia bernilai. Adakah anda fikir ia patut disimpan atau
perlukah saya hanya membuang lakaran ini?
ZA: Anda tidak
patut membuangnya. Saya suka yang ini, yang mungkin juga Tarutao (pulau).
Hadiakanlah kepada Balai Seni Negara.
LCK: Benarkah? Baik,
anda juga boleh dapatkan salinan cetakannya, dengan kos yang kecil.
ZA: Ya.Saya dapat
tahu bahawa ada juga galeri arca yang direka pada ruang ini. Mmm. Benarkah?
LCK: Aras seterusnya (atas) adalah letaknya galeri
utama. Ia berada di aras seterusnya yang apabila anda masuk anda sebenarnya
pergi ke sebelah kanan dimana anda boleh menaiki tangga dan ada juga lif di
salah satu aras utama. Jika anda perhatikan dengan teliti di sinilah pintu
masuknya, bahagian anjung utama, dan kami hanya membina (sehingga) bahagian ini
sahaja. Oleh itu, anda akan masuk ke situ dengan menggunakan tangga, dan apabila
anda telah masuk ke sana, terdapat lif untuk naik ke aras tiga. Di sinilah pula
adalah tempat bagi pelukis tamu untuk menginap. Terdapat juga taman atas bumbung.
Terdapat juga galeri pemuliharaan di situ. Kami juga pernah berbincang mengenai
ruang itu. Ia sebenarnya adalah nadi
keseluruhan projek ini. Ada juga dapur
dan restoran. Kemudian, mereka mengubahnya menjadi bengkel percetakan di sana. Bagaimanapun,
reka bentuk ini adalah fleksibel dan bergantung kepada perubahan penggunaan.
ZA: Adakah anda
pernah menyelidik yayasan-yayasan yang wujud di seluruh dunia? Ini adalah
kerana beliau pernah menyebut nama Lanzarote.
LCK: Yayasan itu
sangat terkenal sebenarnya yang berada di Sepanyol. Tetapi sudah tentu The Rockefeller Foundation antara yang paling
dikenali.
ZA: Adakah anda
membuat perbandingan bangunan dan kompleks
mereka?
LCK: Tidak, Adakah
anda bercakap mengenai struktur organisasi?
ZA: Ya
LCK: Persoalan
kini tentang bangunan pula adalah aspek yang berbeza, sungguhpun begitu saya fikir, bangunan ini
(IHMCF) sebenarnya jika dibuat
perbandingan sebenarnya adalah agak ekonomik. Saya ada katakan, kami tidak
dapat menyediakan sistem pencahayaan yang canggih. Ini adalah kerana ia akan meningkatkan kos. Konsep asasnya
sekiranya terdapat sedikit runtuhan Ia masih boleh lagi dipulihkan. Ia harus
mencari pendekatan yang baru sama sekali dengan pendokong yang betul. Terus terang saya
katakan, apa yang uniknya adalah anda membuat
saya untuk mengimbau ia semula. Saya di wawancara ini adalah untuk mengingati semula pertanyaan-pertanyaan anda itu, agak
pelik juga rasanya. Anda perlu mencari katalog pameran pertamanya beliau di
Singapura.
ZA: Pameran di Singapura?
LCK: Di sinilah
ia bermula dan buat pertama kali saya bertemu
dengannya dan beliau agak terkejut ketika saya mengkritik karyanya.
ZA: (Ketawa) Apa yang anda katakan?
LCK: Ya, saya sebenarnya
ingin membuat anda sedikit tertanya-tanya mengenainya.
ZA: Apakah nama
galeri di Singapura itu?
LCK: Bukan sebuah
galeri sebenarynya, tetapi Dewan Cina atau boleh dikatakan Dewan Perniagaan. Dewan
ini terletak di Hill Street. Ada kemungkinan rekod ini ada dalam arkib beliau. Jadi
beliau agak terkejut ketika saya mengetahui karya pelukis yang menjadi sumber ilhamnya.
ZA: Anda dapat mengesannya daripada orang lain?
LCK: Saya tidak
tahu sama ada orang lain juga tahu, pokoknya adalah saya mengesyakinya, saya rasa
itu adalah titik permulaannya beliau kemudian menjemput saya, dia tahu bahawa
saya juga tahu tentang seni. Terutamanya di dalam arena lapangan seni
antarabangsa.
ZA: Ya.Adakah
pelukis Francis Bacon juga bermakna
kepada anda?
LCK: Itu
sebenarnya model ikutannya. Lukisan awalnya adalah ala-Francis Bacon, itulah
yang saya katakan kepadanya. Francis Bacon, oleh orang lain, akan menjadi
Francis Bacon yang lain. Sedikit pengenalan tentang Francis Bacon beliau
dilahirkan pada tahun 1909 dan meninggal
pada tahun 1992.
ZA: Bagaimana
anda mengetahui tentangnya?
LCK: Saya baru
mencarinya di internet (ketawa) Jadi Francis Bacon sebenarnya adalah inspirasi
Ib. Beliau melukis seperti Francis Bacon. Ini salah satunya yang dihasilkannya
pada 1978. Jadi karya ini sangat
bernilai pada hari ini bukan? Pada tahunnya itu kita hanya pandang sambil lewa
sahaja. Ini adalah sebahagian daripada koleksi saya yang Indran (pembantu) telah
jumpa.
ZA: Ya.
LCK: Mungkin
suatu hari nanti, saya perlu menulis dengan lebih kritikal lagi pengkaryaan
seni Ibrahim Hussein. Garisan-garisan dalam karyanya menarik minat
anda. Jika anda perhatikan, beliau sebenarnya adalah seorang pendraf (pelan)
yang hebat. Beliau mengubah penguasaan
kemahiran dalam lukisan draf itu menjadi karya seni. Kebanyakannya boleh dikatakan sebagai
karya-karya seni yang dihasilkan oleh pelukis grafik. Karya-karya itu boleh
dilihat dalam siri-siri karya komentar sosial beliau. Kelihatan lebih sebagai sebuah reka
bentuk daripada seni, maksud saya jika
anda membuat perbandingan, ini sebenarnya yang saya rasakan, sekiranya anda
berdialog tentang seni lukis Malaysia, anda perlu mengadakan perbincangan
mengenaI perbandingan antara karya (Khoo) Sui Hoe dan Latif (Mohidin), Sharifah
(Fatimah Syed Zubair). Mereka sangat berbeza. Ini sangat penting jika kita mahu
membuat penilaian yang adil. Jemputlah (Ooi) Kok Chuen untuk datang dan
membincangkannya. Dalam konteks itu, saya juga boleh memberikan pendapat saya. Ibrahim
Hussein memberikan ini (catan) kepada saya.
ZA: Adakah catan
ini dihadiahkan pada tahun 1978?
LCK: Ya, saya
rasa ini selepas rumah itu (siap), Ia dalam bentuk lukisan kembar tiga (triptych).
Tanggapan saya pada mulanya agak silap, saya fikir beliau hasilkan karya itu untuk
muzium tetapi sebenarnya karya itu ditandatangani pada tahun 1977 pasti dihasilkan
daripada dalam rumah itu sendiri. Maksud saya rumah Ibrahim Hussein di Bukit
Pantai, Bangsar. Ini adalah hadiah yang diberikannya kepada Jurubena Bertiga. Ia
adalah hadiah penghargaan dan bukannya upah bayaran kami.
ZA: Jadi ini
adalah lukisan kembar tiga (triptych). Mana
satukah milik anda? Adakah di bahagian tengah itu?
LCK: Sebetulnya beliau
tidak melukisnya untuk saya. Tetapi sudah tentu jika anda lihat, karya ini
boleh dijadikan sampel kajian mengapa saya katakan beliau adalah seorang
pelukis grafik.
ZA: Ya
LCK: Bagi saya
beliau adalah seorang pelukis grafik yang bijak. Sebagaimana
yang saya katakan, untuk menilai perkara
ini, anda perlu melihatnya dalam tiga konteks yang lain pula. Sebenarnya, ini jelas
berkaitan dengan apa yang saya katakan pada anda, jika kita kembali semula ke
zaman Francis Bacon.
ZA: Ya, catan itu
adalah pengaruh daripada Bacon.
LCK: Betul. Ini adalah satu bahagian dari dirinya. Jika
anda lihat, sekiranya beliau tidak
menggunakan banyak garisan-garisan dan hanya gunakan berus seperti Sharifah
(Fatimah Syed Zubair), beliau akan menjadi pelukis yang unik. Beliau juga agak kemas dan teliti dalam
kerjanya. Bahkan, beberapa karya lukisannya berada dalam bahaya yang pada
dasarnya adalah reka bentuk grafik dan bukannya seni dalam pengertian emotif.
ZA: Adakah anda
pernah terfikir untuk menyatukan semula dengan
dua kembarnya yang lain?
LCK: Saya pernah bercakap
kepada warisan rakan saya, saya juga ada menyampaikan hajat untuk menyatukan
karya-karya itu. Malangnyai tiada tindakan susulan daripada mereka (waris).
Lama juga kami terputus hubungan selepas itu. Jadi sama ada ia berlaku atau
tidak kita tunggu dan lihat. Balai Seni Negara mungkin boleh menjadi orang
tengah untuk menyatukannya semula, tetapi jika anda telah mempunyai semua
gambarnya, itu sudah memadai sebenarnya.
ZA: Terima kasih atas perkongsian. Selepas lukisan
tahun 1977 ini, anda juga mempunyai sekeping lagi catan beliau yang bertarikh tahun
1980 seperti yang kelihatan di belakang anda ini?
LCK: Ya, ia mungkin satu-satunya lukisan yang saya beli
daripada beliau atau melalui pembayaran kontrak (secara ansuran).
ZA: Di manakah
anda menemui lukisan ini?
LCK: Saya tidak
ingat, mungkin di rumahnya. Kemungkinan besar di rumahnya (Bukit Pantai). Pihak
berkuasa hanya mahu memberikan beliau T.O.L. (Lesen
Menduduki Sementara) untuk bangunan (IHMCF). Lesen Menduduki Sementara untuk
tanah itu tetapi kemudian, mereka memberikan sewaan, maka pajakan (surat) dikeluarkan. Jadi
itulah yang saya fikirkan, jika kita kembali mengkajinya, menjadi suatu yang
aneh jika beliau mendapat keseluruhan
lot (tanah). Beliau mungkin hanya diberi pajakan dari lot yang terdapat di sini. Jadi, jika anda mempunyai minat yang serius,
kita harus merujuk semula dengan pejabat tanah di Langkawi Apa yang boleh anda
lakukan. Ketahui status pajakan yang diberikan kepada yayasan itu (IHMCF).
ZA: Adakah ia
benar-benar merangkumi kawasan-kawasan ini?
LCK: Sebenarnya,
ia ditakrifkan seperti ini. Lot A ini yang
sebenarnya bukan sebahagian daripadanya. Lot E dan B pula adalah terasing. Kemungkinan
besar adalah lot C dan bukannya lot D.
ZA: Kami berharap
boleh dapatkan dokumen tersebut.
LCK: Nah, ini
dia.
ZA: Oleh itu,
anda mengambil masa selama enam tahun untuk anda menghasilkan konsep dan
melawat serta membayangkan idea untuk Muzium dan Yayasan Ibrahim Hussein hingga
ke akhir iaitu majlis perasmian pembukaannya, seperti yang kita dapat lihat,
yang dibuktikan dalam katalog peringatan ini iaitu 'Once'. Ia dilancarkan pada
bulan November 1998. Anda juga ada di sana, Datuk Seri. Anda juga turut bersama di majlis itu. Dalam katalog
ini, Ibrahim Hussein berkongsi dengan anda kebahagiaannya, kegembiraannya, kerana
tempat ini akhirnya dirasmikan yang sebenarnya turut disebut di sini.
LCK: Jika
penglihatan anda masih baik, mohon dibacakan. Anda boleh membacanya untuk saya.
ZA: "Untuk CK",
dia memanggil anda CK, Chong Keat. "Inilah dia!" dia berseru.
"Apa yang kita mulakanya bersama-bersama- tiada kata-kata yang boleh saya
ucapkan. " "Anda tahu dan saya juga tahu!" kata beliau. "Dengan
penuh kasih sayang, Ibrahim Hussein 9/2/99, bertarikh pada 9 Februari '99.
"
LCK: Terima kasih! Terima kasih kerana menemuinya dimana saya
mungkin tidak menyedari ketika membacanya sebelum ini, kami menyimpan buku itu, saya gembira dapat
menjumpainya semula.
ZA: Bagaimana
perasaan anda ketika pembukaan rasminya?
LCK: Sebenarnya,
saya banyak memikirkan tentangnya, saya telah bersara dari firma (Jurubena
Bertiga) pada tahun 1995 kerana saya dilantik sebagai Profesor Tamu di England dan juga Felo Tamu di Emmanuel College. Jadi
perkara terakhir yang saya hanya tinggalkan adalah rakan firma saya dan rakan-rakan
saya. Sudah tentu, saya salah seorang orang yang penting di majlis perasmian itu, selain Mahathir(Tun
Mahathir Mohamed). Kita harus mencari semula ucapan yang dibuatnya yang mungkin
tersimpan di suatu tempat.
ZA: Ia (ucapan) terdapat
dalam (katalog pelancaran) ...
LCK: Anda ada?
ZA: Di sinilah, apa yang disebut oleh Mahathir.
LCK: Benarkah?
Baiklah, izinkan saya melihatnya.
ZA: Ini adalah
transkrip yang ditulis oleh Mahathir ... "Ucapan Perdana Menteri Yang Amat
Berhormat Datuk Seri Dr. Mahathir bin
Tun Mohamad" Di halaman 11. Ini adalah petikan daripadanya, namun ia
bukanlah ucapan penuhnya.
LCK: Jadi, anda
harus mendapat teks ucapan penuh kerana beliau menyebut arkitek. Kita harus
mengingati juga semula projek yang tidak dapat dilaksanakan. Malah keusangan
yang berlaku di sana di mana sesuatu harus dilakukan. Harapan saya adalah
harapan orang seperti anda yang perlu
kehadapan dan saya akan menyusul memberi sumbangan dibelakang. Saya
boleh menyumbang sepanjang saya masih hidup lagi, jadi lebih baik bertindak
dengan cepat.
ZA: (Ketawa) Ya, tuan.
LCK: Ya, usaha
kearah melancarkan kerja-kerja itu, akan mendapat sentuhan secara peribadi sekali
lagi sekiranya anda bertindak dengan pantas, anda agak beruntung kerana pereka
asal masih lagi hidup. Pada masa yang sama kita boleh mengerjakan juga bahagian
botani dengan usaha yang lebih berlipat ganda lagi. Muzium ini akan menjadi
lebih hebat lagi. Ya, tapi mesti dengan jemputan kerana saya yakin ramai orang
tidak akan melobi perkara ini, tahukah anda untuk mengusahakan taman botanikal di
sana pada hari ini sebenarnya adalah sangat relevan. Ia sebagai pelanjutan dari
apa yang saya lakukan sendiri taman botani persendirian di sini. Itu kemungkinan-kemungkinannya.
Kata akhir saya adalah ‘jangan mengira jumlah ayam terlebih dahulu sebelum telurnya
akan menetas’.
ZA: Terima kasih Datuk
Seri Lim, kerana sudi berkongsi kenangan.
LCK: Kembali, apa
yang saya perkatakan tadi ada kalanya agak tidak tersusun dan teratur. Saya harap anda tidak kisah.
ZA: Tidak
mengapa.
LCK: Jemputlah minum
kopi.