Selasa, 13 Februari 2018

50 koleksi Catan Songket dipamer

Akhbar Melaka Hari Ini (MHI) '50 koleksi Catan Songket dipamer',
 Isnin, 12 Februari 2018, ms 6.


BANDA HILIR 11 Feb. -  Pameran Faizal Sidik-Catan Songket mempamerkan sebanyak 50 koleksi karya seni berupa catan songket, arca dan lukisan bermula 20 Januari lalu hingga 25 Mac depan di Balai Seni Lukis, di sini.

Pelukisnya, Faizal Sidik berkata, pameran itu merupakan pameran solonya yang ketiga selepas pameran di Muzium Seni Asia Kuala Lumpur.

Menurutnya, pameran itu bertujuan memperkenalkan seni lukis catran songket kepada pelancong tentang kehalusan dan ketinggian nilai seni orang Melayu.

"Catan songket ini diinspirasikan daripada catan songket, bagi menambahkan nilainya, catan songket ini diambil dari cerita hikayat Puteri Gunung Ledang.

"Terdapat satu cerita bahawa Sultan Mahmud Shah memerintahkan Tun Mamat dan Laksamana Hang Tuah menghantar rombongan meminang Puteri Gunung Ledang dan dalam perjalanan ke puncak gunung Ledang, dikatakan mereka jumpa sebuah taman yang indah dan misteri," katanya.

Faizal berkata demikian pada sidang media di Pameran Faizal Sidik-Catan Songket di Balai Seni Lukis di sini, rabu lalu.

Majlis dirasmikan Timbalan Pengerusi Perbadanan Muzium Melaka, Datuk Wira Hamdin Abdullah.

Ujar Faizal, lukisa songket itu menggambarkan taman-taman yang dilalui Tun Mamat dan Laksamana Hang Tuah dengan gabungan kraf, teks sastera dan seni lukis yang dimanifestasikan kepada sebuah pameran yang bertajuk Catan Songket.

"Jika dilihat, motif bunga digambarkan dalam lukisan ini seperti bunga tanjung, bunga matahari dan bunga bintang.

"Selain itu, kebanyakan karya menggunakan motif 'awan larat' sebagai lanskap pada catan songket tersebut ," katanya.

Katanya, lanskap yang digunakan dibahagikan kepada sua bahagian iaitu langit dan bumi contohnya langit ada matahari dan awan, manakala bumi ada bunga-bungaan dan bukit.

Tamabah Faizal, pameran Catan Songket ini akan bergerak ke seluruh negeri bermula dari Selatan, Pantai Timur dan Utara.

Turut hadir, Pengurus Besar Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) Datuk Khamis Abas.







Lebih 866,000 kunjungi muzium Melaka

Liana Sahabudin & Nurhasanah Balqis Norazman, 'Lebih 866,000 kunjungi muzium Melaka', Akhbar Melaka Hari Ini (MHI), Jumaat, 9 Februari 2018 . ms 5



BANDA HILIR 8 Feb- Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) akan menjadi tuan rumah Hari Muzium Peringkat Kebangsaan tahun ini.

Program menghimpunkan kira-kira 800 rakan-rakan muzium seluruh negara itu akan berlangsung pada 7 hingga 13 Mei depan.

Pengurus Besar PERZIM, Datuk Khamis Abas berkata , ia turut melibatkan rakan muzium dari Singaura, Aceh, Palembang dan Pekan Baru dari negara seberang itu untuk meraikan sambutan berkenaan memandangkan Melaka kali ke-3 menjadi tuan rumah.

Menurutnya, terdapat 45 gerai pameran sepanjang sambutan itu selain aktiviti-aktiviti harian seperti sukan bersama masyarakat, aktiviti keagamaan dan sebagainya.


"Sehungga kini terdapat lebih 20 muzium di Melaka yang bernaung di bawah Persatuan Muzium Malaysia. "Mengikut rekod, kita mendapat hampir 8 juta pelawat ke muzium sama ada berbayar atau tidak."


"PERZIM menduduki tempat kedua dengan jumlah pelawat keseluruhan sebanyak 866,000 di mana yang berbayar sebanyak 765,000 pelawat," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Perasmian Pameran Faizal Sidik-Catan Songket di Balai Seni Lukis di sini, semalam.

Majlis itu disempurnakan Timbalan Pengerusi PERZIM, Dato Wira Hamdin Abdollah.

Jelas Khamis, tahun ini PERZIM menyasarkan peningkatan sehingga 8.5 juta pelancong akan mengunjungi muzium-muzium di Melaka yang bernaung di bawah persatuan itu.

"Kewujudan muzium-muzium ini bagi mendekatkan anak-anak muda supaya mereka berminat untuk datang ke muzium selain memperkukuhkan jati diri dan mengenali sejarah-sejarah negeri atau negara kita," katanya.

Pada masa sama, Khamis berkata, pameran solo iti merupakan elemen baru ditonjolkan berbanding pameran-pameran solo sebelum ini .

"Kali ini, kita bawa elemen songket untuk diperkenalkan kepada orang ramai, ini satu pameran unik dan berbeza di mana pelukis mempamerkan 50 koleksi seni berupa catan bermotif songket, arca dan lukisan.

"Catan songket beliau dihasilkan sejak 2010 hingga 2016 yang merupakan seni tekstil tradisi Melayu terkenal di seluruh Malaysia menggunakan elemen geometrik dalam menghasilkan corak," katanya.





Sabtu, 10 Februari 2018

Public art gallery reopen in April

Faizal with one of his pieces on display at the exhibition.

The Star (Metro), 'Public art gallery reopen in April', Saturday, 10 February 2018.



MELAKA: The Melaka Public Art Gallery will be reopened to the public on April 15 after being temporarily closed for over a year to facilitate renovation worth about RM1.2mil.
Melaka Museum Corporation (Perzim) general manager Datuk Khamis Abas said the renovation, carried out by the Melaka Historical City Council, was almost finished.
"A solo exhibition of photo collections including those privately owned by Melaka Yang Dipertua Negeri Tun Dr Mohd Khalil Yaakob will be the first activity during the reopening of the gallery.
"The reopening of this art gallery is expected to elevate art thus increasing the number of visitors to the 20 museums and galleries under Perzim this year," he told reporters after the launching of Faizal Sidik: Songket Paintings exhibition at the Art Gallery here.
The solo exhibition was launched by Perzim deputy chairman Datuk Hamdin Abdollah.
Khamis said Perzim museums and galleries drew about 866,000 visitors including 765,000 admission-paying visitors last year.
"This year, we are aiming to increase the number of visitors to 900,000 including 800,000 admission-paying ones," he said.
Meanwhile, Faizal said his third solo exhibition which began on Jan 20, would be held for two months with a collection of over 50 artworks produced from 2010.
— Bernama

https://www.thestar.com.my/metro/metro-news/2018/02/10/public-art-gallery-reopens-in-april





Rabu, 7 Februari 2018

Teks Ucapan Perasmian 'Faizal Sidik: Catan Songket' di Balai Seni Lukis Melaka



Assalamulaikum dan selamat sejahtera,

Saudara Pengacara Majlis,

Yang Berbahagia Dato Wira Haji Hamdin Bin Abdullah,
Timbalan Pengerusi Lembaga Pengarah Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM).

Datuk Khamis Bin Haji Abas
Pengurus Besarl Perbadanan Muzium Melaka

Datuk/Dato’/Datin/ Tuan-Tuan dan Puan-Puan yang dihormati sekalian,


Terlebih dahulu saya ingin mengucapkan selamat datang kepada hadirin. Ucapan  terima kasih  juga ditujukan kepada pihak penganjur iaitu Perbadanan Muzium Melaka kerana sudi memberi ruang kepada pameran solo ketiga saya yang bertajuk ‘Faizal Sidik: Catan Songket’ yang diadakan di Balai Seni Lukis Melaka iaitu di bangunan yang penuh sejarah lampaunya tersendiri selama lebih 2 bulan  iaitu dari  20 Januari sehingga 25 Mac ini.

Pameran solo ketiga saya ini merupakan himpunan lebih 50 karya yang telah saya hasilkan dari tahun 2010 sehingga 2017. Sebagaimana yang kita maklum songket merupakan seni kraf tekstil Melayu yang telah terkenal ke seantero dunia yang menggunakan elemen geometrik dalam menghasilkan corak.

Catan songket yang saya hasilkan di atas kanvas ini adalah bagaimana saya sebagai pelukis memberi penghormatan kepada songket sebagai raja kraf dengan membawanya dalam bentuk seni lukis untuk ditatap sebagai kesinambungan tradisi dalam bentuk catan dan arca. Jika anda dapat lihat karya-karya saya menggunkan motif yang terdapat di dalam tenunan songket seperti  motif bunga-bungaan seperti bunga bintang, bunga matahari, bunga tanjung. Terdapat juga motif-motif kosmos seperti yang paling dominan iaitu seperti awan larat, matahari dan lain-lain.


Kesemuanya ini saya gabungkan dalam menjejaki naratif yang terdapat dalam sejarah Melayu yang dikarang oleh Tun Sri Lanang mengenai perjalanan Tun Mamat dan Laksamana Melaka Hang Tuah yang melalui sebuah taman yang indah dan misteri dalam meminang Puteri Gunung Ledang untuk Sultan Melaka pada masa itu seperti yang diungkapkan dalam buku Sulalatus Salatin atau Sejarah Melayu.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Suka untuk saya maklumkan bahawa pameran solo bergerak ini telah memulakan jelajahnya pada tahun lepas di Muzium Seni Asia, Kuala Lumpur, destinasi keduanya adalah di Balai Seni Lukis Melaka ini dan InsyaAllah akan berjalan ke setiap balai-balai seni dan muzium negeri seperti Galeri Seni Johor, Muzium Seni Pahang, Muzium Negeri Terengganu, Balai Seni Lukis Kelantan, Balai Seni Pulau Pinang, Balai Seni Negeri Kedah dan berakhir di Galeri Al-Biruni di Perak.

Doakan semoga usaha saya untuk mengadakan pameran bergerak di bandaraya-bandaraya lain di Malaysia akan berjalan dengan lancar dan  jayanya dalam memperkenalkan, memperkasa dan mempromosikan seni lukis songket sebagai salah satu tarikan pelancong dalam dan luar negeri mengenai kehalusan dan ketinggian seni  budaya kita.

Terima kasih sekali lagi diucapkan kepada semua yang terlibat dalam pembinaan pameran ini.

Sekian, Wabilihai Taufik Wal Hidayah (Semoga kita diberi hidayah)
Wasalamuilakum Warahmatullahi Wabarakatuh.





Faizal Sidik

Pelukis/Kurator

Isnin, 5 Februari 2018

Teks Ucapan Perasmian Pameran Poster 'Keindahan Asia'





Assalamulaikum dan selamat sejahtera,

Saudara Pengacara Majlis,


Yang Berbahagia En. Zachary Haris Ong

Presiden ico-D (International Congress of Design Regional)

Yang Berusaha Pn Melisa Wong,

Presiden of Wrega Malaysia,

Ahli Lembaga ico-D dan, pereka grafik, peminat seni reka grafik dan para hadirin sekalian

Terlebih dahulu Balai Seni Negara sebagai penganjur bersama pamera poster ini  mengucapkan selamat datang dan tahniah kepada para pereka yang mengambil bahagian di dalam pameran ini yang bertajuk ‘The Beauty of Asia’ yang diadakan di Pusat Kreatif Balai Seni Negara yang diadakan selama 3 minggu daripada 23 Januari sehingga 15 Februari ini.

Tahniah juga diucapkan kepada wREGA atau Graphic Design Association Malaysia dan KECD atau Korean Ensemble of Contemporary Design yang telah berusha menganjurkan pameran ini di Kuala Lumpur. Pameran ‘The Beauty of Asia’ ini difahamkan telah diadakan sebelumnya di Busan, Korea Selatan.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Balai Seni Negara sebagai sebuah badan seni visual sangat menyokong kepada usaha untuk mempertingkatkan pengetahuan khalayak terhadap perkembangan seni lukis dan seni reka seperti yang terdapat pada poster  antarabangsa ini. Pameran poster ini telah memperlihatkan keindahan negara-negara Asia seperti lanskap, makanan dan budaya oleh 10 negara Asia yang mengambil bahagian.  Pameran ini telah berjaya mengumpul sebanyak 100 buah poster yang direka oleh pereka dari negara Uzbekistan, China, Korea Selatan, Jepun, Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand, Filipina dan Iran.

Hadirin yang dihormati sekalian,

Semoga usaha-usaha untuk mengadakan pameran bergerak di bandaraya-bandarya lain seperti Jepun dan Amerika Syarikat akan berjalan dengan jayanya dalam memperkenalkan seni budaya Malaysia kepada dunia.

Tahniah sekali lagi kepada semua yang terlibat dalam pembinaan pameran ini.
Sekian, Terima kasih.