Selasa, 13 Februari 2018

50 koleksi Catan Songket dipamer

Akhbar Melaka Hari Ini (MHI) '50 koleksi Catan Songket dipamer',
 Isnin, 12 Februari 2018, ms 6.


BANDA HILIR 11 Feb. -  Pameran Faizal Sidik-Catan Songket mempamerkan sebanyak 50 koleksi karya seni berupa catan songket, arca dan lukisan bermula 20 Januari lalu hingga 25 Mac depan di Balai Seni Lukis, di sini.

Pelukisnya, Faizal Sidik berkata, pameran itu merupakan pameran solonya yang ketiga selepas pameran di Muzium Seni Asia Kuala Lumpur.

Menurutnya, pameran itu bertujuan memperkenalkan seni lukis catran songket kepada pelancong tentang kehalusan dan ketinggian nilai seni orang Melayu.

"Catan songket ini diinspirasikan daripada catan songket, bagi menambahkan nilainya, catan songket ini diambil dari cerita hikayat Puteri Gunung Ledang.

"Terdapat satu cerita bahawa Sultan Mahmud Shah memerintahkan Tun Mamat dan Laksamana Hang Tuah menghantar rombongan meminang Puteri Gunung Ledang dan dalam perjalanan ke puncak gunung Ledang, dikatakan mereka jumpa sebuah taman yang indah dan misteri," katanya.

Faizal berkata demikian pada sidang media di Pameran Faizal Sidik-Catan Songket di Balai Seni Lukis di sini, rabu lalu.

Majlis dirasmikan Timbalan Pengerusi Perbadanan Muzium Melaka, Datuk Wira Hamdin Abdullah.

Ujar Faizal, lukisa songket itu menggambarkan taman-taman yang dilalui Tun Mamat dan Laksamana Hang Tuah dengan gabungan kraf, teks sastera dan seni lukis yang dimanifestasikan kepada sebuah pameran yang bertajuk Catan Songket.

"Jika dilihat, motif bunga digambarkan dalam lukisan ini seperti bunga tanjung, bunga matahari dan bunga bintang.

"Selain itu, kebanyakan karya menggunakan motif 'awan larat' sebagai lanskap pada catan songket tersebut ," katanya.

Katanya, lanskap yang digunakan dibahagikan kepada sua bahagian iaitu langit dan bumi contohnya langit ada matahari dan awan, manakala bumi ada bunga-bungaan dan bukit.

Tamabah Faizal, pameran Catan Songket ini akan bergerak ke seluruh negeri bermula dari Selatan, Pantai Timur dan Utara.

Turut hadir, Pengurus Besar Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) Datuk Khamis Abas.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan