Isnin, 29 Mei 2017

'Art of Islam - Language and Meaning' : Terjemahan Kata penghantar oleh Seyyed Hossein Nasr

Walaupun banyak  pendokumentasian dan kajian secara deskriptif telah dijalankan oleh sarjana Barat namun seni Islam masih kekal sehingga kini merupakan bidang yang diabaikan jika dibandingkan dengan kajian tentang kedalaman makna batiniah  yang berkaitan dengannya. Sejak citarasa sejarawan seni Barat telah dibentuk oleh beberapa abad dengan seni berpaksikan kepada kemanusiaan dari Renaisan, dan malah sebelum itu daripada seni suci berdasarkan pada ikon dan kemudiannya pada arca, sarjana Barat secara tidak menduga mendapati terdapat juga aliran seni yang hebat daripada India dan Timur Jauh yang dikatakan lebih menarik daripada yang berunsurkan Islam jika dilihat daripada kaca mata bukan daripada tamadun Barat. Sejak beberapa abad lalu perbincangan yang lebih mendalam mengenainya secara beransur-ansur mula muncul pada kesenian India dan Timur Jauh, bilamana mendedahkan simbolisme dan prinsip-prinsip metafizik daripadanya. Aktiviti ini boleh dikatakan telah memuncak dalam tulisan-tulisan A. K. Coomaraswamy, yang mula terserlah dimana sebelum ini dunia berbahasa Inggeris  sukar untuk menerima keluarbiasaan yang terdapat pada  seni tradisional India dan juga adalah berperanan besar dalam menghubungkannya dengan zaman pertengahan Eropah.

Sementara itu, walaupun beberapa karya-karya tertentu inspirasi daripada seni Islam muncul di sana sini, seni Islam terus menjadi bidang yang jarang dibincangkan samasekali terutama dari segi makna simboliknya. Bentukan seni utama seperti kaligrafi dianggap hanya sebagai "hiasan" atau "seni kecil" dan orang hanya melihat bentuk seni tradisi ini sebagai satu yang tidak berharga walhal  di tempat lain dipandang tinggi. Di samping itu, orang-orang yang tertarik dengan seni Islam mengatakannya sebagai "abstrak" adalah satu tanggapan yang tidak tepat terhadapnya. Mereka berpendapat bahawa seni Islam adalah abstrak dalam erti yang sama seperti seni moden Barat, sedangkan kedua-duanya berdiri sendiri antara satu sama lain. Misalnya salah satu bentuk abstrak itu  adalah bangunan pencakar langit berkaca yang terpacak di bandar-bandar yang termoden, dan binaan  yang selainnya adalah Masjid Shah dan Taj Mahal. Satu yang bertujuan untuk lari daripada kehodohan bentuk naturalistik dan keringkasan bentuk seni Eropah abad kesembilan belas yang berpaksi kepada abstraksi matematik yang berasaskan hanya pada rasional manusia. Satu lagi adalah dalam melihat arketip tinggalan spiritual empayar yang direalitikan secara konkrit apa yang dipanggil di dunia ini tidak lain yang ada hanyalah bayang-bayang dan abstrak. Oleh itu, ia bertujuan untuk mengatasi bayangan ini dengan kembali semula  ke  dunia realiti yang benar-benar konkrit dalam dunia ilusi dan abstraksi yang sifatnya melupakan kejadian manusia. Proses yang dinamakan"abstraksi" dalam seni Islam, berbeza sekali dengan seni abstrak moden yang hanya semata-mata berpusatkan pada rasional manusia. Abstraksi dalam seni Islam melihat akal dalam erti kata suatu penglihatan kepada dunia rohani dan mengangkat kebendaan dengan tanpa bersandarkan kepada prinsip-prinsip yang turun dari tahap yang lebih tinggi dari kosmik dan akhirnya Realiti Metakosmik.

Penulisan-penulisan Titus Burckhardt mempunyai pengaruh yang cukup besar dalam membawa  pencerahan awal di dunia moden Barat tentang prinsip-prinsip asas kesenian Islam dan memuncakkan perhatian mereka pada seni Islam seperti apa yang Coomaraswamy lakukan untuk seni India. Burckhardt sendiri telah menyebut di dalam hasil penulisan buku-bukunya sebelum ini yang seni Islam berasal dari perkahwinan kebijaksanaan (hikmah) dan ketukangan (Fann atau Sina'ah). Oleh itu untuk menjelaskan seni ini secara mendalam memerlukan pengetahuan yang mendalam kedua-duanya, apa yang dimiliki oleh Burckhard adalah satu keajaiban. Beliau sudah dikenali sebagai salah sseorang daripada pakar tasawur yang mahir di Barat dan karyanya ‘Pengenalan kepada Doktrin Sufi’ yang juga adalah terjemahan daripada Ibn Arabi dan 'Abd al-Karim al-Jili, telah menjadi telah menjadi suatu yang klasik. Beliau bercakap dari dalam tradisi Sufi dari aspek hikmah dengan mendalam dengan mendalaminya hanya boleh datang dari pengalaman sebenar dan direalisasikan melalui dunia Roh.

Selain itu, Burckhardt sendiri sebenarnya adalah seorang pelukis, namun bukanlah sebagai pelukis modenis. Beliau banyak menghabiskan hidupnya berhubung rapat dengan adiguru-adiguru kesenian di Afrika Utara yang mana beliau juga memainkan peranan penting dalam menyelamatkan kota Fez dan seluruh hidupnya diabadikan dengan artistik-artistik tradisi. Dirinya diperlengkapkan dengan cara yang unik dengan menggabungkan kelayakan yang perlu untuk memperjelaskan kepada dunia Barat bahawa definisi seni Islam bukan sekadar dari makna dan apa yang diperhatikan kepentingan rohaniah.

Di dalam halaman yang berikutnya, pembaca tidak akan dihidangkan dengan dokumentasi lengkap setiap aspek seni Islam, yang sudah tentu mustahil semuanya untuk dimuatkan dalam satu jilid buku. Beliau  akan mendedahkan asas seni ini dan dengan kunci inilah beliau boleh membuka pintu khazanah seni Islam di mana sahaja ianya ditemui. Penulis memperjelaskan seni Islam sebagai penurunan langsung prinsip dan bentuk wahyu Islam dan bukan sebagai pertambahan cerita sejarah yang sengaja digabungkan bersama-sama, sebagaimana kebanyakan ahli sejarah seni mahu kita mempercayainya. Burckhardt bermula dengan Asal Usul dunia bentuk dengan Kaabah dan membawa pembaca melalui aspek-aspek utama seni Islam, hubungan seni ini pada liturgi, polarisasi antara orang nomad dan penduduk tetap seterusnya kepada sintesis utama seni Islam dan seni bina Islam, dan akhirnya ke perbandaran Islam, di mana semua perbezaan aspek seni Islam dapat dilihat dalam hubungan semula jadi mereka dengan irama kehidupan yang  ditentukan oleh Hukum Allah dan diterangi oleh kehadiran cahaya rohani yang terkandung dalam Sufisme.

Dalam karya-karya beliau sebelum ini, terutama Sacred Art in East and West and Moorish Culture in Spain, Burckhardt telah menulis beberapa halaman yang sangat mendalam mengenai seni Islam. Dalam karya terkini ini beliau membawa pengalaman hidupnya secara zahiriah dan batiniah bersama-sama dalaam menghasilkan kerja yang tiada taranya ini, di mana akhirnya seni Islam itu didedahkan dengan rupanya yang sebenar-benarnya, inilah  yang dinamakan sebagai permata duniawi terhadap semangat wahyu Islam serta mencerminkan realiti syurga di bumi, refleksi  perjalanan hayatnya seorang Muslim yang berjalan di atas alam ke arah Maha Pencipta, untuk Realiti yang  Awal dan Akhir melalui seni ini.

Seyyed Hossein Nasr

Tiada ulasan:

Catat Ulasan