Selasa, 7 Mac 2017

Pameran Faizal Sidik : Catan Songket




Hillman Jamil, 'Pameran Faizal Sidik : Catan Songket',
 Bernama News Channel (Jurnal Bernama Ep 216 ), Astro 502

Siaran pertama: 5 Mac 2017, Ahad, 9.30 mlm
Ulang siar: 6 Mac, Isnin hingga 12 Mac, Ahad

Isnin: 2.30-3.00 am, 2.30-3.00 pm

Selasa: 4.30-5.00 am, 9.30-10.00 pm

Rabu: 2.30-3.00 am, 3.30-4.00 pm

Khamis: 4.30-5.00 am, 9.30-10.00 pm
Jumaat: 4.00-4.30 am, 7.30-8.00 pm
Sabtu: 6.30-7.00 pm
Ahad: 4.30-5.00 am, 2.30-3.00 pm


Transkrip penuh:


Narator: Siapa sangka kisah mitos Puteri Gunung Ledang menceritakan kesungguhan Tun Mamat dan Laksamana Hang Tuah untuk meminang Puteri Gunung Ledang boleh diabadikan di dalam seni catan songket yang diadakan di pameran ‘Faizal Sidik: Songket Paintings’ 2017. Muzium Seni Asia (MOAA) dengan kerjasama Koperasi Pelukis-Pelukis Negara Berhad (KPNB) mempersembahkan pameran solo yang ke-3 oleh Pelukis Faizal Sidik. Catan songket oleh Faizal Sidik adalah satu kesinambungan tradisi dalam bentuk catan kontemporari yang menggunakan motif songket. Pameran ini mempamerkan 10 buah catan, 40 buah lukisan dan lakaran dan 4 buah arca yang mengambil inspirasi corak bunga songket seperti corak bunga bintang, bunga tanjung, matahari, awan larat dan lain-lain. Pelukis menggabungkan kraf dan kesusateraan tradisi melalui tema mengenai naratif dalam Sejarah Melayu mengenai perjalanan Tun Mamat dan Laksamana Hang Tuah yang melalui sebuah taman yang indah dan misteri dalam meminang Puteri Gunung Ledang seperti yang diungkapkan Sulalatus Salatin atau buku Sejarah Melayu.

Faizal Sidik: Ada satu babak dimana orang suruhan Sultan iaitu Tun Mamat dan Laksamana untuk naik ke Gunung Ledang, jadi dalam pada untuk menaiki Gunung Ledang dia terjumpa sebuah taman yang indah. Jadi taman yang indah itu inilah yang saya cuba gambarkan yang diinspirasikan daripada motif songket.

Narator: Terdapat dua perkara menarik di dalam pameran ini yang sukar untuk dilihat lagi dalam mana-mana pameran seni. Pertama, adalah sebuah karya catan songket atas kanvas yang bertajuk ‘Taman Impian Ledang 2’ boleh dikatakan cata songket yang terpanjang yang prnah dihasilkan di negara ini yang mana pelukis mengambarkan sebuah taman mistik dan indah dipenuhi dengan pelbagai bungaan. Yang mana kedua adalah di awal pameran Faizal merakamkan teks satera melalui lukisan bersiri dengan tajuk ‘Peminangan Puteri Gunung Ledang’ oleh raja Melaka yang mana terdapat kronologi 18 babak lukisan lanskap mengenai perjalanan rombongan itu. Katanya penerimaan songket sebagai pakaian telah lama diamalkan namun sebagau hiasan dan lukisan ia sedang dketengahkan.

Faizal Sidik: Saya cuba untuk meletakkan tahap yang lain, maknanya motif songket ini boleh ditatap dan diletakkan di atas dinding. Pada masa yang sama apabila motif songket kita lihat ianya mengembalikan semula ataupun menguatkan lagi ketamaduan kita sekarang ini.

Narator: Selain aktif mengadakan pameran solo dan berkumpulan beliau juga giat mengkuratorkan pameran seni dan menyumbang penulisan seni untuk katalog, akhbar harian, majalah dan blog-blog. Sudah tentunya jika sesebuah kary itu dipamerkan pastinya ia juga untuk dijual kepada peminatnya.

Faizal Sidik: Sememangnya pameran ini untuk jualan, maknya sepanjang pameran ini berlangsung selama hampir satu bulan selain untuk ditatap dan juga dimiliki oleh sesiapa sahaja. Ada semua jenis bajet daripada ribuan sampailah ratusan.


Narator: Faizal juga pernah menjadi pendidik seni selama beberapa tahun dan dibeberapa institut awam dan swasta. Pada masa yang sama beliau juga kerap mengadakan kembara seni seperti ke Berlin, Rom, Paris, Venice, Milan, Busan dan beberapa negara Asia Tenggara. Pada tahun 2013 beliau dijemput sebagai kurator bersama untuk Singapore Biennale iaitu acara seni dwi-tahunan yang terbesar di rantau ini. Apa yang pasti catan songket sebegini mampu memberi dimensi baru dalam dunia seni catan tanah air sekaligus mempamerkan keunikan karya pelukis tempatan. Hillman Jamil jurnal BERNAMA.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan