Hillman Jamil, 'Pameran Faizal Sidik : Catan Songket',
Bernama News Channel (Jurnal Bernama Ep 216 ), Astro 502
Siaran pertama: 5 Mac 2017, Ahad, 9.30 mlm
Ulang siar: 6 Mac, Isnin hingga 12 Mac, Ahad
Isnin: 2.30-3.00 am, 2.30-3.00 pm
Selasa: 4.30-5.00 am, 9.30-10.00 pm
Rabu: 2.30-3.00 am, 3.30-4.00 pm
Khamis: 4.30-5.00 am, 9.30-10.00 pm
Jumaat: 4.00-4.30 am, 7.30-8.00 pm
Sabtu: 6.30-7.00 pm
Ahad: 4.30-5.00 am, 2.30-3.00 pm
Transkrip penuh:
Narator: Siapa sangka kisah mitos Puteri Gunung Ledang
menceritakan kesungguhan Tun Mamat dan Laksamana Hang Tuah untuk meminang
Puteri Gunung Ledang boleh diabadikan di dalam seni catan songket yang diadakan
di pameran ‘Faizal Sidik: Songket Paintings’ 2017. Muzium Seni Asia (MOAA)
dengan kerjasama Koperasi Pelukis-Pelukis Negara Berhad (KPNB) mempersembahkan
pameran solo yang ke-3 oleh Pelukis Faizal Sidik. Catan songket oleh Faizal
Sidik adalah satu kesinambungan tradisi dalam bentuk catan kontemporari yang
menggunakan motif songket. Pameran ini mempamerkan 10 buah catan, 40 buah
lukisan dan lakaran dan 4 buah arca yang mengambil inspirasi corak bunga
songket seperti corak bunga bintang, bunga tanjung, matahari, awan larat dan
lain-lain. Pelukis menggabungkan kraf dan kesusateraan tradisi melalui tema
mengenai naratif dalam Sejarah Melayu mengenai perjalanan Tun Mamat dan
Laksamana Hang Tuah yang melalui sebuah taman yang indah dan misteri dalam
meminang Puteri Gunung Ledang seperti yang diungkapkan Sulalatus Salatin atau
buku Sejarah Melayu.
Faizal Sidik: Ada satu babak dimana orang suruhan Sultan iaitu Tun
Mamat dan Laksamana untuk naik ke Gunung Ledang, jadi dalam pada untuk menaiki
Gunung Ledang dia terjumpa sebuah taman yang indah. Jadi taman yang indah itu
inilah yang saya cuba gambarkan yang diinspirasikan daripada motif songket.
Narator: Terdapat dua perkara menarik di dalam pameran ini yang
sukar untuk dilihat lagi dalam mana-mana pameran seni. Pertama, adalah sebuah
karya catan songket atas kanvas yang bertajuk ‘Taman Impian Ledang 2’ boleh
dikatakan cata songket yang terpanjang yang prnah dihasilkan di negara ini yang
mana pelukis mengambarkan sebuah taman mistik dan indah dipenuhi dengan
pelbagai bungaan. Yang mana kedua adalah di awal pameran Faizal merakamkan teks
satera melalui lukisan bersiri dengan tajuk ‘Peminangan Puteri Gunung Ledang’
oleh raja Melaka yang mana terdapat kronologi 18 babak lukisan lanskap mengenai
perjalanan rombongan itu. Katanya penerimaan songket sebagai pakaian telah lama
diamalkan namun sebagau hiasan dan lukisan ia sedang dketengahkan.
Faizal Sidik: Saya cuba untuk meletakkan tahap yang lain, maknanya
motif songket ini boleh ditatap dan diletakkan di atas dinding. Pada masa yang
sama apabila motif songket kita lihat ianya mengembalikan semula ataupun
menguatkan lagi ketamaduan kita sekarang ini.
Narator: Selain aktif mengadakan pameran solo dan berkumpulan beliau juga giat mengkuratorkan
pameran seni dan menyumbang penulisan seni untuk katalog, akhbar harian,
majalah dan blog-blog. Sudah tentunya jika sesebuah kary itu dipamerkan
pastinya ia juga untuk dijual kepada peminatnya.
Faizal Sidik: Sememangnya pameran ini untuk jualan, maknya sepanjang
pameran ini berlangsung selama hampir satu bulan selain untuk ditatap dan juga
dimiliki oleh sesiapa sahaja. Ada semua jenis bajet daripada ribuan sampailah
ratusan.
Narator: Faizal juga pernah menjadi pendidik seni selama beberapa tahun dan dibeberapa
institut awam dan swasta. Pada masa yang sama beliau juga kerap mengadakan
kembara seni seperti ke Berlin, Rom, Paris, Venice, Milan, Busan dan beberapa
negara Asia Tenggara. Pada tahun 2013 beliau dijemput sebagai kurator bersama
untuk Singapore Biennale iaitu acara seni dwi-tahunan yang terbesar di rantau
ini. Apa yang pasti catan songket sebegini mampu memberi dimensi baru dalam
dunia seni catan tanah air sekaligus mempamerkan keunikan karya pelukis
tempatan. Hillman Jamil jurnal BERNAMA.