Ahad, 5 Februari 2017

Taman Misteri Gunung Ledang (Tun Mamat di Taman Larangan)


Oleh: Idarina Ibrahim
Kurator jemputan 


Faizal Sidik mengimarahkan lagi persada seni visual negara dengan mengadakan pameran solonya yang ke tiga di galeri Muzium Seni Asia dengan menyambut cabaran revolusi ekonomi 2017, Universiti Malaya hanya menyediakan lokasi dan keseluruhan kos adalah kepada tuan pengkarya dan pasukan mencari resolusi.

Tabik hormat buat Faizal Sidik yang menyatakan pameran solo ini adalah untuk mencanangkan bahawa apa saja revolusi yang sedang berlaku, beliau masih berdiri teguh memartabatkan karya seni visual buat negara. Merenung ke jendela masa, beliau gigih dengan pasti mencari ruang dan peluang untuk mengisi seni visual Malaysia ke peringkat dunia.

Pameran ‘Faizal Sidik: Catan Songket’ adalah adaptasi prihatin Faizal Sidik terhadap manuskip Sejarah Melayu atau SULALAT US-SALATIN yang mempunyai pelbagai versi dan salinannya yang amat banyak sehingga menjangkau 32 salinan (Cheah, 2010:vii). Kesemua salinan manuskrip ini tersimpan di beberapa perpustakaan utama seperti di kota London, Belanda, Jakarta dan Rusia.

Faizal Sidik yang saya kenali seorang yang tekun dan fokus dalam setiap kajian dan kepekaannya dalam memahami ilmu seni halus. Beliau telah memusatkannya dalam memahami keindahan dan nilai-nilai estetika penulisan Sulalat us-Salatin dibabak Tun Mamat memasuki sebuah taman kayangan di lereng Gunung Ledang.

Seni keindahan dan keluhuran penulisan manuskrip tadi telah memberi satu keluhuran pada diri Faizal Sidik merealisasikan visualnya ke kanvas dengan mengapai keindahan seni tenunan songket untuk digabungkan.

Disini penghayat harus merasai budi bicara luhur seni visual Faizal Sidik dalam mengungkap karya seni siri Taman Misteri Gunung Ledang. Beliau mengukir keluhuran dan keindahan bicara manuskrip Sejarah Melayu dengan berhati-hati, memikirkan medium yang berpadanan dengan mendemontrasikan estetika taman yang dimasuki oleh Tun Mamat.

Dasar teori Edmund Burke diperhalusi dan dengan itu juga Faizal Sidik merungkai karya siri-siri Taman Misteri Gunung Ledang dengan memasukkan teknik seni tenunan kain songket dibentangkan di ruang kanvas. Maka Faizal secara luhurnya telah menjaga butir bicara siri Taman Misteri Gunung Ledang melalui pendokumentasian keindahan taman itu kepada asas teknik tenunan songket yang selalu rapat dengan masyarakat Melayu.

Songket sedia diketahui indah dan mewah adalah suatu lambang kemegahan masyarakat nusantara dan ini semua dizahirkan melalui karya-karya siri Taman Misteri Gunung Ledang ini.

Karya-karya Faizal Sidik mengangkat kesusasteraan Melayu tradisional sebagai wadah komunikasi dan di tampung dengan teknik visual songket lambang nilai estetika tanpa sempadan. Pasti ini ada keterbukaan dan perluasan minda beliau di dalam menyusuri setiap sempadan negara mencari
idea-idea baru.

Karya-karya seni Faizal Sidik membawa konotasi spiritual, justeru itu untuk memahami, penghayat amat perlu memahami kosmologi nilai keindahan dan spiritual. Asas kesenian tradisional telah bergabung disini melalui penulisan, pembuatan dan visual di dalam suatu karya.

Pencapaian idea-idea yang menjadi pencetus dan bernas seorang pengkarya amat perlu dalam mengasah masyarakat untuk berfikir secara kritis dan memahami strategi latihan minda untuk mengapai masyarakat intelektual.

Semoga pameran ‘Faizal Sidik: Catan Songket’ dan wacananya akan melahirkan revolusi pemikiran dan penglibatan strategi dalam menghasilkan karya-karya seni visual di masa hadapan. Selain masyarakat mendalami keseluruhan nilai-nilai seni tradisional dan moden dalam satu perhentian perjalanan.


Faizal Sidik: Catan Songket (Faizal Sidik: Songket Paintings)



Oleh: Faizal Sidik


Pernyataan karya

Catan songket merupakan himpunan karya seni terbaru oleh Faizal Sidik yang dihasilkan pada tahun 2010 hingga 2016.  Songket merupakan seni kraf tekstil tradisi Melayu yang terkenal diseluruh dunia yang menggunakan elemen geometrik dalam menghasilkan corak. Catan songket di atas kanvas Faizal Sidik adalah satu kesinambungan tradisi dalam bentuk catan kontemporari yang menggunakan motif songket seperti bunga bintang, bunga tanjung, matahari, awan larat dan lain-lain dalam menghasilkan tema mengenai naratif di dalam sejarah Melayu mengenai perjalanan Tun Mamat dan Laksamana yang melalui sebuah taman yang indah dan misteri dalam meminang Puteri Gunung Ledang seperti yang diungkapkan dalam Sullatus Salatin atau buku Sejarah Melayu .


...Maka kata Tun Mamat kepada Laksamana dan Tun Setia “ Tinggallah Orang Kaya Laksamana semuanya di sini, biar beta naik,” Maka kata Laksamana, “Baiklah.” Maka Tun Mamat pun pergi dengan dua tiga orang pantas berjalan sertanya, berjalan naik gunung itu. Setelah dekatlah pada buluh perindu seperti akan terbanglah rasa orang yang naik ke gunung itu, daripada sangat keras angin itu. Maka awanpun seperti dapat rasanya, dan bunyinya buluh perindu diatas gunung itu terlalu merdu bunyinya, burung terbang itu hinggap mendengar bunyinya dan segala mergastua yang mendengar itu sekaliannya tercenggang. Maka Tun Mamat bertemu dengan satu taman, maka Tun Mamat masuklah di dalam taman itu...(Sejarah Melayu

Mr. Faizal Sidik that I know, A friend, A curator and An artist...


By: Zubair Afandi bin Omar
Chairman
Koperasi Pelukis - Pelukis Negara Berhad


Born in Petaling Jaya, he went to the same school that I did i.e. it was know as the Sekolah Menengah Kebangsaan Seaport back then which is now the Sekolah Menengah Kebangsaan Sri Permata.

I never knew or met him back then. I only knew he was 6 years my junior when we 1st met 5 years ago at the main lobby of the National Arts Gallery in Kuala Lumpur. It caught me by surprise. It's a very small world indeed. Since then we became friends.

As far as I am aware, ever since he graduated in the year 2000, Mr. Faizal Sidik has dedicated his passion and career as an artist and also as a renowned curator. He participated in many group exhibitions and curated and co-curated many art shows for many upcoming and renowned artists.

The two solo exhibitions earlier have enhanced his passion and with this 3 rd solo exhibition, he revealed his excitement via his unique masterpieces to the public. He is extremely passionate with the traditional Malay Songket and he is the only (maybe and possibly the only artist in the world) as far as I know whom transited and transcribed the multiple Songket's patterns and style into exceptional work of art.

His dedication and passion to the art world does not stop only as an artist nor a curator. He is also a bureau head and a committee member in the Koperasi Pelukis - Pelukis Negara Berhad (KPNB). He has been involved be it directly or indirectly with many charitable programs or activities initiated by our KPNB via our Sireh Pinang Art Colony, with many charitable organisations and NGOs.

Truthfully, I believe with his passionate perseverance, his distinctive Songket masterpieces will be made known to the world in the near future. Insya Allah.