Oleh: Rashiqah Ilmi Abd Rahim, |
Dari kiri (belakang) Sharifah Faheera Al Edrus, Faezah Ali, Ahmad Fairus Pasisan, Nurul Azmah Adnan, Isnian Ibrahim. dari kiri (depan) Elias Yamani dan Faizal Sidik |
Ahad, 5 Jun 2016
Wibawa Bakat Muda
Filem Melayu perlu 'nur'
Kualiti bergantung kepada keinginan, kehendak masyarakat setempat
Oleh: Sakini Mohd Sais
Saban tahun, penggiat seni tidak pernah ketandusan idea menerbitkan filem Melayu dalam usaha memartabat serta merancakkan lagi dunia lakonan tanah air.
Oleh: Sakini Mohd Sais
Terang...U Wei diberi penjelasan oleh Faizal Sidik (kanan) mengenai pameran Subliminary: Sublime and Sensory sambil diperhatikan Pengarah Galeri Shah Alam, Prof Madya Mohd Said Abu |
Sakini Mohd Said, “Filem Melayu perlu Nur”, Published by Harian Metro (Rap), 14 Mei 2009, sec R6-R7 (illustrated). (PDF)
Saban tahun, penggiat seni tidak pernah ketandusan idea menerbitkan filem Melayu dalam usaha memartabat serta merancakkan lagi dunia lakonan tanah air.
Namun begitu, ada
yang mengatakan filem Melayu sudah malap, tidak glamor lagi dan tidak mempunyai
masa depan kerana kualiti masih ditakuk lama sedangkan penonton kini sudah
bijak menilai filem mana lebih baik, mana yang tidak bermutu.
Tambah mengharukan
apabila sebahagian filem dihasilkan gagal memenuhi selera peminat sedangkan
bajet dikeluarkan tinggi. Contohnya ada yang hanya mampu mencatat kutipan RM 300,000
sedangkan kos penerbitan mencecah RM 1 juta, belum masuk kos promosi.
Bagi pengarah filem
yang sukar difahami, U-Wei Shaari, pandangan mengatakan filem Melayu sudah
tidak mampu menarik perhatian penonton sama sekali tidak berasas dan tidak
boleh dipercayai langsung.
Katanya, dia
melihat persoalan ini melalui skop pengeluaran filem Melayu yang tidak pernah
putus dihasilkan untuk santapan penonton.
“Dari segi
kuantitinya sudah boleh dikira sebagai suatu pencapaian membanggakan kerana semakin
banyak filem Melayu diterbitkan untuk mewarnai dunia hiburan.
“Namun, saya dapati
filem Melayu memerlukan ‘nur’ untuk mengubah dunia filem tempatan menjadi lebih
bermutu,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan Pameran Subliminary:
Sublime and Sensory di Galeri Shah Alam, baru-baru ini.
Menyentuh sama ada
filem tempatan ketika itu berkualiti atau tidak, beritahu pengarah yang
mencetuskan kontroversi melalui filem ‘Perempuan, Isteri dan ...’ serta ‘Buai
Laju-Laju’ itu, ia sesutuyang abstrak
untuk diperkatakan.
“Melalui pengalaman,
saya dapati kualiti sesebuah filem bergantung kepada keinginan dan kehendak
masyarakat kepada keinginan dan kehendak masyarakat setempat.
“Sukar unuk
dijelaskan kerana masyarakat melihat kualiti filem berdasarkan populariti
diterima dan sekiranya mendapat sambutan hangat dari peminat filem, maka
berkualitilah filem itu.
“Disebabkan itu, saya nyatakan kualiti
sesebuah filem sangat abstrak dan tidak semestinya filem yang tidak menerima
sambutan hangat dari penonton tidak berkualiti.
“Senang cerita,
fenomena negara ketika ini yang menentukan filem itu berkualiti atau tidak,
benrgantung kepada peminat dunia seni sendiri,” katanya.
Bercerita mengenai
pendangannya terhadap filem mahupun drama tempatan, kata U-Wei, dia tidak
pernah berputus asa dalam menghasilkan karyanya untuk dipersembahkan kepada
masyarakat,” katanya.
Mengenai projek
terbarunya, kata U-Wei, dia sedang dalam perancangan mengarahkan filem adaptasi
daripada novel.
“Dalam bulan ini,
saya akan pergi ke Poland untuk membuat penyelidikan mengenai sebuah buku hasil
penulisan Joseph Conrad yang akan diadaptasikan ke dalam filem terbaru saya.
“Disamping membuat
penyelidikan, saya turut mencari peluang meminta bantuan beberapa pengarah seni
foto bagi menolong saya dalam penghasilan filem ini.
“Mengenai pemilihan
pelakon, sekarang sudah di peringkat akhir dan sejurus pulang dari Poland
penggambaran terus bermula,” katanya.
Sementara itu
pameran Subliminary: Sublime and Sensory
yang berlangsung dari 7 Mei hingga akhir bulan ini menghimpunkan hasil karya
lukisan kumpulan Satu dianggotai Isnian Ibrahim, Nurul Azmah Adnan dan Elias
Yamani Ismai.
Pameran itu
bertujuan menterjemahkan tindak balas minda dan psikologi kehidupan manusia
dari sudut pandangan kumpulan ini melalui karya yang dihasilkan. Ia juga
bertujuan mencari satu titik pertrmbungan anatara sublime dan sensory melalui
objek seni yang dipamerkan kumpulan ini..
Persepsi Kurator yang Menulis
Oleh Siti Jasmina Abdullah |
Generasi bari kini kurang berbicara tentang seni dengan masyarakat (Artis dan kurator Faizal Sidik serta Zanita Anuar) |
Pelukis di Malaysia tidak boleh sekadar menjadi pelukis sepenuh masa.
(Dari kiri: Roslisham Ismail/Ise, Faizal Sidik dan Zanita Anuar bersama karya 'Voice Without a Sound: Superpower' oleh Faizal Sidik semasa pameran Bakat Muda Sezaman 2002 di Balai Seni Lukis Negara.)
“Persepsi Kurator Menulis” Siti Jasmina Abdullah, Tunas Cipta, Dewan Bahasa dan Pustaka, Jun 2003. (PDF)
Siti Jasmina, 'Persepsi Kurator yang Menulis', Tunas Cipta, Jun 2003, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.
Rabu, 1 Jun 2016
Seni pemetaan
BARISAN Kurator Balai Seni Visual Negara bagi pameran Pemetaan (dari kiri) Mohamad Majidi Amir, Faizal Sidik, Baktiar Naim Jaafar, Tan Hui Koon dan Syahrul Niza. |
Oleh: Siti Salmiah A Hamid dan Nor Hanisah Kamaruzaman
Harian Metro. Jumaat, 27 Mei 2016
Sewaktu menjelajah beberapa penempatan utama masyarakat tempatan seperti Tanjong Malim, Ulu Bernam, Taiping, Pulau Pangkor dan beberapa tempat di Pahang pada awal 1880-an, pegawai British terutama Frank Swettenham, George Gilles, William Samwell dan William Daniel melukis serta melakar pelbagai penemuan yang kemudian menjadi rujukan penting mereka.
Landskap yang dirakam termasuk lakaran figura, tumbuh-tumbuhan, pokok besar dan renek, bukit-bukau dan gunung-ganang serta laluan sungai (gambar) yang ditemui ketika pengembaraan. Ia menjelaskan betapa pentingnya lokasi pemetaan dalam geografi negara ketika itu.
Kebanyakan lakaran bertema landskap tempatan yang hanya dicatat menggunakan pensel dan cat air menerusi pemerhatian mereka ketika menjelajah kawasan baru seperti Sungai Perak, Sungai Bernam dan Sungai Pahang.
Aktiviti itu kemudian mencetuskan aliran seni lukis di negara ini yang kewujudannya memberi impak besar kepada masyarakat.
Meskipun kelahirannya merujuk pada catan dan lakaran tidak berdakwat, maklumat itu memberi pendedahan mengenai sejarah tanah air terdahulu.
Revolusi seni lukis negara sebenarnya bercambah sejak 1800-an lagi. Berdasarkan tulisan dan catatan penulis dan sejarawan, seni lukis moden negara bermula pada awal abad ke-19.
Susur galur seni lukis moden boleh dilihat ketika bermula era kolonial hingga ke era pramerdeka dan pasca merdeka yang penuh dengan pelbagai peristiwa.
Sewaktu era kolonial, paparan gambar menjurus pada dekad 1880-an. Karya yang dipamerkan di Balai Seni Visual Negara (BSVN) bagi segmen ‘Pembentukan’ 1800-an antara karya terawal seni lukis moden dalam simpanan galeri itu.
Kurator BSVN Syahrul Niza Ahmad Zaini berkata, pameran pemetaan sejarah itu membawa penonton menilai peristiwa yang berlaku di Tanah Melayu.
“Mengenali dan memahami peristiwa melalui lakaran sejarah awal ini mampu membuka pandangan masyarakat menilai kepentingan sejarah awal negara.
“Catatan yang dihasilkan membuktikan kehadiran British di Tanah Melayu dan wilayah Timur. Lakaran itu juga berkemungkinan sebagai cara pemetaan bagi tujuan ketenteraan sewaktu British menjajah Tanah Melayu,” katanya.
‘Journal of the Malaysian Branch of the Royal Asiatic Society’ (JSBRAS), Jilid 15, 1885, karya George Gilles bertarikh 12 April 1885 mungkin dihasilkan sewaktu dalam perjalanan penulis di antara Sabak dan Changkat Bertam. Ia menunjukkan Frank Swettenham sedang meneliti carta bersama Lister atau Jones.
“Sama seperti pengembara Barat lain, William Samwell menggunakan kemahiran melukis untuk merakamkan fenomena alam tropika sebagai catatan peristiwa ketika kunjungannya ke Borneo.
“Menerusi medium cat air, beliau memaparkan kehidupan di rumah panjang serta merakamkan watak dan personaliti lelaki Dayak sebagai sebahagian catatan diari visualnya.
“Penulisan ekspedisi Frank Swettenham yang dicatatkan dalam ‘Journal Of The Pahang Journey’ pula mengisahkan pertemuan pegawai British itu dengan Che Ali yang dihantar Yam Tuan Pahang untuk berjumpa pegawai Inggeris itu di Penjum pada 24 April.
“Che Ali yang turut dikenali dengan panggilan Wan Ali membenarkan Frank Swettenham menggunakan botnya dan tiga bot lain untuk membawa 25 ahli kumpulan ekspedisi itu,” katanya.
Penubuhan Negeri-Negeri Selat iaitu Pulau Pinang, Melaka dan Singapura pada 1826 turut mewujudkan impak dalam sistem pendidikan dan pembangunan ekonomi terhadap masyarakat tempatan.
Pertembungan budaya Timur dan Barat dilihat menjadi asas penyebaran aktiviti seni lukis dalam kalangan masyarakat tempatan sama ada Melayu dan imigran Cina.
Sejak dekad 1900, Pulau Pinang mencatatkan sejarah penubuhan persatuan seni lukis yang sangat aktif iaitu The Penang Impressionist, Penang Chinese Art Club atau The Ying Ying Art Society, Penang Art Society, Penang Art Teacher Council, Thursday Art Group dan Penang Art Teacher Circle.
Di Kuala Lumpur, United Artist of Malaysia yang ditubuhkan pada 1929 menjadi batu loncatan kepada perkembangan pesat seni lukis ketika dekad 1950-an dengan tertubuhnya Wednesday Art Group pada 1952 oleh Peter Harris dan Majlis Kesenian Melayu pada 1956 yang ditukar namanya kepada Angkatan Pelukis Semenanjung di bawah pimpinan Mohd Hoessein Enas.
Selangor menerima tempias perkembangan positif itu apabila R M Dawson mempengerusikan Art Society pada 1954 dan di Negeri Sembilan pula Arts Society ditubuhkan pada 1965 oleh Loke King Loong.
Penubuhan Akademi Seni Halus Nanyang di Singapura oleh Lim Hak Tai pada 1938 menjadikan ia akademi seni lukis terawal di Malaya sejak 1950 yang membolehkan ramai pelukis dari Tanah Melayu menimba ilmu di situ.
Barisan pelukis serta sejarah seni lukis moden Malaysia turut didukung sejarawan dan penulis seni seperti Redza Piyadasa, T K Sabapathy, Syed Ahmad Jamal, Yeoh Jin Leng dan Dr Zakaria Ali berdasarkan monumen seperti lukisan dan dokumen bahan arkib.
Pada dekad 1920-an, nama pelukis seperti O Don Peris yang lahir di Sri Lanka, Low Kway Song yang lahir pada 1889 dan menetap di Melaka dan Yen Lang atau Yong Mun Sen antara pelopor seni lukis moden di Malaysia.
Antara dekad 1920 hingga 1930, kemunculan persatuan dan nama pelukis penting seperti Abdullah Ariff, Lee Cheng Yong, Tay Hooi Keat, Kuo Ju Ping dan Khaw Sia dicatatkan sebagai pelukis Malaya dengan pembuktian.
“Pameran Pemetaan bertujuan memperlihatkan sejarah seni moden Malaysia sehingga ke kontemporari.
“Segmen ‘Pembentukan’ dari 1900-an hingga 1960-an merangkumi 230 karya meliputi lukisan, catan, cetakan, arca dan instalasi.
“Malah, setiap penceritaan mengenai artis dan kumpulan seni turut dibuktikan melalui bahan arkib seperti majalah, jurnal, catatan, akhbar, surat dan gambar bagi memperincikan kebenaran mengenai pelukis.
“Justeru, kisah mengenai seorang pelukis masih boleh disemak dan diketahui dengan terperinci menerusi bahan sokongan yang turut memainkan peranan.
“Lukisan pada 1900-an didukung ramai pelukis dari Tanah Besar China kerana ketika mereka dibawa bekerja atau berhijrah ke Tanah Melayu, mereka turut membawa asimilasi budaya negara asal.
“Sebahagiannya turut mempunyai pendidikan dalam seni yang dipelajari di negara asal dan di luar negara. Justeru, mereka turut membuka kelas seni sewaktu berhijrah ke Tanah Melayu,” kata Kurator BSVN, Baktiar Naim Jaafar.
Penemuan lukisan dan bahan berkait dengan seni yang terselamat daripada Perang Dunia Kedua turut dijadikan bukti penting bagi pembinaan fakta sebagai pengesahan teori.
Penerbitan akhbar:
Penerbitan akhbar:
Langgan:
Catatan (Atom)