Oleh: Faizal Sidik
Faizal Sidik (2015), 'Seni Lukis Asean: 5 Dekad Pembangunan dan Cabarannya' dalam Art of Asean-Our Exhibition, Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia, ms 32-38.
Faizal Sidik (2015), 'Seni Lukis Asean: 5 Dekad Pembangunan dan Cabarannya' dalam Art of Asean-Our Exhibition, Muzium dan Galeri Seni Bank Negara Malaysia, ms 32-38.
Pengenalan
Tanggungjawab korporat atau eksekutif
sebagai penaung dan pemelihara warisan seni dan budaya dirantau ini boleh
dilihat sejak kerajaan tradisional lagi. Semasa kegemilangan kerajaan Melayu di
nusa tenggara ini seperti Melaka pada abad ke-14 dibawah pemerintahan Sultan
Alauddin Riwayat Shah beliau menjemput pandai mahir dalam membuat perhiasan
istana dengan menjadi milik kekal bagi golongan diraja dengan mengaji dan
bekerja di istana boleh dikatakan sebagai bermulanya peranan golongan bangsawan
atau korporat kita pada hari ini dalam menjaga dan memulihara khazanah bangsa
untuk ditatap dari generasi ke generasi.
Sebelum itu jika kita menyelusuri
kerajaan-kerajaan awal di Siam dan Indo-China yang lebih awal daripada itu
seperti Champa, Annam, Ayudha, Jawa, Majapahit, Mataram, Sriwijaya merupakan
antara kerajaan-kerajaan tradisional berlatarbelakangkan kepercayaan Hindu dan Buddha
sebelum kedatangan Islam dirantau ini. Penemuan gendang Dong Song menandakan
telah ada aktiviti kraf dan seni
pertukangan berasaskan logam yang terawal yang sudah tentu dinaungi oleh
golongan berada yang terdiri daripada golongan diraja sebagai satu alat istiadat golongan itu yang
datangnya dari istana dalam menaja pembuatannya.
Selain itu atas dasar perlindungan
daripada kerajaan yang lebih kecil dan lemah kepada kerajaan yang lebih besar
dan kuat pada waktu itu seperti China. Kerajaan-kerajaan ini terpaksa membayar
ufti atau hantaran seperti wang emas yang berbentuk pokok bunga yang bersadur
dengan emas sebagai jaminan keselamatan daripada ancaman luar. Pembuatann
hantaran perlindungan ini sudah tentu memerlukan pandai tukang yang mahir dalam
seluk belok pembuatan acuan yang sudah tentu memerlukan kos yang tinggi pada
masa itu. Golongan istanalah yang bertanggungjawab yang mempunyai sumber
kewangan daripada kutipan mashur bumi
dalam menjadi patron kepada kerja-kerja tukang ini dan sesetengah peninggalan hasil
seni ini masih boleh dilihat sehingga ke hari ini di muzium-muzium.
ASEAN
Persatuan Negara-Negara Asia Tenggara
ASEAN (Association of Southeast Asian Nation) ditubuhkan pada tahun 1967 adalah
sebuah gerakan negara yang diilhmakan
dalam melihat kerjasama serantau yang lebih kukuh dan utuh yang terdiri
daripada lima negara anggota yang awal seperti Malaysia, Singapura, Thailand,
Indonesia dan Filipina. Kesatuan negara-negara Asia Tenggara ini boleh dianggap
sebagai persatuan antara negara yang tertua didunia sebelum adanya Kesatuan
Eropah (Europe Union), Liga Arab, Kesatuan Negara-Negara Selatan dan lain-lain.
ASEAN ditubuhkan bukan sekadar untuk menjalinkan kerjasama ekonomi, sosial dan
budaya negara anggota malah ia juga adalah ikatan negara bagi mengekalkan kestabilan
dan keselamatan serantau negara anggotanya sebagai kawasan zon bebas dan
berkecuali daripada ancaman senjata nuklear dan komunisme agar tidak berleluasa
pada ketika itu.
Bagi saya apabila jika anda membicarakan
seni lukis ASEAN ia tidak semestinya anda berbincang tentang seni lukis di Asia
Tenggara. Anda mungkin boleh berbicara apa sahaja mengenai seni lukis Asia
Tenggara daripada utara Myanmar sehinggalah ke selatan Timor Liste tanpa
sekatan namun untuk membawa ASEAN bersama-sama anda perlu melihat dari aspek
kerajaan dengan kerajaan, lingkungan hubungan luar dan kaitanya dengan kerjasama serantau. Dalam kata
lain dalam kata kita ingin membaca apakah seni lukis ASEAN ia menuntut kita
melihatnya dalam kaca yang lebih formal, ekslusif dan merupakan hubungan rasmi
antara kerajaan dengan kerajaan dalam bidang kesenian.Walaupun hubungan
kesenian melalui hubungan luar negara serantau ini telah berlaku sejak
berabad-abad lepas semasa kerajaan tradisional namun belum ada usaha untuk
melihat semula dan menilai kembali usaha-usaha pembangunan dalam dunia moden
yang telah dijalankan melalui suara rasminya iaitu ASEAN sebagai platform.
1970
an
Kerjasama awal dalam seni lukis ASEAN
mula terjalin sebelum tahun 1970an lagi iaitu setahun selepas penubuhanannya.
Pada tahun 1968 telah diadakan pameran yang dinamakan ‘1st ASEAN Exhibition’
atau pameran Serantau Seni ASEAN yang diadakan di Jakarta. Namun pameran ini
tanpa penyertaan Thailand. Pada tahun 1972 telah diadakan buat pertama kali
penyertaan semua anggota asal ASEAN yang asal pada pameran ‘ASEAN Exposition of
Painting and Photography’ di Singapura. Dalam usia yang terlalu muda adalah
penting untuk memupuk, mempererat persefahaman dikalangan negara anggota maka
diadakan pameran yang dinamakan ‘1st ASEAN Trevelling Exhibition of Painting and Photography’ pada tahun 1974 di
Balai Seni Lukis Negara, Kuala Lumpur yang bergerak di bandaraya-bandaraya
anggota. Pameran ini terus berjalan sehingga pada tahun 80 an dan 90 an. Pada
tahun 90 an untuk menarik ramai lagi penyertaan melalui program pendidikan ia
telah dijenamakan semula sebagai ‘ASEAN Trevelling Exhibition of Painting, Photography and Children’s Art’.
Pada 6 hingg 8 Mac 1978 telah diadakan satu mesyuarat secara rasmi kumpulan
yang merancang program pembanguan seni lukis buat pertama kali iaitu ‘ASEAN
Working Group of Culture’ di Jogjakarta.
Persidangan seni lukis ASEAN buat
pertama kali pertama itu juga telah merancang penubuhan dana seni. Menyedari
perlunya usaha untuk memelihara dan mempromosikan seni budaya dikalangan negara
ASEAN selepas penubuhannya dalam menjalankan program-program pembangunan maka
sebuah tabung yang dinamakan ASEAN Cultural Fund telah ditubuhkan pada
persidangan itu. Dengan himpunan dana daripada angota ASEAN yang asal seperti
Malaysia, Singapura, Indonesia, Thailand dan Filipina program-program seperti
seni budaya seperti seni visual dan seni yang digerakkan. Dengan penubuhan
ASEAN Cultural Fund ini juga telah
diusahakan sebuah badan khas pengurusan dana iaitu Jawatankuasa
Kebudayaan dan Informasi ASEAN atau COCI, inilah yang dinamakan ‘patron moden’ dalam
merancang dan menaja program-program kesenian. Badan ini mengadakan persidangan
pertama‘1st ASEAN Committee on Culture and Information (COCI)’ pada 4 hingga 6
Oktober di Manila. Pada tahun 1978 badan ini telah berjaya keluar mengadakan
pameran di luar rantau ini iaitu di Sydney dalam ‘Pameran Perdagangan ASEAN’.
Setahun kemudian pada 1979 buat julung-julung kalinya juga sebuah buku panduan
direktori diterbitkan yang menghimpunkan
senarai muzium-muzium di negara ASEAN pada ‘1st Meeting of ASEAN Museum
Directors’ semasa persidangan ‘Meeting of ASEAN Cultural Expert’ di Manila
1980
an
Dalam merangka keakraban dalam seni budaya
dikalangan negara anggotanya menerusi ASEAN COCI atau Asean Committee of
Culture and Information. Mesyuarat kedua yang diadakan di Jakarta pada 16-18 Januari 1980
telah meluluskan projek ASEAN Square Sculpture Symposium yang disarankan oleh
Singapura untuk membina sebuah taman arca awam sebagai salah satu mercu tanda
solidariti kesatuan negara-negara yang menganggotai Asean. Oleh yang demikian ‘1st
ASEAN Square Sculpture Symposium’yang pertama telah diadakan di Singapura
bertempat di Singapore Polytechnic selama 19 hari iaitu pada 27 Mac hingga 15 April 1981. Lima arca awam telah
dipasang di Ford Canning Park antaranya Ariffin Ismail (Malaysia), Ng Eng Teng (Singapura),
Vichai Sithiratn (Thailand), But Muchtar (Indonesia), Napolean Abueva
(Filipina). Arca gentian kaca Ariffin Ismail yang bertajuk ‘Taming Sari’
dilaporkan telah mengalami kerosakan dan digantikan dengan arca Anthony Lau
manakala Arca dari Brunei oleh Osman bin Mohammad dibina pada tahun 1988.
Pada 1983 ‘2nd ASEAN Square Sculpture
Symposium’ pula telah diadakan di Bangkok, Thailandyang bertempat di Universiti
Chulalongkorn selama 48 hari pada 16 Oktober sehingga 2 Disember. Sebanyak 5
arca yang telah dipilih untuk dibina di Chatuchak Parkantaranya Chamraung
Vichienket (Thailand), Zakaria Awang (Malaysia), Mon Mudjiman (Indonesia),
Solomon Arevalo (Filipina), Tan Teng Kee (Singapura). Arca ke enam telah dibina
di taman ini pada tahun 1987 yang diwakili oleh Pengiran Sabri Pengiran Mohamad
dari Brunei.
‘3rd ASEAN Square Sculpture Symposium’ telah
diadakan di Taman Ismail Marzuki di Jakarta, Indonesia pada 6 November hingga 20 Disember 1984 selama
46 hari. Apa yang menariknya kali ini adalah penyertaan secara rasmi anggota
baru Asean dari Brunei yang telah mencapai kemerdekaan pada tahun itu. Enam
arca awam telah dibina di Taman Suropati antaranya Sunaryo (Indonesia), Lee
Kian Seng (Malaysia), Luis E.Yee Jr. (Filipina), Wee Beng Chong (Singapura), Nonthivathn
(Thailand) dan Awang Aspar (Brunei).Bandar Seri Bagawan, Bruneidipilih untuk
menganjurkan ‘4th ASEAN Square Sculpture Symposium’ pada tahun 1986 yang
diadakan pada 11 Januari sehingga 24 Februari iaitu selam 35 hari. Dengan tema ‘Harmoni
dalam Kepelbagaian’ arca yang dibina di Taman Rekreasi Damuan yang terletak
sepanjang Persiaran Damuan berhampiran dengan Istana. Sebanyak 6 lagi buah arca
awam dibina yang diwakili oleh Haji Marsidi Haji Akip (Brunei), Latiff Mohidin
(Malaysia), Husna (Indonesia), Eduardo Catrillo (Filipina), Micheal Ong Chu
Keng (Singapura) dan Saravudth Duangjumpa (Thailand).
Malaysia menjadi tuan rumah ‘5th ASEAN
Square Sculpture Symposium’ yang diadakan selama 41 hari pada 20 Julai hingga 1
September 1987 berhampiran Tugu Negara, Kuala Lumpur. Lokasi taman arca yang
diberi nama ‘Laman Asean’ ini yang tidak begitu jauh daripada Muzium dan Galeri
Seni Bank Negara ini. Malaysia sebagai sebuah negara umat Islam yang berpegang
kepada ajarannya, kepelbagaian budaya, sensitiviti sosial dan politik tema arca
abstrak diberikan kepada 6 wakil negara yang terpilih antaranya Syed Ahmad
Jamal (Malaysia), Dolorosa Sinaga (Indonesia), Han Sai Por (Singapura),
Jerusalino V. Araos (Filipina) Itthi Khongkhakul (Thailand) dan Abu Bakar Abdul
Rahman (Brunei).
‘6th ASEAN Square Sculpture Symposium’ telah
diadakan di Manila,Filipinapada 15 Februari hingga 31 Mac1989 . Simposium yang
telah diadakan selam 46 hari ini diadakan Philippines Cultural Centre
berhampiran yang diberi nama ‘Liwasang Asean’ Roxas Boulevard. 6 pengarca
negara ASEAN yang telah dipilih membina arca mereka di sini ialah Ramon G. Orlina
(Filipina), Redza Piyadasa (Malaysia), Brother Joseph McNally (Singapura),
Gregorius Sidharta Soegijo (Indonesia), Kamol Phaosavasdi (Thailand) dan Awang
Sitai (Brunei).Pada tahun 1980 an walaupun program-program pembangunan yang
dirancang pada tahun 70 an terus dijalankan namun penganjuran ASEAN Square
Sculpture Symposium lebih menonjol kerana ia melibatkan satu kawasan lapangan
yang kekal dimana karya-karya yang letakkan masih boleh dilihat pada hari ini.
Inilah apa yang dikatakan rasa muhibbah walaupun mereka hidup dalam
kepelbagaian.
1990 an
Pada lewat tahun 80 an dan awal tahun 90
an mula terdapat kesedaran dikalangan anggota ASEAN dalam meningkatkan lagi
kebersamaan diantara mereka dengan memikirkan hubungan luar bukan sahaja hanya
terjalin melalui aspek fizikal melalui bentuk lawatan, pameran dan bengkel seni
sahaja. Birokrat dan seniman mula menyedari terdapat kelopongan dari sudut intipati
persoalan mengenai falsafah seni, estetika, semiotik dan jatidiri serantau yang
dikongsi bersama oleh rakan ASEAN. Maka dalam untuk meraikan keserumpunan
diadakan satu persidangan yang lebih serius dalam mengupasnya ‘1st ASEAN
Syposium of Aesthetic’ di Balai Seni Lukis Negara, Kuala Lumpur pada tahun
1989. Syarahan dan himpunan kertas kerja oleh wakil negara anggota yang terdiri
daripada pelukis, kurator, pengkritik, penulis dan pentadbir seni seperti
Ismail Zain, T.K. Sabapathy, Redza Piyadasa,Jim Supangat, Apinan Poshiananda
berjaya diterbitkan. Pada tahun 1993 ‘2nd ASEAN Symposium of Aesthetics’ telah
diadakan di Maniladan ‘3rd ASEAN
Symposium of Aesthetics’ yang diadakan di Singapura merupakan persidangan yang
terakhir dan tidak diteruskan lagi.
Penglibatan syarikat korporat secara
aktif dalam membantu pembangunan seni lukis di rantau dengan menaja sumber
kewangan boleh dilihat secara rasmi
bekerjasama dengan negara ASEAN iaitu institusi seni samada muzium seni dan
institut pengajian tinggi seni dinegara-negara ini bermula pada tahun 1990 an.
Syarikat tembakau Philip Morris Group of Companies dengan sokongan ASEAN Secretariat
yang beribu pejabat di Jakarta telah menganjuran sebuah pertandingan dan
anugerah seni lukis uang sangat popular sedikit masa dahulu iaitu ‘ASEAN Art
Awards’ untuk pelukis yang berpengkalan di negara-negara ASEAN bermula pada
tahun 1994. Pertandingan ‘ASEAN Art
Awards’ dianjurkan melalui dua peringkat, peringkat awal adalah peringkat
negara dimana 5 pemenang hadiah utama akan dipilih bertanding sekali lagi di
peringkat akhir yang dinamakan ‘ASEAN Art Awards Finals’ menghimpun semua
pemenang dari negara-negara ASEAN seperti Singapura (1994), Jakarta (1995),
Bangkok (1996), Manila (1997).Hanoi (1998), Kuala Lumpur (1999) dan Bali
(2002).
Selepas berakhirnya ancaman komunisme di
Indo-China negara-negara Asia Tenggara bekas jajahan Perancis seperti Kemboja Laos,
Vietnam dan Myanmar dijemput masuk untuk menyertai ASEAN dalam memperkasakan
lagi pertubuhan itu semasa Persidangan Kemuncak ASEAN pada tahun November 1997
di Kuala Lumpur.Bagi meraikan penganjuran itu satu pameran khas yang
bertajuk ‘12 ASEAN Artists’ telah
diadakan di Balai Seni Lukis Negara yang dikuratorkan oleh Valentine Willie
menghimpun pelukis-pelukis dirantau ini seperti Affandi, Heri Dono (Indonesia),
Latiff Mohidin, Jailani Abu Hassan (Malaysia), Georgette Chen, Jimmy Ong (Singapura),
Montien Boonma, Thawan Duchanee (Thailand), Anita Magsaysay-Ho, Elmer Borlongan
(Filipina), Bui Xuan Phai (Vietnam) dan MPP Yei Myint dari (Myanmar).
Sungguhpun tiada pelukis Laos namun pameran ini telah menampakkan kerjasama
antara institusi seni kerajaan dimana sebanyak 10 karya utama pameran ini
adalah pinjaman Balai Seni Lukis Negara daripada Singapore Art Museum, Neka
Museum Bali dan Metropolitan Museum of Manila.
2000
an
Ledakan teknogi maklumat melanda
diserata dunia pada hujung tahun 1990 an dengan wujudnya komunikasi melalui
jaringan pautan didalam internet. Manusia kini hidup dalam sebuah kampung
global dan menjadikan sistem perhubungan semakin mudah, pantas dan murah. Pada
tahun 1999 satu projek telah yang diusahakan dalam menggunakan aplikasi
elektonik dalam seni yang dinamakan ‘E-Art ASEAN Online’ . Projek pengkalan data atas talian mengenai Seni
Internet di Asia Tenggara oleh pensyarah Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)
itu Hasnul Jamal Saidun dan Nirajan Rajah adalah pelopor awal kepada
usaha-usaha ini di Asia Tenggara.
Kesinambungan daripada pengkalan data
yang diterbitkan di internet satu pameran seni yang dinamakan ‘1st Electronic
Art Show’ atau pameran Seni Elektronik pertama telah diadakan di Balai Seni
Lukis Negara, Kuala Lumpur pada tahun 2000. Tidak terhenti di situ sahaja
pengaruh seni elektronik atau media baru dengan penggunaan komputer, video,
televisyen sukup berpengaruh dalam pengkaryaan seniman di rantau. Pada tahun
2005 Seketariat COCI melalui ASEAN Working Group on Visual and Performing Arts
telah mengadakan ‘New Media Arts Competition and Exhibition’ di Jakarta. Pada
2009 diadakan sekali lagi di Jakarta ‘Research and Mapping of ASEAN New Media
Art’ . Seminar ini boleh dikatakan adalah melihat semua setelah sedekad yang
lalu perkembangan seni itu dirantau ini.
2010
an
Kebangkitan Asia Tenggara sebagai
pasaran baru ekonomi di alaf baru dan menuntut kerjasama baru yang lebih luas
melampaui sempadan oleh kalangan negara ASEAN dengan negara Asia Timur dan Asia
Pasifik. Hubungan di luar negara-negara ASEAN ini di manifestasikan dengan
pakatan seperti ASEAN + 3, ASEAN-China, ASEAN-Japan, ASEAN- South Korea.ASEAN +
3 merupakan satu pakatan yang meningkatkan kerjasama antara negara Asia Timur
dalam ekonomi, kewangan, pembangunan sosial dan sumber manusia, pembangunan
saintifik dan teknikal, budaya dan informasi dan instratuktur. Ia dilihat
saingan kepada Amerika Syarikat di Asia Pasifik.
Integrasi dalam seni lukis ini telah
diterjemahkan melalui sebuah pameran yang dinamakan ‘The Origin of Beauty’
Special Exhibition of ASEAN – Republic Korea Commerative Summit 2014. Pameran khas
dalam meraikan 25 tahun hubungan antara ASEAN dan Korea Selatan yang diadakan
di Busan Museum of Art (BMA) sempena Sidang Kemuncak ASEAN – Republik Korea pada
Disember 2014 ini menghimpunkan lebih 100 karya yang dipinjamkan daripada
koleksi institusi kerajaan ASEAN seperti Malaysia diwakili Balai Seni Visual
Negara (BSVN) dan Galeri Petronas, Singapore Art Museum (SAM), Muzium Negara
Indonesia, Museum of Contemporary Art, Bangkok, National Museum of Combodia dan
Lao National Museum.
Pentingnya sebuah pusat yang mengkaji
kebudayaan negara Asia Tenggara yang dapat menjadi tempat aktiviti-aktivi
seperti ruang galeri pameran, bengkel, ceramah dan lain-lain pada tahun 1990 di Tokyo Jepun telah dibina
sebuah galeri Japan Foundation ASEAN Culture Center Gallery sempena pameran
‘Narrative Visions in Contemporary ASEAN Art’ iaitu pameran yang menghimpunkan
karya koleksi daripada Fukuoka Art Museum. Semasa Persidangan Kemuncak ASEAN –
Republik Korea 2014 di Busan yang dihadiri oleh ketua-ketua kerajaan, satu lagi
ASEAN Culture Center telah dibuka di Seoul. Menyedari telah ada 2 pusat
kebudayaan yang dibuka di luar Asia Tenggara pada tahun 2015 sebuah lagi ASEAN
Cultural Center yang terletak di negara ASEAN telah dibuka di Bangkok dalam
menjadi tempat rasmi kepada program-program kebudayaannya.
Cabaran
Masa Depan
Program yang dianjurkan COCI atau Asean
Committee of Culture and Information pada tahun 1980 an seperti ASEAN Square
Sculpture Symposium’ seharusnya tidak terhenti sahaja pada tahun 1989 di negara
yang terakhir dalam mencukupi 6 anggota ASEAN pada waktu itu. Dengan kehadiran
4 negara anggota baru dalam kesatuan ini pada akhir 1990an adalah
disarankan dihidupkan semula secara dwi
tahunan di bandaraya seperti Yangon, Phnom Penh, Ho Chi Minh dan Vientiane.
Program ini seterusnya boleh dipusingkan semula kepada negara-negara asal
ASEAN. Sehubungan dengan itu adalah baik sekiranya negara ASEAN mempunyai
biennale seni kontemporari sendiri dimana sebuah acara besar itu boleh
mengaktifkan semula program-programCOCI sebelum ini seperti ASEAN Sculpture
Square Symposium, ASEAN Exhibition of Painting and Photography,ASEAN Symposium
of Aesthetics, ASEAN Youth Painting
Workshop and Exhibition, ASEAN Exhibition of Children Art, ASEAN Photo
Competation. ini sebagai salah satu program yang dijalankan secara serentak
dibawah payung ASEAN Biennale.
Lantaran daripada cadangan ini setiap
negara yang akan menganjurkan ASEAN Biennale perlu diberi sumber peruntukan
oleh COCI dalam negara anggota membina lokasi kekal yang boleh digunakan oleh
negara yang menjadi hos. Penempatan lokasi ini boleh mengambil model Giardini
semasa Venice Biennial atau model tempatan yang telah ada seperti Taman Mini
Malaysia dan Mini ASEAN yang terletak di Air Keroh, Melaka dimana ia merupakan
rumah perkampungan budaya. Bagi ASEAN Biennale perlu dibina ruang pameran dan
seminar berasaskan seni bina tradisional
negara anggota secara kekal disebuah kawasan didalam atau berhampiran
bandaraya Kuala Lumpur yang akan menjadi salah satu daripada produk pelancongan
budaya bagi Malaysia dan ibu negara negara anggota yang
akan menghoskannya. Mungkin sahaja tempat ini boleh dinamakan sebagai Taman BudayaASEAN
atau ASEAN Culture Park dimana
progrmnya bukan sahaja mengkhususkan sahaja kepada pameran dan simposium dan
bengkel seni visual tetapi ia boleh diselingkan dengan genre seni lain seperti
seni persembahan, seni tari, seni muzik dan filem.
Sejak tahun 2000 an ataupun lebih awal
daripada itu telah mula menampakkan negara anggota ASEAN menjalankan biennale
mereka sendiri misalnya Jakarta Biennale, Biennale Jogja, Singapore Biennale
dan yang terkini SEA Triennale. negara-negara seperti Thailand, Singapura dan
Indonesia adalah antara negara anggota yang mula menyertai dan meletakkan
pavillion nasional mereka di Arsenale dan merata tempat semasa Venice Biennale.
Atas dasar kesepakatan dalam bidang seni yang telah dijalin hampir 50 tahun
maka kini adalah masa yang baik pengurusan COCI untuk mencacakan bendera ASEAN
Pavillion semasa Venice Biennale di masa akan datang dalam mempromosi dan
mengetengahkan pelukis bagi setiap negara anggota di peringkat yang lebih
tinggi lagi.
Rujukan:
Katalog pameran Fifth ASEAN Square Scukpture Symposium, Balai Seni Lukis Negara,
1987.
Ooi Kok Chuen, ‘Decade in Art’, New Straits Times, Nov 21, 1989.
Valentine Willie, Curator Note , pameran 12 ASEAN Artists, Balai Seni Lukis Negara,
2000
Katalog pameran ‘The Origin of Beauty –
Dramatic Nostalgia’ Busan Museum of Art, 2014
Faizal Sidik, ‘Korea dan Hegemoni Kuasa Amerika Syarikat-The Origin of Beauty:
Dramatic Nostalgia Sebuah Pameran Asia Tenggara Dalam Membina Kepercayaan dan
Membawa Kedamaian Asia Pasific, Senikini #23, Balai Seni Visual Negara,
Kuala Lumpur. 2015
List of COCI Projects and Activities –
ASEAN COCI, http://cultureandinformation.asean.org/wp-content/uploads/2013/11/List-of-COCI-Projects-Activities.pdf
Simon Soon, ‘Maps of SEA’ , http://www.search-art.asia/attachments/files/MAPoftheSEA.pdf