Jumaat, 9 Mei 2014

Bakat Muda Sezaman (BMS) 2000

Terjemahan oleh: Faizal Sidik (2003)



Penulisan ini adalah terjemahan daripada penulian esei Ketua Juri, Bakat Muda Sezaman 2000 Joseph Tan yang bertajuk " Young Contemporary 2000" diterbitkan oleh Balai Seni Lukis Negara, Kuala Lumpur, Malaysia. 

Kemunculan Bakat Muda Sezaman  2000 (BMS 2000) merupakan petanda yang baik di alaf baru ini. Pertandingan ini adalah yang pertama diadakan bagi pelukis muda di bangunan baru  setelah dua tahun pertandingan tidak diadakan.

 

          Balai Seni Lukis Negara (BSLN) telah memperkenalkan format baru pertandingan pada tahun ini. Perubahan format berasaskan kepada kajian semula setelah dua puluh lima tahun pertandingan ini diadakan yang diselaraskan oleh Puan Zanita Anuar. Hasil kajian ini telah dipersembahkan melalui sebuah pameran bersama  dengan sebuah penerbitan, “Imbasan Bakat Muda Sezaman 1974-1997” yang diadakan di Balai Seni Lukis Negara dari 20 Disember 1999 hingga 3 Mac 2000.

 

            Keseluruhan, pertandinagan ini tidak menggambarkan hasil karya yang terbaik pelukis muda seperti yang diharapkan , mungkin kerana penyertaan yang kurang daripada peserta . Untuk tahun ini , penyertaan karya catan dan karya dua dimensi adalah sedikit, selainnya adalah karya instalasi dan multimedia . Panel hakim memilih 36 dari 84 pelukis ke peringkat akhir, dan hanya 27 pelukis sahaja yang menghantar karya mereka . Pada semua pertandingan senilukis penyertaan adalah pelbagai, daripada karya yang sangat cemerlang dan luar biasa kepada karya yang biasa sahaja, malangnya di dalam pertandingan ini karya-karya yang dihasilkan kebanyakkannya biasa sahaja dan segelintir sahaja yang cemerlang.

 

Pertandinagan Bakat Muda Sezaman ini adalah pertandingan seni kebangsaan yang paling berprestij untuk pelukis muda. Kebanyakan pemenang lepas yang memenangi pertandingan , sekarang ini merupakan mereka yang menerajui perkembangan seni di negara  dan di rantau. Di antara pelukis tersebut adalah seperti Awang Damit Ahmad, Chang Fee Ming, Eng Hwee Chu, Fauzan Omar, Jailani Abu Hassan, Wong Hoy Cheong dan Zulkifli Yusoff. Pertandingan Bakat Muda ini tidak hanya bermakna  memberikan pengiktirafan kepada pelukis, tetapi juga menyediakan tempat untuk pelukis berkarya menerokai ide dan cara terbaru, menguji tahap pengkaryaan yang sedia diterima,   melepasi sempadan,  memperlihatkan ketegasan diri individu dalam keadaan yang bebas dan tidak terikat dengan desakan dan keperluan yang seumpamanya , di sebuah institusi seni utama negara iaitu Balai Seni Lukis Negara.

 

Didalam Pertandingan  ini, para hakim menghadapi tugas yang berlainanan daripada biasa untuk melihat karya tanpa pembahagian mengikut kategori seperti catan, multimedia , cetakan  dan sebagainya , untuk melihat setiap satu karya secara tersendiri dan tanpa pra-anggapan . Memetik kata Prof. Brenda Fajardo dari University of Philippines, hakim yang di jemput dari negara ASEAN untuk pertandingan ini menyatakan “menghakimi karya seni adalah lebih kepada proses pembelajaran kreativiti, panel hakim yang dipilih perlu bersifat tidak berat sebelah , tidak stereotaip dan bersifat terbuka kepada wacana di antara pelukis melalui karyanya dan khalayak,...”

 

Peringkat pertama penghakiman pertandingan ini adalah dengan melihat slaid hasil karya . Panel hakim berpendapat adalah sangat penting untuk mematuhi syarat dan peraturan untuk semua pertandinagan senilukis. Tujuh pernyataan terpaksa di  tolak kerana lewat menghantar karya dan salah satu daripadanya adalah pemenang lepas yang memenangi hadiah utama!.  Seperti yang dimaklumkan , pemilihan karya dan penyenaraian peserata keperingkat akhir akan dilakukann melalui slaid dan tidak dengan melihat gambar foto. Setiap peserta mestilah menyertakan minima 5  slaid karya mereka hasilkan dua tahun  yang lepas dan bukannya satu karya dengan lima sudut pandangan  yang berbeza. Slaid tersebut mestilah berkualiti , lengkap dengan penerangan berikut;  tajuk karya, bahan, ukuran dan tahun karya dibuat. Ini amat penting kerana dari sini, panel hakim akan dapat menilai dan mengikut perkembangan selama ini . Kualiti slaid yang kurang baik tidak dapat dinilai dengan sebaiknya.

 

Walaupun secara keseluruhannya pertandingan ini tidak mencapai tahap sasarannya bagi menggambarkan karya yang terbaik untuk negara, namun karya-karya yang terpilih untuk pameran ini ada menggambarkan perkembangan yang baru dan menarik di kalangan pelukis muda. Sungguhpun demikian beberapa catan dan karya dua dimensi tidak diselesaikan dengan baik, para hakim dapat memerhatikan usaha-usaha eksperimental terhadap media baru dan pengolahan ide melalui pendekatan baru.

 

Mohd Sabri adalah seorang pelukis muda yang mempamerkan hasil penerokaan media baru dalam catan dengan membuat penyatuan media akrilik , lilin, kaca gentian, sampang dan zink dalam catannya . Karya yang berjudul “Pollinate” juga memperlihatkan imej “ukiran” seakan terapung pada permukaan zink dan berpotensi tinggi bagi penerokaan media seterusnya.

 

Alam semulajadi dan kehidupan menjadi tema kegemaran Khoo Boon Want selama ini. Karya terbaru beliau adalah “Heaven and Earth” yang kelihatan sangat menarik , warnanya lebih terang dan memberangsangkan dengan saiz karya yang lebih besar dan mencabar. Walaupun begitu metamorfosis dalam karya ini agak mendadak dan tidak sesuai dengan sensetiviti subjek yang ditampilkan.

 

Wong Woan Lee, pelukis karya “Someone forgoten-my reflection in the miror” lagi sekali menghasilkan sebuah karya yang ulung dan bagus tetapi tidak banyak perubahan dalam subjek utama dan maksud daripada yang terdahulu. Wong Woan Lee harus memikirkan ide baru dalam menghasilkan karya yang bertemakan isu warga tua.

 

Para peserta yang menghasilkan karya seni multimedia dan instalasi pada umumnya kurang kefahaman tentang bagaimana untuk mengintegrasikan media tersebut . Kerapkali pelukis tidak memahami bagaimana memanfaatkan ruang ( had maksima pertandingan 3m x3m x3m) dan menyebabkan karya kelihatan terlalu sarat dengan bebanan maklumat .

 

Karya “Bell” oleh Hishamuddin bin Ahmad kelihatan terus terang dalam menyampaikan pesanan, tetapi beliau tidak perlu menambahkan ilustrasi pada bahagian penting loceng penggera kebakaran . Karya Ooi Kooi Hin yang berjudul “A Perfect Tomorrow” adalah karya yang begitu juga. Beliau tidak perlu membuat rujukan kepada lif  sebagai pembayang maksud bagi ciri-ciri seperti kesunyian , pengasingan dan keruntuhan sosial. Beliau sepatutnya membenarkan sahaja pelawat meneliti struktur ‘strofoam’ supaya mereka boleh menghayati karya dengan tahap terjemahan yang pelbagai . Shia Yih Ying dan Wong Pei Yu juga telah berusaha gigih untuk menyatukan catan/lukisan ke dalam instalasi , namun karya-karya mereka yang berpotensi itu masih kelihatan tidak berkesudahan.

 

Apabila seseorang pelukis menggunakan media video dalam sesuatu instalasi , perlu dimaklumkan bahawa dua bahan –mesin dan karya – perlu bersatu dengan harmoni dengan mengimbangkan penggunaan ruang dan gubahan . Dalam karya “ Untuk kita Renungkan “ oleh  Azman Ismail, beliau tidak begitu berjaya dalam mengatur seiring bahan komunikasi tradisional seperti  tulisan, cetakan, dan stensil bersesama dengan hahan komunikasi digital seperti mana yang di kehendaki . Karya Tham Chee Choong berjudul “ 7 Hours Journey From Kuching: Geographical Boundaries “ merupakan karya multimedia yang mengalami bebanaan maklumat. Setiap dari tiga komponen –catan , kiub interaktif dan video –masing-masing mempunyai kekuatan sendiri .Ini merupakan contoh karya dimana sedikit lebih membawa makna.

 

Panggilan nusantara yang menyeru kepada kesedaran dan interaksi para artis antara budaya di rantau ASEAN sejak tahu 70an kini kelihtan mula terterap dalam karya instalasi penuh satira oleh Faizal Sidik “ Voice Without a Sound: King Rawana as the Desperado” yang bermain dengan konsep wayang, memperlihatkan bayangan Heri Dono. Komentar beliau berkenaan isu hak bersuara dilakukan secara halus dan berjenaka membuat pemerhati tertarik untuk melihat lebih ramai lagi “figura” bagi melengkapkan bulatan untuk persembahan yang baik. 



 

Professor Fajardo menyatakan, “semangat Mootien Boonma terus diabadikan”  dalam   “A Perfect of Tomorrow” sementara karya Wong Yen Lee berjudul “ Food For Though” pula mirip kepada ide Delatang Pihoy berjudul “Yes! The Filipino Can” oleh 100 artis . Memang tidak dinafikan bahawa interaksi dan kesedaran serantau amatlah digalakkan , tetapi seseorang artis juga perlu melalui perubahan evolusi ide pengkaryaan .

 

Panel hakim sebulat suara menganugerahkan Anugerah Perdana kepada Bibi Chew Chan Bee bagi karya beliau yang berjudul “ Fragile-Handle with Care”. Instalasi Bibi ini ternyata sekali diolah dengan penuh teliti dari segi konsep sehingga kepada penggunaan bahan dan gubahan . Karya beliau yang menggunakan perumpamaan kepelbagaian ideniti Malaysai melalui kepelbagaian jenis tanah dari daerah-daerah sekeliling Malaysia merupakan kaedah beliau yang ingin menyatakan bahwa kita semua adalah sama yang membezakan adalah hasil pelazimana dan faktor fizikal , budaya , agama, sosial dan ekonomi masing-masing. Karya ini merupakan sebuah karya interaktif dimana para pengunjung dijemput memegang botol dan menapak tanpa berkasut , melalui lorong kecil berlandaskan tanah yang telah dicampurkan dari contoh tanah daerah-daerah yang disebutkan pada lebel botol. Ide beliau diserlahkan lagi dengan tersedianya skrin  perspeks yang memperlihatkan  bayang rak-rak botol bayang  rak-rak botol tersebut yang dengan tersendirinya mirip kepada persembahan wayang kulit.

 

Hadiah juri  telah dimenangi oleh Aznan Omar, Voon Poh Yin dan Mohd Saharuddin Supar.

 

Karya “New Born” oleh Aznan Omar adalah suatu arca logam yang dililhamkan oleh kelahiran anak kedua beliau . Subjek yang dipilih merujuk kepada sebuah buaian- yang luas digunakan oleh pelbagai kaum Malaysia, dan biasanya dibuat dengan menggunakan sarong. Aznan menggunakan metafora buaian bagi mengingatkan kita tentang persediaan dan kelengkapan diri dan nilai adat , seni, dan budaya kita dalam menghadapi perubahan.

 

Voon Poh Yin pula berjaya mengolah karya menarik berjudul ” Imagination of Boxes 1,11,111” yang merakamkan keseronokannya menghasilkan struktur kiub melalui proses ulangan. Dengan jujur dan bersahaja sekali beliau meneruskan penerokaan garis dan struktur bagi membuat satu karya yang sensetif , dan menarik. Beverly Yong mengupamakan usahanya sebagai ”mengibarkan bendera untuk seni dengan penuh kejujuran demi cinta terhadap penciptannya”.

 

Mohd Saharuddin Supar mewakili generasi pelukis baru yang cenderung kepada pemikiran saintifik “Thirteen over Infinity  (13/00) Sungai Gombak” adalah kenyataan beliau tentang masalah pencemaran alam . Karya beliau berdasarkan penyelidikan dan berupa sebuah dialog antara seni dan sains . Ia kelihatan amat jelas dan berterus terang tentang keadaan ekologi dan alam sekitar. Beliau juga mereka dan menggunakan kotak tempat simpanan bekas contoh air sungai tersebut sebagai pelantar pameran bahan. Persembahannya juga menjemput para penngunjung supaya mengambil botol contoh air dan menggongcangkan botol bagi melihat warna air sebenar. Geraklaku ini seakan ini seakan menghampirkan pengunjung kepada karya dan secara terus melibatkan pengunjung ke dalam ekspedisi penerokaan Sungai Gombak yang unik ini.

 

Jelas sekali kelihatan dalam pameran ini bahawa pelukis muda semakin menjauhi media lama atau tradisi dan terus mendampingi dan bereksperimen denga media dan teknik persembahan yang baru. Para pengunjung di jemput uintuk turut menyertai dan menghayati karya  secara aktif. Penglibatan sebagini akhirnya akan menggalakakan para pengunjung untuk berfikir dan menyoal lebih mendalam tentang sesebuah karya.

 

Karya Yap Sau Bin yang berjudul “Youthful Contention Not (  ) to Detach from Parental Eclipse” adalah contoh unggul karya yang melibatkan pengunjung berdialog dan karya ini bertepatan dengan naluri pelukis ini yang sering terpanggil untuk berdialog tentang seni visual, dimana kali ini dibuat melalui pertandingan  bertemakan isu pengkaryaan dan institusi seni. ‘kiub putih’ yang dibuat oleh pelukis ini disertakan jubin dinding luar Balai Seni Lukis Negara yang ‘dirawati’ melalui penggunaan jarum akupuntur dalam suatu proses yang diberikan nama olehnya sebagai ‘structuremancy’ . Menurut pelukis ini , kita sama–sama perlu membuat  penilaian dan’rawatan’ bagi memperbaiki situasi perkembangan seni tanahair . Kami mengharapkan kembalinya Pertandingan Bakat Muda Sezaman  dengan tersendirinya dapat memberikan mandat untuk pelukis muda bersuara sebagai proses ‘perawatan’ demi perkembang seni tampak Malaysia.




THE YOUNG CONTEMPORARY 2000 (English Version)




Joseph Tan, essay catalog  of “Young Contemporary 2000”, published by National Art Gallery, Kuala Lumpur, Malaysia.



          The return of “ Young Contemporaries  Competition (YCC), the National Art Gallery (NAG) introduces a new format. This new format is based on a review of the program over its 25 years conducted by Puan Zanita Anuar . The findings of this review were presented in the form of an exhibition together with a publication, “Young Contemporaries in Review1974-1997” held at the NAG from the 20th December to 3rd March 2000.

 

Overall, this competition does not reflect the best of our young emerging artists, largely because a poor showing of participants. In this year’s entries, painting and two dimensional works are a minority, while the rest are dominated by installation and multimedia works. The panel of judges selected 36 artists submitted their works. As in all art competitions entries can be very mixed, ranging from excellent and exceptional to mediocre or average, unfortunately in this particular competition, they are more average than exceptional.

 

The Young Contemporaries is still the most prestigious national art competition for our young artists. Many of the past winners of this competition are now the leading mid-career artists of our country and the region. Among this group of leading artists are Awang Damit Ahamd, Chang Fee Ming, Eng Hwee Chu, Fauzan Omar, Jailani Abu Hassan, Wong Hoy Cheong and Zulkifki Yusoff. The Young Contemporaries is not just a means to recognition and acceptance for artists, it is also a venue provided by the premier art institution of the country for artists to explore new ideas in new ways, to test the limits of conventions, breaking boundaries, asserting his/her individuality in arena free from the usual demands and requirements.

 

In the YCC,  the judges are confronted with the task of looking at the artworks without a usual compartmentalization into categories like painting, multimedia, print-making, etc, and look at each art work independent of pre-conception. To quote Prof Brenda V Fajardo of the University of Philippines, the ASEAN for this competition  “ ……..judging works of art is very much creative learning experience, for those who are asked to judge need to have a non-biased, non-stereotyped basis, an openness to the discourse between the artist through the artwork and the viewer,…”. The first stage of judges felt it extremely important to point out the following  shortcomings. Rules and regulation for any art competition must be strictly adhered to at all times. 7 entries were rejected because of late submission and to make matter worse, one of the rejected entries was from a past major Award winner! As stated , selection and short-listing of participants will be through the viewing of a slides and not photographs. The participants must submit a minimum of 5 slides at his/her artworks executed over the last year and not one artwork taken from five quality complete with the following information :-title of artwork, media, size and year of execution . This is extremely important because it is the only means for the judges to follow the development/involvement of the artist over the years. Poor quality slide do not do justice to the artworks and make it impossible for the judges to formulate a fair assessment.

 

Whilst the overall standard for this competition may not reflected the very best  from the country ,  the works selected foe exhibition do reflect new and exciting developments amongst some of our young emerging artist s. Although the few paintings and 2-dimensional works are generally un resolved, one can sense that the artists are experimenting with new media , trying out new approaches and ideas.

 

Mohd Sabri is a young artists who is consistently  trying to break new ground in experimenting with various media- acrylic, wax, fiberglass, lacquer and zinc-in his painting . In his painting “Pollinate” there are passages where one can  sense the coming together of the various techniques used. The “ukiran” image that he uses seem to float translucently on the zinc surface- the potential for further investigation and experimentation is definitely there.

 

“Nature” and “life” has always been the theme for Khoo Boon Want’s painting. His recent painting in the “ Heaven and Earth” series are very visually exciting, the colors are much richer, brighter here than in previous works. The size of these new painting are very  much bigger and more challenging. However , the interpretation of ecological change (the metamorphosis of tree trunk into a man–made form) in this particular painting is much too abrupt, not doing justice to its subject.

 

Wong Woan Lee’s “Someone Forgotten”-my reflection  in mirror” is again another technically accomplished and competent painting, but without much discernable change in subject matter and content from previous work. Woan Lee stops short of coming up with “fresh ideas” in expressing the plight of growing old.

 

The multimedia and installation  works generally fell shorts of an understanding of how to use their various  media in a cohesive way. Very often,  artists did not properly address the problem of space (the 3cm x 3cm x cm constraint) and this resulted in overloading, dissonance and fragmentation. In many cases, the over loading of information rendered works extremely banal and full of clich├ęs, depriving the viewer of the opportunity to react to and interpret the art works according to his /her experience.

 

The “ Bell” by Hishamuddin bin Ahmad is an extremely powerful statement on it’s own –direct and straight to the point. The illustrations are really quite unnecessary because they destroy the simplicity and directness of the work. To certain degree, Ooi Kooi Hin’s  “ A Perfect Tomorrow “ suffers from the same fate. To introduce “ the lift” as a metaphor for loneliness, alienation, coldness and the breaking down of social structures is too banal. Allowing the viewers to react to the Styrofoam structure would have opened an infinite level of interpretations-even Styrofoam as medium in itself ! Shia Yi Ying and Wong Pei Yu both made commendable attempts to integrate and assimilate narrative painting/drawing into their installation. Although they are  extremely evocative and full of possibilities, these works are mainly unresolved.

 

Understanding the physical space and its manipulation is also a must when using video as a medium. The integration of the two elements – machines and the artworks-must come togethern as a harmonious whole, both in term of space activation and composition. In “Untuk Kita Renungkan” by Azman Ismail, the juxtaposition of the digital and conventional /traditional modes of communication , i.e. printing, writing, stenciling etc, is awkward and jarring in this given situation. Tham Chee Choong’s “ 7 Hours Journey From Kuching: Geographical Boundaries” multimedia work s simply a case over loading. Each of the three different components – painting interactive cubes in boxes and the  video – has its own strength and itself offers a complete statement. This is case where less would definitely have been more.

 

The cry for more cross-cultural interaction amongst artist in the ASEAN  region in the seventies is now  beginning to take root. In “ Voice Without A Sound : King Rawana as The Desperado” we can see inspiration  of Heri Dono’s use of  wayang. Muhd Faizal Sidik ‘s comment and satire on our  freedom of speech is extremely light-hearted and subtle but one keeps wanting to see more “figures” to complete the circle and better presentation.



 

As Professor Fajardo said, “The spirit of Montien Booma lives on” in “A Perfect Tomorrow”. However, Wong Yen Lee’s “Food For Thought” is a little too reminiscent of Delatang Pihoy’s : Yes The Filipino and awareness about the development of art in our also expect transformation and evolution of ideas along the way.

 

The judges were unanimous in awarding Bibi Chew Chan Bee the major Award for her installation  work “Fragile-Handle with care……..” This installation by Bibi Chew is  an extremely well thought-out work. This work is very precise, well-composed both in term of usage of materials and execution. This  installation deals with the issues of identity within the Malaysian context. Bibi’s contention is that we are  basically all the same but our sense of identity is the result of conditioning and the direct influence of the following :-the physical environment that we are in , our social / economic conditions, our religious and cultural up-bringing etc. The sand and the soil collected from different sites in Malaysia were originally without any form but when poured into the glass containers they acquire the inherent shapes/forms of the receptacles. This is an interactive work where viewers are invited to hold and study the different bottle closely and at the same time to feel the tactile qualities of the sand and soil with their bare feet. The shadow cast by the bottles on opaque Perspex are very sensual, reminiscent of the “ wayang kulit”, allowing a further interpretative layer.

 

The following  three artists were awarded the JUROR’S Award – Aznan Bin Omar, Voon Poh Yin and Mohd Saharuddin Supar.

 

“New Born” by Aznan bin Omar is a  free standing metal sculpture inspired by the birth of his second child. The subject matter for his this sculpture is derived from a “Buaian” – a cradle made out  of a “sarong” widely use by all the ethnic group in Malaysia. Aznan uses the “Buaian” as a metaphor to symbolize birth in the new millennium. He comments on modernization and change in our new world of computer and electronic media and how these changes affect our values. Therefore it is important that our costumes, culture and values  in art be given a new breath in keeping with the new development and changes.   

 

In “Imagination of Boxes 1,11,111” by Voon Poh Yin one can sense her joy of making things. Taking a cube as a unit structure and through  the process of repetition, Poh Yin discover and invents new relationships, creating an extremely subtle, sensitive and beautiful piece of work. Beverly Yong akin her work to “holding the flag for ‘art’ in all its sincerity and love of the act of creation”,

 

Mohd Saharuddin Supar belong s to anew breed of sciences-based artists. “Thirteen over Infinity (13/00) Sungai Gombak” is a statement on water and its pollutants . The scientific research-based work is a dialogue between science and art. It is very stark and direct statement on the environment and ecology. Mohd Saharuddin has designed a display stand which also serves as a container for storing his exhibits and to shake them. This interactive action transport the viewer directly into the work itself – participating in the experiment and partaking in the expedition.

 

Looking at the exhibits on display one become totally aware that our young artists are moving away from traditional materials and are experimenting more with contemporary image, media and techniques. The viewer are more likely to be “active” than “passive”, directly or indirectly be part an parcel of the viewer to think and question.

 


Yap Sau Bin’s “Youthful Contention Not (  ) to Detach from Parental Eclipse” epitomises this call for dialogue, and acts , in character with the artist’s practice, as a comment from within on the competition and the institution. The  ‘white cube’ constructed by the artist, and partly inspired by the tiles of  the National Art Gallery is punctuated by ‘structuremancy’ needle. It is a questioning of  the role of the institutional space and the place of art, with a strong local reference. To this artist at least , the way we look at art and use  it is a need of some sort of cure. We hope that, in its own way, the return of the Young Contemporaries Competition will help begin the process of healing by giving voice to the young emerging Malaysian artist of today.  




Tiada ulasan:

Catat Ulasan