Isnin, 28 Jun 2010

Paragraf-Paragraf Seni Konseptual










Oleh: Sol Lewitt(1967)
Diterjemahkan oleh: Faizal Sidik(2010)
Sumber: "Paragraphs on Conceptual Art" (Artforum, June 1967)

Seorang editor telah menulis kepada saya dan mengatakan beliau tidak menolak apa yang diperkatakan “buah fikiran artis adalah seperti beruk yang bertamadun itu membuat kritikan”. Ini adalah berita baik bagi golongan artis dan beruk. Dengan jaminan ini saya harap ia menjustivikasikan keyakinannya. Sebagai metafora menggunakan permainan besbol (seorang artis mahu memukul bola itu sehingga keluar dari gelanggang, yang lain pula menunggu pada plat dan memukul bola dari tempat ia dilontarkan), saya berasa bangga apabila dapat melakukan sendiri ‘strike’.

Saya akan merujuk kepada seni dimana saya amalkan iaitu seni konseptual. Dalam seni konseptual, idea atau konsep merupakan aspek yang terpenting dalam karya. Apabila artis menggunakan seni berbentuk konseptual, bermakna semua perencanaan dan ketetapan dibuat terlebih dahulu dan perlaksanaanya agak bersahaja. Idea menjadi alat dalam menghasilkan seni. Bentuk seni sepert ini bukanlah bersifat teoritikal atau teori-teori yang bergambar; ianya adalah intuisi, ia melibatkan semua bahagian proses mental dan juga tidak memberi apa-apa pengertian. Ia biasanya bebas daripada kebergantungan terhadap kemahiran seseorang artis sebagai petukang . Perkara yang menjadi objektif utama artis seni konseptual adalah bagaimana karyanya secara mental menarik perhatian pemerhati, dan oleh kerana itu ia bermain dengan emosi. Tiada yang lain untuk diperkatakan, oleh yang demikian artis konseptual tidak membosankan audien. Ia hanya mengharapkan perhatian dari segi emosi, seperti juga pada karya artis ekspressionis, tanpa ada halangan pemerhati untuk melihat.

Seni konseptual tidak semestinya sesuatu yang logik. Logika sesebuah atau siri karya itu bergantung pada masa ia digunakan, yang juga hanya akan memusnahkannya. Logik mungkin digunakan untuk mengkaburi niat utama artis, untuk meredakan pemerhati daripada mempercayai yang beliau memahami karya itu, atau bagi mencadangkan situasi yang bertentangan (seperti logik lawan tidak logik). Sebahagian idea itu bersifat logik dalam konsep namun tidak logik pada perseptual. Idea-idea nya tidak perlu terlalu komplek. Kebanyakan idea yang berjaya adalah sesuatu yang mudah tetapi aneh. Idea yang berjaya biasanya tidak dapat tidak mengambarkan kesederhanaan. Dalam membicarakan tentang idea ini artis adalah bebas malah mungkin akan mengejutkan dirinya sendiri. Idea-idea nya itu diterokai melalui intuisi gerak hati. Apa yang akan diperlihatkan pada karya bukanlah perihal yang penting. Ianya perlu dilihat jika ianya dipersembahkan dalam bentuk fizikal. Tidak menjadi persoalan apakah bentuk yang akan terhasil apa yang penting ia bermula dengan idea. Apa yang penting adalah proses terhadap konsepsi dan realisasi oleh artis. Apabila realiti fizikalanya itu diberikan oleh artis karya itu dibuka untuk dipersepsikan oleh semua termasuklah artis itu. (Saya menggunakan perkataan persepsi bermaksud untuk .....terhadap data, kedua –dua antara pemahaman terhadap objektif idea, dan juga subjektif interpritasi). Karya seni ini boleh dibuat tanggapan hanya selepas ianya siap.

Seni dengan maksud untuk sensasi mata lebih sesuai dipanggil sebagai perseptual daripada konseptual. Ini termasuklah seni optikal, kinetik, cahaya dan seni warna.

Oleh kerana fungsi terhadap konsepsi dan persepsi itu bertentangan ( pra dan pasca fakta) artis perlu mengurangkan idea dengan menggunakan penilaian yang lebih subjektif. Jika artis ingin untuk meneroka ideanya itu, arbitari atau peluang membuat ketetapan akan diminimumkan, dimana tingkah laku, citarasa dan karenah perlu disingkirkan dalam pembuatan seni. Karya itu tidak seharusnya ditolak jika ianya tidak nampak baik. Kadangkala apa yang pada mula-mulanya itu dianggap agak ganjil itulah yang akan menjadi kebiasaan.

Apabila artis menggunakan pelbagai modul kaedah beliau biasanya memilih bentukan yang mudah dan tidak sukar untuk diwujudkan. Kepentinganannya bentuk itu sendiri agak terhad; ia menjadi tatabahasa pada keseluruhan karya. Malah ia merupakan cara asas yang terbaik untuk menolak dengan berhati-hati pada bentuk yang tidak dikehendaki, jadi ia akan menjadi lebih mudah sebenarnya pada keseluruhan karya. Menggunakan bentuk asas yang komplek hanya akan melemahkan kekuatan keseluruhan. Dengan menggunkan bentukan mudah secara berulang ia lebih fokus kepada karya dan pengamatan akan lebih diberi tumpuan dalam mengatur bentuk. Apabil aturan ini telah selesai , bentuk yang terhasil akan memberi makna.

Seni konseptual sebenarnya tidak mempunyai banyak kaitan dengan matematik, falsafah, atau tidak dalam disiplin mental yang lain. Matematik yang digunakakan oleh kebanyakan artis didalam aritmatik iaitu dalam perkiraan yang mudah atau sistem nombor. Falsafah pengkaryaannya tidak terlihat dalam karya dan ianya tidak mengambarkan sebarang sistem falsafah.

Kini banyak penulisan tentang seni minimal, namun saya tidak lihat lagi sesiapa yang telah meneroka kearah hal ini. Ada satu lagi bentuk selainnya yang dipanggil sebagai struktur utama, pengurangan, penolakan, dingin, dan seni mini. Tiada artis yang saya kenali memiliki perkara ini. Oleh sebab itu saya berpendapat ianya menjadi bahasa rahsia yang digunakan pengkritik seni apabila berkomunikasi sesama mereka melalui majalah seni . Seni-mini menari k kerana ia mengingatkan kepada skirt mini dan perempuan yang berkaki panjang. Ia akan mengambarkan karya seni yang kecil. Idea ini sangat baik. Mungkin pameran “seni-mini” boleh diadakan di seluruh negara dengan menggunakan kotak mancis sahaja. Mungkin juga artis seni mini ini merupakan orang yang kerdil, katalkanah dalam lima kaki tinggi. Oleh yang demikian, kebanyakannya akan boleh dilihat di sekolah-sekolah rendah (sekolah rendah sedikit struktur ).

Jika artis terus membawa ideanya dan membuat kedalam bentuk yang boleh dilihat, semua langkah proses itu adalah penting. Idea itu sendiri, malah jika tidak menghasilkan visual, ia merupakan juga karya seni seperti juga produk siap. Semua gerak kerja - contengan, lakaran, lukisan, kerja lapangan, model-model, kajian, buah fikiran, perbualan – adalah penting. Perihal yang menunjukkan kerangka idea proses apa yang difikirkan oleh artis itu kadangkala lebih menarik daripada produk akhir.

Menentukan bagaimanakah saiznya adalah satu kerja yang sukar. Jika idea bersifat tiga dimensi ia seharusnya dilihat dalam apa sahaja saiz. Persoalan tentang saiz apa yang terbaik. Jika ianya dihasilkan dari bahan yang sangat besar oleh itu saiznya itu akan memberi tanggapan impresif dan idea mungkin akan hilang sepenuhnya. Sekali lagi, jika ia terlalu kecil, ia akan menjadi tidak penting. Ketinggian pemelihat akan menjadi petunjuk sedikit sebanyak sikap terhadap karya dan juga saiz ruang dimana ia akan diletakkan. Artis biasanya berharap objek itu diletakkan lebih tinggi dari aras mata pemelihat, atau lebih rendah. Saya fikir karya mesti cukup besar untuk memberikan pemelihat apa sahaja informasi yang mereka perlukan untuk memahami karya itu dan tempat perletakan itu adalah satu cara yang akan memudahkan pemahamannya. (Melainkan idea itu memang untuk menghalang dan memerlukan pemahaman serta capaian yang sukar)

Ruang boleh dianggap kawasan padu yang dikuasai oleh jisim tiga dimensi. Apa sahaja jisim boleh menguasai ruang. Ianya ada di udara dan tidak bole dilihat. Ia interval diantara hal yang boleh di buat ukuran. Interval dan pengukuran boleh menjadi penting dalam karya. Jika jarak penting ia akan menjadi pernyataan dalam karya. Jika ruang secara relatif tidak penting ia boleh diatur dan dibuat menyamai (hal ditempatkan menyamai jarak-jarak terpisah) untuk mengurangi segala kepentingan dalam interval. Ruang tetap mungkin juga menjadi satu unsur masa metrik, sejenis rentak biasa atau denyut. Apabila interval menjadi tetap apa sahaja yang tidak tetap akan menjadi lebih penting.

Seni bina dan seni tiga dimensi saling menentang kewujudannya. Kedua-duanya berkaitan bagaimana menghasilkan sesuatu ruang itu dengan fungsi yang tertentu. Seni bina, samaada ia sesuatu yang berseni atau tidak, mestilah berutilitarian atau ia gagal sepenuhnya. Seni bukan satu yang utilitarian. Apabila seni tiga dimensi mula untuk memegang beberapa ciri, seperti membentuk kawasan-kawasan utilitarian, ia melemahkan fungsinya sebagai seni. Apabila pemelihat di kerdilkan dengan saiz yang besar sesuatu karya yang mempunyai dominasi fizikal dan kuasa emosi pada bentuk ia sebenarnya menghilangkan idea pada karya itu.

Bahantara baru merupakan masalah utama dalam seni kontemporari. Sesetengah artis terkeliru antara bahan baru dan idea yang baru. Tiada ada yang lebih teruk daripada melihat seni yang ditengelami dengan gaudy baubles. Kebanyakan artis yang tertarik dengan penggunaan bahan inilah juga lahmereka yang tidak mempunyai pendirian yang teguh dalam membolehkan mereka menggunakan bahan itu dengan baik. Artis yang bagus akan menggunakan bahan-bahan baru dan membina sebuah karya seni. Bahayanya adalah, saya rasa, apa yang lebih dipentingkan disini adalah sifat fizikaliti bahan itu sahaja daripada idea yang ada pada karya itu (satu lagi ekspressionisme)

Sesebuah karya seni tiga dimensi adalah merupakan pernyataan fakta secara fizikal. Dimana sifat-sifat fizikal adalah lebih penting daripada isi kandungan didalamnya. Seni Konseptual dibuat untuk mencabar fikiran pemelihat lebih daripada pertimbangan mata dan perasaan. Sifat-sifat fizikal objek tiga dimensi kemudiannya akan menjadi pertentangan yang tidak membawa apa-apa maksud emosi. Warna, permukaan, tekstur dan rupa hanya merupakan penegasan aspek fizikal pada karya. Apa-apa sahaja perhatian untuk dan menarik minat penonton terhadap sifat-sifat fizikal ia adalah satu penghalang terhadap pemahaman idea kita dan ia digunakan sebagai satu alat ekspresif. Artis konseptual hanya mahu memperbaiki penekanan yang diberikan terhadap penggunaan bahan kepada kemungkinan-kemungkinan atau menggunakan bahan itu dalam pendekatan yang agak berbeza(untuk mengubah kedalam bentuk idea). Inilah seni yang dikatakan mempunyai maksud ekonomi. Sebarang idea yang lebih baik dinyatakan dalam dua dimensi seharusnya tidak berada dalam tiga dimensi. Idea boleh juga dinyatakan dengan nombor-nombor, foto-foto, atau kata-kata atau apa sahaja jalan cara dipilih oleh artis, bentuk yang terhasil sebenarnya tidak penting.

Paragraf-paragraf ini tidak betujuan untuk dianggap sesuatu yang mutlak, tetapi idea-idea yang dinyatakan adalah hampir menepati dengan pemikiran saya pada ketika ini. Idea-idea ini adalah hasil daripada pengkaryaan saya sebagai artis dan ia dapat berubah sebagaimana perubahan-perubahan pengalaman saya. Saya cuba untuk menjelaskan dengan penjelasan yang sebaik mungkin. Jika kenyataan-kenyataan saya ini tidak jelas ia mungkin dari pemikiran saya yang tidak jelas. Walaupun semasa menulis idea-idea ini ianya dilihat tidak begitu konsisten (dimana saya cuba untuk memperbetulkan, namun orang lain mungkin akan tergelincir olehnya). Saya bukan bermaksud untuk mendukung bentuk seni konseptual ini untuk semua artis. Saya hanya menemui ia berjalan dengan baik bagi saya manakala saya masih belum menemui cara-cara lain. Ia satu cara dalam menghasilkan seni; lain artis lain caranya. Ataupun saya rasa semua seni konseptual patut diberi perhatian oleh pemelihat. Seni konseptual baik hanya apabila idea itu baik.

* Imej - Sol Lewitt, Serial Project I (ABCD), 1966, MOMA Collections

Amin Asa’at: Wajah-Wajah


Oleh: Faizal Sidik (2010) 


Faizal Sidik (2010), ‘Amin Asaat: Wajah-Wajah’ SeniKini, 2010, Issue # 08, Balai Seni Lukis Negara, Kuala Lumpur.

-->







‘The painter is taken by way of illustration’
Plato

Apabila membicarkan teori memesis atau teori bentuk di dalam karya 'Republic' oleh Plato yang mengemukakan bahawa segala yang ada di dunia ini merupakan tiruan (memesis) dari yang “asli” di dunia idea. Saya ingin membawa pembaca meneroka dunia dialog wajah diri dengan meminjam konsep tersebut dengan menyelusuri karya mimik muka, riak wajah dan ekspresi diri oleh Amin Asa’at.


Wajah-Wajah
Menurut Plato “Karya catan bukalah melukis objek yang sebenar tetapi hanya gambaran seperti gambaran di sebuah cermin”. Inilah yang cuba diterokai oleh Amin Asa’at dalam pameran solonya ini yang bertajuk 'Wajah-Wajah' atau ‘Faces’. Bersandarkan teori seni daripada Plato tadi beliau mempersoalkan dimanakah letaknya tempat seseorang artis dalam proses penciptaan. Ini kerana dalam teori memesis oleh Plato itu mengatakan “Artis yang melukis sebuah kerusi adalah meniru bentuk kerusi yang dibuat oleh tukang kayu.Tukang kayu pula mencipta kerusinya daripada bentuk induk yang hanya wujud dalam alam idea, iaitu bentuk induk yang hanya dihasilkan oleh Tuhan. Maka wujud tiga kerusi yang dihasilkan oleh tiga sumber iaitu bentuk atau idea kekerusian oleh Tuhan, perabot kerusi oleh tukang kayu, dan catan oleh artis”. Sebab itulah di awal tadi Plato menyebut catan adalah gambaran seperti cermin jadi beliau membuat keputusan artis yang membuat 'bentuk' bukanlah satu hasil yang sebenar dan betul.

Inilah yang cuba di sampaikan oleh Amin sungguhpun begitu subjek beliau bukanlah sebuah kerusi tetapi wajah. Dalam konteks membuat wajah muka artis bergerak dalam lingkungan akademik renaisan yang cukup menebal golongan sufi daripada Leonardo Di Vinci kepada masyarakat bawah Rembrand, sehinggalah kepada seni moden daripada potret salebriti Andy Warhol kepada optikal Chuck Close, namun ia masih berada di tahap kedua daripada idea teori bentuk yang meniupkan ekspresi diri wajah, idea penciptaan ini masih lagi dianggap sebagai pandangan klasik yang bernafsu realisma dan representasi.
Dalam pameran 'Wajah-wajah' saya ini boleh membahagikannya kepada beberapa tema iaitu potret diri, rakan artis dan kenalan rapat. Dalam semua karya potret diri karya-karya oleh Amin boleh dikatakan sebagai penerokaan kepada psikologi keindahan pada ketidakindahan atau seni emosi dalam memotretkan perasaan yang dekat dengan dirinya seperti sinis,duka, resah, kecewa, marah, gelisah, hiba, sakit, risau dan pengharapan.

Dalam karya potret diri artis digambarkan secara berekspresi. Dalam siri karya ini Amin menggunakan teknik stensil dan putih sebagai latar, manakala mimik muka seolah-olah bereaksi secara spontan dimana bahagian matanya menceritakan segala-gala didalam diri artis, bahagian bahagian muka menggunakan warna akromatik hitam dan putih seolah-olah menceritakan hitam putih dirinya. Pelbagai aksi muka atau ‘facial expression’ yang memberi tumpuan kepada deria seperti mata, kening dan mulut seakan meriakkan pelbagai perasaan yang mempengaruhi diri artis.

Kombinasi penggunaan tona hitam putih ditambah dengan pencahayaan terang gelap yang matang berupaya menceritakan ekspresi diri Amin pada masa ini. Manakala dalam siri terakhir potret diri beliau jelas mengambarkan perasaan terkejut, hal ini dapat dilihat pada reaksi mata dan keningnya yang diangkat keatas, manakala bahagian di bahagian mulut seperti tanda tanya dan persoalan diri didalam diri. Kepada siapakah beliau ingin menyimbolkan wajah-wajah itu? Adakah beliau mengejek sifat diri atau sifat masyarakat urban disekitar beliau seperti dalam pepatah Melayu yang lebih gemar ‘bermuka-muka’?
Dalam siri karya rakan artis menggunakan akrilik dengan teknik catan semburan melambangkan latar keseluruhan mimik dilihat dengan wajah ceria dan gembira seperti seorang pelawak atau 'jester' . Amin bijak memilih rakan beliau yang sesuai untuk karakter ini. Beliau seolah-olah artis yang menjadi 'pengarah' dan 'penulis skrip' kepada ciptaan watak-watak dalam arahan beliau. Amin mungkin meminjam sedikit inspirasi daripada Warhol yang pernah mengembangkan idea ini dalam karya-karya potret selebriti Hollywood seperti 'Elvis Presley'. namun dalam karya rakan artis ini Amin telah menjadi mangsa untuk 'diperlawakkan' dengan berjaya memberi ekspresi kejenakaan pada bahagian mata, hidung dan yang paling ketara adalah bahagian bawah bibir yang mungkin sengaja di mimik sebegitu seolah-olah diri Amin sememangnya telah ada dengan sifat semulajadi menjadi pelawak.

Dalam sebuah siri karya ‘Wajah-Wajah’ dilihat seakan artisnya juga digambarkan seperti pelakon di pentas opera yang mainkan sendiri dengan mendandan muka dengan pigmen hitam putih. Apa yang menarik dalam sebuah karya ini adalah dimana beliau memegang kamera dengan urutan muka dengan mata terbeliak diatas dengan bahagian kepala sengaja ditiadakan (tanpa songkok) disamping tangannya memegang kamera sebagai metafora refleksi kepada masa dan ruang dengan merakam semula wajah itu dilihat seolah seorang badut yang tercuit hatinya namun pada masa yang sama seolah-olah merakamkan sifat seseorang yang tanpa ada apa-apa identiti diri. Apakah komedi atau tragedi disebalik mimik wajah-wajah ini?. Hanya Amin sahaja yang mengetahuinya.


Melihat karya Amin umpama mencermin kepada diri sendiri. Eksplorasi diri (self-exposure) terhadap pencarian diri ibarat memandang ke dalam perasaan manusia yang meneroka sifat kendiri, artis telah memprovokasikan persoalan dalam diri, serta karakter diri seseorang individu. Amin mengambar refleksi realiti masyarakat pasca-moden menerusi potret artis yang sezaman dengannya bagi memperwakilkan pergolakan kemanusiaan pada hari ini yang mana meminta sedikit perhatian warga di dalamnya.
Rujukan
Alex Neill and Aaron Ridley,The Philosophy of Art: Readings Ancient and Modern,

McGraw-Hill Inc, 1995.
Matius Ali dan M Hum, Estetika; Sebuah Pengantar Filsafat Keindahan, Sanggar Luxor, 2004

Hamidah Abdul Hamid, Pengantar Estetik, Dewan Bahasa dan Pustaka, 1995.



Ahad, 27 Jun 2010

Objek-Objek Spesifik
























Oleh: Donald Judd (1965)
Diterjemahkan oleh: Faizal Sidik (2006)
Sumber: "Specific Objects" (Arts Yearbook 8, 1965)


Donald Judd dilahirkan di Excelsior Springs, Missouri, pada 1928. Beliau mendapat pendidikan di Columbia University dalam falsafah dan teori seni dan pernah menghasikan catan sebelum kesana lagi. Pada awal tahun 1960 an, beliau telah mengubah persepsi catan kepada arca dan mula memperkembangkannya minatnya terhadap senibina. Walaupun bagaimanapun beliau tidaklah mahu melebelkannya sebagai “minimalism” . Donald Judd merupakan artis penting dalam mencetuskan timbal balas terhadap Abstrak Ekpressionisme. Bilamana Abstrak Ekspressionis memberi tumpuan kepada gerakan gestural dan ekspresi emosi, Minimimalisme pula memberi justifikasi terhadap material dan ruang. Hasil karya seni menjadi sebagai produk interaksi atau perhubungan antara objek, pemelihat dan keadaan sekelilingnya. Judd telah menghuraikan dengan panjang lebar tentang hal ini di dalam eseinya “Specific Object” (1965) dimana beliau mempertahankan karya terbaru olehnya yang bukan diklafikasiakn dengan mana-mana samada catan atau arca. Beliau telah menegaskan hal ini dalam eseinya itu sebagai “suatu yang mengandungi keseluruhannya’” (the thing as a whole) lebih dari sekadar pembahagian komposisi susunatur. Judd berpandangan arca yang berbentuk seperti kotak serta dibina daripad kayu dan logam mempunyai keunikan yang tersendiri. Penerokaannya terhadap ruang tiga dimensi menjadi lebih komplek, beliau telah membangunkan beberapa langkah strategi bagaimana kefahaman terhadap hasil kerjanya yang bersifat individual itu itu kepada pelbagai perkara yang boleh wujud, dengan mempergunakan urutan dan deretan bentukan berulang yang bersistem. Dalam siri pengulangan siri bentuk dengan ruang, barisan bentuk segiempat vertikal Untitled (1969) benar-benar mempersatukan ruang sebagai sebahagian daripada materialnya iaitu logam tembaga licin berkilauan, yang pengaruh-mempengaruhi antara bentuk dan ruang.



Objek-Objek Spesifik


Separuh atau lebih hasil karya seni baru yang terbaik dalam akhir-akhir ini terdiri samaada catan atau arca. Pada umumnya kedua-duanya itu mempunyai pertalian, dekat atau jauh antara satu sama lain. Dalam kepelbagaian penghasilan daripada kedua-duanya iaitu yang bermacam-macam rupa bentuk yang bukan lagi catan mahupun arca. Tetapi ia adalah sifat yang sangat hampir antara kedua-duanya.


Karya baru tiga dimensi yang tidak memegang apa-apa aliran pergerakan, kumpulan fahaman atau stail. Secara amnya aspeknya bersifat umum dan terlalu sukar untuk didefinisikan sebagai aliran seni. Perbezaan adalah lebih baik daripada ada persamaan. Hal ini kerana persamaan yang dipilih daripada satu-satu karya; Ianya bukan lah satu aliran yang menjadi dasar pemikiran atau yang menentang sesuatu pemikiran. Sifat-sifat tiga dimensi tidak mempunyai pengisian yang serupa seperti yaang terdapat pada catan dan arca, namun ia cenderung kearah itu. Tetapi kini catan dan arca sudah semakin hari sudah semakin natural[1], semakin hilang pengisiannya, lebih memberikan pengertian tentang sesuatu, bukan untuk disangkal kebenarnnya dan tidak juga boleh dihindari. Secara keseluruhannya seperti semacam ada batasan dalam bentukannya secara khusus, dalam menentukan kualitinya[2] yang sebenar. Kebanyakan karya baru yang dihasilkan dirangsang dan didorong untuk menyatakan semula pembentukan format ataupun susun atur yang sebelumnya Penggunaan tiga dimensi adalah jalan alternatif penjelasan terhadapnya. Ia membuka apa-apa jua. Banyak pendapat yang dikeluarkan atas penggunaan ini adalah negatif, tujuannya adalah untuk menentang catan dan arca, dan sejak kedua-duanya itu dahulu dimengertikan oleh kita sebagai sumber yang ada, sebab-sebab negatif diberikan adalah untuk mereka yang sangat hampir dengan zaman yang mereka ada. Motif utama perubahan ini sering menimbulkan keresahan: tiada sesiapa pun yang menyedarkan kami untuk membuat perubahan pernyataan yang sebelumnya, atau di atas tidakan yang diambil namun menimbulkan keresahan. Pendapat yang positif menuntut peneranangan yang lebih lanjut. Hujah lain lain yang diberikan adalah tidak memadai terhadap catan dan arca pertama adalah kedua-duanya sangat dikenali dan elemen dan kualiti nya yang mudah untuk ditentukan tempatnya.


Penentangan terhadap catan dan arca dilihat tidak disukai akannya. Sebab kedua-duanya dikatakan telah diberi kelayakan dan kelulusan. Tidak minat memihak kepada catan dan arca bermakna juga tidak berminat untuk melakukannya lagi, bukan bermaksud untuk menidakkan kepada sesiapa yang telah mengembangkan sebelum ini dengan pelbagai versi. Karya baru selalunya menuntutnya untuk menentang dengan yang lama, namun dalam penentangan ini yang benar-benar relevan adalah yang baru itu. Ia adalah sebahagian daripada yang lama. Jika karya yang awal terdahulu dijadikan ukuran. Ketidakseimbangan dan pembatasan ini adalah tidak mahu untuk meninjau terhadap masa lampau; ianya hanya menumpukan perhatian hanya kepada yang telah dibangunkan. Kita sudah sedia maklum karya tiga dimensi akan tidak akan mengantikan tempat catan dan arca. Ia bukanlah seperti aliran gerakan: apa-apa pun, gerakan seni juga tidak bertahan lama: malah sejarahnya juga agak linear atau mendatar tidak mengungkapkan apa-apa. Karya baru yang melangkaui permaknaan catan begitu sederhana kewibawaan kuasa pemikiran. Namun kewibawaan kuasa pemikiran itupun bukanlah sesuatu yang boleh difikiran atau renungan mengenainya, meskipun ada perbezaan antaranya dan pernyataan atau pengucapannya kedua-duanya tidaklah mempunyai apa-apa keluarbiasan atau istimewa kebijaksanaannya. Jadi perlu jalan lain daripada kuasa pemikiran dan bentuk dimana satu cetusan seni boleh mengatasi kedua-duanya. Akhirnya , permukaan segi empat yang rata menjadi pilihan. Seolah-olah permukaan rata sahajalah boleh melakukan segala-galanya. Suatu yang digambarkan terhadap gambaran oleh Linchtenstein boleh dijadikan model . Namun karya ini yang mana bukan catan mahupun arca saling mencabar antara kedua-duanya. Ia hendaklah diberi perhatian oleh pelukis-pelukis baru. Ianya barangkali akan merubah pandangan kepada catan dan arca.


Kesalahan yang besar sekali berkenaan dengan catan adalah menganggpnya adalah permukaan segi empat yang rata yang hanya diletakkan pada dinding. Permukaan bersegi empat merupakan rupabentuknya, ianya lah yang menerangkan keseluruhan penjelmaan padanya; permukaan itulah juga yang akan menentukan dan menetapkan apa sahaja aturan samaada yang berada di atas permukaan atau didalamnya .Sebelum 1964 terdapat beberapa karya bersifat segiempat sebelumnya yang mula nampak melepasi sempadan yang ada, menandakan berakhirnya era penerokaan. Komposisi karya hendaklah bertindak balas atau mempengaruhi sekitarnya manakala segiempat itu mesti disatukan, namun bentuk penjelmaan segiempatnya tidaklah dititik beratkan; apa yang lebih penting adalah bahagian-bahagiannya, dan perhubungan warna dan bentuk berlaku sesama sendiri. Dalam catan Pollock, Rothko, Still dan Newman, dan yang terbaru iaitu Reinhardt dan Noland, segiempat tepat amat dititikberatkan. Elemen di dalam segiempat itu jelas kelihatan dan mujarad serta tidak banyak bahagian serta berpadanan dengan segiempat. Rupa dan permukaan itu adalah sesuatu yang munasabah dan boleh dipercayai antara kedua-duanya dan bentuk datar segiempat bujur itu. Pada beberapa bahagian dan ianya dianggap mempunyai nilai dan kepentingan yang agak kurang terhadap kesatuan sebagai bukan bahagian dalam cara lihat biasa. Catan begitu hampir dengan entiti[3] , sesutu kewujudan dan tidak boleh ditakrifkan jumlahnya kepada sesuatu kumpulan entiti dan mahupun tentang kelakuan seseorang. Ia adalah sesuatu yang melangkaui catan yang sebelumnya . Ia juga membina segiempat sama sebab bentukan jelas dan pasti: ia bukan lagi sebagai satu yang dikatakan ‘agak-agak’ atau selalu yang disebut sebagai ‘lebih kurang’. Bentuknya boleh digunakan dalam pelbagai bidang yang lain. Bentuk segiempat datar menghidupkan jarak. Keringkasannya memerlukan segiempat tepat menekankan had susunan yang berkemungkinan yang ada padanya. Deria lihat terhadap sesuatu yang tidak tunggal memakan masa yang tertentu, namun ini hanya permulaan kepada masadepan yang lebih baik untuk mengeluarkan catan. Kejadian juga melihat catan kini seperti baru bermula, daalam bentuk yang baru yang dihasilkan dengan sistem dan material yang teratur .



[1] Natural yang bersifat semulajadi, alamiah, satu perkara yang tidak boleh dihalang dalam sesuatu proses pembinaan dan perjalanannya, dan tidak sesiapa boleh menghalangnnya kerana ia merupakan sesuatu keperluan didalam pengisiannya.Jadi menurut Judd catan dan arca sudah tidak mampu lagi untuk menampung makna ia sebagai objek catan atau arca itu sendiri yang memerlukan pendefinisian semula.

[2] Kualiti, adalah untuk menentukan sifatnya, adakah ia memenuhi syarat-syarat ataupun perkara yang melayakkannya sebagai benda seni.

[3]

Entiti. Sesuatu yang mempunyai kewujudan yang tersendiri: seterusnya sebagai data kajian,