Ahad, 9 Jun 2013

55 Tahun Balai Seni Visual Negara 1958-2013



Oleh : Faizal Sidik



Balai Seni Lukis Negara telah ditubuhkan pada 28 Ogos 1958 melalui Akta 516, National Art Gallery Act 1959. Ordinan untuk menubuhkan Lembaga Amanah Balai Seni Lukis Negara telah dimaktubkan oleh DYMM Seri Paduka Baginda Yang DiPertuan Agong pada tahun 1959. Kini agensi ini berada di bawah Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan (KPK), sejajar dengan penubuhan Akta Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara 2011 (Akta 724), nama Balai Seni Lukis Negara telah ditukarkan kepada Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN) pada 27 Ogos 2011. LPSVN atau dikenali dengan Balai oleh khalayak seni di sini, mempunyai visi sebagai pusat terunggul pemegang amanah warisan seni negara. Misi institusi ini adalah mengumpul, memulihara, memelihara, mempamer, mempromosi, memupuk kesedaran, kefahaman dan penghayatan yang tinggi terhadap seni kepada semua lapisan masyarakat.
Objektif penubuhan Balai terbahagi kepada empat iaitu; untuk memperoleh hasil karya sebagai Himpunan Tetap Warisan Seni Visual Negara yang mencerminkan kreativiti dan aspirasi seni budaya. Memulihara, memelihara, mendokumentasi dan menyelidik Himpunan Tetap Warisan Seni Visual Negara dan pensejarahan seni negara. Mempromosi dan meningkatkan mutu seni visual negara dengan menganjurkan pameran, seminar, bengkel, pertandingan dan aktiviti seni dalam dan luar negara.
Balai terdiri dari pada dua sektor iaitu Operasi dan Pengurusan. Sektor Operasi boleh dipecahkan kepada lima. Bahagian Penyelidikan dan Pameran merupakan core business atau penubuhan utama Balai dengan mengadakan pameran seni visual. Setelah setengah abad, Balai telah mengadakan 737 buah pameran yang terdiri daripada pameran solo, pameran berkumpulan, pameran koleksi, pameran usahasama, pameran bergerak dan pameran luar negara. Sempena menyambut 55 tahun penubuhannya pada tahun ini 2013, satu pameran khas sempena Sambutan 50 tahun Penubuhan Malaysia akan diadakan secara usahasama dengan Map Publika dengan tema ‘Selamat Hari Jadi Malaysia’ atau ‘M50’. Projek yang telah dirancang sejak awal lagi ini akan diadakan pada 27 Ogos hingga 17 September dengan penglibatan lebih daripada 10 galeri swasta. Selepas kejayaan pameran ‘Retrospektif  60 Tahun Latif Mohidin’ tahun lepas, kecemerlangan penganjuran Balai akan diteruskkan dengan pameran solo ‘Pancawarna’ oleh Sharifah Fatimah Zubir pada awal Julai 2013 dan pertandingan dan pameran Bakat Muda Sezaman (BMS) bagi edisi ke 24 akan terus dijalankan pada hujung tahun.
Lembaga Pembangunan Seni Visual Negara (LPSVN) adalah infrastruktur seni utama negara kita yang menyimpan dan memulihara hasil seni lukis tanahair sejak penubuhannya pada tahun 1958 lagi. Bahagian Koleksi dan Konservasi adalah jantung kepada institusi ini. Sehingga tahun 2012 Balai telah mengumpul 4012 karya daripada pelbagai genre seperti, catan, arca lukisan, cetakan, fotografi, video, instalasi dan lain-lain. Sebagai payung kepada program pembangunan seni lukis di Malaysia sudah tentu ia berhadapan dengan pelbagai cabaran sepanjang lebih 50 tahun penubuhannya. Salah satu cabaran yang dilaluinya adalah untuk menjadikan ia sebagai pusat rujukan penting seni lukis moden dan kontemporari Malaysia. Sebagai tempat yang menjadi tumpuan penyelidik dalam mengkaji dan menambahkan lagi teks seni lukis  negara, sudah tentu koleksi karya Balai yang dihimpun selama ini menjadi bahan rujukan dalam melengkapkan dokumentasi penyelidikan. Sehingga kini Balai bukan sahaja menerima pelanggan ilmu atau pengkaji yang datangnya dari pusat pendidikan seni lukis tempatan malah juga dari universiti-universiti luar negara yang datang untuk menatap, memikir dan menyelongkar khazanah seni lukis negara dalam menyiapkan kertas-kertas kerja atau tesis-tesis peringkat sarjana ataupun doktor falsafah.
Dalam visi Balai  untuk menjadi pusat pembangunan dan pengkoleksian seni visual negara, sebagai salah satu dari pada warisan kebangsaan. Dengan lebih daripada 4000 koleksi yang dinamakan dengan Inventori Himpunan Tetap Seni Visual Negara, sebuah jawatankuasa telah ditubuhkan iaitu Jawatankuasa Perolehan Himpunan Tetap, terdiri daripada ahli lembaga BSVN sendiri dalam merangka Cadangan Perolehan Tahunan di dalam Mesyuarat Jawatankuasa Perolehan. Terdapat tiga pendekatan dasar pengkoleksian oleh Balai  iaitu melalui pembelian, hadiah dan sumbangan dan juga  karya komisen. Untuk itu Strategi Cadangan Perolehan dirangka dalam membuat perolehan melalui samada lawatan ke studio dan lawatan ke pameran yang diadakan. Ada beberapa kreteria yang diberikan penekanan dari segi pemilihan untuk perolehan seperti sesuatu karya itu mempunyai maklumat visual dan nilai sejarah yang penting kepada negara dan karya yang amat signifikan dalam sejarah seni di Malaysia.
Jika Bahagian Koleksi merupakan jantung, Bahagian Penerbitan merupakan nadi yang menggerakkan program pameran dan pengkoleksian dengan lebih rancak. Bahagian ini mempunyai unit dokumentasi dan rekabentuk yang sangat aktif menerbitkan buku, katalog, majalah, brosur dan bahan pameran. Sehingga kini Jun 2013 Balai telah menerbit 561 judul, boleh dikatakan 50 peratus daripada penerbitan buku seni visual tempatan datangnya daripada Penerbit LPSVN. Segala perancangan program Balai samada pameran dan pengkoleksian sudah tentu mensasarkan kepada khalayak untuk mencapai atau acess terhadap produk pameran yang dibina dan diperbincangkan. Oleh itu, Bahagian Pendidikan dan Jaringan berperanan merancang, mendidik, memberi pendedahan dan membantu mempertingkatkan kefahaman dan kesedaran terhadap kepelbagaian bidang seni visual dengan berkesan menerusi aktiviti sokongan dan perkhidmatan pendidikan. Balai telah berjaya melaksanakan pelbagai aktiviti dan program khusus untuk mempromosikan kepelbagaian seni visual seperti yang dilakukan oleh Bahagian Korporat. LPSVN beroperasi bukan sahaja sebagai sebuah ruang berpameran sahaja, tetapi juga sebagai pemangkin kepada pembangunan seni visual tanahair. Di sepanjang 2012 sahaja Balai telah menerima sebanyak  300,000 pengunjung, sebanyak 156 liputan media cetak dan 3650 liputan media elektronik telah berjaya diperolehi.
Balai akan terus bergerak kehadapan dengan matlamat dan peranannya. Dalam Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10)  strategi jangka pendek dan jangka panjang dalam tempoh lima tahun telah direncana. Balai telah merangka program yang lebih menyeluruh dalam membangunkan dan mengembangkan seni visual di Malaysia. Antaranya bagi menjana industri pelancongan, ‘KL Biennale’ telah dirancangkan untuk diadakan pada tahun 2014. Manakala dengan akta baru di telah diwartakan Balai dalam proses melebarkan sayap dengan pembukaan cawangan di zon seperti di utara, timur, selatan dengan mengadakan perkongsian pintar dengan muzium seni di Sabah dan Sarawak. Bagi merancakkan lagi kegiatan seni agar tidak sahaja bertumpu di Lembah Klang, kini Balai sedang bekerjasama dengan pihak Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) bagi membuka cawangannya di Langkawi.



1958
BIL
PAMERAN
TAHUN
1
First National Exhibition (a loan collection)
27 Ogos 1958 – 18 Jan 1959

1959
BIL
PAMERAN
TAHUN
1
Indonesian Art
4 Feb – 9 Mei 1959
2
Modern French Art
13 – 30 May 1959
3
The Art of India, Old and New
4 Jun – 25 July 1959
4
Twentieth Century Highlights of American Painting
31 July – 21 August 1959
5
Second National Exhibition
26 August – 2 Jan 1960


1960
BIL
PAMERAN
TAHUN
1
Singapore Art (loan collection)
5 Jan – 6 Feb 1960
2
The Art of Vietnam
18 Feb – 21 May 1960
3
Permanent Collection on Show
21 May – 16 July 1960
4
Aborigine Art
19 July – 19 August 1960
5
Third National Exhibition
26 August – 27 Nov. 1960
6
The Art of Peter Harris
6 Dis 1960 – 5 Jan 1961

1961
BIL
PAMERAN
TAHUN
1
Permanent Collection on Show
10 Jan – 17 Feb 1961
2
Dutch Graphic Art
21 Feb – 7 May 1961
3
Permanent Collection on Show
12 May – 4 Jun 1961
4
The India Collection of the Rt. Hon’ble Malcolm Macdonald, P.C
9 Jun – 15 August 1961
5
Fourth National Exhibition
21 Dis – 4 Feb 1962

1962
BIL
PAMERAN
TAHUN
1
Four Arts in Australia: Exhibition of Etchings, Eastern Peoples, by Dorothy Bordass
9 Feb – 11 Mac 1992
3
Second Exhibition of Aborigine Art
30 Mac – 30 May 1992
4
Permanent Collection on Show
12 June – 15 August 1992
5
Fifth National Exhibition
27 August – 27 Okt 1992
6
Central Australia, Land of Colour, an Exhibition of Paintings by Robert Johnson
27 Nov – 31 Jan 1963

1964
BIL.
PAMERAN
TAHUN
1.
Artist of Cheras
16 Dis 1963 – 12 Jan 1964
2.
The Dato Loke Wan Tho Collection of Photographs
11 Feb – 15 April 1964
3.
Modern Decorative Arts of France
14 May – 14 July 1964
4.
The Seventh National Art Exhibition
24 Sep – 12 Dis 1964
5.
Contemporary Paintings and Ceramics from New Zealand, and Acquisitions of 1964
16 Dis 1964 – 31 Januari 1965

1965
BIL.
PAMERAN
TAHUN

1.
Ancient Art of Asia: Ajanta Caves Paintings
25 Jan – 6 Mac 1965
2.
Farewell Exhibition for Chuah Thean Teng
19 – 25 Feb 1965
3.
Selections from the Permanent Collection
5 – 28 Mac 1965
4.
Nineteen Years of Art in Malaysia – The Sullvian Collection
2 – 27 April 1965
5.
Contemporary Art of Singapore
5 – 31 May 1965
6.
Ancient Art of Asia: Ancient Buddhist Paintings in Japanese Temples and Shrines
28 Jun – 6 Sept 1965
7.
Malaysian Art for the Commonwealth Arts Festival.
29 Jun - 4 July 1965
8.
Malaysian Art for Australia
9 – 15 August 1965
9.
Eighth National Art Exhibition
26 August – 31 Oct 1965
10.
Decorative Art of Modern Japan
15 Nov – 26 Jan 1966
11.
Special Exhibition of Art and Crafts for the SEAP Games
16 – 26 Dis 1965
PAMERAN LUAR NEGARA
12
Malaysia Art Travelling Exhibition in Europe
1965

1966
BIL.
PAMERAN
TAHUN

1.
Malaysia Art Travelling Exhibition in Europe
1966

1967
BIL.
PAMERAN
TAHUN
1.
Picasso
1 – 14 Januari 1967
2.
Soo Pieng – 20 Years of Hill Art, 50th Birthday Show
2 Feb – 15 Mac 1967
1.
Life and Work of Van Gogh
9 – 19 April  1967
3.
Art From Other Lands
28 April – 2 June 1967
4.
Welcome Home Exhibition of Malaysian Art
21 July – 6 August 1967
2.
Tenth Merdeka Celebration Anniversary Exhibition in Johore Baharu
30 August – 3 September 1967
5.
Tenth National Art Exhibition
31 August – 31 Oct 1967
6.
Art of The Space Age
21 Nov – 31 Dis 1967
PAMERAN LUAR NEGARA
7
First Triennale of Contemporary World Art in New Delhi
Okt. – November 1967

1968
BIL.
PAMERAN
TAHUN
1.
Quadruple Exhibition
24 Jan – 18 Feb 1968
2.
Five Singapore Sculpors
1 – 30 March 1968
3.
Rembrandt – Etchings & Drowing
5 April – 5 May 1968
4.
Batik Design & Art
15 May – 26 July 1968
5.
11th National Art Exhibition
27 August – 13 November 1968
6.
Henry Moore
9 – 31 Des 1968

1969
BIL.
PAMERAN
TAHUN
1.
Salon Malaysia 68’
24 Jan – 3 Mac 1969
2.
Rodin & His Contemporaries
15 July – 31 August 1969
3.
12th National Art Exhibition
6 Nov – 14 Dis 1969
PAMERAN LUAR NEGARA
4
Malaysia Art Travelling Exhibition in Australia and New Zealand
1969
5
10th Biennale, Sao Paulo, Brazil
1969
6
Asian Countries in Contemporary Art, Tokyo
1969

1970
BIL.
                                                PAMERAN
TAHUN
1.
Fifteen Artist From Berlin
9 Jan – 15 Feb 1970
2.
Art From USSR
27 Feb – 5 April 1970
3.
Australian Art Today
14 - 27 April 1970
4.
LaxmanPai
8 – 22 May 1970
5.
France Contemporary Graphics
15 Jun – 15 July 1970
6.
Hokusai & Hiroshige
20 July – 16 August 1970
7.
13th National Art Exhibition 
28 August – 4 Oct 1970
9.
M.S.A Mural Competition and HariKebangsaan Paint –in Murals
2 – 15 November 1970
10.
Dato Loke Wan Tho Photographic
23 Nov – 11 Dis 1970
11.
Selected Entries for the Bank Negara Malaysia Mural Competition
12 – 25 Dis 1970
PAMERAN LUAR NEGARA
12
2nd Triennale of Contemporary World Art in New Delhi
7 – 13 October 1970
13
Expo ’70 (International Pavillion)
1970
14
‘Man and His World’ Exposition Montreal, Canada
1970

1971
BIL.
PAMERAN
TAHUN
1.
Potters and Printer of New Zealand
21 Jan – 7 Feb 1971
2.
Swiss Poster
15 Feb – 7 Mac 1971
3.
Affandi From Indonesia
19 Mac – 10 April 1971
4.
Australian Imprint
16 April -16 May 1971
5.
Welcome Home Show
20 May – 6 June 1971
6.
UNESCO Printing From 1900 to 1925
11- 26 June 1971
7.
Traditional Malay Carvings In Wood
6 July – 20 August  1971
8.
Cultural  Congress Show
25 August  - 12 Sept 1971
9.
National Invitation Show
10 Oct – 18 Nov 1971
10.
Albrecth Durer
25 Nov – 12 Dis 1971
11.
National Open Show
17 Dis 1971 – 8 Jan 1972

1972
BIL.
PAMERAN
TAHUN
1.
Personal Choice Exhibition
1972

1974
BIL
PAMERAN
TAHUN
1
Pameran Bergerak ASEAN
15 Jan – 14 Feb 1974
2
Dari Himpunan Tetap
22 Feb. – 17 Mac 1974
3
Pameran Pinjaman
22 Mac – 10 April 1974
4
Seni Lukis dan Pertukangan Tangan Sekolah-Sekolah
15 April – 24 Mei 1974
5
45 Arcawan dari Amerika
7 – 30 Jun 1974
6
Picasso Prints
3 – 23 Julai 1974
7
Pelukis-Pelukis Muda Sezaman 1974
26 Julai – 18 Ogos 1974
8
Lakaran dan Catair
27 Ogos – 29 Sept. 1974
9
Abstract-Expressionists of 1960
27 Sept. – 20 Okt. 1974
10
Seni Reka Batek Sezaman
25 Okt. – 17 Nov. 1974
11
Seni Grafik Kebangsaan
22 Nov. – 10 Dis. 1974
12
Seni Foto Kebangsaan
16 – 22 Dis. 1974
13
Pameran Bergerak – Sabah & Sarawak
17 Mei – 4 Julai 1974
PAMERAN LUAR NEGARA
12
Abstract-Expressionists of 1960
1974
13
Asean Mobile Exhibition
1974

1973
BIL
PAMERAN
TAHUN
1
North Malaysian Week Festival, Aldelaide, Australia
1973

1975
BIL
PAMERAN
TAHUN
1
Seni Lukis Kebangsaan Terbuka
30 Dis. 1974 – 18 Jan. 1975
2
Seni Lukis Dari Pakistan
21 Jan – 4 Feb 1975
3
Perolehan Tahun 70-an
10 Feb – 8 Mac 1975
4
Koleksi Lee Kah Yeow
15 Mac – 13 April 1975
5
Seni Lukis Perancis Sezaman
18 April – 25 Mei 1975
6
Retrospektif Syed Ahmad Jamal
15 Ogos – 7 Sept. 1975
7
Pelukis-Pelukis Muda Sezaman 1975
11 Sept. – 12 Okt. 1975
8
Denis Mitchell
11 Sept. – 12 Okt. 1975
9
Pertandingan Seni Lukis Terbuka
17 Okt. – 17 Nov. 1975
10
Seni Foto Dunia Ke-II
21 Nov. – 31 Dis. 1975
11
Ilustrasi Buku Kanak-Kanak
15 – 30 April 1975
12
Pertandingan Seni Foto Kebangsaan
21 Ogos – 21 Sept. 1975
13
Pesta Budaya di Genting Highlands
14 – 27 Nov. 1975

1976
BIL
PAMERAN
TAHUN
1
Seni Foto Ke-2
22 Nov. 1975 -  22 Jan. 1976
2
Koleksi Saya
28 Jan. – 22 Feb. 1976
3
Himpunan Tahun 70-an
27 Feb. – 27 Mac 1976
4
Seni Arca Moden di Malaysia
12 April – 16 Mei 1976
5
Himpunan Seni Foto Datuk Loke Wan Tho
31 Mei – 26 Jun 1976
6
Seni Bena Malaysia
12 Julai – 14 Ogos 1976
7
Seni Bena SeZaman di Perancis
23 Ogos – 5 Sept. 1976
8
Himpunan Tetap Balai Seni Lukis Negara
7 – 26 Okt. 1976
9
Pesta Kanak-Kanak
9 – 30 Okt. 1976
10
Seni Pertukangan Dari USA
5 – 30 Nov. 1976
11
Lukisan dan Lakaran
6 – 20 Dis. 1976
12
Pelukis-Pelukis Muda Sezaman 1976
30 Dis. 1976 – 20 Jan 1977
PAMERAN LUAR NEGARA
13
Modern Sculpture in Malaysia
1976
14
Pameran Seni Foto Anjuran Asian Cultural Center For UNESCO di Tokyo
1976
15
Lukisan Kanak-Kanak di Naples
1976
16
Lukisan Kanak-Kanak di Belgium
1976
17
Shankar’s International Children’s Competition
1976

1977
BIL
PAMERAN
TAHUN
1
Lukisan oleh Brunetta (Reka-Fesyen dari Italy sejak 25 Tahun yang Lampau – 1950-1976
22 – 31 Jan. 1977
2
Kraft Anyaman Malaysia
4 Feb – 5 April 1977
3
Fokus Bakat Muda 1977
8 April – 15 Mei 1977
4
Lukisan China Koleksi Balai Seni Lukis Negara
10 Jun – 1 Julai 1977
5
Imej Grafik Negeri Jepun
15 – 29 Julai 1977
6
Seni Lukis Malaysia 1957-1977
31 Ogos – 2 Okt. 1977
7
Seni Iklan di Malaysia
11 Okt. 1977
8
Seni Visual Sukan SEA Ke-9
19 Nov. – 14 Dis. 1977
9
Seni Lukis dan Seni Grafik Terbuka 1977
20 Dis. 1977 - 1978
PAMERAN LUAR NEGARA
10
Plastic Arts in Malaysia 1957-1977
1977
11
Open Art and Graphic Print Competition
1977
12
Pertandingan Seni Foto ACCU di Tokyo
1977
13
Pertandingan Logo Asean
1977
14
Pameran di Copenhagen
24 Okt. 1977

1978
BIL
PAMERAN
TAHUN
1
Seni Lukis dan Grafik 1977/78
20 Dis 1977 – 26 Feb 1978
2
Tembikar Malaysia
10 Mac – 10 Mei 1978
3
Seni Sezaman dari Austria ‘Surrealism in Austria’
23 – 30 Mei 1978
4
Seni Lukis dari Institusi-Institusi dan Pertubuhan-Pertubuhan Seni Tempatan
17 Julai – 25 Ogos 1978
5
Dari Himpunan Tetap Muzium Seni Negara
September 1978
6
Permulaan Penjelajahan Seni Lukis Malaysia 1965-1978
12 Sept. 5 Okt. 1978
7
Perspektif Pop – Ketujuh Puluhan
13 Okt. – 15 Nov. 1978
8
Lukisan-Lukisan Koleksi Muzium Seni Negara
Nov – Dis. 1978
9
Lukisan Dakwat China Encik Lee Kah Yeow
Nov. – Dis . 1978
10
30 Buah Cetakan sumbangan Goethe Institut
Nov. – Dis. 1978
11
Karya 18 Pelukis-Pelukis Muda Belgium
11 Dis. 1978 – 20 Jan 1979
12
Koleksi Lee Kah Yeow
Sepanjang tahun 1978
PAMERAN DI LUAR BSVN
13
Seni Foto Turkey
21 – 27 Feb. 1978
14
Zulkifli Haji Mohd Dahalan
23 Jun – 1 Julai 1978
15
Seni Lukis dari Austria di Pulau Pinang
19 Julai – 9 Ogos 1978
16
Seni Lukis Redza Piyadasa
20 – 27 Nov. 1978
PAMERAN LUAR NEGARA
17
3 rd Triennale of Contemporary World Art, India

18
Perdagangan ASEAN, Sydney, Australia
23 Okt. 1978
19
Seni Lukis Kanak-Kanak di Canada

20
Seni Lukis Malaysia 1965-1978, London
2 – 30 Nov. 1978

1979
BIL
PAMERAN
TAHUN
1
Seni Lukis 18 Pelukis Muda dari Belgium
11 Dis. 1978 – 21 Jan. 1979
2
Dari Himpunan Tetap Muzium Seni Negara
26 Jan – 12 April 1979
3
Salon Malaysia
13 April – 9 Jun 1979
4
Tiga Pelukis Grafik Dari Britain
14 Jun – 14 Julai 1979
5
Seni Ukir Orang-Orang Jah-Hut dan Mah-Meri
19 Julai – 20 Okt. 1979
6
Seni Lukis Kanak-Kanak-Sempena Menyambut Tahun Antarabangsa Kanak-Kanak-1979
7 Sept. – 5 Okt. 1979
7
Retrospektif Pelukis-Pelukis Nanyang
26 Okt. – 31 Dis. 1979
8
Lukisan Kanak-Kanak Dari Bangladesh
5 Dis. 1979
9
Seni Foto Sedunia Ketiga
21 Dis. 1979 – Jan 1980
10
Seni Khat Dari Iraq



1981
BIL
PAMERAN
TAHUN
1
Seni Foto Korea
10 – 16 Jan 1981
2
Dari Himpunan Tetap Negara
17 Jan – 5 Mac 1981
3
Meneroka Sejarah Filem Melayu
6 – 31 Mac 1981
4
Dari Himpunan Tetap Negara
4 April – 31 Julai 1981
5
Seni Foto dan Seni Lukis Bergerak ASEAN
10 Julai – 20 ogos 1981
6
Bakat Muda Sezaman 1981
28 Ogos – 9 Nov. 1981
7
Seni Foto Belia ASIA dan Oceania
13 Nov. – 13 Dis. 1981
8
Pemandangan Malaysia
18 Dis – 31 Jan 1981
PAMERAN LUAR NEGARA
1
Seni Lukis Sempena Mustika Malaysia
1 – 10 Mei 1981
2
Triennale India Yang Ke-5
15 – 25 Mac 1981
3
Seni Lukis Asia di Bahrain
25 – 29 Nov. 1981

1982
BIL
PAMERAN
TAHUN
1
Pemandangan Malaysia
18 Dis. 1981 – 31 Jan 1982
2
Seni Lukis Terbuka Negara
5 Feb – 25 Mac 1982
3
Cetakan Grafik
2 April – 1 Mei 1982
4
Dari Koleksi Negara
6 – 26 Mei 1982
5
Lukisan, Grafik, Arca dan Kraftangan dari Koleksi Persendirian
7 Jun – 4 Julai 1982
6
Bakat Muda Sezaman 1982
15 Julai – 16 Ogos 1982
7
Dari Himpunan Tetap dari Tahun 1980 - 1982
17 Ogos – 30 sept. 1982
8
Seni Lukis Malaysia 25 Tahun
8 Okt. – 30 Nov. 1982
9
Seni Lukis dan Seni Foto dari Negara-Negara ASEAN
13 Dis. 1982 – 20 Jan 1983
PAMERAN BERGERAK/LUAR NEGARA
10
Indian Triennale di New Delhi, India
25 Feb – 15 Mac 1982
11
Pameran Bergerak 25 Tahun Seni Lukis Negara


1983
BIL
PAMERAN
TAHUN
1
Seni Lukis dan Seni Foto ASEAN
13 Dis 1982 – 20 Jan 1983
2
Dari Himpunan Tetap
27 Jan – 19 Feb 1983
3
Pameran Terbuka
26 Feb. – 30 Mac 1983
4
Koleksi Tetap Balai Seni Lukis Negara
7 – 30 April 1983
5
Seni Grafik dari Jepun
6 Mei – 1 Jun 1983
6
Koleksi dari Himpunan Tetap BSLN
6 Jun – 18 Julai 1983
7
Bakat Muda Sezaman 1983
27 Julai – 18 Ogos 1983
8
Kanak-Kanak ASEAN
23 Aogos – 3 Sept. 1983
9
Pameran Jemputan Negara
14 Sept. – 9 Okt. 1983
10
Wau dari Jepun/Malaysia
4 – 10 Jun 1983
11
Retrospektif Tay Hooi Keat
14 Okt. – 13 Nov. 1983
12
Ulang Tahun Ke-25 BSLN
21 Nov. – 11 Dis. 1983
13
Lukisan Pelukis Desa dari Penestanan, Ubud, Bali
20 Dis. 1983 – 15 Jan. 1984
PAMERAN BERGERAK/LUAR NEGARA
14
Pameran Bergerak 25 Tahun Seni Lukis Negara
Alor Star
15
Seni Lukis Asia Ke-2 di Dhaka, Bangladesh
28 Nov. – 27 Dis 1983

1984
BIL
PAMERAN
TAHUN
1
Lukisan Dari Penestanan, Bali
20 Dis – 15 Jan 1984
2
Dari Himpunan Tetap Balai Seni Lukis Negara
21 Jan – 24 April 1984
3
Fotografi ‘The English’
12 – 30 April 1984
4
Pameran Terbuka 1984
21 Mei – 30 Jun 1984
5
Seni Lukis dan Seni Khat Antarabangsa
21 Mei – 4 Sept. 1984
6
Seni Lukis Belia ASEAN Ke-2
18 – 27 Juali 1984
7
Landskap Jerman
10 – 31 Ogos 1984
8
Bakat Muda Sezaman 1984
10 Sept. 20 Okt. 1984
9
Lukisan dan Fotografi ASEAN Ke-3
25 Okt. – 9 Dis. 1984
10
Cetakan Himpunan Tetap BSLN
10 – 31 Dis. 1984

1985
BIL
PAMERAN
TAHUN
1
Cetakan Himpunan Balai Seni Lukis Negara
1 – 28 Januari 1985
2
Pameran Terbuka Negara 1985
29 Jan. – 21 Feb. 1985
3
Lukisan dari Muzium Skegen, Denmark
26Feb. – 17 Mac 1985
4
Seni Lukis & Fotografi dari Negara-Negara ASEAN
21 Mac – 10 April 1985
5
Seni Lukis Kanak-Kanak ASEAN
15 – 28 April 1985
6
Art To Wear
6 – 26 Mei 1985
7
Lukisan Rabindranath Tagore
3 – 16 Jun 1985
8
Bakat Muda Sezaman 1985
1 – 21 Julai 1985
9
Seni Lukis Sempena Pesta Kesenian Kuala Lumpur
27 Julai – 11 Ogos 1985
10
Pameran Fakulti Institut Teknologi MARA
22 – 30 Sept. 1985
11
Seni Foto ‘Water & Life’ (Air dan Kehidupan) UNESCO
17 – 31 Okt. 1985
12
Seni Lukis dari Bangladesh
7 – 17 Nov. 1985
13
Warisan Endau/Rompin
21 Nov. – 8 Dis. 1985
14
Lukisan Sezaman dari Jerman Barat
13 Dis. 1985 – 1 Jan 1986
PAMERAN LUAR NEGARA
1
Pameran Kanak-Kanak di Czeshoslovakia

2
Seni Lukis Asia Ke-2,  Fukuoka, Japan
2 Nov. – 1 Dis 1985
3
Projek ‘ASEAN Youth Painting Workshop’
24 Nov. – 4 Dis. 1985

1986
BIL
NAMA PAMERAN
TAHUN
1
Seramik Sezaman dari Australia
6 Jan – 2 Feb. 1986
2
Fotogeraf Himpunan Tetap BSLN
7 Feb – 3 Mac 1986
3
Retrospektif Ibrahim Hussein
13 Mac – 10 April 1986
4
Pameran Terbuka Negara
14 April – 5 Mei 1986
5
Lima Abad Kain Dewangga Perancis
7 – 17 Mei 1986
6
Seni Khat dari Himpunan Tetap
18 Mei – 2 Jun 1986
7
The Sound I Saw
13 – 26 Jun 1986
8
Bakat Muda Sezaman 1986
1 – 20 Julai 1986
9
Ruang
26 Julai – 16 Sept. 1986
10
Georgette Chen
26 Julai – 16 Sept. 1986
11
‘Side By Side’: Seni Lukis Sezaman British dan Malaysia
22 Sept. – 19 Okt. 1986
12
Fotogeraf Henri-Cartier Bresson
26 Okt. – 4 Nov. 1986
13
Habitat  Asia Tenggara
7 – 30 Nov. 1986
14
Puisi Melalui Bahan, Cahaya dan Gerak
8 Dis. – 11 Jan. 1987
PAMERAN LUAR BSLN
1
Seni Lukis Kanak-Kanak ASEAN Ke-3
4 – 20 April 1986
2
Pameran Terbuka 1986
25 Jun – 26 Julai 1986
3
Senifoto Asia dan Pasifik Ke-10 (UNESCO)
21 Julai – 10 Ogos 1986
4
Seni Lukis Kanak-Kanak Kebangsaan
13 – 23 Nov. 1986
PAMERAN LUAR NEGARA
1
Third Asian Art Biennale, Dhaka, Bangladesh
6 April – 3 Mei 1986
2
4th ASEAN Yourth Workshop and Exhibition
19 – 30 Okt. 1986
3
Contemporary Asian Art Show, Seoul, Korea
25 Ogos – 25 Disember 1986

1987
BIL
PAMERAN
TAHUN
1
Poetry Through Material, Light and Movement
8 Dis. 1987
2
Pameran Terbuka
23 Jan – 1 Mac 1987
3
Pameran Fakulti Seni Lukis dan Seni Rupa, I.T.M
5 – 29 Mac 1987
4
Seni Gerafik Soviet
2 – 12 April 1987
5
Seni Lukis Palestin
15 – 30 April 1987
6
Perolehan 1986/1987
4 – 31 Mei 1987
7
Seni Lukis Naif Yugoslavia
5 – 25 Jun 1987
8
Gerafik Tahun Tujuh Puluhan
29 Jun – 19 Julai 1987
9
Bakat Muda Sezaman 1987
27 Julai – 23 Ogos 1987
10
Wau Malaysia/Layang-Layang Jepun
2 – 5 Nov. 1987
11
Pameran Kolaj
9 – 22 Nov. 1987
12
Seni Rupa Pos-Merdeka
1 Dis 1987 – 3 Jan 1988
PAMERAN LUAR NEGARA
1
Seni Foto UNESCO
8 – 16 Sept. 1987
2
5th ASEAN Youth Painting & Exhibition
6 – 17 Jun 1987

1988
BIL
PAMERAN
TAHUN
1
Pameran Terbuka
11 Jan – 21 Feb. 1988
2
Perolehan Bahru
25 Feb. – 17 Mac 1988
3
Pameran Perdana
21 Mac – 3 April 1988
4
Senilukis Malaysia Sezaman
18 April – 8 Mei 1988
5
Seni Khat Antarabangsa
12 Mei – 5 Jun 1988
6
Seni Gerafik Tahun 60an
13 Jun – 9 Julai 1988
7
Seni Bina Islam Di Sepanyol
13 – 31 Julai 1988
8
Bakat Muda Sezaman 1988
8 Ogos – 4 Sept. 1988
9
Alam Seni Fabrik
12 Sept. – 3 Okt. 1988
10
British Drawings 1961 -1975
6 – 30 Okt. 1988
11
30 Tahun Balai Seni Lukis Negara
10 Nov. 31 Dis. 1988

1989
BIL
PAMERAN
TAHUN
1
Pameran Terbuka
7 January – 5 February 1989
2
Lukisan Cat Air Frank Swettenham
10 February – 26 February 1989
3
Frontiers in Fiber: The Americans
8 March – 26 March 1989
4
The First Travelling Exhibition of Painting, Photography and Children’s Art
5 April – 14 May 1989
5
ILHAM – Pameran Fakulti I.T.M.
29 May – 11 June 1989
6
Karikatur, Kartun dan Komik
16 June – 9 July 1989
7
Bakat Muda Sezaman 1989
14 July – 6 August 1989
8
Imajan Sukan
16 August – 3 September 1989
9
Tanah Liat, Bahan Ekspressi
12 September – 1 October 1989
10
ASEAN Art Collection – ASEAN Symposium on Aesthetics, Workshop and Exhibition
5 October – 26 October 1989
11
Henry Moore, Etchings and Litographs – 1949 - 1984
31 October – 26 November 1989
12
Picturing People – Figurative Art Since 1945
2 Disember – 31 Disember 1989


1990

1991
BIL
PAMERAN
TAHUN
1
Retrospektif Henri Cartier Bresson
11 January – 23 January 1991
2
Pameran Terbuka 91
7 February – 13 March 1991
3
Seni Grafik
15 March – 31 March 1991
4
The Japanese People
2 April – 14 April 1991
5
Lukisan Kathe Kollwitz
25 April – 12 May 1991
6
Seni Lukis Dalam Konteks Sosial
7 June – 8 July 1991
7
A French Touch
12 July – 30 July 1991
8
Bakat Muda Sezaman 1991
6 August – 1 September 1991
9
Kemalaysiaan Senilukis Malaysia
13 September – 1 Oktober 1991
10
‘Passion And Silence’ Senilukis Dan Persembahan Sezaman Malaysia/Jepun
4 Oktober – 20 Oktober 1991
11
‘Nuansa’ Pameran Senilukis Wanita Malaysia/Indonesia
23 Oktober – 9 November 1991
12
‘Mind and Matter : New American Abstraction’ and Tamarind Impressions: Recent Litographs’
14 November – 7 Disember 1991
13
Salon Malaysia
20 Disember 1991– 23 February 1992

1992
BIL
PAMERAN
TAHUN
1
Seni Foto Koleksi Loke Wan Tho
10 March – 10 April 1992
2
Pameran Terbuka Malaysia 1992
16 April – 31 May 1992
3
Warna-Warna Tanah; Pameran Seni Tembikar dari United Kingdom
10 July – 2 August 1992
4
Grafik 50-an - Jerman
18 July – 12 August 1992
5
Bakat Muda Sezaman 1992
20 August – 23 September 1992
6
Identiti Islam Dalam Senirupa Malaysia : Pencapaian dan Cabaran
13 Oktober – 4 November 1992
7
Rekacorak Tekstil Malaysia : Dulu dan Kini
3 Disember 1992– 15 January 1993
8
Pameran Bergerak  ‘Senilukis Dalam Konteks Sosial’
May – June 1992

1993
BIL
PAMERAN
TAHUN
1
Rekacorak Tekstil Malaysia: Dulu dan Kini
3 Disember 1992– 15 January 1993
2
‘Eyes on Asean’- A Photographic Journey Through The Association of Southeast Asia Nations
8 Disember – 5 January 1993
3
‘Cries And Whispers’- Catan Figuratif 80an dari Britain
15 January – 4 February 1993
4
Pameran Memperingati Pelukis Nik Zainal Abidin Nik Salleh
18 February – 28 February 1993
5
Threads Of Journey: Australian Quilts Textiles
12 February – 28 February 1993
6
Dari Himpunan Tetap
4 March – 22 April 1993
7
‘Komunikasi Melalui Grafik’- Pameran Seni Cetak
27 April – 11 June 1993
8
Rupa Dan Jiwa: Kesinambungan Tradisi Dalam Senirupa Malaysia Sezaman
15 June – 2 July 1993
9
Manifestasi Jiwa Islam Dalam Senirupa Sezaman
5 July – 15 August 1993
10
Pameran Bergerak Senilukis, Senifoto Dan Lukisan Kanak-Kanak Ke-3
7 Oktober – 7 November 1993
11
Max Ernst – Books And Prints
12 November – 30 November 1993
12
Senifoto ‘Dokumentasi Malaysia
22 Disember 1993 – 22 January 1994
13
Art Rock 93
22 November – 5 Disember 1993

1994
BIL
PAMERAN
TAHUN
1
‘Malaysian Experience’
12 April – 30 April 1994
2
Senifoto Australia ‘Location’
6 – 30 May 1994
3
Seni Fiber Sezaman Malaysia
28 July – 14 August 1994
4
Bakat Muda Sezaman 1994
3 - 28 September 1994
5
Vision And Idea
13 Oktober – 10 Disember 1994


1995
BIL
PAMERAN
TAHUN
1.
Retrospektif Ismail Zain
09.01.1995-18.02.1995
2.
Skin Trilogy
16.03.1995-02.04.1995
3.
Changing Places-Cross Cultural Art
13.04.1995-10.05.1995
4.
Out Of The Wood
17.05.1995-25.06.1995
5.
Lee Kah Yeow Memorial
04.07.1995-10.07.1995
6.
Anugerah Seni Lukis Asean Philip Morris Malaysia 1995
17.07.1995-27.07.1995
7.
Kesenian dan Kerohanian
03.08.1995-31.08.1995
8.
Dari Kayu Tropika
12.09.1995-09.10.1995
9.
Seni Grafik Masa Kini
10.10.1995-10.11.1995
10.
Kartun Dari Belgium & Malaysia
21.10.1995-30.10.1995
11.
Dan Tiga Kembali
05-12-1995-15.01.1996

1996
BIL
PAMERAN
TAHUN
1.
Yeoh Jun Leng-Seni & Fikiran 1952-1995
12.01.1996-28.02.1996
2.
Wols : Fotografi, Lukisan Dan Ukiran
09.03.1996-27.03.1996
3.
Ukiran Malaysia Semasa-Persoalan Tradisi Dan kemodenan
08.04.1996-12.05.1996
4.
Fotografi Sebagai Seni
17.05.1996-30.06.1996
5.
Anugerah Seni Lukis Asean Philip Morris Malaysia 1996
08.07.1996-25.07.1996
6.
Seni & Kosmologi
08.08.1996-02.10.1996
7.
Seni Seramik Norway & Malaysia
04.10.1996-31.10.1996
8.
Eduardo Paolozzi – Pemandangan Tiruan dan Tangga Luar Biasa
06.10.1996-30.10.1996
9.
Visi : Satu Pengembaraan Pelbagai Budaya Malaysia & Australia
04.12.1996-14.12.1996
10.
Bakat Muda Sezaman 1996
18.12.1996-28.12.1997


















1997
BIL
PAMERAN
TAHUN
1.
Poster: Seni & Grafik
29.05.1997-29.06.1997
2.
Lukisan Malaysia
11.08.1997-16.10.1997
3.
Semangat Pelapor Seni 1950-1960
20.10.1997-20.11.1997
4.
Seni Elektronik Pertama Malaysia
26.10.1997-12.12.1997
5.
Catan Figura dari Koleksi Himpunan Tetap 1958-1991
17.04.1997-25.05.1997
6.
Ahmad Khalid Dalam kenangan
03.04.1997-30.14.1997
7.
Barang Kemas Malaysia
13.09.1997-30.09.1997
8.
Pekan Seni Ipoh II
22.09-1997-01.10.1997












1998
BIL
PAMERAN
TAHUN
1
Menemui Modeniti 40 Tahun Angkatan Pelukis Malaysia 1956 - 1996
30 March – 20 May 1998
2
Seni Tekstil Malaysia : Satu Imbasan Kemodenan Berumbi Tradisi
12 September – 31 September 1998
3
Perolehan Terkini 1995 - 1998
12 February – 20 March 1998
4
Bakat Muda Sezaman 1998
6 March – 6 April 1998
5
Seni dan Nasionalisme
21 July – 2 September 1998
6
Kesemakmuran Senilukis Antarabangsa Negara Komanwel : Tradisi, Imaginasi dan Negara Merdeka
25 August – 30 Oktober 1998
7
ASEAN Masterworks
15 January – 6 February 1998
8
Seni Grafik dari Netherlands
25 May – 12 June 1998
9
Seni Orang Asli Malaysia & Australia ‘Kami Mencipta Kesenian Ini’
2 September – 30 September 1998
10
The Athlete
8 - 30 September 1998
11
Seni Gunaan Kanada
7 - 18 September 1998
12
Anugerah Seni Lukis Asean Philip Morris Malaysia 1998
23 June – 7 August 1998
13
Rupa Malaysia : Seni Sedekad 1987-1997
10 March – 31 May 1998
14
Gema : Resonance di Republik Czech
18 May – 10 June 1998
15
Seni Lukis Antarabangsa Asian ke 13
13 November 1998 – January 1999
























1999
BIL
PAMERAN
TAHUN
1
COBRA
4 May – 25 May 1999
2
ZOOM-Seni Multimedia dari Sweden
8 Oktober – 15 Oktober 1999
3
Imbasan Bakat Muda 1974-1997
20 Disember – 30 January 1999
4
Perolehan Terkini
26 February – 12 March 1999
5
Dunia Melayu
12 August – 1 September 1999
6
Seni dan Nasionalisme : Dulu dan Kini
13 August – 5 September 1999
7
Out of the East
2 April – 30 April 1999
8
ALAMI: Antara Langit dan Bumi
25 May – 20 June 1999
9
Seni Sezaman Jerman
1 June – 25 July 1999
10
Seramik Jepun
10  – 27 September 1999
11
Time For Tea
16 September – 10 Oktober 1999
12
Anugerah Seni Lukis Asean Philip Morris Malaysia 1999
20 September – 3 Oktober 1999
13
Artscape : Seni Kontemporari India
1 Oktober – 24 Oktober 1999
14
Eduardo Kingman : Painter of Hand
14 September – 5 Oktober 1999
15
ENIKKI: Diari Bergambar
24 November – 27 February 1999
16
Seni Khat Islam Dari China
10 Disember – 16 January 1999
17
Anugerah Senilukis Philip Morris - ASEAN
3 November – 10 Disember 1999
18
Anugerah Senilukis Nokia
20 Oktober – 21 November 1999






















2000



Isnin, 3 Jun 2013

Debat Ekspressionisme Abstrak: Tajuddin Ismail vs Richard Diebenkorn

Oleh: Faizal Sidik


Tajuddin Hj. Ismail
Lukisan No.4
1979
Campuran
153 x 183 cm
BSVN 1980-013

Artis yang memberi pengaruh yang besar dalam karier Tajuddin Ismail iaitu Richard Diebenkorn dimana ia akan dilihat apakah asas yang dipegang atau manifesto dimiliki oleh kedua-duanya adakah. Adakah lingkungan ekpresionisme abstrak Diebenkorn perlu juga ada dalam karya Tajuddin sedangkan mereka ini berlatarbelakangkan budaya yang berbeza dimana Diebenkorn warganegara Amerika yang mana walaupun lahir di Amerika tetapi masih juga dipengaruhi daripada asal-usulnya iaitu dari Eropah atau lebih seni Ekspressionime Abstrak kepada Expressionisme lebih tepat berakar dari Expressionisme Jerman manakala Tajuddin pula orang Asia atau lebih tepat lagi di kawasan Asia Tenggara yang mana sosio budaya disini masih banyak lagi yang tertinggal  di peringkat awal pengaruhnya terhadap Dienbenkorn. Adakah hanya dengan belajar selama beberapa tahun disana sudah memadai bagi Tajuddin untuk mengamati pemikiran ekspressionisme abstrak barat yang jika digali mempunyai kronologi perjalanan pensejarahan seni yang cukup kompleks setelah lahirnya modernisme yang mana masyarakat pada masa itu telah mula mempunyai rasa ragu-ragu segala bentuk tindakan mereka melalui penerokaan sains termasuklah dalam seni.

Perbandingan ini diperlanjutan lagi dengan memperhalusi karya kedua-duanya secara dekat dari aspek persamaan-persamaan yang boleh dilihat dalam karya yang dipengaruhi. Adakah pengaruh karya Diebenkorn terhadap Tajuddin hanya berlaku hanya dari sudut pemindahan kepada bentukan-bentukan yang ada dalam karya asal kepada karya pendua ataupun Tajuddin hanya menerima bulat-bulat  apa yang dilihat dalam karya Dibenkorn tanpa melihat kesan yang akan kelihatan daripada peralihan karya baru yang akan dihasilkanya yang sudah tenertu akan menimbulkan persoalan kepada kita perlukah seorang artis itu dipengaruhi untuk terus berkarya dan layakkah ia dipanggil sebuah karya yang baru jika perbandiangan ini tidak dapat melihat tiada perbezaan antara karya yang terpengaruh dengan karya yang dipengaruhi. Adakah layak juga ia diberikan nama ‘karya seni’ kerana aspek ketulenan itu boleh diperdebatkan juga.

Perbandingan ini juga akan melihat sejauhmana intelektual antara kedua-dua pengkarya. Apakah buah fikiran yang dibawa oleh mereka. Dalam karier seseorang artis sudah tentu juga ia akan seiring dengan pemikiran dalam karya-karya yang dibawa oleh kedua-duanya. Adakah ada perkembangan pemikiran ini dalam kedua-duanya dari aspek adaptasi teori yang dipinjam dalam pengkaryaan mereka. Jika ada perubahan, adakah sebab perubahan dalam perubahan dari sebuah karya atau siri ke siri itu benar-benar dilihat dari aspek gagasan-gagasan idea yang baru atau hanya mengikut arus perubahan arus perdana di zaman mereka sahaja dimana mereka sebagai artis sepatutnya mempunyai pendirian atau idea mereka sendiri dalam berkarya.Pendekatan mana yang berlaku dalam kedua-kedua mereka ini adakah hanya berkarya mengikut-ikut tanpa ada pertimbangan yang sudah tentu daripada pertimbangan yang bijak ia juga akan memberi sumbangan ilmu yang baru daripada usaha mereka.


 Asas Lingkungan Ekspressionis Abstrak Barat dengan Ekspressionisme tempatan. (Pegangan/Manifesto)

Jika mahu membuat perbandingan antara kedua-dua ini kita harus terlebih dahulu memahami pemikiran atau menifesto yang dibawa oleh aliran yang dibawa oleh Ekspressionisme Abstrak Dibenkorn di Amerika, lahirnya abstrak ekspresionisme tidak boleh tidak, perlu dirujuk sejak zaman impressionisme lagi kerana Diebenkorn sendiri pernah mengakui beliau terpengaruh dengan karya Cezanne yang mana mereka pada aliran ini sudah mula mempersoalkan kenapa perlu  melukis kerana pada waktu ini sudah ada alat mekanikal yang boleh merakam semula apa yang dilihat oleh mata dengan lebih tepat lagi iaitu penciptaan kemera. Maka artis-artis pada waktu ini mahu membuktikan bahawa mereka masih lagi relevan dengan kehendak semasa dengan berkarya melangkaui atau mencabar kehadiran kamera, mereka tidak boleh lagi hanya merekod alam di dalam kanvas malah mereka perlu melihat apa yang tidak boleh dilihat oleh kamera. Mereka melukis daripada apa yang mata mereka lihat bukan apa yang mereka nampak. Maka disini bermulalah satu peralihan besar dalam seni moden yang bukan lagi berkiblatkan kepada merekod alam semula jadi ia meneroka kepada penterjemahan baru dalam melihat objek secara psikologi dan bersifat saintifik.

Untuk melihat susur galur asas lingkungan karya Diebenkorn kita tidak dapat mengelak untuk melihat perjalanan Ekspressionisme Abstrak yang telah timbul sejak di Jerman lagi di awal abad ke-20 dimana perkataan ‘Ekpressionisme’ itu diberikan oleh Herwarth Walden iaitu pemilik galeri yang mengetengahkan karya-karya seni avant-garde yang menjadi satu ikutan atau trend yang berlaku bukan sahaja di Jerman malah diluarnya pada masa itu dikatakan sebagai ‘illustrative reproduction reality’. Ekpressionisme Jerman ini di pelopori kumpulan yang menggelarkan mereka sebagai  ‘Die Brucke’ atau ‘The Bridge’ yang terdiri daripada penulis dan pelukis dimana mereka membawa manifesto ‘Phlistine petty-bourgeois consertavism’ yang menentang golongan bangsawan dimana artis ini bergerak di pub dan kafe kepunyaan mereka dengan menyebarkan aliran pemikiran mereka ini dengan penerbitan jurnal selain memiliki galeri mereka sendiri untuk menterjemahkan pemikiran mereka melalui pameran-pameran yang mereka adakan. Hal ini disusuli dengan kumpulan Die Bleu Reiter atau ‘The Blue Raider’ oleh dua orang pengasasnya iaitu Wassily Kandisky dan Franz Marz yang lebih kritikal terhadap pengkaryaan seni yang melibatkan sensetiviti dan keintelektualan artis sebagai pembuat dalam apa yang mereka manifestokan karya itu ‘pembawaan terhadap emosi’ dimana mereka berkarya bukan untuk meniru alam tatapi dari ‘penglahiran dari jiwa’

Sejarah pengkaryaan Diebenkorn bukan bermula di Jerman tetapi di Amerika. Apa yang saya pekatakan diatas adalah untuk membawa asas kepada Ekspressionisme Abstrak kerana semasa perang dunia pertama banyak orang Eropah berhijrah ke negara baru termasuklah para artis dan apabila mereka berada di dunia baru seperti di Amerika mereka seboleh mungkin untuk melupakan mimpi ngeri akibat peperangan yang dasyat yang berlaku di negara asal mereka. Di sini apa sahaja yang dihasilkan oleh atas akan dilihat dengan cara baru dalam melihat, Aliran Ekpressionisme Abstrak cuba menidakkan atau menentang semula Ekspressionisme Jerman yang kuat kepada representasi kepada yang bersifat tidak representasi atau tidak berfigura, tanpa objek tetapi lebih kepada penglahiran perasaan seaakan-akan tidak berpuas hati dengan pengalaman lalu. Hal ini jelas terpancar dalam hero-hero seni baru di Amerika dalam karya ‘catan aksi’ atau ‘action painting’ oleh Jackson Pollock, ‘colorfields painting’ manakala William De Kooning  Mark Rothko dengan catan warna keseluruhan kanvas adalah antara manifestasi-manifestasi baru yang diungkapkan dalam catan selepas perang, kehidupan di negara baru ini memberi ruang seluas-luasnya kepada artis untuk berekspresi tanpa batasan yang perlu mereka patuhi, apa sahaja baru daripada para seniman akan dianggap sebagai seorang yang genius.

Jadi disini dari aspek ini boleh dijadikan kayu ukur untuk membandingkan antara karya Diebenkorn itu sendiri dengan karya Tajuddin. Jika diperhatikan penglahiran perasaan yang ditimbulkan dalam aliran Abstrak Expressionisme di Amerika ini pada karya Dibenkorn ia itulah sesuatu yang boleh diterima kerana Dibenkon mewarasi budaya orang Barat itu sendiri yang berekpresi atas dasar untuk melahirkan rasa ketidakpuashatian dan rasa marah keatas apa sahaja kerja seni yang mereka lakukan kerana mereka sememangnya berhak itu untuk meluahkan apa yang mereka rasa. Bagaimana pula dengan karya Tajuddin adakah beliau berkarya untuk menimba ilmu atau untuk berekspresi secara emosi, jika berekspresi secara emosi apa pula manifesto yang beliau pegang.

Setelah baliknya pelajar-pelajar yang melanjutkan pelajaran di luar  mereka terus mengajar sebagai guru dan mempraktikkan apa yang mereka pelajaran di luar negara sebelum ini dengan wajah yang sebagaimama dengan pelukis abstrak ekspressionisme di Amerika. Jadi di sini yang menimbulkan polemik bagaimana seharusnya seni lukis abstrak ekspressionisme itu. Seharuskah ia berkiblat terus ke barat sedangkan mereka kini telah berada di Malaysia, kerana iklim wancana ‘seni untuk seni’ yang berlaku disana tidak lagi berlaku disini. Maka lahirlah manifesto Dasar Kebudayaan Kebangsaan yang mengesyorkan ‘seni untuk masyarakat’, yakni menurut manifesto itu seni itu harus kembali kepada masyarakat yang mendukungnya. Maka dari seni para seniman mula mengali kesenian bangsa masing-masing untuk mengkahwinkan dengan aliran yang mereka praktis walaupun kita telah ketuahui kini ‘perkahwinan’ ini tidak bahagia yang manaa satu cabang seni iaitu abstrak ekpressionisme lahir daripada perasaan keegoan yang tinggi dalam penglahiran emosi yang berdasarkan kebebasan dalam berekpresi tanpa sekatan dan yang lagi satu seni kraf yang sebenarnya bersifat kegunaan harian. Jadi pertembungan ini seolah-olah hanya membataskan seniman untuk berekspresi dan sudah tentu karya mereka hanya boleh diterima bagi masyarakat yang hampir dengan budaya yang dibawa oleh pelukis bukan untuk audien luar secara keseluruhannya.

Perbandingan pengaruh awal Richard Diebenkorn dalam Tajuddin Ismail

Sebelum membuat perbandingan adalah wajar bagi kita dahulu bagaimana Diebenkorn pada waktu itu di kawasan pesisir pantai San Francisco iaitu di pantai barat Amerika boleh terkesan dengan aliran ini yang mana pada ketika itu meletus hanya pantai timur atau lebih tepat lagi di New York School. Hal ni adalah kerana dua pemuka ekpressionisme abstrak ini iaitu Mark Rothko dan Clyfford Still pernah mengajar di California School of Fine Art di sini pada akhir tahun 1940 an. Perkara ini sendiri diakui oleh Dienbenkorn dimana beliau sendiri telah dipengruhi  kuat oleh karya Still semasa beliau belajar disitu dimana beliau boleh dikatakan sebagi pelukis lanskap yang mengambarkan ekspresi bentuk muka bumi melalui pendekatan ekspresionisme abstrak.melalui karya-karya di awal tahun 1950 an seperti siri seperti Albuquerque, Urbana dan Berkeley. Tajuddin pula bukan daripada rujukan pertama atau terus daripada Dienbenkorn tetapi dari Professor lukisan iaitu Loser Feitelson semasa belajar di Art Center College of Design di Los Angeles pada tahun 1974. Tajuddin hanya mula dipengaruhi kuat oleh Dienbenkorn apabila beliau melihat karya Dienbenkorn semasa kunjungan ke muzium seni dan tertarik dengan penggunaan garisan dan warna yang minimal oleh Dienbenkorn.



Pengaruh awal ini dapat dilihat jelas dalm siri Gridscape yang di hasilkan oleh Tajuddin pada 1977 setelah begitu terkesan selepas melihat karya Ocean Park No. 54 yang dihasilkan oleh beliau pada tahun 1972 dengan menggunakan cat minyak di atas kanvas yang menjadi koleksi San Francisco Museum of Modern Art. Jika kita dapat melihat terdapat perbezaan yang ketara antara pelukis ekspressinisme abstrak dengan di New York School dan San Francisco School, perkara ini dapat dilihat dengan amalan karya Diebenkon sendiri, walaupun beliau belajar terus daripada Still yang merupakan pendukung abstraksi penggunaan warna atas kanvas dengan tidak bersubjekkan apa-apa cuma bermain dengan pengalaman kederiaan audien dalam melihat warna-warna yang merangsang dan mengelirukan persepsi audien tidak berlaku dalam karya-karya Dienbenkon. Beliau hanya mengguna pakai gaya abstrak tetapi bersubjekkan pemandangan alam semulajadi di litesekitar California yang pernah menjadi studionya, jadi tidak hairalah dalam setiap siri Diebenkorn banyak menggunakan nama tempat sebagai tajuk dalam karya. Jadi pendirian yang boleh kita kemukakan di sini Dibenkorn bukan berada dalam arus perdana pengkaryaan seni abstrak di Amerika yang mana mereka ini bukan sahaja hanya dari dasar emosi dalam berekspresi tetapi jika di kaji balik membuka suatu ruang baru bagaimana untuk melihat imej diatas permukaan segi empat, bukan untuk memberi makna atas apa yang mereka lakukan tetapi untuk melihat tindakbalas-tindakbalas yang terhasil daripada setiap perlakuan yang mereka letak di atas kanvas. Hal ini sudah tentu mengganggu audien yang belum biasa dengan imej-imej yang bukan objek seperti yang biasa mereka lihat.

Walaupun begitu Diebnekorn dilihat mengambil jalan pertengahan dengan menggunakan abstraksi bukan untuk gagasan-gagasan idea yang ingin dibawa, tetapi hanya untuk mengambar atau membuat imej, saya melihat Diebenkorn bukanlah seorang yang memberi sumbangan baru dalam seni abstrak di Amerika tetapi menoleh semula kebelakang dengan membuat lanskap. Jika kita melihat dalam karya awal Tajuuddin beliau mungkin tidak menyedari akan hal ini secara langsung atau tidak langsung, di awal pengaruh ini mungkin benar beliau terpengaruh degan garisan yang vertikal dan horizontal dalam Ocean Park yang mungkin Diebenkorn juga terpengaruh dengan dengan siri karya Composition  seperti yang kita lihat oleh Mondrian tetapi Mondrian membpunyai asas yang kukuh kerana mengalami revolusi dipada realisme, semi-realisme sehinggalah ke abstraksi dalam Composition. Apakah pula gagasan idea Dienbenkorn dan Tajuddin sehingga terus tanpa ada alasan unetuk kearah itu. Apa yang dapat saya lihat mereka mengambil idea untuk diterjemahkan oleh mereka sendiri dalam bentuk visual dalam cara baru tetapi mengambil imej daripada Mondrian yang dapat dilihat jelas dalam siri Ocean Park dan dan Siri Gridscape oleh Tajuddin.






Khamis, 9 Mei 2013

"Manjung School: Pilihan Rakyat"


Oleh: Faizal Sidik


Faizal Sidik (2013), 'Manjung School: Pilihan Rakyat', Senikini #19, (Isu 2, 2013), ms 16-17, Balai Seni Visual Negara, Kuala Lumpur.



 Manjung merupakan antara 11 buah daerah yang terdapat di dalam negeri Perak. Pada zaman kerajaan Melayu lama, daerah Manjung terkenal sebagai pusat pentadbiran kerajaan awal negeri. Antara kerajaan awal Perak yang terdapat di sini adalah kerajaan Dinding dan Beruas. Daerah Manjung terletak di dalam Parlimen Lumut yang mempunyai tiga Dewan Undangan Negeri iaitu Sitiawan, Pasir Panjang dan Pangkor. Daerah ini sangat terkenal sebagai tempat peranginan berhampiran dengan kawasan pantai menjadi tarikan pelancong seperti Teluk Batik, Teluk Rubiah dan Pulau Pangkor.

Permaknaan ‘School of thought’ merujuk kepada gaya atau stail yang lahir dari suatu tempat atau satu gerakan. School of Paris adalah asalan daripada gerakan seni lukis yang berpusat di sekitar kota Paris pada akhir abad ke 17 dan awal abad ke 18 melahirkan hero-hero seni seperti Cezanne, Van Gogh, Picasso. Kemudian New York School muncul sebagi pusat seni lukis utama pada abad ke-19 hingga kini terkenal dengan karakter utama seperti Jackson Pollock, Andy Warhol, Mark Rothko. Gerakan seni Manjung School adalah merujuk kepada pandangan aliran seni lukis baru yang berasal daripada sebuah kawasan barat negeri Perak yang mempunyai pengaruh yang dekat dengan iklim maritim. Manjung School atau Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka ITM Seri Manjung mula ditubuhkan pada 1996. Terma Manjung School ini diambil bagi meletakkan aliran seni yang pernah bertapak di situ daripada 1996 hingga 2002 yang mempunyai tiga jabatan iaitu Seni Halus, Seramik dan Fesyen.

Pameran berkumpulan pelukis aliran Manjung ‘Manjung School: Pilihan Rakyat’ ini mempamerkan karya-karya terkini oleh pelukis yang pernah bersama di sini antaranya Ahmad Fairus Ahmad aka Along, Ekhsan Haniff, Eruan Adnan, Faizal Sidik, Nadiah Mohamed, Nuriman Amri dan Zazlan Zaeeha Zaini dimana kebanyakan mereka ini pernah memenangi anugerah seni diperingkat nasional dan penglibatan dalam arena seni antarabangsa seperti Faizal Sidik wakil Manjung School yang pertama kali memenangi hadiah Young Contemporary Awards atau Bakat Muda Sezaman 2000 dan juga Co-Curator bagi Singapore Biennale 2013, Ekhsan Haniff memenangi hadiah ASEAN Philip Morris Art Awards, Nadiah Mohamed dan Nuriman Amri pula memenangi Nokia Art Award Asia Pasific 2001.

Karya dan objek yang terhasil adalah kesan refleksi pengkarya terhadap kehidupan yang ditempoh melalui masa. Seniman tidak boleh melarikan diri daripada masyarakat, sedikit sebanyak penciptaan mereka adalah cerminan kepada nasib masyarakat yang mereka depani. Karya seni adalah produk budaya yang merakam dan mendokumentasikan pergolakan yang terpilih daripada rakyat untuk rakyat. Pameran ‘Manjung School: Pilihan Rakyat’ mempamerkan karya-karya mutakhir pelukis aliran Manjung yang berkisar kepada tindakbalas isu-isu semasa yang berlaku di dalam negara dari segi politik dan sosial, sebagai artis mereka juga tidak mahu melepaskan diri dalam merayakan babak penting dalam sejarah demokrasi negara iaitu Pilihan Raya Umum.

Karya Zazlan banyak menggunkan metafora binatang tertentu seperti ayam jantan, gagak, ikan dalam memaksudkan perwatakan seseorang. Dalam ‘Trap in Fear’ beliau memperlihatkan ayam jantan sebagai watak pejuang dalam perlagaan atau perlawanan. Sifat semulajadi ayam jantan apabila dibela dan diberi makan jika dilepaskan tetap akan kembali ke reban dimana ia mendapat makanan (habuan) walaupun dia akan disembelih kerana selasa dengan apa yang ia perolehi daripada perlu bersaing di luar. Perkara ini beliau ibaratkan kepada pemimpin politik tertentu yang apabila telah diperangkap dengan kemewahan dengan ‘kerusi’ yang dipegang selama ini mereka maka mereka lupa akan kesusahan rakyat bawahan .

Faizal Sidik memilih karakter wayang kulit dalam menyatakan pendangannya terhadap isu politik semasa negara. Isu kebebasan hak bersuara yang pegangi di awal karier pengkaryaan sejak akhir 90 an kini masih segar dengan pergolakan semasa. Karya ‘Tak Percaya Pada Media’ adalah karya catan yang bersikap sinikal dalam mengkritik pihak tertentu. Tanpa berselindung Faizal melihat media telah di pergunakan oleh pihak tertentu dalam merencanakan agenda mereka. Imej karakter separuh kepala dan sebahagiannya lagi menyerupai tv, radio, kamera video dan mikrofon simbol media yang diperkudakan dalam menjayakan misi politik tertentu. Faizal seolah-olah ‘gerila politik’ yang menggunkan lukisan sebagai senjata.

Ekhsan Haniff yang terkenal dengan siri resepi alam kembali dengan karya format berkenaan. Dalam ‘Dilema Belenggu’ Ekhsan menghasilkan karya kotak ‘art in a box’ seolah-olah dalam pameran ‘Pilihan Rakyat’ ini seperti ada sesuatu perkara yang memenjarakan dirinya yang ingin dikongi oleh beliau kepada umum. Adakah 3 karya kotak ini representasi kepada kotak undi yang menentukan arah tuju kepimpinan negara ini yang di belenggu pada Pilihan Raya Umum kali ini? Apa yang pasti setiap kotak mempunyai ceritanya sendiri, biarlah pilihan untuk menilai itu diberikan kepada rakyat.

Jerit perih rakyat dalam menghadapi kehidupan seharian didokumentasikan oleh Iman dalam “Bukan ketahuan kamu...”. Apakah yang ingin dimaksudkan oleh beliau dalam karya instalasi dinding ini? Adakah beliau ingin menyoal kepada pemimpin tentang apa yang selalu dilakukan oleh rakyat marhaen dalam mencari rezeki sehinggakan beliau menyoal apa yang mereka tahu? Nuriman seolah-olah melontarkan ketiakpuashatian beliau terhadap apa yang berlaku dipersekitarannya pada waktu ini seperti ungkapan mendalam yang penuh tanda tanya ini:

“Alam benda dan peralatan,
Antara pengalaman sepanjang kerja,
Buat selagi tahu cara gunanya,
dengan sabar...”

Fairus Ahamad Yusof aka Along tampil dengan karya protes dalam siri Alami terkini dengan tajuk ‘Alami; 13’ . Imejan fokus iaitu figura yang bertanda ‘X’ dibahagian kepala, mikrofon yang berkepak seperti burung sebagai simbol kebebasan bersuara adalah luahan rasa yang rakyat alami terhadap terhadap keputusan pilihan raya 2013. Bagi beliau bebas untuk bersuara, adalah kebebasan rakyat untuk mecalitkan dakwat di atas kanvas putih. Mencari kebenaran bagi dirinya harus diraikan bersama-sama tanpa rasa sangsi dan keraguan perlu dalam merubah citra dan entiti budaya sosial politik masa kini, untuk mendepani gagasan yang lebih bermakna dalam menghadapi hari kemudian.

Siri karya ‘Bed of Tough Nut’ dalam pengkaryaan Nadiah Mohamed seolah-olah ada sesuatu rahsia yang disimpan rapi. Dalam ‘Bed of Tough Nut II’ setiap petakan mempunyai naratif yang tersendiri. 5 petakan ruang menunjukkan bentuk siap, separuh siap dan tidak disiapkan dengan sempurna. Nadiah menyamakan bentuk ini dengan perbezaan rupa paras yang ada pada manusia dimana ada yang cantik, biasa dan kurang cantik. Setiap bentuk atau kehidupan ada kecantikan tertentu yang tidak dimiliki oleh orang-orang tertentu. Begitu jugalah dengan sikap manusia ada yang jujur, keraguan dan sarat dengan penipuan. Nadiah mengkritik secara halus ketidakadilan manusia melalui elemen bentuk dan warna.

Kehadiran pelukis-pelukis kelahiran Manjung dalam persada seni lukis tanahair dilihat mempunyai stail dan gaya yang tersendiri dan mampu untuk membawa gelombang ombak besar dalam mewarnai arena seni lukis di negara ini hasil didikan peneroka awal seperti En Khalil Sulaiman, Zainuddin Md Nor, Zaharah Jaafar, Azhar Manan, Izaddin Matarah dan lain-lain. Semangat rumah kedai dua tingkat berwarna perang dan putih menjadi klasik dibawa mereka dimana-mana mereka berada seperti yang dinyatakan dalam karya Eruan Adnan ‘Kami Bersatu di Perak’.

Manjung School: Pilihan Rakyat
29 April – 29 Mei 2013
Galeri 1,
Galeri Shah Alam



Faizal Sidik, Curator, ‘Manjung School: Pilihan Rakyat’, Galeri Shah Alam
Faizal Sidik, Curator, ‘Manjung School: Pilihan Rakyat’, Galeri Shah Alam