Oleh: Faizal Sidik
Tajuddin Hj.
Ismail
Lukisan No.4
1979
Campuran
153 x 183 cm
BSVN 1980-013
Artis yang memberi pengaruh yang besar dalam karier Tajuddin Ismail iaitu Richard Diebenkorn dimana ia akan dilihat apakah asas yang dipegang atau manifesto dimiliki oleh kedua-duanya adakah. Adakah lingkungan ekpresionisme abstrak Diebenkorn perlu juga ada dalam karya Tajuddin sedangkan mereka ini berlatarbelakangkan budaya yang berbeza dimana Diebenkorn warganegara Amerika yang mana walaupun lahir di Amerika tetapi masih juga dipengaruhi daripada asal-usulnya iaitu dari Eropah atau lebih seni Ekspressionime Abstrak kepada Expressionisme lebih tepat berakar dari Expressionisme Jerman manakala Tajuddin pula orang Asia atau lebih tepat lagi di kawasan Asia Tenggara yang mana sosio budaya disini masih banyak lagi yang tertinggal di peringkat awal pengaruhnya terhadap Dienbenkorn. Adakah hanya dengan belajar selama beberapa tahun disana sudah memadai bagi Tajuddin untuk mengamati pemikiran ekspressionisme abstrak barat yang jika digali mempunyai kronologi perjalanan pensejarahan seni yang cukup kompleks setelah lahirnya modernisme yang mana masyarakat pada masa itu telah mula mempunyai rasa ragu-ragu segala bentuk tindakan mereka melalui penerokaan sains termasuklah dalam seni.
Perbandingan ini diperlanjutan lagi dengan memperhalusi karya kedua-duanya
secara dekat dari aspek persamaan-persamaan yang boleh dilihat dalam karya yang
dipengaruhi. Adakah pengaruh karya Diebenkorn terhadap Tajuddin hanya berlaku
hanya dari sudut pemindahan kepada bentukan-bentukan yang ada dalam karya asal
kepada karya pendua ataupun Tajuddin hanya menerima bulat-bulat apa yang dilihat dalam karya Dibenkorn tanpa
melihat kesan yang akan kelihatan daripada peralihan karya baru yang akan
dihasilkanya yang sudah tenertu akan menimbulkan persoalan kepada kita perlukah
seorang artis itu dipengaruhi untuk terus berkarya dan layakkah ia dipanggil
sebuah karya yang baru jika perbandiangan ini tidak dapat melihat tiada
perbezaan antara karya yang terpengaruh dengan karya yang dipengaruhi. Adakah
layak juga ia diberikan nama ‘karya seni’ kerana aspek ketulenan itu boleh
diperdebatkan juga.
Perbandingan ini juga akan melihat sejauhmana intelektual antara kedua-dua
pengkarya. Apakah buah fikiran yang dibawa oleh mereka. Dalam karier seseorang
artis sudah tentu juga ia akan seiring dengan pemikiran dalam karya-karya yang
dibawa oleh kedua-duanya. Adakah ada perkembangan pemikiran ini dalam
kedua-duanya dari aspek adaptasi teori yang dipinjam dalam pengkaryaan mereka.
Jika ada perubahan, adakah sebab perubahan dalam perubahan dari sebuah karya
atau siri ke siri itu benar-benar dilihat dari aspek gagasan-gagasan idea yang
baru atau hanya mengikut arus perubahan arus perdana di zaman mereka sahaja
dimana mereka sebagai artis sepatutnya mempunyai pendirian atau idea mereka
sendiri dalam berkarya.Pendekatan mana yang berlaku dalam kedua-kedua mereka
ini adakah hanya berkarya mengikut-ikut tanpa ada pertimbangan yang sudah tentu
daripada pertimbangan yang bijak ia juga akan memberi sumbangan ilmu yang baru
daripada usaha mereka.
Asas
Lingkungan Ekspressionis Abstrak Barat dengan Ekspressionisme tempatan.
(Pegangan/Manifesto)
Jika mahu membuat perbandingan antara kedua-dua ini kita harus terlebih
dahulu memahami pemikiran atau menifesto yang dibawa oleh aliran yang dibawa
oleh Ekspressionisme Abstrak Dibenkorn di Amerika, lahirnya abstrak
ekspresionisme tidak boleh tidak, perlu dirujuk sejak zaman impressionisme lagi
kerana Diebenkorn sendiri pernah mengakui beliau terpengaruh dengan karya
Cezanne yang mana mereka pada aliran ini sudah mula mempersoalkan kenapa
perlu melukis kerana pada waktu ini
sudah ada alat mekanikal yang boleh merakam semula apa yang dilihat oleh mata
dengan lebih tepat lagi iaitu penciptaan kemera. Maka artis-artis pada waktu
ini mahu membuktikan bahawa mereka masih lagi relevan dengan kehendak semasa
dengan berkarya melangkaui atau mencabar kehadiran kamera, mereka tidak boleh
lagi hanya merekod alam di dalam kanvas malah mereka perlu melihat apa yang
tidak boleh dilihat oleh kamera. Mereka melukis daripada apa yang mata mereka
lihat bukan apa yang mereka nampak. Maka disini bermulalah satu peralihan besar
dalam seni moden yang bukan lagi berkiblatkan kepada merekod alam semula jadi
ia meneroka kepada penterjemahan baru dalam melihat objek secara psikologi dan
bersifat saintifik.
Untuk melihat susur galur asas lingkungan karya
Diebenkorn kita tidak dapat mengelak untuk melihat perjalanan Ekspressionisme
Abstrak yang telah timbul sejak di Jerman lagi di awal abad ke-20 dimana
perkataan ‘Ekpressionisme’ itu diberikan oleh Herwarth Walden iaitu pemilik
galeri yang mengetengahkan karya-karya seni avant-garde yang menjadi satu
ikutan atau trend yang berlaku bukan sahaja di Jerman malah diluarnya pada masa
itu dikatakan sebagai ‘illustrative reproduction reality’.
Ekpressionisme Jerman ini di pelopori kumpulan yang menggelarkan mereka
sebagai ‘Die Brucke’ atau ‘The Bridge’ yang terdiri daripada penulis dan
pelukis dimana mereka membawa manifesto ‘Phlistine
petty-bourgeois consertavism’ yang menentang golongan bangsawan dimana
artis ini bergerak di pub dan kafe kepunyaan mereka dengan menyebarkan aliran
pemikiran mereka ini dengan penerbitan jurnal selain memiliki galeri mereka
sendiri untuk menterjemahkan pemikiran mereka melalui pameran-pameran yang
mereka adakan. Hal ini disusuli dengan kumpulan Die Bleu Reiter atau ‘The Blue Raider’
oleh dua orang pengasasnya iaitu Wassily Kandisky dan Franz Marz yang lebih
kritikal terhadap pengkaryaan seni yang melibatkan sensetiviti dan
keintelektualan artis sebagai pembuat dalam apa yang mereka manifestokan karya
itu ‘pembawaan terhadap emosi’ dimana mereka berkarya bukan untuk meniru alam
tatapi dari ‘penglahiran dari jiwa’
Sejarah pengkaryaan Diebenkorn bukan
bermula di Jerman tetapi di Amerika. Apa yang saya pekatakan diatas adalah
untuk membawa asas kepada Ekspressionisme Abstrak kerana semasa perang dunia
pertama banyak orang Eropah berhijrah ke negara baru termasuklah para artis dan
apabila mereka berada di dunia baru seperti di Amerika mereka seboleh mungkin
untuk melupakan mimpi ngeri akibat peperangan yang dasyat yang berlaku di
negara asal mereka. Di sini apa sahaja yang dihasilkan oleh atas akan dilihat
dengan cara baru dalam melihat, Aliran Ekpressionisme Abstrak cuba menidakkan
atau menentang semula Ekspressionisme Jerman yang kuat kepada representasi
kepada yang bersifat tidak representasi atau tidak berfigura, tanpa objek
tetapi lebih kepada penglahiran perasaan seaakan-akan tidak berpuas hati dengan
pengalaman lalu. Hal ini jelas terpancar dalam hero-hero seni baru di Amerika
dalam karya ‘catan aksi’ atau ‘action
painting’ oleh Jackson Pollock, ‘colorfields painting’ manakala William De
Kooning Mark Rothko dengan catan warna
keseluruhan kanvas adalah antara manifestasi-manifestasi baru yang diungkapkan
dalam catan selepas perang, kehidupan di negara baru ini memberi ruang
seluas-luasnya kepada artis untuk berekspresi tanpa batasan yang perlu mereka
patuhi, apa sahaja baru daripada para seniman akan dianggap sebagai seorang
yang genius.
Jadi disini dari aspek ini boleh
dijadikan kayu ukur untuk membandingkan antara karya Diebenkorn itu sendiri
dengan karya Tajuddin. Jika diperhatikan penglahiran perasaan yang ditimbulkan
dalam aliran Abstrak Expressionisme di Amerika ini pada karya Dibenkorn ia
itulah sesuatu yang boleh diterima kerana Dibenkon mewarasi budaya orang Barat
itu sendiri yang berekpresi atas dasar untuk melahirkan rasa ketidakpuashatian
dan rasa marah keatas apa sahaja kerja seni yang mereka lakukan kerana mereka
sememangnya berhak itu untuk meluahkan apa yang mereka rasa. Bagaimana pula
dengan karya Tajuddin adakah beliau berkarya untuk menimba ilmu atau untuk
berekspresi secara emosi, jika berekspresi secara emosi apa pula manifesto yang
beliau pegang.
Setelah baliknya pelajar-pelajar yang melanjutkan
pelajaran di luar mereka terus mengajar
sebagai guru dan mempraktikkan apa yang mereka pelajaran di luar negara sebelum
ini dengan wajah yang sebagaimama dengan pelukis abstrak ekspressionisme di
Amerika. Jadi di sini yang menimbulkan polemik bagaimana seharusnya seni lukis
abstrak ekspressionisme itu. Seharuskah ia berkiblat terus ke barat sedangkan
mereka kini telah berada di Malaysia, kerana iklim wancana ‘seni untuk seni’
yang berlaku disana tidak lagi berlaku disini. Maka lahirlah manifesto Dasar
Kebudayaan Kebangsaan yang mengesyorkan ‘seni untuk masyarakat’, yakni menurut
manifesto itu seni itu harus kembali kepada masyarakat yang mendukungnya. Maka
dari seni para seniman mula mengali kesenian bangsa masing-masing untuk
mengkahwinkan dengan aliran yang mereka praktis walaupun kita telah ketuahui
kini ‘perkahwinan’ ini tidak bahagia yang manaa satu cabang seni iaitu abstrak
ekpressionisme lahir daripada perasaan keegoan yang tinggi dalam penglahiran
emosi yang berdasarkan kebebasan dalam berekpresi tanpa sekatan dan yang lagi
satu seni kraf yang sebenarnya bersifat kegunaan harian. Jadi pertembungan ini
seolah-olah hanya membataskan seniman untuk berekspresi dan sudah tentu karya
mereka hanya boleh diterima bagi masyarakat yang hampir dengan budaya yang
dibawa oleh pelukis bukan untuk audien luar secara keseluruhannya.
Perbandingan pengaruh awal Richard
Diebenkorn dalam Tajuddin Ismail
Sebelum membuat perbandingan adalah wajar bagi kita dahulu bagaimana
Diebenkorn pada waktu itu di kawasan pesisir pantai San Francisco iaitu di
pantai barat Amerika boleh terkesan dengan aliran ini yang mana pada ketika itu
meletus hanya pantai timur atau lebih tepat lagi di New York School. Hal ni
adalah kerana dua pemuka ekpressionisme abstrak ini iaitu Mark Rothko dan
Clyfford Still pernah mengajar di California School of Fine Art di sini pada
akhir tahun 1940 an. Perkara ini sendiri diakui oleh Dienbenkorn dimana beliau
sendiri telah dipengruhi kuat oleh karya
Still semasa beliau belajar disitu dimana beliau boleh dikatakan sebagi pelukis
lanskap yang mengambarkan ekspresi bentuk muka bumi melalui pendekatan
ekspresionisme abstrak.melalui karya-karya di awal tahun 1950 an seperti siri
seperti Albuquerque, Urbana dan Berkeley. Tajuddin pula bukan daripada rujukan pertama atau terus
daripada Dienbenkorn tetapi dari Professor lukisan iaitu Loser Feitelson semasa
belajar di Art Center College of Design di Los Angeles pada tahun 1974.
Tajuddin hanya mula dipengaruhi kuat oleh Dienbenkorn apabila beliau melihat
karya Dienbenkorn semasa kunjungan ke muzium seni dan tertarik dengan
penggunaan garisan dan warna yang minimal oleh Dienbenkorn.
Pengaruh awal ini dapat dilihat jelas dalm siri Gridscape yang di hasilkan
oleh Tajuddin pada 1977 setelah begitu terkesan selepas melihat karya Ocean
Park No. 54 yang dihasilkan oleh beliau pada tahun 1972 dengan menggunakan cat minyak
di atas kanvas yang menjadi koleksi San Francisco Museum of Modern Art. Jika
kita dapat melihat terdapat perbezaan yang ketara antara pelukis ekspressinisme
abstrak dengan di New York School dan San Francisco School, perkara ini dapat
dilihat dengan amalan karya Diebenkon sendiri, walaupun beliau belajar terus
daripada Still yang merupakan pendukung abstraksi penggunaan warna atas kanvas
dengan tidak bersubjekkan apa-apa cuma bermain dengan pengalaman kederiaan
audien dalam melihat warna-warna yang merangsang dan mengelirukan persepsi
audien tidak berlaku dalam karya-karya Dienbenkon. Beliau hanya mengguna pakai
gaya abstrak tetapi bersubjekkan pemandangan alam semulajadi di litesekitar
California yang pernah menjadi studionya, jadi tidak hairalah dalam setiap siri
Diebenkorn banyak menggunakan nama tempat sebagai tajuk dalam karya. Jadi
pendirian yang boleh kita kemukakan di sini Dibenkorn bukan berada dalam arus
perdana pengkaryaan seni abstrak di Amerika yang mana mereka ini bukan sahaja
hanya dari dasar emosi dalam berekspresi tetapi jika di kaji balik membuka
suatu ruang baru bagaimana untuk melihat imej diatas permukaan segi empat,
bukan untuk memberi makna atas apa yang mereka lakukan tetapi untuk melihat
tindakbalas-tindakbalas yang terhasil daripada setiap perlakuan yang mereka
letak di atas kanvas. Hal ini sudah tentu mengganggu audien yang belum biasa
dengan imej-imej yang bukan objek seperti yang biasa mereka lihat.
Walaupun begitu Diebnekorn dilihat mengambil jalan pertengahan dengan
menggunakan abstraksi bukan untuk gagasan-gagasan idea yang ingin dibawa,
tetapi hanya untuk mengambar atau membuat imej, saya melihat Diebenkorn
bukanlah seorang yang memberi sumbangan baru dalam seni abstrak di Amerika
tetapi menoleh semula kebelakang dengan membuat lanskap. Jika kita melihat
dalam karya awal Tajuuddin beliau mungkin tidak menyedari akan hal ini secara
langsung atau tidak langsung, di awal pengaruh ini mungkin benar beliau
terpengaruh degan garisan yang vertikal dan horizontal dalam Ocean Park yang
mungkin Diebenkorn juga terpengaruh dengan dengan siri karya Composition
seperti yang kita lihat oleh Mondrian tetapi Mondrian membpunyai
asas yang kukuh kerana mengalami revolusi dipada realisme, semi-realisme
sehinggalah ke abstraksi dalam Composition.
Apakah pula gagasan idea Dienbenkorn dan Tajuddin sehingga terus tanpa ada
alasan unetuk kearah itu. Apa yang dapat saya lihat mereka mengambil idea untuk
diterjemahkan oleh mereka sendiri dalam bentuk visual dalam cara baru tetapi
mengambil imej daripada Mondrian yang dapat dilihat jelas dalam siri Ocean Park dan dan Siri Gridscape oleh Tajuddin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan