Selasa, 27 September 2016

Perihal Mencari Imej?

Oleh: Faizal Sidik


Didalam esei ‘Mencari imej Seni Lukis Malaysia’ oleh Nasir Baharuddin keluaran bulan Jun beliau ada menjelaskan tentang jalan buntu pelukis yang masih terpinga-pinga memikirkan imej apa yang sewajarnya di hasilkan dalam ertikata ditempelkan dalam pengkaryaan mereka. Dalam perenggan pertama beliau ada menyebut bagaimana pelukis masih mencari bentukan apakah yang sesuai dalam mengesahkan agar karya yang mereka hasilkan diberi penghormatan dalam acuan seni lukis disini.

            Perihal ini adalah menjadi satu tanda tanya kepada kita imej yang bagaimana yang mereka rasakan mampu untuk mengambarlkan seni lukis itu sendiri. Hal ini kerana seni lukis wujud dalam zaman kontemporari ini bukan lagi seperti seni lukis di abad pertengahan dimana pengkaryaan berpusat kepada imej-imej dogma dibawah pengaruh gereja ketika itu dimana seniman melukiskan semula imej-imej yang terdapat di dalam Injil. Adakah pengkaryaan seni halus kini mahu kembali ke zaman itu. Dari sini dilihat pernyataan ide yang dapat dilihat cerminan daripadanya sejak berlakunya era seni lukis moden masih lagi dengan imijan-imijan yang lokaliti dan bersifat setempat , permasalahan yang akan timbul apabila imej setempat ini diperlihatkan , ianya hanya akan difahami para pengamat oleh persekitaran yang telah biasa ataupun dalam lingkungan sahaja. Namun tiadak pula bagi para pengamat yang datangnya dari budaya yang laian dengan pengkarya tersebut. Jadi sift mencari imej lokal amat terbatas ruang perbincangan terhadapnya dimana menuntut imej yang universal agar pelbagai kemungkinan-kemungkinan daripadanya dapat dijelaskan.


            Didalam perenggan kedua Nasir ada mempersoalkan tentang ralevensinya dari sudut kebernilaian yang perlunya dipraktikan oleh imej-imej setempat itu , saya berpendapat ya, semestinya pengkarya-pengkarya sedar tentang hal ini ada kerana mereka tidak dapat melarikan diri daripada ; Pertama pengaruh awalan didikan seni lukis mereka dimana setiap tertubuhnya instistusi pengkajian dalam seni luks sudah tentu mempunyai aliran mahupun  arah yangtertentu mempunyai aliran mahupunn arah yang tertentu kemanakah objektif yang hendak dibawa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan