Pameran solo pertama 'Faizal Sidik: Lukisan 1996-2006' ini merupakan satu pameran retrospektif atau mengimbau
semula hasil-hasil lukisan yang pernah saya hasilkan dalam tempoh sepuluh tahun
kebelakangan ini. Walaupun pengkhususan saya semasa mengikuti pengajian di
Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka di UiTM atau dengan lebih tepat lagi di
Jabatan Seni Halus adalah dalam bidang Seni Arca, lukisan merupakan aspek yang
paling asas dan sangat penting diberi tumpuan dalam semua institut pengajian
tinggi yang menawarkan jurusan seni kreatif
seperti seni lukis, seni reka, senibina,
multimedia, animasi dan lain-lain.
Sebanyak
50 hasil lakaran dan lukisan telah dihimpunkan namun banyak lagi hasil lukisan
saya sepanjang sepuluh tahun itu tidak berada di dalam pameran solo ini, jika
anda melihat folio yang telah saya
letakkan di hadapan ini, sebilangannya telah menjadi koleksi simpanan oleh
institut pengajian tinggi, galeri atau rumah seni dan orang perorangan, ada
juga hasil lukisan yang telah saya hadiahkan kepada galeri-galeri pameran untuk
mencari sumbangan kepada badan-badan kebajikan dan NGO yang memerlukan
sumber dana mereka.
Di dalam folio itu juga saya telah membahagikannya dengan
lima bahagian galeri iatu Lakaran (Sketches), Lukisan (Drawings), Media
Campuran (Mix Media) Catan (Paintings) dan Arca (Sculptures). Namun untuk
pameran ini saya hanya memberi tumpuan kepada lakaran dan lukisan kerana kekuatan mesej media ini dalam merangsang
mata khalayak. Walaupun pada masa yang sama saya juga menghasilkan karya dalam
media seperti arca (sculptures) catan
(painting)
Kebanyakan hasil lukisan daripada tahun 1996 sehingga
2000 di dalam pameran ini adalah bersifat teknikal, metodologi dan
proses-proses pengkajian saya pada bahan
mahupun peralatan terhadap karya-karya akhir untuk menghasilkan pengkhusuan
utama saya iaitu seni arca.
Sungguhpun begitu saya amat terkesan sekali dengan isu
perang yang berlaku disekitar saya yang berlaku diantara tahun-tahun 1996
tersebut sehingga tahun 2004, saya mendokumentasikan figura kesan-kesan
pergolakan yang berlaku di Balkan iaitu
di Bosnia dan di Asia Barat yang tidak sudah-sudah sehingga kini seperti di Palestin dan Iraq
Untuk menambahkan ilmu
ia tidak cukup dengan pembacaan dan praktis, oleh yang demikian saya
telah melakukan perjalanan ke Eropah hujung tahun 2004 selama beberapa minggu,
ia amat menarik sekali lantas
menimbulkan idea baru kefahaman persepsi saya, terhadap persoalan apa itu
seni?. Sekembalinya saya daripada sana saya telah melakukan beberapa
pengkajian. Pengkajian ini mengambil masa hampir setahun sebelum saya
benar-benar bersedia untuk memasang semula kanvas dan hasilnya seperti yang
anda lihat dalam karya terkini saya pada
tahun 2006.
1996 – 2000
Lakaran-lakaran atau skethes
adalah merupakan proses idea awal,
penerokaan, penyelidikan, pendokumentasian, catatan-catatan, bagaimana sesebuah karya yang sebenar diolah.
Sifat lakaran biasanya adalah cepat dan spontan, kespontanan disini bermaksud ia boleh
dilakukan dimana-mana sahaja kerana lakaran tidak memerlukan sesorang itu
membuat persedian yang khusus dalam melakukannya.
Lakaran-lakaran
yang saya hasilkan pada tahun-tahun ini
banyak kepada pengkajian anatomi-anatomi dalam tubuh manusia,
pengetahuan ini amat penting sebelum seseorang itu dapat melukis figura manusia
dengan betul. Tuhan mencipta manusia itu dengan bentuk ciptaan yang paling
sempurna. Dengan mengetahui lukisan bentuk-bentuk tulang dan kedudukannya di
dalam tubuh badan ia memudahkan seseorang itu menguasainya. Hal ini anda boleh
lihat di dalam bahagian kedua pameran ini iaitu antara tahun 2001-2004. Catatan-catatan serta pengkajian saya untuk melakukan
karya akhir dilakukan dengan menggunakan lakaran lukisan mixed media atau media
campuran untuk memberi kesinambunagn dengan penggunan bahan dan isu yang saya
bawa.
2001 - 2005
Apakah itu perang
? Peperangan adalah membunuh antara satu pihak denagan satu pihak yang lagi
satu.
Setiap hari apabila membuka
massa samaada akhbar, televisyen ataupun radio kita sering kali dihidangkan
dengan kisah-kisah kekacauan disana sini
sana . Saya begitu marah sekali melihat kesan-kesan peperangan di Palestin,
Bosnia, Afghanistan dan kini di Iraq.
Sebagai seorang artis saya juga mempunyai tanggungjawab dengan cara saya
tersendiri dalam memprotes perkara yang tidak boleh diterima akal ini .
Kebanyakan imej-imej figura
manusia yang saya gambarkan adalah daripada media cetak itu sendiri seperti
akhbar dan majalah. Imej-imej yang digambarkan didalam media-media tersebut
agak kecil, tidak cukup untuk menimbulkan perasaan khalayak. Untuk itu saya
membesarkannya untuk membangkitkan emosi khalayak, terutamanya penekanan saya terhadap mata
kanak-kanak dan mangsa-mangsa peperangan ini dengan warna-warna yang suram
mengambarkan masa depan hidup mereka. Disini saya ingin mengatakan
peperangan tidak menyelesiakan masalah, peperangan boleh dielakkan dengan
dialog. Kesan-kesan peperangan sungguh menyakitkan!
Lukisan Terkini
Karya ini tidak seperti biasa-biasa hasil karya yang anda lihat sebelum ia merupakan karya ‘proses pemikiran’ yang banyak bermain dengan konsep bagaiman cara kita berfikir terhadap sesuatu untuk dikatakan objek. Jadi karya ini adalah contoh saranan-saranan ahli falsafah Immanuel Kant (ahli falsafah) . menurut Kant “di dalam diri kita ada pengalaman yang transenden dan pengalaman inilah yang mampu menghasilkan pengetahuan yang transenden, iaitu pengetahuan yang tidak banyak berisi objek, tetapi lebih banyak berisi konsep objek yang mengikut aturan keutamaan.”
Apa yang
dikatakan oleh Kant dengan pengalaman yang transenden itu adalah pengalaman
yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar, namun ia masih berada di dalam
pemikiran kita, jadi jika kita mempunyai idea namun ia masih tidak
diterjemahkan tanpa gambaran visual itulah yang dinamakan pengalam yang
transedental.
Kant
menambah “Ada dua tahap dalam proses ini
sejak diserapnya pengalaman material sampai terbentuknya pemikiran akhir itu.
Tahap pertama adalah proses mengoordinasi sensasi-sensasi dengan cara
memasukkannya ke dalam acuan-acuan berupa persepsi ruang dan waktu. Tahap kedua
ialah mengoordinasi persepsi-persepsi yang sudah masuk acuan ruang dan waktu itu dengan cara
memasukkanya ke dalam kategori pemikiran. Tahap pertama itu disebut Kant estetika transendental, tahap kedua
disebutnya logika transendental”
Kant
menyarankan bagaimana pengalaman trensenden itu boleh diketahui dengan dua
tahap iaitu tahap pertama kita mengawal sensasi indera itu ke dalam ruang dan
waktu. Dalam karya ini saya mewakilkan permukaan kanvas (material yang wujud
dan boleh nampak dengan mata kasar itu
mempunyai nilai estetik) sebagai ruang dan waktunya semasa ia sedang
dipamerkan semasa pameran ini perwakilan estetika
trasendendental saya. Manakala selepas anda mengetahui kewujudannya di
dalam ruang dan waktu saya memasukkan garisan vertikal dan horizontal dengan
ukuran ketepatan panjang dan lebarnya sebagai logika trasendental. (yang boleh diteriama oleh akal dengan
kewujudan material yang berada di adalam ruang dan waktu).
Apakah
maksud sensasi? Sensasi (Sensation) ialah penginderaan, penginderaan inilah
yanga akan mengubah jiwa kita tehadap sesuatu itu untuk menjadi persepsi. Sensasi itu hanyalah suatu keadaan jiwa
merasai rangsangan (stimulus). Contohnya
kita merasakan sesuatu dengan lidah, suara dengan telinga, cuaca dengan kulit,
cahaya dengan mata, walaubagaimanapun ini semua adalah bahan mentah pengalaman.
Jadi persepsi adalah kesedaran tentang objek.
Sensasi
itu masuk melalui alat indera. Ada lima alat indera. Melalui indera itu lalu
masuk ke otak, lalu objek itu 'diperhatikan',
kemudian 'disedari'. Tahukah kita
bagaimana proses ini berlaku?. Sebenarnya sensasi-sensasi itu masuk ke otak
melalui saluran tertentu. Saluran itu ialah aturan-aturan reseptor. Disebabkan
adanya aturan-aturan reseptor maka tidak semua rangsangan (stimulus) yang
menerpa alat indera dapat masuk ke otak. Penangkapan itu diatur oleh persepsi
sesuai dengan tujuan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan