Oleh: Faizal Sidik
(Penulisan ini adalah tindak balas terhadap penulisan Walter Benjamin yang terkenal bertajuk 'Work of Art in The Age of Mechanical Reproduction' pada 1937)
Digital art boleh distilahkan sebagai seni digital selain itu ia mempunyai perkataan lain yang sinonim dengan seni yang mempunyai genre yang sebegini antaranya ia juga disebut sebagai ‘new media’ atau media baru, seni komputer, seni video, seni internet, seni cahaya, seni bunyian, seni elektronik yang menggunakan teknologi berkuasa rendah atau ‘low-tech art’ dan juga seni instalasi pelbagai dimensi yang menggabungkan seni persembahan dengan salah satu aplikasi seni digital seperti video, projektor dan komputer.
Jika diperhati dalam sejarah seni penemuan mesin cetak dalam Revolusi Perancis merupakan satu penemuan yang terpenting dalam kehidupan kita pada hari ini, secara tidak langsung ia telah mencetuskan revolusi dalam bidang penulisan yang mana pada dahulunya manuskrip hanya boleh disalin dengan tangan sahaja, pada masa itu telah dihasilkan secara besar-besaran yang telah mengembangkan lagi bidang penulisan dengan adanya alat cetak ia meluaskan lagi industri penerbitan bukan sahaja buku malah bidang lain seperti seni cetak yang boleh dihasilkan secara reproduksi.
Penemuan kamera pada abad ke -19 merupakan satu lagi penciptaan kepintaran otak manusia yang memberi sumbangan yang tidak ternilainya kepada kita pada hari ini. Ia bukan sahaja menghasilkan imej peristiawa atau sejarah malah ia merombak cara hidup manusia terutamanya dalam cara melihat dunia. Inovasi daripada kamera yang menghasilkan gambar, manusia tidak pernah puas untuk mencipta sesuatu yang baru. Inovasi daripada ini terhasillah imej bergerak apa yang disebut video. Menurut Walter Benjamin dalam penulisannya yang terkenal iaitu ‘Work of Art In The Age of Mechanical Reproduction’ 1937, penemuan ini telah menerobos kehidupan manusia dimana penggunanya bukan sahaja merekod malah ia boleh manangkap sudut-sudut yang sukar untuk dilihat dan dilukis yang mana ia telah menimbulkan konflik kepada seniman pada masa itu mengapa lagi perlu melukis sedangkan telah ada ‘aura’ yang telah menangkap sejelas-jelasnya imej manusia.
Penggunaan komputer seperti yang kita gunakan pada hari ini dalam versi yang pelbagai seperti Personel Computer ringkasnya PC, komputer riba atau laptop, pad komputer (ipad), telefon pintar yang mempunyai multi-fungsi seperti iphone adalah cerminan daripada penerokaan teknologi daripada mesin cetak, kemera dan video tadi penggunaan peralatan ini bukan sahaja memberi impak kepada perubahan pengkaryaan malah sistem seni itu menjadi lebih dekat. Kehadiran komputer membuka seluas-luasnya dalam pengkaryaan kesenimanan berkreativiti bukan sahaja dalam bidang seni, rekaan malah kehadiranya lebih nampak jelas dalam penggunaan kesan khas dalam animasi atau filem-filem Hollywood yang berkos besar.
Di Malaysia jika disebut seni digital persepsi awal akan mangaitkannya dengan penggunaan aplikasi penggunaan komputer dan manifestasinya adalah karya yang diolah dengan menggunakan peralatan atau ‘tool’ dalam perisian yang tertentu biasa digunakan yang asas seperti Photoshop dan Illustrator. Bagi yang lebih kehadapan pula perisian-perisian 3 Dimensi dan Animasi juga digunakan seperti Flash, 3D Max dan lain-lain. Biasanya karya yang keluar dalam bentuk 2 dimensi yang dicetak oleh pencetak. Ada juga pendapat yang mengatakan karya seni digital sebegini adalah inovasi baru dalam disiplin seni cetak dengan kehadiran peralatan teknologi sezaman.
Seni digital di Malaysia pada awalnya mulai di praktikkan oleh Kamarulzaman Mat Isa daripada Universiti Teknologi Mara dalam mengintegrasikan pertemuan rekaan seni grafik dengan seni halus. Sebuah pameran terawal yang diannggap penting dalam penggunaan media sebegini adalah pameran solo ‘Digital Collage’ atau Kolaj Digital oleh Ismail Zain yang dikuratorkan oleh Redza Piadasa pada sekitar tahun 80an memperlihatkan media ini mula mendapat tempat oleh pengkarya di negara ini. Dalam pamera ini Ismail Zain menggunakan media kolaj dan diintergrasikan pengolahannya di dalam komputer.
Peneorakaan awal ini mula diperkembangkan secara serius hampir lebih 10 tahun kemuadian dalam Pameran Seni Elektronik Pertama (PSEP) diadakan di Balai Seni Lukis Negara pada 1997 untuk mempertemukan penggunaan media baru dalam seni dengan pengkajian yang lebih saintik oleh dua orang kurator yang pada masa itu menjadi tenaga pengajar di Fakulti Seni Gunaan dan Media Baru di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) pameran ini boleh dianggap juga sebagai sebuah pameran penyelidikan dalama melihat praktis media sebegini dalam pengkaryaan seni di Malaysia. Seni digital selepas pameran ini tidak lagi dilihat dalam sudut yang sempit 2 dimensi sahaja malah ia telah membuka pembacaan baru yang lebih luas untuk pergi jauh dalam ‘seni elektronik’.
Seni digital dalam ertikata elaktronik ini bukanlah baru dalam sejarah revolusi seni lukis barat, Penama seperti Nam Jum Paik , Dan Flavin dan Bill Viola adalah diantara peneroka-peneroka awal genre ini mengikut kemahiran mereka Nam Jum Paik artis kelahiran Korea yang berpengkalan di Amerika contohnya adalah artis yang mula memperkenalkan seni video dalam pengkaryaan seni , matlamatnya adalah untuk mendekatkan audien antara imej bergerak atau moving image video dengan arca atau objek. Karya beliau yang terkenal seperti ‘TV Buddha’ adalah antara karya yang dianggap berjaya terhadap matlamat ini. Lebih menarik lagi tajaan korporat seperti syarikat audio video seperti Sony yang menaja pemaran dan karya-karya dibuat secara komisyen, memberi suntikan kepada pengkarya dalam bidang sebigi untuk terus berkarya kerana pengkaryaan yang menggunakan seni digital secara elektronik ini boleh dianggap mahal pada masa itu.
Dan Flavin yang begitu konsisten dalam penghasilan karya yang berasaskan seni cahaya atau light art boleh juga dianggap sebagai dalam kategori seni digital kerana artis sebegini masih lagi menggunakan komponen-komponen elektronik yang terdapat pada chok yang mangalirkan arus didalam lampu atau lampu neon. Bill Viola artis yang masih artis sehingga ke hari ini begitu komitmen sejak awal pembabaitannya dalam seni video, beliau boleh dikatakan memperkembangkan idea Jum Paik dalam persembahan yang lebih terkini dengan mempertemukan komputer, seni persembahan, instalasi, video dan projektor yang bermain dengan masa dan ruang.
Sungguhpun pelopor-pelopor awal ini sungguh merujakan, pengaruh pameran PSEP telah memainkan peranan besar dalam membawa pengaruh yan besar kepada pengkarya-pengkarya muda untuk mempraktikan amalan sebegini dalam membentuk pengkaryaan mereka dillihat satu pencetus kepada idea-idea yang lebih mencabar nama-nama seperti Tengku Azahari Tengku Azizan, Faizal Sidik, Kamal Sabran, Nurhanem Khairuddin adalah antara mereka yang melibatkan diri secara aktif sekitar tahun 2000 an dan ada yang masih konsisten sehingga ke hari ini dalam menggunakan teknologi elektronik. Perancangan cadangan untuk mengadakan Pameran Seni Elektronik Kedua bagi melihat revolusi perkembangan perjalanannya setelah sepuluh tahun selepasnya masih lagi ditunggu.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan