Nasi Lemak Kopi O (TV 9), Ahad 29 Okt 2017, 8.54 pagi.
Selasa, 7 November 2017
Ahad, 22 Oktober 2017
'Art of Islam - Language and Meaning' : Terjemahan Bab 1 - Prolog Kaabah
Kita seharusnya memulakan pemerhatian kita berkenaan seni Islam dengan penerangan berkenaan
dengan Kabah dan peranannya dalam
peribadatan, merupakan pusat yang penting bagi seni Islam, terutama pada seni
bina adalah cukup jelas. Seperti yang diketahui umum, setiap umat Islam
menghadap ke arah Kaabah ketika
mengerjakan ibadah solat dan setiap
masjid berpandukan arah ini, di dalam
bab-bab yang berikutnya, kita akan memperkatakan perkara mengenainya.
Terdapat
beberapa sebab lagi untuk memperkatakan tentang Kaabah di awalan buku ini. Ia
merupakan objek penting dalam ibadah agama Islam. Sekiranya ia bukan sebuah
karya seni dalam erti kata yang sebenarnya , ia juga adalah bukan sekadar
sebuah binaan batu berbentuk kiub yang ringkas seperti sebuah yang dikatakan sebagai ‘karya seni purba’ dimana merupakan ukuran
kerohaniannya sepadan dengan mitos atau wahyu, bergantug pada sudut pandangan.
Hal ini bermaksud simbolisme kewujudan Kaabah dalam bentuk dan upacara-upacara
yang berkaitan dengannya mengandungi dalam segala embrio yang diungkapkan oleh
seni suci Islam.
Peranan
Kaabah sebagai pusat liturgikal dunia
Islam diikat dengan fakta bahawa Islam mempunyai hubungan dengan tradisi ajaran yang dibawa
oleh Nabi Ibrahim dan berasal-usul dari semua agama tauhid. Menurut Al-Quran
Kaabah dibina oleh Nabi Ibrahim dan anaknya Nabi Ismail dan tempat tempat suci
inilah Nabi Ibrahim menunaikan haji setiap tahun. Titik pusat dan titik asal:
di sinilah dua aspek ini menjadi satu
dan mempunyai realiti rohani yang sama atau boleh dikatakan dua pilihan yang menjadi asas bagi setiap
kerohanian.1
Secara umumnya bagi orang Islam mengerjakan solat menghadap ke arah Kaabah atau Mekah adalah satu perkara yang sama iaitu penglahiran pilihan peribadatan. Ia melambangkan kiblat orang Islam berbeza dengan Yahudi yang menghadap Baitul Muqadis dan Nasrani yang "tentuan arah" diri mereka secara literal dengan menghadap ke arah matahari terbit; Nabi Ibrahim memilih untuk menyertai "agama pusat” itu, dimana ia seperti sepohon pokok yang memuncakan agama-agama lain. "Nabi Ibrahim itu bukanlah seorang Yahudi dan bukan seorang Nasrani." kata Al-Quran, "Tetapi dia adalah seorang yang hanif (tetap di atas dasar Tauhid) lagi seorang Muslim (yang taat dan berserah bulat-bulat kepada Allah)..." (Surah Ali ’Imran 3:67). Impak daripada ayat-ayat berkenaan keimanan Nabi Ibrahim yang sebenarnya di sini adalah seorang muslim, Nabi Ibrahim bebas daripada pengkhususan dan batasan yang diwakili dari kacamata Muslim, konsep bangsa yang terpilih daripada yang lain oleh Yahudi dan oleh dogma Anak Tuhan sebagai penyelamat yang unik oleh Kristian.
Mari kita perhatikan pula apa kata Al-Quran dalam pembinaan Kaabah oleh Nabi Ibrahim AS tidak menegaskan peranannya sebagai Nabi yang daripada susur galur orang Arab melalui keturunannya melalui Nabi Ismail AS dan Siti Hajar, tetapi peranannya sebagai rasul untuk umat sejagat dalam membawa ajaran Islam. Walau apa jua asal sejarahnya2 sukar untuk dibayangkan Nabi Muhammad SAW telah membawa pembaharuan dan melangkaui tujuan politik selain daripada persoalan tentang keikhlasan. Zaman pra-Islam orang Arab cukup kuat dalam menjaga keturunan, dimana mereka sukar untuk menerima orang luar masuk dalam kabilah mereka atau “interpolasi” apatah lagi dengan orang yang langsung tidak dikenali. 3 Jika kitab Injil tidak menyatakan tempat suci yang diasaskan oleh Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS di Arab, ini kerana tidak ada sebab atau alasan untuk merujuk kepada tempat suci di luar selain Israel. Walau bagaimanapun kitab Injil mengkui ajaran kerohanian oleh kaum-kaum Nabi Ismail AS dengan memasukkan dalamnya dalam janji Tuhan kepada Nabi Ibrahim AS. Mari kita perhatikan akhirnya agar tidak melencong terlalu jauh dari subjek perbincangan iaitu berkenaan dengan bentukan “geometrik” yang dikatakan kaku dan sukar diduga, untuk menggunakan tempat kediaman Nabi Ibrahim AS yang hillang di padang pasir dan dilupai oleh komuniti agama besar pada masa itu dalam titik mula dalam membawa pembaharuan masyarakatnya yang menyembah berhala. 4 Persoalan yang sering pelajar Islam tanyakan di dalam diri mereka adalah. “Apakah yang telah berlaku di Mekah untuk membawa agama baru?” atau soalan selain daripadanya “Atas sebab apa agama baru ini di lahir di tempat ini?
Bentuk binaan tua di Mekah itu adalah tempat perlindungan yang banyak dikaitkan dengan Nabi Ibrahim AS. Tambahan pula, ia telah sering dimusnahkan dan dibina semula, namun Kaabah atau yang bermaksud ‘kiub’ masih tidak berubah dari bentuk adalah berukuran dua belas meter panjang, sepuluh meter lebar dan kira-kira enam belas meter tinggi.
Binaan ini secara tradisinya ditutup dengan “perhiasan” (kiswah) yang ditukar setiap tahun dan sejak zaman kerajaan Bani Abbasiyah lagi dibuat dari kain hitam yang bersulam dengan ayat suci Al-Quran berbenang emas, ia menonjolkan kedua-dua aspek abstrak dan misteri pada binaan ini. Tradisi ‘pakaian’ tempat suci diperkenalkan oleh raja kerajaan Himyar purba dan seolah-olah menjadi sebahagian daripada tradisi Semitik yang sangat dihormati, namun ia agak asing di dunia Yunaini-Greek untuk ‘memakaikan’ bagi sesebuah rumah, apatah lagi untuk memuliharanya seolah-olah benda hidup atau yang mempengaruhi aspek kerohanian dan sebagaimana yang diyakini orang Arab. Batu Hajar Aswad pula diletakkan tidak di tengah-tengah Kaabah tetapi di sudut dinding luar Kaabah. Ia adalah batu meteorit yang jatuh daripada syurga sebagaimana yang pernah disabdakan Nabi Muhammad SAW terhadap batu suci ini. 5 Oleh itu, mari kita perkatakan tentang bahagian luarannya yang bulat merupakan sebahagian bentuk suci d Kaabah ini.
Pada zamannya Kaabah adalah satu-satunya tempat yang berkaitan dengan agama Islam jika dibandingkan dengan kuil. Biasanya ia di panggil “Rumah Allah” (Baitullah) dan ia sebenarnya mempunyai ciri-ciri “tempat kebesaran” yang secara paradoknya yang dilihat dalam iklim Islam, dimana gagasan transendal terhadap kebesaran Allah melangkaui segala-galanya. Oleh itu , “kediaman” Allah yang berada ditengah-tengah pusat bumi juga adalah sebagaimana “kediaman” Allah yang berada di dalam hati-hati manusia. Ia akan mengingatkan kuil Holy of Holies yang terdapat di Jarusalem yang juga “tempat tinggal” tuhan agama Yahudi yang berbentuk kiub seperti Kaabah. Holy of Holies atau debir mengandungi Ark of Covenant, manakala bahagian dalam Kaabah adalah kosong. 6 Dalam Kaabah hanya mempunyai tirai yang disebut “tirai Rahmat Ilahi” (Rahmah).
Pusat dunia adalah titik
silang kepada “paksi” syurga: Tawaf atau perlakuan mengelilingi Kaabah juga
boleh didapati dalam bentuk atau majoriti tempat-tempat purba, 8 ia dilihat menghasilkan putaran syurga di
sekitar paksi kutubnya. Sememangnya, ini bukanlah tafsiran yang disangkut paut
dengan agama Islam terhadap perlakuan ini, namun pendapat dan pengetahuan
tentang dikongsi oleh semua agama zaman dahulu.
Penumpuan semua gerak
isyarat pada satu titik menjadi jelas, bagaimanapun, hanya apabila berada
berhampiran dengan Kaabah, iaitu ia menjadi hos kepada orang-orang beriman yang
datang untuk mengerjakan solat daripada pelbagai arah kepada satu pusat, inillah penglahiran dan pengungkapan yang sebenar
kepada Islam.9
Ia akan menghimpunkan bahawa peribadatan dalam agama Islam menghubungkan Kaabah dalam dua pendekatan yang berbeza yang saling melengkapi iaitu statik dan dinamik. Pendekatan pertama bermaksud setiap tempat di bumi ini berpusatkan di Mekah dan inilah yang disabdakan oleh Nabi Muhammad SAW “Allah akan memberi rahmat kepada umatku dengan memberikan mereka wajah seluruh dunia sebagai tempat suci”. Pusat tempat unik yang suci itu adalah Kaabah dan ditempat orang yang beriman mengerjakan solat yang universal sifatnya, di sini tiada lagi persoalan jarak. Pendekatan kedua iaitu yang bersifat dinamik pula dimanifestasikan dalam ibadah haji, yang setiap muslim dituntut untuk melakukannya sekurang-kurangnya sekali seumur hidup bagi yang mampu. Terdapat unsur-unsur membuang sifat sombong dalam mengerjakan haji dan inilah yang sebenarnya yang memancarkan wajah islam itu sendiri, pada masa yang sama memberi impak kepada orang yang beriman terhadap penyerahan seluruh jiwanya kepada Islam. Apabila tiba di ambang kawasan sekitar tanah suci Mekah, jemaah haji akan menyalin pakaiannya, membersihkan dirinya dengan mengambil wuduk iaitu menyapu air dari kepala hingga ke kaki, dan memakai dua pasang helai kain, satu di sekeliling pinggangnya dan satu lagi di bahu. Pada berada dalam keadaan “suci” ini (ihram) jemaah akan mendekati Kaabah untuk menyelesaikan upacara mengelilingi Kaabah (tawaf), tanpa henti untuk membesarkan Allah. Hanya selepas menziarahi “rumah Allah” jemaah akan berangkat untuk ke pelbagai tempat yang berkaitan dengan sejarah suci dan melengkapkan syarat-syarat haji dengan menyembelih seekor kambing biri-biri jantan sebagai ingatan pengorbanan Nabi Ibrahim AS. 10
Secara umumnya bagi orang Islam mengerjakan solat menghadap ke arah Kaabah atau Mekah adalah satu perkara yang sama iaitu penglahiran pilihan peribadatan. Ia melambangkan kiblat orang Islam berbeza dengan Yahudi yang menghadap Baitul Muqadis dan Nasrani yang "tentuan arah" diri mereka secara literal dengan menghadap ke arah matahari terbit; Nabi Ibrahim memilih untuk menyertai "agama pusat” itu, dimana ia seperti sepohon pokok yang memuncakan agama-agama lain. "Nabi Ibrahim itu bukanlah seorang Yahudi dan bukan seorang Nasrani." kata Al-Quran, "Tetapi dia adalah seorang yang hanif (tetap di atas dasar Tauhid) lagi seorang Muslim (yang taat dan berserah bulat-bulat kepada Allah)..." (Surah Ali ’Imran 3:67). Impak daripada ayat-ayat berkenaan keimanan Nabi Ibrahim yang sebenarnya di sini adalah seorang muslim, Nabi Ibrahim bebas daripada pengkhususan dan batasan yang diwakili dari kacamata Muslim, konsep bangsa yang terpilih daripada yang lain oleh Yahudi dan oleh dogma Anak Tuhan sebagai penyelamat yang unik oleh Kristian.
Mari kita perhatikan pula apa kata Al-Quran dalam pembinaan Kaabah oleh Nabi Ibrahim AS tidak menegaskan peranannya sebagai Nabi yang daripada susur galur orang Arab melalui keturunannya melalui Nabi Ismail AS dan Siti Hajar, tetapi peranannya sebagai rasul untuk umat sejagat dalam membawa ajaran Islam. Walau apa jua asal sejarahnya2 sukar untuk dibayangkan Nabi Muhammad SAW telah membawa pembaharuan dan melangkaui tujuan politik selain daripada persoalan tentang keikhlasan. Zaman pra-Islam orang Arab cukup kuat dalam menjaga keturunan, dimana mereka sukar untuk menerima orang luar masuk dalam kabilah mereka atau “interpolasi” apatah lagi dengan orang yang langsung tidak dikenali. 3 Jika kitab Injil tidak menyatakan tempat suci yang diasaskan oleh Nabi Ibrahim AS dan Nabi Ismail AS di Arab, ini kerana tidak ada sebab atau alasan untuk merujuk kepada tempat suci di luar selain Israel. Walau bagaimanapun kitab Injil mengkui ajaran kerohanian oleh kaum-kaum Nabi Ismail AS dengan memasukkan dalamnya dalam janji Tuhan kepada Nabi Ibrahim AS. Mari kita perhatikan akhirnya agar tidak melencong terlalu jauh dari subjek perbincangan iaitu berkenaan dengan bentukan “geometrik” yang dikatakan kaku dan sukar diduga, untuk menggunakan tempat kediaman Nabi Ibrahim AS yang hillang di padang pasir dan dilupai oleh komuniti agama besar pada masa itu dalam titik mula dalam membawa pembaharuan masyarakatnya yang menyembah berhala. 4 Persoalan yang sering pelajar Islam tanyakan di dalam diri mereka adalah. “Apakah yang telah berlaku di Mekah untuk membawa agama baru?” atau soalan selain daripadanya “Atas sebab apa agama baru ini di lahir di tempat ini?
Bentuk binaan tua di Mekah itu adalah tempat perlindungan yang banyak dikaitkan dengan Nabi Ibrahim AS. Tambahan pula, ia telah sering dimusnahkan dan dibina semula, namun Kaabah atau yang bermaksud ‘kiub’ masih tidak berubah dari bentuk adalah berukuran dua belas meter panjang, sepuluh meter lebar dan kira-kira enam belas meter tinggi.
Binaan ini secara tradisinya ditutup dengan “perhiasan” (kiswah) yang ditukar setiap tahun dan sejak zaman kerajaan Bani Abbasiyah lagi dibuat dari kain hitam yang bersulam dengan ayat suci Al-Quran berbenang emas, ia menonjolkan kedua-dua aspek abstrak dan misteri pada binaan ini. Tradisi ‘pakaian’ tempat suci diperkenalkan oleh raja kerajaan Himyar purba dan seolah-olah menjadi sebahagian daripada tradisi Semitik yang sangat dihormati, namun ia agak asing di dunia Yunaini-Greek untuk ‘memakaikan’ bagi sesebuah rumah, apatah lagi untuk memuliharanya seolah-olah benda hidup atau yang mempengaruhi aspek kerohanian dan sebagaimana yang diyakini orang Arab. Batu Hajar Aswad pula diletakkan tidak di tengah-tengah Kaabah tetapi di sudut dinding luar Kaabah. Ia adalah batu meteorit yang jatuh daripada syurga sebagaimana yang pernah disabdakan Nabi Muhammad SAW terhadap batu suci ini. 5 Oleh itu, mari kita perkatakan tentang bahagian luarannya yang bulat merupakan sebahagian bentuk suci d Kaabah ini.
Pada zamannya Kaabah adalah satu-satunya tempat yang berkaitan dengan agama Islam jika dibandingkan dengan kuil. Biasanya ia di panggil “Rumah Allah” (Baitullah) dan ia sebenarnya mempunyai ciri-ciri “tempat kebesaran” yang secara paradoknya yang dilihat dalam iklim Islam, dimana gagasan transendal terhadap kebesaran Allah melangkaui segala-galanya. Oleh itu , “kediaman” Allah yang berada ditengah-tengah pusat bumi juga adalah sebagaimana “kediaman” Allah yang berada di dalam hati-hati manusia. Ia akan mengingatkan kuil Holy of Holies yang terdapat di Jarusalem yang juga “tempat tinggal” tuhan agama Yahudi yang berbentuk kiub seperti Kaabah. Holy of Holies atau debir mengandungi Ark of Covenant, manakala bahagian dalam Kaabah adalah kosong. 6 Dalam Kaabah hanya mempunyai tirai yang disebut “tirai Rahmat Ilahi” (Rahmah).
Kiub adalah bentuk yang dikaitkan dengan idea tentang
titik tengah, oleh kerana bentuknya seolah seperti kristal yang mensintesiskan
keseluruhan ruang, setiap bahagian kiub ini setiap satunya mewakili arah utama
iaitu zenith, nadir dan empat titik kardinal. Mari kita mengingati semula kedudukan Kaabah yang tidak
sepenuhnya sesuai dengan skema yang ada ini kerana mempunyai empat sudut dan tidak pada sisi Kaabah yang mengadap
titik-titik kardinal, perkara ini tidak boleh disangkal kerana dalam masyarakat
Arab titik kerdinal ini bermaksud empat “tiang penjuru” (arkan) kepada alam
semesta.7
Ciri-ciri “paksi” Kaabah juga diterangkan dari pendapat
sejarah Islam, mengikut mereka “rumah
tua” ini pertama kalinya dibina oleh Nabi Adam AS, kemudian dimusnahkan oleh
banjir dan dibina semula oleh Nabi Ibrahim AS terletak di paksi paling bawah
sekali yang melintasi seluruh langit; pada peringkat setiap syurga dunia adalah
kediaman yang sering dikunjungi oleh para malaikat, pada paksi yang sama ini
prototype yang tertinggi bagi setiap ini menjadi takhta Allah, di
sekelilingnya adalah roh-roh syurgawi namun lebih tepat lagi untuk mengatakan
bahawa salah satu tanda sejarah kewujudan manusia, tamadun manusia dan juga
agama yang menandakan tanda kewujudan
Allah SWT dan kebesaran-Nya.
Dari pendapat sejarahwan Islam ini membuktikan perhubungan yang wujud
diantara “orientasi” ritual dan Islam sebagai penyerahan atau pengabaian agama (Islam)
dalam menuju Allah. Pengalihan arah
kiblat dalam solat adalah salah satu buktinya, tidak dapat disangkal lagi bahawa
Kaabah terletak di bumi dan beranalogi dalam ciri-ciri tersendiri sebagai pusat dunia yang menghubungkan
kehendak manusia dengan kehendak Pencipa Alam Semesta “dan kepada Allah jualah
dikembalikan segala urusan” (Al-Quran surah Ali ‘Imran ayat 109). Pada
masa yang sama, ia akan dilihat terdapat
berbezaan simbolisme ini dan pengibadatan agama Kristian dimana titik orientasi adalah bahagian langit
dimana terdapatnya matahari, imej kelahiran Nabi Isa AS muncul pada hari Easter. Ini bermaksud
semua gereja yang berorientasikan ini mempunyai paksi yang selari dimana paksi
semua masjid di dunia ini bertumpu.
Ia akan menghimpunkan bahawa peribadatan dalam agama Islam menghubungkan Kaabah dalam dua pendekatan yang berbeza yang saling melengkapi iaitu statik dan dinamik. Pendekatan pertama bermaksud setiap tempat di bumi ini berpusatkan di Mekah dan inilah yang disabdakan oleh Nabi Muhammad SAW “Allah akan memberi rahmat kepada umatku dengan memberikan mereka wajah seluruh dunia sebagai tempat suci”. Pusat tempat unik yang suci itu adalah Kaabah dan ditempat orang yang beriman mengerjakan solat yang universal sifatnya, di sini tiada lagi persoalan jarak. Pendekatan kedua iaitu yang bersifat dinamik pula dimanifestasikan dalam ibadah haji, yang setiap muslim dituntut untuk melakukannya sekurang-kurangnya sekali seumur hidup bagi yang mampu. Terdapat unsur-unsur membuang sifat sombong dalam mengerjakan haji dan inilah yang sebenarnya yang memancarkan wajah islam itu sendiri, pada masa yang sama memberi impak kepada orang yang beriman terhadap penyerahan seluruh jiwanya kepada Islam. Apabila tiba di ambang kawasan sekitar tanah suci Mekah, jemaah haji akan menyalin pakaiannya, membersihkan dirinya dengan mengambil wuduk iaitu menyapu air dari kepala hingga ke kaki, dan memakai dua pasang helai kain, satu di sekeliling pinggangnya dan satu lagi di bahu. Pada berada dalam keadaan “suci” ini (ihram) jemaah akan mendekati Kaabah untuk menyelesaikan upacara mengelilingi Kaabah (tawaf), tanpa henti untuk membesarkan Allah. Hanya selepas menziarahi “rumah Allah” jemaah akan berangkat untuk ke pelbagai tempat yang berkaitan dengan sejarah suci dan melengkapkan syarat-syarat haji dengan menyembelih seekor kambing biri-biri jantan sebagai ingatan pengorbanan Nabi Ibrahim AS. 10
Kita seharusnya melihat bagaimana dua pendekatan peribadatan
ini iaitu statik dan dinamik ini diterjemahkan dalam tahap yang berbeza dalam
dunia Islam, Dalam konteks ini kita ingin menunjukkan satu perkara iaitu jiwa
Islam dan oleh itu seni Islam didasarkan pada dunia yang lebih dekad dengan
Kitab Perjanjian Lama daripada alam Greek-Romawi, di mana peralihan menjadikan
Islam menjadi elemen penting dalam seni. Janganlah kita lupa bahawa Islam lahir secara “dagang”
antara dua tamadun besar iaitu Byzantin dan Parsi, dimana pada masa yang sama empayar
ini memerintah tanah Arab dan dimana Islam harus berjuang melawan untuk
meneruskan kelangsungannya. Berbanding dengan dua dunia ini, kedua-duanya
mempunyai warisan kesenian11 yang cenderung ke arah naturalisme dan rasionalisme,
Kaabah dan upacara yang sepertinya adalah seperti sauh yang dilabuhkan kekal
buat selama-lamanya.
Apabila Nabi Muhammad SAW menakluki Mekah, perkara
mula-mula yang baginda lakukan adalah ke rumah suci dan tawaf
mengelilingi Kaabah dengan unta. Terdapat 360 berhala-barhala orang Arab yang
disekelilinginya, Baginda kemudiannya
menyentuh dengan tongkat tungangan. Nabi Muhammad SAW kemudiannya membalikkan
berhala itu satu demi satu sambil membaca ayar dari Al-Quran “Telah datang
kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang batil (kufur dan syirik).
Sesunggunya yang batil itu sememangnya satu perkara yang tetap senyap.” (Surah
Al-Isra ayat 81)
Baginda kemudiannya membuka kunci dan masuk ke dalam Kaabah. Dinding
dalaman Kaabah dihiasi dengan lukisan-lukisan yang dihasilkan oleh pelukis Byzantin
atas perintah tuan penjaga Kaabah, mereka mengambarkan suasana kehidupan Nabi
Ibrahim AS dan adat istiadat berhala. Terdapat
juga gambaran Siti Mariam dan anaknya Nabi Isa AS yang sedang melindungi
Nabi Isa AS dengan kedua-dua tangannya, Nabi Muhammad SAW memerintah supaya
semuanya yang lain dimusnahkan. Manakala berhala Siti Mariam kemudiannya
dimusnahkan dengan api. 12 Kisah ini menunjukkan makna dan skala apa yang disebut “ikonoklasme
Muslim” (fahaman yang menentang kewujudan patung dan berhala) dan yang sering
dipanggil “aniconisme”. Jika Kaabah adalah hati manusia, berhala-berhala yang
mendiaminya mewakili nafsu yang melebur hati
dan menghalangi peringatan Tuhan. Oleh itu pemusnahan berhala adalah
lanjutan kepada mengetepikan setiap imej yang mungkin menjadi idola adalah
perumpamaanya paling jelas untuk Islam “satu perkara yang perlu”, iaitu pemurnian hati dalam mencapai tauhid adalah kesaksian dan
kesedaran bahawa “tiada tuhan yang disembah melainkan Allah”
Untuk membina ikonografi Islam yang baru ikon digantikan dengan
tulisan ayat-ayat suci seperti yang dijelaskan dalam Firma-Firman Allah.
Notes
to Chapter I
1.
“The whole existence of the peoples of antiquity, and of traditional peoples in
general, is dominated by two presiding
ideas,
the idea of Center and the idea of Origin” (Frithjof Schuon, Light on the
Ancient Worlds [London: Perennial Books, 1965], p. 7).
2.
It is possible for a sacred story to be more true—in the sense of having a
greater reality—than a purely empirical or historical account of the events.
3.
See Y. Moubarac, Abraham in the Quran, coll. Ètudes musulmanes (Paris: Vrin,
1958).
4.
There are forms of monotheism which lie outside Semitic or Abrahamic lineage.
5.
For all the peoples of antiquity, a stone fallen from the sky could not be
other than sacred, and necessarily so, for
things
are what they mean.
6.
This is true also of the “cell” of certain Hindu temples, and this “cell” or
matrix (gharbagriha) has also the shape of a cube.
7.
St. John’s Apocalypse describes the Heavenly Jerusalem as an imperishable
synthesis of the world in the shape of
a
cube.
8.
Notably in Hinduism and Buddhism, but also in medieval Christianity, in the
form of processions around a saint’s tomb.
9.
Inside the Kaʿba there is no more ritual “orientation”; the difference between
each convergent direction is annulled, and the custom of the Prophet
requires that four brief prayers be
made, facing each side
of
the sanctuary in turn. Thus it is that in the world’s spiritual center, the
contrasts or oppositions which typify the world are no longer dominating but
dominated. According to a Sufi interpretation, the Kaʿba correspondsto the
heart as the seat of the Divine “Presence”, and the encircling movement of the
pilgrims around the
Kaʿba
recalls the movement of thoughts or meditations turning perpetually around the
soul’s ungraspable center.
10.
The great pilgrimage moves across the Islamic world as the circulation of the
blood moves through man’s body, the Kaʿba being the heart.
11.
This heritage cropped up occasionally in Europe and, with the Renaissance,
finished by engulfing the fundamentally Christian civilization of the Middle
Ages.
12.
According to al-Azraqī, the author of the oldest history of Mecca. The icon
portrayed the Holy Virgin with the Infant on her knees.
'Art of Islam - Language and Meaning' : Terjemahan Bab 2 - Kelahiran Seni Islam
1. "Wahyu Kedua"
Dalam membicarakan sejarah seni Muslim, persoalan pertama yang timbul
adalah seperti berikut: bagaimana mungkin seni ini boleh lahir dalam jangka
waktu yang singkat iaitu seratus tahun selepas kemangkatan Nabi Muhammad S.A.W.
Kesimpulannya adakah penaklukan Islam secara besar-besaran dalam memperlihatkan
kesatuan bentuk yang dibawanya akan mengekalkan kesenian ini di abad-abad yang
mendatang? Mungkin hanya seni Buddha sahaja yang mempunyai keseragaman dan
kesinambungan yang setanding dengannya walaupun mempunyai etnik yang berlainan
dalam kawasan penyebarannya. Namun kesatuan seni penganut Buddha boleh
diperjelaskan secara logik dalam catan, arca dan seni bina, sudah tentu
simbol-simbol asas seperti ikon Buddha dalam pelbagai bentuk meditasi atau
ajaran, bunga teratai sebagai gambaran jiwa yang membuka cahaya yang
transenden, mandala sebagai simbolik kepada sintesis terhadapa alam semesta dan
sebagainya. Seni Islam dalam kata lain adalah abstrak dan bentuknya tidak
diperolehi secara terus dari Al-Quran atau hadis Nabi Muhammad S.A.W. Ia
dilihat seolah-olah tidak mempunyai kitab agama, pada masa yang sama tidak dinafikan memiliki karakter Islam yang
mendalam.
Kedatangan Islam tidak secara langsung dengan seninya,
tidak juga kerana suasana kewujudannya secara dagang atau separa dagang yang
penuh dengan kesederhanaan. Diakui bahawa pedagang dan pemimpin kafilah Arab
mempunyai hubungan dengan tamadun Byzantin dan Parsi malahan dengan India.
Namun kebanyakan karya seni yang paling mereka kagum dan minati dalam
perjalanan dan keperluan mereka yang terpenting hanyalah pada senjata, barangan
hiasan dan kain. Di rumah mereka masih mengekalkan ciri-ciri kehidupan asal
usul mereka. Kata orang seperti kehidupan orang barbar, walau bagaimanapun
mereka mengikut contoh atau sunah-sunah Nabi Muhammad S.AW. misalnya
memperkuatkan rohani dan meningkatkan keimanan. Tanah Arab menjadi tamadun yang
hebat berpandukan kepada Ketuhanan yang
berpusatkan pada tauhid, mengakui Keesaan Tuhan.
Sebenarnya, peninggalan primitif masyarakat Arab dan
konfrontasi mereka dengan warisan seni rakyat yang baru ditakluki atau
pertukaran penciptaan seni yang sesuai dengan Islam inilah yang berlaku. Namun sebelum ini, terdapat suatu
kekurangan atau ketandusan yang jelas, yang boleh diragui untuk diperjelaskan
dari segi kekuatan ekonomi yang menimbulkan penaklukan secara besar-besaran.
Agama baru tersebar dengan pantasnya seperti api yang membakar padang rumput
prairie, melalui penghantaran tentera elitnya ke sempadan empayar purba
Iskandar Agung dan lain-lain. Penaklukan ini dilakukan oleh orang Arab yang
sebahagian besarnya adalah puak Badwi, biasanya mereka tidak mempunyai masa
sengang yang banyak untuk meraikan sesuatu, di tanah yang mereka tawan mereka
dianggap sebagai orang asing, mereka membentuk kasta aristokrat yang mana
menjarakkan anak jajahan takluk dan tidak menggunakan seni kecuali untuk
mencari keseronokan, mereka tidak menghasilkannya sendiri. Namun selepas fasa
pertama kestabilan seterusnya di akhir era khalifah Bani Umaiyah, persoalan
seni mula diperbincangakan. Pada masa itu, berlaku urbanisasi penduduk bandar
Syria dimana pusat kerajaan baru ditempatkan di sini, sebahagian besar
penduduknya menganut agama Islam, mereka tidak selasa hidup di kawasan
perbandaran yang mempunyai berlatar tamadaun Greek-Romawi dimana hanya
sebahagian kecilnya sahaja yang diubahsuai daripada Kristian. Atas rasa sifat
keagamaan yang sebenar-benarnya kewujudan gereja-gereja Byzantin yang indah
menimbulkan percanggahan terhadap kepercayaan mereka, kehebatan Islam perlu
diperlihatkan. Setidak-tidaknya keadaan faktor politik dan psikologikal
hendaklah tidak boleh dikelirukan dengan
sumber seni Islam yang sebenar iaitu reaksi yang menyeluruh, sifat kehalusannya
seninya dari segi keseimbangan dalaman yang telah hilang berabad-abad lamanya.
Kita pasti terpesona dengan melihat intipati yang terdapat di dalam seni
ini, dalam membicarkan “wahyu” yang
kedua, istilah ini tidak terbatas hanya dalam memanifestasikannya pada
aspek ketuhanan sahaja. Apa yang dimaksudkan di sini adalah kelahiran seni iaitu seni Islam adalah sesuatu yang
wajar, ia adalah berkenaan dengan kesesuaian perkara-perkara yang berada di
luar yang masuk ke dalam suatu tradisi. Oleh yang demikian ia mendekatkan lagi
seni suci dan esoterisme. Kemunculan seni sebegini kemudiannya memberi sinar
cahaya dalam menyedarkan kita terhadap
suatu tindakan, untuk menggunakan perbandingan yang boleh dimanfaatkan dalam
perkara ini ia mencadangkan bukan sahaja fenomena yang berlaku secara kebetulan
tetapi juga secara berterusan dan keseragaman pada bentuk yang dihasilkan.
Keadaan supersaturasi yang terhasil sebelum pemendakan kristal tidak semestinya
memberi perbandingan dengan ketegangan psikologi seperti yang dinyatak di atas
yang disebabkan oleh masyarakat Muslim yang primitif bertembung dengan budaya
orang yang ditakluki, tetapi juga tidak lebih daripada penampilan dan aspek perkara yang superficial kerana
realitinya supersaturasi ini hanyalah potensi kreatif yang wujud dalam tradisi.
2. Kubah Batu
Kubah Batu
(Qubbah al-Sakrah) di Jerusalem dibina antara tahun 688 hingga 692
Masihi iaitu kira-kira 60 tahun selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w, merupakan
antara monumen peringatan muslim yang tertua yang masih ada dan dipelihara
dengan baik sehingga ke hari ini. Walaupun mempunyai pengaruh daripada seni
Byzantin, pada masa yang sama juga adalah hasil seni yang bercirikan seni
muslim dari segi elemen pemilihan bahan-bahan yang digunakan. Sebaliknya Masjid
Besar Damsyik yang mula dibina pada 706 dan siap pada 715 dalam kata lain
adalah sepenuh merupakan hasil seni Islam, terutamanya pada bentuk utama binaan
ini. Selepas tarikh ini dan lebih tepatnya pada pertengahan abad ke-8, seni
baru itu berkembang dengan pesat dan meluas. Muncullah karya-karya besar dari
zaman kegelapan seperti Masjid Besar Cordoba yang didirikan pada tahun 785 dan
selesai pada masa yang sama Masjid Ibnu Tulun di Kaherah siap dibina iaitu pada
879, dimana seni Islam tidak lagi berada dalam
fasa evolusi tetapi mempunyai kualiti seni yang tersendiri dan tiada
tandingannya. Ini bermakna seni Islam pada pertengahan abad kedua hijrah telah
menemui bahasanya sendiri.
Mari kita buat
perbandingan sepintas lalu tarikh-tarikh ini dengan sejarah seni Kristian pula.
Katakom (catan kubur bawah tanah) yang dihasilkan pada tiga abad pertama adalah
merupakan subjek Kristian, walaupun agak samar-samar, gayanya adalah daripada
pengaruh seni Romawi purba. Ini bermakna bahawa sebelum sampai zaman
Constantine lagi seni Kristian telah
memperoleh bahasanya sendiri disamping mengekalkan ciri-ciri empayarnya
terhadap kosa kata Yunaini-Romawi sebagaimana yang dapat dilihat di Ravenna.
Sebenarnya, seni Kristian hanya mencapai taraf seninya sehingga setelah
permulaan ikonoklasme iaitu melukis imej
sebagai lambang kesenian dalam seni Byzantin, iaitu selari dengan peningkatan
seni Muslim dan dengan cara yang ingin melihat reaksi kepadanya. Dalam perihal
Islam, kepaduan antara perintah agama dan aturan sosial adalah baik untuk
pengembangan sesebuah seni.
Kubah Batu kadangkala
disebut “Masjid Umar”, namun perkara ini tidak tepat kerana ia bukan diasaskan
oleh Khalifah Saidina Umar Al-Khatab tetapi oleh Khalifah Umayyad Abd al-Malik
pada tahun 688. Walaubagaimanapun terdapat juga kebenaran untuk mengaitkannya
dengan Saidina Umar. Ketika Sahabat Nabi datang ke Jerusalem atas undangan Patriarch Yunaini untuk menandatangani
perjanjian penyerahan kota suci, beliau diminta mengetuai untuk
membawa ke tempat kuil Nabi Sulaiman berdiri menurut kepercayaan orang Islam,
Nabi Muhammad secara ajaib telah dibawa naik ke syurga pada waktu malam dalam
peristiwa Israk dan Mikraj. Dikatakan bahawa tempat itu dipenuhi dengan debu
dan sampah berselerakan yang ditinggalkan oleh penduduk Kristian untuk
menyakitkan hati orang Yahudi. 1 Saidina Úmar mengiktiraf tempat itu daripada
apa yang telah diterangkan Nabi kepadanya dan tempat itu dibersihkan olehnya
sendiri. 2 Sebuah rumah yang sederhana binaanya dibina untuk orang Islam untuk
mengerjakan solat. Kemudian sebuah binaan daripada kayu dan batu membentuk
puncak Gunung Moriah dan tempat dimana masjid al- Aqsa didirikan kemudiannya.
Bagi bahagian kubah yang meliputi batu suci itu sendiri, ia dibina oleh
khalifah Umayyad semasa Mekah telah jatuh ke tangan saingannya iaitu Ibnu az-Zubayr
untuk membolehkan orang yang beriman melakukan umrah ke Jerusalem dimana para
penziarah dihalang sementara melakukan umrah ke Mekah. Batu itu sebenarnya suci
kepada umat Islam atas tiga sebab antaranya; untuk memperingati Nabi
Ibrahim yang pergi ke Gunung Moriah untuk mengorbankan anaknya; tempat ini
terletaknya Rumah Suci Nabi Sulaiman dan di sanalah Nabi Muhammad dibawa pada
“perjalanan malamnya”. Terdapat sebuah gua dibawah batu yang pintunya terbuka
dibahagian atas, mengikut cerita
tradisi yang mahsyur daripada gua inilah Nabi Muhammad naik ke langit. Dalam mana-mana simbolisme
gua dibawah batu adalah seperti hati nuraini yang dalam lelaki yang bersama
dengan “sinar syurga” ke dunia abadi.
Kubah Batu direka untuk melindungi tempat suci ini
seolah-olah berada di bawah kanopi yang besar, seni bina yang sangat unik dalam
seni Islam dan dikaitakan secara langsung dengan gaya kuil Byzantin dengan
kupola (kubah kecil) di tengah dan berbentuk petakan bersegi lapan oktagon;
bahkan agak logik dan definitif untuk
mengatakan ia datangnya dari evolusi senibina Romawi dan Byzantin yang mana
pelbagai contoh-contoh yang tidak jauh berbeza dengannya dapat dilihat di
sekitar Palestin. 4 Namun dalam
bagi tamadun Islam bentuk seni bina ini memperlihatkan ciri-ciri ketulenan “Platonik”. Binaan awal dengan bentuk yang
sama telah didirikan dengan agak rumit dari segi pertimbangan statik dan
keperluan liturgi (agama); keperluan untuk mengukuhkan sokongan kupola dan
untuk memperluaskan ruang dalaman agar harmoni bermaksud pelbagai elemen-elemen
geometrikal yang terdapat dari binaan itu harus diadun dalam satu badan,
sedangkan tempat suci orang Islam ini terhutang budi terhadap pengucapan
keindahan yang berbeza dari elemen-elemen yang sama ini, iaitu dram bulat pada hemisfera kupola dan
bentuk kristal oktagon yang mengelilinginya. Kupola yang diperbuat dari kayu
ganda ditutup dengan lapisan logam bersadur, dalam kata lain ia tidak
memerlukan penyokong disamping mempunyai
lengkung yang lebih tinggi daripada kupola Byzantin. Orang yang berada
di sini buat kali pertama akan merasakan kekukuhan kupola itu seperti pada
kebanyakan yang ada pada seni bina Islam. Dinding pada petakan oktagon kini
dihiasi dengan jubin seramik Turki yang sebelum ini ditutupi dengan mozek.
Empat jalan pintu yang terbuka pada
empat arah utama pada binaan ini adalah simbolik kepada pusat dunia.
Bahagian dalam tempat suci ini pula lebih dekat
dengan seni Byzantin atau Romawi daripada bahagian luar kerana penggunaan tiang
antik sebahagiannya dikaitkan dengan arkitraf (bahagian paling bawah sesebuah
entablatur dalam senu bina Yunaini Klasik). Cahaya yang jatuh daripada atas
melintasi dram kupola ini dihiasi dengan
mozek bersalut emas akan menerangi batu suci. Batu yang dikelilingi dengan
empat tiang dan dua belas pintu gerbang yang menyokong gelendung seolah-olah
membentuk pusingan tawaf. Keduanya, siri-siri tiang dan pintu gerbang yang
disusun secara bersegi lapan dan berorentasikan ruang yang menghadap ke arah
pusat walaupun bukan dalam susunan sebuah bulatan. Rahsia tersembunyi disebalik
tranmutasi pergerakan ini akhirnya
menjadi nyata untuk dilihat bahawa asas-asas semua tiang ini terletak pada titik-titik
persilangan poligon berbentuk bintang yang dibentuk oleh dua garisan empat segi
yang dikesan pada bahagian tengah bulatan. Hasilnya adalah pelbagai kumpulan
tiang ini menandakan kawasan segi empat atau segi empat tepat, yang mana
bahagiannya ditentukan oleh padanan yang wujud antara sisi segi empat dan
penjurunya atau sekali lagi antara garis diameter bulatan yang terterap dalam
segiempat dan garis diameter bulatan diluarnya, kesepadanan ini tidak dapat
dinyatakan dalam jumlah keseluruhan namun secara “organik”. Oleh itu, pelan
terancang tempat suci ini adalah pengucapan secara sintesis bulatan dan
persegi, pergerakan dan statik, masa dan ruang serta sintesis ini telah
digambarkan dengan penuh menarik dimana bentuk luar binaan “langit” kubah bulat
bercantum dengan “bumi” oktagon kristal.5
Ia bermungkinan dan
pelanya seolah-olah berdasarkan poligon berbentuk bintang warisan daripada
Byzantin yang pada awalnya adalah berasal dari Platonik dan Pythagorean zaman
dahulu. Bentuk bintang poligon berbentuk segi lapan memainkan peranan penting
dalam seni Muslim dan akan muncul bukan sahaja dalam seni bina malah juga dalam
motif perhiasan. Pada praktiknya, perancangan kegunaan secara tematik seperti
ini membolehkan pelan seni bina dipindahkan daripada satu skala kepada skala
yang lain tanpa bantuan unit ukuran yang tepat.
Pada masa yang sama, penggunaan ini adalah untuk seni bina kualitatif dan bukan
semata-mata seni bina geometri yang berkuantitatif mempunyai aspek spekulatif
malah kontemplatif, ia adalah seni yang menggabungkan keanekaragaman dan
kepelbagaian dalam kesatuan. Sekiranya bukti diperlukan untuk meneruskan unsur
gnosis purba dalam seni Islam, di sinilah ia akan dijumpai.
Sudah
pasti pembina Kubah Batu melihat secara mendalam imejnya sebagai pusat rohaniah
dunia, iaitu tanggapan yang diberikan
bahawa pusat ini menjadi simbol kepada umat Islam selain Kaabah, Jerusalem dan
Gunung Moriah khususnya yang selalu dianggap sebagai ikon avatar pusat yang
sama dan juga sebagai tempat dimana peristiwa-peristiwa yang menentukan di
akhir zaman akan terungkap. Dram pada kupola itu dikukuhkan oleh empat tiang
dan dua belas tiang pintu gerbang dan deambulatori mempunyai lapan
tiang dan enam belas tiang pintu gerbang menjadikannya keseluruhan jumlahnya
sebanyak empat puluh yang sesuai dengan jumlah wali yang menurut sabda Nabi
membentuk “tonggak” rohani dunia pada setiap zaman. Susunan empat pintu masuk
yang mengadap ke empat pusat
kardinal ruang juga telah disebutkan.
Peninggalan binaa ini juga turut memperkatakan
berkenaan mozek yang menghiasi ruang dalaman kubah. Ini termasuklah hiasan
anggur, digayakan dan diperkayakan
dengan permata dan mahkota dimana merupakan lambang kerajaan Sasanid dan
Byzantin dapat dilihat yang mungkin menunjukkan betapa universalnya Islam
sebagai sebuah empayar. Himpunan tumbuh-tumbuhan dan hiasan permata ini
mempunyai suatu yang dekat dengan ciri-ciri Asia dimana ia mempunyai analogi
tertentu sebagai hiasan suci bagi agama Hindu dan Buddha, pada masa yang sama
mengingatkan kita berkenaan kalungan yang digunakan oleh orang Arab
kuno di tempat persembahan mereka.
Tidak dapat disangkal lagi
bahawa para pekerja mozek ini adalah pekerja terlatih dari aliran sekolah
Syria-Byzantin. Perlu diingatkan juga bahawa, walaupun dekorasi Kubah Batu
tidak merepresentasikan makhluk-makhluk bernyawa dan ini tidak ada apa-apa
untuk menyokong tesis oleh oleh orientalis tertentu bahawa Islam tidak menolak
imej antropomorfik sehinggalah zaman seterusnya.
Kesimpulannya,
Kubah Batu menunjukkan titik pertemuan antara seni Byzantin dan
kelahiran seni Islam, dan pertemuan ini dimungkinkan oleh elemen “Platonik”
yang yang wujud dalam seni Byzantin, perkara ini bermaksud bahawa beberapa
aspek kebijaksanaan kontemplatif yang digabungkan secara semulajadi dengan
perspektif Islam yang berorientasikan pada kewujudan tuhan yang transendal.
3. Kerajaan Bani Umaiyah
Penglibatan Islam dalam susunan sosial ini yang telah melemahkan kuasa Khalifah yang mengakibatkan peristiwa tragis yang menyebabkan kematian khalifah ketiga dan keempat. Saidina Uthman Bin Affan r.a. sebagai Khalifah yang ketiga telah mula memperkukuhkan pemerintahan Mekah lama yang dilhamkan daripada Nabi Muhammad s.a.w. sendiri, 6 Saidina Ali Bin Abi Talib r.a. sebagai Khalifah yang keempat pula telah terperangkap diantara penduduk Mekah yang lebih Arab daripada Muslim dan menentang pergerakan sesuatu matlamat yang bersifat utopia yang tidak pasti yang menuntut penginstitusian hierarki semata-mata. Kekacauan yang dihadapi oleh Khalifah ini yang juga merupakan pahlawan yang hebat dan seorang warak ini boleh dijelaskan hanya melalui dilema ini iaitu samada memerintah dengan maksud mengikut secara berpuak-puak yang telah digantikan dengan perpaduan untuk orang yang beriman oleh Islam atau gagal. Sebahagian khalifah Bani Umaiyah meneruskan dasar-dasar saudara mereka iaitu khalifah Saidina Uthman bin Affan r.a. dan menolak dasar-dasar khalifah Saidina Ali Bin Abi Talib r.a. yang merupakan saingan mereka dengan bergantung kepada secara terbuka pada ikatan puak dan lebih-lebih lagi apa sahaja yang menghubungkannya dengan bahasa Arab termasuklah puisi yang bertemakan Badwi, kemahiran menunggang kuda dan pemburuan. Menurut para sejarahwan Islam, mereka tidak akan memaafkan pemerintahan Bani Umaiyah ini kecuali beberapa pemerintah yang sangat bertakwa seperti Umar II atau Umar ibni Abdul al-Aziz, putera-putera yang selain darinya suka minum arak, berhibur seperti menari dan bermain muzik dan tidak mengikut sunah Nabi Muhammad s.a.w.
Walau apa pun, perkara inilah yang sukar untuk dilupakan. Islam telah tersebar luas dari tempat lahirnya, ia tersebar dengan cara yang jauh berbeza daripada yang mencirikan kelahiran awal agama Kristian. Agama Kristian lahir daripada hegemoni sosial dan politik kerajaan Romawi dengan secara beransur-ansur meresap masuk secara sembunyi-sembunyi sehinggalah gereja Kristian di bawah Maharaja Constantine datang menganutnya dan menyebarkannya. Berbeza pula dengan Islam, sebaliknya dipimpin oleh tenteranya dimana ia perlu memastikan sempadan empayarnya terlebih dahulu sebelum mengasimilasi penduduk yang telah ditakluk seperti tentera yang memberikan musuhnya makan dan kemudian meninggalkannya. Sebenarnya, kemenangan Islam yang hakiki tidak memerlukan orang untuk dikalahkan tetapi melalui kehebatan politik Islam itu sendiri misalnya melindungi penduduk yang ditawan dan memberi kefahaman mengenai keindahan ajaran Islam sedikit demi sedikit. Atas sebab inilah pada abad pertama hijrah, pengislaman terhadap orang bukan Islam meluas tersebar seperti mereka berada kepulauan yang luas di dalam jajahan dunia Islam, dan ini menyumbang kepada fenomena yang membingungkan seperti pemerintahan Bani Umaiyyah tetapi mempunyai sikap pemikiran Helenistik. According to every non-sacred logic, the spiritual unity of the world of Islam should have split apart, and yet it did not. But the secularization of politics drove the spiritual forces into anonymity; the last surviving Companions of the Prophet withdrew ever more from political life, together with their spiritual heirs. In compensation, their influence penetrated to popular levels, and
it was as a result of this that the Islamicization of the
world conquered
by the Arabs was to be
completed
Something analogous came about in the domain of art; in the surroundings of princely
palaces, it was craftsmanship in its most humble form
that was the first to be Islamicized, and made Arab too, in a sense that
remains to be defined.
4. Mshatta
Qaṣr al-Ḥayr, Quṣayr'Amra, Khirbat al-Mafjar, dan Mshattā
adalah antara nama-nama rumah-rumah agam kerajaan yang dibina oleh Bani Umaiyah
di pinggir padang pasir sebagai tempat
tinggal pada musim hujan dan sebahagian besar arkeologinya telah berjaya
dipulihkan. Seni bina rumah-rumah agam ini mengimbau semula kedua-dua seni bina
kubu Romawi dan istana Sasanid. Biarpun terdapat elemen baru yang menonjolkan
seni Islam secara terperinci dan khususnya dalam hiasan, di mana motif
geometrikal dan ritma seperti jalinan dan kelok-kelok dalam swastika yang
muncul secara beransur-ansur daripada gubahan klasik yang konvensional,
sebaliknya dari terus menjadi sempadan-sempadan yang ringkas ia menjadi tema
yang utama pula.
Hasil seni kerajaan Bani Umaiyah yang paling terkenal yang tidak boleh
dipertikaikan dari segi ukiran pada permukaan bangunannya adalah Mshatta, 7 iaitu kediaman musim
sejuk yang daripada bukti menunjukkan ia ditinggalkan sebelum selesai, boleh
dikatakan pada akhir era pemerintahan Bani Umaiyah (750). Jika seni bina
seperti Kubah Batu dianggap sebagai mewakili budaya bandaran, dekorasi Mshatta pula
dilihat sebagai perluahan cita rasa putera Arab dari asal usul Badwi, walaupun
sebenarnya berasal daripada seni Yunaini-Romawi. Putera Arab yang mengarahkan pembinaannya ini telah
menunjukkan beberapa kain broked mewah atau permaidani Sasasnid dengan perulangan motif simetri kepada ketua
senimannya untuk menirunya dengan menggunakan batu berukuran lima meter tinggi
dan empat puluh tiga meter lebar. Namun inilah yang dikatakan sebagai eufimisme
(ungkapan halus) yang bermaksud keseluruhan komposisi ukiran ini dihiasi dengan
timbulan siku keluang zigzag yang
menarik dan diselitkan dengan roset atau hiasan bunga mawar yang berbentuk
bulat dan berbentuk oktagon segi lapan, dilihat cuba untuk menghilangkan
pengaruh senibina klasik Yunaini atau Latin, ianya agak “barbar” dan lebih
menarik kerana unsur-unsur klasik yang digunakan bertentangan dengan peranan
asalnya. Oleh itu, sebagai contoh timbulan siku keluang zigzag yang menarik
dengan motif daun akantus memberi kesan terhadap bentuk birai hias klasik,
elemen asas yang bertujuan untuk menyokong bumbung, dalam konteks Mshatta ianya
lebih dinamik dan berirama sebagai elemen hiasan, ia tidak berbeza dari kulit sintetik yang
dijahit pada pelana-pelana kuda orang Badwi, begitu juga dengan roset bunga
mawar dan tidak syak lagi berasal dari roset bunga mawar yang menghiasi panel
siling yang mungkin juga digunkan sebagai hiasan untuk pengetuk pintu. Kebanyakan ukiran daripada
permaidani ini mempunyai kaitan dengan budaya perkemahan daripada seni bina
yang sebenar. Selain itu, orang Arab seperti kebanyakan orang nomad kurang
sensetiviti terhadap seni bina, sebaliknya mereka lebih menghargai kesenian
minor seperti barang perhiasan perempuan,
senjata perhiasan yang mahal dan tekstil mewah yang boleh dibawa dalam
perjalanan mereka berniaga dan boleh digantung di dalam khemah mereka. Apabila
dilihat dari jauh permukaan fasad Mshatta kelihatan seperti sebuah kandang yang
dibuat dengan menggantungkan permaidani yang dikelilingi oleh kumpulan khemah diraja
dan kem tentera.
Perincian mengenai perhiasan ini seperti yang diperkatakan mempunyai
kaitan secara langsung dan tidak langsung dengan warisan Hellenik, misalnya
penemuan motif buah anggur dan pokok akantus, selain semua haiwan-haiwan yang
menakjubkan di zaman kuno seperti
gryphon iaitu burung berkaki empat dan kuda bersayap. 8 Walaupun bentuk yang mengkagumkan ini adalah
daripada warisan Hellenik dan apa yang menonjol adalah bentuk berirama dan kemewahan bentuk yang terbentang ini membawa
kita dekat dengan India daripada Yunaini. Ia juga mempunyai pengaruh dari Asia
bukan sahaja Eropah, misalnya pasangan binatang yang sedang minum daripada
pasu, cabang-cabang pokok anggur yang memanjat naik, jika dibandingkan masih
belum wujud lagi di dalam seni Byzantin. Sesetengah motif hiasan ini
menunjukkan dari seni koptik iaitu seni awal Kristian di Mesir dan yang lain di
sempadan timur negara Iran dimana pengaruh Hellenik digabungkan dengan warisan
Asia. Adalah lebih sukar untuk menentukan apakah flora dan fauna yang
mengkagumkan ini mempunyai maksud tertentu kepada seniman dan patron mereka, kerana
seni hiasan ini seolah-olah berada diambang antara sedar dan tidak sedar dimana
simbol-simbol kuno yang dahulunya tidak ketahui kini kembali timbul apabila
doktrin baru kerohanian hadir menepati maknanya. Di dalam perihal pokok anggur
yang dikelilingi dengan binatang, mitos dan alam nyata, kenangan terhadap
Dionysiac dalam erti kata yang luas dan tiada paradoks dalam membicarakan hal
ini misalnya puisi Bacchic juga terdapat dalam dunia Islam dan sering
dimaknakan ke arah kerohanian. Tambahan pula dalam seni Kristian pokok anggur
mempunyai kaitan rapat dengan Nabi Isa.
Seni bina Mshatta masih belum lagi boleh dikatakan sebagai seni Islam.
Ia boleh dikatakan kesinambungan pengucapan ke dalam dunia Islam dan dalam
bentuk yang telah di Arabkan daripada warisan kota Iskandariah, Mesir dan
kerajaan Bani Umaiyah yang hampir sama dengan apa yang terdapat pada kerajaan
Yunaini-Parsi yang diasaskan seribu tahun yang lalu oleh Iskandar Zulkarnain “dua
tanduk” (dhu'l-qarnayn) .9 bermaksud yang memiliki kekuasaan antara timur
dan barat .
Walau bagaimanapun, seni Mshatta dalam ertikata lain terlebih dahulu
memberi pengaruh yang besar dalam seni Islam khususnya dalam menggabungkan
perbezaan seni atau budaya hias, ukiran
timbul siku keluang zigzag bersaiz besar dan roset bunga mawar yang dihasilkan
untuk dilihat jauh dimana arca itu berbentuk motif tumbuhan dan zoomorfik yang
perhiasannya berupa bentuk binatang bukan sahaja berkenaan dengan perihal
cahaya dan bayang yang berubah-ubah sebagai satu bentuk yang hidup. Pendekatan
bagaimana hiasan segi tiga siku keluang dan bentuk geometrik roset bunga mawar
dipindahkan pada benteng menara menggambarkan kejayaan seni Islam selama
berabad-abad terutamanya daripada seni Seljuk di Iran.
Seni tidak pernah menjadi sebagai suatu ciptaan yang sia-sia atau ex nihilo . Keasliannya terletak dalam sintesis elemen yang sedia ada. Oleh itu, seni bina suci Islam dilahirkan apabila kejayaan dicapai dalam penciptaan, ia bukan bentuk tiang dan gerbang yang baru tetapi jenis baru yang sesuai dengan ibadat dalam Islam.
Mari kita bandingkan dengan pelan tempat ibadat antara gereja dengan masjid. Gereja mempunyai titik tengah yang dijadikan sebagai tempat upacara pembaptisan, altar, ke arah semuanya bersatu, paduan suara itu adalah tempat perlindungan yang melindungi altar, dan ruang ibu (nave) adalah seperti jalan dari dunia luar ke arah tempat perlindungan, apabila gereja dibahagikan kepada ruang masuk atau lobi (narthex), ruang ibu dan ruang koir, ia menerangkan hiraki pendekatan kepada yang suci dan cahaya yang jatuh, dalam gereja gaya basilica, dari tingkap ruang koir dan lampu langit tengah ruang ibu menonjolkan gerakan dan hirarki ini. Namun masjid tidak mempunyai pusat suci pada dindingnya, ruang solat imam (mihrab) adalah untuk menunjukkan arah (kiblat) di Mekah dan untuk tempat imam yang mengetuai solat bersama berdiri dihadapan jemaah, barisan saf dihadapan adalah lebih utama daripada berisan belakang, ruang di dalam masjid adalah seperti seperti segmen salah satu lingkaran sepusat yang mengelilingi tempat suci di Mekah.
Apabila umat Islam mengambil alih beberapa gereja orang Kristian seperti yang berlaku di Syria, 10 mereka mengubah paksi senibina menegak gereja menjadi melintang, dan perubahan orentasi semula ini dilakukan dalam pelbagai bentuk. Gereja-gereja Kristian berorentasikan arah timur, sedangkan Mekah terletak diselatan dari Syria. Salah satu perubahan arah ini adalah dengan membuat arked yang memisahkan pelbagai ruang ibu (naves) dengan wajah baru, bukannya “menggerakkan mata’’ ke dalaman arah ruang koir, mereka mambahagi ruang kutbah di depan dan “membawa mata berehat”, selaras dengan konsep asas yang statik dan bukan dinamik yang terdapat pada konsep ruang itu, dalam keadaan keseimbangan dan ketenangan yang diungkapkan seni bina Islam dalam semua bentuknya.
Dalam erti kata lain, seni bina suci Kristian mencerminkan masa dalam bentuk ruang seperti yang telah kita perkatakan tentang orientasi. Paksi liturgi pada gereja biasanya ditentukan pada ekuinoks musum sejuk, iaitu paderi yang ditugaskan dan para jemaah akan berada pada garisan horizon dimana matahari, simbol kebangkitan Nabi Isa naik ke langit. Oleh itu, inilah perubahan yang berlaku sebenarnya, perubahan momen yang menyentuh tentang pengabdian dan susunan liturgi gereja dibahagikan kepada “timur”, “barat”, “tengah hari” dan “tengah malam” yang mengambarkan kitaran atau ukuran duniawi.11 Bagi Gereja Latin pada hari ini pasti tidak dapat melupakan simbolisme ini yang mana merupakan bukti yang paling jelas, ia merupakan data asas ruang yang tidak dapat dipisahkan secara artifisial dari masa ke semasa, jalan yang membawa seseorang itu sedar bahawa masa itu diukur untuk dalam menuju syurga.
Seni bina suci Islam tidak berdasarkan ukuran masa, ia adalah berorientasikan pusat bumi. Ruangnya adalah berhubung dengan pengalaman, seolah-olah ia sentiasa menyerap kembali peristiwa yang berlaku pada waktu itu. Ia tidak menarik perhatian mata ke arah tertentu. Ia tidak menunjukkan ketegangan dan antinomi pencanggahan antara dahulu, kini dan akan datang atau antara langit dan bumi. Ia memiliki ciri-ciri di menutupi ruang setiap tempat. Bukti Inilah yang dikatakan sebagai masjid ‘”bertiang’’ yang dibina berdasarkan model masjid pertama di Madinah.
Ia seolah-olah seperti halaman rumah yang terdapat pada ruang terbuka kediaman Rasulullah dan keluarganya. Kediaman ini berhadapan dengan tembok yang dibatasi halaman kira-kira 100 meter persegi yang menghadap ke arah Mekah, tempat ini dibina dengan struktur berbumbung dan bertiangkan seperti batang pokok sawit. Pada waktu solat berjemaah, jemaah yang tidak dapat bersolat pada ruang berbumbung akan mengerjakannya di halaman terbuka. Satu ruang serambi yang dinamakan suffah dibina bertentangan dengan ruang solat sebagai tempat perlindungan bagi sahabat Nabi yang miskin dan kewujudan ruang-ruang ini atau serambi anjung yang mengelilingi halaman masjid boleh dilihat dalam model asal Masjid Nabawi. Berdasarkan model ini, masjid dengan bumbung horizontal biasanya terbuka ke halaman adalah sebahagian daripada tempat suci dan terdapat mata air untuk orang mensucikan diri dengan berwuduk sebelum mengerjakan solat. Ruang mimbar adalah berbumbung, ia mengandungi saiz tiang-tiang yang berbeza namun sama tingginya. Unsur-unsur suci jika boleh digambarkan adalah bahagian tanah itu sendiri, suluruh bahagian ruang tanah masjid biasanya ditutup dengan tikar atau permaidani dan jemaah akan menanggalkan kasut sebelum memasuki masjid. Pergerakan solat yang melibatkan sujud, dimana dahi menyentuh lantai dan posisi duduk diantara dua sujud yang menyentuh lantai itu sendiri adalah merupakan kedudukan normal dalam berehat dan bertafakur. Bahagian dalam masjid adalah direka adalah sesuai dari kedudukan ini yang menyatakan bahawa ia berhubungan dengan bumi dan pelbagai komponen seperti tiang, tiang relung dan arked dibina sedemikian rupa rupa sehingga menjadikan setiap titik pusat itu berdiri sendiri.
Masjid Besar Damsyik dibina antara 706 hingga 715 Masihi oleh Khalifah Bani Umaiyah iaitu Khalifah Al-Walid, iaitu masjid pertama yang mengikut model masjid lama di Madinah berdasarkan bentuk monumental. Khalifah ini juga membina semula masjid Nabi di Madinah namun penduduk Madinah berasa sangat sedih apabila khalifah merobohkan kediaman Nabi dan isteri-isterinya tinggal yang diperbuat daripada bata dengan bangunan baru. Sesetengahnya menuduh khalifah membina ‘bukan dengan gaya senibina masjid tetapi gereja’. Keunggulan gaya Bani Umaiyah sebenarnya berbeza dengan nilai kesederhanaan dan ketenangan yang ada pada Islam, walau bagaimanapun dari sudut pandang politik . Khalifah al-Walid mempunyai hak dalam menentukan kemahiran artistik dan teknikal pada zamannya dalam menyumbang kepada Islam. Sejarah telah membuktikan beliau melakukan kesilapan, kerana sikap bermegah-megah Bani Umaiyah tidak mampu menengelamkan sifat merendah diri yang terdapat dalam reka bentuk Islam, dalam kata lain Islam telah mencapai keseimbangan yang sempurna berkaitan dengan keindahan yang merupakan sifatnya sendiri yang kaya dan sederhana.
Masjid Besar Damsyik merangkumi bentuk segi empat tepat berkeluasan 160 meter panjang dan 100 meter lebar yang dibentuk oleh tembok-tembok kawasan sebuah Hellenistk kuno. Berdasarkan fakta ia menggantikan gereja St. John the Baptist dimana kepala beliau masih tersimpan di masjid ini telaj menimbulkan teori bahawa masjid ini tidak lebih daripada gereja ini, namun perkara ini tidak tepat kerana tidak pernah ada gereja di Damsyik dimensinya seluas ini, selain itu semua komponen unsur-unsur masjid adalah jelas strukturnya.
Terdapat tiga baris arked dibuat selari dengan dinding belakang, mempunyai dua dimana ruang arked bawah lebih besar dari yang atas. Bentuk arked ini seperti yang dilihat mempunyai tiga ruang ibu (naves) yang ditutupi oleh bumbung panjang bercerun dua. Set tiga ruang ibu ini mengingatkan kepada seni bina gereja namun bukan seperti skema gereja kerana bahagian tengah ruang ibu tidak tinggi dari dua aras bahagian yang lain dan tidak mempunyai ruang terbuka cahaya langit seperti yang terdapat pada gereja yang akan terbuka untuk cahaya semulajadi dari luar masuk ke dalam, biasanya cahaya akan masuk melalui gerbang arked yang terbuka ke ruang dalam
Halaman ini dalam dikelilingi oleh serambi anjung, arked yang mana juga berada di aras kedua dan mempunyai bentuk yang sama seperti yang menyokong bumbung tempat kutbah. Pengulangan seni bina yang sama ini merubahkan ritma satu dalam tiga selang seli tiang dan lajur tiang
Bahagian yang paling menampakkan ciri-ciri “Byzantin” dan juga “Romawi” daripada binaan ini adalah ia mempunyai bahagian sayap yang melintang merentasi ruang tempat berkutbah dan ini menjelaskan juga kedudukan mihrab pada seni Islam dengan menghubungkanya semula dengan kawasan halaman. Sebuah cupola yang tinggi di atas kubah berbentuk oktagon iaitu Kubah An-Nisr (Dome of Eagle) terletak diatas merentasi titik tengahnya. Terdapat percubaan untuk menerangkan aspek-aspek yang ada pada gereja sebenarnya daripada bahagian bangunan ini sebagai pemindahan simbolisme kerajaan Rom ke khalifah Bani Umaiyah. Sebenarnya cupola ini menandakan tempat khalifah berdiri ketika solat Jumaat atau perayaan-perayaan besar. Namun penekanan seni bina di sini adalah boleh dijelaskan sebagai keperluan untuk menunjukkan arah kiblat dan ruang mihrab pada “fasad” masjid yang menghadapan ke halaman.
Bentuk mihrab itu sendiri telah diperkenalkan ideanya ke dalam seni bina masjid semasa zaman khalifah al-Walid, pastinya tidak sama dengan exedra empayar Rom. Ada baiknya untuk membuat perbandingan dengan mihrab (apse) gereja-gereja Kristian tanpa perlu menanggapnya sebagai senibina pinjaman kerana perbincangan bidangnya lebih umum dan bercirikan purba dimana akan dibincangkan kemudian. (lihat Bab V, 2).
Terdapat juga unsur-unsur liturgi yang lain yang pertama kali muncul dalam zaman ini iaitu mimbar yang berbentuk seperti sebuah mahkota bertingkat dimana merupakan seperti sebuah tangga berbangku yang digunakan oleh Nabi Muhammad S.A.W semasa berkutbah kepada sahabat di masjid Madinah dan menara digunakan untuk melaungkan azan memanggil mengerjakan solat, di awal permulaan Islam muazin melaungkan azan di atas atap atau atas batu. Masjid Besar Damyik mempunyai tiga menara, dua adalah menara sudut temios Greek-Rom purba, yang ketiga didirikan oleh khalifah al-Walid, berdiri mengadap ke sebelah utara halaman di sepanjang paksi mihrab. Dinding masjid pula dihiasi dengan mozek dimana hanya sebahagiannya sahaja yang masih bertahan, imejnya mengambarkan bandar-bandar dan istana-istana yang hebat yang dikelilingi oleh bunga-bungaan dan dibatasi dengan sungai, semuanya disusun dengan reka bentuk yang hebat dimana menjadi bukti kepada kelangsungan aliran seni Bizantin oleh Bani Umaiyah di Syria. Ini adalah kesinambungan langsung sumbangan dunia Islam dimana mozek selepas itu telah digantikan dengan teknik lain yang lebih sesuai dengan gaya hiasan geometrik, permukaan mozek yang berwarna-warni berubah-ubah mengikut perubahan suhu dimana sebahagiannya adalah lut sinar, membuatkannya sesuatu sukar untuk dijelaskan dan diketahui sebalik dinding yang ditutupinya, jubin seramik dalam kata lain sangat tipikal dengan seni Islam selama berabad-abad berikutnya, ia menyatakan bahawa permukaan ini pada masa yang sama seolah-olah menjadikannya bercahaya. Tidak diketahui apakah daya penarik mozek Damsyik ini, ada yang mentafsirkan ia adalah syurga seperti yang diterangkan dalam Al-Quran dan ada yang mengatakan ia merujuk kepada bandar-bandar yang ditakluk oleh Islam, namun apa yang pasti adalah tidak terdapat satu pun figura tokoh manusia mahupun haiwan di karya yang berlatarbelakangkan lanskap ini dimana secara tidak langsung membuktikan bahawa tiadanya aniconisme dalam tradisi Islam.
Apa yang lebih menarik di sini adalah ruang seni bina dari segi ia didirikan dari struktur bangunan yang utuh. Ia bukanlah ruang yang mengikut ruang seperti dalam gereja Romawi atau Byzantin. Ruang khutbah yang terbuka sehingga ke halaman dan limpahan cahaya semulajadi yang masuk ke dalam masjid tanpa halangan arked sama sekali berbeza dengan seni bina bertiang oleh orang Greek-Romawi yang realitinya berasaskan dinding, kolum dan seni bina yang ingin menunjuk-nunjuk. Matlamat sebenar seni bina Islam adalah ruang itu sendiri sebagai tempat yang mulia. Bukan sahaja membina arked-arked yang hebat, memanifestasikan bentuk separa bulat tidak semudah seperti membuat bentuk seperti ladam kuda. Tidak boleh dinafikan lagi bahawa nama dalam bahasa Arab bagi arked iaitu riwaq sinonim dengan keindahan, keanggunan dan kehalusan bagi arked yang dibina penuh dengan kompisisi yang harnoni yang berupaya mengubah ruang daripada realiti kuantitatif kepada kualitatif. Bahkan diakui dengan jelas bahawa seni bina Islam telah memperkenalkan pelbagai bentuk lengkungan, ini jelas dalam seni bina Bani Umaiyah dan dua daripadanya yang biasa ditemui adalah gerbang tapak kuda dikatakan wajib dalam mencapai kesempurnaan dalam seni Maghribi dan gerbang “keel” yang menonjolkan seni Parsi. Gabungan kedua-duanya memperlihatkan sifat statik dan ringan. Gerbang Parsi agak mewah dan anggun, bantuknya naik dengan mudah dari bawah seperti lampu pelita yang ditup-tiup angin. Gerbang Maghribi pula dalam kata lain mempunyai ciri-ciri keluasan dimana biasanya disertakan dalam bentuk berbingkai dalam menghasilkan sintesis kestabilan dan hiasan berlebih-lebihan.
Langgan:
Catatan (Atom)




