Khamis, 29 September 2022

'Seni Untuk Rakyat: Esei-Esei Kurator'










Penulis: Faizal Sidik
Tahun: 2020
Muka surat: 182 halaman
Saiz buku: 14.8 cm x 21 cm
Harga: RM 20
Buku pertama saya 'Seni Untuk Rakyat: Esei-Esei Kurator' kini telah berada dipasaran. Buku ini menghimpunkan 18 penulisan yang pernah diterbitkan di dalam majalah Dewan Budaya, Dewan Bahasa dan Pustaka .
Buku ini menyentuh persoalan tentang pelukis, pameran seni, peranan kurator, pandangan tentang seni lukis Malaysia, Asia Tenggara dan antarabangsa.
Buku ini sesuai untuk dijadikan rujukan kepada pendidik, pelajar seni dan budaya, pelukis, penyelidik, kurator, guru pendidikan seni visual dan masyarakat umumnya.

Untuk pesanan sila Whatapp: 011-1097 5781

Jumaat, 9 September 2022

Ulasan Buku Fai Zakaria ‘Kala Kesunyian Membingitkan’

Oleh: Faizal Sidik

 


Apabila pertama kali membelik buku Fai Zakaria iaitu ‘Kala Kesunyian Membingkitkan’ terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka tahun 2022 ini, persoalan pertama yang menjadi perhatian saya adalah pada tajuknya. Bagaimana pada waktu sunyi sepi itu ada teriakan. Apa saya menyelami tajuknya lagi ia menyedarkan saya betapa ia adalah suasana kesunyian yang teramat sangat yang sukar untuk digambarkan dengan kata-kata. Namun saya di sini bukanlah ahli bahasa yang akan menyorot dari segi linguistik tetapi lebih kepada visual.

Seperkara lagi adalah jika diperhatikan mengapa beliau meletakkan gambar jantung dihadapan dan dilatarnya adalah sejumlah tajuk lukisan yang telah dihasilkan daipada tahun 2012 hingga kini. Biasanya pelukis akan meletakkan karya pilihan dimana-mana penerbitan samada katalog pameran atau juga buku. Begitu juga di dalam buku ini jantung adalah identiti pelukis atau ‘visual identiti’ kepada Fai.

Apabila meneliti dari sudut kandungan buku ini bab utama di dalam buku ini adalah daripada muka surat 1 hingga 267 yang mengandungi karya-karya terpilih yang dihasilkan dalam 8 tahun pengkaryaan iaitu  daripada tahun 2012 hingga 2022. Misalnya 2012 terdapat 6 karya, 2013 (4), 2014 (8), 2016 (14), 2017 (6), 2018(3), 2019 (6), 2020 (1). Kesemuanya terdapat 48 himpunan karya Fai di dalam buku ini.

Jika diperhatikan Fai mula melibatkan diri di dalam bidang seni dengan menyertai pameran sejak tahun 2008 lagi. Setelah bergraduan daripada Saito College beliau tidak terjun terus dalam bidang seni tetapi mencari pengalaman bekerja sebagai pereka dalaman dan kemudiaanna menubuhkan firmanya sendiri. Tahun 2012 boleh dikatakan sebagai tahun yang beliau aktif berpameran jadi dan agak munasabah juga karya di dalam buku ini bermula pada tahun berkenaan.

Di dalam bab utama ini setiap karya akan dimulakan dengan bahagian tajuk karya, gambar karya dan label, Disebalik Tabir serta Lakaran dan Nota. Dalam tahun 2013 dimulakan dengan karya ‘Incognito’, gambar karya tersebut yang menggunakan media campuran di atas kanvas berserta saiz. Bahagian Disebalik Tabir pula memberi definisi, sinonim dan keterangan karya. Defini adalah perkataan daripada tajuk karya, manakala sinonim adalah kata sama makna dan keterangan karya pula adalah pernyataan pelukis berkenaan karya yang yang dihasilkan. Bahagian Lakaran dan Nota pula adalah kajain-kajian spontan samada coretan persediaan sebelum menghasilkan karya sebenar.

Terdapat juga bahagian Proses dan Kemajuan. Bahagian ini boleh dikatakan sebagai gerak kerja dari peringkat awal hingga akhir sesebuah karya yang dihasilkan. Dalam kata lain langkah demi langkah bagaimana proses karya Fai itu terhasil. Di dalam penerbitan buku seni terdapat penerbit yang menerbitkan buku satu persatu bagaimana lukisan itu terhasil atau sering disebut sebagai Step by step.

Saya berkesempatan membuat lawatan ke studio Fai di Serdang sebelum membuat penulisan ini. Fai selesa menghasilkan karya diruang tamu yang berlatarkan rak tinggi yang dipenuhi dengan buku. Selain merakamkan gambar proses berkarya du dalam buku ini pembaca juga bileh melihat rakaman-rakaman video ya ng dimuat anaik dalam media sosial seperti di facebook dan instagram beliau.

Apakah kepentingan dokumentasi dalam proses kreatif seseorang pelukis? Dokumentasi dalam kata lain adalah arkib atau arkiban, penyimpanan, penstoran merupakan salah satu aspek yang kurang diberi penekanan oleh pelukis. Seseorang pelukis apabila menghasilkan karya siap kurang dalam kesedaran mereka untuk merekod, merakam, mencatat semula apa yang mereka hasilkan. Kebanyakan mereka apabila karya yang telah siap meletakkan sepenuh tanggungjawab itu kepada galeri pameran dan kolektor seni untuk dikatalogkan.

Dalam era digital ini kegiatan dokumentasi menjadi lebih mudah dimana ia bukan sahaja di simpan di dalam komputer malah boleh dikongsikan kepada orang lain dengan memuat naik di dalam media sosial seperti blogspot, wordpress dan cloud. Lebih mesra dan kini boleh dibuat komentar oleh orang lain seperti facebook, dan instagram. Dalam buku Fai ini adalah sebuah dokumentasi pengkaryaan beliau dalam tempoh 8 tahun berkarya. Dokumentasi ini dilakukan menerusi lakaran-lakaran dan coretan, gambar-gamabar perkembanagan karya dan juga cara bagaimana karya siap itu dihaslilan.

Apakah genre seni karya Fai  dan mengapa karyanya dilabel grafik dan kurang sureal? Pengkaryaan seseorang itu diinspirasikan daripada latar belakang pendidikan dan pengalaman kreatif yang dialami oleh seseorang pengkarya itu. Fai adalah merupakan pereka hiasan dalaman sebelum beralih kepada seni halus. Pada pandangan saya karya-karya Fai adalah karya pasca surealisme dimana karya-karya yang dihasilkan selepas era surealisme yang yang dipelopori oleh pelukis Eropah seperti Dali, Magritte dan Apirin misalnya dan di Malaysia kita ada Zulkifli Dahlan, Othman Mansur dan Shaimy Hashim. Fai pula menggabungkan pengalaman rekabnetuk ilustrasi dalam mereka bentuk dalaman yang  ke arah grafika dalam seni halus dan bagi saya ini satu penerokaan daripada seni gunaan kepada seni murni.

Pada saya seni kontemporari pada hari agak berbeza dengan pergerakan seni moden seperti saya sebutkan tadi. Pada hari ini sukar untuk mendefiniskan sesebuah karya itu dari aliran mana . Untuk memudahkan pendefiniskan para pensejarah seni hanya mentermakan seni pada hari ini sebagai seni kontemporari. Terma ini mula digunakan pada tahun 1945 lagi dan apakah maksud seni kontemporari? Kontemporari bermaksud kini, semasa, sekarang, sezaman . Jadi apa yang pengkarya hasilkan pada hari ini  adalah seni kontemporari. Ini berbeza dengan mereka yang belajar sendiri atau istilah yang sering digunakan sebagai auto-diduct atau self-taught artist, Fai bukan belajar seni secara sendiri, beliau masuk ke sekolah seni lukis dan seni reka dimana beliau mendapat pendidikan formal. Di sekolah seni pelatih itu akan di ajar prinsip dan elemen dalam seni reka, ini mbermaksud beliau terdedah dengan asas kepada seni lukis itu sendiri.

Apabila seseorang itu berkarya pada awalnya mereka akan melukis segala benda di dalam kanvas, namun setelah lama berkarya ada suatu yang menjadi kegemaran yang menjadi pilihan seseorang pengkarya itu. Dalam karya Fai kita mudah mengesan bahawa identiti beliau adalah jantung itu sendiri. Apabila telah mengenali kesukaan ini, inilah yang dinamakan sebagai stail.  Stail dan gaya ini akan dibawah dalam setiap karya seterusnya kehadapan dalam pelbagai versi dan siri inilah yang terdapat di dalam karya ini dimana beliau bereksplorasi identiti jantung dengan manik, dan media campuran.

Bagi mengakhiri ulasan ini, saya mengucapkah tahniah kepada Dewan Bahasa dan Pustaka di atas usaha menerbitkan buku ini. Kita sering mendengar keluhan daripada pelajar atau pendidik seni yang mengadu kekurangan buku seni lukis dalam bahasa Melayu dipasaran. Di kedai-kedai buku pada hari ini dibanjiri dengan buku-buku seni lukis daripada bahasa asing yang kadang kala sukar untuk difahami dan tidak sesuai dengan pembaca di negara ini. Perihal ini menuntut penterjemahan lokalisasi dalam perlu dilakukan dalam memindahkan ilmu ini ke dalam bahasa yang mereka mudah fahami untuk memandaikan bangsa kita. Diharap kehadiran buku Fai Zakaria: Kala Sunyi Membinggitkan menambahkan satu lagi kepustakaan seni lukis dalam bahasa Melayu yang boleh dikongsi bersama.