Khamis, 29 September 2022
'Seni Untuk Rakyat: Esei-Esei Kurator'
Jumaat, 9 September 2022
Ulasan Buku Fai Zakaria ‘Kala Kesunyian Membingitkan’
Oleh: Faizal Sidik
Apabila pertama kali
membelik buku Fai Zakaria iaitu ‘Kala Kesunyian Membingkitkan’ terbitan Dewan
Bahasa dan Pustaka tahun 2022 ini, persoalan pertama yang menjadi perhatian
saya adalah pada tajuknya. Bagaimana pada waktu sunyi sepi itu ada teriakan.
Apa saya menyelami tajuknya lagi ia menyedarkan saya betapa ia adalah suasana
kesunyian yang teramat sangat yang sukar untuk digambarkan dengan kata-kata.
Namun saya di sini bukanlah ahli bahasa yang akan menyorot dari segi linguistik
tetapi lebih kepada visual.
Seperkara lagi adalah
jika diperhatikan mengapa beliau meletakkan gambar jantung dihadapan dan
dilatarnya adalah sejumlah tajuk lukisan yang telah dihasilkan daipada tahun
2012 hingga kini. Biasanya pelukis akan meletakkan karya pilihan dimana-mana
penerbitan samada katalog pameran atau juga buku. Begitu juga di dalam buku ini
jantung adalah identiti pelukis atau ‘visual identiti’ kepada Fai.
Apabila meneliti dari
sudut kandungan buku ini bab utama di dalam buku ini adalah daripada muka surat
1 hingga 267 yang mengandungi karya-karya terpilih yang dihasilkan dalam 8
tahun pengkaryaan iaitu daripada tahun
2012 hingga 2022. Misalnya 2012 terdapat 6 karya, 2013 (4), 2014 (8), 2016
(14), 2017 (6), 2018(3), 2019 (6), 2020 (1). Kesemuanya terdapat 48 himpunan
karya Fai di dalam buku ini.
Jika diperhatikan Fai
mula melibatkan diri di dalam bidang seni dengan menyertai pameran sejak tahun
2008 lagi. Setelah bergraduan daripada Saito College beliau tidak terjun terus
dalam bidang seni tetapi mencari pengalaman bekerja sebagai pereka dalaman dan
kemudiaanna menubuhkan firmanya sendiri. Tahun 2012 boleh dikatakan sebagai tahun
yang beliau aktif berpameran jadi dan agak munasabah juga karya di dalam buku
ini bermula pada tahun berkenaan.
Di dalam bab utama
ini setiap karya akan dimulakan dengan bahagian tajuk karya, gambar karya dan
label, Disebalik Tabir serta Lakaran dan Nota. Dalam tahun 2013 dimulakan
dengan karya ‘Incognito’, gambar karya tersebut yang menggunakan media campuran
di atas kanvas berserta saiz. Bahagian Disebalik Tabir pula memberi definisi,
sinonim dan keterangan karya. Defini adalah perkataan daripada tajuk karya,
manakala sinonim adalah kata sama makna dan keterangan karya pula adalah
pernyataan pelukis berkenaan karya yang yang dihasilkan. Bahagian Lakaran dan
Nota pula adalah kajain-kajian spontan samada coretan persediaan sebelum menghasilkan
karya sebenar.
Terdapat juga bahagian Proses dan Kemajuan. Bahagian ini boleh dikatakan sebagai gerak kerja dari peringkat awal hingga akhir sesebuah karya yang dihasilkan. Dalam kata lain langkah demi langkah bagaimana proses karya Fai itu terhasil. Di dalam penerbitan buku seni terdapat penerbit yang menerbitkan buku satu persatu bagaimana lukisan itu terhasil atau sering disebut sebagai Step by step.
Saya berkesempatan
membuat lawatan ke studio Fai di Serdang sebelum membuat penulisan ini. Fai selesa
menghasilkan karya diruang tamu yang berlatarkan rak tinggi yang dipenuhi
dengan buku. Selain merakamkan gambar proses berkarya du dalam buku ini pembaca
juga bileh melihat rakaman-rakaman video ya ng dimuat anaik dalam media sosial
seperti di facebook dan instagram beliau.
Apakah kepentingan
dokumentasi dalam proses kreatif seseorang pelukis? Dokumentasi dalam kata lain
adalah arkib atau arkiban, penyimpanan, penstoran merupakan salah satu aspek
yang kurang diberi penekanan oleh pelukis. Seseorang pelukis apabila
menghasilkan karya siap kurang dalam kesedaran mereka untuk merekod, merakam,
mencatat semula apa yang mereka hasilkan. Kebanyakan mereka apabila karya yang
telah siap meletakkan sepenuh tanggungjawab itu kepada galeri pameran dan
kolektor seni untuk dikatalogkan.
Dalam era digital ini
kegiatan dokumentasi menjadi lebih mudah dimana ia bukan sahaja di simpan di
dalam komputer malah boleh dikongsikan kepada orang lain dengan memuat naik di
dalam media sosial seperti blogspot, wordpress dan cloud. Lebih mesra dan kini
boleh dibuat komentar oleh orang lain seperti facebook, dan instagram. Dalam
buku Fai ini adalah sebuah dokumentasi pengkaryaan beliau dalam tempoh 8 tahun
berkarya. Dokumentasi ini dilakukan menerusi lakaran-lakaran dan coretan,
gambar-gamabar perkembanagan karya dan juga cara bagaimana karya siap itu
dihaslilan.
Apakah genre seni
karya Fai dan mengapa karyanya dilabel grafik
dan kurang sureal? Pengkaryaan seseorang itu diinspirasikan daripada latar
belakang pendidikan dan pengalaman kreatif yang dialami oleh seseorang
pengkarya itu. Fai adalah merupakan pereka hiasan dalaman sebelum beralih
kepada seni halus. Pada pandangan saya karya-karya Fai adalah karya pasca
surealisme dimana karya-karya yang dihasilkan selepas era surealisme yang yang
dipelopori oleh pelukis Eropah seperti Dali, Magritte dan Apirin misalnya dan
di Malaysia kita ada Zulkifli Dahlan, Othman Mansur dan Shaimy Hashim. Fai pula
menggabungkan pengalaman rekabnetuk ilustrasi dalam mereka bentuk dalaman
yang ke arah grafika dalam seni halus
dan bagi saya ini satu penerokaan daripada seni gunaan kepada seni murni.
Pada saya seni
kontemporari pada hari agak berbeza dengan pergerakan seni moden seperti saya
sebutkan tadi. Pada hari ini sukar untuk mendefiniskan sesebuah karya itu dari
aliran mana . Untuk memudahkan pendefiniskan para pensejarah seni hanya mentermakan
seni pada hari ini sebagai seni kontemporari. Terma ini mula digunakan pada
tahun 1945 lagi dan apakah maksud seni kontemporari? Kontemporari bermaksud
kini, semasa, sekarang, sezaman . Jadi apa yang pengkarya hasilkan pada hari ini adalah seni kontemporari. Ini berbeza dengan
mereka yang belajar sendiri atau istilah yang sering digunakan sebagai auto-diduct
atau self-taught artist, Fai bukan belajar seni secara sendiri, beliau
masuk ke sekolah seni lukis dan seni reka dimana beliau mendapat pendidikan
formal. Di sekolah seni pelatih itu akan di ajar prinsip dan elemen dalam seni
reka, ini mbermaksud beliau terdedah dengan asas kepada seni lukis itu sendiri.
Apabila seseorang itu
berkarya pada awalnya mereka akan melukis segala benda di dalam kanvas, namun
setelah lama berkarya ada suatu yang menjadi kegemaran yang menjadi pilihan
seseorang pengkarya itu. Dalam karya Fai kita mudah mengesan bahawa identiti
beliau adalah jantung itu sendiri. Apabila telah mengenali kesukaan ini, inilah
yang dinamakan sebagai stail. Stail dan
gaya ini akan dibawah dalam setiap karya seterusnya kehadapan dalam pelbagai
versi dan siri inilah yang terdapat di dalam karya ini dimana beliau
bereksplorasi identiti jantung dengan manik, dan media campuran.
Bagi mengakhiri ulasan
ini, saya mengucapkah tahniah kepada Dewan Bahasa dan Pustaka di atas usaha
menerbitkan buku ini. Kita sering mendengar keluhan daripada pelajar atau
pendidik seni yang mengadu kekurangan buku seni lukis dalam bahasa Melayu dipasaran.
Di kedai-kedai buku pada hari ini dibanjiri dengan buku-buku seni lukis daripada
bahasa asing yang kadang kala sukar untuk difahami dan tidak sesuai dengan
pembaca di negara ini. Perihal ini menuntut penterjemahan lokalisasi dalam perlu
dilakukan dalam memindahkan ilmu ini ke dalam bahasa yang mereka mudah fahami
untuk memandaikan bangsa kita. Diharap kehadiran buku Fai Zakaria: Kala Sunyi
Membinggitkan menambahkan satu lagi kepustakaan seni lukis dalam bahasa Melayu yang
boleh dikongsi bersama.
Ahad, 28 Ogos 2022
Bicara Seni - Gerak Rupa: Syed Ahmad Jamal Dalam Koleksi Balai Seni Negara
Panel kedua iaitu Zanita Anuar mendapat pendidikan formal di University of Pennyslavnia, Amerika Syarikat dengan Sarjana Muda dalam Antrapologi Budaya (BA in Cultural Antropology) dan ijazah Sarjana dalam Kajian Budaya Material (MA in Material Culture Studies) yang ditaja oleh kerajaan. Selepas menamatkan pengajian beliau pulang dengan memulakan karier awal dalam bidang seni sebagai pensyarah Sejarah Seni, Antropologi dan Sosiologi di INTI Collage pada tahun 1992 dan kemudian di Lim Kok Wing Institute of Technology. Beliau mula terlibat dalam bidang kuratorial secara langsung pada tahun 1994 sebagai pembantu pensejarah seni Asia Tenggara dengan menyertai Nanyang Gallery of Art iaitu sebuah anak syarikat di bawah Hong Leong Group yang diketuai oleh Joseph Tan. Semasa di sini beliau pernah bekerja dengan T.K. Sabapathy dalam sebuah pameran solo Syed Ahmad Jamal iaitu 'Syed Ahmad Jamal Overview' (1994). Pameran ini dilakukan sejurus persaraan SAJ dengan meninjau pengkaryaan awal SAJ sejak tahun 50 an hingga awal 90 an. Dalam bidang antropologi kuratorial beliau mempunyai minat yang mendalam dalam mengkaji sebuah pertandingan dan pameran seni bagi progr npelukis muda peringkat kebangsaan iaitu Anugerah Bakat Muda Sezaman atau dikenali BMS (Young Contemporary Art Award) yang dianjurkan oleh Balai Seni Negara sejak tahin 1974. Dapatan kajian dan tinjauan beliau terhadap program di tulis dalam sebuah esei bertajuk 'Imbasan Bakat Muda Sezaman 1972-1997' yang menjadi rujukan asas klasik para pengkaji-pengkaji BMS kini. Sehingga kini beliau mempunyai pengalaman lebih 20 tahun dalam bidang kuratorial samada di galeri swasta dan muzium awam sama mengkuratorkan dan menulis untuk pelukis dan institusi pameran seni. Beliau turut dijemput berkongsi idea beliau di dalam seminar samada anjuran institusi tempatan dan luar negeri antaranya V & A Museum of Childhood, Bethnal Green, Department of Ethnography of the British Museum yang dikenali The Museum of Mankind British Museum, UK, The Art Gallery of New South Wales, Australia, Fukuoka Asian Art Museum, The National Museum of Ethnography (Minpaku) Osaka, Jepun, Guandong Muzeum of Art, China dan National University of Singapore Museum, Beliau pernahdipinjamkan oleh agensi Kementeria Pelancongan, Seni dan Budaya iaitu Muzium Negara pada tahun 2011 hingga 2013 sebagai Pengarah Inovasi. Semasa di sini beliau mengkonsepkan semula, menamakan dan menjadi penasihat Perpustakaan Univerisiti Malaya selain menjadi kumpulan penasihat kepada penubuhan Universiti Malay Art Gallery atau UMAG. Beliau mengetuai Kumpulan Inovasi dan Kreatif atau KIK Jabatan Muzium Malaysia dalam anugerah inovasi negara pada 2011-2012.
Faizal Sidik: Sebelum kita mulai bicara ini izinkan saya mengetuai bacaan Al-Fatihah kepada arwah Syed Ahmad Jamal. Al-Fatihah. Semoga ruhnya dicucuri rahmat. Syed Ahmad Jamal dilahirkanpada 19 September 1929 di bandar Maharani atau Muar, Johor. Bapanya Syed Jamal pernah menjadi wartawan dan bekerja sebagai penolong pengarang di Lembaga Malaya, Johor Bahru, bersama-sama Dato’ Onn Jaafar, Syed Jaafar Albar dan Syed Alwi Alhady. Datuknya Syed Sahih peniaga yang terkenal di Johor Bahru dan menjadi ahli majlis bandar Johor Bahru. Syed Ahmad Jamal mendapat pendidikan awal di Sekolah Tambatan Rendah dari tahun 1936 hingga 1938. Kemudian beliau melanjutkan persekolahannya di Sekolah Tambatan Tinggi pada tahun 1939, Ngee Heng English School pada 1940, Bukit Zahra English School dan English College, Johor Bahru hingga tahun 1949. Beliau mendapat biasiswa Sultan Ibrahim dan dengan biasiswa tersebut beliau telah melanjutkan pelajaran ke Chelsea School of Architecture pada tahun 1950. Pada tahun 1951 hingga 1955, beliau melanjutkan pelajaran di Chelsea School of Art, London. Setahun kemudian beliau belajar pula di Institute of Education, London University. Semasa di Chelsea School of Art, beliau berjaya memenangi beberapa hadiah dalam pertandingan dalam seni lukis. Setelah pulang dari England, beliau menjadi guru di High School, Batu Pahat, Johor dari tahun 1956 hingg 1957. Pada tahun 1957, beliau menjadi pensyarah di Maktab Perguruan Harian, Kuala Lumpur. Diantara tahun 1958 hingga 1959, beliau menjadi pensyarah pula di Malayan Teacher’ College, Kirby, Lancaster, United Kingdom dan pulang semula ke Maktab Perguruan Harian, Kuala Lumpur pada tahun 1960. Pada tahun 1961 hingga 1963, beliau bertugas sebagai Ketua Jabatan Pendidikan Seni di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras. Syed Ahmad Jamal merupakan nama penting dalam sejarah seni lukis negara. Penglibatan yang tidak mengenal jemu selama empat puluh tahun bergelut dengan seni ini telah memberi peluang kepada beliau untuk menyumbangkan ke arah pembinaan dan perkembangan seni lukis moden negara. Berdasarkan sumbangan penting beliau itulah kerajaan menganugerahkan Anugerah Seni Negara kepada beliau. Secara umumnya penerokaan Syed Ahmad Jamal dalam aliran yang diamalkannya melalui beberapa era atau revolusi iaitu dari era 50an hinggalah di alaf baru. Sejumlah 25 karya Syed Ahmad Jamal dalam tempoh 60 tahun pengkaryaannya terdapat di dalam Koleksi Balai Seni Negara yang terdiri daripada karya catan, arca dan lukisan.
Faizal Sidik: Berikut adalah kronologi pengkaryaan Syed Ahmad Jamal yang saya ingin kongsikan. Tahun 1950-an Sekitar tahun 1950-an ketika beliau berusia 20-an boleh dikatakan fasa pembentukan Syed Ahmad Jamal sebagai pelukis di mana Balai Seni Negara mengumpul tujuh buah karya beliau di dalam dekad ini antaranya ‘Mandi Laut’ (1957), ‘Pohon Nipah’ (1957), ‘Buah-buahan’ (1958), ‘Payong Biru’ (1958), ‘Ribut/Storm’ (1958), ‘Demonstrasi Dalam Salji’ (1959), dan ‘Umpan’ 1959. Fasa pembentukan ini adalah fasa awal di mana kita boleh melihat bagaimana latar belakang pendidikan yang diterima di luar negara yang sedang meledak dengan isme seni moden Barat seperti eskpressionisme abstrak mempengaruhi pengkaryaannya. Tahun-tahun ini juga kita boleh menyaksikan bagaimana peralihan daripada rupa bentuk separa mujarad kepada abstrak sepenuhnya namun dengan nafas ketimuran yang ada pada dirinya sebagai orang Asia.
Tahun 1960-an Dekad 1960an atau memasuki umur 30-an merupakan zaman peralihan atau transisi secara beransur-ansur daripada separa abstrak kepada ekspresionis abstrak. Tahun-tahun ini juga beliau mula diberikan peluang untuk mengadakan empat pameran solo. Pameran solo pertama di British Council pada tahun 1960 dan kemudian solo kedua di Chinsese Assembly Hall, Singapura pada tahun 1961, tahun 1965 solo di AIA Gallery, Jalan Ampang, Kuala Lumpur dan pameran solo ‘Lela Mayang Suite’ di Samat Gallery, Kuala Lumpur pada tahun 1968. Karya-karyanya mula menampilkan imej-imej abstrak dalam latar budaya setempat. Terdapat 12 buah karya beliau yang dihimpunkan di dalam koleksi pada tahun 60-an antarnya karya ‘Dia/She’ (1960), ‘Thaipusam di Batu Cave’ (1961), ‘Perubahan Pada Pemandangan ‘ (1961), ‘Lakaran Harapan’ (1962), ‘Harapan/Hope’ (1962), catan ‘Perhubungan’ (1963), arca ‘Perhubungan’ (1963), ‘Tercapai/Reached’ (1963), ‘Selamat Hari Raya, (1965), ’Lela Mayang’(1968), ‘Lela Mayang ’ (1968), ‘Jendela Di Angkasa’ (1969).
Tahun 1970-an Dekad ini Syed Ahmad Jamal telah memasuki umur 40-an. Setelah 20 tahun di dalam pengkaryaan seni era ini boleh dikatakan sebagai satu fasa kematangan dan kedewasaan dalam karya-karya yang dihasilkannya. Dalam dekad ini di samping prolifik berpameran secara berkumpulan beliau menjayakan dua lagi pameran solo iaitu pameran solo di Muzium Seni Asia, Universiti Malaya pada 1975 semasa menjadi pensyarah pelawat dan pameran solo ‘Retrospektif Syed Ahmad Jamal’ di Balai Seni Negara pada tahun yang sama.
Tahun 1980-an Syed Ahmad Jamal mencapai umur 50 tahun pada dekad tahun 1980 an. Pada tahun 1983 Syed Ahmad Jamal meninggalkan Muzium Seni Asia kerana dilantik menjadi Pengarah Balai Seni Negara. Antara usaha besar yang beliau lakukan ialah memindahkan bangunan Balai Seni Negara di Jalan Ampang ke ruang yang lebih besar di Hotel Majestic di Jalan Sultan Hishamuddin. Perjalanan pengkaryaan 10 tahun ini juga menyaksikan beliau lebih memberi komitmen kepada pameran berkumpulan daripada pameran solo. Pada dekad ini terdapat sebuah karya yang diperolehi iaitu ‘Sirih Pinang’ (1982-1986). Karya ini mengambil masa selama 4 tahun untuk dihabiskan, masa yang terlalu lama diambil bagi menyiapkan karya ini mungkin disebabkan tugas harian beliausebagai birokrat yang terlibat dalam hal-hal pentadbiran.
Tahun 1990an Tahun 1991, Syed Ahmad Jamal bersara daripada perkhidmatan awam pada umur 62 tahun. Masa yang banyak selepas persaraannya daripada kerajaan terus digunakan untuk menghasilkan karya. Dalam dekad ini merupakan tahun yang aktif beliau melakukan pameran solo antaranya adalah pameran solo ‘Syed Ahmad Jamal: A Historical Overview 1954-1994’ di Galeri Seni Nanyang, Kuala Lumpur dan ‘Chromatic Passages’, Takashimaya Gallery, Singapura, pada tahun 1994, pameran solo ‘Anugerah Tokoh Seni Negara: Syed Ahmad Jamal’ di Balai Seni Negara pada 20 Mei hingga15 Jun 1995, pameran solo ‘Impian dan Kenyataan: Syed Ahmad Jamal’ di Balai Seni Negeri Kedah pada 16 April hingga 15 Mei 1996 dan pameran solo ‘Dari 1956 hingga 1999’ di Balai Seni Maybank, Kuala Lumpur dan ‘Kunang-Kunang’ di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Tahun 2000-an Tahun-tahun ini Syed Ahmad Jamal memasuki umur 70-an. Setelah berkarier lebih 50 tahun dekad ini boleh dikatakan sebagai penghujung karier beliau sebagai pelukis yang serba boleh. Sungguhpun begitu dalam tahun 2000-an beliau terus produktif berkarya dan mengadakan lapan pameran solo antaranya pameran ‘Antara Langit dan Bumi: Syed Ahmad Jamal’, di Galeri Petronas pada tahun 2000, pameran solo ‘Drawings & Gouches of the 1950’s’ di Elm Quay Fine Arts, Kuala Lumpur, pameran solo ‘From 1940-1991’ di Valentine Willie Fine Art, Kuala Lumpur pada 2003, pameran solo ‘Ruang’di Islamic Art Museum of Malaysia pada 19 September hingga 19 Oktober 2004, pameran solo ‘The Art Collection 1st Series, Galeri Petronas iaitu daripada koleksi galeri itu tahun yang sama, pameran solo ‘On and Off King’s Road: 10 New Paintings by Datuk Syed Ahmad Jamal’ di Galeri Petronas pada 16 November 2006 hingga 7 Januari 2007.dan pameran solo terakhir ‘Syed Ahmad Jamal: Pelukis’ di Balai Seni Negara pada 6 Oktober 2009 hingga 31 Januari 2010 sebelum meninggal dunia pada 30 Julai 2011.
Rupa dan Jiwa Pengkaryaan Syed Ahmad Jamal Dalam Koleksi Balai Seni Negara
Oleh: Faizal Sidik
Pengenalan
Syed
Ahmad Jamal dilahirkan pada 19 September 1929 di bandar Maharani atau Muar, Johor.
Bapanya Syed Jamal pernah menjadi wartawan dan bekerja sebagai penolong
pengarang di Lembaga Malaya, Johor Bahru, bersama-sama Dato’ Onn Jaafar, Syed
Jaafar Albar dan Syed Alwi Alhady. Datuknya Syed Sahih peniaga yang terkenal di
Johor Bahru dan menjadi ahli majlis bandar Johor Bahru.
Syed
Ahmad Jamal mendapat pendidikan awal di Sekolah Tambatan Rendah dari tahun 1936
hingga 1938. Kemudian beliau melanjutkan persekolahannya di Sekolah Tambatan
Tinggi pada tahun 1939, Ngee Heng English School pada 1940, Bukit Zahra English
School dan English College, Johor Bahru hingga tahun 1949.
Beliau
mendapat biasiswa Sultan Ibrahim dan dengan biasiswa tersebut beliau telah
melanjutkan pelajaran ke Chelsea School of Architecture pada tahun 1950. Pada
tahun 1951 hingga 1955, beliau melanjutkan pelajaran di Chelsea School of Art,
London. Setahun kemudian beliau belajar pula di Institute of Education, London University. Semasa di
Chelsea School of Art, beliau berjaya memenangi beberapa hadiah dalam
pertandingan dalam seni lukis.
Setelah
pulang dari England, beliau menjadi guru di High School, Batu Pahat, Johor dari
tahun 1956 hingga 1957. Pada tahun 1957, beliau menjadi pensyarah di Maktab
Perguruan Harian, Kuala Lumpur. Diantara tahun 1958 hingga 1959, beliau menjadi
pensyarah pula di Malayan Teacher’ College, Kirby, Lancaster, United Kingdom
dan pulang semula ke Maktab Perguruan Harian, Kuala Lumpur pada tahun 1960.
Pada tahun 1961 hingga 1963, beliau bertugas sebagai Ketua Jabatan Pendidikan
Seni di Maktab Perguruan Ilmu Khas, Cheras.
Syed
Ahmad Jamal merupakan nama penting dalam sejarah seni lukis negara. Penglibatan
yang tidak mengenal jemu selama empat puluh tahun bergelut dengan seni ini
telah memberi peluang kepada beliau untuk menyumbangkan ke arah pembinaan
dan perkembangan seni lukis moden negara. Berdasarkan sumbangan penting beliau
itulah kerajaan menganugerahkan Anugerah Seni Negara kepada beliau. Secara
umumnya penerokaan Syed Ahmad Jamal dalam aliran yang diamalkannya melalui
beberapa era atau revolusi iaitu dari era 50an hinggalah di alaf baru. Sejumlah
25 karya Syed Ahmad Jamal dalam tempoh 60 tahun pengkaryaannya terdapat di
dalam Koleksi Balai Seni Negara yang terdiri daripada karya catan, arca dan
lukisan.
Tahun
1950-an
Sekitar
tahun 1950-an ketika beliau berusia 20-an boleh dikatakan fasa pembentukan Syed
Ahmad Jamal sebagai pelukis di mana Balai Seni Negara mengumpul tujuh buah
karya beliau di dalam dekad ini antaranya ‘Mandi Laut’ (1957), ‘Pohon Nipah’
(1957), ‘Buah-buahan’ (1958), ‘Payong Biru’ (1958), ‘Ribut/Storm’ (1958), ‘Demonstrasi Dalam Salji’ (1959), dan ‘Umpan’ 1959.
Fasa pembentukan ini adalah fasa awal di mana kita boleh melihat bagaimana
latar belakang pendidikan yang diterima di luar negara yang sedang meledak
dengan isme seni moden Barat seperti eskpressionisme abstrak mempengaruhi
pengkaryaannya. Tahun-tahun ini juga kita boleh menyaksikan bagaimana peralihan
daripada rupa bentuk separa mujarad kepada abstrak sepenuhnya namun dengan
nafas ketimuran yang ada pada dirinya sebagai orang Asia.
Pada tahun 1950 pada mulanya beliau telah
mendaftar mengikuti pengajian dalam jurusan seni bina di Bermingham School of Architecture di United
Kingdom. Menurut Redza Piyadasa yang menyebut Syed Ahmad Jamal adalah mentor
beliau semasa mengajar di Maktab Ilmu Khas, gurunya itu memohon untuk menukar
bidang daripada Kerajaan Negeri Johor yang menaja pengajian beliau disebabkan
bakatnya lebih terserlah dalam seni. Permohonan beliau diluluskan dan beliau hanya sempat setahun belajar seni bina apabila
pada tahun 1951 beliau memasuki Chelsea School of Art di London. Setelah
belajar hampir lima tahun pada tahun 1955 beliau berjaya dianugerahkan National
Diploma in Design (UK).
Syed
Ahmad Jamal sedia maklum bahawa biasiswa yang diterima oleh Kerajaan Negeri
Johor mensyaratkan beliau perlu berkhidmat dengan kerajaan negeri
sekepulangannya nanti sebagai guru seni. Oleh yang demikian untuk memantapkan
lagi dari aspek pedogogi beliau telah diberi latihan perguruan selama setahun
di Institute of Education di University of London pada 1955 hingga 1956 sebagai
diploma lanjutan dalam bidang pendidikan seni. Setelah berkelana selama enam
tahun pada 1956 beliau pulang ke Malaya dan berkhidmat sebagai pegawai pendidikan
selama setahun.
Pada
tahun 1956 beliau dilantik menjadi guru
pendidikan seni di High School Batu Pahat, Johor sehingga tahun 1957. Semasa
menjadi guru di sini beliau sempat menghasilkan karya-karya seperti ‘Mandi
Laut’ (1957) dan ‘Pohon Nipah’ (1957). Karya ‘Mandi Laut’ (1957) adalah karya
pertama oleh Syed Ahmad Jamal yang dihimpunkan oleh Balai Seni Negara. Karya
ini cukup signifikan kerana turut didaftarkan dan diwartakan sebagai Objek
Warisan Kebangsaan pada 2007 oleh Jabatan Warisan Negara.
Menurut
Mohamed Ali Abdul Rahman karya ini diinspirasikan daripada lawatan Syed Ahmad
Jamal dan Peter Harris ke Tanjung Bidara, Melaka. Karya ini memperlihatkan
bagaimana pelukis moden Malaysia menggambarkan cara hidup perempuan Melayu yang
secara umumnya nilai tradisi dikalangan perempuan Melayu pada masa itu.
Gambaran tentang figura wanita tersebut memperlihatkan bagaimana pengkaryaan
beliau dalam tema mengekspresi peribadi wanita muda Melayu yang pemalu yang
sedang mandi disebalik timbunan batu. Di dalam karya ini juga kawanan perempuan
kelihatan mereka tidak memakai pakaian mandi seperti wanita Barat yang
mendedahkan diri mereka diperlihatkan baring berjemur di pantai yang terbuka.
Wanita ini memilih untuk berseronok dikalangan mereka sahaja dan tidak melanggar
adat. Mereka hanya berkemban dari dada hingga ke lutut dengan kain batik sarung
di belakang longgokkan batu besar pantai.
Tambahan Mohamed Ali
lagi walaupun tujuan utama catan ini dihasilkan adalah untuk mempermudahkan
rupa bentuk dengan penggunaan calitan berus yang tebal seperti pendekatan di dalam ekspressionisme
abstrak, namun sanggul atau fesyen rambut wanita yang diikat di belakang kepala
jelas kelihatan di latar hadapan karya. Dalam budaya Melayu tradisional
mengikat rambut yang panjang menunjukkan kecantikan seorang wanita. Orang
Melayu sendiri menganggap wanita yang mempunyai rambut yang panjang sehingga
paras lutut dianggap membawa alamat yang baik kepada mereka. Nilai estetika ini
semakin hari semakin ditinggalkan di kalangan orang Melayu. Orang Melayu
sebenarnya mempunyai tamadun yang tinggi. Dalam kata lain kain batik sarung
yang dipakai semasa mandi adalah lebih berharga daripada pakaian renang dan tambahan
pula kain batik sarung ini lebih selamat dipakai untuk berenang. Secara umumya
mereka melakukan sesuatu mengikut kesesuaian tanpa melanggar adat.
Karya ‘Pohon Nipah’
(1957) dan ‘Mandi Laut’ (1957) dan satu karya koleksi pelukis iaitu ‘Sungai
Batu Pahat’ (1957) mempunyai satu aroma yang kuat yang mana karya-karya ini
dihasilkan semasa beliau tinggal dan menjadi guru pendidikan seni di Batu Pahat
pada tahun 1957. Jika Picasso mempunyai tahap pengkaryaan yang dikenali sebagai
‘Blue Period’ atau ‘Waktu Biru’. Karya-karya awal semasa beliau balik ke tanah
air juga melalui boleh disamakan dengan ‘Waktu Biru’ dalam pengkaryaan beliau
sebelum beliau berhijrah ke Kuala Lumpur. Karya ‘Pohon Nipah’ (1957) misalnya
dihasilkan selepas beliau menghasilkan ‘Sungai Batu Pahat’ (1957). Boleh
dikatakan beliau mendapat idea menghasilkannya setelah menghasikan karya landskap
sungai yang terdapat penempatan yang mungkin dihuni oleh nelayan sepanjang
sungai yang terdapat di Batu Pahat. Adalah kejadian alam bahawa pohon nipah
kebanyakannya hidup di kawasan berair terutamanya yang berhampiran dengan
sungai. Jelas kelihatan di sebalik warna hijau iaitu daun nipah, warna biru
dalam memperlihatkan warna air dan langit mendominasi karya tersebut.
Pada
tahun 1958 pada usia 29 tahun Syed Ahmad Jamal mula berhijrah ke Kuala Lumpur
apabila ditawarkan tempat sebagai pensyarah di Maktab Perguruan Harian Kuala
Lumpur daripada 1958 hingga 1959. Semasa di Kuala Lumpur selain mengajar seni
lukis di maktab beliau aktif dengan kumpulan Wednesday Art Group atau WAG yang
diasaskan oleh Peter Harris iaitu Pengawas Seni Lukis Jabatan Kuala Lumpur. WAG
ditubuhkan oleh Peter Harris adalah bertujuan untuk mengajar guru-guru sekolah
di sekitar Kuala Lumpur tentang pendidikan seni lukis. Kumpulan WAG yang
disertai oleh Syed Ahmad Jamal ini hanya bertemu selama dua jam setengah setiap minggu iaitu
pada hari Rabu daripada jam 6 petang hingga 8.30 malam. Semasa di sini Syed
Ahmad Jamal telah menghasilkan beberapa buah karya di dalam Koleksi Balai Seni
Negara antaranya ‘Buah-buahan’ (1958), ‘Payong Biru’ (1958), ‘Ribut/Storm’ (1958).
Dalam
satu sesi temuramah penulis dengan Cheong Laitong yang merupakan salah seorang
pelukis yang mengikuti WAG beliau menyatakan bahawa di dalam kelas Peter Harris tersebut mereka diajar
melukis model iaitu lukisan tubuh manusia misalnya jika 40 orang yang melukis
setiap orang akan bergilir-gilir menjadi model. Karya Syed Ahmad Jamal
‘Buah-buahan’ (1958) adalah sebuah karya lukisan dakwat atas kertas gabungan
lukisan tubuh (figure) dan lukisan alam benda (still life). Di dalam lukisan
ini boleh dibahagikan kepada latar hadapan dengan lukisan tubuh wanita yang
dalam posisi baring secara meniarap manakala di tangan sebelah kanan
seolah-olah sedang memegang objek bulat. Pada latar belakang pula kelihatan
objek alam benda seperti pasu dengan pokok tumbuhan. Karya ini kelihatan
seperti sebuah kajian terhadap kadar banding tubuh figura kerana terdapat
penegasan terhadap keberatan dan jisim pada figura tersebut dengan
garisan-garisan yang lebih gelap terhadap kawasan yang terdapat tekanan.
Karya
cat minyak ‘Payong Biru’ (1958) boleh dikatakan sebuah karya catan figura yang
memperlihatkan model yang sedang dalam posisi duduk dan sedang memegang payung
di sebelah bahu kanannya. Karya ini memperlihat seorang wanita Melayu yang
memakai baju kebaya dan berkain batik yang sedang duduk bersimpuh. Pada
bahagian kepalanya tersisir rambut terjurai ke bawah ke bahagian bahu manakala
bahagian mukanya tunduk ke bawah. Payung yang dipegangnya berwarna biru
berselang seli dengan warna lain yang kelihatan payungnya seperti roda warna
yang berpusar.
Keseronokan
menggunakan warna biru ini diteruskan lagi oleh beliau semasa di WAG.
Sungguhpun kegiatan melukis banyak diadakan di dalam bilik studio berbanding di
lapangan semasa di pendalaman Batu Pahat, penggunaan warna biru agak dominan
semasa di Kuala Lumpur pada 1958. Karya ‘Ribut/Storm’ (1958) dan ‘Demonstrasi Dalam Salji’
(1958). Dalam ‘Ribut/Storm’
(1958) memperlihatkan keadaan kucar-kacir disebabkan angin kuat yang mendatang.
Pada bahagian atas digambarkan bagaimana pohon pokok secara kasar dipukul
angin. Manakala pada bahagian tengah digambarkan bagaimana aliran angin ribut
itu mengalir melalui tarikan dan pusaran sapuan warna biru dan putih secara
beralun-alun.
Karya
‘Demonstrasi Dalam
Salji’ (1959) menurut kurator pameran ‘Kuasa, Harapan
dan Tanah’ iaitu Intan Rafiza yang
mempamerkan karya ini pada tahun 2012 pula adalah sebuah karya yang dihasilkan
sewaktu beliau dilantik menjadi pensyarah
di Malaysia Teacher College, Lancanshire, United Kingdom pada tahun
1959. Karya ini merakamkan keadaan tunjuk perasaan oleh masyarakat setempat
beliau ditempatkan yang menyentuh persoalan semangat global dalam memerdekakan
diri dari kolonialisme oleh pelajar Kirby Teacher College. Syed Ahmad Jamal
menggambarkan situasi demonstrasi itu dari tingkap biliknya. Pada masa itu
terdapat insiden pelajar menghumban kerusi dan meja keluar tingkap dan
membakarnya di dalam kedinginan salji.
Kemuncak
era 50-an dalam pengkaryaan awal Syed Ahmad Jamal adalah penghasilan karya
‘Umpan’ atau ‘The Bait’ (1959). Karya
ini banyak dibuat sorotan dan diperkatakan sama ada di kalangan pelukis mahupun
pensejarahan seni tanah air. Redza Piyadasa mengatakan karya ini adalah
percantuman antara seni kaligrafi Cina dengan kaligrafi Islam namun penggunaan
warnanya adalah warna-warna daripada tropika. Kata Zakaria Ali pula karya
‘Umpan’ (1959) khususnya diakui sebagai sebuah masterpieces oleh
pensejarahan mahupun pengkritik seni dari dalam mahupun luar negara. Berbeza
dengan ‘Mandi Laut’, menurutnya pengherotan terhadap ‘The Bait’ dilakukan dengan lebih citra sekali sehingga aksi burung
hadir secara separuh lut sinar seolah-olah berada di permukaan air yang
beriak-riak, ini merupakan penerokaan yang amat drastik kerana bentuk dan latar
telah hilang daripada pandangan mata.
Tambahan
Zakaria Ali lagi kehadirannya secara
emosi dan tenaga elemen itu tetap dipertahankan serta dapat dinikmati terus
tanpa perlu banyak persoalan. Dalam catan seperti ‘Umpan’ ini Syed Ahmad Jamal lebih mengutamakan lengkungan
bentuk tidak seperti pelukis barat yang lain seperti Jackson Pollock dan Mark
Rothko yang menolak sebarang bentuk serta banyak bermain dengan jalinan dan
warna. Bentuk-bentuk mula dilekukkan bagi menggambarkan aksi atau suasana yang
lebih agresif beliau seakan-akan ingin menyatakan perasaan dirinya yang berkecamuk
semasa menghasilkannya. Dalam ‘Umpan’ lengkungan dan putaran berjaya
menvisualkan keadaan yang tegang antara si mangsa dengan musuhnya.
Kecenderungan terhadap lekukan itu juga telah menyebabkan Syed Ahmad Jamal
meminati kaligrafi atau seni khat yang mempunyai lengkungan yang bermakna
secara semula jadi.
Tahun
1960-an
Dekad
1960an atau memasuki umur 30-an merupakan zaman peralihan atau transisi
secara beransur-ansur daripada separa
abstrak kepada ekspresionis abstrak. Tahun-tahun ini juga beliau mula diberikan
peluang untuk mengadakan empat pameran solo. Pameran solo pertama di British Council pada tahun 1960 dan
kemudian solo kedua di Chinsese Assembly Hall, Singapura pada tahun 1961, tahun
1965 solo di AIA Gallery, Jalan Ampang, Kuala Lumpur dan pameran solo ‘Lela
Mayang Suite’ di Samat Gallery, Kuala Lumpur pada tahun 1968. Karya-karyanya
mula menampilkan imej-imej abstrak dalam latar budaya setempat. Terdapat 12
buah karya beliau yang dihimpunkan di dalam koleksi pada tahun 60-an antarnya karya
‘Dia/She’ (1960), ‘Thaipusam di Batu
Cave’ (1961), ‘Perubahan Pada Pemandangan ‘ (1961), ‘Lakaran Harapan’ (1962), ‘Harapan/Hope’ (1962), catan ‘Perhubungan’ (1963),
arca ‘Perhubungan’ (1963), ‘Tercapai/Reached’
(1963), ‘Selamat Hari Raya, (1965), ’Lela Mayang’(1968), ‘Lela Mayang ’ (1968),
‘Jendela Di Angkasa’ (1969).
Karya
‘Dia/She’ dihasilkan ketika beliau dilantik menjadi pensyarah di Malaysia
Teacher’s College Kirby, Lans, United Kingdom pada tahun 1960. Manakala 2 karya
iaitu ‘Thaipusam di Batu Cave’ (1961),
‘Lakaran Harapan’ (1962), ‘Harapan/Hope’ (1962) dihasilkan sekembalinya
beliau dari mengajar selama setahun di Kirby dan seterusnya dilantik sebagai
Ketua Jabatan Pendidikan Seni di Maktab Perguruan Ilmu
Khas, Cheras, Kuala Lumpur pada 1961 hingga 1963. Apa yang menariknya dalam
ketiga-tiga karya ini adalah format catannya yang menegak di luar kebiasaan
karya format catan melintang yang dihasilkan oleh beliau.
Karya
‘Lakaran Harapan’ (1962) pula adalah sebuah karya sketsa kajian yang menggunakan
cat air di atas kertas terhadap karya catan ‘Harapan/Hope’ (1962). Karya
lakaran itu kelihatan seperti 3 bahagian keratan rentas iaitu bahagian akar (bawah), tanah (tengah) dan
tumbuh-tumbuhan yang sedang menjulang ke langit (atas). Beliau melanjutkan
pelajaran dalam bidang pengarcaan selama setahun di School of The Art
Institute, Chicago, iaitu antara sekolah seni ternama di Amerika
Syarikat pada hujung 1963 dan kembali pada penghujung 1964. Di sini beliau
sempat menghasilkan sebuah catan
‘Perhubungan’ (1963), arca ‘Perhubungan’ (1963) dan catan ‘Tercapai/Reached’ (1963). Ketiga-tiga karya ini
mempunyai kekuatan rupa bentuk menajam atau runcing di antara satu sama lain.
Karya-karya catan ketika ini dilihat satu kajian persediaan untuk penghasilan
seni arca.
Pada
tahun 1964 hingga 1972 beliau dilantik menjadi Pengetua Maktab Perguruan Ilmu
Khas. Kesinambungan rupa meruncing diteruskan dalam karya kaligrafi ‘Selamat
Hari Raya’, (1965). Dalam karya ini kita dapat lihat keragaman rupa menegak
tulisan jawi itu disapukan dengan menggunakan cat air di atas kertas. Pada
tahun 1968 Syed Ahmad Jamal dijemput oleh penggiat teater Syed Alwi Syed Hassan
untuk sebuah pementasan sebagai pereka set kostum dan pereka poster. Karya
’Lela Mayang’(1968) dan ‘Lela Mayang ’ (1968) adalah dua buah lukisan kajian
beliau terhadap rekaan set teater yang diarahkan dan diterbitkan oleh Syed Alwi
yang dipentaskan pada Februari 1968 di auditorium Dewan Bandaraya Kuala Lumpur
oleh The Malaysian Arts Theatre Group menampilkan dua pelakon utama iaitu Rahim
Razali sebagai Lela Teruna dan Faridah Merincan sebagai Mayang Sari.
Karya
seni adalah refleksi terhadap persekitaran justeru sebagai pelukis Syed Ahmad
Jamal tidak terlepas dalam merakam keadaan di dalam lingkungan beliau.
Peristiwa rusuhan kaum pada 13 Mei cukup memberi kesan dalam dirinya sebagai
pengkarya. Karya bertajuk ‘Jendela Di Angkasa’ (1969) tercetus dalam bentuk
ekpressionisme abstrak terhadap peristiwa berdarah itu di mana disetiap lebaran
sudut kanvas dipenuhi dengan warna merah dan di sudut atas sebelah atas kanan
yang berwarna putih seakan-akan satu tingkap atau jendela. Di dalam karya ini bentuk
meruncing atau menajam kembali muncul seperti karya-karya beliau di awal-awal
60-an. Bentuk runcing berwarna kuning ini dilihat menghala ke arah jendela.
Tahun
1970-an
Dekad ini Syed Ahmad Jamal telah memasuki umur 40-an.
Setelah 20 tahun di dalam pengkaryaan seni era ini boleh dikatakan sebagai satu
fasa kematangan dan kedewasaan dalam karya-karya yang dihasilkannya. Dalam
dekad ini di samping prolifik berpameran secara berkumpulan beliau menjayakan
dua lagi pameran solo iaitu pameran solo di Muzium Seni Asia, Universiti Malaya
pada 1975 semasa menjadi pensyarah pelawat dan pameran solo ‘Retrospektif Syed
Ahmad Jamal’ di Balai Seni Negara pada tahun yang sama.
Sungguhpun begitu dekad ini juga adalah satu fasa
peralihan yang penting dalam pengkaryaan beliau. Satu ucapan yang menyatakan
‘kita ada kebudayaan sendiri’ oleh Tun Razak semasa merasmikan pameran di Dewan
British Council sangat mengesankan beliau yang selama ini begitu teruja dengan
mempraktiskan seni moden Barat. Pada tahun 1971 diadakan Kongres Kebudayaan
Kebangsaan, terdapat dua kertas Seminar Seni Lukis yang dibentangkan oleh Syed
Ahmad Jamal dan Redza Piyadasa. Kertas kerja Seminar Seni Lukis Syed Ahmad
Jamal adalah berkaitan dengan persoalan identiti bangsa sebagai maklum balas
terhadap kenyataan Tun Razak sebelum ini. Di dalam seminar itu kertas seminar
seni visual menyarankan agar Kebudayaan Kebangsaan hendaklah berteraskan
kebudayaan Melayu yang meliputi rantau kepulauan Nusantara dan elemen-elemen
luar boleh diterapkan jika sesuai.
Pada
tahun 1973 beliau ditempatkan di Jabatan Perancangan dan Penyelidikan
Pelajaran. Pada waktu ini juga beliau melanjutkan pelajaran ke peringkat
sarjana di University of Hawaii, Honalulu, Amerika Syarikat dari 1973 hingga
1974 dalam bidang sejarah seni Asia. Semasa di Amerika beliau sempat mengikuti
pengajian seni musim panas 1974 di Harvard University, Cambridge, Massachusetts.
Terdapat hanya satu karya 1970 an yang dihimpunkan di dalam Himpunan Tetap
Koleksi Balai Seni Negara iaitu karya ‘Tumpal’ (1975). Karya ini dihasilkan
ketika beliau menjadi Pensyarah Pelawat Universiti Malaya daripada tahun 1975
hingga 1979.
Karya
‘Tumpal’ (1975) boleh dikatakan sebagai salah satu karya di dalam fasa
peralihan pengkaryaan Syed Ahmad Jamal daripada seni moden Barat kepada seni
lukis yang berteraskan kebudayaan Melayu seperti yang disarankan oleh kongres
kebudayaan sebelum ini. Unsur-unsur gunungan berbentuk segi tiga atau tumpal
yang motif ini sering dijumpai di dalam kraf tekstil tradisional seperti
songket, batik dan pembuatan kraf yang lainnya mula diterapkan di dalam
pengkaryaan beliau. Bentukan tumpal ini mulai dikesan di dalam karya ‘Sidang
Roh’ (1970) di mana dilukiskan bentuk segi tiga menegak secara bercantum antara
satu sama lain.
Karya
‘Tumpal’(1975) adalah karya awal dalam siri ‘Siri Songket’ iaitu koloborasi
yang mempertemukan antara seni halus dengan pembuatan seni tekstil songket
sebagai kraftangan tradisi. Siri ini mula menjelma pada tahun 1975 dan
diteruskan penghasilannya sehingga akhir 1980-an hingga terhasil karya
antaranya ‘Energy Mat’ (1980), ‘Adelaide’ (1985), ‘Terengganu’ (1986), ‘Langkah
30’ (1987)‘Siri Gunung Ledang’ (1987), ‘Hujan Pagi’ (1988) memaparkan keindahan
tenunan tekstil Melayu tradisi.
Bentuk
segi tiga begitu dominan pada era ini, besar kemungkinan bentuk segi tiga itu
adalah motif pucuk rebung yang begitu banyak dalam reka bentuk tradisional
masyarakat Melayu. Ia dianggap sebagai simbol hikmat kesuburan, satu penyataan
yang bersesuaian dengan kenyataan mengenai Gunung Ledang. Beliau seterusnya
menyatakan bahawa motif segi tiga tersebut menyerupai pohon hayat dan bunga
semangat sebagai manifestasi alam semula jadi.
Menurut Ismail
Zain ‘Tumpal’ (1975) dalam lukisan Syed Ahmad Jamal sering
digunakan oleh seniman-seniman sezaman terhadap imajan-imajan yang menyerupai
tanda yang dasar seperti William K.K Lau yang menggunakan tanda pra-sejarah
dalam konteks yang berlainan dari konteks asalnya. Seringkali, imajan-imajan yang digunakan ini tidak
mempunyai kaitan dengan mitos atau pengamatan yang melahirkan imajan-imajan itu
dalam masyarakat yang pratulis. Penggunaan ‘tumpal’ oleh Syed Ahmad Jamal
menurutnya lagi dalam karya-karya
mutakhirnya adalah lebih menyerupai ‘chance
image’ yang dieksploitasikan sebagai ikonografi persendirian. Sungguhpun
‘tumpal’ adalah menyerupai bentuk geometri segi tiga dua sama, penggunaannya
adalah berbeda dengan penggunaan bentuk geometri dalam arabes misalnya. Sikap
penggunaan imajan yang menyerupai imaginasi matematik dan penggunaannya dalam
ragam hias yang menjadi perantaraan antara pengamatan dan hakikat di kalangan
masyarakat pratulis.
Di atas usahanya
selama 20 tahun berkarya Balai Seni Negara telah menganugerahkan sebuah pameran
retrospektif yang meninjau pengkaryaan beliau selama 25 tahun berkarya. Pameran
yang dinamakan ‘Retrospektif Syed Ahmad Jamal’ ini diadakan di Balai Seni
Negara pada 15 Ogos hingga 7 September 1975. Pameran ini
mempamerkan-karya-karya beliau sejak tahun 50 an hingga pertengahan 70-an.
Pada
tahun 1979 beliau dilantik menjadi Pengarah Pusat Kebudayaan Universiti Malaya
yang pertama. Kesempatann yang ada di samping melengkapkan kajian beliau
berkenaan dengan seni Melayu di seluruh negara akhirnya sebuah pameran yang
bersejarah iaitu ‘Rupa dan Jiwa’ telah diadakan di Pusat Kebudayaan tersebut.
Pameran ini seterusnya telah menjawab tanggapan salah Rawson iaitu pengkaji
seni Asia Tenggara yang mengatakan orang Melayu tidak mempunyai kesenian dan
identiti sendiri. Pameran ini seterusnya telah memberi impak yang besar
terhadap pengajaran seni di sekolah-sekolah seni dalam menerapkan unsur-unsur
peribumi dalam penghasilkan karya pelajar.
Tahun
1980-an
Syed
Ahmad Jamal mencapai umur 50 tahun pada dekad tahun 1980 an. Pada tahun 1983
Syed Ahmad Jamal meninggalkan Muzium Seni Asia kerana dilantik menjadi Pengarah
Balai Seni Negara. Antara usaha besar yang beliau lakukan ialah memindahkan
bangunan Balai Seni Negara di Jalan Ampang ke ruang yang lebih besar di Hotel
Majestic di Jalan Sultan Hishamuddin. Perjalanan pengkaryaan 10 tahun ini juga
menyaksikan beliau lebih memberi komitmen kepada pameran berkumpulan daripada
pameran solo. Pada dekad ini terdapat sebuah karya yang diperolehi iaitu ‘Sirih
Pinang’ (1982-1986). Karya ini mengambil masa selama 4 tahun untuk dihabiskan,
masa yang terlalu lama diambil bagi menyiapkan karya ini mungkin disebabkan
tugas harian beliau sebagai birokrat yang terlibat dalam hal-hal pentadbiran.
Sungguhpun
begitu karya ‘Sirih Pinang’ adalah salah satu karya penting yang dihasilkan
oleh beliau sepanjang kariernya. Bentukan tumpul atau segi tiga yang merupakan identiti
visual dalam setiap karya beliau yang mula ditemui pada tahun 1970-an terus
menjadi subjek diminati di dalam karya ini. Dalam karya ini bentuk segi tiga
itu dibentuk dalam bentuk empat bahagian iaitu di atas, bawah, kiri dan kanan.
Daripada pembentuk ini kita dapati beliau cuba menarik mata kita kepada titik
fokus (focal point) di tengah-tengah
bidang kanvas.
Daripada
segi kandungannya pula iaitu sirih dan pinang mempunyai maksud yang penting
dalam budaya orang Melayu. Sirih dan pinang adalah jamuan yang disediakan bagi
tetamu yang bertandang ke rumah. Tetamu yang datang ke rumah akan dijamu
terlebih dahulu dengan sajian ini sebagai pembuka bicara sebelum perbualan
rancak dan mereka disajikan dengan minuman atau kuih-muih.
Di
awal pengkaryaannya subjek landskap menjadi subjek kegemarannya. Sebagai
pelukis landskap ekspressionis karya menyerlahkan kesinambungan itu di mana
kita dapat lihat terdapat landskap pokok pada bahagian tengah dan di sebelah
kanannya adalah pokok pinang. Bahagian kiri dan kanan penuh dengan warna biru
menandakan langit manakala bahagian atas dengan warna merah kuning
kemerah-merahan yang mencadangkan sinar suria seperti suasana fajar menyingsing
pada waktu pagi selepas waktu subuh. Apa yang menariknya adalah terdapat motif
geometrik arabes yang disusun secara rawak di bahagian atas yang mungkin
mencadangkan bintang-bintang di langit. Kehadiran bintang-bintang ini dengan
jelas secara abstrak pada karya-karya yang dihasilkan pada tahun 90-an.
Tahun
1990-an
Tahun 1991, Syed
Ahmad Jamal bersara daripada perkhidmatan awam pada umur 62 tahun. Masa yang
banyak selepas persaraannya daripada kerajaan terus digunakan untuk
menghasilkan karya. Dalam dekad ini merupakan tahun yang aktif beliau melakukan
pameran solo antaranya adalah pameran
solo ‘Syed Ahmad Jamal: A Historical
Overview 1954-1994’ di Galeri Seni Nanyang, Kuala Lumpur dan ‘Chromatic
Passages’, Takashimaya Gallery, Singapura, pada tahun 1994, pameran solo
‘Anugerah Tokoh Seni Negara: Syed Ahmad Jamal’ di Balai Seni Negara pada 20 Mei
hingga15 Jun 1995, pameran solo ‘Impian
dan Kenyataan: Syed Ahmad Jamal’ di Balai Seni Negeri Kedah pada 16 April
hingga 15 Mei 1996 dan pameran solo ‘Dari 1956 hingga 1999’ di Balai Seni
Maybank, Kuala Lumpur dan
‘Kunang-Kunang’ di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.
Atas sumbangannya
yang besar terhadap dunia seni lukis tanah air beliau telah menerima Anugerah
Tokoh Seni Negara yang membawa gelaran Seniman Negara pada tahun 1995. Terdapat
dua karya Syed Ahmad Jamal yang
diperolehi di dalam koleksi Balai Seni Negara iaitu ‘Semangat Ledang’
(1999) dan ‘Keris’ (1999). Karya ‘Semangat Ledang’ adalah sebuah lagi karya
besar yang dihasilkan oleh beliau. Karya ini jelas menyerlahkan kematangan
ekspresionisme rupa dan warna. Sekali pandang bentukan gunungan yang berada di
tengah-tengah karya yang menggambarkan Gunung Ledang yang terletak di Johor
seakan-akan menyamai bentukan Gunung
Fuji seperti yang terdapat di dalam karya pelukis besar Jepun Katsushika
Hokusai.
Subjek Gunung Ledang
ini mula diterokai oleh beliau pada akhir tahun 1970-an, 1980-an dan 1990-an
ini tercetus daripada peristiwa Tanjung Kupang pada 1977 yang mengemparkan
negara pada suatu ketika dahulu. Subjek ‘kegemparan’ ini berulang lagi pada
tahun 1999 selepas pemecatan Anwar Ibrahim yang merupakan Timbalan Perdana
Menteri di era pemerintahan Mahathir Mohamed. Peristiwa ini mencetuskan kegemparan dan tanda tanya kepada masyarakat
termasuklah beliau sebagai seorang seniman. Karya ‘Semangat Ledang’ adalah
sebuah karya reaksi beliau terhadap ucapan bersemangat yang diucapkan oleh
Anwar Ibrahim di perkarangan Masjid Negara bagi membersihkan namanya yang
disaksikan oleh puluhan ribu manusia. Elemen warna kuning di bahagian tengah
yang menyimbolkan cahaya adalah simbolik kepada harapan.
Karya ‘Keris’ pula
adalah sumbangan hadiah yang diberikan oleh Syed Ahmad Jamal kepada Balai Seni
Negara selepas pameran ‘Syed Ahmad Jamal: Pelukis’. Karya ini adalah penerusan
pergolakan arus reformasi terhadap peristiwa semasa yang berlaku di sekitar beliau.
Jika kita lihat format bentuk kanvas vertikal yang mula beliau praktikkan pada
tahun 1960-an masih lagi dipraktikkan dalam karya ini dalam menggambarkan bilah
keris dalam bentuk menegak. Keris adalah simbol keberanian, kepahlawanan dan
keperwiraan bangsa Melayu. Berdasarkan situasi reformasi yang baru bermula dan
masih hangat pada tahun itu karya ini menyarankan semangat kekuatan dan
ketidakgentaran terhadap mehnah dan tribulasi atau halangan dan tentangan yang
bakal dihadapi oleh pejuang reformasi.
Tahun
2000-an
Tahun-tahun ini Syed Ahmad Jamal memasuki umur 70-an. Setelah berkarier
lebih 50 tahun dekad ini boleh dikatakan sebagai penghujung karier beliau
sebagai pelukis yang serba boleh. Sungguhpun begitu dalam tahun 2000-an beliau
terus produktif berkarya dan mengadakan lapan pameran solo antaranya pameran ‘Antara Langit dan Bumi: Syed Ahmad Jamal’, di Galeri
Petronas pada tahun 2000, pameran solo ‘Drawings & Gouches of the 1950’s’
di Elm Quay Fine Arts, Kuala Lumpur, pameran solo ‘From 1940-1991’ di Valentine
Willie Fine Art, Kuala Lumpur pada 2003, pameran solo ‘Ruang’di Islamic
Art Museum of Malaysia pada 19 September hingga 19 Oktober 2004, pameran solo
‘The Art Collection 1st Series, Galeri Petronas iaitu daripada koleksi galeri
itu tahun yang sama, pameran solo ‘On
and Off King’s Road: 10 New Paintings by Datuk Syed Ahmad Jamal’ di Galeri
Petronas pada 16 November 2006 hingga 7 Januari 2007.dan pameran solo terakhir
‘Syed Ahmad Jamal: Pelukis’ di Balai Seni Negara pada 6 Oktober 2009 hingga 31
Januari 2010 sebelum meninggal dunia
pada 30 Julai 2011.
Di dalam fasa akhir ini karya-karya
beliau ke arah kerohanian dan nostalgia.
Balai Seni Negara memperolehi
dua buah karya iaitu ‘Ruang Renungan’ (2004) dan ‘Saturday Night’ (2006). Karya
‘Ruang Renungan’ diperolehi setelah pameran bertajuk ‘Ruang’ yang diadakan di
Muzium Kesenian Islam Malaysia pada 2004 manakala karya ‘Saturday Night’ pula
karya menerusi pameran ‘On and Off King’s Road: 10 New Paintings by Datuk Syed
Ahmad Jamal’ di Galeri Petronas pada 2006. Selain
karya siri Ledang beliau yang mengarah kepada ketuhanan karya ‘Ruang Renungan’
adalah sebuah karya kaligrafi yang mengambil ayat-ayat daripada surah yang
terdapat di dalam Al-Quran. Karya ini menggunakan warna hijau yang sinonim
dengan warna-warna sunnah di dalam Islam manakala tulisan kaligrafi dengan
warna kuning yang dekat dengan simbol cahaya.
Karya ‘Saturday Night’ adalah
sebuah karya yang mengimbau memori lama beliau semasa menuntut di tengah-tengah
bandaraya London. Nama jalan iaitu King’s Road adalah jalan utama yang terletak
di Barat London yang mempunyai jarak lebih kurang 3 kilometer yang menghubungkan
bandar Chelsea dan Fulham. Jalan ini sangat popular pada tahun 50 an hingga 60-an
kerana dikaitkan dengan dunia gaya hidup seperti butik fesyen, galeri seni,
kafe. Sesuai dengan namanya jalan ini boleh dianggap sebagai raja segala jalan
di London pada masa itu kerana popularitinya. Jika di Malaysia kita ada Jalan
Bukit Bintang yang sangat terkenal dengan syurga membeli belah bagitu juga
King;s Road.
Pengalaman zaman belia remaja
sekitar umur 20 an semasa menuntut sebagai pelajar seni lukis di Chelsea School
of Art, London daripada tahun 1950 hingga 1956 diperlihatkan dalam siri ‘On and Off King’s Road’ ini. Banyak
pengalaman yang ditinggalkan namun masih segar diingatannya walaupun telah
memasuki 70-an. Pengalaman beliau 50 tahun dahulu seperti terlibat dengan
kegiatan seni dan budaya di kota London dilukiskan di dalam seperti dalam karya
‘Saturday Night’ ini. Selain itu beliau juga terlibat dengan penghasilan latar
belakang pentas dan barangan prop untuk pementasan teater ‘Stunt’. Menurut J.
Anu kurator pameran berkenaan pula ‘Scene from Stunt’ (2006), ‘Saturday Night’
(2006) dan ‘Weekend Party’ (2006) menggabungkan jalur-jalur cahaya terang yang
bercerancang dan berbucu-bucu, bagaikan sambungan dari bentuk-bentuk dalaman
yang lebih tebal dan besar, dengan kehadiran figuratif yang tidak dapat
dinafikan dan boleh dikenalpasti.
Kesimpulan
Sebagai
penghormatan pada tahun 2009, Balai Seni Negara telah menganugerahkan semula
pameran retrospektif ‘Syed Ahmad Jamal: Pelukis’ pada 6 Oktober 2009 hingga
31 Januari 2010 dan sebuah
pameran peringatan iaitu ‘SAJ Dalam Kenangan’ pada 18 Ogos hingga 18 November 2011. Dalam mengangkat pelukis
tempatan ke luar negara Balai Seni Negara turut meminjamkan beberapa karya di
dalam koleksinya sempena pameran ‘Syed Ahmad Jamal Guru of Colour: Pelukis In
Zegreb’ di Museum of Art and Craft, Croatia pada 7 Jun – 29 Jun 2014. Kini pameran ‘Gerak Rupa: Koleksi Balai Seni
Negara’ ini adalah sebuah pameran bergerak yang diadakan untuk mempamerkan 25
karya Syed Ahmad Jamal di dalam Koleksi Balai Seni Negara. Pameran bergerak
yang diadakan di Galeri Seni Johor, Muzium Kota Tinggi dan Muzium Mersing
daripada Mac hingga Disember 2022 ini diharapkan akan meninggalkan kesan kepada
masyarakat tempatan dengan karya-karya yang merakamkan peristiwa-peristiwa
kemanusiaan, politik negara dan dunia oleh tokoh seni negara ini,
Rujukan:
Anurendra Jegadeva,
’10 New Paintings by Datuk Syed Ahmad Jamal’, Galeri Petronas, Kuala Lumpur,
2009.
Dzul Haimi Md. Zain,
‘Syed Ahmad Jamal: PELUKIS’, Balai Seni Negara, Kuala Lumpur, 2009.
Faizal Sidik,’Syed Ahmad Jamal: Bapa
Seni Lukis Melayu Moden Malaysia’ Dewan Budaya, Dewan Bahasa dan Pustaka, April
2013.
Intan Rafiza, ‘Kuasa,
Harapan dan Tanah’, Balai Seni Negara, Kuala Lumpur, 2012.
Ismail Zain, ‘Seni
dan Imajan: Satu Pandangan Umum Terhadap Imajan dan Makna Kontekstualnya’,
Balai Seni Negara, Kuala Lumpur, 1981.
Mohamed Ali
Abdul Rahman, ‘Modern Malaysia Art: Manifestation of Malay Form and Content’,
Universiti Teknologi Mara, Shah Alam, 2000.
Redza Piyadasa,
‘Issue of Culture, Nationhood and Identity in Modern Malaysia Art’, Tirai
Panggung’ Jurnal Seni Persembahan, Pusat Kebudayaan Universiti Malaya, Kuala
Lumpur, Jilid 6, 2003.
Syed Ahmad Jamal,
‘Malaysian Art 1965-1978’, Balai Seni Lukis Negara, Kuala Lumpur, 1978.
Syed Ahmad Jamal,
‘Balai Seni Lukis Negara 1958-1988’, Balai Seni Negara, Kuala Lumpur, 1988.
Syed Ahmad Jamal, Kamansky.
D, ‘Contemporary Paintings of Malaysia, Balai Seni Negara, Kuala Lumpur, 1988
Syed Ahmad Jamal,
‘Rupa dan Jiwa’, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1993.
Syed Ahmad Jamal,
‘Impian dan Kenyataan’, Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan, Kuala
Lumpur, 1996
Syed Ahmad Jamal.
‘Kunang-Kunang’, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur 1999
Sarena Abdullah, ‘The
Bridge Between The Two Worlds: Exhibition of Malaysia Art at the Commonwealth
Institute’ .
T.K. Sabapathy, ‘Syed
Ahmad Jamal’ Nanyang Gallery of Art, Kuala Lumpur, 1994
Zakaria Ali, ‘Seni
dan Seniman’, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur, 1989
‘Pelukis Logo ‘Adil’
Syed Ahmad Jamal meninggal’, Malaysiakini, 31 Julai 2011.
Katalog pameran ‘55
Tahun Balai Seni Visual Negara’, Balai Seni Negara, Kuala Lumpur, 2013.
Katalog ‘Syed Ahmad
Jamal Sempena Malam Anugerah Seni Negara 1995’, Balai Seni Negara, Kuala
Lumpur, 1995.
Katalog pameran ‘Syed
Ahmad Jamal: Guru of Color- Pelukis in Zagreb’,
Museum of Arts and Crafts, Zagreb, 2014
Temuramah penulis
dengan pelukis Wednesday Art Group iaitu Cheong Laitong di studio di Seputeh
pada 2014.
1960 – British
Council
1961 –
Chinese Assembly Hall. Singapore
1965 –
AIA Gallery, Kuala Lumpur
1968 – ‘Lela
Mayang Suite’, Samat Art Gallery, Kuala Lumpur
1975 – Asia
Art Museum, Universiti Malaya, Kuala Lumpur.
-
‘Retrospektif
Syed Ahmad Jamal’, Balai Seni Negara (15
Ogs-7 Sep 1975)
1994 –
‘Syed Ahmad Jamal: A Historical Overview 1954-1994’, Nanyang Gallery of Art
-
‘Chromatic
Passages’, Takashimaya Gallery, Singapore. (25 June - 12 July, 1994)
1995 – ‘Anugerah
Tokoh Seni Negara: Syed Ahmad Jamal’, Balai Seni Negara (20 Mei-15 Jun 1995)
1996 – ‘Impian
dan Kenyataan: Syed Ahmad Jamal’, Balai Seni Negeri Kedah (16 Apr-15 Mei 1996)
1999 –
‘Dari 1956 hingga 1999’, Balai Seni Maybank, Kuala Lumpur
-
‘Kunang-Kunang’,
Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur
2000 –
‘Antara Langit dan Bumi: Syed Ahmad Jamal’, Galeri Petronas (5 Sep – 5 Okt
2000)
2002 –
‘Drawings & Gouches of the 1950’s’, Elm Quay Fine Arts, Kuala Lumpur
2003 –
‘From 1940-1991’, Valentine Willie Fine Art, Kuala Lumpur
2004 –
‘Ruang (Space)’, Islamic Art Museum Malaysia, (19 Sep – 19 Oct 2004)
-
‘The
Art Collection 1st Series’ Gallery Petronas, Kuala Lumpur
2006 –
‘On and Off King’s Road: 10 New Paintings by Datuk Syed Ahmad Jamal’, Galeri
Petronas (16 Nov 2006-7 Jan 2007)
2008 –
‘Pelukis Dan Peristiwa’, R.A Fine Art, Kuala Lumpur.
2009 – ‘Syed
Ahmad Jamal: Pelukis’, Balai Seni Negara (6 Okt 2009 –
31 Jan 2010)
2011 – ‘SAJ
Dalam Kenangan’, Balai Seni Negara (18 Ogs-18 Nov 2011)
2014 –‘Guru
of Colour: Pelukis In Zegreb’, Museum of
Art and Craft, Croatia (7 Jun – 29 Jun 2014)
2022 – ‘Gerak
Rupa: Syed Ahmad Jamal Dalam Koleksi Balai Seni Negara’, Galeri Seni Johor (22
Mac – 30 Jun 2022), Muzium Kota Tinggi (18 Julai-30 Sep 2022) dan Muzium
Mersing (17 Okt -31 Disember 2022)