Tarikh
penganjuran: 14 September – 10 November 2019
Penganjur: Istanbul Foundation Art and Culture
1.Pengenalan
Istanbul
Biennial telah dianjurkan oleh Istanbul
Foundation for Culture and Arts sejak tahun 1987 lagi. Istanbul Biennale
adalah sebuah model pameran antarabangsa yang membina dialog antara pelukis dan
pelawat melalui karya-karya pelukis yang dijemput. Kurator Istanbul Biennale
dilantik oleh lembaga penasihat antarabangsa dalam membina konsep idea pameran
oleh pelukis jemputan dan projek yang terpilih.
Istanbul
Biennale adalah sebuah pameran berskala mega yang dianjurkan di sekitar
kotaraya Istanbul. Biennale ini memainkan peranan penting dalam mempromosikan
kotaraya ini melalui seni kontemporari bukan sahaja daripada pengkarya Turki
tetapi daripada arena antarabangsa. Istanbul Biennale dimeriahkan dengan
program sokongan berbentuk pendidikan antara pelajar dan pengunjung seni yang
diterjemahkan dalam bentuk perbincangan, persidangan dan bengkel sepanjang
pameran berlangsung.
Istanbul
Biennale ke-16 ini dikuratorkan oleh Nicalus Bourriaud dengan tajuk ‘The
Seventh Continent’ daripada 14 September – 10 November 2019 dengan memilih 57
pelukis daripada 23 buah negara daripada semua tujuh benua dunia antaranya
Argentina, Australia, Brazil, Canada, Croatia, Republik Czech, Denmark,
Perancis, Jerman, Iran, Ireland, Itali, Jepun, Lithuania, Netherland, Peru,
Poland, Afrika Selatan, Korea Selatan, Sweden, Sepanyol, Taiwan, Thailad,
Turki, Britain dan Amerika Syarikat.
2. 16th Istanbul Biennial
Penganjur
Istanbul Biennial iaitu Istanbul Foundation for Culture and Arts (İKSV) adalah
sebuah badan kebudayaan yang bukan berasaskan keuntungan (non-profit). Sejak
tahun 1973, Yayasan ini berusaha untuk membina bandaraya Istanbul sebagai kota berbudaya dan artistik.
IKSV bukan sahaja mengadakan Istanbul Biennale tetapi juga Istanbul Festivals of Music, Film, Theatre
dan Jazz, Istanbul Design Biennial, Leyla Gencer Voice Competition, minggu
filem musim sejuk Filmekimi dan program sepanjang tahun.
Pertemuan
dengan pengarah artistik Istanbul Biennial iaitu Bige Orer telah diadakan di bangunan ini. Rombongan
telah membuat janji temu dengan beliau bagi mendapatkan pandangan dan berkongsi
pengalaman penganjuran. Istanbul Biennial ini adalah edisi yang ke-16 semenjak
dilancarkan pada tahun 1986. Banyak maklumat yang penting seperti kos
penganjuran, penajaan, dan hal-hal yang berkaitan dengan kuratorial yang
diperolehi.
Poster
pameran 16th Istanbul Biennial yang bertajuk ‘7 KITA’ dalam bahasa Turki yang
bermaksud 7 Benua (7 Continent). Pada edisi ke-16 ini Istanbul Biennial
diadakan di 3 lokasi iaitu di Pera Museum, Mimar Sinan Fine Art University dan
di Buyukada iaitu sebuah pulau yang terletak di bahagian Asia Turki. Saya
menyarankan untuk KUL Biennale 2020 pasukan Jawatankuasa Promosi dan Publisiti
perlu menjalankan publisiti seperti papan tanda, poster, gegantung pameran dengan
lebih agresif di tempat-tempat tumpuan khalayak seperti di hab pengangkutan
seperti di steses-stesen LRT, MRT, Komuter,
Monorail dan perhentian bas yang yang
strategik agar maklumat penganjuran KUL Biennale sampai kepada khalayak.
Tema ‘Seven
Continent’ mengambarkan seni sebagai bentuk antropologi yang meneroka kesannya
kepada manusia, bagaimana ia ditangani, apa yang akan ditinggalkan dan
interaksinya hidupan lain. Tema ini mengambil daripada longgokan lautan sampah
yang terbuang di Lautan Pasific yang merupakan kesan yang boleh dilihat dengan
jelas semasa Anthropocene
Permasalahan inilah yang ingin dirakamkan dalam ‘Seven
Continent’ sebagai sebuah sains popular,
terhadap 7 tan sampah buangan plastik yang meliputi kawasan berkeluasan 3.4
juta meter persegi. Di dalam 16th Istanbul Biennial fenomena benua sampah
buatan manusia ditengah-tengah lautan akan menjadi titik perbincangan dan
perdebatan dikalangan seniman, pemikir, ahli antropologi dan aktivis hak asasi
alam sekitar dalam mendepani cabaran ekologi terhadap penciptaan seni pada hari
ini. Terdapat 3 lokasi pameran pada edisi ke-16 iaitu Pera Museum, Mimar Sinan
Fine Arts University Museum of Painting and Sculpture dan Pulau Buyukada
Lokasi 1 -
16th Istanbul Biennial di Pera Museum
Pera Museum
adalah merupakan sebuah muzium seni swasta yang mempamerkan karya-karya seni
beraliran Orientalisme abad ke-19 diurus oleh Suna dan Inan Kirac Foundation.
Muzium ini asalnya adalah sebuah hotel 5 tingkat yang dinamakan Hotel Bristol
pada 1893. Pada 2005 muzium ini berfungsi menjadi sebuah muzium seni orentalis
yang mempamerkan karya catan orientalis, arca Anatolia dan jubin seramik Kutahya
dan koleksi fotografi.
Pada
Biennial kali ini 3 aras galeri bangunan ini diperuntukkan untuk mempamerkan
karya-karya Istanbul Biennial yang sesuai dengan pengkhususan muzium ini
sebagai muzium seni purba. Istanbul Biennial tidak mengenakan bayaran masuk
ketiga-tiga lokasi pameran, namun pelawat perlu mengibas kod qr yang dipamerkan
pada pintu masuk untuk mendaftar secara dalam talian.
Pera Muzium
telah dipilih menjadi lokasi penganjuran ini semenjak 2015 lagi. Semasa lawatan
ke sana kami memperkenalkan diri daripada sebuah institusi seni dan meminta
untuk dipandu oleh dua sukarelawan di sini bagi memahami dengan lebih dekat melalui
penerangan bagaimana operasi biennial di muzuim ini disamping melawat karya
yang dipamerkan.
Bagi tema
Seven Continent muzium ini mempamerkan karya-karya yang berkaitan arkeologi dan
pengalian semula sejarah. Sebanyak 13 pelukis yang mempamerkan karya mereka di
lokasi ini antaranya Anzo, Pia Arke, Charles Avery, Norman Daly, Ernst Haeckel,
Evru/Zush, Sanam Khatibi, Melvin Moti, Glauco Rodrigues, Luigi Serafini, Paul
Sietsema, Simon Starling, and Piotr Uklański.
Lokasi 2 -
16th Istanbul Biennial di Mimar Sinan Fine Arts University Museum of Painting
and Sculpture
Lokasi kedua Istanbul Biennial
terletak di Antrepo 5, iaitu sebuah lokasi utama di daerah Tophane bandaraya Istanbul.
Lokasi ini adalah sebuah bekas gudang
berkeluasan 17,000 meter persegi yang kini menjadi muzium seni yang menempatkan
himpunan koleksi sebuah pusat pengajian seni yang dinamakan Muzium Catan dan
Arca Mimar Sinan Fine Art University. Institusi ini telah ditubuhkan sejak 1882
oleh Osman Hamdi Bey iaitu tokoh seniman yang terkenal sebagai seorang pelukis,
ahli sejarah seni, arkeologis dan kurator muzium. Institusi ini adalah
merupakan institusi pengajian tinggi awal yang menawarkan pengajian dalam
bidang seni halus dan seni bina.
Lokasi kedua menempatkan 5 aras
yang mempamerkan 38 pelukis. Di perkarangan bangunan ini menempatkan pelbagai
papan tanda panduan dalam pelbagai saiz untuk pengunjung mendapat informasi-informasi
berkenaan pameran antaranya papan tanda lokasi pameran. Di pintu masuk bangunan
ini pula mempunyai persamaan dengan Pera Museum dimana pengunjung perlu
mendaftar melalui kod qr bagi yang belum. Kepada pengunjung yang telah
mendaftar mereka hanya perlu menunjukkan kata laluan yang telah diberikan
melalui email kepada penjaga pintu masuk untuk diimbas sebelum masuk.
Bagi KUL Biennale 2020 Jawatankuasa
Urusetia Lokasi Luar perlulaah memastikan agar lokasi luar yang dipilih tidak
terlalu jauh daripada lokasi utama iaitu di Balai Seni Negara. Urusetia ini
perlu menetapkan lokasi luar adalah trategik seperti berdekatan atau di lokasi
sistem pengangkutan awam dalam lingkungan antara 2 hingga 5 kilometer radius
daripada lokasi asal agar pelawat yang datang ke Kuala Lumpur hanya perlu
berjalan kaki atau dengan pengangkutan awam sahaja. Lokasi yang dipilih juga
perlu sesuai dengan tema lokasi berkeanaan dan jumlah yang dicadangkan tidak
lebih daripada 5 lokasi. Sebelum ini lokasi luar diadakan di Perpustakaan Negara
Malaysia (PNM), Rumah Uwan dan Galeri Piyadasa di Universiti Malaya.
Lokasi 3 -
16th Istanbul Biennial di Pulau Büyükada
Pulau
Buyukada adalah sebuah pulau yang terbesar di bahagian Turki Asia. Di dalam
bahasa Turki Buyukada bermaksud pulau besar jika dibandingan dengan 2 lagi
pulau yang berdekatan dengannya. Nama lain pulau ini adalah ‘Princes Island’
yang berkeluasan 5 kilometer persegi. Perjalanan menaiki feri dari jeti
Bakistas di Turki Eropah mengambil masa 40 minit. Semasa musim panas, pulau ini
menjadi tarikan pelancong dari luar kerana pulau ini mempunyai banyak tempat sejarah silamnya yang berkaitan
dengan tamadun Greek seperti Gereja Ortodok Greek Hagia Yorgi yang dibina pada
abad ke-6 Masihi. Apa yang menarik tentang pulau ini adalah kenderaan bermotor
tidak dibenarkan bergerak di pulau ini hanya basikal dan kuda sahaja digunakan
sebagai pengangkutan perhubungan.
Pada
penganjuran kali ini terdapat 5 karya pelukis yang ditempatkan di pulau
Buyukada misalnya Andrea Zittel (Dock Square), Armin Linke dan Ursula Mayer
(Anadolu Kulubu), Monster Chedwynd (Hacopoulo Kosku Mansion), Glen Ligen (Mizzi
Kosku Mansion) dan Hale Tanger (Tas Mektep). Kebanyakan papan tanda dan teks dinding
informasi berada dii hadapan jeti Buyukada untuk memudahkan pelancong mencari
lokasi karya dipamerkan. Kanyakan karya yang dipamerkan di sini pula
berhampiran diantara satu sama lain dan tidak terlalu jauh dari jeti iaitu
dalam lingkungan 1 hingga 2 kilometer iaitu jarak yang sesuai untuk berjalan
kaki.
Adalah
dicadangkan dimasa akan datang KUL Biennale mungkin juga boleh merujuk model kepada
penganjuran Manifesta. Manifesta adalah sebuah penganjuran dwi-tahunan biennale
seni kontemporari sejak 1994 yang tidak menggunakan nama biennale. Manifesta
adalah biennale seni eropah atau negara-negara Kesatuan Eropah (EU) yang
penganjurannya bergerak setiap dua tahun ke bandar-bandar eropah atau bandar
eropah yang diiktiraf sebagai bandar budaya tidak hanya terikat pada sesebuah
bandaraya di Eropah sahaja seperti Rotterdam, Luxembourg, Ljubijana, Frankfurt,
San Sebantian, Saint Petersburg, Zurich, Palermo dan terbaru Manifes di Marseille
2020.
Bagi
merancakkan lagi industri pelancongan negara terutamana dalam pelancongan seni
budaya KUL Biennale juga boleh diadakan di lokasi-lokasi luar yang tumpuan
pelancong di Malaysia seperti bandaraya bersejarah Melaka yang pernah dikenali
sebagai The East Venice suatu masa
dahulu, bandaraya bersejarah UNESCO George Town, Taman Geologi UNESCO di Langkawi,
persisiran selat Tebrau di Johor Baharu, Kuantan, bandaraya pantai Kuala Terengganu,
dan lokasi berpotensi untuk dimajukan seperti Muar yang mendapat pengiktirafan Bandar
Bersih ASEAN sebagai bagi memperkenalkan kearifan tempatan dikawasan-kawasan
ini seperti model Manifesta tadi.
3. Pameran Sampingan sempena 16th Istanbul
Biennial
Lokasi 4 - Istanbul
Modern Art Museum ‘Canan Tolon: You Tell Me’
Istanbul
Modern atau nama penuhnya Istanbul Modern Sanat Muzesi (Istanbul Museum of
Modern Art adalah sebuah institusi yang dibuka pada tahun 2004. Muzium ini
mempamerkan karya-karya seni moden dan kontemporari koleski muzium ini daripada
pelukis Turki dan antarabangsa. Muzium yang terletak di di Karakoy di tepi
pantai Bosphorus berkeluasan 8,000 kakii persegi sedang dinaiktaraf sejak 2018.
Kini muzium ini diletakkan di bangunan sementara di Beyoglu. Muzium ini
mempunyai pelbagai galeri seperti galeri koleksi tetap, galeri pameran
sementara, galeri fotografi, ruang program sosial dan pendidikan, perpustakaa,
panggung tayangan, kafe dan kedai galeri.
Muzium
sementara ini terletak berhampiran dengan lokasi pameran 16th Istanbul Biennial
di Pera Museum. Semasa membuat lawatan ke sini muzium ini pameran-pameran yang
diadakan seolah-olah ingin menyambut (respon) tema ‘The Seventh Continent’
misalnya galeri fotografi di aras 4 mempamerkan karya seniman foto terkenal
Turki iaitu ‘Two Archive, One Selection: Tracing Ara Guler’s Footsteep in
Istanbul’, pameran koleksi di aras 3 dan 2 pula mempamerkan pameran ‘In Pursuit
of The Present’ iaitu pameran yang meneroka hubungan antara manusia dan bandar,
alam dan persekitaran fizikal yang berkaitan dengan sejarah selain membawa tema
peranan gender dan isu wanita. Aras 1 galeri sementara mempamerkan pameran
‘Canan Tolon: Sen Soyle’ (You Tell Me)
iaitu sebuah pameran yang mempamerkan karya lukisan, fotografi, catan
dan instalasi Canan Tolon iaitu pengkarya Turki daripada tahun 1980 an hingga kini.
Karya-karya beliau mengajak kita melihat semula alam dan persekitaran selain
senibina dan budaya dan kesannya terhadap kemanusiaan hari ini.
Lokasi 5 – Arter
– (Koc Contemporary Art Museum) ‘50th Vehbi Koc Foundation Collection’
Arter
adalah sebuah muzium seni kontemporari Turki dan antarabangsa yang terletak di
Beyoglu yang diuruskan oleh Ehbi Koc Foundation (VKB). Muzium ini mula dibuka
pada tahun 2010 sebagai sebuah ruang bukan berasaskan keuntungan dalam
menyediakan infrastruktur bagi pameran seni kontemporari seni. Pada 2019 Arter
berpindah ke bangunan baru) yang direka oleh Grimshaw Architect (UK di
Dolapdere, Istanbul. Bangunan empat tingkat yang berkeluasan 18,000 kaki
persegi ini dimiliki oleh Omer Koc iaitu Timbalan Pengerusi Koc Holding yang
juga merupakan penaja rasmi Istanbul Biennial sejak 2010 hingga 2026. Ruang
baru ini dilengkapi dengan galeri pameran, ruang arca awam, dewan seni
persembahan, ruang pembelajaran, perpustakaan, makmal pemuliharaan, kedai buku
dan kafe.
Semasa
lawatan kami Arter telah mengadakan pameran istimewa menyambut ‘50th Vehbi Koc
Foundation Collection’ dan bersempena meraikan pembukaan baru ruang baru
mereka. Antara pameran yang diadakan sehingga hujung 2020 adalah seperti ‘What
Time Is It’, ‘Word Are Very Unnecessary’, ‘Altman Gurman’, ‘Ayse Erkman’ dan
‘Inchi Furni: She Waited for a While’. Apa yang menarik dalam setiap pameran
ini adalah setiap pameran ini boleh didengar melalui alat bantuan audio (audio
guide). Pelawat hanya perlu mendaftar di meja yang disediakan hanya
meninggalkan kad pengenalan diri atau pasport. Semasa lawatan ini kami ditemani
oleh pegawai perhubungan korporat Arter bagi mengetahui dengan lebih dalam
bagaimana Arter sebagai muzium seni kontemporari beroperasi.
Lokasi 6 – DirimArt
Dirimart
adalah sebuah galeri swasta yang diasakan olej Hazer Ozil pada tahun 2002 di
daerah Nisamtasi. Galeri ini mempamerkan karya pelukis Turki dan antarabangsa
seperti Nasan Tur, Ayse Erkman dan Sarkis. Manakala pelukis antarabangsa samada
pernah berpameran dan menjadi artis galeri ini adalah seperti Thomas Bayrle,
Hermann Nitsch, Shirin Neshat, Bernard Frize, Julian Rosefeldt, Candida Höfer,
Franz Ackermann, Peter Zimmermann, Sarah Morris, and Ghada Amer. Kini Dirimart
berpindah di ruang baru di Dolapdere yang merupakan hab seni budaya dan fasyen
yang utama di Istanbul.
Di ruaang
lebih besar dengan mempunyai ruang mempamerkan arca awam di perkarangan galeri,
Dirimart merupakan sebuah galeri seni swasta yang terbesar di Istanbul kini.
Kami sempat melawat pameran berkumpulan yang sedang berlangsung iaitu ‘Ad
Infinitum’. Kami sempat mengadakan perbincangan dan penyelidikan dengan Ceren
Erdam iaitu Pengarah Kanan galeri ini berkenaan beberapa cadangan nama pelukis
galeri ini untuk KUL Biennale ke-2. Perbincangan dilanjutakan dengan kedua-dua
pihak bertukar-tukar bahan penerbitan.
Lokasi 7 –
Research Centre for Islamic History, Art and Culture (IRCICA)
IRCICA
ditubuhkan pada tahun 1980 sebagai sebuah pusat kebudayaan dibawah Pertubuhan
Negara-Negara Islam (OIC). Pusat ini diilhamkan oleh negara Turki semasa
persidangan ke-7 Menteri-Menteri Luar Negara Islam yang diadakan di Istanbul
pada tahun 1976 yang menghasilkan resolusi penubuhannya. Pada tahun 1995 pusat
ini mempunyai ibu pejabat sendiri terletak di kompleks kerajaan yang
menempatkan Pejabat Perdana Menteri Turki di Istanbul sejak zaman pemerintahan
kerajaan Uthmaniah lagi yang dikenali sebagai ‘Bab Ali’.
Di dalam
kompleks ini menempatkan 5 bangunan IRCICA antaranya bangunan lama bersejarah
yang menempatkan pejabat Ketua Pengarah dan galeri pameran, bangunan Jabatan
Penyelidikan, bangunan Jabatan Kaligrafi dan Jabatan Penerbitan, bangunan
Pentadbiran dan Kewangan, Perpustakaan IRCICA pula ditempatkan pada sebuah bangunan
4 tingkat dimana bahagian bawah merupakan dewan persidangan dan 3 tingkat
atasnya dijadikan sebagai perpustakaan.
Semasa
kunjungi kami di sini kami sempat bertemu dengan Prof. Dr. Sadik Unay iaitu
konsultan kepada Ketua Pengarah IRCICA kini iaitu Prof. Dr. Halit Eren dan
pembantunya dari bahagian Kaligrafi dan Penerbitan disamping melawat sebuah
pameran pertandingan kaligrafi iaitu ‘Eleventh International Calligraphy
Competition’ yang sedang berlangsung. Pameran ini menawarkan hadiah sehingga
US$206.500 untuk kategori tul jali tuluth, thuluth, nasakh, muhaqqa, taliq,
jali taliq, thuluth-nasakh, jali diwani, diwani dan kufi.
Sebelum ini
Balai Seni Negara pernah mengadakan kerjasama dengan IRCICA manatan Ketua
Pengarah sebelum ini iaitu Dato Dr. Ahmad Najib bin Ahmad Dawa yang juga rakan
Dr. Halit pernah membuat kunjungan ke sini bagi membuat penyelidikan bagi
sebuah pameran fotografi yang bertajuk ‘Herymm’ iaitu himpunan koleksi
fotografi terpilih pusat ini berkenaan dua tempat suci umat Islam iaitu
Masjidil Haram di Mekah dan Masjid Nabawi di Madinah. Terdapat juga
perbincangan sebelum ini yang ingin melanjutkan pameran fotografi ini untuk
mengadakan siri kedua ‘Herymm II’ untuk tanah suci ketiga iaitu Masjid Al-Aqsa
atau dikenali dengan ‘Al-Qud’ di Baitumuqaddis.
Kami juga
dibawa ke bangunan perpustakaan oleh Anas Harb iaitu penyelidik di pusat ini
bagi melihat koleksi gambar Masjid Al-Aqsa selain melihat dengan lebih dekat
koleksi bahan rujukan pusat ini bersama pustakawan.
Lokasi 8 – Karakoy Art Hub
Karakoy Art
Hub adalah sebuah lokasi hab seni di Istanbul yang ditubuhkan pada tahun 2015
menempatkan banyak galeri dalam satu kawasan atau tempat. Antara galeri-galeri
yang berada di sekitar sini adalah seperti Mixer, Pi Artworks Istanbul,
Sanatorium, Apexart, x-ist. Idea pembinaan hab ini adalah untuk memudahkan
kolektor yang datang semasa Istanbul Biennale atau expo seni Art Istanbul yang
mempunyai tidak banyak masa untuk melihat karya-karya seni dalam satu tempat
dan ruang.
Idea ini
bukan sesuatu yang baru tetapi telah diamalkan dibeberapa bandaraya besar
seperti daerah Chelsea di New York, West End di London dan Gillmann Barrack
oleh negara jiran kita Singapura. Gillman Barrack adalah tinggalan depot
tentera yang telah tidak digunakan lagi diubah menjadi galeri seni. Semasa di
Karakoy Art Hab kami sempat beberapa galeri yang mengadakan pameran solo dan
berkumpulan terutamanya pelukis muda antaranya pameran ‘Lens 19: Thing Seen’ di
Mixer, ‘Tayfun Gulnar: Bir Anlik Sessizlik’ di x-ist, ‘Iz Oztat: Suspended’ di
Pi Art Istanbul.
Saya
mencadangkan di masa hadapan projek sebegini boleh dijalankan oleh Balai Seni
Negara dengan menyediakan dan menyewakan bangunan atau gudang-gudang kerajaan
yang telah ditinggalkan di ibu kota Kuala Lumpur bagi membantu galeri-galeri
swasta yang terpaksa menutup ekonomi mereka disebabkan ekonomi yang lembab
disamping membantu usahawan-usahawan baru yang berminat memulakan perniagaan
dengan membuka galeri seni dengan kemudahan hab seni ini.
Kesimpulan
Kesimpulannya
Istanbul Biennial adalah sebuah pameran mega antarabangsa yang mempertemukan
seniman global dalam melontarkan komentar mereka terhadap isu sejagat kepada
dunia. Biennial seni adalah satu perluahan seniman di dalam masyarakat yang
mereka diami. Karya-karya dipamerkan adalah cerminan kepada kehidupan manusia
pada hari ini yang menuntut keseimbangan dan kelestarian.
Dilaporkan oleh,
(Faizal Sidik)
Kurator KUL BIENNALE 2020