Esei-Esei Kuratorial Seni Lukis Malaysia, Asia Tenggara dan Antarabangsa oleh Pelukis-Kurator.
(Curatorial Essays on Malaysian, South East Asian and International Art Scene by Artist-Curator)
Perhubungan antara
tradisi dengan moden yang dibawa seni arca adalah salah satu manifestasi seni
tiga dimensi yang bermain dengan ruang sebenar, penglihatan secara langsung dan
membangkitkan sentuhan. Balai Seni Negara sejak awal penubuhannya telahmemasyarakatkan karya-karya seni arca menerusi pameran dari
dalam dan luar negari seperti ‘5 Singapore Sculptor’ (1968), ‘Henry Moore’
(1968), ‘Rodin and His Contemporary’ (1969), ‘Seni Ukir Tradisi Melayu’ (1971),
’45 Arcawan dari Amerika’(1974), ‘Seni Arca Moden di Malaysia’ (1976), Ramlan
Abdullah: Anugerah Seni Zain Azraai (2001), ‘Nafas:Raja Shahriman Raja Aziddin’
dan ‘Chin Wan Kee: Sculpturing Is Meditative’ (2017).
Pada tahun 2019
sebanyak 3 buah pameran arca lagi dianjurkan oleh Balai Seni Negara misalnya
pameran ‘Aznan Omar: Manusia dan Gajet’, ‘Minta Perhatian: Arca Koleksi Balai
Seni Negara’ dan pameran ‘International
Marble Art Camp(IMAC)’ yang telah
diadakan di Balai Seni Negara Langkawi sempena Pulau Langkawi sebagai tapak
taman geologi warisan dunia.
Raja Shahriman Raja Aziddin
Pengarca pertengahan
karier iaitu Raja Shahriman Raja Aziddin bukanlah seniman asing di dalam
lanskap seni visual Malaysia. Kini beliau hadir dengan karya-karya terkini dalam
siri baru yang diberi nama Lok. Pameran ini merupakan sebuah pameran solo
beliau yang ke-9 sepanjang 30 tahun berkarier sebagai pengarca sepenuh masa.
Pameran terbaru ini dibawa oleh geleri
Pelita Hati sebagai penganjur bersama dalam program rakan strategik yang
dinamakan sebagai inisiatif swasta dalam membawa dan berkongsi pameran ini
diadakan di Galeri 2B, Balai Seni Negara pada 2 Disember 2019 sehingga 26 Mac
2020.
Arcawan Raja
Shahriman Raja Aziddin (lahir 1967, Kuala Kangsar) adalah antara seniman yang
masih berdiri teguh dalam menghasilkan karya arca besi di Malaysia. Graduan
Seni Halus (1986-1990) pengkhususan Seni Arca daripada Universiti Teknologi
Mara ini terus mara dalam menghasilkan arca-arcayang berakar dan beridentitikan kebudayaan
Melayu nusantara.
Perjalanan seni arca
besi beliau bolehlah dibahagikan kepada tiga evolusi perjalanan iaitu dekad
penerokaan dari awal hingga akhir 1990 anyang menyaksikan kekuatan gerak tenaga seperti siri ‘Killing Tools’
(1994), ‘Gerak Tempur’ (1996), ‘Api, Bayang dan Kemenyan’ (1998).Dekad peralihan pula daripada 2000 an hingga
2009 memperlihatkan kepaduan bentukan dengan siri ‘Semangat Besi’ (2001), ‘Nafas’
(2004),‘Rhythm of 21 Century’ (2009).
Manakala dekad pengukuhan daripada 2010 hingga 2019 menterjemahkan penguasaan
subjek dengan siri seperti ‘Kemelut Zaman’ (2012), ‘Gembala Mana ‘O’ Si Gembala’
(2014) dan terkini siri ‘Lok’ (2019)
Karya Siri Lok
Karya mutakhir yang
dihasilkan sejak 2016 memperlihatkan keasyikkan beliau terhadap dua perkara
yang menjadi bahasabeliau dalam
mengarca iaitu bentuk tubuh badan dan keris. Dalam siri Lok ini yang mengambil
hampir tiga tahun untuk disiapkan Raja Shahriman seakan-akan mencurahkan segala
kudrat yang ada ke atas siri ini. Ia seperti suatu ilham keindahan yang telah
lama disimpan di dalam fikiran dan imaginasi itu kini diterjemahkan oleh beliau
dalam ruang dan bentuk.
Dalam karya Lok ini
beliau hadir dengan lakaran-lakaran kajian, 10 buah lukisan dan 25 buah arca
torso penjelmaan karya yang beragam bentuk dan beraneka rupa. Berinspirasikan
daripada lekuk pada keris sebagai metafora cabaran hidup yang dihadapi dalam
beragam bentuk dan rintangan yang datang dalam beraneka rupa sebagai ujian yang
diharungi manusia zaman sekarang. Antara karya-karya dalam pameran ini adalah
seperti Lok 99 Pohon Lok, Lok 3 Menjulang Kerawang, Lok 5 Ribut Membadai, Lok 5
Genta Pancung Tak Bertanya, Lok 45 Guris Panglima dan Lok 4 Kilat Menyambar.
Lok 99 Pohon Lok ini
merangkumi keseluruhan siri lok pameran ini. Setiap 24 arca ini dalam ruang ini
mewakili kepada 24 jam dalam sehari, maknanya setiap saat kita menerima ujian,
ataumanusia dalam 24 jam sehari tidak
terlepas darinya kerana ujian berlaku setiap masa. Sebanyak 24 buah arca dalam
ruang ini dan arca ini adalah induknnya iaitu yang ke 25 sebagai rumusannya.
Kita dapat lihat berbagai-bagai bentuk lokdalam sebuah arca induk ini dimana pada puncak arca ini mempunyai 13
bilah keris dengan ragam lok yang pelbagai rupa, ia mempunyai kaitan dengan 13
rukun yang dijunjung iaitu Rukun Agama (rukun, iman, rukun Islam dan rukun
ehsan.) Rukun Iman 6 perkara, Rukun Islam 5 perkara dan Rukun Ehsan 2 perkara.
Bilangan 13 ini dinamakan Rukun Agama yang dijunjung dan dibawa sebagai satu
pegangan.
Walau bagaimanapun
ada satu lok yang bengkok ke bawah dimana pengarca mahu mengatakan pada masa
untuk menjunjungkan rukun ini ada yang terjatuh kerana manusia tidak sempurna
dan mempunyai kelemahan. Dalam kata lain manusia ini banyak kekurangan atau
kemampuan dalam menegakkan yang 13 rukun tadi. Bentuk keris yang tegak ke
puncak pula mewakili 99 tauhid Hasma Al-Husna iaitu Tuhan yang Satu.
Lok 3 Menjulang
Kerawang ini juga adalah merupakan salah satu simbol dalam alam Melayu yang
digunakan sebagai satu motif di dalam kesenian Melayu. Kerawang ini membawa
maksud keawang-awang iaitu satu keadaan tumbuh-tumbuhan yang dijadikan melilit
dan menaik keatas. Arca ini menceritakan keawang-awangan iaitu satu tempat yang
tinggi yang merupakan juga salah satu dari konsep tauhid. Menjulang Kerewang
ini ingin pergi ke suatu tempat yang tinggi yang bermotifkan ukiran kesenian
Melayu. Arca Lok 5 Ribut Membadai ini pengarca mengambil bentuk alunan keris
dalam menunjukkan kekuatan angin dan juga gelombang ombak. Arca ini juga
seperti tiupan angin yang sedang meniup memataforakan kata-kata mengharungi
cabaran seperti ribut, gelora, badai sebagai suatu cabaran-cabaran dalam kehidupan.
Lok 5 Genta Pancung
Tak Bertanya pula diinspirasikan daripada senjata sundang iaitu alat untuk
memotong dan menebas. Dalam bentuk keris ada yang berlok dan ada yang tegak.
Pengarca mengambil ‘Genta Pancung Tidak Bertanya’ iaitu adalah sempena satu
gelaran kepada seseorang yang telah diberi kuasa oleh Sultan dahulukala di
Perak. Gelaran ‘Genta Pancung Tidak Bertanya’ adalah kerana orang berkenaan
mengerti atas hukum hakam dimana Sultan telah memberi keizinan dalam
menjatuhkan hukuman kerana tinggi ilmunya dalam hukum agama dan mengerti dalam
membuat keputusan dan menggunakan sundang sebagai alat memancung.
Lok 45 Guris Panglima
dikaitkan dengan suatu amalan dalamkata
lain bentuk lok yang yang banyak ini suatu yang membahayakan orang yang bertentang
dengannya. Guris Panglima berkarekter seperti seorang panglima iaitu status
kepanglimaan seseorang itu, semakin banyak lok maka semakin kuat atau berat
ujian yang ditanggung. Lok yangbanyak
dalam karya ini mengambarkan cabaran yang dihadapinya. Lok 4 Kilat Menyambar
adalah adalah suatu keadaan yang pantas dan membahayakan. Pengarca menggunakan
situasi itu dalam bilah keris arca ini seperti bentuk kilat. Pengarca juga
ingin mengambarkan bahawa kilat menyambar adalah kejadian alam yang digeruni dan
ditakuti.
Tahniah kepada
pengarca dan kumpulan kuratorial yang menjayakan pameran solo ‘Lok: Raja
Shahriman Raja Aziddin’. Semoga pameran arca yang berteraskan kesenian dan
kebudayaan tradisional Alam Melayu ini terus subur berkembang dan menjadi tema
pilihan kepada seniman kita di masa akan datang.
Tajuk tulisan ini merupakan penulisan semula daripada
sebuah program bicara seni secara siaran langsung melalui laman Facebook Balai
Seni Negara pada 21 Mei 2020 iaitu ‘Artpa Khabar’ yang membincangkan isu-isu semasa seni,
pameran seni, produk seni, program seni,
aktiviti seni, para pelukis serta perkara seni yang menarik oleh barisan
kurator-kurator Balai Seni Negara.
Dalam siri program
berkenaan kurator telah menjemput tiga
orang panel yang mempunyai latarbelakang yang berbeza dalam bidang seni,
sastera dan budaya antaranya ialah Nasir Baharuddin, Dr. Siti Zainon (Sasterawan
Negara) dan Irwan Ahmett.
Nasir Baharuddin
merupakan pelukis, penulis, penteori dan pengkritik seni. Beliau berpengalaman
luas mengajar sebagai pensyarah di banyak institusi seni seperti di Lim Kok
Wing Institute of Technology,Universiti
Teknologi Mara dan Universiti Putra Malaysia. Beliau pernah menjawat sebagaiPengarah Galeri Shah Alam dan
Kurator Galeri Serdang. Sebagai seniman beliau kerap dijemput oleh insitusi
seni luar negara samada membentangkan kerja kerja, menjadi panel dan mengadakan
pameran seni.
Dr. Siti Zainon
Ismail merupakan penerima Anugerah Sastera Negara pada 2019 yang membawa
gelaran Sasterawan Negara yang ke-14. Beliau bukan sahaja telah menghasilkan
penulisan sastera malah seni budaya tradisional. Karya-karya penulisan novel,
cerpen, puisi beliau telah diterbitkan oleh Dewan, Bahasa dan Pustaka, Institut
Terjemahan dan Buku Negara dan penerbit–penerbit Universiti.
Irwan Ahmett
adalah seniman dari Jakarta, Indonesia. Pengkaryaan Irwan banyak berkisar
tentang urbanisasi yang menterjemahkan isu-isu pembandaran dan geopolitik
serantau. Karya-karyaIrwan kerap di
dipamerkan di pameran antarabangsa antaranya seperti di Biennale Jogja,
Singapore Biennale, Yamaguchi Centre of Arts and Media.
Pengenalan
Menurut Pertubuhan
Kesihatan Sedunia (WHO) jangkitan virus corona atau nama saintifiknya COVID-19
(Corona Virus Infection Disease 2019) ialah penyakit berjangkit terbaru yang menyerang
manusia pada ketika ini. Gejala utama
orang yang mengalami virus ini adalah mereka yang jatuh sakit yang tersebar
melalui titisan yang terhasil apabila orang yang dijangkiti batuk, bersin atau
menghembuskan nafas. Manusia boleh berjangkit dengannya dengan menyedut virus
tersebut jika berhampiran dengan orang yang dijangkiti COVID-19 atau dengan
menyentuh permukaan yang tercemar dan kemudian menyentuh, mata, hidung dan
mulut anda. Filem ‘Contagion’ (2011) arahan pengara Steven Sodenbergh dikatakan
menyerupai apa yang berlaku pada hari ini.
Penularan COVID-19
Kronologi ini bermula
ditengah-tengah ketegangan perang perdagangan di antara negara China dan
Amerika Syarikat. Virus ini dikatakan muncul di bandar Wuhan dalam wilayah
Hubei iaitu di tengah-tengah negara China pada bulan Disember 2019 di sebuah
pasar yang berhampiran dengan makmal penyelidikan perubatan. Pada mula
pemerintah China mengenakan perintah berkurung dan menutup ekonomi penduduk bandar Wuhan bagi menyekat penularan
wabak ini ke bandar dan wilayah yang berhampiran.
Negara-negara yang
bersempadan dengan China seperti Rusia, India dan Vietnam pada ketika itu telah
menutup sempadan mereka untuk mengelakkan jangkitan virus kepada penduduk
negara berkenaan dari rakyat China yang ingin merentasi sempadan. Sehingga kini
lebih 83,418 kes dan 4634 rakyat China yang dijangkiti virus ini telah mati.
Sangkaan virus ini hanya menyerang di wilayah-wilayah China dan tidak akan
merebak ke tempat-tempat lain adalah meleset. Negara-negara yang mula-mula
menerima tempias wabak ini adalah negara yang berjiran dengan China seperti
Korea dan Jepun. Kemudianan virus ini merebak ke rantau Asia Tenggara.
Sehinggaa tulisan ini
ditulis negara di Asia Tenggara yang terjejas teruk daripada jangkitan ini
adalah Indonesia dengan 46,845 kes dan 2500 kematian, Singapura 42,303 kes dan
26 kematian, Filipina dengan 30,682 kes dan 1177 yang mati, Malaysia 8587 kes
dan 121 kematian, Thailand 3151 kes dan 58 kematian. Negara Eropah terawal mula
dijangkiti teruk wabak ini adalah negara Itali dan Sepanyol. Sehingga catatan
ini ditulis lagi Itali mencatatkan 238,720 kes dan 34,657 kematian dan Sepanyol
246,504 kes dan 28,324 kematian. Terkini Amerika Syarikat yang sebelum ini
menyalahkan negara China sebagai punca virus merupakan negara yang paling
tinggi dengan mencatatkan 2,335,860 kes dan 122,132 dan di ikuti United Kingdom 305,289 kes dan
42,647 kematian. Menurut WHO lagi kini seluruh dunia telah mencatatkan lebih
kurang 9 juta kes dan 471 ribu kematian iaitu suatu bencana kehilangan nyawa
yang belum pernah dilihat lagi semenjak Perang Dunia.
Cabaran Seni Budaya
Penularan wabak ini
di seluruh dunia telah memaksa perintah berkurung dikuatkuasakan dan ada
disesetengah negara itu perintah darurat dilakukan. Perintah berkurung ini
menyebabkan kegiatan ekonomi dihentikan, bagi mengelakkan virus ini terus
merebak perintah kawalan pergerakan dilakukan dengan memaksa orang ramai duduk,
berkurung atau dikuarantin di dalam
rumah bagi mematikan rangkaian virus COVID-19 daripada terus tersebar. Orang
ramai digalakkan bekerja dari rumah dan berhubung melalui komunikasi digital,
keluar sekira perlu terutamya membeli barang keperluan makanan dan ubatan.
Disamping itu mereka perlu memakai topeng muka dan menjaga jarak sosial apabila
berada di tempat awam. Ini akan menjadi satu norma atau kebiasaan baru bukan
sahaja masyarakat tetapi kepada karyawan.
Sehubungan dengan itu
sektor seni budaya juga turut terkesan, penutupan gedung-gedung seni dan budaya
seperti muzium seni, galeri-galeri seni, pentas-pentas teater, panggung-panggung
wayang dikebanyakan negara seluruh dunia pada masa ini sedikit sebanyak
meresahkan dan melemaskan para seniman, sasterawan dan budayawan tentang masa
depan mereka kerana ruang-ruang ini adalah pelantar atau jambatan yang
menemukan karya mereka kepada khalayak. Disebabkan oleh situasi ini muzium dan
pusat kebudayaan mula memikirkan strategi lain untuk sampai ke khalayak dan
medium digital menjadi pilihan bagi meneruskan program yang dirancang.
Kini muzium-muzium
utama seperti Louvre Museum di Paris, British Museum di London, Van Gogh
Museum, Amsterdam dan banyak lagi antaranya menawarkan lawatan virtual atau
maya dimana anda tidak perlu meninggalkan kerusi di rumah anda. Lawatan maya
ini adalah simulasi lokasi sedia ada yang terdiri daripada urutan video atau
imej pegun selain menggunakan kesan muzik, naratif dan dan teks.
Melalui pelantar Google Art and Culture pula iaitu sebuah
platform dalam talian yang membolehkan orang orang ramai melihat imej dan video
resolusi tinggi karya seni dan artifak budaya dari organisasi budaya rakan
kongsinya di seluruh dunia khalayak boleh melihat karya-karya dalam koleksi
oleh muzium-muzium besar dengan lebih dekat lagi di rumah sambil minum petang
bersama keluarga.
Sewaktu wabak ini
menular penerbit-penerbit buku turut menawarkan buku buku percuma dalam talian
dimana pembaca hanya perlu memuat turun buku tersebut dalam versi PDF. Malalui
pelantar seperti Scribd, The Open Library, The Internet Archive dan Project
Gutenberg buku-buku elektronik ini boleh dicapai. Bukan itu sahaja malah
melalui Spotify atau Audible iaitu
sebuah platform Amazon, kita boleh mendengar buku audio dalam talian.
Penularan wabak ini bukan
sahaja telah merencatkan ekonomi global malah memberi kesan yang besar terhadap
sektor pelancongan di Asia Tenggara terutamanya kegiatan kesenian dan
kebudayaan yang banyak menjana pendapatan kepada negara-negara di rantau ini.
Pelancongan budaya (culture tourism) yang mempamerkan keindahan, kehalusan dan
kearifan ciptaan seni budaya seperti di muzium-muzium, galeri-galeri seni,
institusi-insitusi seni, sastera dan budaya di nusantara kini turut terjejas
ekoran penularan ini. Seniman, sasterawan dan budayawan tidak terkecuali turut
merasai keperitan dalam mengharungi cabaran ini dalam meneruskan kelangsungan
hidup.
Persoalannya adalah
apa tindakan yang perlu dilakukan oleh seniman, sasterawan dan budayawan terhadap cabaran norma atau budaya baru selepas
Covid-19 ini? Bagaimana pula bentuk masa depan seni, sastera dan budaya dalam
mengharungi pendemik ini agar kesenian dan kebudayaan terus hidup? Pertanyaan
yang paling penting adalah bagaimanakah kehidupan seniman pada hari ini dan
masa akan datang dalam mendepaninya?
Faizal Sidik: Persoalan awal untuk En. Nasir
sebagaimana yang kita maklum hadirnya virus Covid-19 di dalam masyarakat
menuntut seniman terutamanya pelukis mengubah daya cara berfikir dan keupayaan
kreativiti daripada keadaan sebelumnya kepada selepasnya atau pasca. Soalanya
apa tindakanyang perlu dilakukan oleh
pelukis terhadap cabaran norma atau budaya baruini?
Nasir Baharuddin: Terima kasih kerana menjemput saya dalam
perbincangan ini secara virtual ini. Saya rasa ini merupakan sesi yang menarik
dan mencabar dalam situasi kita pada hari ini. Saya juga merasakan tidak kira
siapa sahaja samada pelukis dan apa bidang sekalipun, dimana kemelut yang
berlaku pada hari ini adalah kemelut yang sejagat iaitu manusia hidup dalam
keadaan berhati-hati dan skeptikal. Kita menduduki ruang yang agak skeptikal
dan misteri untuk mendampingi persoalan-persoalan yang agak rapuh pada hari
ini, dimana kita boleh katakan suasana dan sebagainya mengancam kepada
polisi-polisi kita dalam apa bidang sekalipun. Tetapi dalam kehidupan hari ini
kita terus atau terpaksa terus melakukan apa sahaja tindakan yang patut diambil
kerana kelangsungan dalam kehidupan itu perlu ditegakkan, maknanya kita perlu
ada pilihan-pilihan yang tertentu dalam menangani perkara-perkara yang kita
hadapi pada hari ini.
Perkara yang kita
hadapi ini, saya memungkinkan memberi satu era baru dalam keseluruhan sejagat
manusia dimana untuk kita kembali kepada normal mungkin agak sukar sebab kita
tidak tahu keputusannya dan sampai bila dan sebagainya kerana wabak yang
melanda ini adalah wabak yang tidak kelihatan (invisible). Selanjutnya ia
mempunyai satu tindakan yang luar biasa kepada manusia itu sendiri. Kita tidak
tahu kedudukan kita samada kita boleh dijangkiti atau tidak, jadi itu adalah
cabaran yang kita hadapi, tetapi untuk hidup pada hari ini kita perlu teruskan
apa yang kita buat. Cuma cara dan kaedahnya saya rasa telah bertukar dan perlu
kita tukarkan. Kita tidak perlu lagi dan memikir lagi perkara yang tidak pasti,
sekarang ini kita perlu membuat tindakan baru. Jadi untuk golongan seniman dan
sebagainya kita perlu melangkah ke satu ruang yang lebih terbuka, lebih luas
dan kita perlu mengambil kemungkinan ini, cuma bagaimana sebagai satu persoalan
yang penting.
Jika kita lihat
pada hari ini, seni dimana-mana sahaja kini seolah-olah telah disekat, jadi
apabila telah disekat terdapat satu perbincangan dalam apa sahaja segi, dimana
ia mungkin mematikan dari segi kreativiti kita, memudarkan dan melembabkan daya
imaginasi kita dan sebagainya. Tetapi kita haruslah melihat perkara ini secara
positif, jika kita duduk dalam keadaan yang terbeku dan sebagainya kita mungkin
akan terus melanda dengan permasalahan-permasahan yang lebih besar. Oleh itu
kita perlu mencari alternatif atau satu ruang yang lebih memungkinkan kepada
kelunjuran dalam pekerjaan kita ini.
Peranan seni
sebenarnya dalam konteks hari ini perlu juga dilihat dalam konteks bagaimana?.
Sesetengah pendapat, ini adalah masa untuk kita berfikir dan melakukan strategi-strategi
tertentu ataupun membuat satu rombakan dan melihat semula kedudukan seni kita
sendiri dan tidak semestinya samada dalam konteks Nusantara sebab pandemik ini
bukan sahaja bertumpu di daerah Nusantara tetapi seluruh dunia. Perkara yang
diperbincangkan pada hari ini di negara-negara lain juga menghadapi konflik dan
polemik, seperti kita dapat lihat muzium-muzium telah ditutup manakala
program-program telah dibatalkan dan ditangguh. Ini telah merencatkan dari
segikreativiti kita, tetapi kerencatan
aktiviti itu perlu ada alternatifnya dan alternatif inilah perlu dikaji kembali
dan dirancangkan supaya selari dengan keadaan yang dikatakan norma baru tadi.
Saya lihat
persoalan norma baru ini membawa kepada orde baru (new order) iaitu orde baru
kepada keadaan kita pada hari ini. Secara tidak langsung ia secara
perlahan-lahan menukar sistem persekitaran yang ada. Jadi seni memerlukan satu
ekosistem baru dalam kita melanjutkan atau kelestarian daya cipta dan
sebagainya. Pada hari ini jika kita tengok dalam keadaan yang genting ini
mekanisme yang menguasai adalah teknologi, malah kita berjumpa dalam
perbincangn ini adalah dalam konteks teknologi. Perkara ini mungkin akan jadi
berterusan dimana suara-suara dan sebagainya akan dilemparkan dalam media massa
dan seterusnya akan diwacanakan secara lebih terbuka. Jadi ini mungkin satu
kesempatan besar untuk kita melihat dan menilai kembali perkara-perkara yang
perlu kita ambil perhatian.
Jika kita lihat
suasana virus dan sebagainya ini terdapat dua faktor iaitu virus ini menular
dan sistem dalam kehidupan kita perlu ditularkan juga. Jadi peranan iaitu virus
dan viral seolah-olahmenjadi suatu gandingan yang selari di
dalam konteks teknologi pada hari ini. Ia memberi atau membentuk cara media
baru, media komunikasi baru, media perjumpaan baru dan seterusnya hubungan
diantara menusia menjadi lebih dekat tetapi dalam konteks penjarakan sosial
(social distancing). Kita tidak bertemu secara berhadapan tetapi kita bertemu
secara vitual dan mungkin konsep virtual ini menjadi agenda baru dalam
kelangsungan kita melakukan apa sahaja aktiviti. Sekarang ini jika kita lihat
kita ada tetamu dari Indonesia dan mungkin akan datang daripada negara-negara
lain juga terlibat. Permasalahan ini bukan permasalahan satu negara, satu individu
dan satu masyarakat tetapi permasalahan seluruh dunia dimana rasa, perasaan dan
sebagainya kita hadapi perkara yang sama. Oleh itu, para artis dan sebagainya
mungkin kita beralih kepada sistem melihat, iaitu bagaimana kita melihat
sekarang dan apakah mekanismenya?
Pelunjuran daripada
praktikal seni ini saya merasakan perlu diteruskan seperti biasa cuma gaya dan
bentuk mungkin berbeza manakala cara dan olahan berbeda dan cara adaptasi juga
berbeza. Jadi ini satu tindakan baru.
Jika kita tengok apabila kita memasuki sahaja era 2020 tadi, ia membuka kepada
landasan baru kepada semua aktiviti bukan sahaja seni tetapi juga sistem
ekonomi, budaya dan sebagainya. Malah dalam konteks keagamaan kita telahdiperketatkan yang meliputi dalam keseluruhan
kehidupan dan ini adalah persoalan
universal yang perlu kita lihat dan letakkan diri kita dalam kondisi yang
terkini. Kita tidak boleh lari dan kita tidak ada pilihan, kita perlu menerima
dan terlibat dengan situasi ini. Situasi ini sebagaimana yang saya katakan tadi
adalah sangat skeptikal. Kita tidak mengetahui ruang yang bagaimana dan bagaimana
pula mahu keluar, berlindung, serta menonjol. Oleh itu kita perlu lihat kepada
satu peralihan yang berbeza, bagaimana kita merasa dan adaptasi pada perkara
yang kita alami ini dengan cara teliti dan secara tidak langsung memberi satu
budaya hidup baru bagi kita hari ini.
Saya lihat lagi
apabila kita memasuki era ini, seolah-olah ia cuba menanamkan dan membentuk
kepada gerakan pemikiran baru dan gaya budaya baru yang perlu kita reka
sendiri, ini yang saya rasa perlu kita lihat dan perlu kita renungkan kembali.
Dalam pada itu, seni jika kita bincangkan dalam konteks hari ini membawa
beberapa perkara. Adakah seni dalam konteks kita untuk kerja-kerja seni
terhalang? Adakah pendapatan kita bergantung kepada kerja-kerja seni? Itu yang
pertama. Ataupun ada seni yang dikaryakan secara konseptual yang mengetengahkan
isu-isu yang begitu bermakna dan memberi satu menifestasi kehidupan manusia
berganjak dan memberi inspirasi baru. Ini perlukita lihat dan kita perlu membuat beberapa pilihan.
Pilihan ini perlu kita jelaskan tentang apa pilihan kita dan mungkin kita
memerlukan pembuat pilihan (choice provider) tentang pilihan yang perlu kita laksanakan
untuk kita melakukannya. Di sini kita sendiri yang akan menjelaskan apa
sebenarnya, daripada situ mungkin kita perlu cipta secara tidak langsung atau
secara semula jadi perkara itu terjadi atau tercetusnya satu perubahan baru dalam bidang
kita dan lain-lain. Perkara ini saya rasa mungkin kita sebelum ini kita tidak
pernah memikirkannya, tetapi apabila perkara ini terjadi secara tidak langsung ia
memberikan satu tindakan yang agak drastik yang menuntut perubahan yang baru.
Perubahan drastik
ini saya rasa memberi satu transformasi yang besar dan juga satu revolusi
kepada aktiviti-aktiviti kita untuk kita bergerak. Ini tidak bermakna hasil
daripada virus ini kita hanya perlu duduk diam tetapi sebagai orang seni
peranannya besar dengan bukan sahaja hanya membuat kerja-kerja seni tetapi
sebagai seorang pemikir seni boleh dilaksanakan cara-cara bentuk seni itu dalam
memberi peranan kepada kehidupan kita sendiri dan kehidupan masyarakat di
sekeliling. Mungkin kita perlu melihat kemungkinan dan alternatif ini untuk
kita ambil dan bagaimana kita melancarkan pilihan kita tadi supaya ia jadi satu
fragmen baru untuk diketengahkan kepada masyarakat, ini adalah pandangan awal
saya.
Faizal Sidik: Persoalan untuk Dr. Siti Zainon
dalam mewakili suara para sasterawan. Sebagaimana yang kita tahu pendemik ini
menular ke seluruh dunia termasuklah rantau nusa ini dan sedikit sebanyak
menyekat aktiviti sastera sampai ke khalayak.Soalanya apa mekanisme yang perlu dilakukan oleh sasterawan-sasterawan
terhadap kebiasaan baru ini dan adakah mereka bersedia?
Dr. Siti Zainon Ismail: Assalamualaikum dan selamat sejahtera, terima
kasih daripada perbicaraan yang kita harapkan ini iaitu dengan terjadinya
peristiwa Covid-19 ini. Saya kira tidak banyak perbezaan dari segi konsepnya,
seniman samada pelukis, penyair, aktor, pelakon dan sebagainya bertolak dari
jatidiri, jiwa, perasaan dan pemikiran. Jadi di sini kita melihat peristiwa
yang tak terduga dan tuhan maha adil, ia tidak berlaku disatu tempat yang
bermula dari China dan merebak diseluruh dunia. Musibah begini juga mungkin
bentuk sahaja berbeza sedangkan bentuk musibah ini telah berlaku beratus tahun
yang lalu. Jika kita membuka kitab-kitab lama seperti Injil, Taurat apa lagi
Al-Quran banyak menceritakan hal-hal musibah besar dan mengapa ia terjadi. Kita
tidak membincangkan dari sudut agama di sini tetapi yang penting adalah
kemanusiaan.
Kita ditakdir
dari kelompok yang ada ini termasuklah yang dari Jakarta iaitu seniman dan
aktivis Irwan dan juga saudara Nasir. Kalau kita kembali kepada definisi dari
konsep budaya yang dikatakan norma sudah ada kefahamannya dari sudut tradisi,
daripada bahasa lama yang telah kita lupakan ialah perubahan dan resam budaya
yang berubah. Jadi jika kita gunakan dari segi sejarah sosial budaya dalam
kajian budaya Melayu warisan kita katakannya sebagai resam, perubahan yang
terjadi jelas sekali dimana kita perlu berkurung. Saya ada pengalaman sendiri
sewaktu peristiwa 13 Mei (1969) dimana saya pernah terkurung, waktu kejadian
itu saya tidak mengetahui tentangnya, tidak seperti pada hari ini maklumat dan
publisiti sangat mudah agar kita berada di rumah. Saya pada masa itu berada di Kedai
Seni Lukis Nanyang yang terletak di Jalan Petaling untuk membeli perkakas
lukisan dan pada malamnya barulah saya mengetahui terdapat sekatan-sekatan.
Jadi bila saya sampai sahaja di rumah telah ada pengawasan yang membuat saya
terkenang dengan peristiwa itu sebagaimana Covid-19 ini yang lebih merbahaya
yang menyerang kehidupan yang tidak terduga.
Berbalik kepada
permasalahan tadi ialah bagaimana kita dapat meneruskan kerja-kerja kita itu,
di sini kita melihat betapa perlunya, kita tidak keluar dan tinggal di rumah.
Kita mungkin bernasib baik jika berada di studio kerana ada dikalangan
teman-teman kita yang pulang ke kampung yang tidak membawa alat-alat lukisan
dengan hanya pulang ke rumah kerana melawat emak yang tidak sihat tetapi
malamnya baru diberitahu tidak boleh berada di luar rumah. Begitu juga dengan
saya perkakasan saya yang ada pada masa itu adalah pastel, pensil warna dan
buku lakaran namun masih boleh lagi bekerja. Di sini samada penulis dan penyair
mereka semakin hebat kerana adanya komunikasi, semuanya keluar dengan
sajak-sajak, baca puisi dan hubungan masih juga dekat dalam menyampaikan
keluhan hati samada marah, kecewa. Bagi saya ini adalah konsep menenangkan
diri, sungguhpun berkocak di dalam tetapi tidak diketahui orang di luarnya,
umpama kita menangis.
Di dalam
penulisan samada dialog-dialog, perbincangan-perbincangan terus kita lakukan
samada di dalam facebook dan sebagainya. Saya melihat dari sudut pendidik dan
dari situ juga saya dapati guru-guru telah menanamkan cara pendidikan itu. Ibu
bapa juga saya dapati jika dikalangan mereka ahli olahraga juga mengajarkan
sistem olahraga semasa berada di rumah. Berbalik kepada karya seni tanpa
perubahan dan tanpa kekecewaan saya kira hati kita agak mati, gelora hati
seniman adalah dengan masalah-masalah begini. Di dalam sesi ini kita ada wakil
generasi muda daripada Jakarta, saya buat pertama kali berpameran di Taman
Ismail Marzuki pada tahun 1974. Sewaktu itu masih ada lagi angkatan-angkatan
lama yang terdiri daripada seniman, penyair dimana mahasiswa-mahasiswa pada
masa itu mempunyai semangat anti penjajahan Jepun dengan memakai jaket kuning
untuk memprotes. Pada masa ini sajak-sajak keluar secara spontan oleh Rendra
misalnya, saya juga hampir ditarik oleh tentera untuk dimasukkan ke dalam trak.
Situasi yang kita
lalui pada hari ini juga pernah dilalui sebelumnya yang membuatkan seniman lebih
kreatif. Guru saya umpamanya kadang-kadang beliau berasa sedih, sunyi tidak
datang ke Jogja, kadangkala kami sering berjumpa di pohon randu berhadapan
denganAkademi Seni Rupa Indonesia
(ASRI) yang merupakan sekolah seni saya dahulu bahawa sekeping tempe dan
sekeping tauhu kami berkongsi tetapi perasaan membuak dan pada keesokannya
apabila kami berjumpa kembalimereka
hadir dengankarya-karya di depan Alur-alur
atau Mali-boro. Mungkin pengalaman ini telah berlaku hampir puluh tahun yang lalu semasa saya berada di
Jogja. Apabila berada di sini, bagi saya ini adalah peranan anak muda untuk
mengulanginya, saya adalah generasi 70 anjunior kepada Latif Mohiden, A. Ghafar Ibrahim (AGI) dimana mereka terus
aktif, kita masih menunggu karya Latif (Mohiden) semasa Covid-19 yang mungkin
semakin hebat lagi. Tetapi AGI umpamanya sajaknya kini setelah sepuluh tahun walaupun
kegiatan melukisnya agak merudum tetapi kini kembali aktif sajaknya dalam
situasi penularan virus corona ini itulah karya beliau yang saya lihat dengan
ledakan warna dan garisan-garisan corona.
Jadi di sini jika
merujuk surah Al-Baqarah umpamanya cerita orang Yahudi diberi kepercayaan untuk
mempercayai tuhan dimana mereka menjawab “Tunjukilah siapa tuhanmu itu”.
Kemudian jika melihat dalam zaman Nabi Musa, Nabi Ibrahim. Di sini walaupun ada
masalah-masalah lahir dari dorongan-dorongan jiwa, mental menjadikan kita lebih
positif. Alhamdulillah kita di Malaysia ini kita bergabung juga dengan persatuan-persatuan
seperti penulis, penyair hadir dengan membuat acara puisi melalui model yang
begini termasuklah dengan peglibatan antarabangsa, sajak-sajak seperti dari
India mengalir dari Acheh ke Jakarta. Sebelum ini mungkin ada bacaan puisi
ditempat-tempat begini yang kita hadir tetapi dengan berlakunya Covid-19 ini
mereka terus aktif berkarya. Cuma bagaimanakah karya itu mantap, bagai saya
kita masih lagi masih tahap proses.
Saya juga
tertarik dengan pasangan muda ini anda mengkaji tentang sejarah, Hang Nadim,
Hang Tuah dan sebagainya dan inilah yang dilakukan oleh resah manusia, resah
anak muda tentang sejarah-sejarah lampau yang dapat saya lihat dalam karya
Irwan. Kesukaran beliau mendatangi Singapura yang membawa protes dirinya
misalan adalah satu kreativiti rangsangan terhadap kepedihan, akhir sekali
dikatakan beliau ingin menyamar untuk masuk ke negara itu. Di Malaysia juga
kita mempunyai pelukis-pelukis sebegini sungguhpun ada perbezaan namun roh kita
tetap mencari dan karya seni adalah untuk menyampaikan kedamaian kerana kita telah
sengsara. Jadi ini adalah satu kesengasaraan yang telah diuji oleh tuhan.
Masakan kita memarahi tuhan tika kita diuji sebegini, sudah tentu ada pelapis
dan pendamainya.
Kadangkala kita
rasa bingung juga kerana tidak boleh ke masjid, suara azan tidak boleh
kedengaran lagi. Tetapi azan pada hari ini bergema di Sepanyol, Jerman dimana
mereka ingin berdoa dan berkongsi dengan suara azan. Malah telah ada satu
eksperimen dari sudut saintifik mereka melihat satu kajian apabila suara azan
digemakan terdapat garisan cahaya yang berbentuk lurus namun apabila lagu-lagu
irama keras (rock) dimainkan terdapat kacau bilau di situ. Mereka menemui
kaedah saintifik ini dengan melihat bagaimana gema perasaan itu, inilah yang
terjadi dengan kita. Saya belum membuat kajian lagi karya lukisan namun
anak-anak muda telah menampilkan karya-karya yang kita boleh lihat tetapi
karya-karya yang lebih senior saya masih dapat melihatnya lagi.
Kita mengalami
masalah yang sama, ini adalah sejarah pemikiran lama berulang lagi dan kita menjawab
dalam bentuk yang berbeza. Bagi anak muda yang belum mengalami Perang Dunia
Pertama dan Perang Dunia Kedua mungkin tidak mendengar cerita ini. Saya sempat
mendengar cerita makan ubi kayu misalnya, tetapi di Kuala Lumpur tiada lagi
sebegini, menabur benih cili padi umpamana ada seorang Profesor itu berkebun
dan meninggalkan bukunya hanya untuk melepaskan kebingungan, tetapi bila
ditanya melalui masej, ayat-ayat dikaji keluar semula mungkin ditampilkan
semula. Ini merupakan satu transisi bagaimanakah seniman menenagkan perasaannya
yang kacau bilau ini, malah saya kira mereka lebih produktif, cuma bentuknya
saya masih belum melihat lagi. Mungkin kita akan lihat bagaimana karya Latif
Mohiden, Ismail Abdullah, sepupu saya Muliyadi (Mahmood) rakan saya Kadirsman
di Jogja dan bagaimanakah karya-karya mereka. Puisi telah kita lihat manakala cerpen
telah kita baca. InsyaAllah saya melihat disiplin ini sebagai masalah resam
budaya kita berubah tetapi sudah ada persamaannya juga dimana dahulu zaman 50
an, 60 an waktu Maghrib kita mesti pulang ke rumah tetapi sekarang kita
berkumpul di rumah dan resam budaya lama itu menjadi baru di dalam suasana ini.
Oleh kerana itulah saya gunakan resam, dalam budaya Melayu kita ada peribahasa
‘Resmi padi makin berbuah makin berunduk’ yang tunduk dan elakkanlah ‘Resmi lalang’
atau ‘Resam lalang’.
Jadi kita berada
dalam resam baru tetapi ada unsur-unsurnya yang menerangi resam lama kita
diikat dilarang keluar rumah beerti ayah juga telah menjadi imam di rumahi. Ini
adalah resam atau budaya lama yang tidak terfikir pula kita. Budaya lama yang
telah hilang itu kini menjadi baru. InsaAllah kita akan melihat karyanya nanti
dan satu teori baru akan lahir dalam proses perubahan norma ini.
Faizal Sidik: Sehingga kini jumlah hampir 500 orang
yang terkorban di Jakarta akibat dijangkitidaripada 1,200 di seluruh Indonesia yang meninggal. Boleh saya tahu apa
yang Irwan lakukan sepanjang perintah berkurung (lockdown) ? Kedua, Irwan
Ahmett dan Tita Salinamerupakan
praktis seni dan perupa yang aktif di rantau ini dalam mengetengahkanisu-isu perbandaran dan geopolitik yang pasti melibatkan ruang
publik dan masyarakat.Bagaimana
penularan covid-19 ini mengubah tindakan anda dalam berkarya?
Irwan Ahmett: Terima kasih dan Assalamualikum. Terima kasih juga
kepada Pak Nasir dan Ibu Siti Zainon Ismail serta Faizal sudi menjemput ke
program ini. Ya, saya tinggal di Jakarta dan merupakan episentrum (pusat tular) Covid-19 di Indonesia, kes pertama secara
rasmi dikeluarkan oleh negara dari Jakarta. Situasinya sangat cepat (pantas),
kami telah berada dirumah selama lebih kurang 2 bulan. Hal yang nyaman buat
kami ketika berada di rumah adalah dengan mengerjakan hal-hal sebelum ini yang
tertunda seperti pekerjaan-pekerjaan domestik. Tetapi hal yang membuat kami
tertekan adalah hampir setiap hari pembesar suara dari masjid itu mengumumkan
berita duka, bahkan pernah satu hari sampai lima kali ada orang yang mati. Jadi
saya rasa jumlah orang yang mati dari angka yang ada pada pemerintah dan data
yang sebenarnya jauh lebih besar kerana dilingkungan saya sendiri pasti ada
yang meninggal.
Situasi ini membuat kami cukup reflektif,
mencuba tetap untuk produktif sebagai seorang seniman untuk membuat karya
tetapi sulit sekali kerana tidak menemukan motivasi kerana ada krisis yang
berada dalam realiti di hadapan yang tidak bisa kami lihat secara fizik kerana
kami hanya tinggal di rumah. Dua minggu pertama saya dan Tita mengalami
kemurungan dimana kami mengalami miss
situasi (rindu keadaan) sebelumnya dan membuat kami menjadi pemarah kerana
kami seperti di penjara di dalam rumah kerana tidak bisa kemana-mana. Situasi
ini membuat kami marah dan kami menghasilkan satu video yang berdurasi satu
minit yang berkisar perasaan marah dan ditularkan ke media sosial. Tetapi setelah
fasa ekspresi untuk emosi fasa berikutnya pula adalah adaptasi, apa yang
mengejutkan adalah fasa adaptasi ini begitu pantas dimana saya mula memasak
makan dan melakukan hal-hal yang bersifat masih selesa dilakukan di ruang
rumah.
Ini termasuklah platform pertemuan bersemuka
secara dalam talian berubah dengan pantas dimana kami telah memasuki kebiasaan
yang baru. Namun situasi ini membantutkan pergerakan kami kerana misalnya
kerja-kerja seni kami yang sedang dibuat terpaksa dihentikan. Kami juga agak kecewa
dengan sistem negara yang tidak menyalurkan informasi dengan telus kepada
masyarakat disamping itu juga ini merupakan akibat suasana yang telah dilakukan
beberapa tahun sebelumnya. Misalannya persoalan perbatasan ataupun intervensi(campur tangan) daripada pertubuhan Asean
yang sangat lemah kerana tidak kelihatan koloborasi negara-negara di Asia
Tenggara untuk memberikan satu aksi yang nyata (tindakan) dalam membantu
mengatasi Covid-19 untuk masyarakat. Semua
negara hanya ingin menyelamatkan negara masing-masing dan menutup sempadan
dengan ketat.
Namun kita
berhadapan dengan makhluk yang tidak terlihat dan boleh masuk, jika kita lihat
dalam situasi sekarang tidak ada satu negara di Asia Tenggara dengan kekuatan
ketenteraan, pengawasan tetapi virus masih boleh masuk.Perkara ini kita boleh lihat pada negara
Singapura misalnya sistem kawalan sempadan mereka begitu ketat dimana mereka
mempunyai sistem kawalan keselamatan yang terkini di Asia Tenggara namun angka
jangkitan kes masih juga besar. Namun jika kita bandingkan dengan Vietnam iaitu
negara dari segi ekonomi dan strukturnya lebih jauh di bawah Singapura dalam
mengatasi persoalan Covid-19 mereka lebih ke depan. Jadi terdapat dinamika yang
berbeda dengan Covid-19 ini dimana pola permainan (changing the game) telah
berubah, perkara ini perlu diberi perhatian sekarang ini.
Kami cuba membuat
karya baru berinspirasi daripada Covid-19 ini, sungguhpun situasi yang ada
sekarang sulit bagi seniman kerana tidak ada dokongan yang baik daripada
pemerintah terutamya seniman pertunjukan pentas seperti teater dimana mereka hidup
dari hari ke hari tanpa ada pementasan dan aktiviti. Seniman bukan sahaja
pengkarya seni visual, teater atau seni laku malahan pemain bola sepak juga
begitu, setiap minggu mereka perlu bermain dalam kondisi persembahan terbaik
dari segi teknik dan imaginasi permainan yang bagus tetapi pula terpaksa
direhatkan, tubuh mereka kini tidak seaktif sebelum penularan wabak. Kita juga
kehilangan rasa untuk melihat seni kerana hanya berada di depan skrin kerana
kita sebelum ini tumbuh besar dan mempunyai pengalaman kompleks berkenaan
dengan ruang, warna, dimensi. Skrin mempunyai banyak keterbatasan walaupun bagi
saya secara peribadi sukar untuk melihat karya seni melalui atau pertunjukan
skrin.
Jika kita ingin
kembali dan bayangkan sebagai warganegara dan sebagai individu bahawa kita
lihat struktur masyarakat sekarang kita perlu memberi keutamaan kepada
pelanggan iaitu sains dengan sistem kesihatan yang terbaik, tanpa ada sains
kesihatan situasi kita tidak banyak berubah. Jika kita melihat dari kes
HIV/AIDS sejak tahun 80 an sehingga hari ini kita masih belum menemui ubatnya,
saya juga agak skeptik seperti juga dengan pembicara pertama dimana Covid-19
tidak akan hilang dalam kehidupan seharian kita. Perkara ini cukup menyukarkan
kerana banyak aktiviti seni yang sudah menjadi tidak relevan dengan norma
baharu untuk mengadaptasi seni dengan kondisi kesihatan. Seandainya situasi ini
hanya akan berlalu setahun atau dua tahun sahaja, usaha untuk pulih semula
mungkin ada, tetapi jika ia mengambil masa satu dekad maka sistem pendidikan,
sistem pola berpameran, sistem ekspresi dan apresiasi daripada masyarakat itu
terpaksa membina sistem yang baru.
Saya lebih setuju
untuk berfikir agak skeptikal kerana generasi kita sekarang yang tidak bisa
mengatasi Covid-19 kerana ia belum lagi dapat diselesaikan oleh sains untuk
mempersiap pelan seterusnya bagi menghadapi penularan wabak yang akan datang. Apa
yang akan perlu selepas Covid-19 dan seterusnya kerana generasi selepasnya ini
sangat berbeda dengan apa yang kita alami sekarang, generasi pada hari ini
tidak banyak mengalami ruang fizikal kerana mereka mengalami penjarakan sosial.
Walaupun begitu generasi akan datang tetap mempunyai capaian terhadap seni
dengan bukan dengan kualiti yang terbaik. Saya setuju juga dengan Ibu Siti
Zainon bahawa dalam situasi krisis seni kadangkala lebih jujur dan pada masa
ini banyak ekspresi dan bentuk artikulasi (penyuaraan) seni yang merakam
situasi semasa dan akan datang ini sehingga ia menjadi dokumentasi. Pertanyaan
saya adalah seberapa jauh kita kuat dan seberapa jauh kita tetap relevan?
Terakhir, saya
inginpengalaman saya di Jepun pada
tahun 2014 dimana mereka berhadapan dengan isu radiasi setelah terbocornya
reaktor nuklear Fukushima. Mereka juga menghadapi suatu yang tidak terlihat iaitu
atom, sewaktu itu seniman terbahagi kepada dua. Pertama, mereka berhenti sepenuhnya
menjadi seniman, kerana seni sudah tidak relevan lagi dangan situasi masyarakat
di sana. Kedua, seniman berubah praktis dimana untuk menyesuaikan tuntutan
kondisi yangekstrim di Fukushima. Saya
fikir daripada melihat pengalaman tersebut setidak-tidaknya di Jakarta dan
mungkin juga di dunia akan mengarahkan terhadap dua pilihan itu. Seniman
berhenti kerana tidak ada sistem yang menampung, menyokong dan memperkuat
(sustain) terhadap karya seni yang tidak relevan dan sulit dilakukan atau
pilihan kedua seniman perlu berubah. Ini adalah kerana tiada yang mengetahui
untuk kita belajar sambil mencuba, seolah kita semua seperti belajar untuk
belayar.
Faizal Sidik: Berbalik semula kepada En. Nasir,
sebagaimana yang kita tahu vaksin atau ubat penyakit ini belum ditemui lagi,
pada pandangan anda ekoran daripada krisisini apakah jangkaan anda terhadap bentuk seni di masa hadapan yang
bagaimanakah yang akan mendominasi atau yang akan timbul atau bangkit dalam
kita mengharungi pendemik ini?
Nasir Baharuddin: Baik, untuk meneruskan perbincangan kita, pada
awalnya kita perlu melihat dalam konteks pada hari ini bahawa semua perkara
telah berubah. Ini bermakna resam kita juga telah menjadi resam yang baru, kita
boleh meneruskan apa sahaja karya yang kita rasakan tetapi dari segi audiennya
telah bertukar ganti. Audien ini melibatkan kepada satu proses berbeza dari
segi pengolahan produksi itu sendiri. Jadi kalau kita lihat dengan adanya
Covid-19 ini tadi seolah-olah ia memberi tahu kepada kita perkara yang telah
kita lalui itu seolahnya satu benda yang perlu diganti dengan yang baru kerana
sistem teknologi pada hari ini telah menguasai sebahagian apa yang kita
bincangkan iaitu virus dan sebagainya. Ini adalah suatu benda baru, virus ini
pula ia merupakan suatu benda yang misteri dan tidak pernah diduga oleh manusia
dan merupakan satu lapangan yang perlu kita fikirkan.
Konsep kuarantin,
penjarakan sosial dan sebagainya menuntut kita untuk menilai kendiri (self
evualition) iaitu tentang jarak diantara kita dengan keadaan pada hari ini.
Cuma pada hari ini kita lazimnya mengikut budaya yang sedia ada tetapi untuk
esok kebudayaan itu bukan lagi kelaziman. Tetapi bagi kita pula kita masih lagi
mengalami kerana kita duduk dalam lingkungan umur dan sebagainya dalam konteks
sebegini. Namun apa yang kita tekankan adalah kepada generasi baru iaitu B20
bukan B40, perkara yang perlu disusun sekarang ini adalah audien-audien kepada
B20 itu tadi.Oleh yang demikian segala
gelagat dan sebagainya perlu memenuhi kepada persoalan-persoalan B20 perlu kita
hasilkan. Ini adalah realiti, kita boleh berkarya dengan apa sekalipun tetapi
realitinya kita ada audien samada lama dan yang baru.
Audien yang baru
menggunakan bahasa yang baru, kita masih lagi menggunakan budaya dan bahasa
yang kita fahami dan percayai. Tetapi untuk generasi baru mereka mempunyai
bahasa mereka sendiri, mungkin bahasa visual mereka berbeza dengan bahasa
visual kita. Malah teks juga telah menjadi interteks yang pelbagai, iaitu menjadi
lebih relevan dan cara persembahan karya dan sebagainya. Hari ini seniman
atauseni dan seniman itu suatu perkara yang menimbulkan persoalan,
sebab apa yang menghasil kerja-kerja seni itu tadi tercetus dari berbagai-bagai
idea daripada berbagai-bagai orang, manusia dan daripada pelbagai peringkat
umur dalam menghasilkan karya. Ia bukan lagi menjurus kepada tanggapan seni itu
dihasilkan oleh seniman dan hanya dilakukan oleh orang-orang sebegini. Tetapi
pada hari ini yang difahami oleh generasi yang baru itu tadi. Bagi mereka apa
sahaja idea yang dirasakan relevan pada persoalan yang wujud secara realiti
(real) itu merupakan suatu benda yang penting kepada mereka.
Bagi kita
(ganerasi lama) mungkin kita ada sistem kita, seni pada hari ini perlu berubah
mengikut ekosistem. Kita perlu lihat secara relevensinya itu bagaimana dan pada
siapa yang harus kita tujukan, mungkin kita pada hari ini merasakan melihat
kepada kolektor-kolektor yang ada tetapi peranan kolektor pula pada masa yang
akan datang mungkin berbeza. Cara kolektor juga mungkin berbeza, ia bukan lagi
himpun (collect) tetapi suka (like), Bagi yang ‘like’ ini tadi akan menjadi
cara baru untuk dilanggan (subcribe) dimana pendapatan-pendapatan itu berlaku.
Oleh itu pada hari ini kita perlu lihat dari segi realiti, maksudnya di sini
adakah realiti itu sendiri bermaksudkan kelangsungan (survival) atau untuk kita
anggap sebagai difungsikan dalam konteks makna dan sebagainya.
Di sini kita
mempunyai pilihan-pilihan untuk dijelaskan, mungkin orang buat seni kerana
mereka mempunyai gaji tetap dan sebagainya dan dapat meneruskan pekerjaan itu.
Bagi yang kerja mereka bergantung hanya kepada kerja-kerja seni sebagaimana
yang disuarakan oleh Pak Irwan ia memberikan satu tekanan hebat dalam konteks
lapangan itu sendiri. Dari segi ekspresi dan sebagainya jika kita merasakan
kita ini hebat dan kemana perlu dibawa. Muzium dan galeri kini tidak berfungsi
kerana terpaksa bergantung hanya secara dalam talian. Seolah-olah secara tidak
langsung fungsi siber telah menukar persoalan-persoalan kehidupan kita pada
hari ini. Cuma rujukan kita masih lagi merujuk kepada kehidupan kita mengikut
dengan norma lama.
Selepas sahaja
perkara ini berlaku seperti yang diperbincangkan, penularan wabak ini tidak ada
tarikh tamat dan oleh yang demikian pada setiap hari kita memerlukan penilaian
kendiri dimana kondisi kita, apa yang kita perlu lakukan, tindakan kita
seterusnya, seni dalam konteks yang bagaimana. Adakah kita berkosepkan hanya
pada satu fungsi dalam konteks kelangsungan hidup, malah jika untuk kelangsungan
hidup kita perlu cari jalan untuk atasi atau bertukar bentuk. Dalam konteks
seni juga ia bukan lagi terhad kepada sesuatu benda, mungkin sebelum ini seni
kontemporari mereka membuat karya instalasi, video dan sebagainya tetapi pada
hari ini kita terpaksa membuat seni dalam bentuk kraf. Jadi sudah tidak ada
diskriminasi dalam seni itu lagi, selagi ada fungsi dan maknanya, bagaimana ia
berfungsi kepada suatu keadaan dan sebagainya bagi kelangsung tersebut.
Perkara ini
serentak berlaku diseluruh dunia, keluhan yang kita alami ini berlaku juga
keluhan ditempat lain di dunia ini. Jika kita membuat tinjauan di dalam
internet seniman bercakap perkara yang sama tentang hal ini dimana mereka tidak
menyangka perkara ini akan berlaku. Ini memerlukan lonjakan dari segi budaya
fikir tetapi yang bersesuaian pada hari ini kita perlu platformkan dimana
jurang ini adalah satu jurang besar iaitu dimasa akan datang bergantung kepada
generasi baru sebab wabak ini akan menyerang generasi lama yang sistem imun mereka kurang. Namun kebanyakan
yang muda-muda boleh bertahan lama, ini yang perlu kita lihat. Benar, dari segi
panjang pendek umur seseorang itu Allah yang menentukan tetapi
walaubagaimanapun keadaan itu sendiri telah memberi satu pembayang kepada kita
untuk kita lebih berhati-hati.
Jadi sistem
kelangsungan kita telah menjadi satu idea baru yang perlu kita terap dan atasi seperti yang saya katakan diawal
tadi kita perlu melakukan sistem melihat dan merasa serta bagaimana kita
mengubah imaginasi kita. Dahulu imaginasi kita agak nyata (tangible) dengan
sentuhan dimana kita boleh merasa dan sebagainya tetapi pada hari ini imaginasi
kita berhadapan dengan antara muka (interface) dengan teknologi dan siber. Ia
amat berbeza mungkin Facebook dan Instagram sebagai satu galeri, di London,
Paris dan tempat-tempat lain galeri ditutup tetapi ada satu agensi yang
menyuarakan satu pandangan dengan membuat galeri papan iklan (billboard) yang dipaparkan kepada masyarakat. Perihal ini
adalah kerana pameran-pameran yang telah dirancang terpaksa ditangguhkan dan
dibatalkan, tetapi untuk meneruskan semula pameran-pameran ini disiarkan di dalam
laman web, didigitalkan dan di dalam taliankan secara terbuka dijalanan (on the
street).
Jika kita lihat
daripada sini tindak balas juga telah berbeza dan bukan lagi tindak tanduk
seperti dahulu, peminatnya juga telah berbeza, dahulu peminatnya hanya
orang-orang tertentu sahaja yang minat kepada galeri akan pergi ke galeri seni.
Pada hari ini semua orang akan melihat perkara ini iaitu yang tidak tahu
menjadi tahu, yang tidak reponsif kepada responsif. Hasil daripada polimek yang
berlaku tadi telah memberi kepada rahmat yang besar juga kepada semua pihak.
Jadi bagi saya kita perlu membuat penilaian baru tentang bagaimanakah kedudukan
kita. Sebagaimana seperti yang telah disuarakan seni mungkin sudah tidak
relevan pada hari ini dengan cara seperti dahulu. Pada masa yang akan datang ia
akan menjadi suatu yang lain, apa yang kita lakukan adalah perkara yang sama
tetapi dengan kaedah yang lain, kita terpaksa bertukar. Dahulu kita bertukar
daripada telefon bimbit kepada telefon pintar, dimana kita mempercayai bahawa telefon
bimbit adalah penciptaan yang paling hebat pada masa itu tetapi secara perlahan-lahan
penciptaan telefon pintar lebih hebat mengatasinya.
Sistem kepintaran
buatan (artificial intelligence) atau AItelah menguasai kehidupan kita pada hari ini, kita mungkin tidak dapat
merasainya. Proses ini saya rasakan bukan suatu proses yang singkat, ia
membentuk kepada perubahan budaya dan merekabentuk budaya baru. Mungkin ada
tesis baru tentang perkara ini yang telah direka, kita mengalami berbagai-bagai
peristiwa tetapi Covid-19 ini saya rasa sebagai cabaran baru kerana kita
berperang dengan suatu yang tanpa dilihat. Contohnya penyakit Aids atau HIV
penemuan itu berlaku melalui perhubungan antara manusia dan manusia tetapi Covid-19
ini masih menjadi misteri, sukar dijangkau dan virus ini berada dimana-mana.
Ada kes yang ada pembawa dan ada sesetengah kes tiada pembawa, jika kita
melihat laporan yang dikeluarkan ada kes yang tidak dapat dikesan bagaimana
puncanya. Ini adalah perkara baru dan bukan perkara yang rutin. Bagi kehidupan manusia
saya rasa adalah suatu perubahan yang agak drastik.
Perubahan kepada
2020 itu telah membina satu jurang dimana untuk menukar cara hidup manusia kepada
suatu yang lebih interaktif menjadi terasing (isolated). Keterasinagn ini
ditemukan dengan cara virtual untuk menyambung jangka manusia, mungkin bagi kita
ini agak jauh tetapi generasi baru bagi mereka pula perkara ini amat dekat. Ini
bersesuaian dengan permainan yang mereka rancang, bagi kita ini mungkin bukan
suatu kebiasaan tetapi bagi generasi baru merupakan suatu mainan yang biasa
kepada mereka. Jadi perkara inilah yang perlu kita lihat kembali iaitu ada dua
suasana yang perlu kita hadapai pada hari ini. Suasana masa depan yang dibina
oleh sistem kehidupan kita yang dilazimi atau mengikut resam yang dibuat dan
satu suasana yang melonjak kepada perubahan kehidupan dengan adanya teknologi
membentuk manusia kepada cara fikir, olahan dan adaptasi baru.
Jadi saya merasakan
ini adalah suatu perkara yang perlu diambil berat dan difikirkan yang memerlukan
satu strategi baru yang bukan kita sahaja kita tetapi seluruh dunia sedang
memikirkan apa yang perlu dibuat pada hari ini. Dalam hal untuk memikirkannya
ia perlu terdedah kepada wabak yang kita hadapi hari ini, contohnya ada
beberapa kurator daripada Itali meninggal semasa Covid-19 kerana dikatakan
dijangkiti selepas balik daripada membuat pameran amal. Signifikan yang kita
dapat mungkin kita perlu redha terhadap apa yang berlaku dan melihat kembali
peranan kita iaitu bagaimana kita menempatkan diri kita pada suasana pada hari
ini, dimana kita mempunyai suatu ruang yang dikatakan ruang bebas tetapi
terbatas. Desakan-desakan rohani kepada kesenian begitu tinggi tetapi disebabkan
oleh ruang yang terbatas itu tadi kita rasa agak terkawal. Mungkin perlu kita
ubah (tuned down) dalam masa tiga bulan itu tadi bagaimana kita perlu menyesuaikan
kepada persekitaran baru itu tadi.
Persekitaran lama
ini saya rasa sudah tidak boleh dilakukan apa-apa lagi (obselite) dimana kita takut-takut
untuk berada diluar rumah seperti yang dikatakan oleh Pak Irwan dimana setiap
hari laungan azan di masjid mengumumkan kematian dari masa ke semasa. Mungkin
ini adalah satu fenomena yang sukar untuk dilihat sebelumnya tetapi kini telah
wujud. Dulu kita hanya melaungkan azan sahaja tetapi kini tentang kematian,
fungsi masjid dan surau kini telah berubah lain. Kita mungkin merasakan hanya
muzium dan galeri sahaja yang tutup tetapi masjid dan surau juga terpaksa
ditutup. Ini adalah perkara yang perlu kita ambil perhatian dan secara tidak
langsung apa yang boleh saya katakan adalah cabaran hari ini menganggu kepada
sistem kelangsungan kita dan apabila terdapat gangguan kepada sistem
kelangsungan itu tadi kita perlu ada satu tindakan baru iaitu bergantung kepada
setiap orang. Misalnya ada pelukis yang dahulunya menghasikan catan kini
melukis komik, isu yang sama tetapi pengolahan yang berbeza dimana dari sini
beliau mendapat satu reaksi yang lebih besar daripada apa yang beliau lakukan
sebelum ini.
Kita perlu
melihat perkara ini daam pelbagai kaedah dengan cara yang lebih positif dan
hasil daripada kuarantin ini juga artis dapat fikir dengan mendalam lagi
peranan mereka sebagai seniman dengan melihat diri dan persekitaran dengan cara
yang lebih kepada realiti. Realiti yang dimaksudkan ini dimana cara penyampaian
telah bertukar kepada pelbagai kaedah. Jika kita lihat pada hari ini teknologi
telah memusingkan keadaan pada satu kitaran baru. Jika dahulunya kita tidak
pernah berjumpa dengan cara yang sebegini, bagi saya ini adalah suatu yang
istimewa dimana kita dapat menukar pemikiran di sempadan yang berbeza, jauh dan
sebagainya tetapi kita mempunyai misi yang sama untuk dizahirkan. Cuma
bergantung apa yang ingin kita hasilkan. Inilah yang saya dapat lihat cuma hari
ini pelukis perlu membuat satu fasa baru untuk memikirkan strategi baru dan
sebagainya. Perlu ada satu plot kehidupan seni yang baru.
Kalau kita lihat
seni filem dan sebagainya pengambaraan tidak boleh dilakukan tetapi ada juga
mereka yang masih boleh bertahan dengan melakukan pengambaran dengan cara yang
berbeza, iaitu ada cara yang menyeluruh dan ada cara yang terpencil. Saya
nampak akan datang membentuk kepada kemungkinan-kemungkinan idea yang baru.
Kita tidak boleh lagi bersikap atau melihat kepada suasana kita lazim fikirkan,
hari ini bukan satu benda yang lazim, kita perlu tukar cara pendekatan. Tetapi
sifatnya kekal dimana kita sebagai seorang manusia berkehendakan kepada perkara
yang baik perlu dikekalkan dalam konteks budaya kita. Tetapi dalam untuk
meneruskan kelestarian dalam lanskap seni yang bagaimana kita perlu bangunkan?.
Perihalan ini perlu kita fikirkan bersama, perbincangan seperti ini perlulah
dilaksanakan dari masa ke semasa kerana mungkin ada perkara yang luar biasa
yang akan keluar menyingkap kepada suasana yang tidak diduga.
Hari ini walaupun
keadaan agak muram, tekanan dan sebagainya, perkara yang kita fikirkan ini
perlulah kita raikan bersama. Jika kita anggap situasi ini sebagai suatu yang
sukar mungkin ia akan membawa kepada penyakit yang lain sebab sistem imunisasi
kita tidaklah begitu kuat. Jadi kita perlu raikan yang lemah juga adalah
pemenang (the worst also the winner) seperti mana yang dimaklumkan oleh Dr Siti
Zainon tadi tentang peperangan sebelumnya bahawa manusia bergelut untuk
meneruskan kelangsungan hidup. Inilah yang perlu kita lihat cuma ini adalah
peperangan dunia baru (new war world). Manusia ini berhadapan dengan musuh yang
tidak nampak, siapakah yang mencipta musuh yang tidak nampak ini? Jadi kita
berhadapan dengan siapa? Sebabnya adalah virus corona ini adalah penyebabnya.
Sebenarnya kita
katakan sahaja virus corona dari segi teks tetapi dari segi objeknya tiada,
walaupun kita boleh nampak dalam mikroskop tetapi kita perlu melihat dengan
menggunakan mikroskop yang mempunyai kapisiti yang tinggi misalnya samada
seribu atau beribu-ribu kapisiti untuk melihat kuman dimana-mana sahaja dan ia boleh
berterbangan dan hinggap dimana-mana. Adakah virus ini boleh hinggap atau tidak
dan adakah kita akan berselisih dengannya.Kita perlu bersedia dalam konteks ini kerana ini adalah hakikat
kehidupan bukan kita sahaja yang mengalaminya malah semua manusia yang lain
untuk difikirkan untuk memulakan satu perubahan baru. Ini yang saya sebut
diawal tadi bahawa peralihan melihat, merasa, mendengar, adapatasi dan lain
perlu dilonjakkan dalam paradigma yang berbeza kita tidak boleh melihat lagi
pada perkara yang ada sekarang ini sebabnya adalah kita perlu melihat siapakah
audien kita, mungkin audien kita untuk dua hingga bulan ini masih lagi terkawal
dan mungkin juga situasi ini akan berlaku dalam masa setahun atau dua tahun
akan berubah.
Persoalannya
dalam masa setahun atau dua tahun yang akan datang bolehkan kita terus
bertahan? Mungkin seni telah berubah menjadi sebaliknya dan bukan lagi seni
yang lazim kita buat. Jika saya melihat dalam konteks sastera dan sebagainya
bahasa memainkan peranan penting untuk ditonjolkan dalam konteks ini berfungsi.
Tetapi bagi kebanyakan artis mereka masih memikirkan lagi dari konteks
kelangsungan hidup, konteks ini membuat diri mereka agak gelisah kerana
kelangsungan ini perlu berhadapan dengan kolektor, pelawat seperti yang ada
pada hari ini sistem perhubungan kita telah ranap sama sekali. Persoalannya
lagi masih adakah orang yang akan membeli karya seni dalam waktu hari ini?
Dimana dalam keadaan ekonomi yang sukar dan sempit. Ya, mungkin ada namun kita
juga tidak pasti dengan cara yang bagaimana. Kita memerlukan satu strategi baru
dalam menangani persoalan-persoalan yang kita usulkan tadi.
Faizal Sidik: Kita kembali Dr. Siti Zainon, jika
tadi En Nasir ada sentuh tentang peranan media baru pada pandangan adakah media
dalam talian atau media sosial akan mendominasi dan mengantikan media cetak
sebagai satu wadah baru kepada sasterawan itu sendiri. Bagaimana masa depan dan
kelangsungan kesusasteraan dan kebudayaan yang kita akan jangkakan selepas ini?
Dr. Siti Zainon Ismail: Sekarang kita jelas dapat mengesan aktiviti-aktiviti penulis dan penyair,
semacam ada desakan mereka ingin bersuara dengan cepat dan ada orang mendengarnya.
Justeru itu datang dari kelompok anak muda ataupun orang lama yang kembali
menulis, ada yang saya dapat kesan mereka tidak lagi berpuisi tetapi dengan
proses peristiwa ini keghairahan itu timbul kembali yang membandingkan pengalaman
masa lalu, sekarang mereka berada dalam perubahan nilai. Tidak ada masalah bagi
saya kerana kemudahan-kemudahan teknologi sekarang boleh menyokong dan membantu
agar kita dapat bersuara, misalnya kita akan gembira apabila buku dicetak, begitulah
juga penulis pada hari ini, editor dan penerbit dan pembaca tetapi dalam bentuk
yang spontan. Jika mereka mengatur diri untuk bekerja dengan bagus jadi
hasilnya juga akan bagus. Malahan jika sudah terbit di dalam Facebook misalnya
kita masih juga boleh mengedit. Ini adalah pengalaman saya, ada orang tegur
tentang kelainan hantaran ayat yang digunakan dan saya jawab yang awal itu
masih belum menjadi kerana itu merupakan satu proses, karya yang telah dicetak
itulah karya akhir.
Saya melihat
peranan penulis itu terus berjalan dengan bagus kerana adanya keghairahan dan ini
bukan diedit oleh editor kerana penerbit rasmi mereka mempunyai editor khas.
Tetapi dikalangan anak muda keghairahan itu diteruskan, saya ada juga membaca karya spontan yang bagusterutamanya karya yang bersifat kembara.
Karya kembara bukan jasmaninya sahaja yang kembara tetapi kini apabila kita
membuka internet sahaja kita juga mengembara seperti ke Perancis, Itali dan di
Sumbawa umpamanya. Keghairahan itu ada dua kemungkinan satu mereka boleh
menerima masalah yang terjadi ini dan kedua ada masalah, memendam perasaan,
menunggu dan inilah yang saya alami sekarang. Bagi saya bahan yang begitu banyaktidak sempurna jika ditulis secara spontan.
Maka tulisan saya buat sementara waktu ini adalah bersifat diari. Saya tidak
mungkin melahirkan secara spontan, buat ketika ini penulisan diari yang saya
hasilkan adalah gambaran perasaan yang tidak dapat dicurahkan secara spontan
dan inilah spontan saya.
Apabila saya mahu
menulis di Facebook setidak-tidaknya saya sudah mempunyai 50 peratus
nilai-nilai isinya. Selalu saya mengajarkan mahasiswa saya, mungkin dalam dalam
keadaan ekspresif karya kita menjadi spontan tetapi dalam sastera ekspresif itu
proses mengalirkan puisi tetapi dalam romanika ada ekpresionisma atau ada
abstrak dalam sajak yang kadang-kadang menyebabkannya sukar difahami. Apa yang
saya tulis selama ini kebanyakan karya-karya yang spontan ini adalah
karya-karya yang boleh dibaca sepintas lalu dan difahami. Sebagai pengkaji saya
sering melihat karya itu ada fikirannya di situ, jika hanya menyebut fakta hari
ini laporan doktor disuratkhabar dan televisyen misalnya “sebanyak 1320 telah dapat dikesan” adalah fakta
sebagaimana berita disuratkhabar dan televisyen, tetapi puisi itu mempunyai
pengolahan-pengolahan untuk membuat orang berfikir. Selagi manusia dapat berfikir
mencari sesuatu yang baru dalam kerjanya ia akan memakan waktu begitu jugalah
dengan pelukis bermacam-macam eksperimen yang dilakukan.
Saya sebagai
peneliti umpamanya rasa tidak begitu bahagia jika sejak awal-awal pengkaryaan
sahaja sudah menjadi abstrak, saya ingin melihat garis-garis latihannya. Saya
masih ingat di ASRI sehari perlu menghasilkan 50 sketsa, arwah Nyorman
misalanya mendenda saya umpamanya sehari harus menyiapkan 50 keping sketsa dan
saya keliru rupanya satu semester hanya 50 sketsa, latihan garis itu adalah peribadinya
dan itulah yang ada pada guru saya. Fadjar Sidik mengatakan warna susunan elemen
itu mengambarkan wajah kerja seorang seniman, ini dari sudut abstrak. Tetapi
dari sudut karya sastera lain umpamanya cerpen yang sempat saya lihat dua
hingga tiga buah, fakta begitu banyak tetapi disampaikan dalam bentuk surealis yang
membuatkan kita lebih berfikir. Ada pemikiran yang membuatkan kita mengolah
secara spontan, kespontannya itu semasa kita mengutip data dimana kita mengabarkan.
Rendra sendiri
mengatakan karya-karya terakhir beliau adalah data-data yang dikumpulkan oleh
setiausahanya misalnya bila tahun terjadi, tahun kematian, siapa yang membunuh,
jadi karya-karya akhir beliau
sebagaimana cerita bagimana pelacur yang dianiayai di Jogja dan beliau
mendapatkan data-data itu selepas beliau melalui proses yang panjang. Begitu
juga yang terjadi kepada Kemala (Ahmad Kamal Abdullah) yang mengutip data
tetapi diadun dalam bentuk romantis. Kita ada juga penyair-penyair yang spontan
tetapi digarap dengan bahasa yang sudah kita kenali dan sekarang beliau
mengumpulkan data-data dalam puisinya dan saya masih membacanya sebagai
data-data biasa tetapi saya berharap dan percaya karya itu ada. Jika kita lihat
saya tidak dapat lihat karya spontan dari angkatan lama seperti Muhammad Haji
Salleh, Baha Zain mereka memerlukan ruang untuk berfikir bagi melahirkan
karya-karya semasa dengan peristiwa Covid-19 ini. Saya masih juga menunggu karya
Zurinah Hassan yang masih lagi berahsia dimana saya belum nampak karya spontan
beiau. Dikalangan orang muda sememangnya banyak sehinggakan saya tidak sanggup turut
serta membaca puisi dimana sekarang sudah ada trend membaca puisi secara
langsung facebook kerana saya agak malu kerana puisi saya masih belum menjadi
lagi.
Faizal Sidik: Adakah persembahan-persembahan
membaca puisi dan sebagainya di dalam media sosial seperti Instagram dan
Facebook kerana ruang ini memberi kelebihan kepada mereka ini?
Dr. Siti Zinon Ismail: Ya, betul sebab kita tidak mengasingkannya kerana
sesiapa yang menghantar umpamnya kumpulan penyair atau pemuisimereka akan edarkan mengikut musim misalnya
musim perayaan Hari Raya sudah ada puisi yang bertema sebegini ini dengan
penglibatan pemuisi antarabangsa contohnya dari India kerana ada perhubungan
itu. Medium ini agak terbuka dan banyak yang masuk dimana kita dapat
mengenaplapasti penyair baru dan lama. Pak El Akara dari Acheh juga turut
serta, Ibu Farahati juga bersama jadi sudah ada jalinan persahabatan sebelum terjadinya
Covid-19. Tetapi apabila berlakunya Covid-19 ini semacam ada satu pesta yang
meriah sepanjang malam dan keesokkan pagi baru saya sempat menonton. Setelah
menjadi buku baru saya akan mengkaji karya itu kerana selagi belum menjadi buku
bagi saya yang dilatih secara akademia dimana karya harus diteliti dari baris
ke baris. Saya agak penyabar dan tidak mengkritik karya spontan kerana ada
kebaikannya dalam menumbuhkan semangat dan persaingan apatah lagi jika keluar
di televisyen penuh warna-warni dengan kostum seperti teater. Sudah ada satu
usaha yang datang dari perasaan dan saya kira perasaan apabila mereka duduk di
rumah banyak ruang yang terbiar dan mereka hanya membuka komputer dan bercakap
dikhalayak ramai.
Sekarang bagi
saya ialah bagaimana karya-karya itu nanti disaring samada secara bersama atau
bersendirian kemudian barulah kita samada boleh memenangi hadiah puisi
umpamanyayang saya kira satu cabaran
bagi mereka yang aktif pada masa ini dimana karya-karya mereka sudah dinilai
untuk mendapat anugerah sastera kerana berkarya itu penting kerana peristiwa
itu telah terjadi dan dikritik pula dalam kumpulan masing-masing. Karya anak
muda sememangnya berani kerana mereka agak terbuka. Dengan cara lain selera baru,
perkara yang lazim perlu diteruskan dan kemudahan teknologi ini saya kira adalah
peluang untuk digunakan. Mungkin seniman pada mulanya agak bingung tetapimungkin sampai waktunya akan lahir.
Menentukan kelahairan itu adalah seperti orang perempuan mengandung 9 bulan dan
itulah hasil karya kita nanti.
Fazal Sidik: Terima kasih Dr. Siti Zainon dan kita
beralih kepada Irwan pula. Apakah kreativiti yang anda dapat lihat yang
dihasilkan oleh seniman Indonesia sebagaimana anda sendiri yang tinggaL di kota
Jakarta sepanjang perintah berkurung di Indonesia?Adakah seniman akan terus melakukannya
sebagai kelangsungan hidup atau ia bersifat sementara sahaja ?
Irwan Ahmett: Ya, menarik juga terutama bagi seniman
muda dimana mereka sulit untuk meneruskan hidup kerana tidak ada pendapatan
lalu mereka ini mempunyai kreativitas misalnya mereka membuat masakan
terutamanya pada bulan Ramadan jadi banyak diantara mereka yang membuat
kuih-muih atau makanan-makanan yang enak dengan harga yang murah. Jadi
masyarakat membeli makanan daripada seniman dimana mereka membuat wang
artikulasi sesama seniman. Saya misalnya mempunyai dua atau tiga jenis hidangan
makanan dimeja makanan saya untuk berbuka puasa atau bersahur semuanya dibuat
oleh teman-teman seniman. Bagi kami pada waktu ini seperti yang dijelaskan oleh
Pak Nasir itu kelangsungan hidup tetap penting dimana perut harus terus diisi.
Ini adalah fenomena yang menarik kerana terdapat kreativitas lain dimana
apabila berkaitan dengan makanan kita tidak bisa berkompromi. Maksudnya di sini
adalah berkarya kita boleh bisa berhenti tetapi kita tidak bisa berhenti
untukmakan. Banyak juga dikalangan
seniman yang mempunyai nama yang mengenepikan perasaan malu untuk menjual kuih
dan buat sambal misalnya. Hasil daripada pendapatan jual beli inilah mereka
meneruskan kelangsungan hidup. Saya fikir ini satu yang menarik bahawa
terkadang kita perlu menggunakan kemahiran yang lain untuk terus hidup dalam
jangka panjang. Cuba bayangkan hanya tiga bulan situasi ini cukup menyulitkan
apatah lagi jika situasi ini berterus sehingga setahun, dua tahun. Bahkan ada
dikalangan seniman teater yang membuat khidmat wifi secara percuma kepada rakan
yang menjalankan katering sajian makanan dalam talian. Ini adalah kerana
seniman ini tiada talian internet jadi solidariti bantu-membantu ini wujud
dibeberapa tempat dalam jangka panjang biasa membantu seandainya sistem negara
untuk mendukung seni tidak berfungsi. Walaupun sistem ekonomi hancur namun
sifat solidariiti ini akan menjadi kekuatan utama bersama untuk menghadapi
masalah ini.
Saya lihat situasi ini bukalah hal yang baru di Indonesia atau Pulalu Jawa.
Jika melihat sejarah pada tahun 1815 Gunung Tambora pernah meletus dan
mengakibatkan satu pulau itu punah jadi peradaban baru muncul. Pada tahun 1883
pula Gunung Karakatoa telah meletus yang menyebabkan peradaban di situ berubah.
Saya ingin membaca satu puisi yang dihasillkan oleh Muhammad Salleh, beliau
berkemungkinan beliau dari Temasik pada masa itu tetapi semasa Gunung Karatoa
meletus beliau berada di Lampung. Bunyi syairnya adalah seperti ini “Gaduhlah,
gaduhlah orang di dalam negeri, mengatakan datangnya kapalnya api, lalu
berjalan berperi-peri, Nyatalah Krakatoa mempunyai bunyi , Riuh bunyi di dalam
perahunya, bersahutan sesama sendiri, seperti kiamat rupa buminya, ramailah
orang datang melihatnya”. Dikemudian hari puisi ini menjadi penting iaitu
sebuah puisi yang bersifat jurnalistik, menyebut suara bunyi, orang
berdatangan, orang saling tolong menolong, ada orang saling mencuri kerana
kelaparan.
Saya fikir apa yang dilakukan oleh kawan-kawan di Malaysia membuat
dokumentasi data untuk kemudian hari ini akan menjadi luar biasa penting dimana
seni merakam situasi yang ada. Peristiwa cemas yang paling diingati adalah tsunami
di Acheh dimana hampir semua kawasan ditengelami air dan bersifat serantau
sehingga di selatan Thai, Sri Lanka, sebahagin sisi kepulauan Andaman yang
mengakibatkan angka korban yang luar biasa namun kehidupan masyarakat Acheh
bisa bertahan dan mereka kini membawa peradaban yang perlahan. Saya fikir
semakin kita menghadapi hal yang menyulitkan kita menjadi semakin kuat untuk
terus bisa bertahan. Apa yang kami pernah alami sebelum ini menjadi satu pengajaran
penting dalammenghadapi Covid-19.
Peletusan gunung berapi Krakatoa orang mungkin boleh lari menyelamatkan diri
tetapi bagaimana pula dengan virus. Mutasi sekarang ini ada sekitar 30 varian dimana
umat manusia berhadapan dengan proses evolusi yang membuatkan kita juga
bertanya eksistensi (kewujudan) kita sebagai manusia kerana apa yang telah kita
lakukan di bumi ini adalah luar biasa kerosakannya. Kalau kita lihat binatang
yang hidup di bumi yang paling banyak adalah ayam, kambing dan kerbau jadi
jumlah binatang dan jumlah manusia sudah tidak seimbang.
Populasi manusia di planet bumu ini hampir mencecah 8 billionjadi sememangnya kita sedang menghadapi
cubaan sebagai manusia tetapi sebagai spesis. Kini kini berhadapan dengan
spesis virus kuno, iaitu virus itu lebih tua jika dibandingkan dengan
homosapien. Bagaimanakah kita hendak berasosiasi (berhubung) dengan virus, kita
mungkin lihat virus sebagai musuh namun virus namun virus tidak melihat kita
sebagai musuh tetapi sebagai satu medium sahaja untuk virus itu biak
berkembang. Saya fikir hal ini bukan sahaja kepada seniman tetapi bagaimana
eksistensi manusia secara ekologi di planet bumi, bagaimana menangani perubahan
iklim kini yang rosak dieksploitasi, Jika saya berjalan dari Jakarta sehingga
ke Malaysia hutan-hutan telah habis dibuat ladang kelapa sawit dan tiada lagi
tempat harimau, gajah, orang utan. Kita menjajah bumi dengan secara
besar-besaran dan ini pelajaran penting untuk kita bagi merenungi apa
sebenarnya persoalan kita di masa depan.
Faizal ada juga bertanyakan kepada saya sebelum ini apa yang saya kerjakan
sekarang. Jika tahun lalu saya masih mengerjakan kajian tentang lanun dan pemerdagangan
orang di Selat Melaka tetapi sekarang saya sulit sekali untuk keluar kerana
perintah berkurung. Tetapi saya dan Tita kini sedang meneliti semut kerana
rumah kami banyak semut, ternyata hidup manusia sekarang tidak lebih baik dari
semut kerana semut itu hidup secara bersentuhan. Walaupun jumlahnya banyak
semut masih boleh terus hidup tetapi saya saya tidak boleh bersentuhan. Semut
juga hidup dengan kekejaman koloni dimana mereka mempertahankan tanah jajahan,
sempadan, penculikan, pembunuhan dan ada teritori (wilayah) dimana melihat
tempat sampah seperti di dapur itu sebagai satu pertempuran perebutan
kekuasaan.
Saya melihat ini sebagai makhluk kita mempunyai mentaliti sama dengan semut
yang ingin menguasai, mendominasi, mengontrol (mengawasi), tetapi dalam
menghadapi Covid-19 kita kalah dengan semut. Kita sekarang banyak melihat
hal-hal besar tetapi hal-hal kecil tidak bisa juga kita refleksikan, Saya yakin
dengan adanya konsep Nusantara yang sudah lama hilang kita percaya sudah ada
nilai-nilai kecil yang mungkin kita sudah lupa dengan nilai baru dunia yang
kapitalis dan sangat individual seperti semangat gotong royong yang menjadi
asas masyarakat kita dalam membantu. Kita lihat mangsa-mangsa dalam krisis
tsunamai yang membantu itu adalah masyarakat dan saya fikir inilah saatnya
untuk kitalebih melihat sifat hubungan
antara manusia yang tidak lagi berbatas negara dan nasionalisme, ini adalah
kerana virus tidak kenal nasionalisme sesiapa sahaja boleh dijangkiti.
Faizal Sidik: Kita ke pusingan ketiga dan
terakhir, pada pandangan En.Nasir
adakah seniman juga harus menukar cara hidup mereka pada hari ini dan pada masa
depan yang tidak boleh lagi kembali kepada kebiasan lama untuk ke ke arah
kebiasaan baru?
Nasir Baharuddin: Perubahan ini mungkin satu paksaan perlu berlaku,
mungkin kita tidak berupaya dan tidak suka tetapi kita terpaksa untuk
mengadaptasi. Dalam persoalan kita pada hari ini dimana seniman perlu melihat
dalam konteks seniman itu sendiri iaitu fungsi mereka sebagai seniman dan apa
sebenarnya yang perlu mereka laksanakan. Kita katakan dari segi dunia sastera
berfungsi dengan cara tekstual, pemuisi dan sebagainya untuk disampaikan, dari
segi seni visual mereka perlu melihat dalam konteks yang lebih besar
sebagaimana dengan fungsi-fungsi yang lain. Perubahan ini adalah satu perubahan
yang dikatakan satu tugasan baru, mungkin kita tidak biasa dengannya tetapi tidak
langsung kita telah membiasakan perkara tersebut terus dalam kitaran yang ada
pada hari ini. Mungkin kita tidak perasan tetapi perkara ini sebenarnya
berlaku. Jika kita tengok sebelum tahun 2020 iaitu pada tahun 2018, 2019 segala
proses-proses digital ini telah dilambakkan. Misalnya dengan adanya cetakan
tiga dimensi dan teknologi-teknologi lain ia membawa perkara baru dalam sistem
kehidupan kita.
Seterusnya ini
membawa jaringan kepada sistem 5G yang kita hadapi di masa akan datang. Jika
kita melihat secara saintifiknya strategi ekologi manusia kita akan berhadapan
dengan suatu formulasi digital (digital formulation) ke arah kehidupan sejagat
pada hari ini. Bagaimana kita menduduki pada persoalan ini, seperti yang
dikatakan juga oleh Pak Irwan kita tidak mempunyai sempadan yang tertentu.
Akibat dan sebab kepada kita tidak satu signifikasi yang jelas bagaimana dan
macam mana. Adakah satu masa esok diseluruh dunia termasuk seniman hasil
daripada tindakan atau hasil daripada kejadian yang berlaku pada hari ini semua
isu mengharapkan kepada persoalan virus sahajakah atau bagaimana? Perkara ini
perlu kita fikirkan kembali, secara tidak langsung ini adalah peluang kita
untuk menyelaras kembali suasana fungsi kepada peranan yang kita lakukan.
Walaupun dalam
bidang sastera, filem dan lain-lain akhirnya akan melihat kepada memberi
kesempatan atu hiburan baru kepada masyarakat hari ini apa sebenarnya hiburan
dalam bentuk visual sekalipun kerana jika kita tengok pada hari ini seperti
yang dikatakan oleh Pak Irwan sekali lagi pelukis telah bertukar daripada
melukis atas kanvas kini membuat kuih, dengan melalui sistem warna yang
tertentu dan dijual menggunakan sistem dalam talian sebagaimana yang berlaku di
negara kita. Inilah disebabkan proses yang berbeza, persoalan siber telah
melingkungi dalam kehidupan kita cuma kita sukar untuk mempercayai perkara ini
telah berlaku pada hari ini walaupun itulah yang terjadi dengan adanya sistem
digital.
Mungkin suatu
hari nanti mengikut kepada perancangan-perancangandaripada futuris mungkin pada suatu hari
nanti teks juga akan menjadi persoalan kerana dikuasai oleh data. Bagi kita
masa itu kita percaya apa yang kita lakukan pada hari ini tetapi generasi dimasa
akan datang perkara yang kita buat pada hari ini bukan lagi untuk mereka. Kita
telah melihat perkara yang lain dimana cara penyampaian bukan lagi dalam bentuk
teks tetapi dalam bentuk data. Lapangan ini perlu diperluaskan kerana pakar teknologi
maklumat, pakar kepintaran buatan telah memperkatakan tentang membuat data
(data making) , membentuk data (data formation) seterusnya bentuk-bentuk visual
merupakan bahasa baru yang perlu dihasilkan. Mungkin kita akan kata ia akan memakan
masa kerana syarikat Termosolar, Tesla dan lain-lain telah merekacipta perkara yang
mustahil untuk dilakukan dengan melihat pada manusia hari ini misalnya
bertukarnya sistem petroleum kepada sistem solar.
Perkara inilah
yang kita akan hadapi, kita juga secara tidak langsung perlu juga melihat
sekecil-kecil perkara seperti yang diterangkan oeh Pak Irwan melihat tentang
semut sebagai satu motivasi kepada kita untuk melihat kepada benda yang
semulajadi. Hasil daripada kawalan pergerakan manusia telah dipenjarakan tetapi
binatang telah dibebaskan, kini binatang menguasai seluruh persekitaran dengan
bebas tanpa risau akan virus. Manusia yang bangga selama ini telah
dipenjarakan, tahap binatang telah berubah haluan kini namun tidak diketahui
sampai bila. Perkara baru inilah yang perlu difikirkan, isu-isu ini perlu
dilihat, perlu bertukar alih dan arah untuk menghasilkan sesuatu. Kita perlu
lihat dalam konteks yang besar dan bukan dalam konteks yang lebih kecil, secara
positif dan cara negatif. Semua ini adalah cabaran kepada kita cuma seperti
yang saya katakan tadi kita perlulah meraikan semua akibat-akibat ini atas
ketahanan kita. Samada kita kecewa, duka kita perlu hadapi dengan cara yang
lebih rasional dan seterusnya apa tindakan kita yang harus kita doakan supaya
kita dapat memposisikan keadaan kita dengan lebih mampan.
Jika kita
merasakan hendak berkarya maka kita berkarya tetapi ada pilihan lain dalam
konteks pengkaryaan. Inilah yang dikatakan ‘pilihan baru’ kitalah yang perlu
mencipta ‘pilihan baru’, persoalannya bagaimanakan kita menyediakan
pilihan-piihan itu tadi. Perkara inilah yang perlu kita laksanakan dan fikirkan
kembali atas dasar dan tindakan-tindakan. Jika kita kaji peristiwa pendemik ini
berlaku setiap 100 tahun diikuti dengan peperangan, kita belum lagi mengetahui
ahli-ahli biologi atau ekologi yang melihat hasil daripada kemurungan ini dari
persekitaran berubah. Dahulunya jika kita lihat pembebasan gas karbon dioksida
yang terlalu tinggi diudara kini telah kembali normal, jadi ekosistem ekologi
manusia itupun turut bertukar. Dahulunya juga manusia begitu bersesak-sesak
tetapi hari ini telah tidak kelihatan lagi begitu. Semua ini merupakan
peralihan yang perlu kita rasai, ya benar mungkin kita tidak biasa dengan
proses transformasi ini. Cuma proses transformasi ini adalah satu proses yang
benar-benar mendadak sekelip mata, seolahnya masuk sahaja tahun baharu hidup
menjadi satu norma baharu tetapi secara beransur-ansur.
Kehidupan
beransur-ansur ini tadi mungkin akan jadi satu budaya sebab kita tidak pasti
dimana muktamadnya, titik noktah masih lagi belum diketahui. Perkara ini
menuntut persediaan dan ruang yang kita ada pada hari ini adalah ruang yang
skeptikal satu ruang yang misteri. Kita merasakan kita lebih selamat duduk
dirumah dan perlu berhati-hati apabila berada di luar.Situasi ini tidak seperti kebebasan yang kita
nikmati dahulu. Konsep kebebasan apa yang kita nikmati semasa penularan wabak
ini? Kita dipenjarakan dengan tanpa ada palang besi tetapi kita perlu ikut dan
patuh kepada palang ruang udara yang kita ada atau dimana sahaja kita duduk
sekarang ini, jika di rumah maka di rumahlah dari segi had ruang (invisible
barrier) yang perlu dan ada untuk menahan kita tentang apa yang dikatakan
kebebasan ini.
Ekosistem telah
bertukar manusia kini dipenjarakan dan binatang dibebaskan dan berkeliaran
dimana-mana sahaja. Ada satu klip video yang mengatakan pelbagai binatang telah
dilepaskan berpeleseran dimana-mana sahaja seperti di negara Argintina,
Australia, Kanada dan tempat-tempat lain. Ini memberitahu kita supaya membuat
satu penelitian baru, kajian baru kepada persoalan-persoalan yang telah
dibangkitkan pada hari ini. Jadi inilah yang ingin saya perkatakan samada
perkara ini kecil ataupun besar perlulah kita mengambil iktibar untuk memanfaatkan
samada seorang kita seorang seniman, sasterawan
atau budayawan bagaimana untuk memanfaatkan kesenimanan, kesusasteraan dan
kebudayanan itu sendiri pada hari ini dengan menggunakan sistem teknologi yang
berlaku pada hari ini sebagai satu mekanisme yang ada. Mungkin kita akan merasa
kekok tetapi lama-kelamaan saya rasa ianya tidaklah terlalu sukar sebab kita
telah dibiasakan dengan media-media sosial seperti aplikasi whatapp, panggilan
video dalam talian dan lain-lain.
Cuma pada hari
ini manusia sudah tertumpu kepada teknologi itu sendiri dalam berhubung tetapi
hubungan kita yang menjadi menariknya walaupun dalam konteks realitinya kita
dipenjarakan namun dari segi virtual kita lebarkan hubungan kita dimerata-rata
dunia. Mungkin kita akan memanggil pemikir-pemkir daripada negara lain yang
boleh berkongsi idea dalam menemukan pelbagai perkara, sebab apa ini adalah
persoalan bersama dan bukan lagi persoalan setempat (regional) yang mengikut
suatu kawasan. Apa sahaja yang alami juga dialami oleh Pak Irwan serta Dr. Siti
cuma permasalahannya adalah bagaimana kita hendak memposisikan kedudukan kita
sendiri, iaitu bagaimana kita hendak lengokkan dan tarikan kehidupan dalam
konteks gemalai yang bagaimana. Inilah perkara yang penting yang perlu kita
fikirkan untuk diteruskan dalam kehidupan yang ada.
Dari segi proses
saya rasa apa yang kita suka buat boleh terus dibuat kerana kita tidak ada
halangan yang penting apakah idea kita yang orang melihat dan mencari apakah
idea yang kita buat yang berbeza daripada orang lain ataupun ada perkara yang
menarik kepada orang lain. Perkara inilah yang pada hari ini perlu kita
fikirkan, dari segi olahan apa kita rasa mahu lakukan atau mahu bertukar perlu
ditukar tetapi idea kita secara semula jadi tentang apa sebenar yang ingin kita
hasilkan dan dimana kita mahu bawa. Jika kita bercakap dimana kita akan pergi
selepas ini adalah satu peranan yang perlu dipertanggungjawabkan oleh setiap
individu samada untuk dirinya ataupun untuk masyarakat disekelilingnya.
Sungguhpun begitu
kebanyakan artikel-artikel yang saya lihat dengan penularan wabak Covid-19 itu
manusia menjadi sangat individulistik dimana masing-masing akan memikirkan diri
sendiri, ini adalah disebabkan kita hanya memokuskan kepada kelangsungan hidup
dan kesihatan. Kita terpaksa mengawal diri kita sendiri kerana saudara mara
yang kita percaya selama ini belum tentu lagi boleh kita percayai lagi dengan
adanya wabak tadi. Ini adalah suatu perkara yang agak menggusarkan, dalam kata
lain masing-masing terpaksa menjaga keselamatan masing-masing dalam konteks
kesihatan dan bukan dalam konteks peperangan sebagai satu cabaran yang kita
hadapi hari ini. Dalam bahasa yang mudah kita bersikap berkepentingan diri
dimana sikap ini perlu di dalam kita menjaga diri.
Di sini saya
tidak boleh membuat hipotesis tentang apa yang berlaku tetapi jika kita analisa
dari segi statistik mereka yang positif Covid-19 ini agak turun naik ada yang
30, 40 maknanya setiap hari kita hadapi perkara ini, ada yang kes import dan
ada juga kes tempatan. Perkara ini sukar kita jangkakan, dalam kata lain
faktor-faktor seperti kesihatan, persekitaran dan lain-lain perlu juga diubah.
Kita tidak boleh lagi dengan cara yang terdahulu, dahulu mungkin sistem imun
lain dan hari ini sistem imun kita telah berbeza. Bayangkan kita perlu setiap
hari untuk membunuh kuman dengan menggunakan cecair pembasmi kuman (sinitizer)
pada anggota kita, ia memberi kesan yang berbeza pada masa akan datang. Sampai
bila kita akan menggunakan cecair pembasmi kuman itu? Sampai bila kita akan
bertopeng? Dimanakah sistem pernafasan, udara yang kita nikmati selama hari ini?
Allah swt telah hadkan rezeki kita kepada nikmat-nikmat yang telah diciptakan.
Ini perlu kita fikir dan renungkan dan diambil iktibar.
Kuarantin ini
sebagai suatu proses penilaian kendiri dalam meletakkan diri kita dalam
kedudukan kita sendiri dan juga persekitaran yang ada dan juga bagaimana untuk
membantu masa depan. Seterusnya bagaimana generasi akan datang melihat kita
dalam konteks yang berbeza, sebenarnya kita mempunyai jurang yang besar
diantara generasi lama dengan generasi baru kerana cara pergaulan, bahasa dan
lain-lain banyak berubah. Saya juga ada menyebut audien kita dalam seni juga
sudah berbeza mungkin pada hari ini kita masih boleh gunakan lagi tetapi dalam
masa lima tahun akan datang kita tidak pasti samada masih relevan atau tidak.
Jika kita katakan masih boleh lagi dalam keadaan norma baru kembali semula
kepada keadaan norma asal saya rasa agak sukar untuk dicapai, tetapi kita perlu
redha apa yang kita alami sebab inilah kejadian yang kita hadapi pada hari ini
untuk manusia berfikir dan merenung kembali tentang posisi tetang peranan dan
apa yang kita buat untuk melakukan sesuatu selagi kita boleh bernafas.
Faizal Sidik: En. Nasir ada bangkitkan persoalan
dimanakah kita akan pergi selepas ini dan nampaknya kita tidak boleh lagi
berpegang dan berpaut keserantauan itu sendiri. Bagi sasterawan pula adakah apa
yang mereka telah lakukan sepanjang perintah berkurung ini juga akan diteruskan
pada masa depan. Adakah situasi sukar pada masa ini memberi mengangkat proses
kreatif ke tahap yang lebih tinggi lagi.Kita lihat novel Salina (1961) oleh Samad Said lahir semasa kesukaran
zaman perang dan Ranjau Sepanjang Jalan (1966) oleh Shahnon Ahmadcabaran dan dugaan hidup di desa?
Dr. Siti Zainon Ismail: Dalam keadaan situasi yang terjadi pada hari ini saya
secara peribadi lebih banyak mendengar berita malah saya mencatat apa sahaja
yang saya dengar itu termasuk nama-nama orang. Di sini saya ingin membaca Menteri
Kanan Ismail Sabri berkata “..bagi saya kalau kita nak buka semula bukalah,
anda nak buka kedai bukalah tapi tangguglah sendiri ” . Sudah ada suasana yang
bermacam permintaan samada mahu membuka perniagaan dan kedai. Saya menjadi
pencatat ketika ini dimana diawal tadi saya ada menunjukkan catatan saya dalam
tulisan jawi tetapi ada orang kata tulisan dalam manuskrip ini buruk sekali
sebab garisan daripada pelukis itu sendiri. Saya kira begitu juga kawan-kawan yang
lain jika kita mengambil contoh Usman Awang (1929-2001) dimana beliau pernah
menjadi anggota polis dan beberapa karyanya juga merakam peristiwa itu dan
salah satu sajaknya ‘Penjual Pisang Di Kaki Lima’ (1958) dimana dia ditugaskan untuk merampas barang penjual
yang tiada lesen ditepi jalan dan disebabkan inilah akhirnya beliau meletak
jawatan berhenti dari perkhidmatan polis kerana tidak sampai hati untuk
merampas barangan penjual itu.
A. Samad Said
tinggal di Singapura kita lihat bagaimana lahirnya ‘Salina’ (1961) tadi realiti yang lahir di Kampung Kandang
Kambing. Karya-karya itu tadi telah memberi satu semangat baru dan dibaca
semula orang generasi baru. Ada suatu waktu karya itu tidak dipedulikan dan
tidak dibenarkan sebagai teks manuskrip untuk pelajaran. Kononya cerita tidak
sesuai tetapi ‘Salina’ cerita kebenaran sewaktu zaman British di Singapura jadi
dianggap watak-watak pelacur itu dimunculkan inilah realitinya. Kita di sini akan muncul juga
realiti yang begini. Cuma sekarang kita tidal nampak lagi. Shahnon Ahmad pula
memang realiti begitu juga Kemala mengambarkan realiti tetapi dalam bahasa
beliau. Sekarang ini banyak penulis-penulis yang saya lihat umpanyanya penulis
wanita dimana saya mengkaji penulis wanita angkatan 80 an seperti Nisah Haron,
Mawar Shafie. Misalanya Nisah lebih tegas lagi dalam mengutip data-data dan
disampaikan dalam bentuk cerita-cerita yang novelis begitu juga dengan Mawar.
Saya masih menunggu daripada Mawar walaupun dia tidak mempunyai akaun Facebook
namun dia terus mencatat dalam blog beliau.
Dengan isu yang
begini saya kira memang dapat diangkat sebagai satu sumber bahan. Jika sebelum
ini kita tidak ada pengalaman di zaman perang tetapi kita mendapat kutipan
cerita dari ibu kita daripada buku sejarah. Namun peristiwa sekarang ini adalah
peristiwa dunia nyata yang boleh diangkat. Mungkin sampai waktu dalam setahun
atau dua tahun ini saya kira sudah ada senarai-senarai yang telah diterbitkan
sendiri. Dengan adanya isu sebegini menjadikan satu fakta yang dilaporkan,
selama ini mungkin tiada peristiwa besar kita banyak berfantasi, berimaginasi
dan membuka kitab-kitab lama. Kitab sejarah itu telah terbentang dihadapan
kita, saya sebenarnya sedang ghairah tetapi belum mampu untuk menyusunnya namun
masih ada keghairahan untuk menjadi seorang pengkaji terhadap karya-karya di
sini. Masalahnya kini adalah teks sastera belum dapat menguasai pendidikan kita
tetapi dengan isu yang sebegini malah kawan-kawan dalam bidang teologi dan
kerja sungai iaitu Dr Zaini Ujang telah menghasilkan manuskrip-manuskrip sajak
ini mengutip data-data. Kadang-kadang saya mengusik beliau dan beliau menulis
dalam bentuk gurindam. Seorang lagi dalam bidang teologi dan geologi berkarya
dalam larik-larik puisi walaupun tekniknya belum nampak nilai-nilai puitisnya
tetapi bahan sejarah.
Dalam sastera
pula seperti saya mengkaji teologi daripada rakan-rakan tadi kerana agak berat
juga membaca buku-buku teologi ini tetapi sekarang sudah mudah kerana sudah ada
simpati kepada sastera dikalangan orang bukan sastera kerana mereka masuk ke
dunia sastera. Bagi saya lagi realiti yang terjadi ini sebagai satu himpunan
untuk masa depan. Sekiranya ini dirakamkan generasi yang tidak mengalami
peristiwa sebegini akan mendapat fakta. Orang sejarah juga paling penting di
sini, buku sejarah benar-benar apa yang telah diungkapkan, data kita telah ada,
mungkin Kementerian Pendidikan, Polis Diraja Malaysia, Angkatan Tentera Darat akan
menerbitkan bukunya sendiri, misalnya bagaimana beberapa orang anggota polis
yang dilanggar mati oleh orang mabuk. Apa yang saya nak sebut adalah banyak peristiwa
nyata yang kita hadapi masa kini yang kita lihat melalui satu rakaman video .
Mungkin rakaman video lebih cepat tetapi penulisan ini lebih dapat meyakinkan
untuk pembaca masa depan. Suratkhabar mungkin kita membacanya berhari-hari
tetapi apabila menjadi novel atuu filem ini adalah realiti.
Kita ada juga
tokoh-tokoh dalam bidang perfileman, drama yang menghasilkan filem dan drama berdasarkan
sumber hikayat Sejarah Melayu, Hikayat Hang Tuah, kita tidak masuk ke dunia
itu, tetapi situasi ini sekarang kita benar-benar mengalaminya. Jika kita
menulis dan generasi baru masa depan mengatahui fakta yang benar daripada
bahan-bahan sejarah, cuma teknik berbeza kerana kita mempunyai nilai-nilai
sastera. Jadi akan terdapat dua buku dimana satu akan jadi buku sejarah dan
satu buku sastera. Masa depan sastera untuk golongan-golongan muda sekarang
dalam usia 20 an dalam 20 tahun lagi jika benar-benar serius mereka akan
jadikan sebagai satu teks sastera seperti ‘Salina’ sebagai bahan sejarah pada
tahun 2020 dan dihasilkan pada usia mereka 20 tahun kemudian itu lebih solid
jika dibandingkan sekarang yang spontan. Dengan teknik yang mudah ini sudah ada
dan ada yang telah saya baca akan ada tokoh-tokoh yang akan muncul pada masa
yang akan datang. InsyaAllah.
Faizal Sidik: Bagi Irwan yang sering dijemput
berpameran di rantau ini dan di luar selepas atau pasca Covid-19 ini penciptaan
seni yang bagaimana akan menjadi pilihan muzium atau pusat seni untuk
dipamerkan di tempat mereka? Adakah seni konvensional seperti catan atau arca
masih relevan lagi ekoran selepas ini akan adanya pemeriksaan kesihatan(body tempreture),penjarakan sosial (social distancing)
dangalakan berada dan bekerja dari
rumah (work from home) ?
Irwan Ahmett: Kebelakangan ini saya cuba melihat dan
menganalisa bagaimana muzium-muzium besar hampir diseluruh dunia melakukan
kunjungan virtual, jadi orang boleh menggunakan teknologi dengan memakai
peranti pengalaman 3 dimensi. Tetapi sayangnya trend sebegini turun mungkin
orang mahu mencuba sekali dan bukan berkali-kali dan akhir mematikan minat
orang melihat secara virtual kerana pengalaman virtual itu sangat sulit kerana
generasi kita muncul dari pengalaman tertentu. Saya rasa persoalan ke depan
yang terus relevan adalah hal-hal yang berkait dengan dimensi, ekologi dan perubahan
cuaca kerana isu ini adalah perkara yang berpengaruh bagi manusia untuk sepuluh
dan dua puluh tahun ke hadapan. Bagaimana seni masih punya peranan yang bisa
terus berlanjut bahkan ketika wabak ini telah selesai.
Jika kita kembali
kepada sejarah contohnya hal yang membuatkan kita tergoncang denga Covid-19 ini
adalah hal-hal yang terbaik dari manusia itu runtuh. Saya tidak bisa berpegang
dengan ibu saya, saya tidak bisa bertemu dengan anak, saudara lelaki saya malahan
dengan isteri dansaya perlu menjaga
jarak jika berada di luar. Jadi perkara yang terbaik oleh manusia telah musnah
kini dimana kita tidak boleh bicara soal moral yang sama. Walaupun orang tua
saya sakit contohnya terkena virus saya tidak bisa menengok dia bererti moral
kita dipertanyakan orang. Nah! Saya bukan beromantik tentang virus tetapi saya
melihat ada dua tokoh penting seni rupa Indonesia yang melakukan perubahan
besar dan pengaruhnya sampai sekarang.
Pertama adalah
Raden Salleh (1811-1880) yang merupakan pelukis mendapat didikan Eropah pada
akhir abad ke-19. Pengaruh-pengaruh Raden Salleh masih kuat implikasinya
terhadap seni lukis di Indonesia saat ini. Aliran Raden Salleh adalah
Romantisme dimana beliau membayangkan suatu kejadian itu secara berlebihan
tetapi beliau secara habis-habisan menjual eksotisme Timur dalam catannya.
Kedua, figura yang terkenal dalam bidang sastera iailah Chairil Anwar (1922-1949)
yang meninggal dalam usia 27 tahun. Chairil Anwar berhasil mendobrak (mengegar)
sastera di kepulauan Nusantara yang tadinya sangat mendayu-dayu menjadi revolusioner.
Beliau mendobrak dan meluahkan kata-kata yang berani, gagah bahkan angkuh
dimana pada masa itu memang diperlukan bahawa bangsa yang baru merdeka. Antara
satu kata yang popular dalam karya Chairil Anwar dan sampai ke hari ini terus
dirujuk ditengah-tengah situasi Covid-19 ini adalah “Aku ingin hidup seribu
tahun lagi “. Kata itu menjadi begitu kuat sekali kerana kita mempunyai keinginan
yang amat luar biasa tentang moral dan kehidupan.
Tetapi faktanya Raden
Salleh dan Chairil Anwar bukan manusia luar biasa. Raden Salleh umpamanya
terkena sifilis yang menyebabkan beliau tidak mempunyai anak kerana bakteria
berada di dalam tubuhnya. Pada abad-abad
ke-18 seniman Eropah itu lebih Romantisjika mereka berkemahiran seperti pelakon wanita pacarnya terdapat dimana-mana, hidup secara bohemian dan gaya
hidupnya terbuka membebaskan tubuhnya jadi penyakit sifilis itu lahir dari
pencapaian seniman. Tentu yang mengejutkan ada kemungkinan bahawa Chairil Anwar
itu meninggal juga disebabkan penyakit sifilis kerana dia sangat dekat dengan
dunia pelacuran dan sajaknya yang terkenal ‘Bung Ayo Bung!’ (1945) dimana
dijadikan motto kemerdekaan Indonesia rupanya adalah ajakan hubungan oleh pelacur
atas hubungan badan dengan panggilan ‘Bung Ayo Bung’. Tetapi ‘Bung Ayo Bung!’
digunakan sebagai sahutan untuk melawan penjajahan, jadi saya fikir seniman itu
unik dan mungkin disebabkan Covid-19 ini kita akan berekspresi seperti Chairil
Anwar dan Raden Salleh yang masih diingati untuk membawa peradaban ke tingkat
berikutnya.
Saya fikir dalam
kualiti tekanan seperti ini kita memerlukan seniman-seniman yang menolak nilai
lama dan sekarang inilah saatnya. Daripada contoh dua orang itu akhirnya
membuat saya tidak takut dengan Covid-19 kerana bahaya juga sebagai seniman
bahawa homosapien itu adalah makhluk mempunyai kemampuan luar biasa untuk berimaginasi, jadi formula otak manusia itu
lebih besar jika dibandingkan dengan monyet. Mengapa kita mempunyai kemampuan
untuk membuat seni dan membayangkan seni adalah kerana kemampuan sel-sel otak
kita itu mempunyai daya imaginasi yang luar biasa. Namun sayang kerana
imaginasi itu kini menyerang semula kita dengan ketakutan dan imaginasi ketakutan
inilah yang membolehkan pada tahun 1983 dimanfaatkan oleh rejim Suharto untuk
menekan seluruh rakyat Indonesia untuk duduk berkurung di dalam rumah sewaktu
terjadinya gerhana matahari. Hal ini menyebabkan kami percaya, ternyata kita
sebagai seniman sedang dihukum oleh kemampuan imaginasi kita akibat proses
evolusi yang telah terjadi sejak 200 ribu tahun dahulu.
Faizal Sidik: Di dalam siaran langsung ini juga
kita membuka kepada audien untuk bertanyakan kepada panel dimana mereka hanya
menulis soalan yang hendak ditanya di dalam ruang komentar. Di sini kita
menerima dua soalan, pertama kita minta En. Nasir untuk menjawab soalan
daripada Adeputra Masri.
Adeputra Masri: Pandemik ini secara langsung menukar praktis
sesetengah seniman daripada medium tradisi kepada medium digital. Sejauhmana
Balai Sen Negara, muzium seni mahupun kolektor bersedia menyimpan dan
memulihara karya medium digital?
Nasir Baharuddin: Proses kepada penyimpananakan bertukar kepada bentuk arkival secara data, maknanya kita
tengok hari ini jika kita menyimpan gambar bukan lagi dalam album gambar tetapi
kita telah menghantar ke aplikasi Cloud, Instagram dan lain-lain. Jadi
lambakan-lambakan karya telah disalurkan diruang udara dengan Instagram,
Facebook dan apa sahaja. Dunia virtual telah merangkumi kehidupan kita. Cuma
apa yang hendak kita lakukan dari segi proses, perbekalan telah disediakan dan
kita tidak perlu ada lagi portfolio dimana portfolio kita telah dimasukkan di
dalam Cloud, Google Drive yang ada kini. Dahulu kita menyimpan dalam cakera
keras (hard disc), cakera padat (compact disc atau CD), pemacu pena (pen drive)
yang merupakan album bergerak secara sejagat bukan hanya ruang terhad dalam
bilik itu sendiri. Sememangnya ia dicipta berbentuk sedemikian kerana kita
bukan lagi berbincang berkenaan data lagi tetapi berkenaan dengan perkongsian.
Semua data sudah
tidak mempunyai makna dimana sesiapa sahaja boleh kita kaitkan, contohnya hari
ini kita ingin mengetahui sesuatu kita akan terus ke enjin pencarian Google samada
mencari definisi, makna dan peranan semua tersedia. Jika kita lihat sistem
bukan setakat seni, sistem pendidikan telah bertukar jauh dimana data-data
realiti ini telah memberi satu tindak balas dan rekfleksi yang besar kepada
sistem yang kita hadapi sebelum ini. Oleh yang demikian kita perlu bermesra
dengan keadaan ini, kita boleh menghasilkan beribu-ribu lakaran dalam animasi,
ilustrasi dan lain-lain untuk disimpan malah bukan setakat menyimpan tetapi
melihat dan dinikmati oleh seluruh umat didunia ini bergantung kepada apa yang
diminati. Ini adalah idea untuk membuat pilihan, kita sebagai penyedia kepada
kerja seni, orang seni dan lainnya memberi sesuatu penawaran serta selagi ada
permintaan itulah berlakunya proses pengkaryaan.
Cuma teknologi
dan proses sahaja telah berbeza misalnya sebelum ini untuk memohon pekerjaan
sesi temuduga secara bersemuka diadakan tetapi kini sesi temuduga dijalankan
secara dalam talian. Keputusan temuduga boleh didapat secara serta merta tanpa
perlu menunggu surat. Malah untuk untuk melakukan pekerjaan tidak perlu lagi
perlu hadir ke pejabat, cuma orang-orang tertentu sahaja perlu ke pejabat dan
yang lain bekerja di rumah serta berinteraksi apa yang kita lakukan samada
berbincang dan bermesyuarat. Mesyuarat pula bukan lagi seperti dahulu yang dilakukan
secara bebas namun kini dijalankan dengan mempunyai waktu yang terhad, topik
yang lebih tepat untuk kita laksanakan. Ini adalah satu budaya yang perlu kita
kuasai. Bagi sesetengah orang hal ini adalah sesuatu yang rahmat bagi mereka,
iaitu suatu keadaan yang tidak disangka-sangka tetapi memberi keuntungan
daripada perkara yang dilakukan sebelum ini. Dahulu mereka buat tetapi sukar
dan lambat manakala hari ini kerja mudah malahan cepat, perkara ini berkaitan
dengan kepantasan.
Dengan adanya sistem
teknologi ini dapat dilakukan, seperti yang saya katakan diawal tadi tentang
sistem asas ekonomi selagi ada permintaan pasti ada penawarannya. Jadi
bagaimana kita boleh menawarkan sesuatu supaya ada permintaan?. Tetapi kini
bentuk permintaan dan penawaran mempunyai bentuk yang berbeza dimana realitinya
sistem telah membantu kita. Sistem pemfailan, data dan pemetaan data boleh
diselaraskan tentang apa sahaja cuma perlu mempunyai kod-kod yang tertentu untuk
melihat suatu benda tadi.
Faizal Sidik: Untuk soalan kedua ini kita minta
kedua-dua ahli panel iaitu Dr. Siti
Zainon dan Irwan Ahmett yang datangnya daripada Intan Rafiza.
Intan Rafiza: Apakah pandangan panel tentang tanggungjawab
sosialsebagai seniman dalam situasi
sekarang?
Dr. Siti Zainon Ismail: Saya kira sejak zaman berzaman seniman itu adalah
golongan manusia yang mempunyai tugas masing-masing cuma bidang sahaja yang
berbeza. Perkara yang penting bagi saya adalah melihat dari sudut generasi
dimana generasi muda sekarang lebih beruntung maksudnya di sini walaupun semuanya
tida berpeluang untuk masuk ke akademi dan institut pengajian tinggi yang
mereka gemari tetapi kita boleh menikmati ilmu itu daripada pelbagai-bagai
wadah salah satunya dalam bentuk begini secara digital. Tadi kita katakan ada
istilah-istilah yang kita ragukan dan hanya menekan komputer kita akan
mengetahui definisinya. Peranan seniman pula bagaimana mereka boleh merakam
kerja-kerja mereka dengan lebih mudah, menghubungi guru-gurunya jika mereka
berminat. Jika dahulu kita datang ke kuliah dan mengumpul bahan-bahan untuk ke
kuliah tetapi sekarang dengan kemudahan teknologi ini kita boleh berhubung bukan
sahaja disekitar kita malah juga di luar negeri. Jika sebelum ini kita mahu
berjumpa penyelia samada di dalam negara dan di luar negara maka kita pergilah
ke Perancis dan Belanda misalnya untuk berjumpa penyelia kita tetapi sekarang
kita boleh membuat kerja di mana kita berada.
Peranannya apa?
Tentu sahaja teruskan sahaja kerja anda dan jika anda ada sahabat atau mentor
jalinkan sahaja persahabatan itu. Perkara ini adalah lebih baik berpersatuan daripada
keseorangan di studio dan terus mengadakan pameran. Jalinkan dengan kelompok
seni-seni dengan apa sudah mereka lakukan, banyak kelompok seniman muda di
sini.
Irwan Ahmett: Baik, sebetulnyatidak bisa digenerallisasi kerana pasti seniman mempunyai praktis
dan kemahiran yang berbeza-beza. Saya rasa kondisi sekarang ini seni menjadi
medium ekspresi yang sangat sempurna kerana orang tinggal di rumah dan tidak
mempunyai kemampuan untuk berkomunikasi dengan lebih baik atau mereka harus
menjalani isolasi (pengasingan). Apa yang bisa dilakukan dengan seni?Saya fikir kalau fungsi sosial itu bisa
mendorong seni sebagai terapi kerana ternyata dalam beberapa masyarakat yang
rentan (terdedah) misalnya pekerja imigran (asing), buruh imigiran ataupun
korban (mangsa) kekerasan politik bahkan Pramoedya Ananta Toer (1925-2006)muncul kerana ada tekanan yang besar.
Tidak semua orang punyai kemampuan untuk melakukan seni tetap tidak tahu cara,
teknik dan mencapainya. Peranan seniman ini biasa menjadi penghubung diantara
bagaimana masyarakat punya pengalaman sendiri. Contohnya saudara saya yang
masih kecil dia harus sekolah di rumah dan waktu sekolah itu hanyalah sejam
sehingga 2 jam. Walaupun tenaganya masih banyak tetapi di tidak boleh mencapai
apa yang dinginkan. Tetapi jika kita menawarkan untuk melukis dan belajar besar
dengan menggunakan kryonnya di sini fungsi memang diterima oleh masyarakat yang
memerlukannya dan dia bisa boleh berekspresi melalui siaran langsung web atau
webinar. Ini akan menjadi sebahagian daripada terapai masyarakat yang sedang
menghadapi masalah sekarang ini.
Faizal Sidik: Terima kasih kami ucapkan kepada
panel jemput, semoga segala ulasan, pendapat, pandangan dan saranan mereka
difikir-fikirkan dan diambil tindakan untuk kita bergerak ke hadapan bukan
sahaja kepada seniman, sasterawan dan budayawan malahan juga
institusi-institusi seni budaya yang terkesan secara langsung atau tidak dalam mengharungi
situasi ini. Terima kasih juga kepada audien dan peserta program yang
melontarkan soalan, komentar dan sokongan rancangan ini. Untuk audien yang
terlepas menonton, rakaman siaran langsung ini boleh ditonton semula di halaman
video Facebook Balai Seni Negara dan saluran You Tube National Art Gallery
Malaysia.
Faizal Sidik, 'Wabak Covid-19: Cabaran dan Masa Depan Seni, Sastera dan Budaya Di Nusantara', Senikini #29, Balai Seni Negara, Kuala Lumpur, ms 4-7.
Faizal Sidik was born in 1978 in Petaling Jaya, Malaysia. He lives and works between Kuala Lumpur and Petaling Jaya. He graduated from Universiti Teknologi Mara major in Fine Art (1996-2000) and further his studies in Master of Visual Art (Southeast Asia) Universiti Malaya, Cultural Centre under the supervision of Assoc. Prof. Redza Piyadasa (2003) and Master in Translation Studies at Universiti Sains Malaysia (2015-2018). Faizal has had numerous museums and galleries exhibitions. He was co-curator for 4th Singapore Biennale (2013) and curator for 1st KL Biennale (2017).