Teks oleh: Faizal Sidik
Terjemahan: Ezna Syaqira
Harun Mokhtar: Kapsul Masa 1988-2018
(Siri Perakam Waktu)
Pameran solo ke-8 oleh Haron Mokhtar yang bertajuk ‘Haron Mokhtar : Kapsul Masa 1988-2018’ (Siri Perakam Waktu)merupakan siri terbaru karya-karya catan mutakhir dari yang dihasilkan pada tahun 2018. Berkarier sejak pertengahan 80 an Haron Mokhtar boleh diletakkan sebagai pelukis yang konsisten dalam memanifestasikan manifesto Dasar Kebudayaan Kebangsaan (DKK), 1971 yang menetapkan atau mengariskan salah satu prinsip iaitu hala tuju seni hendaklah berteraskan kebudayaan rakyat asal rantau ini.
Kegeniusan orang Melayu dalam penciptaan dan ketukangan seni bina rumah di rantau ini yang merangkumi kawasan Asia Tenggara seperti Malaysia, Indonesia, Filipina, Singapura, Brunei, Thailand dan Kemoja serta Kepulauan Selatan Pasifik (Polynesia, Melanesia dan Oceania) yang merupakan bahagian dari kawasan tamadun atau budaya Melayu dirakamkan oleh beliau sebagai pusat pemancaran, pengembangan dan warisan Kebudayaan Melayu yang ulung pada suatu ketika dahulu yang memperlihatkan kekayaan, kehalusan, dan nilai-nilai peribadi orang Melayu itu sendiri.
Pameran bertajuk ‘Haron Mokhtar : Kapsul Masa 1988-2018’ (Siri Perakam Waktu) adalah perlambangan atau simbolisme ketinggian warisan penduduk asal rantau ini dalam bentuk lebih 80 karya catan seolah-oleh sebuah ‘kapsul masa gergasi’ yang bukanlah ditanam di dalam tanah tetapi dihimpunkan dalam satu sebuah galeri dalam kita mengingati kehebatan sejarah dan warisan kita pada masa lalu dan pada masa yang sama untuk membina semula kekuatan dan kepintaran kita pada masa hadapan.
Kurator: Faizal Sidik
Kurator: Faizal Sidik
Haron Mokhtar: Time Capsule 1988-2018
(Siri Perakam Waktu)
Haron Mokhtar’s eighth solo exhibition entitled ‘Haron Mokhtar: Time Capsule 1988-2018’ (Siri Perakam Waktu) is the latest series of paintings produced in
2018. Having been in the profession since middle of 80’s, Haron Mokhtar can be
classified as a consistent painter in expressing the Dasar Kebudayaan
Kebangsaan (DKK) manifesto, 1971 which outlines one of the principles that is the
art orientation is in line with the core culture of the citizens of the
regions.
The geniuses of Malays in architecture and carpentry in the region including
South East Asia such as Malaysia, Indonesia, the Philippines, Singapore, Brunei,
Thailand, and Cambodia and also South Pacific Islands (Polynesia, Melanesia and
Oceania) which is part of the Malay culture and civilization recorded as focal
point of expansion and heritage of an outstanding Malay culture that shows
wealth, exquisite and personal values of the Malays.
Exhibition entitled ‘Haron Mokhtar:
Time Capsule 1988-2018 (Siri
Perakam Waktu) is
the symbol of highest heritage of this region’s natives in more than 100
paintings, just like a ‘giant time capsule’ that is not buried underground, but
compiled in a gallery to remind us the magnificent history and heritage of our
culture and to build the strength and intelligence in the future.
Curator: Faizal Sidik