Isnin, 12 Disember 2016

25 Sorotan Kepustakaan Kajian Penterjemahan Dan Interpritasi


Oleh: Faizal Sidik


Penulisan ini adalah himpunan sorotan kepustakaan keatas 25 buah tesis, disertasi atau makalah jurnal berwasit dalam talian dalam bidang  penterjemahan dan interpritasi  yang melibatkan bahasa Melayu. Tujuan himpunan ini dikumpul adalah untuk menyorot semula kajian-kajian yang telah dijalankan sebagai pembuka jalan kajian yang sedang atau akan dilakukan pada masa depan.


1.
Tajuk: Kebolehterjemahan Aspek-Aspek Budaya Dalam Terjemahan “Shui Hu Zhuan”

Nama penyelidik: Goh San Siong

Pernyataan masalah: Mengkaji kebolehterjemahan dalam penterjemahan aspek-aspek budaya bahasa Mandarin (BMn) kepada bahasa Melayu (BM). Seratus butiran (kata, frasa, klausa dan ayat) pelbagai aspek budaya dalam Shui Hu Zhuan atau terjemahannya Hikayat Pinggir Air, terjemahan Lim Chuan Boon, ed. (2001) telah dijadikan data kajian.

Objektif:Tujuannya adalah untuk meneliti kebolehterjemahan aspek-aspek budaya, meneliti strategi-strategi penterjemahannya serta membandingkan kebolehterjemahan daripada tiga sudut: pengkaji, penilai kedua dan penterjemah.

Persoalan kajian: Persoalan-persoalan kajian yang berikut digunakan untuk mencapai tujuan kajian:
a.    Apakah aspek-aspek budaya dalam BMn yang dapat / tidak dapat diterjemahkan ke dalam BM dan implikasinya terhadap penyampaian unsur-unsur budaya dalam teks sasaran?
b.    Apakah strategi-strategi penterjemahan yang digunakan untuk menangani aspek-aspek budaya dalam terjemahan BMn-BM?
c.    Apakah corak kesamaan dan perbezaan tentang kebolehterjemahan aspek budaya dalam terjemahan BMn-BM antara pengkaji, penilai kedua dan penterjemah?

Kerangka teori: Kajian ini memanfaatkan kerangka teori Newmark (1988, 1991) dalam aspek-aspek seperti (a) penterjemahan, (b) strategi penterjemahan, (c) definisi budaya selain terjemahan domesticating dan terjemahan foreignizing oleh Venuti (1995), Analisis Komponen Makna oleh Katz dan Fodor (1963), Nida (1975) dan Jakson. Selaian itu kajian ini mempraktikkan Pandangan Cerminan Linguistik oleh Fishman (1972), Konteks Situasi Gabungan oleh Malinoswski (2000) dan Firth (dalam Palmer, 1989), Teori Semiotik oleh Jakobson (1959, dalam Bassnett, 1980), Teori Skopos oleh Vermeer (2000) dan Analisis Teks Berorentasikan terjemahan Nord (1988/91, dalam Munday, 2001)

Kaedah: Kajianini ialah kajian kualitatif yang menggunakan kaedah perbandingan, menganalisis butiran budaya berdasarkan teori-teori penterjemahan, teori semantik dan teori sosiolinguistik. Perbandingan juga dilakukan untuk meneliti strategi-strategi penterjemahan serta pandangan kebolehterjemahan tiga penjuru dalam perangkaan mudah: iaitu antara pengkaji, penilai kedua dan penterjemah.

Dapatan kajian setiap tesis atau disertasi: Kajian ini mendapati bahawa pandangan pengkaji secara relatif agak berbeza dengan pandangan penilai kedua dan pandangan penterjemah yang diperoleh secara tidak langsung. Kelainan pandangan tersebut disebabkan terutamanya oleh perbezaan fahaman tentang persepsi kebolehterjemahan, kajian ini turut mendapati penterjemahan aspek-aspek budaya sebenarnya bersifat dwidimensi dan bukannya hanya bersifat aktiviti-aktiviti linear. Pada amnya penterjemahan aspek-aspek budaya memerlukan penggunaan cantuman beberapa teori penterjemahan yang berkaitan dengan pemindahan maklumat, serta analisis semantik dan sosiolinguistik.

Pemerhatian dan rumusan: Dalam kajian ini pelajar mendapati bahawa tesis penyelidik ini adalah  kajian awal sebelum kajian susulan yang dilakukan oleh penyelidik sendiri dengan tajuk ‘Kelain Amatan tentang Kebolehterjemahan: Kes Bahasa Cina kepada Bahasa Melayu’. Apa yang menarik kedua-dua kajian ini ialah penyelidik menggunakan kaedah kebolehterjemahan aspek budaya dalam terjemahan BMn-BM antara pengkaji, penilai kedua dan penterjemah dikalangan pelajar penterjemahan yang sedang mengikuti kursus ini.


2.
Tajuk: Penterjemahan Dalam Media Audiovisual-Televisyen: Satu Analisis Mesej

Nama penyelidik: Hasuria Bt Che Omar

Pernyataan masalah: Penterjemahan media audiovisual televisyen.

Objektif: Mengkaji pemindahan  bahasa bagi elemen verbal peranti linguistik dalam wacana: kohesi dan koheren dalam dialog program televisyen (TV), pemindahan bahasa elemen parabahasa dan mengenalpasti strategi penghasilan sari kata.

Persoalan kajian:
1.    Mengkaji sejauhmanakah output sari kata ini mempengaruhi pemahaman penontonnya?
2.    Mengkaji sejauhmanakah dan bagaimanakah penterjemahan mempengaruhi kualiti output sari kata?


Kerangka teori: Kerangka analisis yang digunakan termasuklah teori wacana : peranti linguistik kohesi dan koheran, teori parabahasa, teori audiovisual, teori budaya-media dan teori penterjemahan

Kaedah: Sampel kajian ini terdiri daripada 1943 dialog yang diperolehi daripada lima program televisyen yang ditayangkan oleh NTV7 dan TV3. Kajian dibuat dalam dua peringkat. Pertama ialah analisis deskriptif bagi elemen verbal leksis dan elemen parabahasa. Kedua-duanya dikaji dari segi kesan mesej yang dihasilkan daripada strategi terjemahan yang digunakan. Kedua ialah analisis untuk melihat keberkesanan tindakan penterjemahan yang mementingkan audien sasaran. Soal selidik telah diedarkan kepada seratus sepuluh (110) responden untuk mendapatkan maklum balas tentang penerimaan dan pemahaman mereka terhadap sari kata yang terdapat dalam program televisyen yang dipilih.

Dapatan kajian setiap tesis atau disertasi: Kajian ini mendapati bahawa pengekalan dan pengguguran telah digunakan untuk menangani elemen kohesi dan koheren dalam wacana audiovisual. Padanan yang dihasilkan dalam kedua-dua elemen kelihatan mengutamakan fungsi komunikatif sesuatu dan konteks situasi sesuatu adegan.


Pemerhatian dan rumusan: Pengalaman pelajar sendiri dalam menterjemah sari kata audiovisual untuk program dokumentari asing daripada bahasa Perancis ke bahasa Inggeris dan seterusnya ke bahasa sasaran iaitu bahasa Melayu, mendapati pelbagai cabaran seperti yang dikaji oleh penulis tesis ini. Pengalaman menterjemah audiovisual sebelum ini secara tidak langsung membolehkan pelajar memahami dengan mudah isi kandung yang dibincangkan pengkaji tesis ini.

3.
Tajuk: Unsur Budaya Dalam Koleksi Terjemahan Cerita Jenaka Bahasa Melayu-Bahasa Jerman Satu Analisis

Nama penyelidik: Khairunisah Bt Sayed Ibrahim

Pernyataan masalah: Teknik pengalihan budaya yang digunakan dalam menghasilkan teks terjemahan cerita jenaka.

Objektif: Untuk mengetahui kewujudan kesan teks sumber dalam penghasilan teks terjemahan yang berkualiti.

Persoalan kajian: Kajian ini dijalankan bagi mendapat jawapan terhadap persoalan-persoalan berikut:
a.    Adakah pengalihan ciri-ciri budaya dari teks sumber ke teks sasaran berjaya dilakukan?
b.    Adakah pengalihan budaya merupakan masalah dalam penterjemahan yang dilakukan?
c.    Apakah fungsi atau kesan teks terjemahan sama seperti fungsi sebenar Cerita Jenaka Melayu?
d.    Dapatkah satu panduan diperoleh untuk membantu mereka yang ingin berkecimpung dalam bidang penterjemahan seperti ini?

Kerangka teori: Kajian ini menganalisis dan mengklafikasikan aspek budaya yang telah diterjemahkan berdasarkan kepada “Teori dan Teknik Terjemahan” oleh Ainon Mohd. dan AbdullaH Hassan (2005). Diantara perkara-perkara yang dibincangkan ialah seperti persampelan data, analisis data dan prosedur kajian.

Kaedah: Penyelidikan ini adalah berdasarkankepada penelitian terhadap cerita rakyat Melayu iaitu ‘Lebai Malang’ dan ‘Pak Belalang’ yang diterjemahkan sebagai ‘DerUnglucks-Geistliche’ dan ‘Vater Heuschreck’. Penilitian dan perbincangan mengupas peratus kejayaan pendekatan pengalihan budaya yang digunakan oleh penterjemah.

Dapatan kajian setiap tesis atau disertasi: Pengkaji berpendapat bahawa semakin banyak unsur budaya yang terdapat dalam sesebuah teks, semakin sukarlah ianya diterjemahkan. Keupayaan bahasa sasaran untuk sesuatu konsep atau maklumat budaya juga merupakan faktor penting dalam terjemahan budaya. Dirumuskan bahawa pengalihan unsur budaya genre cerita jenaka ini adalah sesuatu yang mencabar. Disamping itu ilmu, pengalaman dan daya kreativiti penterjemah amatlah diperlukan agar pemindahan unsur jenaka seiring dengan pengalihan budaya.

Pemerhatian dan rumusan: Pelajar mendapati penterjemahan genre sastera terutamanya cerita rakyat yang berunsur jenaka sukar untuk ditemui  diterjemahkan ke dalam bahasa selain bahasa Inggeris seperti di dalam bahasa Jerman yang dikaji oleh pengkaji. Cerita jenaka dalam bahasa Melayu sering diterjemahkan oleh badan-badan kesusateraan di kalangan negara dalam pertubuhan ASEAN. Pelajar membuat andaian mungkin keserupaan budaya dikalangan negara Asia Tenggara yang tidak jauh berbeza dari segi cara hidup dan cara berfikirlah yang menyebabkan karya-karya penterjemah jenaka tersebuti terjemahkan.


4.
Tajuk: Penterjemahan Kata Kerja Bahasa Cina-Bahasa Melayu: Satu Analisis Ketepatan Makna Padanan

Nama penyelidik:Goh Sang Seong

Pernyataan masalah: Padanan kata kerja dalam terjemahan antologi cerpen bahasa Cina-bahasa Melayu. Antologi berkenaan berjudul ‘Cerpen Pilihan Sastera Mahua III: Dalam Hujan Renyai’

Objektif: Meneliti ketepatan makna padanan kata kerja.

Persoalan kajian:Sebanyak(10) kata kerja tersebut yang merangkumi seratus dua puluh enam (126) padanan yang berlainan dalam bahasa Melayu telah dikumpulkan daripada enam (6) buah cerpen dalam antologi tersebut yang diterjemahkan oleh enam (6) orang penterjemah berlainan.

Kerangka teori: Kajian ini memanfaatkan himpunan beberapa teori yang dipilih secara eklektik iaitu pendekatan penterjemahan tentang kepadanan kata Newmark (1981), teori semantik Kempsin (1977), Chierchia & McConnell-Ginet (1990) tentang makna kata kerja, Analisis Komponen Makna oleh Nida (1975) tentang makna hakiki dan makna komposisi argumen serta makna konteks, klafikasi kata kerja Li Kong Zhi mengikut makna semantik (1988) serta  definisi makna oleh Lyons (1977)

Kaedah: Kesemua 10 kata kerja yang dibincangkan dianalisis makna semantiknya dengan menggunakan kaedah analisis semantik Kempson (1977), Chierchia & Mc Connell (1990) dan Nida (1975) diperincikan dalam bahagian Pengenalan. Bagi menganalisis perbandingan makna antara kata kerja dalam bahasa Cina dengan padanannya dalam bahasa Melayu pula dijalankan untuk menentukan jenis terjemahan Newmark (1981) yang dihasilkan oleh penterjemah.

Dapatan kajian setiap tesis atau disertasi: Kajian ini menunjukkan bahawa padanan kata kerja ‘satu lawan banyak’ sememangnya wujud dalam penterjemahan kata kerja bahasa Cina ke dalam bahasa Melayu. Keadaan ini menghasilkan pelbagai jenis padanan iaitu terjemahan tepat, terjemahan berlebihan, terjemahan berkurangan, terjemahan salah dan terjemahan taksa.

Pemerhatian dan rumusan: Pelajar melihat kajian ini mengesahkan lagi bahawa bahasa Melayu sangat kaya dengan padanan kata kerja. Pengguna terjemahan bahasa Melayu samada dalam penulisan atau perbualan mempunyai banyak pilihan kata samada untuk meluahkan ekspresi perasaan mereka melalui  terjemahan berlebihan atau terjemahan sepadan.


5.
Tajuk: Kata Soal Bila Dalam Dialek Kedah Melayu Baling: Satu Analisis Sintaksis

Nama penyelidik: Fazal Mohamed Sultan,Zaharani Ahmad, Nor Hashimah Jalaluddin dan Harishon Radzi.

Pernyataan masalah: Kata soal yang sama di dalam suatu ayat soal boleh mempunyai dua posisi yang sama yang berbeza.

Objektif: Melihat satu daripada pelbagai bentuk kata soal yang kompleks kerana kata soal ini mempunyai posisi yang berbeza-beza dalam ayat. Kata soal yang dibincangkan dan dianalisis secara sintaksis di sini ialah kata soal bila dalam dialek Kedah.

Persoalan kajian: Kajian ini menghuraikan kota soal bila melalui analisis sintaksis berpandukan kerangka Program Minimalis Chomsky untuk menjawab persoalan dari segi posisi sebenar kata soal tersebut.

Kerangka teori: Analisis sintaksis berpandukan kerangka Program Minimalis oleh Chomsky (1995)

Kaedah: Kajian kata soal telah dilakukan di Kedah. Kawasan kajian tersebut meliputi empat penjuru Kedah, iaitu Baling, Kubang Pasu, Kuala Nerang dan Kubang Rotan.

Dapatan kajian setiap tesis atau disertasi: Kajian ini mendapati kata soal bila boleh mempunyai kedua-dua posisi, iaitu di awal dan di akhir ayat. Posisi di awal ayat dikenali sebagai posisi in situ manakala posisi di akhir ayat dikenali sebagai posisi bergerak. Posisi in situ amat bertentangan daripada bahasa baku bahasa Melayu.

Pemerhatian dan rumusan: Pelajar mendapati kata soal bila apabila digunakan di geografinya ditengah-tengah pengguna bahasa Melayu standard misalnya di Selangor dan Kuala Lumpur, biasanyanya mereka yang berdialek Kedah ini akan menggunakannya di awal ayat, mungkin disebabkan asimilasi dominasi oleh penutur bahasa Melayu standard itu sendiri yang digunakan di awal ayat.


6.
Tajuk: Kebolehterjemahan Budaya Tabiat Bahasa Cina-Bahasa Melayu.

Nama penyelidik: Goh Sang Seong

Pernyataan masalah: Kebolehterjemahan budaya tabiat yang tergolong dalam kata kerja

Objektif: Meneliti fenomena kebolehterjemahan budaya tabiat dalam bahasa Cina ke dalam bahasa Melayu.

Persoalan kajian: Untuk  mencapai objektif kajian, persoalan berikut dikemukakan: Apakah kebolehterjemahan budaya tabiat dalam bahasa Cina ke dalam bahasa Melayu?

Kerangka teori:  Konsep kebolehterjemahan Baker (1998) dan Larson (1984). Teori semantik iaitu analisis komponen makna Katz & Fodor (1963), Nida (1975) dan Jackson (1988). Mengklafikasikan data kajian dan meneliti ketepatan makna kata budaya teori oleh Kempson (1977) , Chierchia dan McConnell-Ginet (1990).

Kaedah: Pengkaji memanfaatkan teori semantik Kempson (1977), Chierchia dan McConnell-Ginet (1990), pengkaji juga menganalisis data dengan membahagikan  beberapa subkategori mengikut sifat masukan leksikalnya iaitu:
1)    Masukan leksikal kata kerja teks sumber: AGEN-Matlamat-Objek dan masukan leksikal kata padanan: AGEN-Matlamat-Objek;
2)    Masukan leksikal kata kerja teks sumber: AGEN-Objek dan masukan leksikal kata padanan: AGEN-Objek;
3)    Masukan leksikal kata kerja teks sumber: Matlamat-Objek dan masukan leksikal kata padanan: Matlamat-Objek
4)    Masukan leksikal kata kerja teks sumber: AGEN dan masukan leksikal kata padanan: AGEN;
5)    Masukan leksikal kata kerja teks sumber: AGEN-Eksperienser dan masukan leksikal kata padanan: AGEN-Eksperienser;
6)    Masukan leksikal kata kerja teks sumber: AGEN-Objek dan masukan leksikal kata padanan: AGEN
7)    Kata kerja teks sumber diterjemahkan menjasi kata nama teks sasaran.

Dapatan kajian setiap tesis atau disertasi: Dapatan kajian menunjukkan bahawa kebanyakan sampel budaya tabiat dalam bahasa Cina bersifat tidak boleh terjemah ke dalam bahasa Melayu.

Pemerhatian dan rumusan: Pelajar mendapati bahawa ketidakbolehterjemahan budaya tabiat daripada bahasa Cina kepada bahasa Melayu ini bukan satu kekangan kepada penterjemahan itu sendiri. Disinilah kreativiti penterjemah diuji bagi menghasilkan kesepadanannya.


7.
Tajuk: Sikap dan Kefahaman Pelajar Terhadap Dialek Negeri Sembilan: Kajian Sosiolinguistik

Nama penyelidik: Mohammad Fadzeli Jaafar, Norsimah Mat Awal dan Idris Aman

Pernyataan masalah:Menyiasat sikap dan kefahaman pelajar terhadap dialek Negeri Sembilan.

Objektif: Mengetahui sejauhmanakah penguasaan dialek di kalangan pelajar menengah rendah di Negeri Sembilan.

Persoalan kajian: Soal selidik dalam kajian ini terdiri dari tiga bahagian, iaitu latar belakang responden, sikap responden terhadap dialek Negeri Sembilan dan soalan pilihan.

Kerangka teori: Labov (1966) menggunakan sampel pertuturan secara individu dan berkumpulan. Beliau mengkaji penganalisaan bahasa pertuturan dengan mengaplikasi faktor-faktor sosial seperti gaya berbahasa, jantina dan status sosioekonomi.

Kaedah: Menanyakan soalan (naming question) tentang sesuatu dan soal selidik yang berbentuk pilihan.

Dapatan kajian setiap tesis atau disertasi: Hasil kajian ini menunjukkan bahawa semakin tinggi kelas sosial pelajar, semakin rendah pemahaman mereka terhadap dialek Negeri Sembilan. Wujud pola perubahan bahasa dalam kalangan remaja di Negeri Sembilan seiring dengan status sosial.

Pemerhatian dan rumusan: Apa diperjelaskan oleh pengkaji tidak banyak kajian yang dilakukan terhadap dialek dari selatan seperti dialek Negeri Sembilan ini jika dibandingkan dengan dialek Melayu Pantai Timur dan dialek Melayu Utara. Pengalaman pelajar sendiri, pelajar cukup senang untuk menulis sama ada membalas surat di dalam talian di dalam dialek Negeri Sembilan kepada rakan-rakan yang berasal dari negeri berkenaan. Pelajar beranggap sekiranya kita menulis atau bercakap dalam bahasa yang diketahui oleh penutur asalnya perbualan itu akan menjadi cepat mesra dan santai.


8.
Tajuk: Aspek Metafora Dalam Rentong Dan Srengenge: Analisis Kaedah Penterjemahan Dan Pemindahan Makna

Nama penyelidik: Abdul Rahman Mandali dan Hasuria Che Omar

Pernyataan masalah: Membincangkan aspek pemindahan makna dalam penterjemahan metafora yang terdapat dalam dua teks kesusasteraan Melayu; iaitu Rentong dan Srengenge oleh Shahnon Ahmad, dan terjemahannya Rope of Ash dan Srengenge oleh Harry Aveling.

Objektif: Membincangkan aspek pemindahan makna dalam penterjemahan metafora yang terdapat dalam dua teks kesusasteraan Melayu, iaitu Rentong dan Srengenge oleh Shahnon Ahmad dan terjemahannya Rope of Ash dan Srengenge oleh Harry Aveling.

Persoalan kajian: Perbezaan aspek dalam budaya yang berbeza boleh menimbulkan masalah dalam penterjemahan.

Kerangka teori: Teori metafora konseptual oleh Lakoff dan Johnson (1980), pendekatan penterjemahan berdasarkan makna oleh Larson (1980), kehilangan makna dalam penterjemahan oleh Newmark (1981) dan konsep ketidakbolehterjemahan oleh Catford (1969).

Kaedah: Kaedah garis panduan menterjemah metafora yang disarankan oleh Larson (1984) seperti:
1.            Metafora boleh dikekalkan sekiranya bahasa sasaran membenarkan (berbunyi sejadi dan dapat difahami dengan baik oleh pembaca sasaran.
2.            Metafora boleh diterjemahkan sebagai simile.
3.            Metafora boleh digantikan dengan metafora bahasa sasaran yang mempunyai maksud yang sama.

Dapatan kajian setiap tesis atau disertasi: Pemerhatian menunjukkan bahaw, a) kebanyakan elemen metafora bahasa sumber telah diterjemahkan kepada pengertian tanpa dikekalkan struktur metaforanya; b) metafora bahasa sumber dikekalkan dalam metafora bahasa sasaran, dan pengekalan ini pada kebanyakan masanya dilihat sebagai kaedah terjemahan yang ideal.

Pemerhatian dan rumusan: Dalam analisis penilaian penterjemahan pelajar sendiri terhadap novel Rentong oleh Shahnon Ahmad dan terjemahannya Rope of Ash  untuk tugasan tutorial. Terdapat banyak aspek metafora yang janggal dengan budaya tempatan yang diterjemahkan.


9.
Tajuk: Perbandingan Terjemahan Manusia Dengan Terjemahan Mesin Dalam Buku Fitness 24/7

Nama penyelidik: Nur Faezah Mohd Ayob dan Hasnah Mohamad

Pernyataan masalah: Bagi menentukan kekurangan dan kelebihan yang terdapat pada terjemahan mesin (teknologi semasa) berbanding terjemahan yang dihasilkan olej manusia menggunakan Google Translate.

Objektif: Mengkaji persamaan yang wujud antara terjemahan manusia dengan terjemahan mesin untuk menterjemahkan teks teknikal.

Persoalan kajian: Perincian persamaan yang dilihat oleh pengkaji adalah dari aspek pilihan kata, struktur ayat dan makna keseluruhan ayat bagi kedua-dua hasil terjemahan.

Kerangka teori: Pendekatan fungsional oleh Christian Nord.

Kaedah: Analisis teks dijalankan terhadap buku Fitness 24/7 (2008) yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu oleh Kevin Zahri (mewakili terjemahan manusia) menerusi buku Cergas 24/7 (2008), manakala Google Translate digunakan untuk mewakili terjemahan mesin.

Dapatan kajian setiap tesis atau disertasi: Dapatan kajian menunjukkan bahawa persamaan yang wujud antara terjemahan manusia dengan terjemahan mesin dalam menterjemahkan teks teknikal adalah rendah, iaitu sebanyak 31.6 peratus. Penterjeahan mesin masih memerlukan tenaga manusia untuk menghasilkan terjemahan yang lebih baik.

Pemerhatian dan rumusan: Pelajar sangat tertarik bagaimana analisis ini dijalankan dimana pengkaji membuat perbandingan terjemahan mesin dan terjemahan manusia menerusi jadual parimeter perbandingan tiga faktor iaitu aspek pilihan kata, struktur ayat dan makna. Dapatanya mudah dan amat berkesan untuk dilihat perbezaan antara kedua-dua mesin dan manusia.


10.
Tajuk: Penterjemahan Gaya Bahasa Daripada Bahasa Inggeris Kepada Bahasa Melayu Dalam Baris Kepala Iklan

Nama penyelidik: Haslina Haroon

Pernyataan masalah: Baris kepala iklan berbahasa Inggeris.

Objektif: Menganalisis fungsi baris kepala dalam iklan bahasa Inggeris, menentukan unsur gaya bahasa yang digunakan dalam iklan tersebut, meneliti cara baris iklan tersebut diterjemah dalam bahasa Melayu.

Persoalan kajian:
1.    Apakah fungsi baris kepala dalam teks iklan bahasa Inggeris dalam akhbar di Malaysia?
2.    Apakah unsur gaya bahasa yang digunakan dalam baris kepala teks iklan bahasa Inggris tersebut?
3.    Bagaimanakah unsur gaya bahasa dalam baris kepala teks iklan bahasa Inggeris tersebut diterjemahkan kepada bahasa Melayu?
4.    Apakah kesan penggunaan prosedur terjemahan terhadap fungsi baris kepala teks iklan terhasil.

Kerangka teori: Konteks text type atau jenis teks dipelopori oleh Reiss (2012). Konsep penterjemahan teks promosi oleh Torresi (2010). Penterjemahan budaya pada peringkat pragmatik seperti (1) pemindahan sepenuhnya, (2) perubahan minimum dan (3) beradaptasi yang dikemukan oleh Jettmarova, Piotrowska dan Zauberga (1997).

Kaedah: Sumber data untuk kajian ini perlu memenuhi dua kriteria, iaitu : (1) teks iklan bahasa Inggeris mestilah teks bercetak yang mempunyai baris kepala yang mempunyai unsur gaya bahasa; dan (2) teks iklan bahasa Inggeris tersebut mestilah juga mempunyai terjemahannya dalam bahasa Melayu dalam bentuk bercetak. Penelitian dilakukan terhadap enam set (6) teks iklan memokuskan kepada unsur gaya bahasa dalam baris kepala teks iklan tersebut dan terjemahannnya.

Dapatan kajian setiap tesis atau disertasi: Baris kepala dalam bahasa Inggeris mempunyai pelbagai fungsi dan menggunakan pelbagai unsur gaya bahasa. Analisis ini juga menunjukkan bahawa sesetengah baris kepala yang diterjemahkan dalam bahasa Melayu tidak menggunakan sebarang unsur gaya bahasa.

Pemerhatian dan rumusan: Pelajar sendiri pernah membuat tugasan baris kepala iklan ini. Pelajar memilih teks promosi iklan minuman susu jenama Dutch Lady dalam bahasa Melayu dengan memadankannya dengan teks iklan yang sama dalam bahasa Inggeris. Dalam analisis yang dilakukan aspek visual seperti latar belakang visual masih dikekalkan namun teks iklan bahasa Inggeris didapati berlaku kekurangan terjemahan. Manakala aspek budaya amat diberi perhatian untuk sesuaikan dengan pembaca sasaran. Analisis pengkaji ini amat membantu dalam mengetahui aspek-aspek psikologi yang dipertimbangkan oleh pembaca iklan.





11.
Tajuk: Strategi Penterjemahan Nilai dan Kepercayaan Dalam Novel Sungai Mengalir Lesu

Nama penyelidik: Nur Hafeza Ahmad Marekan dan Goh Sang Seong

Pernyataan masalah: Mentifaks unsur kepercayaan dan nilai.

Objektif: Membincangkan penterjemahan mentifaks unsur kepercayaan dan nilai daripada bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris.

Persoalan kajian: Data yang dianalisis dipetik daripada novel Sungai Mengalir Lesu, karya A. Samad Said (1967) yang telah diterjemahkan oleh Aveling (1981).

Kerangka teori: Konsep makna situasi oleh Larson (1984), definisi nilai dan kepercayaan oleh Katan (2004) serta definisi mentifak oleh Huxley (1957).

Kaedah: Perbincangan data dikelaskan mengikut strategi penterjemahan yang digunakan oleh penterjemah dalam menterjemahkan unsur nilai dan kepercayaan. Perbincangan data dimulakan dengan petikan teks (TS merujuk teks sumber, TT merujuk teks terjemahan, dan halaman disertakan dalam kurungan) yang mempunyai unsur kepercayaan dan nilai (yang digelapkan ayat) dalam teks sumber dan padananannya dalam teks terjemahan.

Dapatan kajian setiap tesis atau disertasi: Didapati bahawa unsur nilai dan kepercayaan dalam bahasa sumber yang berkongsi medan semantik budaya yang serupa dengan nilai dan kepercayaan dalam bahasa sasaran lebih cenderung disampaikan kembali dalam teks terjemahan melalui pendekatan dokumentari, manakala unsur nilai dan kepercayaan dalam bahasa sumber yang tidak wujud dalam bahasa sasaran lebih kerap diterjemahkan dengan menggunakan pendekatan instrumental.

Pemerhatian dan rumusan: Walaupun pelajar merasakan konsep penterjemahan mentifaks unsur kepercayaan dan nilai ini akan sukar diamati pada awalnya. Namun pemahaman terhadapnya semakin berubah setelah diberikan dengan sampel contoh analisis oleh pengkaji.




12.
Tajuk: Perkhidmatan Terjemahan Dalam-Talian Malaysia: Satu Kajian Awal

Nama penyelidik: Intan Safinaz Zainuddin dan Quah Chiew Kin

Pernyataan masalah: Membincangkan perkhidmatan terjemahan dalam-talian.

Objektif: Membina satu kompendium perkhidmatan terjemahan dalam laman web oleh individu dan syarikat swasta di Malaysia.

Persoalan kajian:
1.    Mengkaji jumlah penterjemah di Malaysia yang menggunakan laman web dalam Internet untuk mempromosikan perkhidmatan penterjemahan.
2.    Mengumpul kesemua alamat laman web yang diiklankan, menganalisis perkhidamatan yang ditawarkan, pasangan bahasa yang terlibat, jenis teks yang diterjemahkan dan bayaran yang ditawarkan.
3.    Menganalisis perbandingan antara laman web milik penterjemah tempatan dan luar negara.

Kerangka teori: Pemasaran penterjemahan menerusi internet oleh Jesmit Dhillon (2000).

Kaedah: Metodologi menerusi pengumpulan alamat laman web dan maklumat mengenai penterjemah dan syarikat ini ialah dengan menggunakan gelintar atau enjin carian tempatan dan antarabangsa seperti Msn,com.my, Yahoo.com, Google.com, Catcha.com.my, Lycosasia.com.my, Malaysia Central.com, E-Borneo.com dan Cari.com.my.

Dapatan kajian setiap tesis atau disertasi: Lebih kurang 9 laman web penterjemah dan syarikat terjemahan yang berdaftar di Malaysia telah dijumpai. Laman-laman web ini menyediakan maklumat-maklumat penting seperti latar belakang penterjemah dan syarikat, jenis teks yang diterjemahkan, bahasa yang terlibat, hala bahasa, harga perkhidmatan, cara penghantaran teks dan alamat email untuk perhubungan.

Pemerhatian dan rumusan:
Kajian ini boleh dikatakan kajian permulaan terjemahan dalam talian di Malaysia. Namun selepas 12 tahun telah banyak perubahan yang berlaku selaras kepantasan teknologi maklumat digital yang berasaskan komputer.  Telah banyak pemain-pemain samada penterjemah bebas, syarikat atau badan penterjemah yang menggunakan medium dalam talian bukan sahaja menyediakan perkhidmatan malah memasarkan sendiri produk terjemahan mereka. Maklumat dalam kajian ini sangat berguna terutamanya dalam melihat penawaran harga perkhidmatan.


13.
Tajuk: Analisis Kohesi Wacana Sains Berdasarkan Teori Nahu Fungsian

Nama penyelidik: Mohammad Fadzeli Jaafar, Idris Aman dan Norsimah Mat Awal

Pernyataan masalah: Kohesi dalam teks sains.

Objektif: Mengenal pasti bentuk dan strategi kohesi dalam teks sains terpilih dan menjelaskan strategi pengarang teks sains menggunakan unsur kohesi tertentu dalam penyampian maklumat.

Persoalan kajian: Membahaskan (i) batasan kohesi dan (ii) kategori kohesi. Kajian ini tertumpu pada tiga kategori, iaitu rujukan, penghubung dan pautan leksikal.

Kerangka teori: Model jenis kohesi seperti rujukan, penggantian, ellipsis, penghubung dan pautan leksikal oleh Halliday dan Hasan (1976).

Kaedah: Kajian ini terdiri daripada 24 makalah bahasa Melayu yang diterbitkan dalam jurnal Sains Malaysiana pada 2012. Kesemua makalah ini dibahagikan mengikut bidang masing-masing, iaitu biologi (10 makalah), kimia (8 makalah) dan fizik (6 makalah). Makalah dianalisis berdasarkan program Wordsmith Tools 5 untuk mengenal pasti bentuk dan kekerapan kohesi dalam ayat.

Dapatan kajian setiap tesis atau disertasi: Kajian ini mendapati bahawa perulangan leksikal adalah yang paling kerap digunakan dalam teks kajian, diikuti oleh rujukan dan penghubung.

Pemerhatian dan rumusan: Sungguhpun kajian kohesi ini menumpukan kepada saintifik bahasa Melayu. Pelajar penterjemahan akan mengaplikasikan analisis kohesi wacana sains ini apabila mereka mendapat tugasan menterjemah teks berkenaan. Kajian ini berfaedah untuk menjelaskan penggunaan kohesi yang baik dalam teks.

14.
Tajuk: Pemerkasaan Jati Diri Bahasa Melayu: Isu Penyerapan Kata Asing (Empowerment and Configuration Malay Language Identity: Infiltration of Foreign Vocabularies Issue)

Nama penyelidik: Zaharani Ahmad, Nor Hashimah Jalaluddin, Fazal Mohamed Mohamed Sultan, Harishon Radzi & Mohd Shabri Yusof.

Pernyataan masalah: Penyerapan kata asing.

Objektif: Menganalisis beberpa implikasi daripada penyerapan kata asing dalam proses pemerkasaan jati diri bahasa Melayu.

Persoalan kajian: Penyerapan kata asing bukan sekadar membawa masuk leksikal baru tetapi disertai dengan sistem nahunya sekali gus menyebabkan berlakunya pertembungan antara sistem linguistik bahasa sumber dengan sistem linguistik sasaran. Kajian ini menjelaskan dua proses tersebut yang akan menimbulkan dua dikotomi iaitu sama ada  (i) kata asing itu mengalami  perubahan dan penyesuaian untuk mematuhi sistem bahasa sasaran, atau (ii) kata asing itu mengekalkan bentuk asalnya lalu membawa masuk ciri baru yang melenggari sistem linguistik bahasa sasaran.

Kerangka teori: Peminjaman perbendaharaan kata  oleh Langacker (1968) dan sistem ejaan Zaba (1965).

Kaedah: Analisis meliputi beberapa kamus terkenal dan pengucapan lazim dalam kehidupan harian.

Dapatan kajian setiap tesis atau disertasi: Kemasukan perbendaharaan kata daripada kedua-dua bahasa Arab dan Inggeris mempunyai dua kesan linguistik dalam konteks pemerkasaan dan pembinaan jati diri bahasa Melayu. Pertama, bahasa Melayu berjaya mempertahankan jati dirinya dan tidak menerima unsur linguistik asing. Kedua, bahasa Melayu gagal mempertahankan jati dirinya dan terpaksa menerima unsur linguistik asing.

Pemerhatian dan rumusan: Pelajar merasakan isu penyerapan kata asing dalam bahasa asing ini bukan sahaja berlaku dalam bahasa Melayu malah kepada bahasa dunia yang lain yang menerima peradaban luar masuk ke dalam. Perihal ini dari satu sudut bukan sahaja memperkayakan sesuatu tamadun itu malah menjadikan bahasa Melayu khususnya terus dinamik berkembang selaras dengan peredaran semasa.
15.
Tajuk: Terjemahan Bahasa Kiasan Dalam Novel Kokoro Dari Bahasa Jepun Ke Bahasa Melayu – Satu Analisis.

Nama penyelidik: Jaafar Bin Jambi

Pernyataan masalah: Mengkaji dan menganalisis terjemahan bahasa kiasan daripada bahasa Jepun ke dalam bahasa Melayu untuk mengenal pasti bahasa kiasan yang digunakan dan strategi-strategi penterjemahan bahasa kiasan yang diambil penterjemah.

Objektif:
1.    Mengenal pasti dan menyenaraikan jenis-jenis bahasa kiasan yang terdapat dalam teks asal.
2.    Mengenal pasti dan menyenaraikan terjemahan bahasa kiasan yang terdapat dalam teks terjemahan.
3.    Mendapatkan kekerapan penggunaan bahasa kiasan menurut bab.
4.    Mengenal pasti dan mengkaji strategi yang digunakan oleh penterjemah bagi menterjemah bahasa kiasan.

Persoalan kajian:
1.    Penggunaan imej yang khusus kepada bahasa dan budaya sumber.
2.    Penggunaan imej yang sama tetapi makna yang berbeza.
3.    Penggunaan imej yang berbeza tetapi makna yang sama.
4.    Perluasan makna.

Kerangka teori: Strategi penterjemahan bahasa kiasan melalui konsep Taksonomi oleh Larson melalui metafora, simili  dan idiom.

Kaedah: Sebuah teks yang dipilih iaitu sebuah novel terjemahan daripada bahasa Jepun karya Soseki Natsume (1914) berjudul Kokoro yang diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu oleh Thaiyibah Sulaiman.

Dapatan kajian setiap tesis atau disertasi: Daripada analisis yang telah dibuat didapati antara lain, (1) dibandingkan dengan versi bahasa Melayu, versi bahas Jepun menggunakan lebih banyak jenis kiasan yang mencerminkan kemungkinan besar bahawa Jepun pada amnya menggunakan lebih banyak bahasa kiasan dibandingkan dengan bahasa Melayu. (2) strategi utama yang digunakan oleh penterjemah ialah menterjemah tanpa mengekalkan unsur-unsur atau imej-imej bahasa kiasan.

Pemerhatian dan rumusan: Pelajar mendapati kajian penterjemahan bahasa kiasan sangat mencabar. Kelebihan pemahanan terhadap bukan sahaja terhadap bahasa Jepun sendiri malah aspek budaya dan norma adalah satu kelebihan kepada pengkaji.


16.
Tajuk: Dialek Melayu Terengganu: Pendokumentasian dan Pengekalan Warisan Variasi Bahasa Tempatan

Nama penyelidik: Noraien Mansor dan Normaliza Abd Rahim

Pernyataan masalah: Menganalisis dan menjelaskan tentang ciri-ciri keunikan dialek negeri Terengganu serta strategi pengekalan warisan variasi bahasa tempatan dalam konteks bahasa lokaliti daerah pesisir pantai.

Objektif: Mendokumentasi dan memelihara serta mengekalkan khazanah warisan variasi bahasa khususnya bagi dialek negeri Terengganu untuk mengelakkan kepupusan bahasa tempatan.

Persoalan kajian: Terdapat 5 aspek kajian dialek Terengganu ini antaranya;
1.    Aspek pengguguran dan penggantian.
2.    Aspek pemendekan atau ringkasan perkataan.
3.    Aspek penegasan sebutan.
4.    Aspek penegasan perkataan.
5.    Aspek pengayaan kosa kata tempatan.

Kerangka teori:  Tahap linguistik terutamanya dari segi sebutan fonem dan perkataan oleh Ismail Hussein (1973); Collins J.T. (1983); Amah Hj Omar (1985) dan Abdul Hamid Mahmood (1990). Dari segi istilah oleh Abdul Hamid Mahmood (1994) yang dirujuk daripada Mario A. Pei dan Frank Gaynor (1954).

Kaedah: Kajian ini mengaplikasikan kaedah kualitatif diskriptif menggunakan kaedah soal selidik dan temu bual yang direkodkan dan ditranskripsikan perbualan daripada informan yang dipantau oleh penutur jati dialek Melayu Terengganu bagi ketepatan makna di dalam interpritasi data. Sampel kajian terdiri daripada 120 orang ahli komuniti daripada empat mukim terpilih bagu kawasan pesisir pantai daerah Kuala Terengganu.

Dapatan kajian setiap tesis atau disertasi: Hasil kajian ini memperlihatkan keunikan dialek Melayu Terengganu kawasan pesisir pantai mempunyai ciri-ciri tersendiri dari aspek fonologi dan kosa kata di dalam pertuturan mereka. Antaranya menyentuh kelainan sebutan bagi aspek bunyi vokal, konsonan, diftong, suku kata dan kosa kata yang melibatkan pengguguran, penggantian, pemendekkan, penegasan sebutan, perkataan serta pengayaan kosa kata tempatan.

Pemerhatian dan rumusan: Dalam pemerhatian pelajar secara peribadi mempunyai ahli keluarga yang berkahwin dengan orang Terengganu yakni  adik lelaki pelajar bernikah dengan orang Besut. Disebabkan geografi Kuala Besut terletak di bahagian utara yang berhampiran dengan negeri Kelantan maka kebanyakan orang yang tinggal di daerah ini bercakap dalam dialek Melayu Kelantan. Maka benarlah dalam kajian Asmah Hj. Omar (1988) dialektologi adalah berlandakan kepada kadar saiz dan geografinya.


17.
Tajuk: Penggunaan Kata Ganti Nama Dialek Kelantan Dalam Aplikasi WhatsApp

Nama penyelidik: Azrizan Abu Bakar dan Karim Harun

Pernyataan masalah: Kajian ini meneliti penggunaan ganti nama diri dalam dialek Kelantan dalam WhatsApp Messenger.

Objektif: Membantu bagi memahami variasi kata ganti nama diri dialek Kelantan yang digunakan secara meluas dalam aplikasi WhatsApp yang tentunya berbeza penggunaannya secara lisan yang lebih terhad iaitu ambo, aku, kawe, kito, demo, kami, mu, awok, dio, demo tu dan sdaro.

Persoalan kajian:Terdapat 4 persoalan yang dikaji oleh penkaji antaranya:
1.    Kata ganti nama diri orang pertama
2.    Kata ganti nama diri orang kedua
3.    Kata ganti nama diri orang ketiga


Kerangka teori: Model ‘Grid Speaking’ oleh Hymes (1974).

Kaedah: Kajian ini menggunakan pendekatan sosiologi yang merangkumi kaedah kajian kepustakaan dan pemerhatian tidak ikut serta. WhatsApp Group yang dikaji iaitu ‘Sahabat JIP’ mempunyai ahli seramai 22 orang terdiri daripada pensyarah IPG (Institut Perguruan). Informan berumur 44 hingga 60 tahun. Pengkaji mengikuti segala komunikasi yang berlangsung tanpa memberi sebarang komen selama tiga bulan. Dalam kaedah ini, pengkaji mengutip data dengan cara mengklik ke group info,scroll down dan klik email chat, pilih without media kemudian dihantar ke e-mel pengkaji untuk dicetak

Dapatan kajian setiap tesis atau disertasi: Dapatan kajian bahawa kata ganti nama diri dalam dialek Kelantan adalah unik dan bervariasi. Kata ganti diri ‘ambo’ merupakan yang paling kerap digunakan selain daripada kito, kawe, kite, ambe, dan kambo.

Pemerhatian dan rumusan: Selama ini apabila pelajar ingin bercakap dialek Kelantan dengan rakan-rakan yang berasal dari negeri itu pelajar sering menggunakan kata ganti nama diri ‘kawe’ mungkin dipengaruhi oleh media yang sering menggunakannya. Namun daripaa kajian ini sebenarnya terdapat variasi yang pelbagai seperti latar dan geografi penuturnya.


18.
Tajuk: Kuala Kangsar Sebagai Zon Transisi Dialek

Nama penyelidik: Rohani Mohd. Yusof

Pernyataan masalah: Variasi bahasa memperlihatkan ketidakseragaman dalam penggunaannya.

Objektif: Meninjau dan meneliti variasi dari dialek Perak, iaitu subdialek Kuala Kangsar.

Persoalan kajian: Antara persoalan yang dikaji ialah;
1.    Kawasan penyebaran ciri-ciri dialek Perak.
2.    Kawasan penyebaran ciri-ciri dialek luar atau dialek pendatang.
3.    Kawasan penyelaan dialek.

Kerangka teori: Sistem bunyi dialek oleh Harun Mat Piah (1969) dan fonologi dialek Melayu oleh Asmah Hj Omar (1977).

Kaedah: Kajian ini dibahagikan kepada tiga bahagian, iaitu sumber, pemlihan informan dan analisis data.

Dapatan kajian setiap tesis atau disertasi: Subdialek ini memperlihatkan ciri-ciri dialek yang bercampur aduk dengan dialek luar dan dialek pendatang. Keadaan ini telah memperlihatkan satu keunikan dalam dialek Perak dengan gejala linguistik yang bertumpang tindih. Ini menjadikan Kuala Kangsar sebagai zon atau kawasan peralihan dialek. Walaubagaimanapun, Kuala Kangsar masih mempertahankan ciri-ciri dialek Perak.

Pemerhatian dan rumusan: Ibu bapa pelajar penghijrah ke Lembah Kelang pada tahun 1970an yang berasal dari Perak Tengah iaitu di daerah Bota, Parit dimana geografinya sedikit ke bawah daripada kajian ini dilakukan. Daripada pengamatan pelajar yang sering kedua-dua lokasi ini daripada tahun 1996 hingga 2000 tidak berlaku perubahan variasi yang dilaporkan oleh pengkaji. Bagi pelajar subdialek Parit adalah yang mencirikan dialek Perak yang sebenar bukannya Kuala Kangsar.


19.
Tajuk: Kelain Amatan tentang Kebolehterjemahan: Kes Bahasa Cina kepada Bahasa Melayu

Nama penyelidik: Goh Sang Seong dan Mashudi Kader

Pernyataan masalah:Kelain Amatan tentang  kebolehterjemahan.

Objektif: Mengkaji perbezaan amatan penterjemah tentang kebolehterjemahan dan kesannya terhadap pengekalan mesej dalam terjemahan bahasa Cina kepada bahasa Malaysia

Persoalan kajian: Pandangan penilai kedua tentang kebolehterjemahan aspek budaya dalam terjemahan BMn-BM dalam rencana ini  akan diteliti oleh penilai pertama mengikut kategori antaranya:
1.    Amatan penilai kedua tentang kebolehterjemahan budaya ekologi.
2.    Amatan penilai kedua tentang kebolehterjemahan budaya material.
3.    matan penilai kedua tentang kebolehterjemahan budaya organisasi, adat resam, aktiviti, prosedur, konsep.
4.    Amatan penilai kedua tentang kebolehterjemahan budaya gerak isyarat dan amalan.


Kerangka teori: Idea menterjemah Newmark (1988), Larson (1984), Venutti (1992 & 1995).

Kaedah: Lima puluh butiran linguistik yang mengandungi pelbagai unsur budaya daripada teks Shui Hu Zhuan, telah dijadikan korpus kajian. Borang penilaian yang mengandungi lima puluh butiran linguistik yang berunsur budaya telah diedar kepada penilai kedua. Mereka adalah pelajar rancangan penterjemahan yang fasih dalam kedua-dua bahasa itu.

Dapatan kajian setiap tesis atau disertasi: Analisis kuantitatif mudah dan kualitatif yang dijalankan telah menunjukkan perbezaan amatan tentang tahap kebolehterjemahan setiap butiran linguistik antara pihak peneliti dengan penilai kedua menjadi punca utama wujudnya pelbagai output terjemahan, dan mesej utama dalam teks sasaran tidak begitu berbeza antara yang dihasilkan amatan kebolehterjemahannnya oleh individu-individu berlainan.

Pemerhatian dan rumusan: Daripada analisis kajian ini pelajar mendapati kajian ini adalah kesinambungan daripada tesis pengkaji yang mengkaji tajuk ‘Kebolehterjemahan Aspek-Aspek Budaya Dalam Terjemahan Shui Hu Zhuan’ yang diselia oleh penyelidik kedua.


20.
Tajuk: Prosedur Peminjaman dan Elemen Sosiobudaya Dalam Terjemahan Rihlat Ibn Battutah” (Borrowing and The Sociocultural Elements in The Translation of Rihlat Ibn Battutah),

Nama penyelidik: Idris Mansor

Pernyataan masalah: Prosedur peminjaman dan elemen sosiobudaya.

Objektif: Mengenal pasti prosedur penterjemahan yang digunakan oleh penterjemah teks ‘Pengembaraan Ibn Battutah’ dalam menterjemah beberapa elemen budaya yang dipilih.

Persoalan kajian: Antara faktor terlibat yang dikaji dalam kajian ini ialah;
1.    Status bahasa Arab di Malaysia.
2.    Polisi bahasa kebangsaan terhadap peminjaman perkataan asing.
3.    Kemasyhuran teks sumber.
4.    Latar belakang para penterjemah.
5.    Fungsi teks sumber dan sasaran.

Kerangka teori: Konsep keberangkalian (probability) oleh Toury (2004) dan konsep “pemerhatian dan penerangan” (observation and explanation) yang diperkenalkan oleh Pym, Shlesinger dan Jettamarova (2006).

Kaedah: Kaedah "pemerhatian dan penerangan" dan disokong oleh pendekatan temu bual, kajian ini dijalankan bagi mengenal pasti pengaruh sosiobudaya yang terlibat dalam pemilihan prosedur peminjaman sebagai pendekatan utama dalam menterjemahkan elemen-elemen budaya tersebut.

Dapatan kajian setiap tesis atau disertasi: Hasil kajian mendapati bahawa selain ketiadaan padanan satu lawan satu bagi data teks sumber yang dipilih, pengaruh faktor-faktor luaran juga terlibat dalam pemilihan peminjaman sebagai antara prosedur penting dalam terjemahan tersebut

Pemerhatian dan rumusan: Pelajar mendapati kajian ini berguna untuk digunakan dalam projek akhir iaitu terjemahan buku. Pendekatan tranliterasi daripada bahasa Arab ke bahasa Melayu boleh digunakan dalam kajian pendekatan yang akan digunakan nanti terutamanya tejemahan kata pinjaman bahasa Arab yang diterjemahkan ke bahasa Inggeris dan seterusnya ke dalam bahasa Melayu.


21.
Tajuk: Penterjemahan Frasa Al-Idafah Arab-Melayu Menggunakan Google Translate.

Nama penyelidik: Khadijah Sjahrony & Maheran Ahmad

Pernyataan masalah: Kajian ini ingin melihat dan menganalisis perbandingan hasil terjemahan antara manusia dengan mesin dalam menterjemahkan frasa idafah serta melihat kelebihan dan kekurangan antara kedua-duanya.

Objektif: Menilai dan menganalisis perbandingan antara hasil terjemahan manusia dengan mesin dalam menterjemah frasa Arab.

Persoalan kajian:
1.    Adakah terjemahan dapat dilakukan oleh komputer?
2.    Adakah komputer atau mesin mampu menghasilkan terjemahan yang baik?
3.    Sejauhmanakah terjemahan dapat diterima?

Kerangka teori: Ilya Ulitkin (2011) dalam jurnalnya bertajuk ‘Computer-assisted Translation Tools: A Brief Review’ mengupas tentang terjemahan berbentukan mesin komputer. Menurutnya pendekatan yang dilakukan komputer dalam membantu proses terjemahan termasuk perisian komputer, kamus dan korpus linguistik dan sistem korpora untuk setiap bahasa. Tiga pendekatan dalam terjemahan bertulis pula iaitu mesin terjemahan berdasarkan peraturan bahasa sumber dan sasaran, kedua mesin terjemahan statistik dan akhir terjemahan yang berbentukan komputer.

Kaedah: Penganalisaan data kajian menggunakan kaedah analisis kandungan (content analysis) kerana tertumpu kepada kajian korpus (novel) yang berbentuk diskriptif. Analisis data melibatkan dua kategori perbandingan iaitu:
1.    Enjin terjemahan Google mewakili mesin terjemahan.
2.    Penterjemah Nahmar Jamil mewakili terjemahan manusia.

Dapatan kajian setiap tesis atau disertasi: Kajian mendapati bahawa mesin tidak mampu menterjemah frasa idafah dengan sempurna, terjemahan manusia tetap mempunyai nilai dan kualiti yang lebih baik berbanding mesin.

Pemerhatian dan rumusan: Kajian ini memperdalamkan lagi ilmu pelajar berkenaan dengan terjemahan mesin dan terjemahan manusia. Sebelum ini pelajar kurang membuat penilaian bagaimana proses penterjemahn mesin itu terhasil. Hasil kajian ini sangat bermafaat kepada pelajar untuk menggunakan kedua-duanya dalam projek terjemahan mendatang.


22.
Tajuk: Tinjauan Literatur Penterjemahan Novel Melayu ke Bahasa Arab

Nama penyelidik: Noorsyuhada Mohamed Salleh & Maheran Ahmad

Pernyataan masalah: Kajian ini dijalankan bertujuan untuk: (1) Mengenal pasti kajian-kajian lalu yang telah ditulis oleh para sarjana; (2) Menentukan aspek yang masih belum dikaji oleh para sarjana untuk dijadikan kajian baru.

Objektif: Menyorot aktivit penterjemahan novel dalam Bahasa Melayu ke Bahasa Arab.

Persoalan kajian:
1.    Apakah kajian dalam bidang terjemahan yang dikaji oleh sarjana?
2.    Apakah aspek dalam terjemahan yang belum dikaji?

Kerangka teori: Monique Zaini-Lajoubert memperkatakan kedua-dua permasalahan bahasa dan budaya. Beliau menghuraikan bagaimana cara mengatasi masalah-masalah terjemah yang disebabkan perbezaan linguistik dan sosiobudaya antara bahasa sumber (bahasa Melayu dan bahasa sasaran (bahasa Perancis).

Kaedah: Kajian ini berbentuk kajian kualitatif dan menggunakan kaedah kepustakaan untuk mendapatkan data. Data dikumpul daripada buku, jurnal, tesis, kertas kerja, abstrak persidangan dan sebaginya. Data yang diperoleh dianalisis secara diskriptif.

Dapatan kajian setiap tesis atau disertasi: Kajian ini mendapati masih belum ada pengkaji yang membincangkan secara khusus penterjemahan dari Bahasa Melayu ke Bahasa Arab dan perkara ini boleh dijadikan tajuk kajian pada masa akan datang agar disiplin terjemahan lebih maju. Dicadangkan agar bidang penterjemahan Melayu –Arab dijadikan kajian oleh para sarjana khususnya yang berkaitan dengan masalah atau pendekatan mahupun strategi yang boleh digunakan untuk menterjemah kan karya sastera Melayu, terutamanya novel ke bahasa Arab.

Pemerhatian dan rumusan: Sorotan kepustakaan penterjemahan novel Melayu ke bahasa Arab ini telah memberi gambaran sebenar mengenai senario yang berlaku di Malaysia. Perihal ini juga dapat memberi gambaran sebenar kepada badan-badan penterjemahan atau penerbit buku mengenai polemik yang berlaku.






23.
Tajuk: Konsep Syarat Terjemahan Hadith

Nama penyelidik: Khairul Amin Mohd Zain dan Mohd Norzi Nasir

Pernyataan masalah: Di Malaysia khasnya, gerakan penterjemahan hadith telah lama bermula sejak zaman Syeikh Daud al-Fathani dan zaman Syeikh al-Marbawi lagi. Namun, terjemahan tersebut masih lagi belum memadai, tambahan pula perkembangan bahasa sentiasa berubah menurut perubahan semasa dan keperluan masyarakat terhadap hadith makin terserlah kerana adanya kesedaran agama yang kian bertambah.

Objektif: Kajian ini membincangkan konsep, syarat dan cadangan dalam menghasilkan terjemahan hadith yang bermutu.

Persoalan kajian: Antara persoalan yang timbul diutarkan ialah apabila makna hadith itu dipindahkan pula ke dalam bahasa sasar, apakah teks sasar tersebut boleh dianggap mempunyai kedudukan yang serupa dengan teks atau lebih rendah daripadanya, atau ia akan mendapat lebih tinggi daripada teks yang asal?

Kerangka teori: Konsep terjemahan hadith oleh Hakim bin Zainal,  Nida dan Taber (1974) dan Ainon Muhammad (1985).

Kaedah: Analisis kandungan dokumen daripada pelbagai sumber primer dan sekunder yang berautoriti.

Dapatan kajian setiap tesis atau disertasi: Hasil kajian mendapati walaupun dewasa ini kesemua hadith dengan mudah, akan tetapi masih lagi terdapat golongan yang tidak bernasib baik kerana tidak mampu membaca dan memahami hadith-hadith tersebut. Ini kerana mereka tidak berkebolehan dalam bahasa Arab

Pemerhatian dan rumusan:  Melalui kajian ini pelajar lebih memahami tentang apakah syarat-syarat dan kepakaran yang diperlukan dalam menterjemahkan hadis. Kajian ini memberikan beberpa idea kepada pelajar untuk melakukan projek penterjemahan akan datang.



24.
Tajuk: Konsep Sinonim Dalam Teks Terjemahan Novel The Pearl Ke Dalam Bahasa Melayu Oleh Abdullah Hussain

Nama penyelidik: Nurulhayati Zulfadinamis & Che Ibrahim Salleh.

Pernyataan masalah: Konsep sinonim dalam bidang penterjemahan memerlukan penelitian mendalam dari segi penggunaan setiap kata yang membawa makna yang sama. Akan tetapi, penggunaan setiap kata itu dinilai berdasarkan konteks dan situasi serta pengalaman kebudayaan yang dimiliki oleh pengarang, penterjemah, atau golongan sasaran penutur natif bahasa sumber.

Objektif: Mengenal pasti terjemahan teks The Pearl ke dalam bahasa Melayu berasaskan padanan kata dan menganalisisnya secara semantik dengan menggunakan kaedah analisis teks.

Persoalan kajian: Antara persolan yang dikaji ialah:
1.    Komponen sinonim dalam srktuktur kata
2.    Komponen sinonim dalam konteks pentafsiran ayat
3.    Komponen sinonim dalam kaedah penterjemahan
4.    Komponen sinonim dalam kebudayaan bahasa sasaran

Kerangka teori: Konsep sinonim oleh Verhar (1978) dan Asmah (1978). Selain itu bahagian penganalisisan data menggunakan teori semantik analisis komponen oleh Parera (2004).

Kaedah: Kajian in menggunakan kaedah penyelidikan kepustakaan dan analisis teks. Kaedah penyelidikan kepustakaan dijalankan bertujuan untuk mengumpul bahan berkaitan teks sastera “The Pearl” dalam BS dan BSS, disamping membuat rujukan melalui buku, jurnal, tesis, monograf, artikel dan kamus yang menjadi alat bantuan asas bagi tujuan pelaksanaan kajian.

Dapatan kajian setiap tesis atau disertasi: Dapatan kajian menunjukkan bahawa terdapat beberapa konsep sinonim yang dikenal pasti dalam teks terjemahan tersebut, iaitu sinonim dalam struktur kata, konteks pentafsiran ayat, kaedah penterjemahan, dan kebudayaan bahasa sasaran.

Pemerhatian dan rumusan: Kajian konsep sinonim dalam teks terjemahan novel ini adalah penyelidikan kata seerti kepada bahasa sasaran terjemahan itu dilakukan. Secara umumnya kesinoniman ini dihadapai oleh mana-mana penterjemah dalam membuat pilihan kata yang tepat. Semasa menterjemahkan teks pelajar sendiri berjumpa dengan sinonim ini daripada sumber seperti kamus misalnya Pusat Rujukan Persuratan Melayu (PRPM) memberi ruang kepelbagaian dalam membuat pemilihan kata yang sesuai.


25.
Tajuk: Frasa Nama Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris di Dalam Teks Terjemahan : Satu Kajian Perbandingan Struktur, Makna dan Strategi Terjemahan

Nama penyelidik: Mazura @ Mastura Bt Muhammad

Pernyataan masalah: Kajian ini memberikan tumpuan kepada N’ Subjek, N’ dalam Predikat dan N’ dalam Ayat Pasif dan Ayat Kehadiran untuk meninjau perubahan struktur, makna dan strategi terjemahan antara kedua-dua bahasa.

Objektif:Kajian ini cuba:
1      Membandingkan secara terperinci struktur bagi frasa nama BM dengan BI dalam teks terjemahan Ranjau Sepanjang Jalan (Shahnon, 1966) dan Rentung (Shahnon, 1983);
2      Mengenal pasti kesan perubahan makna yang wujud akibat daripada kesan perbezaan terjemahan terhadap struktur frasa nama serta meneliti puncanya,
3      Menganalisis dan menentukan strateg—strategi yang digunakan oleh kedua-dua Penterjemah – Adimah Amin dan Harry Aveling dalam menterjemah kedua-dua novel Shahnon Ahmad dalam Ranjau Sepanjang Jalan

Persoalan kajian: Kajian ini mencari jawapan kepada soalan-soalan kajian berikut:
1      Setakat manakah perbezaan antara struktur frasa nama (N’) BM dan BI?
2      Setakat manakah perubahan struktur N’ dalam kedua-dua bahasa menyebabkan perubahan makna?
3      Makna yang macam manakah yang terjejas akibat perubahan struktur?
4      Setakat manakah pandangan dunia BM dapat dipindahkan kepada pandangan dunia BI?
5      Apakah strategi yang digunakan oleh penterjemah dalam terjemhannya dan sejauh manakah strategi ini menjejaskan output terjemahan?

Kerangka teori: Pemakaian Teori X-Bar yang digariskan oleh Chomsky (1982) dalam Teori Goverment and Binding (GB) menjadi landasan bagi kajian ini. Selan itu, strategi-strategi terjemahan digariskan oleh Newmark (1981), Nida (1964) dan Hipotesis Sapir-Whorf yang dilaporkan oleh Fishman (1972).

Kaedah: Pengumpulan data bagi kajian ini mengikuti beberapa kaedah:
1.    Rujukan Maklumat-Penyelidik melakukan rujukan perpustakaan di beberapa perpustakaan utama dinegara ini dan di laman web untuk memastikan pengumpulan data dan maklumat yang sempurna dan tepat. Selain itu, sesi wacana dengan menggunakan kaedah temubual tanpa berstruktur juga telah dilakukan bersama beberapa orang pegawai DBP dan ITBN
2.    Analisis Struktur dan KandungaN-Penyelidik telah menganalisis kandungan kedua-dua novel Shahnon Ahmad iaitu; Ranjau Sepanjang Jalan (1966) dan Rentung (1983) dan versi-versi terjemahannya. Frasa Nama (N’) dikenal pasti dan dibandingkan pada tahap struktur luar mengikut teori X-bar.

Dapatan kajian setiap tesis atau disertasi: Dapatan kajian menunjukkan bahawa dalam memindahkan struktur N’ BM dalam BI, penterjemah perlu peka dan menimbangkan aspek-aspek linguistik dan ektra-linguistik untuk menghasilkan output terjemahan BI yang mempunyai kemiripan maksimum agar kesan maknanya manyamai kesan makna teks sumber. Dengan hal yang demikian, kerja penterjemahan teks kesusasteraan Melayu bukannya melibatkan pencarian kata padanan yang terhampir dengan makna mesej asal BM semata-mata, bahkan ia melibatkan pemindahan kemanusiaan yang merangkumi aspek-aspek budaya, fikiran, fahaman dan weltanschauung Melayu

Pemerhatian dan rumusan: Pelajar mendapati kajian ini memperlukan seseorang yang mempunyai pengetahuan bidang linguistik yang mendalam. Pengkaji mungkin sebelum ini lulusan pengajian bahasa yang pernah menghasilkan kajian-kajian tutorial mengenai frasa nama subjek dan predikat. Tesis ini mungkin kesinambungan pengkaji berkenaan dengan persoalan itu.








Rujukan:

1.    Azrizan Abu Bakar & Karim Harun, “Penggunaan Kata Ganti Nama Dialek Kelantan Dalam Aplikasi WhatAppJurnal Melayu, Bil. 14(2), hlm. 291-306. http://ejournal.ukm.my/jmelayu/article/view/11450

2.    Fazal Mohamed Sultan,Zaharani Ahmad, Nor Hashimah Jalaluddin dan Harishon Radzi (2011),Kata Soal Bila Dalam Dialek Kedah Melayu Baling: Satu Analisis Sintaksis”. GEMA Online Journal of Language Studies, Volume 11(1), hlm.69-80. http://journalarticle.ukm.my/973/1/pp69_80.pdf

3.    Goh San Siong, “Kebolehterjemahan Aspek-Aspek Budaya Dalam Terjemahan “Shui Hu Zhuan” Tesis Phd, Univerisiti Sains Malaysia. http://eprints.usm.my/9089/1/KEBOLEHTERJEMAHAN_ASPEK-ASPEK_BUDAYA_DALAM_TERJEMAHAN.pdf

4.    Goh Sang Seong dan Mashudi Kader (2008) “ Kelain Amatan tentang Kebolehterjemahan: Kes Bahasa Cina kepada Bahasa Melayu”, Sari 26, hlm. 27-62. http://journalarticle.ukm.my/1114/1/Kelainan_Amatan_Tentang_Kebolehterjemahan.pdf

5.    Goh Sang Seong (2011), “Penterjemahan Kata Kerja Bahasa Cina-Bahasa Melayu: Satu Analisis Ketepatan Makna Padanan”. GEMA Online Journal of Language Studies, Volume 11(1), hlm.35-56. http://journalarticle.ukm.my/675/1/pp35_56.pdf

6.    Goh Sang Seong (2012), “Kebolehterjemahan Budaya Bahasa Cina-Bahasa Melayu”. GEMA Online Journal of Language Studies, Volume 12(1), hlm.183-199.http://journalarticle.ukm.my/3270/1/pp_183_199.pdf

7.    Haslina Haroon (2015) “Penterjemahan Gaya Bahasa Daripada Bahasa Inggeris Kepada Bahasa Melayu Dalam Baris Kepala Iklan”Jurnal Komunikasi Malaysian Journal of Communication, Jilid 31 (1), hlm. 1-26. http://www.ukm.my/jkom/journal/pdf_files/2015/V31_1_1.pdf

8.    Hasuria Bt Che Omar, “Penterjemahan DalamMedia Audiovisual-Televisyen: Satu Analisis Mesej” , Tesis Phd, Univerisiti Sains Malaysia. http://eprints.usm.my/1978/1/SENARAI_KANDUNGAN.pdf

9.    Intan Safinaz Zainuddin dan Quah Chiew Kin (2004) “Perkhidmatan Terjemahan Dalam-Talian Malaysia: Satu Kajian Awal” GEMA Online Journal of Language Studies, Volume 4(1). http://journalarticle.ukm.my/733/1/GemaVol3.1.2003No3.pdf

10.  Idris Mansor (2015), “Prosedur Peminjaman dan Elemen Sosiobudaya Dalam Terjemahan Rihlat Ibn Battutah” (Borrowing and The Sociocultural Elements in The Translation of Rihlat Ibn Battutah), Kajian Malaysia, Vol 33, No. 2, hlm. 61-81. http://web.usm.my/km/33(2)2015/km33022015_04.pdf

11.  Jaafar Bin Jambi, “Terjemahan Bahasa Kiasan Dalam Novel ‘Kokoro’ Dari Bahasa Jepun Ke Bahasa Melayu – Satu Analisis” , Tesis Sarjana, Universiti Malaya.


12.  Khairul Amin Mohd Zain dan Mohd Norzi Nasir (2012) ”Konsep Syarat Terjemahan Hadith”, Jurnal Hadis, Bilangan 3 Syaaban 1433 H, (Julai 2012), hlm. 55-70. http://lms.kuis.edu.my/jurnal/wpcontent/uploads/2013/11/HADIS_JURNAL_BIL_3_3.pdf

13.  Khadijah Sjahrony & Maheran Ahmad (2013), “Penterjemahan Frasa Al-Idafah Arab-Melayu Menggunakan Google Translate” (Translating Phrases of Al-Idafah of Arab-Malay Using Google Translate), Islamiyyat, Vol 35 (2), hlm 101-108.http://journalarticle.ukm.my/6887/1/4330-10072-1-SM.pdf


14.  Mohammad Fadzeli Jaafar, Norsimah Mat Awal dan Idris Aman (2012), “Sikap dan Kefahaman Pelajar Terhadap Dialek Negeri Sembilan: Kajian Sosiolinguistik”. GEMA Online Journal of Language Studies, Volume 12(4), hlm.1193-1211. http://journalarticle.ukm.my/5780/

15.  Mohammad Fadzeli Jaafar, Idris Aman dan Norsimah Mat Awal (2015) “Analisis Kohesi Wacana Sains Berdasarkan Teori Nahu Fungsian”, Jurnal Bahasa, Jilid 15  Bil. 1, hlm. 1-19. http://jurnalbahasa.dbp.my/wordpress/wp-content/uploads/2015/05/1-Kohesi-Wacana-Sains.pdf


16.  Noor Rohana Mansor, Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2013) “Dialek Melayu Terengganu: Pendokementasian Dan Pengekalan Warisan Variasi Bahasa Tempatan”, Jurnal Melayu, Bil. 10, hlm. 21-35. http://ejournal.ukm.my/jmelayu/article/view/5060

17.  Noorsyuhada Mohamed Salleh & Maheran Ahmad (2015), “Tinjauan Literatur Penterjemahan Novel Melayu ke Bahasa Arab”, Islamiyyat,Vol 37 (2), hlm. 147-152.http://journalarticle.ukm.my/9763/1/12120-37306-1-PB.pdf

18.  Noor Rohana Mansor, Noraien Mansor & Normaliza Abd Rahim (2013) “Dialek Melayu Terengganu: Pendokementasian Dan Pengekalan Warisan Variasi Bahasa Tempatan”, Jurnal Melayu, Bil. 10, hlm. 21-35. http://ejournal.ukm.my/jmelayu/article/view/5060

19.  Nur Faezah Mohd Ayob dan Hasnah Mohamad (2015) “Perbandingan Terjemahan Manusia Dengan Terjemahan Mesin Dalam Buku Fitness 24/7” Jurnal Bahasa, Jilid 15 Bil. 2, hlm. 307-355. http://jurnalbahasa.dbp.my/wordpress/wp-content/uploads/2015/11/7-TERJEMAHAN-MESIN.pdf

20.  Nur Hafeza Ahmad Marekan dan Goh Sang Seong (Strategi Penterjemahan Nilai dan Kepercayaan Dalam Novel Sungai Mengalir Lesu”Jurnal Bahasa, Jilid 13  Bil. 2, hlm. 237-291.http://jurnalbahasa.dbp.my/wordpress/wp-content/uploads/2014/08/6-Mentifaks.pdf

21.  Nurulhayati Zulfadinamis& Che Ibrahim Salleh (2015), “Konsep Sinonim Dalam Teks Terjemahan Novel The Pearl Ke Dalam Bahasa Melayu Oleh Abdullah Hussain”, Journal of Business and Social Development, Volume 3 Number 2, September, hlm. 80-97. http://jbsd.umt.edu.my/wp-content/uploads/sites/53/2015/09/6.-Konsep-Sinonim-dalam-Teks-Terjemahan-Novel-web.pdf


22.  Rahman Mandali dan Hasuria Che Omar  (2015), “Aspek Metafora Dalam Rentong Dan Srengenge: Analisis Kaedah Penterjemahan Dan Pemindahan Makna” Jurnal Bahasa, Jilid 15 Bil. 2, hlm. 237-266.http://jurnalbahasa.dbp.my/wordpress/wp-content/uploads/2015/11/4-Srengenge.pdf

23.  Rohani Mohd. Yusof (2003) “Kuala Kangsar Sebagai Zon Transisi Dialek”, Jurnal Bahasa, Jilid 3  Bil. 4, hlm. 588-606. http://www.myjurnal.my/filebank/published_article/23028/5_Kuala_Kangsar_Zon_Transisi_Dialek.pdf


24.  Zaharah Ahmad, Nor Hashimah Jalaluddin, Fazal Mohamed Mohamed Sultan, Harishon Radzi & Mohd Shabri Yusof (2011), “Pemerkasaan Jati Diri Bahasa Melayu: Isu Penyerapan Kata Asing” (Empowerment and Configuration Malay Language Identity: Infiltration of Foreign Vocabularies Issue), Jurnal Melayu, Bil. 6, hlm. 13-27. http://journalarticle.ukm.my/2915/1/2.pdf

25.  Mazura @ Mastura Bt Muhammad (2002), “Frasa Nama Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris di Dalam Teks Terjemahan : Satu Kajian Perbandingan Struktur, Makna dan Strategi Terjemahan”, Tesis Sarjana, Universiti Sains Malaysia.http://eprints.usm.my/30062/1/Mazura_@_Mastura_Bt_Muhammad.pdf





















Tiada ulasan:

Catat Ulasan