Khamis, 21 April 2016

Pantun Nasi Lemak: Kelip Kakpit jual kepada Faizal Sidik









Nasi lemak buatan desa
Biji selasih dibuat bandung
Sambal tumisnya secukup rasa
Menambat selera tidak terbendung
13hb November 2014

Nasi lemak lauk telur mata
Pekena dengan sirap bandung
Usah Cik Pit memendam rasa
Damai Maju Corner pilihan senandung


Faizal Sidik


Enak rasa roti Pak Kobat,
Disapu mentega berlapis sekaya
Aneka menu tersisip lazat,
menambat selera aneka citarasa...

Kelip Kakpit
13hb November 2014


Roti Pak Kobat sudah terbilang
Namanya berada disinggahsana
Kalau Cik Pit alang-kepalang
Datanglah ke Damai Maju Corner

Faizal Sidik, 2014.


Orang Minang masakan Padang
Sudah mashyur serantau nusa
Niatkan hati untuk bertandang
Selera kami secukup rasa

Faizal Sidik, 2014




Hantu Kak Limah terpandang Usop
Apa lagi Ucop lari tak cukup tanah
Cubalah Cik Pidah memesan mee sup
Mmmm...pasti keluar sumpah seranah

Faizal Sidik, 2014





Rabu, 20 April 2016

Membaca Budaya Visual: Penterjemahan Baris Kepala Teks Iklan Susu Dutch Lady



Imej memaparkan iklan minuman kesihatan iaitu susu Dutch Lady. Periklanan ini memperagakan promosi produk susu dalam kotak dan botol jenama Dutch Lady dengan menggunakan baris kepala “49% KANAK-KANAK DI MALAYSIA MENGALAMI KEKURANGAN PENGAMBILAN KALSIUM DALAM DIET*”. Baris kepala iklan ini boleh meninggalkan kerisauan kepada ibu bapa dan penjaga terhadap kekurangan zat nutrisi dalam pemakanan anak-anak mereka. Baris kepala ini adalah suatu pujukan supaya mereka mengambil berat mengenai pengambilan kalsium dalam perkembangan dan pertumbuhan anak-anak mereka.

Teks iklan ini boleh dianggap sebagai teks iklan promosi bisnes kepada pengguna yang boleh diklafikasikan sebagai ‘command headlines’, ini kerana ‘subhead; atau subkepalanya menyebut “Bersarapan dengan Susu Dutch Lady adalah cara yang baik untuk membantu memenuhi keperluan kalsium mereka”. Subkepala ini mencadangkan penyelesaian kepada ibu bapa atau penjaga dalam memilih susu yang sesuai dalam mengatasi permasalahan kekurangan 49% zat kalsium di kalangan kanak-kanak di Malaysia seperti yang dicatatkan oleh nota * di dalam baris kepala yang disahkan oleh Nutrition of the Malaysia Children (SEANUTS) Malaysia.

Baris kepala dalam bahasa Melayu “49% KANAK-KANAK DI MALAYSIA MENGALAMI KEKURANGAN PENGAMBILAN KALSIUM DALAM DIET*” dipadankan dengan padat dan ringkas dalam bahasa Inggeris dengan “49% OF Malaysia CHILDREN DO NOT GET ENOUGH CALCIUM IN THEIR DIET*” manakala subkepala berbunyi “Breakfast with Dutch Lady is good way to help meet their daily calcium needs”. Apabila dianalisa terdapat kesetaraan padanan antara baris kepala dan subkepala dalam iklan bahasa Inggeris dengan bahasa Melayu, iaitu kedua-dua baris kepala menggunakan gaya bahasa yang bersifat terjemahan setara. Perkara ini dapat dilihat dari segi baris kepala kedua-dua bahasa menggunaka 4 rangkap baris untuk mengungkapkan informasi.

Secara keseluruhan baris kepala dan visual digambarkan secara menarik kerana bukan sahaja bentuk font atau abjad baris kepala yang berwarna biru iaitu warna rasmi produk Dutch Lady tetapi penggunaam visual memainkan peranannya apabila iklan ini menggunakan keluarga pelakon terkenal iaitu Aron Aziz yang bersama-sama isteri kelihatan dengan kereta melambai-lambai tangan kepada tiga orang anaknya ke sekolah dalam keadaan yang ceria, seolah-olah anak-anak mereka telah mengambil nutrisi yang diiklankan.  Iklan ini mungkin ditujukan kepada orang Melayu berdasarkan ikon promosi iklan yang dipilih agar orang Melayu lebih berat mengambil berat peranan pemakanan anak mereka namun tiada stistik yang mengatakan bangsa mana yang mengalami kekurangan nutrisi dalam iklan ini.



Jendela Kota Cinta



Setahun berlalu
Namun memori ini masih padu
Tiada yang lain dikaulah yang satu
Membuatku seperti  beradu dengan ratu
Musim bunga itu seperti menunggukan hanya aku dan kamu
Menjadi santapan mata untukku jamu
Mengingatimu membuatku seperti mati buntu
Kedambaanku usahlah dirayu
Kota Paris indahnya namamu
Kenangan manis  masih utuh di dalam hatiku


Faizal Sidik
21 April 2016
Kuala Lumpur