Diterjemah oleh: Faizal Sidik
Terjemahan Bab 1
Kakak aku,
Lynn, telah mengajar aku perkataan yang pertama aku sebut: kira-kira. Aku menyebutnya ka-a-ahh,
tetapi dia tahu apa maksud aku. Kira-kira dalam bahasa Jepun bermaksud
“bergemerlapan”. Lynn memberitahu aku semasa aku masih bayi, dia membawa aku
pada waktu malam dijalan yang lenggang, dimana kami berbaring di atas jalan itu
dan mendongak ke langit melihat bintang lalu berkata berulang kali “Katie,
sebut “kira-kira, kira-kira.” Saya
suka perkataan itu!. Apabila aku telah semakin membesar, aku gunakan
perkataan kira-kira untuk menggambarkan apa yang aku suka: samada langit biru
yang cantik, anak anjing, anak kucing, rama-rama, bahkan warna-warna pada kotak
tisu muka Kleenex.
Ibu aku mengatakan kami tidak
menggunakan perkataan itu dengan betul; kamu tidak boleh menyebut kotak tisu
muka Kleenex sebagai kira-kira. Emak
berasa agak kecewa dengan sikap kejepunan kami dan menakut-nakutkan untuk
menghantar kami ke Jepun semula pada satu hari nanti. Aku tidak kisah
dimana sahaja emak mahu menghantar aku,
asalkan sahaja Lynn ikut bersama sekali.
Aku dilahirkan di Iowa pada tahun
1951, aku tahu banyak kisah aku ketika aku masih kecil, kerana kakak aku
menulis di dalam diarinya. Kini aku menyimpan diarinya di dalam laci bersebelah
dengan tempat tidur katil aku.
Aku suka melihat bagaimana
kenang-kenangannya bersama dengan aku, walaupun
kami berbeza. Misalnya, memori
kenangan terawal adalah ketika Lynn menyelamatkan nyawa aku. Ketika itu aku
baru memasuki usia lima tahun, dan dia berumur sembilan tahun. Kami bermain-main
di atas jalan yang lenggang berhampiran dengan rumah kami. Ladang jagung yang
tinggi memisahkan jarak pandangan kami. Anjing liar berwarna kelabu yang berbau
busuk datang menghampiri kami, iaitu datang dari belakang arah kami, Lynn
sukakan binatang. Rambut hitamnya yang panjang digunakan untuk mengejar dan
menakutkan anjing itu. Langit cerah dan berwarna biru pada musim panas. Aku
berasa agak takut setelah Lynn telah tidak lagi kelihatan di sebalik batang
pokok-pokok jagung. Apabila dia tidak datang hadir ke sekolah, dia sering
menemani aku. Kedu-dua ibubapa kami bekerja. Sebenarnya aku ditinggalkan untuk
dijagai oleh seorang perempuan
berhampiran dengan jalan, tetapi kadangkala, Lynn akan menjaga aku.
Selepas Lynn berlari masuk ke dalam
ladang, aku tidak lagi nampak apa-apa selain pokok jagung.
“Lynnie!” aku menyahut. Kami tidak
pernah terlalu jauh daripada rumah sebelum ini, dan aku mula berasa takut, Aku
mula mengalirkan air mata.
Kedengaran suara seseorang atau sesuatu,
Lynn sebenarya telah berada di belakang aku lalu berkata, “Boo!” dan aku
menangis bertambah kuat. Dia hanya mentertawakan dan memeluk aku lalu berkata,
“Kau adalah adik aku yang terbaik dalam dunia ini!” Aku sukakannya apabila dia
berkata begitu, jadi aku berhenti menangis.
Anjing itu telah berlalu pergi, Kami
berbaring di tengah-tengah jalan dan memandang langit biru. Tiada sesiapapun
yang akan melalui jalan kecil ini. Kami boleh baring di sini sepanjang hari
tanpa diganggu.
Lynn berkata, “Warna biru pada
langit merupakan warna yang paling indah di dunia ini, kerana warnanya sungguh
menawan namun boleh dilihat pada
kedua-duanya pada masa yang sama. Apa yang aku baru katakan tadi?’
“Langit itu indah.”
“Lautan pun seperti itu, dan mata
manusia juga.”
Dia menoleh ke arah aku dan menanti.
Aku kata “Laut pun seperti itu, dan mata manusia juga.”
Itulah bagaimana saya belajar
berkenaan dengan mata, langit, dan lautan: tiga yang indah, dalam, berwarna, untuk
dilihat. Aku menoleh ke arah Lynnie, Matanya hitam bersinar seperti aku.
Tiba-tiba anjing tadi muncul semula daripada
ladang lalu menyalak dan menggertak. Gigi anjing itu panjang dan berwarna
kuning. Kami menjerit dan berlari pergi. Anjing itu menggigit seluar aku. Aku
cuba melepaskan diri, seluar aku terkoyak disebabkan oleh gigitan anjing itu.
Aku menjerit “Aaahhhhh! Kerana giginya yang sejuk menyentuh kulit aku.
Lynn menarik ekor anjing itu lalu
berteriak, “Lari, Katie, lari!” Aku lari, sambil mendengar anjing itu terus menyalak
dan Lynnie cuba melawan salakan anjing itu. Apabila aku sampai ke rumah, aku
lihat anjing itu sedang mengosok-gosok badannya pada seluar Lynn lalu Lynn melontar bola untuk diambil oleh anjing itu.
Aku lari ke dalam untuk mencari senjata. Tiba-tiba aku terfikir sesuatu. Aku
mengambil botol susu yang berada di luar peti sejuk dan berlari keluar ke arah
Lynn dan membaling botol itu ke arah
anjing tadi. Namun tidak mengenai anjing itu lalu pecah di atas jalan. Anjing
itu berlari lalu menghirup susu daripada botol yang pecah.
Lynn dan aku berlari ke arah rumah,
namun dia berhenti di anjung. Aku menariknya. “Cepat masuk!”
Dia kelihatan risau. “Lidah anjing
itu akan cedera akibat menghirup susu daripada botol kaca yang telah pecah.”
“Tak ada sesiapa yang akan
menolongnya daripada tercedera”
Beliau mendapat idea dengan
memancutkan air daripada hosnya untuk menghalau anjing itu terus menghirup susu
tadi. Itulah sifat kasih sayang Lynn. Walaupun anjing itu cuba membunuhnya
dengan mengigit kakinya, dia tetap bersimpati terhad anjing itu.
Inilah yang ditulis oleh Lynn di
dalam diarinya pada hari itu:
Ladang jagung sangat indah. Apabila ianya berada di sekelilingi aku.
Aku rasa ingin tinggal di sini buat selama-lamanya. Apabila aku
mendengar Katie menangis, aku terus pantas berlari sekuat hatiku.
Aku berasa amat risau. Aku sangka sesuatu yang buruk telah
Berlaku padanya
Kemudian, apabila seekor anjing menyerangku, Katie
menyelamatkan nyawaku.
Ladang jagung sangat indah. Apabila ianya berada di sekelilingi aku.
Aku rasa ingin tinggal di sini buat selama-lamanya. Apabila aku
mendengar Katie menangis, aku terus pantas berlari sekuat hatiku.
Aku berasa amat risau. Aku sangka sesuatu yang buruk telah
Berlaku padanya
Kemudian, apabila seekor anjing menyerangku, Katie
menyelamatkan nyawaku.
Aku tidak fikir
begitu, Jika dia tidak menyelamatkan aku terlebih dahulu, aku tidak akan dapat
menyelamatkannya. Jadi, yang sebenarnya, dialah yang telah menyelamatkan aku.
Lynn adalah seorang gadis yang
paling gagah di dalam dunia ini. Dia seorang yang genius. Aku mengatakannya
kerana pada satu hari apabila aku bertanyakan, “Adakah kau seorang yang
genius?” Dan dia mengatakan “Ya.”. Aku mempercayainya kerana pada hari bapa aku
mengajarkannya buat pertama kalinya bagaimana untuk bermain catur, dia menang pada pusingan pertama. Dia mengatakan
bahawa dia boleh mengajarkan aku bermain jika aku mahu. Dia selalu katakan dia
boleh mengajarkan apa sahaja di dunia ini yang aku ingin tahu. Katanya lagi
pada suatu hari kami akan menjadi orang kaya dan membelikan tujuh buah rumah
untuk ahli keluarga kami. Tetapi menurutnya mereka perlu membelikan rumah untuk
kami terlebih dahulu. Hari yang indah
itu pasti akan datang. Aku masih ingat pada suatu petang Lynn menarik tangan
aku ke dapur matanya bersinar-sinar. “Aku mahu tunjukkan kepada kau sesuatu,”
katanya,
Dia pergi ke arah bawah peti sejuk
lalu menarik keluar bekas dulang dibawahnya peti sejuk itu. Terdapat sepucuk
sampul surat di dalamnya. Dia membuka sampul surat itu dan menunjukkan kepada
aku apa yang ada di dalamnya: wang kertas
“Adakah itu wang kertas yang tulen?”
kata aku
“Uh-huh. Ibu dan
bapa yang punya. Wang inilah yang kita akan gunakan untuk membeli rumah
kita.”
Kami tinggal di sebuah rumah sewa
yang kecil di Iowa. Aku sukakan rumah
sewa ini walaupun kecil, namun Lynn selalu katakan kepada aku bahawa aku akan
lebih sayangi rumah kepunyaan kami
sendiri. Selepas itu kami bolehlah membela anjing, kucing, dan
burung bayan.
Lynn kemudian memandang aku seperti
mengharapkan sesuatu. Aku berkata, “Kenapa mereka tidak memasukkan wang ini ke
dalam bank?”
“Mereka tidak percayakan bank.
Adakah kau mahu mengira wang ini?”
Dia menyerahkan sampul surat itu
kepada aku, dan aku mengambil wang itu dengan tangan. Aku rasa wang itu agak
lembab dan sejuk. “Satu, dua, tiga ...” Aku membilang sehingga ke sebelas. Ada
satu ribu satu ratus ringgit. Aku rasa teruja. Kadang-kadang aku pernah
terjumpa satu ringgit di lot tempat letak kereta. Aku boleh membeli
bermacam-macam benda dengan seringgit sahaja. Namun dengan satu ribu satu ratus
ringgit, aku boleh membeli segala-galanya dengannya. “Aku inginkan rumah kami
dicat dengan warna langit yang berwarna biru,” kata aku.
“Ia akan jadi kenyataan.” Dia
meletak semula duit itu ditempat asalnya. “Mereka ingat tempat simpanan ini adalah
rahsia, namun aku pernah terlihat ibu pernah membukanya.”
Keluarga kami memiliki sebuah kedai
runcit yang menjual barang-barang yang dibuat dari Timur. Namun agak sukar
orang dari Timur untuk berniaga di Iowa, dan kedai itu terpaksa ditutup sejurus
Lynn dan aku mengira jumlah wang yang terletak di bawah peti sejuk itu. Abang bapa aku, iatu pakcik aku Katsuhisa,
bekerja sebagai penternak ayam di Georgia. Katanya dia boleh dapatkan bapa aku
kerja di tempat kerjanya. Dan katanya lagi, dia boleh dapatkan emak aku bekerja
di kilang memproses ayam itu. Beberapa minggu selepas itu setelah kedai kami
ditutup, bapa aku membuat keputusan untuk membawa bersama-sama kami ke Georgia.
Jadi kami sangat berhutang budi kepada Pakcik Katsuhisa
kerana membantu kami. Katsu dalam
bahasa Jepun bermaksud “kemenangan”. Kadangkala aku sering fikir yang mengapa
pakcik aku suka membantu orang.
Rupa-rupanya nama orang yang bermaksud ”menang”
pasti akan membantu orang yang dalam susah.
Lynn kata Pakcik Katsuhisa seorang
yang pelik. Dia bersuara lantang manakala bapa kami agak pendiam. Misalnya apabia
dia bercakap, dia mengeluarkan banyak bunyi, membetulkan suara kerongkongnya,
bersin dan mengetuk-ketuk sesuatu dengan
jarinya. Kadangkala, secara tiba-tiba sahaja dia akan berdiri dan menepuk
tangan dengan kuat. Setelah dia mendapat perhatian orang, dia akan duduk
kembali. Malahan apabila dia berfikir sesuatu pasti akan kedengaran suatu
bunyi. Apabila dia sedang fikir dengan mendalam, dia selalu memulas-mulas
telinganya dan seterusnya akan menghasilkan satu bunyi seperti Pop! Pop!.
Terdapat parut bekas luka dibahagian
hidung Pakcik Katsuhisa. Menurut cerita semasa dia masih kecil di Jepun, dia
telah diserang oleh sekumpulan burung gagak yang besar, salah seekor daripada
burung gagak itu cuba untuk meragut hidung dengan mencengkam bahagian itu. Dia,
bapa dan ibu kami adalah Kibei ,
iaitu bermaksud mereka dilahirkan di Amerika Syarikat tetapi dihantar ke Jepun
untuk mendapat pendidikan. Burung gagak di Jepun sangat terkenal dengan
kebuasannya. Itulah cerita yang Lynn beritahu kepada aku.
Cuaca amat panas sekali ketika
Pakcik Katsuhisa sampai tiba di Iowa untuk membantu kami berpindah ke Georgia.
Kami semua berlari keluar apabila sahaja mendengar bunyi trak di jalan kami
yang agak sunyi itu. Trak dia agak buruk dan
bunyi enjinnya berdesis-desis seperti bunyi-bunyi pelik yang ada pada pemiliknya.
Kata ibu aku, “Bolehkah trak ini membawa kita ke Georgia?”
Bapa aku cuba untuk menahan pertanyaan
ibu aku. Perkara itulah yang dia seboleh mungkin cuba elakkan dipertanyakan, Sudah tentu! Jawap bapa, “Dia abang
aku.” Bapa kami berbadan sasa dan tinggi, enam kaki, dan ibu kami agak lembut
dan rendah, iaitu empat kaki enam inci. Sebagai seorang yang rendah ibu, wajah
ibu menakutkan kami ketika dia sedang
marah. Mukanya yang lembut bertukar menjadi keras seperti kaca, jika sesuatu
perkara itu ibu tidak sukai.
Setelah keluarga kami melihat trak
Pakcik, bapa aku meletakkan lengan tangannya pada ibu, memeluk seperti
melindunginya daripada sesuatu.
“Walaupun dia merupakan abang awak
ianya tiada kena mengena sekiranya trak itu boleh atau tidak boleh membawa kita
ke Georgia” kata ibu.
Balas bapa, “Jika abang sendiri kata
di boleh melakukannya, dia akan lakukannya.”
Bapa tidak nampak abangnya akan
mengecewakan mereka. Abang bapa empat tahun tua daripadanya. Mungkin dia lebih
mempercayai Pakcik Katsuhisa daripada Lynn. Lynn membisikkan kepada aku,
“Sejujurnya, aku tertanya-tanya samada trak itu yang boleh membawa kita sampai
ke jalan rumah kita, dan kembali semula ke Georgia.” “Sejujurnya” merupakan
perkataan yang paling gemar diucapkan sepanjang minggu itu.
Ibu kami merenung kami dengan prasangka.
Ibu tidak suka kami berbisik-bisik. Ibu merasakan kami sedang mengumpat, dan tidak
suka orang yang mengumpat. Ibu memandang ke arah kami dan cuba membaca
fikiran kami. Lynn kata apa yang ibu kami sedang fikirkan, Aku seharusnya cuba memikirkan sesuatu yang tidak
ada mengena apa yang kami fikirkan sebenarnya seperti gajah, lembu, moom, koo, doo. Gajah....Selepas itu ibu kami
kembali menoleh trak.
Apabila trak menghentikan deruan
enjinnya. Pakcik Katsuhisa melompat keluar dan dengan segera berlari anak ke arah Lynn dan aku. Aku berundur ke belakang
sedikit, namun dengan segera dia mendakap aku dengan lengan dan bersorak, “Anak buah aku! Sudah besar engkau sekarang!” Dia menghayun-hayunkan aku ke
kiri dan ke kanan sehingga aku berasa pening. Kemudian dia menurunkan aku dan
menghayunkan Lynn pula dengan berkata, “Anak
buah aku yang lagi satu!”
Dia menurunkan Lynn dan memeluk bapa
aku dengan erat. Sejurus itu Pakcik Katsuhisa bersalaman pula dengan ibu aku.
Sebenarnya sangat sukar untuk
melihat bapa aku dan Pakcik Katsuhisa bertemu. Bapa aku agak lembut orangnya,
seperti lautan dengan hembusan angin di siang hari, lembut menderu sepoi-sepoi
bahasa. Dia seorang yang gagah seperti badang. Untuk membuktikan dia
kekuatnnya, dia sering meminta kami menumbuk-numbuk perutnya untuk menunjukkan sejauh
mana kekuatannya. Kadang-kadang kami akan mencuri-curi tumbuk perutnya secara
mengejut. Kami akan mencuri-curi tumbuk perutya itu ketika bapa sedang
mendengar radio.
Bapa kami suka berfikir. Kadangkala
Lynn dan aku akan mengintip bapa semasa dirinya sedang duduk dekat meja makan untuk berfikir. Kakinya akan diletakkan di atas
meja, dan akan mengerutkan dahinya secara spontan. Kadang-kadang juga bapa akan
mengangguk-anggukan kepalanya sedikit. Aku tahu aku tidak akan menjadi pemikir
seperti bapa, kerana aku tidak boleh duduk lama seperti patung macam ayah. Lynn
kata kadangkala bapa berfikir terlalu lama sehingga berminggu-minggu atau
berbulan-bulan lamanya sebelum dia
membuat keputusan. Apabila bapa membuat sesuatu keputusan, dia pasti
tidak akan berganjak. Bapa berfikir
berminggu-minggu sebelum memilih untuk berpindah ke Georgia. Semasa bapa
membuat keputusan untuk berpindah ke Georgia, duit di dalam sampul surat di
bawah peti sejuk itu hanya tinggal enam ratus ringgit sahaja.
Pada malam Pakcik Katsuhisa sampai
di Iowa, bapa keluar dari meja makan malam lebih awal jadi bapa boleh
berjalan-jalan dan mungkin bercakap-cakap dengan dirinya sendiri. Selepas pintu
rumah dikunci, ibu berkata bahawa Pakcik Katsuhisa berselisih pendapat dengan
bapa berkenaan dengan kedatanganya ke Iowa. Bapa tidak berfikir
semasak-masaknya sebelum mengambil keputusan. Ibu memperlahankan suaranya lalu
berkata, “Sebab itulah bapa mengahwini perempuan itu,” iaitu isteri pertamanya.
Terus terang kata, Ibu telah mengumpat, namun siapa yang akan memberitahu ibu
supaya tidak mengumpat orang? Kami hanya
berdiam diri.
Bapa dan pakcik mempunyai
latarbelakang yang berbeza. Pakcik Katsuhisa suka bercakap dengan sesiapa
sahaja, malah dengan dirinya sendiri. Bapa aku tidak suka bercakap dengan
orang, selain daripada ibu. Bapa memilih untuk membaca surat khabar. Pakcik,
dalam kata lain tidak pernah membaca surat khabar. Dia tidak ambil kisah apa
yang diperkatakan oleh Presiden
Eisenhower.
Pakcik aku agak lebih tinggi
beberapa inci daripada bapa. Namun perutnya agak lembik. Kami ketahui kerana
kami pernah sekali pada tahun lepas menumbuk perutnya, dan dia merintih kesakitan
dan mengancam mahu memukul semula kami. Kami masuk tidur tanpa dapat makan malam
sebelum tidur kerana menurut ibubapa kami memukul seseorang merupakan sasuatu
perkara yang tidak baik. Kedua mencuri, dan ketiganya menipu.
Sebelum aku mencapai usia dua belas
tahun. aku telah melakukan ketiga-tiga jenayah itu.
Ulasan
Novel kanak-kanak
‘Kira-Kira’ karangan Cynthia Kadohata diterbitkan pada tahun 2004 oleh Reed
Business Information ini pernah memenangi Newbery Medal pada tahun 2005. Tajuk
novel Kira-Kira ini diambil daripada bahasa Jepun bermaksud ‘bergemerlapan’
atau ‘bersinar-sinar’. Berlatarbelakangkan keluarga kerakyatan Jepun-Amerika
pada sekitar tahun 1950 an. Novel yang
bertemakan kehidupan, kasih sayang, jenaka dan kesedihan ini mengisahkan semula
Katie iaitu pencerita dari keluarga Takeshima mengikut keluarganya itu
berpindah daripada Iowa ke Georgia. Dua watak utama dalam novel ini adalah
Katie dan Lynn, yang mana mengisahkan
bagaimana pengalaman dan pergelutan hidup mereka ini dalam mengharungi alam
kanak-kanak.
Teks sumber merupakan
sebuah teks kesusasteraan ringan iaitu dalam bentuk novel kanak-kanak. Prosedur
yang digunakan dalam menterjemahkan teks ini adalah dengan menggunakan
pendekatan terjemahan semantik yang berasaskan tek sumber. Penterjemah seboleh
mungkin untuk bersetia dengan apa yang difikirkan oleh minda penulis. Walaupun
teks sumber bersifat ekspresif yang mementingkan keindahan dalam penterjemahan,
penterjemah seboleh mengekalkan dan menerapkan nilai-nilai yang sesuai dengan
kanak-kanak. Teks sumber merupakan sebuah teks yang bersifat asing atau
‘foreignization’. Penterjemah masih mengekalkan nama-nama watak warganegara
Amerika-Jepun dan latar tempat seperti Katie, Lynn, Pakcik Katsuhisa dan nama
bandar atau negeri di Amerika seperti Iowa dan Georgia untuk menyatakan bahawa teks terjemahan merupakan teks asing yang
diterjemah ke dalam Bahasa Melayu.
Tidak banyak pemindahan
budaya yang dilakukan oleh penterjemah kerana teks ini bersifat asing, cuma
penterjemah memindahkan kata nama diri pertama seperti he untuk bapa dan she
kepada Ibu. Ini kerana dalam budaya Melayu memanggil orang dengan panggilan
namanya adalah kurang beradab, lebih-lebih lagi jika novel pembaca sasaran ini
adalah kanak-kanak dan remaja ia akan memberi kesan yang tidak baik kepada
teladan mereka. Selain itu usaha untuk memadankan padanan asing seperti My little palomino pony! kepada ‘anak
kuda palomino aku yang kecil’ dan My
little wolfie girl! kepada ‘anak
serigala betina’ tidak sesuai dilakukan dengan budaya di sini. Penterjemah
mengambil keputusan untuk menaturalisasikan maknanya kepada seperti yang
terdapat pada rajah 1 dan 2.
Bil
|
Teks
Sumber
|
Teks
Sasaran
|
1.
|
My
little palomino pony!
|
“Anak buah aku! Sudah besar engkau sekarang!”
|
2.
|
My
little wolfie girl!
|
“Anak buah aku yang
lagi satu!”
|
Terdapat juga unsur tabo
atau larangan dalam teks ini yang disesuaikan dengan selera pembaca di sini
dengan menggunakan kaedah penterjemahan itu disesuaikan dan penghilangan
misalnya dalam rajah 3, He hugged my
mother delicately, While Uncle hugged my
mother, she turned her face away bit, as if his loudness made her faint. Jika
dipadankan akan membawa maksud ‘Dia
menurunkan Lynn dan memeluk bapa aku dengan erat. Sejurus itu Pakcik Katsuhisa
memeluk ibu dengan lembut, ibu mengalihkan mukanya ke tepi sedikit, kerana
tidak begitu selesa dengan bunyian pakcik’. Penterjemah tidak menterjemah ‘Katsuhisa memeluk ibu dengan lembut’ kerana
terjemahan ini tidak sesuai dan bertentangan dengan pegangan agama Islam.
Mungkin bagi budaya Barat berpelukan dan berciuman di antara satu sama lain
adalah perkara norma dalam kehidupan mereka untuk melambangkan perasaan kasih
sayang, namun dalam agama Islam berpelukan di antara bukan muhrim adalah
dilarang. Penterjemah memadankannya dengan ‘Sejurus itu dia bersalaman pula dengan
ibu aku’ agar
kelihatan lebih sopan. Manakala
terjemahan seterusnya teks sumber iaitu ‘Ibu mengalihkan mukanya ke tepi
sedikit, kerana tidak begitu selesa dengan bunyian pakcik’. tidak diterjemah langsung atau digugurkan
kerana tidak sesuai jika dikaitkan dengan konsep bersalaman.
Bil
|
Teks
Sumber
|
Teks
Sasaran
|
3.
|
He
set Lynn down and hugged my father hard. He hugged my mother delicately.
While Uncle hugged my mother, she turned her face away bit, as if his
loudness made her fell faint.
|
Dia menurunkan Lynn dan memeluk bapa aku dengan erat. Sejurus itu Pakcik
Katsuhisa bersalaman pula dengan ibu
aku.
|
Kesimpulanya dalam
menterjemah teks kesusasteraan terutamanya novel kanak-kanak dan remaja.
Penterjemah perlu mengetahui siapa pembaca atau khlayak sasaran mereka. Jika
pembacanya kanak-kanak penterjemah mempunyai kewajipan untuk menerapkan
nilai-nilai yang sesuai dengan minda kanak-kanak seperti kepimpinan melalui
teladan, nasihat dan motivasi. Ini kerana dalam peringkat ini kanak-kanak atau
remaja masih lagi mencari identiti dan keperibadian diri mereka. Jika teks yang
diterjemah tidak sesuai dengan pegangan agama, mempunyai banyak kata sumpahan
dan banyak adengan yang menghairahkan, dikhuatiri ia akan menganggu pembentukan
pemikiran mereka. Penterjemah perlu peka dan mempunyai tanggungjawap terhadap
norma, kuasa penapisan dan ideologi dalam menterjemah.