Rabu, 22 Oktober 2014

Prakata Pesta Kesenian Antarabangsa Sasaran 2014

Oleh: Faizal Sidik




Kem atau perkemahan bukan sahaja merujuk kepada perkumpulan baju berunifom atau pertubuhan berseragam sahaja malah dalam ertikata yang lebih luas sebagai tempat pertemuan atau perjumpaan bagi merealisasikan sesuatu objektif. Pesta Kesenian Antarabangsa Sasaran 2014 telah memasuki tahun keempat penganjurannya. Kem seni ini menghimpunkan pelukis-pelukis antarabangsa dalam merealisaikan tema ‘Art in the Air’. Adalah baik sekiranya program-program akan datang oleh Persatuan Kesenian Sasaran ini dimasa akan datang melihat juga tema-tema yang mengambarkan lokasinya yang berkaitan dengan Alam dan Manusia agar tidak tersasar dari matlamatnya. Semoga program ini menjadi salah satu lagi produk pelancongan seni negara sempena menyambut kemeriahan Visit Malaysia 2014. Diharap penganjuran Pesta Kesenian Antarabangsa Sasaran ini mencapai sasarannya!