Oleh : Faizal Sidik
Redza Piyadasa (tengah) sedang mempertahankan karya ‘Toward
of Mystical Reality’ semasa debat awam yang diadakan di dewan Sudut Penulis, Dewan
Bahasa dan Pustaka, Julai 1974. Juga dapat dilihat dalam gambar ialah (dari kiri)
Josseph Tan, Suleiman Esa, Syed Ahmad Jamal dan Ismail Zain.
Seniman-seniman Renaisan mereka bergerak atas dasar pencerahan yang dibawa oleh ahli falsafah dan juga reformis-reformis seperti Rene Descartes, Spinoza yang menyarankan pentingnya perubahan-perubahan dimana sebelum ini Eropah berada di Zaman Gelap hampir 1000 tahun. Maka lahirlah seniman-seniman Venice seperti Leonardo da Vinci, Micheangello, Donatello dan lainya. Mereka ini bukan sahaja pelukis misalnya khalayak sering mengaitkan Leonardo dengan catan Mona Lisa di Muzium Louvre, karya itu hanyalah sebahagian daripada manifestasi zaman itu yang mempercayai realisme, naturalisme yang menyarankan rasionalisme atau berfikir dengan akliah yang waras tetapi juga menerobos juga dalam bidang-bidang yang lain juga, Leonardo juga seorang saintis, jurutera, arkitek dan pereka hasil perasaan ingin tahu selepas runtuhnya kuasa gereja yang memasung fikrah mereka selama ini. Daripada perasaan ingin tahu tentang dunia maka bermullah ekspedisi pelayaran mengelilingi dunia yang dibiayai oleh istana dalam mencari-cari sumber-sumber baru di Timur sehinggalah ke Melaka.
Penciptaan dan penerokaan awal mereka ini pula telah membuka laluan kepada French Revolution oleh Jean Rousseau yang merupakah ahli falsafah, penulis dan komposer muzik abad ke-18 dengan Revolusi Perancis yang juga dikenali Revolusi Perindustrian dalam seni lukis misalnya menghasilkan cara baru dalam menghasilkan warna dengan cepat maka Paris telah menjadi pusat seni penting oleh seniman bukan sahaja daripada benua Eropah malah Amerika Utara, Amerika Tengah, Amerika Selatan dan dari Timur. Mereka migrasi ke lingkuangan artistik ini memahami falsafah pengkajian cahaya dan warna dalam Impressionis, Cafe Montparnsse di Paris telah menjadi pusat intelektual dan artistik bukan sahaja kepada pelukis atau pengarca tetapi penulis, penyajak, pengarah filem duduk berbincang dalam merencana. Seniman seperti Manet, Degas Pablo Picasso, Jean Cocteau, Marc Chagall, Fernand Leger, James Joyce, Ernest Hemingway, Amedeo Modigliani, Ezra Pound, Marcel Duchamp, Constantin Brancusi, Diego Rivera, Alberto Giocometti, Andre Breton, Salvador Dali, Samuel Backett dan Joan Miro adalah antaranya.
Hubungan ini sukar untuk dilihat dimana-mana lagi kecuali kita disini di sekitar tahun 1970-an apabila Dewan Bahasa dan Pustaka menyediakan satu ruang iaitu dewan Sudut Penulis bukan sahaja untuk penulis berwanca mengenai pengkaryaan mereka tetapi untuk terbuka untuk pelukis, pengarca, penyajak, lain untuk duduk berbicang mengenai pengkaryaan seni tanahair antara mereka ini ialah Usman Awang, Keris Mas, Samad Ismail, A. Samad Said, Baha Zain, Maarof Saad, Jaafar H.S. Sutung Umar RS, Ismail Zain, Syed Ahmad Jamal, Redza Piyadasa, Suleiman Esa, T.K Sabapathy, Joseph Tan, Krishen Jit, Kamarul Ariffin, Sharifah Fatimah Zubir, Ahmad Khalid Yusof, Tan Teong Eng, Grace Selvanayagam dan lain-lain. hasilnya pameran ‘Toward of Mystical Reality’ 1974 di pamerkan selain pameran ‘Manifestasi Dua Sen I’ 1970 dan ‘Manifestasi Dua Sen II’ 1971 yang disenggara oleh Usman Awang editor Dewan Sastera ketika itu untuk menghubungkan seni lukis dan sastera.
Pameran ‘Toward of Mystical Reality’ (TMR) telah mengundang perdebatan seni bukan sahaja di kalangan pelukis malah penulis, penyair dan ahli akademik. Sutung Umar salah seorang penolong editor majalah Dewan Sastera terawal dan juga yang mencetuskan Polemik Kesusteraan Islam di antara Kassim Ahmad dan Shahnon Ahmad yang mengemparkan dunia kesusasteraan pada suatu ketika dahulu pernah menceritakan bagaimana semasa perasmian yang dirasmikan oleh Ismail Zain itu mencetuskan perasaan cemas kepada Redza Piyadasa dan Suleiman Esa kerana penyajak Salleh ben Joned telah meyiram urinalnya ke dalam pasu bunga yang merupakan objek yang terdapat dalam pameran itu. Menurut beliau lagi yang berada di dalam dewan Sudut Penulis itu lagi bahawa kegilaan Salleh itu sebenarmya untuk membuang ‘sisa perkumuhan’ ke salah satu karya di dalam pameran itu namun membatalkan hasratnya itu.
Dewan Sastera yang merupakan majalah sastera dan seni budaya yang terawal pada masa itu dibawah kendalian Usman dan Sutung telah mencetuskan medan wacana kritikan seni yang hebat berkenaan seniman TMR dengan pengkritik-pengkritiknya antaranya Siti Zainon Ismail “Pengaruh dan Identiti dalam Seni Lukis” (Mac 1975) dijawap oleh Piyadasa dengan “Satu Jawapan Terhadap Tulisan Siti Zainon” (Mac 1975), Siti Zainon membalas pula dengan “Satu Esei untuk Piyadasa” (Mei 1975), dikembalikan semula Piyadasa dalam “Lagi Satu Jawapan Untuk Siti Zainon” (Jun 1975), kemudian dicelah oleh Salleh Ben Joned dengan tulisan bertajuk “Kencing dan Kesenian: Surat Salleh ben Joned untuk Piyadasa” (Julai 1975). Beberapa bulan tahun itu Dewan Sastera di isi dengan tangkisan oleh Piyadasa terhadap pengkritik-pengkritiknya itu. Sebelum debat itu hadir Raja Zahabuddin Raja Yaacob juga telah terlebih mencetuskannya dengan“Wawancara Dengan Dua Orang Pelukis Konseptual” di dalam Dewan Sastera (Julai 1974) dan “Seni Lukis Membosankan” di Berita Mingguan (4 Ogos 1974) di samping Krishen Jit yang menggunakan nama pena Utih dengan “Towards a Mystical Reality” di Sunday Times (4 Ogos 1974) Perdebatan seni yang dilontarkan menerusi persoalan-persoalan dan jawapan-jawapan ini boleh dikatakan sebagai pencetusnya sejarah kritikan seni yang terawal di negara ini yang mempersoalkan antara karya seni dan bukan karya (objek) yang setelah itu membangkitkan gerakan kesedaran umum tentang seni lukis agar seni itu kembali kepada rakyat apa yang yang dikatakan sebagai ‘Seni untuk Masyarakat’. Inilah wadah yang seharusnya berlaku dalam dunia penerbitan seni pada hari ini di sini agar ia dapat mencerna budaya ilmu diantara seniman dan kesenimannya.
Namun itu sebelum itu terdapat juga percubaan-percubaan yang dilakukan kearah itu seperti pameran ‘The New Scene’ pada tahun 1969 yang diadakan di Gallery Eleven oleh pengkarya yang baru balik setelah menerima pendidikan di luar yang membawa idea-idea seni reka Bauhaus oleh Tan Tong Eng, Tan Tuck Kan, Tan Teong Kooi, Jolly Koh dan Redza Piyadasa yang bernafas Konseptual dan Minimalis sebagai reaksi terhadap gerakan Ekspresionis Abstrak yang di bawa oleh Syed Ahmad Jamal, Latif Mohidin, Yeoh Jin Leng dan lain-lain, walau bagaimanapun tidak banyak lontaran kritikan yang boleh dikongsikan untuk khalayak seni negara ini melihat pertembungan ini melainkan penulisan oleh Azmi Manaf ‘Avant Garde’ di Dewan Sastera, Okober 1971.
Selepas itu terdapat dua lagi pameran yang diadakan iaitu ‘Experiment’ 1971 yang juga diadakan di Galeri Eleven oleh seniman-seniman seperti Chong Kam Kow, Redza Piyadasa, Suleima Esa, Tan Tuck Kan dan Teong Eng dan ‘Dokumentasi’ 1972 di Samat Art Gallery oleh Redza Piyadasa dan Suleiman Esa yang mana pameran ini ditulis oleh Ismail Zain dengan tajuk ‘Malaysia Art-Quao Vadis?’, ini merupakan gabungan pertama mereka berdua sebelum tampil di Sudut Penulis, DBP dengan‘Situasi Baru’, 1971 dan ‘Towards Mystical Reality’, 1974. Selepas itu seniman yang bergerak secara kolektif yang membawa Minimal-Konstruktif ini berpecah dan bergerak secara solo. Misalnya Piyadasa ke arah rupa Malaysia dan Suleiman ke arah seni Islam.