Bual bicara ini diadakan oleh Faizal Sidik dan
Osmihamdi Osman bersama Encik Haned bin
Masjak sempena perlantikan beliau sebagai Ketua Pengarah Balai Seni Visual
Negara ke-9, dalam melihat misi dan visi beliau dalam menerajui institusi seni
ini.
Faizal Sidik & Osmihamdi Osman: Terlebih
dahulu kami mengucapkan tahniah di atas perlantikan Encik Haned sebagai Ketua
Pengarah Balai Seni Visual Negara yang baru. Difahamkan bahawa En. Haned
merupakan bekas garduan ITM pada tahun 1975-1977, boleh ceritakan latar
belakang En Haned serba sedikit?
Haned Masjak: Sebelum ini saya pernah menuntut di ITM, sesi
1975 dan saya adalah pelajar senior kampus cawangan Dungun, Terengganu. Sewaktu
1975 (pengambilan yang pertama) dalam khusus (Seni Lukis dan Seni Reka) Pra Diploma. Setahun disana, pada masa
yang sama ada beberapa khusus yang atau pengajian lain bersekali dengan khusus
Seni Lukis dan Seni Reka. Seperti khusus Perikanan dan juga Busniess Administration juga merupakan
pengajian perintis di ITM cawangan Dungun, Terengganu. Selepas tamat Pra Diploma
selama setahun, saya ke Shah Alam kampus Induk selama tiga tahun. Pengkhususan
ketika itu dalam bidang Seni Reka Perusahan (kini Seni Reka Industri).
Pembelajaran adalah secara khusus dalam aspek Seni Reka Industri. Selepas
graduat (tamat pengajian) pada 1979, saya telah menyertai Bata Shoes sebagai Pereka Kasut dan telah berkhidmat selama setahun
lebih. (Ilmu berkaitan rekaan kasut masih wujud hingga hari ini). Seterusnya
saya pernah menyertai Pusat Perkembangan Ko-Kurikulum dibawah Kementerian
Pelajaran juga sebagai Pereka Grafik. Kemudian saya menyertai Universiti
Teknologi Malaysia (UTM) selama 3 tahun juga sebagai Pereka Grafik.
Keseluruhannya saya banyak terlibat dalam bidang Grafik. Kemudian saya telah
menjawat jawatan tetap di Jabatan Arkib Malaysia pada 1982. Di situ saya telah
berkhidmat selama 17 tahun dan telah bertindak sebagai Penolong Kurator.
Keterlibatan saya adalah secara total,
keutamaan berkaitan dengan pameran, yang mana lebih pada penubuhan Memorial
yang berkaitan tokoh-tokoh negarawan khususnya Perdana Menteri (bekas) juga
termasuk seniman P.Ramlee dan itu adalah salah satu penglibatan saya. Pada
tahun 1997 pada 1 November saya telah menyertai Balai Seni Lukis Negara yang
ketika itu bertempat di Hotel Majestic (selama 2 tahun). Kemudian berpindah ke
bangunan baru sehingga sekarang. Perkhidmatan saya kini telah menjangkau 15
tahun. Kemudian ditukar kepada Balai seni Visual Negara dan hari ini bergelar
Lembaga Pembangunan Seni Viusal Negara. Itulah secara ringkas berkaitan
perjalanan kerjaya saya dalam sektor perkhidmatan awam.
FS & OH: Bakat kepimpinan En. Haned disedari sejak menjadi
Presiden Persatuan Pelajar-Pelajar Kajian Seni Lukis dan Seni Reka di ITM pada
1975-1977. Adakah ini yang menjadi model En. Haned sebagai birokarat seni dalam
memimpin Balai?
HM: Disebutkan juga ahli-ahli falsafah, bahawa bakat kepimpinan seseorang
itu terbentuk sebagaimana ianya dibentuk oleh barangkali keluarga kemudiannya
diperingkat sekolah. Kerana diperingkat keluarga saya, apabila menjangkau alam
persekolahan rendah saya telah menjadi ketua kepada rakan-rakan sebaya dengan
saya. Contohnya dalam ke sekolah dan aktiviti selepas sekolah saya akan menjadi
fokus ketika itu. Dalam alam sekolah
menengah, saya pernah menjadi pengawas sekolah, ketua dalam sukan sekolah dan
juga persatuan seni lukis sekolah. Dan apabila memasuki alam pengajian tinggi
iaitu di ITM semasa itu, mungkin daripada awalan tersebut. Secara majoriti
pelajar-pelajar yang seangkatan dengan saya mungkin nampak bakat saya itu
dengan cara bercakap dan ketika itu juga belum ada pemimpin atau Presiden
Pelajar.
FS & OH: Adakah masa Dungun itu di bawah penyeliaaan
Redza Piyadasa dan Joseph Tan?
HM: Masa itu, dibawah tenaga pengajar Rozaika (Omar Basaree), Fauzan
(Omar), Haris dan Khatijah (Sanusi). Daripada situ, perlantikan Presiden tidak
melibatkan Pensyarah. Cuma disyorkan supaya eloklah pelajar mempunyai seorang
ketua atau seorang Presiden. Jadi daripada situ berlakulah perlantikan.
Perlantikan ini adalah berdasarkan kepada…Seingat saya 70 atau 80 orang pelajar
Pra Seni Lukis dan Seni Reka ini, secara majoritinya mereka mencalonkan saya
dan beberapa orang lagi. Percalonan seramai 2,3,4 orang dibuat secara Voting (undian). Majoriti undian tersebut akan dilantik sebagai Presiden. Secara
kebetulan saya mendapat undian yang paling banyak, seterusnya saya dilantik
sebagai Presiden dan ada timbalannya sekali. Pada ketika itu, peranan Presiden
lebih kepada menstrukturkan para pelajar-pelajar seperti mengikuti kuliah.
Kemudian aktiviti lapangan seperti keluar membuat sketch dan lain-lain yang bersangkutan. Sama ada trip ataupun
lawatan ke Kuala Terengganu, lawatan ke Pulau Kapas dan juga dilain-lain
tempat. Malahan sehingga balik bercuti pun kami membuat secara carted bus. Waktu itu daripada Dungun
nak balik ke Kuala Lumpur, kaedah pengangkutan yang paling mudah adalah bas
sahaja. Jadi saya sebagai Presiden, sebagai
contohnya mengorganisasikan berkaitan sewaan bas, majoritinya di Dungun yang
mana pelajar-pelajar kebanyakannya menghala ke Kuala Lumpur dan juga sebelah
Utara dan apa yang pasti mereka terpaksa turun ke Kuala Lumpur terlebih dahulu.
Jadi ini adalah peranan dan kemudiannya dijadikan ko-ordinasi diantara
Pensyarah dan pelajar melalui Presiden. Begitulah hal-hal yang berkait dengan
komuniti-komuniti setempat. Maklumlah apabila ITM mula beroperasi di Dungun,
Terengganu. Jadi pertama kali komuniti setempat, terpaksa menerima sejumlah
pelajar yang agak besar jika dicampur semua fakulti menjadi satu, bukan nak katakan
satu kejutan tetapi ianya satu eksperimen baru atau pengalaman baru pada
penduduk di sekitar Dungun. Dengan keberadaan pelajar-pelajar ITM, satu
pengalaman baru. Jadi diantara kampus dengan asrama adalah agak jauh, kami
berulang-alik berjalan kaki dengan melalui kawasan-kawasan kampung dan apabila
kami melalui kawasan kampung akan berselisih dengan penduduk kampong. Jadi
bagaimana sopan-santunnya pelajar yang berjiwa muda berinteraksi dengan
menghormati orang-orang kampung. Itupun salah satu penerapan yang saya terapkan
kepada pelajar-pelajar supaya kita tidak membawa budaya muda yang datang
daripada bandar dan juga daripada daerah yang berlainan, jadi seperti ungkapan
peribahasa yang menyebut “Masuk kandang kambing, kita mengebek. Masuk
kandang kerbau, kita menguak”. Jadi kita kena bijak menyesuaikan diri
supaya suasana harmoni itu wujud diantara pelajar dengan komuniti setempatdi
Dungun, Terengganu. Jadi, Alhamdullillah semuanya dalam keadaan yang mesra dan
harmoni. Diantara komuniti setempat dengan pelajar ITM. Itu adalah peranan
kepimpinan. Sehingga saya balik ke kampus ataupun beralih ke tahun kedua di ITM,
saya masih menjawat jawatan Presiden selama dua tahun berikutnya. Jadi keadaan
di ITM Shah Alam adalah lebih mencabar kerana disitu terdapat senior dan lebih
senior. Jadi saya memerlukan masa untuk menyesuaikan keadaan memandangkan kami
adalah pelajar ITM Dungun yang baru memasuki ke –ITM Shah Alam sebagai pelajar
tahun kedua. Macam mana asimilasi, bagaimana interaksi, al-maklumlah
zaman-zaman itu budaya orientasinya adalah berbeza. Ianya lebih bersifat keras.
Tidak seperti sekarang. Orientasi lebih berbentuk ujian-ujian fizikal, lebih
lasak. Jadi saya pun mengingatkan pada
kumpulan saya yang kita sudah memasuki ke satu alaf yang lain dengan persekitarannnya
berbeza dan Prof yang berbeza. Justeru itu kita kena bijak menyesuaikan dalam
situasi yang berbeza. Jadi itulah diantara kepimpinan saya dan alhamdullillah,
nampaknya tidak lama selepas itu iaitu dalam sebulan dua, kami semua dapat
menyerap dalam budaya di ITM Shah Alam.
FS & OH: Apakah misi dan visi En. Haned dalam
melihat Balai dalam tempoh 5 hingga 10
tahun akan datang?
HM: Saya menjangkakan untuk tempoh, secara segmen adalah lima tahun ke
lima tahun, ibarat kata Rancangan Malaysia pun dibuat secara lima tahun ke lima
tahun and then pemerintahan negara
pun lima tahun. Jadi saya pergi pada segmen lima tahun. Ok, sebenarnya saya
meneruskan misi dan visi kepimpinan terdahulu. Sebahagiannya… Cuma sebagai
Ketua Pengarah yang baru, dilantik pada 1 April, saya disamping meneruskan,
saya juga memikirkan tentang penambahbaikan. Dimana saya melihat seni lukis
Balai Seni Visual Negara sebagai agensi induk. Satu-satu agensi, yang mana kita
tidak dapat mengelakkan daripada berkomunikasi dengan semua komuniti pelukis.
Sebagai satu jambatan yang disebutkan. Jadi komunikasi ini, kita boleh
tertjemahkan dalam bentuk aktiiviti yang dibuat secara smartpatnership, penghayatan dan pemahaman seni juga harus
diterapkan secara usahasama. Dimana pengeraknya adalah komuniti pelukis juga.
Sebagai pengerak Balai Seni Visual Negara adalah Balai seni Visual Negara
adalah jua pengeraknya. Tapi Balai Seni Visual Negara menggerakkan apa yang
digerakkan oleh komuniti itu, sebagai contohnya dengan memberi ruang dan
peluang. Menggetengahkan penghasilan karya seni visual itu dipremis, diruang
Balai Seni Visual Negara. Sepeti yang lazimnya dilakukan. Dan dalam pada itu,
jika sebelum ini Balai Seni Visual Negara tidak menghadirkan diri ke
premis-premis ataupun di entiti-entiti seni di luar Maka saya merasakan sampai
masanyalah. Di samping kita memberi ruang kepada pelukis memaparkan penghasilan
mereka disini. Balai jua perlu menhadirkan diri ke premis-premis, komuniti
pelukis tadi contonya bagaimana kita boleh menghasilkan satu pengkongsian
pintar dengan galeri swasta. Apa yang kita boleh bekerjasama dengan galeri bagi
membangunkan dan memperkembangkan seni visual. Jadi keberadaan dan kehadiran
BSVN ke premis-premis, galeri-galeri ataupun studio persendirian umpamanya, ini
merupakan penghubung jambatan seni. Jadi keberadaan BSVN akan dirasai jua oleh
pengusaha-pengusaha, pengiat-pengiat seni lain. Dan kita akan usahakan perkara
ini sebagai langkah awalannya melalui program Sambutan Ulangtahun 50 Tahun Pembentukan
Malaysia ataupun (yang bertemakan) Selamat
Hari Jadi 50 Tahun Malaysia. Pembentukan Malaysia adalah bermula pada tahun
1963 dan hari ini 2013 sudah genap 50 tahun. Jadi saya juga sedang berusaha
supaya sambutan ini jua sampai ke Sabah dan Sarawak. Itu adalah usaha terdekat
yang dijalankan. Selain daripada itu, saya ingin memperbanyakan program art communities atau program-program
komuniti seni di luar jangkauan atau diluar daerah. Dan yang terdekat adalah
satu komuniti projek bersama dengan penduduk di Pulau Tuba, Langkawi yang akan
dilaksanakan akhir bulan Mei ini. Melalui program ini kita akan bekerjasama
dengan komuniti setempat, persatuan pelukis Langkawi yang singkatannya LAVA dan
jua USM. Kita akan berkampung selama beberapa hari di Pulau Tuba. Menggunakan found object (objek jumpaan) seperti cengkerang, daripada kulit cengkerang
itu, tenaga berpengalaman daripada bidang seni akan menerapkan kreativiti
bagaimana kulit cengkerang daripada terbiar boleh menghasilkan ataupun
dihasilkan produk seni yang menampakkan hiasan ataupun dekorasi jua penerapan
kreativiti yang artistik daripada kulit cengkerang, maka dia akan menjadi satu
produk seni lukis, seni visual yang barangkali menarik dan boleh dijual
setidak-tidaknya, jika tidak dijual boleh dijadikan sebagai hiasan. Dengan cara
sebegini, komuiniti setempat akan mula menghargai bahan-bahan buangan atau found object. Jikalau selama ini kulit cengkerang itu dibiarkan begitu
sahaja ataupun digunakan untuk tujuan–tujuan lain adalah elok juga
dieksploitasikan untuk tujuan bagaimana kita boleh menerapkan unsur-unsur
kesenian pada kulit cengkerang dan pada keseluruhannya found object boleh diperolehi di pulau berkenaan dan selain
daripada itu, kita akan merancangkan lebih banyak lagi program-program art communities ini ke seluruh negara. Dimana
saya bercadang untuk dapatkan khidmat pelukis-pelukis yang berpengalaman ditempatkan
disatu-satu lokasi dan memberi bimbingan pada komuniti setempat yang berbakat,
dimana bahan-bahan buangan (kitar semula) yang terdapat dipersekitaran tempat
berkenaan boleh digunakan untuk dijadikan sebagai satu bahan yang diterapkan
pada sentuhan seni disitu. Dengan cara sebegini masyarakat akan mula menyintai
seni dan juga menghargai nilai-nilai sumber alam ini. Kita juga boleh
menerapkan bakat seni dan langsung daripada itu, memasarkan produk-produk
berkenaan. Itu diantaranyalah. Bagi pelukis-pelukis, pelukis-pelukis komuniti
pula akan diperbanyakan lagi program secara usahasama. Maknanya tidak
semestinya sesuatu itu berlaku di BSVN sahaja tetapi BSVN kehadirannya boleh menjangkau
sehingga ke luar. Sepeti lokasi-lokasi atau tempat yang bersesuaian. Dengan
cara ini hajat dan objektif kita kita untuk memperkembangkan dan membangun seni
visual itu akan lebih berkesan. Pencapaiannya adalah dikalangan komuniti.
Itulah antara cadangan-cadangan yang dirancangkan.Selain daripada itu, kita
akan memperbanyakan program-program yang melibatkan pelajar-pelajar sekolah.
Sama ada di BSVN sendiri ataupun diluar daerah. Ini kerana komuniti pelajar ini
adalah satu komuniti yang tersusun atau yang sudah ada disiplinnya, jadi
keberadaan BSVN ke sekolah-sekolahpun merupakan salah satu cadangan saya untuk
jangkauan akan datang.
FS
& OH: Dasar Industri Kreatif Negara yang
dilancarkan oleh kementerian menerusi agensinyaadalah bertujuan untuk membantu penggiat dan
pengusaha seni dalam menjana projek yang dijalankan oleh mereka kompetetif
dengan kehendak semasa menerusi penganugerahan geran. Bagaimanakah program ini
dilaksanakan?
HM: Geran Dasar Industri Kreatif Negara adalah bertujuan untuk memberi modal,
ia adalah sebagai modal kepada pengusaha-pengusaha dalam konteks seni
lukis, dalam konteks filem, animasi, kraf kerana dalam Dasar Industri Kreatif
ini pecahannya adalah Seni Budaya dan Warisan Budaya dan. Multimedia. Jadi
dalam Multimedia dikategorikan dalam pembikinan filem sama ada pembikinan
dokumentari atau filem cereka, filem animasi telah dalam sektor berkenaan.
Warisan Budaya ialah berkenaan hal-hal bagaimana kita nak memelihara
ketamadunan sejarah yang berhubung kait dengan etnik, bangsa dan Negara. Dan
dalam konteks seni lukis pula, ia dalam kategori seni Budaya. Jadi di dalam
tiga pecahan ini, para penggiat seni visual boleh memohon geran Dasar Industri Kreatif
Negara dalam konteks Seni Budaya. Walau bagaimanapun permohonan ini perlulah
melalui tapisan oleh jawatankuasa kecil dan kemudiannya pada jawatankuasa
induk. Dimana geran ini akan diberikan hanya kepada permohonan yang benar-benar
justified dari segi operasinya itu. Kerana jumlahnya terhad dan permintaannya
ramai. Banyak daripada sektor yang saya sebut tadi (Seni Budaya dan Warisan
Budaya dan. Multimedia).
Jadi setakat ini memang terdapat penggiat seni visual yang berjaya dengan
permohonan berkenaan. Oleh kerana presentation mereka itu mempunyai kekuatan
yang dikehendaki oleh jawatankuasa. Jadi tujuan geran ini adalah untuk
menyuntik satu bentuk modal bagaimana pemohon ini apabila berjaya boleh
meneruskan kegiatan perancangan seni yang berkaitan. Dan tentu sekali berlaku
pemantauan yang ketat (pemantauan rapi) bagaimana geran itu apabila kita
salurkan, dibelanjakan oleh pemohonan yang berjaya. Jadi geran ini bertujuan
lebih kepada untuk menampung sumber kewangan yang tidak mencukupi oleh
satu-satu permohonan. Dia tidak secara total (yang disebutkan secara zerrobeach
pada pemohon maknanya dalam erti kata lain pemohon sudah/mesti mempunyai modal
berbayar dengan presentif yang sekian-sekian.
Geran hanyalah untuk menampung perbelanjaan yang tidak mencukupi. Itulah
yang dimaksudkan dengan geran. Jadi maknanya penggiat seni visual yang berjaya
memohon mendapatkan geran ini adalah mereka-mereka yang sudah beroperasi
didalam masyarakat dan bagi meneruskan mereka memerlukan modal tambahan. Itulah
yang dimaksudkan dengan penyaluran geran. Maksimum permohonan adalah sebanyak RM 2
juta dan tertakluk kepada asas-asas pertimbangan oleh jawatankuasa, jadi
memohon RM 2 juta tidak semestinya mendapat RM 2 juta, jadi kebiasaannya ditapis dan
ada juga pemohonan yang tidak berjayapun. Ada juga permohonan yang perlu
membuat presentation semula berdasarkan kepada faktor-faktor tertentu.
Jadi maknanya kekuatan satu-satu permohonan tertakluk kepada bagaimana mereka
menyediakan kertas cadangan tadi. Setakat ini jarang yang berjaya mendapat full
amount (jarang). Kebiasaannya mereka mendapat 2/3 daripada amaun. Ataupun, kadang-kadang lebih
rendah daripada itu, dia tertakluk kepada kekuatan, justifikasi nasional dan
pertimbangan jawatankuasa. Dasar Industri Kreatif Negara, geran lebih kepada
membantu usahawan-usahawan yang disebutkan tadi.
Bersambung......