Susunan oleh: Faizal Sidik
Faizal Sidik (2010),‘Pengkajian Budaya Seni Kontemporari Asia Tenggara’ SeniKini, 2010, Issue # 11, Balai Seni Lukis Negara, Kuala Lumpur.
Faizal Sidik (2010),‘Pengkajian Budaya Seni Kontemporari Asia Tenggara’ SeniKini, 2010, Issue # 11, Balai Seni Lukis Negara, Kuala Lumpur.
Esei ini adalah syarahan yang telah disampaikan oleh Zainol Abidin Sharif (ZABAS) dalam Seminar Pangantar Seni Lukis Kontemporari Asia Tenggara yang telah diadakan di Balai Seni Lukis Negara pada 2010.
‘Pengkajian Budaya Seni Kontemporari Asia Tenggara’ SeniKini, 2010, Issue # 11, Balai Seni Lukis Negara, Kuala Lumpur
Hari ini saya hendak berkenalan untuk mengetahui harapan anda tentang pengendalian kursus ini. Daripada apa yang dinyatakan kepada saya kursus ini bertujuan untuk meningkatkan ilmu pengetahuan, pemahaman staff Balai Seni Lukis Negara (BSLN) bukan sahaja seni lukis moden dan kontemporari Malaysia tetapi dalam konteks yang lebih luas iaitu seni lukis, budaya rantau iaitu Asia Tenggara mungkin seluruhnya Asia dan keseluruhan dunia. Bidang saya sendiri dalam pengalaman saya mengajar ialah seni lukis moden Malaysia walaupun saya pernah mengendalikan kursus seni lukis Asia Tenggara di Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) dan di Universiti Sains Malaysia (USM) dari segi penyediaan kajian. Jadi apa yang ingin saya nyatakan disini adalah harapan anda terhadap pengetahuan iaitu pengetahuan tentang seni lukis kontemporari Asia Tenggara ini kebanyakan bergantung kepada corak khusus dan juga hasrat. Kursus ini akan bercorak kuliah selama sejam dan tutorial pada jam kedua ianya saya harap akan berakhiran dengan penulisan artikel oleh para staff dengan tujuan ianya sebagai latihan dalam konteks pengkuratoran. Tidak semestinya ia merupakan penulisan berunsur ilmiah sepertimana yang ditulis oleh ahli pensejarah seni tetapi tidak juga ia menjadi sebuah penulisan yang tidak serius ia adalah satu kesempatan untuk membuat kajian, saya perlukan daripada saudara samada ianya adalah wajar atau tidak BSLN memerlukan sijil penilaian.
Beberapa amaran kepada saya sendiri sebenarnya tentang pengendalian kursus ini, kebanyakan penerbitan adalah dalam bahasa Inggeris ada juga dalam bahasa Sepanyol, Thai dan bahasa-bahasa lain, jadi masalahnya ia akan merumitkan kita yang hanya meninginkan bacaan dalam bahasa Malaysia. Kesedaran ini mungkin akan mencabar kita untuk terus menulis seni lukis Asia Tenggara dalam bahasa Malaysia. Saya tidak tahu apakah bahasa pengantaran yang digunakan oleh BSLN dalam penulisan samaada bahasa Malaysia ataupun Inggeris. Bidang terjemahan itu saya rasakan amat penting yang perlu dikendalikan oleh orang dari BSLN sendiri. Kadangkala dalam penulisan yang diperlukan ini anda boleh memilih untuk menterjemah sebab dalam terjemahan ia membuatkan kita lebih memahaminya, menulis satu artikel tentang Asia Tenggara dan menterjemahkannya yang ia berguna kepada pelajar-pelajar dan staff-staff BSLN.
Beberapa buku menjadi penting dalam kajian seni lukis kontemporari Asia Tenggara kebanyakannyadalam pengalaman saya ditulis oleh orang-orang lama yang saya kira ada dikalangan anda pernah mendengar namanya, Ada sebuah buku adalah ‘Modernity in Asian Art’ yang ditulis dan disunting oleh Profesor John Clark dimana buku ini akan saya gunakan secara utama tetapi ada buku lain dan saya harap buku ini ada di perpustakaan jika tiada ia boleh dibuat salinan. Saya cuba mencari buku yang agak senang untuk dibaca kerana buku John Clark ini sebenarnya agak sukar, walaupun penulisan pengantarnnya amatlah susah tetapi tulisan sumbangan daripada penulis-penulis yang lain agak mudah difahami. John Clark memikir secara semiotik yang merupakan bidang yang sukar difahami dalam bahasa Malaysia sekurang-kurangnya daripada pandangan saya. Walaupun sukar tetapi ia tidak mustahil, satu lagi buku 'Past Peripheral: Curating in Southeast Asia' oleh Patrick Flores. Buku oleh John Clark ini mencabar pemikiran kita sebab ia kedua-duanya mengandaikan landasan metodologi sejarah seni. Berdasarkan buku-buku yang saya katakan tadi, saya juga mengharapkan BSLN boleh membeli beberapa naskah Art History for Dummies ia lebih mudah, buku ini patut diadakan di perpustakaan, ia lebih senang untuk difahami tetapi masalahnya ialah ia hanya mengkisarkan atau mengutamakan sejarah seni Barat. Namun ia masih berguna kerana kita masih perlu memahami sejarah seni barat dalam memahami sejarah seni moden Malaysia dan Asia Tenggara. Kemunculan kemodenan seni lukis Asia Tenggara berlaku susulan penjajahan atau lebih tepat lagi penjajahan budaya.
John Clark, ‘Modernity in Asian Art’ 1993 & Patrick Flores, Past Peripheral: Curating in Southeast Asia, 2008
Tidak semestinya saudara kena menunggu setelah selesai tutorial barulah saudara boleh bertanyakan soalan. Saya mahu andaikan beberapa perkara, saya ingin tahu hasrat anda tentang kursus ini. Adakah semua yang ada disini adalah kurator?. Saya akan sediakan senarai buku rujukan kemudian dan mungkin sesetengahnya boleh ditemui secara abstarknya didalam internet, di dalam internet tiada buku yang benar-benar lengkap. Kedua-dua buku ini ‘Modernity in Asia Art’ dan Past Peripheral: Curating in Southeast Asia dan beberapa buku yang diterbitkan oleh Singapore Art Museum (SAM) sebab SAM merupakan pusat kajian seni lukis Asia Tenggara di Asia Tenggara tiada di tempat lain. Dari segi koleksinya SAM tiada tandingan dari segi koleksi karya-karya Asia Tenggara termasuk karya-karya pelukis utama dari Malaysia. Jikalau ada kesempatan anda sendiri tanpa saya pergi ke Singapore Art Museum melihat koleksi. Mungkin BSLN boleh membeli katalog Southeast Asian Collection, terbitan Singapore Art Museum.
Semasa saya mula-mula belajar sejarah seni di USM dibawah bimbingan T.K.Sabapathy , kursus seni Asia Tenggara menekankan seni tradisional Asia Tenggara. Hal ini bertolak daripada andaian pensejarahan seni Barat yang mengatakan bahawa sejarah seni atau seni Asia Tenggara wajar dipelajari hanyalah seni tradisional manakala seni moden, seni kontemporari diandaikan meniru seni Eropah jadi ia tidak perlu dikaji . Bertolak dari situlah kebanyakan penulisan seni Asia Tenggara dan Asia menekankan kajian senibina, dan budaya disekitar candi Borobudur umpamanya, disekitar Angkor Wat di sekitar kuil-kuil tertentu di Thailand, Vietnam itu diutamakan. Ini juga bukan sahaja diamalkan oleh pensejarah-pensejarah seni Barat malah pensejarah seni Asia termasuk pensejarah seni utama iaitu Profesor Ananda Coomarsamy dimana beliau banyak menulis seni Hinduisme di Asia Tenggara. Seorang lagi berbangsa George Coedes Perancis beliau banyak membuat penulisan kajian tentang Angkor Wat di Kemboja, penulisan-penulisan mereka ini amatlah penting dalam sejarah seni.
Ananda Coomaraswamy, Hinduism and Buddha, 1943 & George Coedes, Angkor, 1986
Untuk beberapa dekad atau abad sebenarnya seni kontemporari Asia Tenggara disingkirkan daripada kajian ilmiah. Selepas Perang Dunia ke-2 suatu perubahan berlaku iaitu perubahan yang berkaitan yang berkontekskan kesedaran nasionalis di seluruh dunia di Asia, Amerika Selatan dan Afrika. Dalam konteks ini atau dalam pengalaman mengejar kemerdekaan dan mencari identiti tempatan muncul suatu keinginan untuk memperdirikan kehidupan dan budaya semasa yang bukan hanya berpegang kepada masa lampau seperti Borobudor, Majapahit, zaman kegemilangan Melaka tetapi untuk melihat apa yang dinamik sekarang ini.
Pada tahun 1991 satu persidangan telah diadakan di Canberra, Australia ia merupakan persidangan yang penting bagi memulakan penyoalan semula kedudukan seni kontemporari dan budaya kontemporari Asia termasuklah Asia Tenggara. Persidangan ini bertajuk ‘Modernism and Past Modernism in Asian Art’ ianya diadakan pada bulan Mac 1991 di Canberra Australia. Pengendali pertama adalah Profesor John Clark. Buku yang saya pegang ini iaitu ‘Modernity of Asian Art’ merupakan pembukuan kertas-kertas kerja daripada persidangan itu. Ia merupakan kertas kerja yang diusahakan kembali dan diperbaiki. Dalam prakata buku ini yang ditulis oleh seorang Profesor daripada Sydney dimana beliau mengimbas kembali persidangan itu iaitu suasana yang menarik pada beliau sebab ia mengumpul para pengkaji seni Asia dalam situasi untuk berkongsi tentang penemuan seni moden, untuk berkongsi yang mana mereka sedar tentang kelemahan pengkajian ilmiah mereka selama ini.
Ramai peserta-peserta ini telah membuat kajian perseorangan tetapi dalam persidangan ini mereka sedar ramai yang lain menemui masalah yang sama dan sebab itulah persidangan ini menjadi sesuatu yang utama dimana ia sebenarnya mencabar dan mengugat pemahaman seni lukis moden yang mengutamakan Barat. Kesedaran utama disini dikalangan peserta ialah premis atau landasan pemikiran pensejarah seni itu menjadi tidak memadai bila digunakan untuk memahami seni lukis Asia Tenggara dan Asia sebab andaian mereka itu memberi keutamaan dan keistimewaan kepada seni lukis Barat. Keistimewaan itu diberi dan pada masa yang sama mengecilkan tidak mementingkan seni lukis bukan Barat. Hal ini bukan sejarah seni ia merupakan dominasi budaya.
Pada masa yang sama pada awal 1990 an, kedudukan Australia dan New Zealand dalam benua Asia menjadi suatu yang dipersoalkan. Australia dari segi geografinya ingin menjadi sebahagian daripada Asia, tetapi yang jelasnya Australia tidak mahu melepaskan kaitan mereka dengan budaya Eropah, mereka lebih dekat dengan Eropah daripada dekat dengan China, India atau Asia Tenggara. Jadi bagimanakah Australia boleh menjadi sebahagian daripada Asia ini menjadi persoalan yang megugat pemikiran dan politik Australia. Dalam konteks inilah pertimbangan semula dalam seni lukis Asia Tenggara dilakukan dan John Clark adalah yang menerajui kajian ini yang mcencabar pemikiran-pemikiran yang berkisarkan budaya Eropah. Hal ini berlaku juga kerana pada awal 90 an jelas demografi ataupun susunatur atau corak penduduk di Australia telah berubah, dengan adanya ramai yang telah berhijrah daripada Asia dan Timur Tengah ke Australia dan ini menjelaskan betapa unggulnya budaya-budaya dari mana penghijrah-penghijrah ini datang umpamanya budaya dari India, budaya China kebudayaan Asia Tenggara. Jika dibandingkan dengan budaya lama India atau budaya lama China kita boleh katakan Australia tiada budaya.
Kesedaran daripada imigran-imigran ini terhadap bukan sahaja ekonomi tetapi budaya dalam pembentukan budaya Australia menjadi sesuatu yang utama. Dalam situasi begini muncullah seperti yang anda ketahui Australia Council dan usaha-usaha lain untuk memiliki dan memahami budaya Asia Tenggara. Program-program daripada Australia menghantar pakar-pakar dan pengkaji-pengkaji ke Jepun ke Filipina, Malaysia dan jiran mereka yang paling hampir Indonesia. Kemudian dikalangan pengkaji-pengkaji Australia ramai yang bersimpati dengan sikap Barat yang menindas dn tidak mementingkan kajian budaya negara bukan Barat. Sehingga sekarang kita lihat penulis-penulis dan pembela-pembela budaya Asia Tenggara Asia Tenggara kebanyakannya banyak datangnya daripada Australia dan negara-negara Eropah tidak hanya daripada benua Asia sendiri. Namun begitu jika kita bandingkan kesedran tentang kajian budaya dan seni di negara Asia Tenggara tidaklah begitu maju jika hendak dibandingkan dengan di Barat. Australia sendiri sebelum 80 an boleh dianggap sebagai agak kolot dari segi kajian-kajian seni dan budaya. Faktor-faktor sejarah dan faktor-faktor sezaman telah membina jalan malahan membuka mata membuatkan para sarjana di Australia dan New Zealand mengkaji semula, ini adalah satu perkembangan global sebenarnya. Pada masa itulah bermulanya keadaan sempadan univeristi dan sempadan ilmiah tidak ada lagi. Pengkaji dari Australia pergi ke Harvard, MIT, dan Asia Tenggara.
Hal ini juga telah berlaku dalam institusi pengajian seni di Malaysia sendiri, contohnya semasa saya mengikuti program di USM dahulu dekan Pusat Pengajian Kemanusiaan saya adalah seorang ahli akademik daripada Belanda yang berpusat di Amerika dimana beliau adalah seorang ahli sejarah dan ramai lagi yang mengajar estetika dan falsafah seni saya juga ialah seorang daripada Belanda, sejarah seni. oleh T.K. Sabapathy daripada Singapura, falsafah bahasa dan logik daripada Jerman dan Oxford , sejarah Islam daripada Bangladesh, sejarah sains oleh Prof. Fowler juga daripada Oxford. Saya nyatakan ini kerana pada masa itu di beberapa universiti di luar Eropah muncul tokoh-tokoh yang bukan datangnya dari masyarakat tempatan ke pusat pengajian yang hebat di Barat. Ini sekadar memberi konteks terhadap apa yang berlaku dan apa yang membuat kesedaran betapa pentingnya pemikiran seni dan budaya Asia Tenggara dan Asia diselidik semula dengan serius. Dikalangan pemikiran tempatan yang saya sanjungi dikala itu termasuk Profesor Tang Du Wu, di Universiti Malaya saya tidak pasti samada beliau telah menjawat jawatan Naib Canselor Univeristi Malaya atau Naib Canselor Universiti of Hong Kong .
Jika anda tahu sumbangan Muzium Negara iaitu sumbangan Tan Sri Mubin Sheppard dan ramai lagi adalah merupakan tokoh-tokoh yang menerajui yang membela juga budaya tempatan, membeli dan mengkonservasi bahan warisan. Ini membawa kita mengkaji mengapa seni lukis Asia Tenggara walhal BSLN tidak mempunyai koleksi Asia Tenggara, mungkin ada sedikit tetapi tidak seperti Singapore Art Museum (SAM) . Saya kira untuk menjawap soalan kenapa mengkaji seni lukis Asia Tenggara kita terpaksa membiarkan diri melihat banyak faktor. Jelaslah disebabkan kita Malaysia berada di dalam Asia Tenggara perlu melihat konteksnya iaitu lokasi, geografi dan dalam sejarah untuk menentukan hala arah tujuannya. Kita juga perlu bertanya mengapa kita perlu mengkaji sejarah Malaysia walhal saya orang Perak, kaji tentang sejarah Perak itu diraskan sudah mencukupi, untuk memahami budaya Perak kita perlu memahami budaya Malaysia. Kita ada budaya Pahang, Kelantan, budaya Melayu Lama. Inilah perubahan yang berlaku daripada pengaruh-pengaruh India.
Pagi tadi saya ada menanyakan soalan, saya timbulkan persoalan tentang apakah hasrat anda didalam mengikuti kursus ini dan saya memberikan tujuan mengikuti kursus ini adalah untuk meningkatkan ilmu kita tentan seni Asia Tenggara dan seterusnya seni Moden Malaysia. Namun apakah yang dimaksudkan dengan peningkatan ilmu tentang seni. Ini juga adalah soalan yang lazim ditanya dalam kelas Pengantar Seni khususnya Pengantar Sejarah Seni iaitu soalan yang membuatkan kita perlu berfikir apakah yang kita perlu tahu tentang seni, dalam konteks tugas-tugas di BSLN dan tugas seharian saya kira terutamanya kita perlu tahu siapakah pelukisnya, dari manakah datangnya, bilakah lukisannya dilukis atau dihasilkan, apakah bahannya dan apakah situasi dari mana munculnya lukisan ini. Saya tidak menterjemahkan istilah ini tetapi dalam bahasa Inggerisnya situasi yang akan memberi sejarah kepada karya seni itu dalam bahasa Perancis dipanggil provenience. Ini juga memasuki pengistilahan seni dalam bahasa Inggeris provenience bermaksud asal usul dan latar belakang serta fakta-fakta yang berkaitan dengan sebuah karya seni.
Katakanlah BSLN membeli atau memiliki sebuah karya baru dalam koleksi maka perlulah bahagian koleksi menjelaskan provenience nya iaitu si pelukisnya, situasinya, asal-usulnya. Jadi provenience bukan satu jenis ilmu anda sebagai petugas di BSLN pelukis perlu pertimbangkan. Ada perkara-perkara lain dalam kesenian yang perlu diketahui, dari suatu sudut provenience ini merangkumi semuanya dalam sejarah seni. Umpamanya mereka yang berada dibahagian koleksi, konservasi mungkin ingin mengetahui bagaimanakah sesebuah karya itu dihasilkan dari segi bahantara dan teknik , ini boleh di dokumetasikan dan keperluan untuk memperbaiki kita ada kerana mempunyai maklumat perihal tentangnya.
Selain daripada itu perkara-perkara yang kontroversi perlu dipertimbangkan umpamanya makna dan maksud sesebuah karya seni itu dalah sesuatu yang boleh dipertikaikan. Contohnya karya koleksi catan Mohd Salehuddin ‘Village Shopping’ 1959 lukisan itu dihasilkan sebelum merdeka yang mana beliau hanya menjadi terkenal hanya dengan lukisan ini sahaja yang dilakukan secara illustrasi. Setahu saya beliau tidak mempunyai latar belakang formal dalam seni lukis di pusat pengajian seni ini jelas dalam lukisannya. Dalam memberi kepentingan kepada karya itu kebanyakan kita akan merujuk kepada maknanya dan maksudnya. Dalam hal ini kadangkala kita terjerumus dan terperangkap berpegang kepada hasrat atau niat pelukis, ini merupakan sesuatu yang bahaya dalam penghayatan seni bila kita hanya berpegang kepada niat dan hasrat pelukis. Kerapkali selepas 50 tahun sesebuah lukisan itu dihasilkan pelukis itu pun masih tidak mengingati apakah hasrat atau niat jika beliau masih hidup apatah lagi jika telah tiada.
Mohd. Sallehuddin ‘Village Shopping’ 1959 (Koleksi BSLN)
Jadi dalam mencari makna dan maksud sesebuah karya ada perkara-perkara lain yang tidak berpegang kepada niat pelukis walaupun niat pelukis itu juga merupakan penting “the extension of the artist is important but not completely to be a like upon” dalam memahami makna maksud sesebuah karya seni itu . Juga makna dan maksud sesebuah karya itu berubah mengikut masa, hal ini jelas khususnya dalam sejarah seni yang panjang seribu tahun umpamanya. Kita ambil sahaja piramid di Mesir jelas semasa zaman Firaun ia mempunyai makna yang lain dengan sekarang, banyak perkara lain yang berubah dari segi makna dan maksudnya akibat peredaran zaman. Oleh yang demikian hasrat utama dalam pengkaryaan dan penghasilan karya itu tidak semestinya menjadi muktamad . Dalam pengetahuan mengetahui pencarian maksud dan makna dalam seni kita harus awasi supaya tidak terjerumus berpegang kepada makna yang asal maknanya akan berubah apakah makna kini.
Kita kini telah biasa dengan istilah ikon, Siti Nurhaliza dianggap sebagai ikon, Syed Ahamd Jamal sebagai ikon. Asal-usul istilah ikon itu tiada kena mengena dengan suasana yang memberikan taraf ikon kepada mereka. Ikon muncul daripada pengajian dan sistem agama, sistem dalam kajian sejarah seni iaitu apa yang dipanggil ikonologi daripada cabang ikonografi yang merujuk kepada makna-makna unsur-unsur tertentu dalam karya seni . Dalam seni Buddhis kedudukan atau postur patung buddha itu dari segi kedudukan tangan, kaki semuanya boleh difahami dalam konteks ikonografi jadi patung itu sendiri dipanggil sebagai ikon secara mudah untuk diperjelaskan. Tetapi sekarang ikon digunakan untuk orang yang hidup, ikon telah digunakan diluar konteks sejarah seni dan diluar pemikiran agama . Dalam Islam ini ikon tidak begitu penting dan tidak diguna langsung tetapi ikon dari segi lain ada yang dikeluarkan umpamanya samada benar atau tidak iaitu warna hijau dikaitkan dengan keislaman tiada kena mengena dengan Islam tetapi kini digunakan bulan sabit sebagai lambang keislaman yang berkaitan dalam bidang ikonografi . Hal ini sekadar berkongsi tentang selok belok tentang makna dalam seni.
Dalam ‘My Father and a Biker’ 2005 lukisan ini pada saya mempunyai makna-makna tertentu jika kita mengingat kembali catan Ibrahim Hussein ‘My Father and The Astronout’ 1969 paparannya imej kedua-daunay adalah lebih kurang sama, dan saya pasti Jailani semestinya sedar akan hal ini. Jadi apa yang saya ingin nyatakan disini adalah makna karya itu berkaitan juga dengan karya-karya yang lain, bagaimana kita memberi makna dan bagaimana kita membuat kaitan kita mengingati karya-karya yang lain dan memperkayakan lagi makna sesebuah karya itu. Ia juga bergantung kepada diri kita, pengetahuan, latar belakang dan minat. Lain-lain ilmu yang kita boleh kaitan dengan seni berguna kepada kita termasuklah mengetahui tentang institusi-institusi yang menyokong kesenian dan budaya di di negara ini Balai Seni Lukis Negara contohnya sebagai infrastruktur kesenian, pusat pengajaran seni, penyelidikan seni, penerbitan seni dan penghimpun seni, semua ini merupakan bahan ilmu yang boleh dikatakan penting di dalam menghayati sejarah seni Asia Tenggara.
Ibrahim Hussein ‘My Father and The Astronout’ 1969
Ini saya nyatakan setahu saya sebab saya bukan tahu sangat tentang pasaran seni di Asia Tenggara, diantara koleksi moden yang terbesar yang saya tahu koleksi peribadi adalah koleksi Sukarno di Indonesia malah katalognya mengandungi 5 jilid. Kajian di Malaysia tidak banyak, saya dahulu banyak mencadangkan pelajar saya membuat kajian tentang koleksi-koleksi semua raja-raja Melayu di Malaysia, iaitu tiap-tiap raja Perak, Johor, Pahang semua ada koleksi tetapi hendak masuk ke tmpat mereka merupakan satu masalah. Koleksi ini akan memberikan kita ilmu bagaimana kerabat-kerabat diraja membuka saluran untuk kesenian dan budaya Barat masuk bukan golongan bawahan golongan kerabat raja inilah yang membawa masuk unsur-unsur budaya Barat termasuk juga parti politik kemudiannya. Umpamanya jika kita ambil kerabat diraja Johor, sebab mereka telah berkahwin dengan orang British dari segi itu kita tahu kemasukan budaya Inggeris.
Sebelum saya terlupa jika anda rasa ada istilah yang perlu saya jelaskan sila bangkitkan, sebab saya sudah lama dalam bidang ini, jangan andaikan saya faham anda pun faham juga. Anda boleh senarikan dan kemudian ia akan menjadi glosari, satu lagi kertas kerja Glosari Istilah-istilah Seni Asia Tenggara, dulu mungkin ada COCI Glosari Seni Asia memang perlulah dari segi demografi . Satu lagi saranan ialah agar BSLN menerbitkan glosari jika hendak mengharapkan Dewan Bahasa dan Pustaka mereka banyak kerja lain, mungkin BSLN boleh bekerjasama dengan DBP perkembangannya, saya merasakan sudah lama kita tidak melakukannya pada tahun 1990 an semasa saya menjadi pengerusi jawatankuasa nya Glosari Seni Lukis DBP .
Itulah dua perkara yang ingin saya tekankan pada hari ini iaitu bagaimana kita mengenal pasti ilmu yang kita perlukan dalam hal seni yang kita katakan didalam khusus ini untuk meningkatkan saya sebutkan tadi provenience, struktur, mengetahui pasaran, semua ini yang ingin diterapkan dalam pengetahuan kita. Keduanya saya katakan tadi bagaimana pemikiran kepentingan untuk memikir semula seni lukis moden Asia Tenggara iaitu perkembangannya di dunia, apa yang berlaku di Australia dan apa yang berlaku juga di Malaysia. Kadangkala untuk memahami apa yang berlaku di Malaysia kita harus membaca kajian Filipina, Indonesia kerana disana lebih banyak kajian yang dibuat. Sebabnya adalah di Malaysia tidak wujud major atau minor tentang sejarah seni dimana-mana universiti jadi hal ini adalah sesuatu yang perlu diperbaiki untuk mengetahui tentang mengapa ini berlaku dana bagaimana tentang perkembangan sejarah seni moden dari Asia Tenggara berlaku dan apakah yang kita ingin tahu dari segi ilmunya.