Rabu, 25 Ogos 2010

Roland Barthes (1915-1980)

Terjemahan Oleh: Faizal Sidik
Sumber :















Roland Barthes merupakan seorang pengkritik sosial dan kesusasteraan Perancis, beliau dikenali dengan penulisan semiotik yang berasal daripada strukturalisme salah satu pergerakan intelektual utama dalam era abad ke-20. Sepanjang hidupnya Barthes telah menghasilkan tujuh belas buah buku dan pelbagai artikel, dan kebanyakannya dikumpul dan kemudian dijadikan koleksi. Idea dan pandangannya telah memberi satu jalan alternatif terhadap metodologi pengetahuan dan pengajian lama dalam kesusasteraan. Tulisan-tulisan Barthes begitu banyak dipelajari dan dijadikan panduan oleh pelajar dan pengajian samada didalam mahupun diluar Perancis.


“Seorang penulis tentang bahasa tidak diharapkan untuk mengambarkan sesuatu tetapi melambangkan sesuatu itu. Dalam kerjayanya, ia seharusnya membuat kritik-kritik keras, jelas dan nyata yang mempunyai dua kaedah: pertama mesti berbincang dengan seseorang penulis aliran realisme samada dari segi intipati sesuatu ideologi (contohnya Marxist dalam tema hasil karya Becht) atau nilai semiologi (prop, pelakon, muzik, warna dalam drama Brecht). Idealnya sudah tentu datangnya dari kombinasi kedua-dua bentuk kritikan; kesilapanya adalah kita sering sahaja keliru antara kedua-duanya; ideology adalah cara, kaedah dan prosedurnya, dan malahan juga semiologi” (Dari Mythology, 1957)


Roland Barthes dilahirkan di Cherbough, Manche. Selepas kematian bapanya dalam peperangan dilaut pada 1916, ibu Barthes iaitu Henriette Binger Barthes telah berpindah ke Bayonne, dimana Barthes menghabiskan zaman kanak-kanaknya. Pada 1924 mereka berpindah pula ke Paris, dimana Barthes telah memasuki Lycee Montaigne (1920-30) dan Lycee Louis-le-Grand (1930-34). Dalam tahun 1927 ibunya telah melahirkan anak teman lelakinya, Michel Salzado, adik satu emak kepada Barthes. Apabila orang tua Henriette dapat menolak dalam memberi bantuan kewangan, dia menyara keluarganya dengan bekerja sebagai penjilid buku. Di Sorbonne Barthes mempelajari kesusasteraan klasik, tragidi Greek, tatabahasa dan ilmu kaji bahasa, beliau menerima ijazah dalam kesusasteraan klasik pada tahun 1939 dan tatabahasa ilmu kaji bahasa pada 1943.


Dalam tahun 1934 Barthes telah disahkan menghidap penyakit batuk kering semasa berkhidmat di Isere dan telah dimasukkan pusat rawatan khas di situ antara 1934 hingga 1935 dan 1942 hingga 1946. Penyakitnya sering berulang-ulang datang dan sedikit sebanyak menghalangnya dalam menghabiskan penyelidikan doktor falsafahnya, namun Barthes begitu gigih membaca dan terus menulis. Barthes pernah mengajar di Iycees di Biarritz pada 1939, Bayonne 1939 hingga 1940, Paris 1942 hingga 1946, Rrench Institute di Bucharest Romania dalam tahun 1948 hingga 1949, University of Alexanderia, Egypt 1949 hingga 1950, dan Direction Generale des Affaires Culturelles 1950 hingga 1952. Dalam tahun 1952 hingga 1959 beliau telah dilantik sebagai penyelidik di Center National de la Recherche Scientifique, dari tahun 1960 hingga 1976 pula beliau merupakan pengarah pengajian di Ecole Pratique des Hautes Etudes. Dalam tahun 1967 dan 1968 beliau mengajar di John Hopkins University, Baltimore dan dari tahun 1976 hingga 1980, beliau menduduki kerusi semiologi kesusasteraan di College de France.


Le Degre Zero De Lecriture (1953, Writing Degree Zero) sebenarnya merupakan sebuah penerbitan artikel rencana dalam jurnal Albert Camus iaitu Combat. Tulisan tersebut merupakan sumbangan besar Barthes terhadap kritikan dalam kesusasteraan moden Perancis. Beliau telah memperkenalkan konsep ecriture iaitu sistem teks yang dikagumi dari segi stail, bahasa dan penulisan. Hasil penemuannya dikatakan berkait rapat dengan penulisan new roman. Beliau merupakan pengkritik yang awal telah mengenalpasti tujuan utama tulisan Alain Robbe-Grillet dan Michel Butor ( kedua-duanya merupakan penulisan handalan). Barthes melihat semula keadaan sejarah bahasa dalam kesusasteraan dan hasil seni sebelumnya dimana keadaanya agak sukar untuk diterapkan mahupun dipraktikkan dalam penulisan moden: apa yang berlaku adalah gaya penulisan -penulisanya yang merewang-rewang.


Dalam Michele Par Lui-Meme tahun 1954, iaitu biografi Jules Michelet, seorang ahli sejarah abad ke sembilan belas, Barthes telah memokuskan tentang perilaku Michelet terhadap sesuatu perkara yang menghantui fikirannya dan Barthes dapati sebahagiannya terdapat didalam tulisan-tulisan Michelet sendiri, seterusnya mengatakan wujudnya tindakan-tindakan realiti berkenaan suasana sejarah pada satu-satu masa dengan penulisan sejarah eranya. Dalam Mythologies 1957 Barthes telah menggunakan konsep semiologikal dalam menganalisis mitos dan tanda dalam membaca budaya kontemporari. Subjek kajian beliau adalah dari akhbar, filem, persembahan dan pameran ini kerana terdapat hubungkait dengan penyalahgunaan ideologi didalamnya. Titik mula pengkaji Barthes tidak berlandaskan tradisi lama iaitu penekanan terhadap penilaian mahupun pencarian seseorang pengarang, tetapi teks itu sendiri sebagai sistem tanda (system of sign), dimana menjadi asas stuktur bentuk iaitu “makna terdapat didalam sesuatu hasil kerja keseluruhannya”. Tidak sahaja disitu malah sebuah firma pengiklanan mendapati hasil kerja Barthes sangat mempengaruhi dan menyakinkan mereka untuk menjadi konsultan kepada syarikat pengilang automobile Renault.


Pada tahun 1963 Barthes menulis Sur Racine yang telah menimbulkan kontroversi kerana aprisiasi beliau yang tidak begitu mendalam terhadap subjek itu. Raymond Picard, professor di Sorbonne dan pakar dalam subjek berkenaan telah mengkritik esei Barthes Nouvelle critique ou nouvelle imposture? (1865) yang merupakan pandangannya terhadap sifat. Walaubagaimanapun Barthes menjawab dalam Critique Et Verite (1966), dimana beliau membuktikan “kritisme dalam sains” mengantikan “kritisme universiti” yang dibawa oleh Picard dan rakannya di universiti. Barthes mengajukan kritisme agar menjadi satu pengajian dan melihat serta mendekati kritikan kerana ia merupakan pengaruh yang sangat besar dalam mempengaruhi kelas mahupun ideologi. Nilai daripada kritisme sains seperti kejelasan, sifat mulia dan umat sejagat, didalamnya boleh diambil sebagai bukti asas dalam penyelidikan, dan juga sebagai kuasa dalam menapis pendekatan yang berlainan dengannya.”Saya berkata dalam nama apakah itu? Latar ilmu? Pengalaman? Apa yang saya pamerkan? Dalam kebolehan saintifik yang bagaimana? Apakah fungsinya? Institusi? Dalam erti kata sebenar, saya berkata hanya dengan nama bahasa: saya berkata kerana saya telah menulis; penulisan akan menjelaskan sesuatu yang berlawanan, daripada ucapan……Pada penulisan boleh memperkatakan kebenaran sesuatu bahasa tetapi tidak pada alam nyata…..”daripada bukunya Image-Music-Text, 1977)


Sepanjang kariernya, Barthes telah menghasilkan banyak esei berkenaandengan sesuatu kewujudan yang memperlihatkan bagaimana beliau memandang, jika dibandingkan dengan yang lain yang aforisme (pepatah, madah) dan tidak berlandaskan pembuktian teori. Dalam Le Plasir De Texte (1973) Barthes telah mengembangkan ideanya dalam menghubungkan dimensi keupayaan seseorang terhadap text. Barthes telah menganalisis hasratnya untuk membaca apa yang disukainya, tidak disukainya, dan inilah yang mendorongnya dalam mengaitkan aktiviti-aktiviti tadi. L’Empire Des Signes (1970) telah ditulis oleh Barthes setelah lawatannya ke Jepun, dan telah membincangkan didalamnya mitos negara itu terutamanya perkenalan beliau dengan seni negara itu yang hebat. Barthes mengatakan masakan orang Jepun “tidak cukup masak dan mentah” haiku (puisi Jepun “angan-angan dan khayalan tanpa ulasan” dan seks “berada dimana-mana, kecuali dalam sifat seks”.


Dalam Elements De Semiologie (1964) Barthes telah menyusun mengikut suatu system pandangan beliau berkenaan dengan “kajian system tanda”, berdasarkan konsep Ferdinanad de Saussure’s (1857-1973) iaitu konsep bahasa dan analisis daripada mitos dan ritual. Barthes telah membuat kebolehan pemakaian sesuatu struktur linguistik dalam bukunya S/Z (1970). Setelah membuat analisa peringkat demi peringkat cerita pendek Balzac iaitu ‘Sarrasine’ beliau telah membincangkan pengalaman membaca, hubungan antara pembaca sebagai subjek terhadap pergerakan bahasa dalam text. Menurut Barthes kritisme klasik tidak memberi perhatian kepada pembaca. Tetapi pembaca sebagai ruangnya, dalam perbagai aspek tekt itu akan bertemu. Teks yang bersatu itu bukanlah yang asli tetapi sebagai destinasi sahaja. Jadi “…kelahiran seseorang pembaca akan menyebabkan kematian seseorang penulis.” “…the birth of the reader must be at the cost of the death of the Author”. Kajian Barthes ini menjadi focus utama dan model dalam pelbagai bidang terutamannya kritikan kesusasteraan kerana penekannayan tentang penggunaan analisis atau analitikal terhadap struktur elemen didalam sastera keseluruhannya.’Suatu hari, suatu masa dahulu, Saya telah mengambil gambar lukisan adik yang paling bongsu Napoleon iaitu Jerome, gambar berkenaan dilukis pada tahun 1852. Dan saya merasakan dengan rasa takjub dan tidak lagi memperkecilkanya sejak itu: Saya melihat pada matanya kelihatan seolah-olah seorang Maharaja.” (daripada bukunya Camera Lucinda, 1980)


Buku terakhir Barthes iaitu La Chambre Claire (1980, Camera Lucinda), dimana beliau telah membincangkan fotografi sebagai media dalam berkomunikasi. Ianya ditulis dalam jangka masa yang agak pendek iaitu antara kematian ibunya dengan kematian beliau sendiri. Penulis sendiri mengakui bahawa beliau menghalakan lensa kamera kehadapan katanya “badan saya tidak dapat mencari 0 darjah, tidak seorang pun yang boleh (mungkin hanya ibu saya? Oleh kerana tidak peduli maka terhapuslah perkara yang memperngaruhi imej itu. Orang yang mengambil gambar selalu dianggap seolah-olah penjenayah yang dikehendaki oleh pihak polis-tetapi jika ia mempunyai rasa cinta, akan membangkitan perasaan kecintaan yang amat sangat.)” Fotografi, terutamanya gambar potret, bagi beliau “satu keajaiban yang selain dari lukisan” Sepanjang hidup Barthes beliau selalu berada di sisi emaknya, yang kemudian meninggal pada tahun 1977. Semasa emaknya sakit beliaulah yang selalu merawatnya dan kemudian lantas menulis Camera Lucinda, merupakan “ Kesudahannya pengalaman daripada emak, yang masih kuat seperti ia masih ada, kenangan yang seperti dizaman kanak-kanak….Setelah ia meninggal saya seolah-olah tidak mempunyai maknanya lagi dalam menumpuhi hidup dan bergerak maju”.Barthes kemudiannya meninggal tiga tahun kemudian di Paris kerana kemalangan jalan raya pada 23 March, 1980.


Bibliografi Buku Roland Barthes:

  • LE DEGRE ZERO DE LECRITURE, 1953- Writing Degree Zero
  • MICHELET PAR LUI MEME, 1954- Michele by Humself
  • MYTHOLOGIES, 1957-Mythologies (terjemahan oleh Annette Lavers) Mytologioita
  • SUR RACINE, 1963-On Racine
  • LA TOUR EIFFEL, 1964-The Eiffel Tower and Other Mythologies
  • ESSAIS CRITIQUES, 1964-Critical Essays
  • ELEMENTA DE SEMIOLOGIE, 1964- Elements of Semiology
  • Critique et verite, 1966-Criticism and Truth
  • SYSTEME DE LA MODE, 1967-The Fachion System
  • S/Z. 1970
  • L’EMPIRE DES SIGNES, 1970-Empire of Signs
  • SADE, FOURIER, LOYOLA, 1971
  • NOUVEAUX ESSAIS CRITIQUES, 1972-New Critical Essays
  • LE PLAISIR DU TEXTE, 1973-The Pleasure of Text-Tekstin hurma
  • ERTE, 1975
  • POURQUOI LA CHINE?, 1976
  • ROLAND BARTHES PAR ROLAND BARTHES, 1977- Roland Barthes by Roland Barthes.
  • Image-Music-Text, 1977 (esei terpilih yang diterjemahkan oleh Stephen Heath)
  • FRAGMENTS D’UN DISCOURS AMOUREUX, 1977-A Lover’s Discourse: Fragments
  • LECON INAUGURALE AY COLLEGE DE FRANCE, 1978
  • SOLLERS, ECRIVAIN, 1979-Sollers, Writer
  • LA CHAMBRE CLAIRE, 1980-Camera Lucinda-Valoisa huone
  • Barthes Reader, 1980
  • L’OBVIE ET L’OBTUS, 1982-The Responsibility of Forms
  • LE BRUISSEMENT DE LA LANGUE, 1984-The Rustle of Language
  • L’AVENTURE SEMIOLOGIQUE, 1985-The Semiotic Challenge
  • INCIDENTS, 1987
  • CEUVRES COMPLETES, 1993-95 (3 JILID)


Untuk Bacaan Lanjutan:

Barthes oleh G.de Mallc dan M. Eberbach (1971)

Roland Barthes: Un regard politique sur le signe oleh L.S.Calvet (1973)

New Criticism in France oleh S. Doubrovsky

Vertige du deplacement oleh S. Heath (1974)

Roland Barthes: A Conservatice Estime oleh P. Thody (1977)

Structuralism and Since, ed oleh John Sturrock (1979)

Under the Sign of Saturn oleh Susan Sontag (1980)

Roland Barthes oleh George R.Wasserman (1981)

Roland Barthes: Structuralism and After oleh Annette Lavers (1982)

Roland Barthes, the Professor of Desire oleh Steven Ungar (1983)

The Barthes Effect oleh Reda Bensmaia (1986)

La Litterature Selon Barthes oleh Vincent Jouve (1986)

The Barthes Effect oleh Reda Bensmaia (1987)

Roland Barthes oleh Louis-Jean Calvet (1995)



1 ulasan:

  1. salam
    usaha kau bagus dalam menterjemahkan artikel ini. harap dapat dijadikan sumbangan bagi sesiapa yang ingin mengetahui siapa dia roland barthes, terutama dalam camera lucinda.

    BalasPadam