Selasa, 8 Jun 2021

Kenangan Bersama Arkitek Muzium dan Yayasan Seni Ibrahim Hussein (IHMCF)

Oleh: Faizal Sidik




Pengenalan

Wawancara ini adalah siri penyelidikan tokoh seni negara iaitu Ibrahim Hussein bagi Pusat Penyelidikan Seni Asia Tenggara (PUSAT) sempena pameran  ‘ARKIB: Archiving Ibrahim Hussein (Kenangan Bersama Muzium dan Yayasan Seni Ibrahim Hussein)’ yang diadakan pada 31 Mac hingga 31 Mei 2021 di Balai Seni Negara Langkawi. Pasukan kuratorial yang terdiri daripada Zanita Anuar, Faizal Sidik, Zulkarnain Zainal Abidin dan Hafiz Osman telah mengadakan satu lawatan penyelidikan rasmi semasa PKPB atau Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat ke Pulau Pinang pada 17 hingga 20 Mac 2021 ke rumah tokoh arkitek negara iaitu Datuk Seri Lim Chong Keat yang terletak di Jalan Macalister, George Town, Pulau Pinang bagi mewawancara beliau sebagai arkitek yang telah merancang dan membina Muzium dan Yayasan Ibrahim Hussein (IHMCF) di Pulau Langkawi pada tahun 1990 an.

Sepintas lalu latar belakang Datuk Seri Lim Chong Kiat, beliau dilahirkan di Pulau Pinang pada tahun 1930 yang merupakan rakan rapat Ibrahim Hussein. Mendapat didikan formal  daripada Manchester University dan seni bina akuistik daripada Massachusetts Institute of Technology (MIT), beliau merupakan bekas Ketua dan Pengarah Jurubena Bertiga International Sdn Bhd iaitu firma seni bina yang menjalankan projek seni bina dan perundingan.  Beliau merupakan arkitek yang membina rumah studio Ibrahim Hussein, Sim Hussein dan Alia yang terletak di Kuala Lumpur. Firma beliau banyak bertanggungjawab dalam projek perancangan dan pembinaan utama di Malaysia, Singapura dan luar negara. Selain itu beliau juga mempunyai minat yang mendalam dalam pemuliharaan taman botani. Selepas bersara daripada firma pada tahun 1995 beliau dilantik  sebagai Profesor Tamu di University of Manchester, England dan  juga Felo Tamu di Emmanuel College, UK. Beliau menerima jemputan istimewa daripada Ibrahim Hussein untuk membina muzium seni yang terletak di taman rimba. Pada tahun 2002 beliau dianugerahkan gelaran Datuk Seni di atas sumbangannya terhadap pembangunan seni bina serantau. Antara seni bina yang dihasilkan oleh beliau dan Jurubena Bertiga adalah Menara Komtar, Bangunan Sultan Abdul Aziz Shah SSAAS (SUK Selangor), Dewan Sivik Petaling Jaya, Masjid Negeri Sembilan, (Malaysia) Jurong Town Hall, Singapore Conference Hall (Singapura).

                                        

Zanita Anuar: Terlebih dahulu pasukan saya mengucapkan terima kasih di atas kesudian Datuk Seri menerima pelawaan kami untuk diwawancara sebagai arkitek yang membina Muzium dan Yayasan Seni Ibrahim Hussein (IHMCF) yang sudah tentu banyak kenang-kenangan bersama pelukis dan seni bina bangunan itu sendiri. Bolehkah Datuk Seri kongsikan kepada kami  bagaimanakah mula mengenali Datuk Ibrahim Hussein?

Lee Chong Kiat: Beliau sebenarnya lebih muda daripada saya. Namun kami datang dari era yang sama yang banyak terdedah dengan pengaruh antarabangsa.  Jadi ianya agak asing dimana pada suatu hari beliau bercakap dengan saya dan berkongsi tentang impiannya untuk membina muzium di Langkawi, dimana kami ingin membawa ramai pelukis antarabangsa ke sana dan pada masa yang sama, beliau berunding tentang  tapak letaknya.  Namun beliau tidak begitu menyedari akan kemungkinan-kemungkinan yang akan timbul.  Jadi, saya merasakan beliau menyimpan sesuatu. Saya sebenarnya salah seorang daripada beberapa orang yang mengetahui Langkawi secara geografinya.  Saya pernah mengadakan ekspedisi pada zaman persekolahan lagi  ke Langkawi semasa belajar di Penang Free School Iaitu sekitar tahun 1947 atau 1948.  Oleh itu, kami lebih teliti dalam mengetahui tapaknya dan geografinya.  Jadi saya rasa jika anda bertanyakan kepada orang dimana  letaknya Tanjung Tengkorak ini mereka kemungkinan tidak tahu. Tahukan anda bahawa Pantai Tengkorak dan kawasan sekitarnya adalah jalan untuk menuju ke Datai (pantai) kini agak popular pada hari ini. Sejarahnya jika diselidiki berbalik kepada saya rasakan jika anda mahu mengetahui asal-usulnya mengapa Ib meminta saya untuk terlibat sama.  Ini adalah kerana kami telah lama berkawan dan saya juga pernah merekabentuk rumahnya di Bukit Pantai. Itu satu lagi cerita hebat lain.  Beliau sebenarnya telah mencadangkan lokasi di tempat lain mungkin atas saranan pihak  LADA (Lembaga Pembangunan Langkawi)  kepada beliau.  Namun saya telah membawa beliau ke lokasi ini, dan di sinilah ia berlaku, penghargaan saya ucapkan untuk pekerja di arkib saya kami menjumpainya beberapa gambar. Kini tempat ini telah menjadi tempat tarikan pengunjung. Saya telah membawa Ibrahim ke lokasi ini untuk melihat bukit berkenaan. Pada waktu itu sebelum tahun 1992.





ZA: Oh, 90 an?

LCK: Benar, sebelum itu lagi kerana dalam hal ini firma kami bekerja sangat pantas.  Semuanya berlaku pada tahun 1992 iaitu menjelang akhir tahun 1992 dimana beliau telah melancarkan yayasan itu dari segi pendanaan. Boleh jadi pada awal 1992 kami melawat ke situ dan tahukah anda dalam pelan tapak ia adalah sebuah kawasan yang agak luas di bawah Jabatan Perhutanan, dan ini adalah pelannya. Adakah anda mengingati lokasi ini? Kami hanya akan memperkatakan  apa yang benar-benar direalisasikan hanyalah satu per tiga daripada keseluruhan projek lot ini. Namun konsep perancangannya dihasilkan lengkap dengan taman penyelidikan hutan itulah tujuan asalnya. Ia juga disebut muzium dan taman penyelidikan hutan. Ini adalah cadangan yang saya hasilkan. Kami amat bertuah menjumpai semula lukisan ini kerana sebenarnya saya hampir lupa tentangnya. Sehinggalah anda meminta saya untuk bercakap tentangnya.  Senaraio muzium itu pada hari ini sangat menyedihkan, apa yang menyedihkan itu bukan berkenaan dengan kawasan hutan tetapi apa yang diketahui berkenaan dengan yayasan itu  tidak mampu bertahan untuk diteruskan selepas kematian Ibrahim Hussein. Saya rasa berlaku keusangan di situ sejak beliau meninggal dunia pada tahun 2009. Selain itu, saya meragui  terhadap orang disebalik semuanya ini kerana ia semakin hari semakin tidak terjaga.  Jadi sudah tentu kawasan sekitarnya akan menjadi semak samun, namun apa yang menyedihkan adalah terhadap seni bina bangunan itu yang seharusnya dikaji dari sudut pensejarahannya dengan serius, itulah yang sepatutnya dilakukan. Jika anda masih mengingati hari gemilang perasmian muzium  ini yang dibuka pada tahun 1998. Pada masa itu, dirasmikan oleh Perdana Menteri, Dr. Mahathir Muhammad dan itu adalah acara terbesar yang pernah diadakan dimana terdapat banyak acara yang dilakukan di dalam bangunan itu, diharapkan kumpulan arkiban anda akan mengkajinya. Sungguhpun begitu, janganlah pula  kita menyalahkan kawasan hutan di sekitar itu. Apa yang perlu dipersalahkan sebenarnya adalah manusia itu sendiri. Kurangnya sokongan daripada masyarakat yang tidak memahami usaha yang dilakukan oleh  Ibrahim Hussein menerusi projek ini.  Sudah tentu, melalui projek mengenang semula ini kita akan mengingatinya kerana kami adalah sebahagian daripada perancangnya dengan merekabentuk bangunan untuk beliau. Dalam kata lain, beliau  adalah pelanggan setia kami.  Beliau tidak pernah meragui rekabentuk kami. Beliau mengakuinya kerana percaya akan profesionalisme kami dan saya rasa mampu merelisasikan bangunan impiannya itu. Saya tidak berminat untuk menggunakan perkataan ‘ikonik’. Namun bagi saya bangunan ini sangat ikonik. Saya pasti bukanlah suatu yang mudah untuk menyeimbangkan antara menyelenggara dengan menjaga pokok-pokok, lanskap. Oleh itu kami sangat berhati-hati. Hanya sedikit sahaja pokok yang ditebang. Kami sebenarnya ingin pokok itu ditanam semula.  Kalau boleh kami ingin menjadikan sebahagianya sebagai taman botani. Oleh kerana pada waktu itu saya belum lagi melibatkan diri dalam penyelidikan botani seperti pada hari ini. Pada masa dahulu, Jika pada sekitar 1980 an ketika ia selesai (seni bina rumah) dan saya lebih aktif dalam penyelidikan botani sebelum kami membuat kajian sendiri terhadap penyelidikan taman di Pulau Pinang bahagian ini pasti dapat direalisasikan (dengan muzium). Namun ia masih boleh dilakukan jika kita berpandangan jauh dengan penaungan yang betul dan pasukan yang betul.  Jadi konsep pemulihan (hutan) ini akan menjadi warisan peninggalan yang besar di atas usahanya. Ini sebenarya adalah pemulihan dan pembangunan yang sebenarnya belum sampai ke tahap itu lagi. Kebanyakan orang tidak sedar, apa sebenarnya yang dibina hanyalah sepertiga daripada keseluruhan idea. Anda boleh lihat pada geometri apa yang kita sebut adalah saling kait mengait Semua petakan ini adalah saling kait mengait.

 




ZA: Ya...seperti satu simpulan

LCK: Cuba anda lihat, setiap seksyen seperti pintu gerbang dan ini berkesinambungan sehinggalah ke bahagian atas. Di bahagian atas inilah yang belum dapat dibina. Ruang yang menempatkan galeri yang lebih besar Ini adalah sepertiga daripada keseluruhan idea. Inilah yang berlaku, kami berjaya menjumpai pelan-pelan yang kami hasilkan dalam masa yang sangat singkat pada 1992.  Sudah tentu terdapat pengubahsuaian apabila kami Ingin melaksanakannya disebabkan oleh faktor bajet. Beliau berusaha dengan gigih untuk mengumpulkan dana melalui yayasannya. Beliau mendapat pelbagai sokongan pada awalnya,  tetapi masih tidak mencukupi. Selain itu perjalanan muzium seperti penyelenggaraan, kos operasi turut menjadi cabaran. Namun semua ini telah menjadi sejarah. Apa yang tinggal, adalah apa yang kita sebut sebagai penyusutan (bangunan) yang luar biasa.

 

ZA: Benar

 

LCK: Adakah anda bersetuju?

 

ZA: Itulah sebenarya yang berlaku

 

LCK: Baik. Oh, saya rasa rakan kongsi saya sangat sedar. Apakah tujuan sebenarnya projek ini  dan siapa yang menjalankannya. Asas (idea) rekabentuknya adalah datangnya daripada saya. Oleh kerana saya mempunyai hubungan yang rapat dengan pelukis kerana pernah merekabentuk rumahnya. Jadi pasukan saya bekerja mengikut perancangan dan sudah tentu termasuklah kerja-kerja pembinaan dan sebagainya. Namun saya rasa meletakkan kesalahan atau  memberi penghargaan pada reka bentuk perlu dilakukan pada peringkat awal lagi. Ia hanya akan memberi impak apabila anda mempunyai simbiosis yang hebat antara pemilik, pelanggan dan arkitek.  Dalam hal ini, pelukis sebagai pelanggan mempunyai visi yang jelas. Saya rasa beliau juga tahu saya sedia menyahut cabaran  itu. Ya dan permintaan beliau  akhirnya adalah untuk mendapatkan 12 hektar tanah dengan beberapa buah galeri, studio-studio, taman arca dan ruang pentadbiran dan tempat bekerja selain kemudahan penginapan untuk rakan artis beliau.

 

ZA: Ya.

LCK: Saya rasa, beliau tidak mahu terlalu fokus terhadap kawasan taman sekitar. Namun kami sangat memberi perhatian pada perkara itu. Jadi kawasan botanikal adalah suatu projek lain kerana kesesuaiannya dalam menjana penjimatan tenaga.  Jadi ia adalah perlanjutan daripadanya, walaupun demikian impian itu tidak menjadi kenyataan. Ini akan tetap akan menjadi cabaran kepada penaung di hari mendatang.

 

 

ZA: Kami benar-benar  ingin tahu apa yang dibualkan antara anda dengan Ibrahim Hussein

LCK: Ya, saya perlu kembali ke zaman silam untuk mengingatinya semula tetapi kebanyakan perbualan kami sebenarnya berkisar disekitar rumah beliau di Bukit Pantai, dimana saya berharap dan percaya balu beliau iaitu Sim masih menyimpan cerita perbualan itu lagi. Namun bemula daripada rumah itu  hinggalah ke sini (muzium), beliau berhasrat ingin memberikannya kembali semula kepada masyarakat.  Idea daripada penubuhan yayasan itu adalah sudah tentu menjadi suatu perkara yang sangat mencabar. Sebagaimana juga dengan yayasan-yayasan lain yang wujud, untuk permulaan sebenarnya merujuk kepada yayasan lain yang berjaya dan ini adalah antara peluang yang cuba diwujudkan oleh beliau.  Saya rasa tidak ada orang yang mampu untuk meneruskannya.

 

ZA: Namun selepas kematiannya, saya pasti tentu ada persoalan yang timbul seperti perwarisan.

LCK: Saya harap semua yang ada kaitan dengannya akan berfikiran terbuka untuk memudahkan kerja bukan sahaja untuk pemulihan, tetapi juga pelaksanaan projek lanjutan.

 

ZA: Jadi ia akan menjadi cabaran kepada negara bukan hanya yayasan itu sahaja.

LCK: Sudah tentu. Banyak pelukis-pelukis kita mempunyai pengalaman manis yang pernah menjejakan kaki masuk ke ruang galeri tiga tingkat ini semasa kami mengadakan Festival Seni Antarabangsa Langkawi (LIFA) pada tahun 2000.  Kami masih ingat, beberapa orang pelukis mengimbau semula gambar-gambar (lama) dengan kami di beberapa sudut-sudut rumah, tempat dan lokasi di sana. Mereka juga mempunyai perasaan ingin tahu bagaimana  juga muzium itu direkabentuk sedemikan rupa.

 


ZA: Anda juga ada menyatakan bahawa kami mungkin merasakan agak geomantik mengenai tempat ini, antara inspirasi yang anda tonjolkan dalam merekabentuk ruang ini. Bagaimana anda mengimbangkannya dalam  idea geomantik anda itu?

LCK: Saya rasa anda memilih perkataan 'geomantic', sebenarnya hanya dipraktikkan dalam menyesuaikan binaan bangunan dengan persekitarannya yang mana melangkaui  bangunan itu sendiri. Jadi ‘geomancy’ adalah bagaimana meletakkan bangunan di lokasinya dan tahukah anda, bangunan itu betul-betul di lereng bukit dalam tiga tahap dengan taman berbumbung dan lain-lain lagi. Ini adalah inspirasi yang terdapat di lokasi itu, arkitek yang bagus perlu peka terhadap lokasi. Ini adalah tanggungjawab besar. Jika tidak anda akan merosakkan kawasan sekitar. Jadi, kami berfikir ke arah itu dimana ia adalah jalan yang terbaiknya.  Ruang dalamannya agak berbeza kerana untuk membuat bangunan khas seperti muziumi tidak seperti  apa yang boleh saya katakan begini, banyak bangunan lain yang saya pernah reka yang agak sederhana dan kami tidak mahu dilihat sebagai hanya pendiri dinding pameran bagi suatu pertunjukan dimana saya percaya banyak bangunan yang direka secara keterlaluan dan dilebih-lebihkan dan akhirnya menjadi hodoh. Jadi, apabila anda mereka sesuatu bentukan, idea tentang bentuk dan fungsi suatu ruang, sudah tentu semasa anda merekabentuk galeri yang anda mahu bina ruang yang berdinding dan dengan pencahayaan dari atas. Jadi modul, konsep untuk keseluruhannya dicipta melalui petakan ini dengan ruang transit, yang juga berada dititik temu sebenarnya inilah tema (idea) yang saya rancangkan sebagaimana rekabentuk rumahnya. Jadi bagi sejarahwan seni bina, yang melihat seni dalam seni bina, ia akan sangat menarik dan berobjektif,  jika kita membandingkan kedua-duanya. Inspirasi untuk mewujudkan ruang juga harus anda perhatikan, malah untuk merekabentuk setiap modul, sepatutnya berapa besar?

 

ZA: 40 kaki x 40 kaki?

LCK: Betul, tetapi jika anda lihat seperti yang terdapat pada pelan, pengulangan adalah fasa yang seterusnya dimana sebenarnya mempunyai galeri utama. Jadi apa yang dibina hanyalah berdasarkan bajet yang diperolehi, ruang legar ke galeri sebenar pula berada di fasa seterusnya.

 


ZA: Adakah anda mengatakan ia (muzium) hanyalah sepertiga sebagaimana yang kita lihat pada hari ini?

LCK: Benar. Fasa seterusnya mempunyai penginapan untuk seniman, dan jika ada dana, beliau akan menjemput rakan-rakannya dari di luar negara untuk datang dan pada masa yang sama dapat memberi suntikan baru kepada seni lukis Malaysia. Mengapakah saya katakan sedemikian adalah kerana saya dan Ibrahim sebenarnya telah lama mengenali antara satu sama lain, saya dan dia boleh dikatakan sebaya, dimana dia lebih muda sedikit dari saya. Beliau juga mengetahui reputasi saya di peringkat antarabangsa. Sebagai contoh, kami berdua mempunyai hubungan yang baik dengan John D Rockefeller III Foundation, dan sebagainya. Tahukan anda, beliau juga mengetahui pendedahan saya dengan seni kontemporari. dimana saya mengenali pengarca seperti (Isamu) Noguchi  sebagai contoh,  Isamu Noguchi juga merupakan rakan saya. Walupun begitu, saya juga berhubung dengan pelukis Malaysia yang lain yang mencari peluang dikenali dan diiktiraf di peringkat antarabangsa. Oleh kerana beliau produktif berkarya, (berpameran) Ia membuatkan saya  sukar untuk  ingat kesemua pamerannya di mana  karya pelukis yang lain dipamerkan sama, adakah mereka ada juga (LIFA)?

 

ZA: Ya, mereka turut serta bagi Festival Kesenian Antarabangsa Langkawi.

LCK: Ya, mungkin ada atau sebaliknya apa yang pernah dipamerkan di rumahnya (Bukit Pantai) sendiri, sebenarnya (rumah) masih merupakan galeri penting dalam mempamerkan karya-karyanya.

 


ZA: Adakah terdapat penekanan terhadap pencahayaan muzium dan persekitarannya ...?

LCK: Sudah tentunya! Ini adalah sebahagian daripada amalan latar belakang (seni bina) saya. Oleh kerana ia adalah bahagian daripada akustik, kami  terlatih sepenuhnya dalam pencahayaan sekitaran dan sebenarnya, saya baru sahaja menjumpai fail lama di mana saya mahu kongsikan dua perunding lampu yang terkenal di peringkat antarabangsa.  Seorang yang bernama Derrick Phillips, dan seorang lagi Michael Braun. Tetapi hal ini tidak menjadi. Walaupun orang seperti mereka ini tidak diperlukan namun kita sudah dapat menyelesaikan perkara yang paling utama. Sudah tentu, kami tidak mampu untuk mendapatkan orang yang pakar dalam pencahayaan muzium yang sudah tentunya agak mahal. Tahukah anda bahawa anda mesti mempunyai lampu khas, penapis lampu dan semua yang berkaitan dengannya. Jadi pada akhirnya, jenis pencahayaan yang diguna pakai boleh dikatakan baik. Tetapi sekiranya kita mahu benar-benar dilihat bertaraf antarabangsa dengan mengikut standard muzium maka, di sinilah inI pentingnya perunding (lampu) itu ada untuk membantu. Adalah menjadi suatu yang indah sekiranya anda terus mengekalkan piramid kaca itu dan cahaya semula jadi masuk melalui bangunan.  Pada masa itu kami sangat sedar dan saya pernah bertanya dengan salah seorang rakan lama saya seorang profesor di Manchester, untuk bercakap mengenai pencahayaan. Ada sebab mengapa semuanya  direka berhubungan dengan cahaya alam dan penapisan kawalan cahaya ultraviolet dan semuanya itu.

 


ZA: Mengapa terdapat menara kaca piramid? Adakah anda menggunakannya untuk ...?

LCK: Tidak, struktur silang itu adalah untuk pencahayaan dalam pepenjuru modul segiempat sama. Namun titik transit sebenarnya adalah salah satu dari Inovasi kami yang juga digunakan pada rumah beliau. Sekiranya anda melihat pelannya, anda akan dapat lihat terdapat banyak ruang simpanan pada aras bawah.

 

ZA: Oh, itulah tempatnya.

LCK: Ya, tetapi sebenarnya, saya rasa ia dikurangkan kerana kekangan bajet.  Sungguhpun begitu ruang yang dibina masih banyak, kebetulan saya agak tahu tentang pengurusan muzium, kami tidak dapat sepenuhnya mengikut amalan permuziuman yang sebenar kerana agak tidak ekonomik. Seperti yang anda ketahui, muzium yang hebat mempunyai 9 kali ruang simpanan bagi satu ruang pameran dan anda tidak memilikinya. Anda tidak dapat melihatnya dimana-mana muzium pun sebenarnya, jadi teknik itu terletak pada anda sendiri dengan membina ruang storan di tempat lain. Sekiranya anda cuba melakukannya di bangunan yang sama, sudah tentu tidak dapat dilakukan.

 


ZA: Apakah yang anda bincangkan bedua?

LCK: Terdapat ruang simpanan yang mencukupi kerana bangunan itu hanya dibina hanya sepertiga sahaja, dan ini bukan satu-satunya ruang storannya, beliau juga akan mempunyai ruang simpanan di KL. Saya juga pasti galeri yang mewakili beliau mempunyai ruang simpanan juga. Namun di masa akan datang jika anda menjadikanya sebagai institusi, ia perlu dibina secara berasaingan bagi ruang simpanan untuk koleksi. Kita seharusnya mempunyai bahagian pemuliharaan dan sebagainya untuk penyelenggaraan. Terus terang saya katakan, saya lupa tentang cabaran yang lebih besar iaitu  cabarannya dua kali ganda hanya untuk melakukan bahagian itu sahaja. Beliau mempunyai ruang yang cukup kerana membina dek dan membina rumah banglo tambahan yang berhampiran dengan pantai. Terdapat banyak ruang untuk bersantai kerana bangunan itu bersebelahan  dengan kawasan pantai. Terdapat  pantai awam di sini yang sepatutnya jika seluruh kawasan ini dibangunkan semula kawasan itu juga harus dikawal selia dimana struktur-struktur yang tidak diperlukan mesti dikeluarkan dari situ. Ia adalah sebuah pantai yang indah dan saya juga pernah berenang di sana seingat saya. Namun saya tidak fikir Ibrahim mempunyai masa untuk berenang. Terdapat banyak perkara yang perlu dilakukan di rumah itu.  Sebenarnya, beliau sangat sibuk, tahukah anda saya masih ingat lagi beliau akan mengatakan bahawa beliau melukis dan menandatangani setiap batu-batu itu.  Saya harap ia dapat dijual dengan harga yang tinggi.





 

ZA: Ya,  beliau banyak menghasilkannya.

LCK: Tapi dia sangat cerdik ... (ketawa)... berniaga dari segi itu.

 

ZA: Ya

LCK: Itu sebenarnya adalah apa yang saya telah katalogkan untuk beliau. Eurycoma Longifolia adalah nama (saintifik) bagi Tongkat Ali dan ada juga yang menyebutnya The Langkawi Palm iaitu Pinanga Adangensis, yang sebenarnya pertama kali ditemui di bahagian Thai, Pulau Adang, yang sebenarnya tidak berapa jauh dari sini. Tahukah anda bahawa muzium ini menghala ke arah utara ke Tarutao. Sebuah pulau yang besar dan merupakan sebuah penjara dalam pulau di Thailand.

 

ZA: Dari mana pula matahari akan terbit?

LCK: Dari arah utara. Jadi Datai ini berada di sebelah Timur. Manakala itu Tanjung Rhu pula disebelah Barat. Tanjung Rhu terletak di seberang sana Iaitu di mana terletaknya Geo-Park  (kawasan geologi). Ingatan saya pada Pulau Langkawi ini masih baik sebenarnya.

 

ZA:  (Ketawa) Ya, setuju.

LCK: Matchinchang (Gunung) sebelah sini, kereta kabel menuju ke seberang sana dan sepanjangnya adalah kawasan pantai. Anda tahu filem "The King and I"? Salah satu lokasi pengambaran filem itu terletak di sana. Mereka membina set di situ.

 

ZA: "Anna and The King"?

LCK: "Anna and The King". Ya, betul "Anna and The King". Cuba semak semula sekiranya yayasan (IHMCF) merekodkan jumlah sebenar berapa yang mereka berjaya kumpulkan, akan tetapi saya berpendapat semasa ia dibina, ada sejumlahnya angka yang ingin dicapai,  sasaran mereka adalah RM 9 juta tetapi jumlah RM 9 juta itu  sebenarnya hanyalah bayaran untuk kontraktor. Saya rasa perkara itu perlu diselidik semula tapi saya rasa semasa muzium itu dilancarkan, beliau hanya dapat mengumpul  kira-kira RM 4 juta. Namun sepatutnya yayasan perlu menyatakan rekod mereka berapakah yang berjaya dikumpul. Tambahan pula, berdasarkan keyakinan yang tidak berbelah bagi perkara ini adalah tidak mustahil kerana harga karya-karya beliau yang tinggi dan itu adalah satu pengorbanan besar sekiranya beliau berjaya menjual karya-karyanya itu untuk menyelesaikan pembinaan muzium. Beliau boleh melakukannya sekiranya dia hidup lebih lama lagi.

 

ZA: Ya.

LCK: Tahukah anda, saya telah datang melawat bangunan itu dua minggu sebelum beliau meninggal dunia. Itulah kali terakhir saya bertemu dengannya pada 2009. Ya, sebenarnya kami baru sahaja menemui ini dalam fail. Ia berlaku sejurus menemui fail lokasi dan tentu saja, apa yang anda maksudkan, aspek geomantik. Jika tidak silap sayalah yang menghasilkan lakaran ini supaya beliau dapat  menerbitkan katalog bagi tujuan promosi. Anda juga turut menggunakan sebahagiannya, seperti yang saya lihat pada poster (pameran) anda. Bukankah ini adalah sebahagian daripadanya?

 


ZA: Ya, benar.

LCK: Ya. Adakah saya mendapat faedah daripada hak ciptanya? (ketawa)               

 

ZA: Sudah tentu. Cuma anda belum lagi menandatangani tarikh tahun lakaran itu.

LCK: Sebanarnya lakaran itu dihasilkan pada tahun 1992.

 

ZA: Pada tahun 1992

LCK: Sudah tentu, mungkin pelukis profesional atau firma arkitek akan mentertawakan lakaran ini. Bagi anda adakah anda rasa ia bernilai. Adakah anda fikir ia patut disimpan atau perlukah saya hanya membuang lakaran ini?

 




ZA: Anda tidak patut membuangnya. Saya suka yang ini, yang mungkin juga Tarutao (pulau). Hadiakanlah kepada Balai Seni Negara.

LCK: Benarkah? Baik, anda juga boleh dapatkan salinan cetakannya, dengan kos yang kecil.

 


ZA: Ya.Saya dapat tahu bahawa ada juga galeri arca yang direka pada ruang ini. Mmm. Benarkah?

LCK: Aras  seterusnya (atas) adalah letaknya galeri utama. Ia berada di aras seterusnya yang apabila anda masuk anda sebenarnya pergi ke sebelah kanan dimana anda boleh menaiki tangga dan ada juga lif di salah satu aras utama. Jika anda perhatikan dengan teliti di sinilah pintu masuknya, bahagian anjung utama, dan kami hanya membina (sehingga) bahagian ini sahaja. Oleh itu, anda akan masuk ke situ dengan menggunakan tangga, dan apabila anda telah masuk ke sana, terdapat lif untuk naik ke aras tiga. Di sinilah pula adalah tempat bagi pelukis tamu untuk menginap. Terdapat juga taman atas bumbung. Terdapat juga galeri pemuliharaan di situ. Kami juga pernah berbincang mengenai ruang itu. Ia  sebenarnya adalah nadi keseluruhan projek ini. Ada  juga dapur dan restoran. Kemudian, mereka mengubahnya menjadi bengkel percetakan di sana. Bagaimanapun, reka bentuk ini adalah fleksibel dan bergantung kepada perubahan penggunaan.

 


ZA: Adakah anda pernah menyelidik yayasan-yayasan yang wujud di seluruh dunia? Ini adalah kerana beliau pernah menyebut nama Lanzarote.

LCK: Yayasan itu sangat terkenal sebenarnya yang berada di Sepanyol. Tetapi sudah tentu  The Rockefeller Foundation antara yang paling dikenali.

 




ZA: Adakah anda membuat perbandingan bangunan  dan kompleks mereka?

LCK: Tidak, Adakah anda bercakap mengenai struktur organisasi?

 

ZA: Ya

LCK: Persoalan kini tentang bangunan pula adalah aspek yang berbeza,  sungguhpun begitu saya fikir, bangunan ini (IHMCF) sebenarnya  jika dibuat perbandingan sebenarnya adalah agak ekonomik. Saya ada katakan, kami tidak dapat menyediakan sistem pencahayaan yang canggih. Ini adalah kerana  ia akan meningkatkan kos. Konsep asasnya sekiranya terdapat sedikit runtuhan Ia masih boleh lagi dipulihkan. Ia harus mencari pendekatan yang baru sama sekali  dengan pendokong yang betul. Terus terang saya katakan, apa yang  uniknya adalah anda membuat saya untuk mengimbau ia semula. Saya di wawancara ini  adalah untuk mengingati  semula pertanyaan-pertanyaan anda itu, agak pelik juga rasanya. Anda perlu mencari katalog pameran pertamanya beliau di Singapura.

 


ZA:  Pameran di Singapura?

LCK: Di sinilah ia bermula dan  buat pertama kali saya bertemu dengannya dan beliau agak terkejut ketika saya mengkritik karyanya.

 

ZA:  (Ketawa) Apa yang anda katakan?

LCK: Ya, saya sebenarnya ingin membuat anda sedikit tertanya-tanya mengenainya.

 

ZA: Apakah nama galeri  di Singapura itu?

LCK: Bukan sebuah  galeri sebenarynya, tetapi Dewan  Cina  atau boleh dikatakan Dewan Perniagaan. Dewan ini terletak di Hill Street. Ada kemungkinan rekod ini ada dalam arkib beliau. Jadi beliau agak terkejut ketika saya mengetahui karya pelukis yang menjadi sumber ilhamnya.

 

ZA:  Anda dapat mengesannya daripada orang lain?

LCK: Saya tidak tahu sama ada orang lain juga tahu, pokoknya adalah saya mengesyakinya, saya rasa itu adalah titik permulaannya beliau kemudian menjemput saya, dia tahu bahawa saya juga tahu tentang seni. Terutamanya di dalam arena lapangan seni antarabangsa.

 


ZA: Ya.Adakah pelukis Francis Bacon juga  bermakna kepada anda?

LCK: Itu sebenarnya model ikutannya. Lukisan awalnya adalah ala-Francis Bacon, itulah yang saya katakan kepadanya. Francis Bacon, oleh orang lain, akan menjadi Francis Bacon yang lain. Sedikit pengenalan tentang Francis Bacon beliau dilahirkan pada tahun 1909  dan meninggal pada tahun 1992.

 

ZA: Bagaimana anda mengetahui tentangnya?

LCK: Saya baru mencarinya di internet (ketawa) Jadi Francis Bacon sebenarnya adalah inspirasi Ib. Beliau melukis seperti Francis Bacon. Ini salah satunya yang dihasilkannya pada 1978. Jadi karya ini  sangat bernilai pada hari ini bukan? Pada tahunnya itu kita hanya pandang sambil lewa sahaja. Ini adalah sebahagian daripada koleksi saya yang Indran (pembantu) telah jumpa.

 

ZA: Ya.


LCK: Mungkin suatu hari nanti, saya perlu menulis dengan lebih kritikal lagi pengkaryaan seni Ibrahim Hussein. Garisan-garisan dalam karyanya  menarik minat anda. Jika anda perhatikan, beliau sebenarnya adalah seorang pendraf (pelan) yang hebat.  Beliau mengubah penguasaan kemahiran dalam lukisan draf itu menjadi karya seni.  Kebanyakannya boleh dikatakan sebagai karya-karya seni yang dihasilkan oleh pelukis grafik. Karya-karya itu boleh dilihat dalam siri-siri karya komentar sosial beliau. Kelihatan lebih sebagai sebuah reka bentuk daripada seni,  maksud saya jika anda membuat perbandingan, ini sebenarnya yang saya rasakan, sekiranya anda berdialog tentang seni lukis Malaysia, anda perlu mengadakan perbincangan mengenaI perbandingan antara karya (Khoo) Sui Hoe dan Latif (Mohidin), Sharifah (Fatimah Syed Zubair). Mereka sangat berbeza. Ini sangat penting jika kita mahu membuat penilaian yang adil. Jemputlah (Ooi) Kok Chuen untuk datang dan membincangkannya. Dalam konteks itu, saya juga boleh memberikan pendapat saya. Ibrahim Hussein memberikan ini (catan) kepada saya.

 

ZA: Adakah catan ini dihadiahkan pada tahun 1978?

LCK: Ya, saya rasa ini selepas rumah itu (siap), Ia dalam bentuk lukisan kembar tiga (triptych). Tanggapan saya pada mulanya agak silap, saya fikir beliau hasilkan karya itu untuk muzium tetapi sebenarnya karya itu ditandatangani pada tahun 1977 pasti dihasilkan daripada dalam rumah itu sendiri. Maksud saya rumah Ibrahim Hussein di Bukit Pantai, Bangsar. Ini adalah hadiah yang diberikannya kepada Jurubena Bertiga. Ia adalah hadiah penghargaan dan bukannya upah bayaran kami.

 


ZA: Jadi ini adalah lukisan kembar tiga  (triptych). Mana satukah milik anda? Adakah di bahagian tengah itu?

LCK: Sebetulnya beliau tidak melukisnya untuk saya. Tetapi sudah tentu jika anda lihat, karya ini boleh dijadikan sampel kajian mengapa saya katakan beliau adalah seorang pelukis grafik.

 

ZA: Ya

LCK: Bagi saya beliau adalah seorang pelukis grafik yang  bijak.  Sebagaimana  yang saya katakan, untuk menilai perkara ini, anda perlu melihatnya dalam tiga konteks yang lain pula. Sebenarnya, ini jelas berkaitan dengan apa yang saya katakan pada anda, jika kita kembali semula ke zaman Francis Bacon.

 

ZA: Ya, catan itu adalah pengaruh daripada Bacon.

LCK: Betul.  Ini adalah satu bahagian dari dirinya. Jika anda lihat, sekiranya beliau  tidak menggunakan banyak garisan-garisan dan hanya gunakan berus seperti Sharifah (Fatimah Syed Zubair), beliau akan menjadi pelukis yang unik.  Beliau juga agak kemas dan teliti dalam kerjanya. Bahkan, beberapa karya lukisannya berada dalam bahaya yang pada dasarnya adalah reka bentuk grafik dan bukannya seni dalam pengertian emotif.

 

ZA: Adakah anda pernah terfikir untuk  menyatukan semula dengan dua kembarnya yang lain?

LCK: Saya pernah bercakap kepada warisan rakan saya, saya juga ada menyampaikan hajat untuk menyatukan karya-karya itu. Malangnyai tiada tindakan susulan daripada mereka (waris). Lama juga kami terputus hubungan selepas itu. Jadi sama ada ia berlaku atau tidak kita tunggu dan lihat. Balai Seni Negara mungkin boleh menjadi orang tengah untuk menyatukannya semula, tetapi jika anda telah mempunyai semua gambarnya, itu sudah memadai sebenarnya.


 

ZA:  Terima kasih atas perkongsian. Selepas lukisan tahun 1977 ini, anda juga mempunyai sekeping lagi catan beliau yang bertarikh tahun 1980 seperti yang kelihatan di belakang anda ini?

LCK: Ya, ia  mungkin satu-satunya lukisan yang saya beli daripada beliau atau melalui pembayaran kontrak (secara ansuran).

 

ZA: Di manakah anda menemui lukisan ini?

LCK: Saya tidak ingat, mungkin di rumahnya. Kemungkinan besar di rumahnya (Bukit Pantai). Pihak berkuasa hanya mahu memberikan beliau T.O.L. (Lesen Menduduki Sementara) untuk bangunan (IHMCF). Lesen Menduduki Sementara untuk tanah itu tetapi kemudian, mereka memberikan  sewaan, maka pajakan (surat) dikeluarkan. Jadi itulah yang saya fikirkan, jika kita kembali mengkajinya, menjadi suatu yang aneh  jika beliau mendapat keseluruhan lot (tanah). Beliau mungkin hanya diberi pajakan dari lot yang terdapat  di sini. Jadi, jika anda mempunyai minat yang serius, kita harus merujuk semula dengan pejabat tanah di Langkawi Apa yang boleh anda lakukan. Ketahui status pajakan yang diberikan kepada yayasan itu (IHMCF).

 


ZA: Adakah ia benar-benar merangkumi kawasan-kawasan ini?

LCK: Sebenarnya, ia ditakrifkan seperti ini. Lot A  ini yang sebenarnya bukan sebahagian daripadanya. Lot  E dan B pula adalah terasing. Kemungkinan besar adalah lot C dan bukannya lot D.

 

ZA: Kami berharap boleh dapatkan dokumen tersebut.

LCK: Nah, ini dia.

 

ZA: Oleh itu, anda mengambil masa selama enam tahun untuk anda menghasilkan konsep dan melawat serta membayangkan idea untuk Muzium dan Yayasan Ibrahim Hussein hingga ke akhir iaitu majlis perasmian pembukaannya, seperti yang kita dapat lihat, yang dibuktikan dalam katalog peringatan ini iaitu 'Once'. Ia dilancarkan pada bulan November 1998. Anda juga ada di sana, Datuk Seri. Anda juga  turut bersama di majlis itu. Dalam katalog ini, Ibrahim Hussein berkongsi dengan anda kebahagiaannya, kegembiraannya, kerana tempat ini akhirnya dirasmikan yang sebenarnya turut disebut di sini.

LCK: Jika penglihatan anda masih baik, mohon dibacakan. Anda boleh membacanya untuk saya.

 




ZA: "Untuk CK", dia memanggil anda CK, Chong Keat. "Inilah dia!" dia berseru. "Apa yang kita mulakanya bersama-bersama- tiada kata-kata yang boleh saya ucapkan. " "Anda tahu dan saya juga tahu!" kata beliau. "Dengan penuh kasih sayang, Ibrahim Hussein 9/2/99, bertarikh pada 9 Februari '99. "

LCK: Terima kasih! Terima kasih kerana menemuinya dimana saya mungkin tidak menyedari ketika membacanya sebelum ini, kami menyimpan buku itu, saya gembira dapat menjumpainya semula.

 

ZA: Bagaimana perasaan anda ketika pembukaan rasminya?

LCK: Sebenarnya, saya banyak memikirkan tentangnya, saya telah bersara dari firma (Jurubena Bertiga) pada tahun 1995 kerana saya dilantik  sebagai Profesor Tamu di England dan  juga Felo Tamu di Emmanuel College. Jadi perkara terakhir yang saya hanya tinggalkan adalah rakan firma saya dan rakan-rakan saya. Sudah tentu, saya salah seorang orang yang  penting  di majlis perasmian itu, selain Mahathir(Tun Mahathir Mohamed). Kita harus mencari semula ucapan yang dibuatnya yang mungkin tersimpan di suatu tempat.

 

 




ZA: Ia (ucapan) terdapat dalam (katalog pelancaran) ...

LCK: Anda ada?

 

ZA: Di sinilah, apa yang disebut oleh Mahathir.

LCK: Benarkah? Baiklah, izinkan saya melihatnya.

 

ZA: Ini adalah transkrip yang ditulis oleh Mahathir ... "Ucapan Perdana Menteri Yang Amat Berhormat  Datuk Seri Dr. Mahathir bin Tun Mohamad" Di halaman 11. Ini adalah petikan daripadanya, namun ia bukanlah ucapan penuhnya.

LCK: Jadi, anda harus mendapat teks ucapan penuh kerana beliau menyebut arkitek. Kita harus mengingati juga semula projek yang tidak dapat dilaksanakan. Malah keusangan yang berlaku di sana di mana sesuatu harus dilakukan. Harapan saya adalah harapan orang seperti anda yang perlu  kehadapan dan saya akan menyusul memberi sumbangan dibelakang. Saya boleh menyumbang sepanjang saya masih hidup lagi, jadi lebih baik bertindak dengan cepat.

 


ZA:  (Ketawa) Ya, tuan.

LCK: Ya, usaha kearah melancarkan kerja-kerja itu, akan mendapat sentuhan secara peribadi sekali lagi sekiranya anda bertindak dengan pantas, anda agak beruntung kerana pereka asal masih lagi hidup. Pada masa yang sama kita boleh mengerjakan juga bahagian botani dengan usaha yang lebih berlipat ganda lagi. Muzium ini akan menjadi lebih hebat lagi. Ya, tapi mesti dengan jemputan kerana saya yakin ramai orang tidak akan melobi perkara ini, tahukah anda untuk mengusahakan taman botanikal di sana pada hari ini sebenarnya adalah sangat relevan. Ia sebagai pelanjutan dari apa yang saya lakukan sendiri taman botani persendirian di sini. Itu kemungkinan-kemungkinannya. Kata akhir saya adalah ‘jangan mengira jumlah ayam terlebih dahulu sebelum telurnya akan menetas’.




 

ZA: Terima kasih Datuk Seri Lim, kerana sudi berkongsi kenangan.

LCK: Kembali, apa yang saya perkatakan tadi ada kalanya agak tidak tersusun dan teratur.  Saya harap anda tidak kisah.

 


ZA: Tidak mengapa.

LCK: Jemputlah minum kopi.

 



Rabu, 5 Mei 2021

FORUM WEBINAR SENI: 'TIME-BASED MEDIA'

 

Oleh : Faizal Sidik


Pengenalan

Media Berasakan Waktu atau Time-Based Media ini merujuk kepada penggunaan video, slaid, filem, audio, komputer dalam penghasilan karya seni. Menurut Hasnul Jamal Saidon penggunaan komputer terawal telah dibawa masuk ke dalam arena seni halus Malaysia pada tahun 1983 oleh Kamarudzaman Md. Isa iaitu pensyarah Jabatan Rekabentuk Industri, Kajian Seni Lukis dan Seni Reka ITM yang pada masa itu menggunakan bahasa pengaturcaraan BASIC di atas pelantar Apple untuk menghasilkan imajan. Kemudian pada tahun 1988 Ismail Zain hadir dengan pameran ‘Digital Collage’ yang menggunakan imej dan teks dalam penghasilan karya cetakan komputer. Kedua-dua ini boleh dikatakan kronologi klasik bagaimana Time-Based Media atau media baru yang  berasaskan teknologi digital di negara ini. Pada tahun 26 November  hingga 12 Disember 1997 pensyarah Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif, Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) iaitu Hasnul Jamal Saidon dan Nirajan Rajah telah mengkuratorkan Pameran Seni Elektronik Pertama (PSEP) di Balai Seni Negara yang menterjemahkan penggunaan teknologi media mutakhir oleh pengkarya Malaysia diakhir 1990 an. Impak pameran PSEP ini telah menjadi pemangkin terutamanya pelukis-pelukis muda Melinium Baru tahun 2000 an yang masih menuntut di institusi seni atau telah keluar dan menyambutnya dalam pengkaryaan mereka seterusnya. Minat ini telah membuka lebaran baru sehinggakan anugerah Bakat Muda Sezaman (BMS) pada 2004 memperkenalkan kategori karya Multimedia (3D dan 4D) bagi memberi ruang khusus penyertaan karya-karya berasaskan Time-Based Media ini dipertandingkan. Forum  webinar ini cuba mengupas penerapan subjek matapelajaran Time-Based Media di Jabatan Seni Halus UITM Seri Manjung sebagai antara beberapa institusi seni tempatan yang  berjaya mengadaptasikannya ke dalam program seni mereka. Dalam forum ini moderator Faizal Sidik menjemput En. Izaddin Matrahah, pensyarah kanan Jabatan Seni Halus, UITM Seri Iskandar, Perak dan Tengku Azhari Tengku Azizan iaitu penyelidik media baru yang merupakan alumni Jabatan Seni Halus UITM Seri Manjung yang juga pemenang anugerah juri BMS tahun 2004.

Faizal sidik:Assalamulaikum dan salam sejahtera saya ucapkan kepada kedua-dua ahli panel kita iaitu En, Izaddin dan Tengku Azhari. Tidak ketinggalan juga kepada penonton yang menyaksikan webinar yang bertajuk Time-Based Media. Program webinar ini adalah program penyelidikan kuratorial yang dijalankan dengan kerjasama Pusat Rujukan Seni Asia Tenggara (PUSAT) dengan Bahagian Jaringan dan Perndidikan (J&P) Balai Seni Negara sempena penganjuran anugerah Bakat Muda Sezaman 2021. Untuk makluman pendaftaran bagi menyertai BMS 21 telahpun dibuka sehingga 31 Mei 2021 dan in bakal dilangsungkan daripada bulan November 2021 sehingga Februari 2022. Untuk mengetahui dengan lanjut berkenaan pendaftaran penyertaan sila layari laman web dan media sosial Balai Seni Negara. Terlebih izinkan saya memperkenalkan kedua-dua panel jemputan kita.

En. Izaddin Matrahah dilahirkan di Kuala Lumpur pada tahun 1968. Beliau merupakan pensyarah kanan di Jabatan Seni Halus, Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi Mara kampus Seri Iskandar, Perak.  Karier beliau sebagai pelukis dan pensyarah boleh dikatakan bermula sekembalinya beliau daripada UK selepas memperolehi Ijazah Sarjana Seni Halus daripada University of Central England, Bermingham pada 1995. Menurutnya ia bermula bukan kerana hanya pendedahan yang beliau perolehi di England tetapi selepas beliau dilantik sebagai salah seorang daripada kakitangan akademik UITM untuk membangunkan Jabatan Seni Halus di Fakulti Seni Lukis dan Seni Reka kampus Seri Manjung, Perak. Pada masa itu hanya beliau sahaja tenaga pensyarah dan seorang pembantu yang menurut beliau merupakan satu tugas yang penuh mencabar. Selepas 22 tahun,  Jabatan Seni Halus ini terdiri daripada pensyarah dari pelbagai latar belakang pendidikan seni, selain kemudahan yang terbaik yang disediakan untuk pelajar, Jabatan Seni Halus ini memiliki sebuah galeri seni yang tersergam megah. Bagi beliau inilah sumbangan besar beliau dalam pembangunan seni halus di Malaysia.


Selain menjadi pensyarah dan pelukis, En. Izaddin juga sering dijemput untuk menjadi kurator bersama pameran dan menyumbang penulisan di dalam katalog pameran solo dan berkumpulan. Beliau juga pernah dijemput oleh rumah seni misalnya untuk menjadi perantara atau moderator forum seni dan yang terakhir forum yang yang bertajuk ‘Media Art: Why’ anjuran Kapal Lorek sempena Festival Kolektif.

Tengku Azhari Tengku Azizan pula dilahirkan pada 1977 di Sungai Petani, Kedah Darul Aman, Beliau mendapat pendidikan formal seni di Jabatan Seni Halus, UITM Seri Manjung Perak, daripada 1995 hingga 1999. Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran ijazah sarjana seni halus dan seni reka dalam di School of Visual & Performing Arts, Academy of Arts, University of Tasmania, Launceston,  Australia. Beliau pernah menjadi pensyarah di kolej-kolej swasta dan universiti tempatan. Tengku Azhari pernah aktif dan banyak memenangi anugerah pertandingan seni samada peringkat negeri, kebangsaan dan peringkat antarabangsa. Antara anugerah prestij yang pernah dimenanginya ialah Hadiah Juri, Anugerah Bakat Muda Sezaman (BMS 2004). Beliau sering dijemput untuk menjadi panel forum dan penulis seni terutamanya berkenaan dengan media baru. Antara penulisan yang pernah dihasilkan oleh beliau adalah ‘The Key Concepts and Elements of Installation Art’ di dalam  jurnal Wacana Seni dan ‘Techno Fashion Through Islamic Looking Glass’  jurnal Ideology. Selamat bertemu saya ucapkan.

 


IZADDDIN MATRAHAH: Ya, Terima kasih

 

TENGKU AZHARI: Terima kasih atas jemputan

 

Faizal sidik:Sesi kita ini akan berjalan dalam tiga pusingan. Pusingan pertama kita akan mengetahui mungkin sedikit sebanyak berkenaan dengan definisi, teori, dan apakah maksud Time-Based Media yang sebenarnya. Dipusingan yang kedua kita akan cuba cungkil bagaimanakah praktis Time-Based Media ini di sini. Manakala pusingan terakhir kita akan tanyakan soalan-soalan yang sempat dikutip sebelum rakaman rancangan ini kepada praktis dan pengamal media ini di sini.

Izinkan saya memberi definisi ringkas mengenai terma seni Time-Based Media atau Media Berasaskan Waktu  yang lebih dikenali di sini dengan media baru atau adalah merujuk karya-karya seni yang menggunakan teknologi dan jangka waktu. Biasanya Media Berasaskan Waktu ini merujuk kepada penggunaan video, slaid, filem, audio, komputer dalam penghasilan karya seni. Dalam kata lain medium ini membolehkan pengalaman seni itu dipertonton dan diperlihatkan berulang-ulang. Media Berasaskan Seni boleh dikatakan wujud sejak tahun 1960 an lagi. Misalnya karya seni laku Bruce Nauman yang direkodkan di dalam studio beliau dimainkan semula di dalam galeri. Karya bertajuk ‘Performance Corridor (1968) adalah sebuah rakaman eksplorasi awal seni laku oleh beliau bagaimana seseorang itu berjalan dalam lorong yang kelam. Dalam karya ini pengkarya bereksperimen dengan keanjalan media ini dengan ruang dan masa.

 

Faizal sidik:Mungkin kita boleh mulakan dengan En. Izaddin dengan pengenalan mungkin kepada sejarah atau definisi Time-Based Media?

IZADDDIN MATRAHAH: AsSalamualaikum Warahmatullah. Alhamdulillah, saya berasa gembira ada satu forum dimana sebelum kita memulakan suatu pertandingan atau satu objektif dalam subjek atau dalam unsur Time-Based Media sebenarnya yang saya alami sendiri permulaan daripada bermulanya fakulti kami pada 1996. Sebenarnya seperti yang saya katakan perkara itu sejak tahun 1970 an telah menjadi satu daya tarikan. Apabila berlakunya unsur pasca moden berlakunya teknologi dan mungkin itu adalah penyumbang apabila saya balik ke Malaysia pada tahun 1995 dan memulakan fakulti pada tahun 1996. Subjek Time-Based Media itu mula diperkenalkan dan yang menariknya unsur-unsur yang saya lihat yang berlaku di sana belum berlaku lagi di Malaysia. Maknanya di sini kita belum ada lagi kaitan dengan dunia robotik, animasi, seni instalasi. Apa yang paling menarik apabila saya berada di sana adalah berkenaan pameran Rabecca Horn iaitu artis Jerman yang menggunakan unsur tubuh dan kostum dimana beliau telah menghasilkan satu karya instalasi yang menggunakan ruang disekitar muzium. Jadi di situlah saya mendapat inspirasi sedikit sebanyak dimana seni ini tidak semestinya berada di dalam platform format ataupun dalam bentuk catan dan arca sahaja. Mungkin pendedahan telah berlaku juga sebelum ini dan di masa itu kita belum ada capaian internet seperti hari ini.



Apabila subjek Time-Based Media ini diperkenalkan terdapat suatu unsur yang menarik kita nampak yang kita mula dalam memperkenalkan pelajar-pelajar ini dengan unsur teknologi yang digabungkan antara visual dua dimensi dengan tiga dimensi. Kalau dilihat perkembangan teknologi semasa di Malaysia pada masa itu kebanyakannya kita menggunakan elemen video yang paling asas. Video itu saya rasa adalah rakaman awal yang boleh diedit dan kemudian dijanakan sebagai dokumentasi. Pada masa itu juga saya memperkenalkan beberapa unsur seperti seni laku (performance),  aksi langsung  (live act), dan itu sebenarnya membantu fakulti seni halus ini berkembang. Maksudnya di sini seolah-olah seperti ada platform baru yang dimulakan dimana kita boleh mengajarkan dan menariknya subjek Time-Based Media ini kini tidak lagi dipanggil sebagai subjek tetapi Ekspresi Media Baru lebih kepada unsur penerokaan visual samada ia boleh berunsur pendokumentasian fotografi, unsur seni yang dianggap rendah (low-brow), seni tinggi (high art) dan antara teks (intertext). Antara teks ini juga memainkan peranan dalam unsur Time-Based Media ini sebab ianya merakamkan dan menganjurkan misalnya dalam karya Bruce Nauman tadi sebagai rakaman video. Namun sekarang ini saya rasa yang lebih menarik adalah adanya idea dan platform baru yang boleh memajukan lagi Time-Based Media itu sendiri.

Faizal sidik:Kita minta Tengku Azhari Tengku Azizan pula untuk memberikan pengenalan mungkin kepada teori dan praktisnya Time-Based Media silakan?

TENGKU AZHARI: Terima kasih. Kali pertama saya mendengar istilah Time-Based Media ini sebenarnya bukan daripada lapangan seni visual tetapi saya banyak membuat pengkoleksian novel sains fiksyen kebanyakannya daripada penulis-penulis cyber-punk seperti William Gibson, Arthur C. Clark, George Owell terutamanya. Tetapi  semasa itu pendefinisian Time-Based Media ini lebih kepada fiksyen sains dan kesusasteraan. Selepas itu adalah penemuan saya sendiri, dimana saya tidak bersetuju dengan teori media, kajian media, kajian budaya seperti Walter Benjamin, Marshall McLuhan, Nicholas Negroponte. Semasa itu saya masih mendekati untuk memahami pendekatan Time-Based Media dimana pada awal 90 an saya ingin melakukan sesuatu walaupun masih belum banyak pendedahan terhadapnya. Karya-karya rujukan pula tidak banyak dan apa yang saya dapat rumuskan kefahaman saya pada masa itu berkenaan dengan Time-Based Media ini adalah yang saya dapat buat pemerhatian dan rumusan pada masa itu dengan rujukan yang tidak banyak. Saya merumuskan sebagai text-mediated works secara teknologinya sebagai karya berasaskan teks dalam kata lain bermaksud mekanikal, elektronik dan digital.

Jadi sifat utamanya di situ adalah masa dan ruang dan satu lagi yang mengkategorikan Time-Based Media ini adalah namun pada masa itu belum lagi dinamakan Time-Based Media kerana ia adalah proses revolusi daripada akhir abad ke-19 sehingga ke tahun 1960 an , iaitu daripada revolusi industri, reproduksi mekanikal, transformasi dariapda era elektronik ke era digital atau semasa revolusi ini masih belum lagi disebut Time-Based Media. Sifat utama kepada praktis yang menghasilkan karya berasaskan media ini yang kebanyaknya pada masa itu medium berteknologi rendah (low-tech, low-file) berasaskan elektronik adalah seperti yang saya katakan adalah masa dan ruang. Pada masa itu artis kebanyakannya berminat kepada ‘masa dan ruang’ dimana masa itu dipecahkan kepada ‘jangka waktu’ (duration) dan ‘gerakan’ (motion) manakala ruang pula terbahagi kepada ‘kala kini’ (present) dan ‘kewujudan’ (existence). Karya-karya awal Nam Jum Paik dan Bruce Nauman misalnya kebanyakannya adalah kajian tentang ‘keberadaan tempat dan pada masa itu’ (right here and right now). Jadi kala kini (present) mereka adalah ‘berada di sini sekarang’ (be here now) dimana mereka hendak mengkaji kewujudan manusia pada masa kini dan permainan sifat keindividuan.

Satu lagi berkenaan dengan Time-Based Media ini adalah bercirikan 4 dimensi, dimana bereaksi (provoked) terhadap bentuk seni konvensional seperti bentuk seni 2 dimensi dan 3 dimensi seperti liukan (blend), alunan (weave), Time-Based Media adalah melangkaui daripada itu, platform itulah yang dapat saya kupas daripada kajian pemerhatian saya. Tetapi masih banyak lagi yang boleh dipecahkan dalam masa dan ruang inilah yang menjadi minat saya. Bermula daripada revolusi fotografi dimana sebenarnya revolusi reproduksi secara besar-besaran ini bermula daripada cetakan iaitu cetakan kayu (engraving) kemudian beralih daripada fotografi ke sinematografi, kedua-dua medium inilah yang telah memecahkan ruyung kepada masa dan ruang. Ini adalah kerana mereka ingin memecahkan masa dan ketika (moment) ‘reproducible form’ sebelum ‘mass produces’  iaitu bentukan yang boleh dihasilkan dan yang boleh kita arketip atau pola indukkan (archetype) iaitu bagaimana kita mahu menangkap gerakan atau perkara-perkara yang bersifat detik penting (momentous) yang berlaku dalam kelajuan masa (speed of time) dan kelajuan bunyi (speed of sound). Kita tidak boleh membekukanya dalam bentukan tradisi seperti catan dan arca dimana bentukan tradisi ini sifatnya kekal (timeless) tetapi perihal ini  masih lagi gambar pegun (still picture). Ini adalah revolusi awal yang boleh menangkap waktu yang kita boleh simpan. Sungguhpun begitu catan masih membawa pembawaan yang sama misalnya melukis dan mencatan adalah menangkap waktu dan kita ‘bekukannya’ di atas permukaan gambaran (pictorial plane) tetapi yang ini adalah masa ketika (immediacy of moment) atau yang disebut sebagai jangka waktu tertentu (period of motion) apa yang disebut sekarang. Falsafahnya di sini adalah  ketika dan waktu ini  (be here and be now).

 


Faizal sidik:Jabatan Seni Halus, UITM Seri Manjung iaitu tempat En. Izaddin mengajar setelah pulang pengajian di UK boleh dikatakan antara beberapa sekolah seni yang terawal menerapkan Time-Based Media ini di dalam program seni halus di negara ini iaitu pada pertengahan tahun 1990 an lagi. Boleh En. Izaddin menerangkan lebih lanjut tentang perkara ini?

IZADDDIN MATRAHAH: Pembinaan fakulti seni itu sendiri berkait dengan Time-Based Media dimana subjek ini dibenarkan dimasukkan ke dalam program seingat saya pada tahun 1997 atau 1998 untuk sesi Tahun 1. Jadi saya menggunakan platform penyelidikan idea terhadap masa (investigation of idea and time) ini adalah untuk membuka ruang pelajar agar mereka nampak bahawa mereka tidak terikat lagi dengan bentukan 2 dimensi dan 3 dimensi walaupun rujukan pada masa itu agak kurang. Tetapi apabila saya diberi tanggungjawab untuk melaksananakan program itu saya mengambilnya dengan melihat pengalaman saya sendiri diluar. Contohnya konsep dan pameran-pameran yang bersifat interaktif misalnya lukisan karya pelukis besar (grand master). Kami diberi sekeping kertas dan pensil untuk bereaksi dan apakah dapatan kita itu akan dipamerkan dalam pameran tersebut. Jadi saya anggap ianya adalah salah satu inspirasi awal dimana interaksi itu yang menyebabkan saya melihat bahawa pelajar ini jika ada suatu yang membuatkan mereka bereaksi secara spontan apa yang mereka sentuh itu sebenarya adalah salah satu konsep masa dan media. Menggunakan masa dalam keadaaan tertentu dan bereaksi terhadap keadaan tersebut dan apabila kita menggunakan platform dan sampailah pada akhir (tugasan) banyaklah pelajar yang datang dengan bermacam-macam idea daripada rakaman, bentuk dan bergantung kepada minat mereka. Daripada situ barulah kita mendapat maklum balas kreativiti pelajar jika tidak dibendung kita akan dapat kepelbagian reaksi yang terbaik. Pada permulaan kami dahulu yang agak kekurangan rujukan dan studio pun masih belum sempurna dan pelajar terpaksa menumpang ruang-ruang di fakulti lain, masuk hutan, panjat bukit. Ada juga pelajar-pelajar sampai ke Lumut dimana di situ terdapat sebuah hospital lama yang ditinggalkan dan ada juga pelajar-pelajar membuat rakaman dalam paya, pada saya pengalaman itu sendiri mengajar saya sesuatu yang baru tentang penerokaan visual ini.

Visual ini sebenarnya boleh diangkat dengan lebih baik lagi jika kita memberi ruang pada pengkarya seperti pelajar, orang ramai untuk berinteraksi dan saya rasa itu juga yang membantu fakulti apabila kita pindah ke Seri Iskandar pada 2002 banyak perkara itu tidak berlaku sebagaimana di Seri Manjung. Seri Manjung adalah tempat yang saya cerita sendiri kerana di Seri Iskandar kita tiada hutan dan paya bakau, hospital lama dimana mereka pelajar boleh pergi sendiri. Berlainan dengan Seri Iskandar kami terpaksa atur dan memberi arah tuju. Kelebihan Seri Manjung pada masa itu adalah lokaliti dan persekitaran membuatkan pelajar merasakannya dan tiada sesiapa yang mengenali seni halus (jabatan), apabila mereka keluar mencari bahan kajian (subject matter) mereka (komuniti) sangkakan kita pengutip sampah. Perkara ini yang membuatkan pelajar Seri Manjung (seolah) memberi satu definisi baru dalam bentuk Time-Based Media itu sendiri. Satu lagi mungkin pada tahun itu juga dengan tiadanya rujukan dan galeri-galeri masih belum terbuka. Walaupun telah ada seni instalasi dalam secara termanya seperti yang dibuat oleh Nam Jum Paik dan video yang dipertontonkan tadi namun belum ada pendedahan yang boleh diketengahkan. Selepas tahun 2002 mungkin ada juga yang telah mula dan saya percaya pelajar-pelajar saya sendiri atau mungkin orang lain maklum dengan media ini.

Faizal sidik: En. Izad ingin kongsikan slaid?

IZADDIN MATRAHAH: Ya boleh saya akan tunjukkan sedikit. Slaid ‘What is Culture’ ini tujuanya apa yang boleh kita kaitkan dengan Time-Based Media ini dengan budaya. Budaya ini didefiniskan dalam aspek sekarang iaitu abad ke-21. Ini adalah sedikit sebanyak apa yang saya dapat, masa dan medium ini berkaitan apa yang kita sebut sebagai budaya dan budaya ini mempunyai kepelbagaian dalam bentuk aspek-aspek tertentu seperti yang saya nyatakan di sini adalah bermaksud komunikasi, seni dan bahan. Apa yang menerbitkanya adalah budaya yang terhasil sekarang ini, apabila saya menengok karya Nam Jum Paik mungkin beliau lebih melihat lebih kepada unsur budaya. Ada juga unsur yang dikatakan ‘The way of life shared by particular group’ (cara hidup yang dikongsi dengan kumpulan tertentu) apa yang kita sebut sebagai budaya kelas pekerja dan apa yang disebut kolar biru. Selain itu apa yang mereka (masyarakat) anggapkan ‘signifiying practice’ . Jarang dalam Time-Based Media ini kita melihat perkara lain dimana kita hanya akan bereaksi terhadap persekitaran dan apa yang berlaku disekitar kita. Slaid seterusnya  ini apa yang disebut sebagai ‘The Problem of Culture’ (permasalahan budaya) ia bukan bermaksud dengan masalah tetapi apa yang diperkatakan sebagai definisi, contohnya saya nyatakan di sini adalah “virtually covers the all sociology” dan “behave in particular way” , “popular culture, mass culture, high culture and uncultured” yang ini agak ‘low brow’ . Budaya tinggi sekarang ini seperti seni grafiti dimana elemen-elemen ini mambantu dan jika kita mahu medefinisikan media unsur-unsur ini mungkin ada definisi slaid yang boleh diterbitkan.  Bagi “communication in order to live in a communal life”, komunikasi ini adalah bahagian yang paling penting pada hari ini kerana kita telah ada whatapps, facebook dimana tahap komunikasinya mungkin lebih cepat. Kadang-kadang ada 2 faktor komunikasi itu samada boleh jadi bagus (positif) dan boleh jadi negatif. Slaid seterusnya sebagai selingan sahaja tentang karya saya dimana selepas saya balik (luar negara) dimana saya lihat ada unsur-unsur komunikasi kerana kebanyakan karya saya berkaitan dengan psiko-ekonomi dan berkaitan dengan budaya massa di situ. Apa yang saya lihat dalam karya yang saya hasilkan ini dimana saya berekasi terhadap ‘time and space’ yang berlaku pada masa itu. Malah kadang-kadang reaksi yang saya rakamkan malah apabila saya membuat lakaran idea ia lebih spontan daripada saya ambil masa menyudahkannya.



Seterusnya ‘Key Features of Globalization’ (Kunci Ciri-Ciri Globalization) ini yang saya katakan telah berlaku sekarang dan pada masa akan datang, mungkin capaian kita lebih “The inter connectedness of all soceity” (Kesalinghubungan antara semua masyarakat) akan lebih jelas terutamanya dalam platform berita dimana kita boleh bereaksi, berbalas dengan cepat tentang ketidakpuashatian kita. Keduanya adalah “The trans-national corporation that work in global economy” (Kemasukan syarikat asing dalam ekonomi sedunia) ini yang boleh nampak sekarang ini dimana apabila berlaku sahaja Covid-19 kita nampak ciri-ciri penurunan. Disebabkan pandemik global ini ekonomi Amerika yang hebat itu juga jatuh. Ketiga “International economic integration, global production” (Integrasi ekonomi antarabangsa, pengeluaran sejagat) juga sama. Keempat “Trans-national media system, the global village” (Lintasan sistem media antara negara, perkampungan jagat) kampung global ini telah tiada lagi kerana ia telah menjadi bandar dan masyarakat supra (super soceity). Kini dalam masa beberapa minit sahaja anda boleh bercakap dengan sesiapa sahaja, walaupun kita tidak boleh keluar tetapi kita masih lagi boleh bercakap (berkomunikasi). Kampung global ini kini telah menjadi budaya ekonomi dengan penerokaan Artificial Intellegence AI oleh Elon Musk dan Warren Buffet. Kelima “Global consurmerism and culture – McDonaldization” (Kesejagatan konsumerisme dan budaya -   McDonaldlisasi) ini contoh yang tidak akan putus dan paling mempangaruh dimana semua orang suka termasuklah saya. Ini adalah budaya produk-produk makanan yang kadang-kadang kurang sihat walaupun kita tidak suka namun anak kecil kita amat menginginkannya. Akhirnya adalah “Global tourism, media imperialism” (Pelancongan sedunia, penjajahan media) yang saya rasa semakin berkembang misalnya Space X mahu membawa manusia ke planet Mars. Penjajahan media sekarang ini membawa pengaruh yang besar juga kerana mereka masuk ke ruang yang lebih kecil, misalnya apabila berlaku kemalangan di Kuala Lumpur walaupun stesen berita belum membuat liputan tetapi media sosial telah menceritakannya. Seolah-olah kita pada hari dalam rancangan program TV3 namun ia adalah suatu yang unik saya kira.

Seterusnya, berkenaan ‘Social Renewal As Antidote For 20th Century and Beyond” (Pembaharuan Sosial sebagai Penawar Abad ke 20 dan Akan Datang) bagi saya ini bukalah penawar sesiapa yang ingin menerjah Time-Based Media dan idea-idea melangkaui material (bahantara) perkara ini perlu diberi keutamaan. Pertama, ‘All soceities are founded on conflict’ (Semua bangsa kini menghadapi konflik) dimana kita sekarang inipun dalam aspek politik, ada orang mangatakan secara politiknya adalah benar tetapi siapa yang menguruskannya dengan terbaik bukanlah sebagai ‘politically correct’. Politik tidak bermakna ada suatu standard tertentu malah di Amerika Syarikat presidennya Donald Trump telah jatuh kerana dia dipermain-mainkan dalam keadaan yang kurang bagus walaupun beliau ketua dan cara dia dimainkan dan tindakannya juga kurang cerdik.  Kedua, ‘The basic motor of all social change is economic’ (Asas kepada perubahan sosial adalah ekonomi) ini saya memang percaya daripada dahulu lagi, saya lihat Ray Dalio, merupakan pakar pelaburan terkemuka berkaitan ekonomi Amerika, beliau akan  kaitkan ekonomi Amerika dengan satu dunia yang menyebabkan kita juga akan terpalit. Ketiga ‘Soceity should be seen as totality in which is economic is the determining factor’ (Masyarakat hendaklah dilihat secara keseluruhan sebagai faktor terpenting ekonomi).

Ekonomi ini membantu terutamnya kepada kita dalam keadaaan sekarang malah karya seni yang kita jual sekarang ini juga adalah daripada faktor ekonomi. Jika negara kita tidak mencapai suatu tahap tertentu mungkin Galeri Petronas dan galeri-galeri baru tidak akan wujud. Dahulu semasa Balai Seni Negara berada di Hotel Majestic adalah menjadi satu pengalaman yang amat luas apabila kami dari Seri Manjung berada di situ. Seterusnya ‘Historical change and development is not random, but can be discerned in man’s relationship to economic organization’, (Perubahan  dan perkembangan sejarah bukalah tidak teratur, tetapi boleh dilihat dalam hubungan manusia dengan badan ekonomi) berkenaannya bagi saya kita juga membantu bagi perubahan sejarah kerana sejarah tidak berlaku dengan sendiri tetapi berlaku dengan penglibatan sebagaimana kita di Manjung sebelum ini, jika kita tidak berbuat apa-apa untuk membangunkan dan yakin denganya saya rasa kita tidak akan mendapat bangunan baru dan apa yang kita ada sekarang dengan galeri dan sebagainya. Hal ini juga membantu dalam pembentukan perkembangan seni halus di Malaysia dan ini termasuklah Kapal Lorek apabila Fadly (Sabran) mendapat idea untuk mewujudkannya. Jadi itu sahaja yang ingin saya kongsikan secara ringkas.

Faizal sidik:Pandemik yang berlaku pada hari ini telah mengubah cara manusia berhubung, normal baru pada hari ini menuntut pelukis  pada hari ini mengubah cara pengkaryaan seni mereka. Bagaimanakah Tengku melihat pengkaryaan seni dalam norma baru pada hari ini secara umumnya terhadap medium Time Based Media itu sendiri?

TENGKU AZHARI: Sebagai seorang pemerhati, sebagaimana yang berlaku dalam Bakat Muda Sezaman disebabkan oleh pandemik dan oleh kerana  norma baru ianya ke arah karya site specific. Tetapi pada saya Time-Based Media ini jika kita hendak lihat pengaruhnya terhadap sosio-persekitaran dan sosio-ekonomi tidak berada dalam ruang fizikal. Sebagaimana saya katakan di awal tadi media digital, media elektronik berada dalam ruang tersendiri iaitu ruang siber. Jadi ia akan terlibat dengan sendirinya, misalnya seni video dalam norma baru pelukis-pelukis yang mempraktiskannya mereka masih boleh menghasilkan karya video ini tanpa ada batasan. Cuma sosio-budaya arkiban yang dihadapi sekarang ini dengan pandemik mungkin akan memberi kesan  secara emosional, psikologikal kepada pelukis itu sendiri. Tetapi dalam proses pengkaryaan seni ini jika mereka memilih media elektronik dan Time-Based Media, mereka masih boleh yang menggunakan medium berkenaan kerana tiada ada apa-apa pun perubahan di situ. Cuma dari konteks idea bagaimana mereka menyambut atau bereaksi terhadap persekitaran mereka.



Namun  saya ada terbaca berkenaan dengan mediated culture (budaya perantaraan) dan saya tidak pasti perkara ini telah berlaku di dalam dunia seni tetapi dalam bidang biotek sekarang ini disebabkan oleh pandemik ini telah memberi kesan kepada bidang biotek ini dimana saintis terutamanya dalam pemakanan iaitu makanan yang berasakan pertanian haiwan (animal agriculture) walaupun terkeluar sedikit perihal ini akan memberi kesan terhadap semua bidang-bidang yang lain dimasa akan datang. Sebagaimana yang berlaku dalam dunia biotek sekarang ini dengan adanya teknologi makanan tidak diambil daripada sumber utama (primier source) iaitu daripada haiwan lagi tetapi dibuat di makmal. Jadi mereka mengambil protein daripada sel haiwan itu dan mereka menghasilkan misalnya Mc Nugget atau Chicken Nugget jadi makanan sekarang ini diproses sepenuhnya di dalam makmal. Jadi nutrien di dalam makanan sudah tiada lagi dan apa yang kita makan adalah produk yang telah bercampur dengan bahan kimia. Disebakan oleh pandemik itulah yang memberikan ruang kepada biosains untuk membangunkan idea ini. Disebabkan oleh pandemik ini juga ladang ternakan haiwan telah ditutup dan saintis terpaksa mencipta sendiri makanan dari makmal tanpa mengeluarkan modal untuk ternak lembu, ayam dan sebagainya. Jadi mediated atau budaya perantaraan inilah yang terhasil disebabkan oleh pandemik. Jadi saya rasa mungkin di masa akan datang akan memberi kesan kepada trajectory atau lintasan-lintasan yang lain misalnya dalam seni dan sebagainya.

 

Faizal sidik:Kita ada soalan daripada En. Ekram Al-Hafis daripada Tanjung Malim, Perak yang menanyakan soalan. “Apakah kerangka baru dalam Time-Based Media hari ini? Ini adalah kerana kita tidak boleh membacanya mengikut ilmu pasca modenisme lagi kerana cabaran media dalam IR 4.0 atau Revolusi Industri gelombang ke-4 terhadap seni seluruhnya telah berubah secara holistik?”

IZADDDIN MATRAHAH: Kerangkanya masih kerangka yang sama. Apabila Elon Musk membangunkan Artifical Intelligence AI (Kecerdasan Buatan) beliau melihat kepada autometon dan automaton ini telah berlaku sejak dahulu lagi dan tujuan Elon Musk itu adalah untuk mencerdikkan automaton itu. AI bukanlah mahu untuk menggantikan keseluruhan kerangka itu, sebab apabila kita melihat teknologi ini boleh dipinjam dengan cepat. Jika dahulunya manusia perlu mereka merekabentuk dan perlu ada perisian yang baru yang telah terbina seperti yang saya katakan time and media ini adalah peralatan. Umpama seperti catan yang mempunyai kanvas dan berus tetapi kreativiti pelukis itulah yang membina struktur itu. Sebabnya adalah diperingkat awal video dahulu kreativitinya adalah dalam keadaan meletakkan situasi itu dimana kita lihat  reaksinya dan jika kita melihat semula filem terawal ‘Metropolis’ (1927) zaman itu telah digambarkan futuris bionik automaton yang berlaku pada hari ini  tetapi dalm keadaan lebih genius yang bermaksud ia boleh berdiri sendiri. Filem yang telah diciptakan  berpuluh-puluh tahun dahulu itu dengan apa yang diperkatakan oleh Elon Musk telah terjadi  di dunia yang nyata. Saya rasa ia hanya memerlukan kecerdikan mesin dan kita boleh memanipulasikan mesin itu dengan lebih baik. Ada orang yang menggunakan perisian tersendiri namun saya tidak begitu mengingati nama pelukis itu tetapi beliau mencipta perisian. Perisian itu boleh bereaksi dengan ekspresi diri kita. Beliau menggunakan skrin dan perisian dimana di dalam perisian itu mempunyai pengesan dan pengesan sensor itu masuk ke dalam skrin itu. Aspek yang kita lihat seperti projeksi, instalasi ruang dan kedalaman ruang apa yang dikatakan elemen dan prinsip seni reka itu masih wujud lagi . Namun apa yang membezakannya adalah kecerdikan perisian itu sendiri, misalnya dalam filem animasi sekarang bagaimana kita akan nampak  CGI (computer-generated imagery) yang buruk dan kini kita nampak CGI yang paling lancar dan sempurna sebab ia telah rekod ekspresi malah komunikasi visual yang kita dapat daripada percakapan telah juga direkodkan dan disimpankan dalam satu data yang besar. Jadi saya rasa  dan  nampak masa depan akan datang adalah AI.

TENGKU AZHARI: Saya ingin melanjutkan sedikit, Filem ‘Metroplis’ (1927) adalah katalis dan selepas itu mengenai AI iaitu berkenaan big boomer (pencetus) ini adalah Stanley Kubrick ‘2001: A Space Oddysey’ (2001), beliau membuat idea tentang AI ini, untuk menjawab soalan daripada Ekram berkenaan cybernetics human (manusia sibernetik) ini saya syorkan beliau menonton filem sains fiksyen klasik ini untuk lebih memahami. Walaupun begitu asas-asas falsafah di dalamnya sangat begitu menarik dan bagus serta sangat mendalam jika diamati dengan teliti. Sebelum ini saya sendiri untuk memahami ‘cybernetics human’ berkenaan AI merujuk filem-filem sebegini. Dalam karya besar Kubrick ini telah banyak mempengaruhi pengarahan oleh George Lucas yang terkenal dengan filem-filem ‘Star Wars’. Konsep AI dalam Kubrick ini  terutamnya dalam ‘Space of’ Oddsey’ ini menceritakan tentang the origin of time tetapi ada satu karakter di dalamnya iaitu komputer peribadi yang seperti mana AI ini adalah dalam bentuk kotak komputer. Karakter ini sangat bijak dan ‘out smart’ angkasawan secara umumnya ideanya adalah berkenaan dengan kecerdasan buatan (artificial intelligent) ini. 

 

Faizal sidik:Soalan datanngya dari En. Mokhzaini Hairim Mokhtar dari Kuala Kangsar, Perak. Digital Native lawan (vs) 1st Hand Experience. “Pengkarya masa kini lebih banyak meluangkan masa dengan teknologi, malah proses penghasilan  lebih banyak merujuk gajet atau teknologi berbanding dahulu, subject matter kini dirasa, disentuh dan dilihat. Jadi sejauh mana ‘design thinking process’  atau proses pemikiran senireka  yang dipermudahkan (shortcut) ini mempengaruhi hasil karya dan pemikiran pengkarya?”

IZADDDIN MATRAHAH: Saya rasa perkara ini berlaku juga dalam kita melihat secara terus bahkan pelajar saya juga saya ingatkan agar mengelakkan daripada menggunakan kamera telefon atau melihat daripada kamera telefon dan melukis sebab ianya sangat mudah. Ada logiknya sekiranya mereka mengambil dan membawa balik hasil tangkapan telefon tadi. Pertama, jika sebagai asas belajar kita akan galakkan, jika mereka menggunakan elemen dan prinsip untuk mengenali bentuk visual  kita galakkan mereka keluar untuk ambil. Tetapi pada tahap tertentu apabila direndahkan di dalam Photoshop atau sebagainya dan menggunakan kreaviti yang lebih sebab ekpresi medium yang digunakan itu baik dari segi masa bekerja mereka dan kemampuan teknikal yang ada dalam diri mereka. Jadi pro dan kontra adalah sama berat tetapi sebagai sebuah sekolah seni kita galakkan pelajar Diploma Tahun Satu hingga Tiga untuk buat sehabis baik mungkin apabila mereka telah memasuki peringkat yang lebih tinggi saya galakkan. Namun bagi pelajar program Ijazah kita benarkan dimana pelajar-pelajar ini perlu didedahkan dengan teknologi dan cara melihat yang baru mungkin itu pandangan saya.

 

TENGKU AZHARI: Saya nak sambung, kita sering dilontar dengan persoalan-persoalan sebegini misalnya di seminar-seminar, pasti akan dipertanyakan tentang sosio-budaya dan kesannya terhadap artis iaitu bagaimana artis bereaksi dan menyambutnya terhadap keadaan semasa pada hari ini. Bagi saya kesanya bukan sahaja kepada artis tetapi kepada semua orang. gajetilisasi ini seperti juga McDonalisasi, jadi apa yang kita boleh buat adalah mengambilnya (embrace) kerana ini adalah keperluan, perkara ini ada di mana-mana. Jadi kita sebagai artis hendaklah kita gunakan, bagi saya sensitiviti budaya dalam hal ini iaitu budaya perantara hanyalah alat dimana kita gunakannya sebagai ekspressi media. Sebagai artis kita gunakan alat ini sebagai media untuk berkomunikasi iaitu seni sebagai komunikasi kepada masyarakat dengan menggunakan alat ini. Pemuzik misalnya menggunakan muzik dan pembikin filem menggunakan filem. Kita gunakan alat ini sebaik mungkin  dalam menghasilkan karya-karya yang memprovokasikan pemikiran atau yang merevolusi yang mana dimasa akan datang boleh menjana intelektualiti dan peradaban manusia.

 

Saya ingin menyentuh juga di sini sebagaimana yang disebut oleh En. Izad  tadi contohnya senario yang terdekat kita seperti pelajar seni kini menggunakan media digital untuk menghasilkan karya, pada dahulunya pelajar  kita masih belum ada lagi budaya sebegini. Jadi pelajar pada hari ini boleh saya katakan menghasilkan sesuatu yang mudah dan cepat. Tetapi diharapkan kita tidak menggunakan kesempatan yang ada dengan menyalahgunakannya dengan sambil lewa sahaja. Ini adalah kerana apabila perkara cepat dan mudah dan ia akan menghasilkan kemalasan kerana telah diberi kemudahan, bukan semua tetapi  sesetengahnya. Perkara ini yang perlu tindakan kita kerana gajet ini memudahkan kerja kita dan saya mengharapkan pelajar kita boleh menghasilkan dengan lebih baik. Mereka tidak perlu berusaha keras seperti kita dahulu seperti masuk hospital dan masuk hutan paya bakau dimana mereka boleh duduk dimana-mana sahaja dalam menyiapkan tugasan akhir tanpa perlu bersemuka. Jadi kita gunakan media ini sepenuhnya untuk kebaikan sekadar ini dahulu pandangan saya.

 

Faizal sidik:Soalan daripada En. Fairus Ahmad daripada Kuantan, Pahang.  “Sejauh mana elemen Time-Based Media diterapkan oleh pelukis muda dan manjadi titik tumpuan kepada pengetahuan mereka melalui arena BMS?”

TENGKU AZHARI: Bolehkah anda merumus dan memberi gambaran soalan beliau ini kerana soalannya agak mendalam?

Faizal sidik: : Sebagaimana yang kita maklum BMS ini telah diadakan sejak tahun 1974 dan kini penganjuran telah mencapai 47 tahun pada tahun 2021. Jadi kita lihat penggunaan Time-Based Media ini mula diterapkan dalam pertandingan BMS sekitar akhir 1990 an dan awal 2000 an. Jika kita mengikuti sejarah perkembangannya sejak Pameran Seni Elektronik Pertama (PSEP) tahun 1997 itu mungkin telah memberi inspirasi. Ini adalah kerana pengenalan kepada internet di Malaysia pada sekitar 1997 itu agak baru dan rujukan asas mereka masih lagi seperti majalah dan buku-buku seni. Apabila meletusnya Multimedia Super Corridor (MSC) dengan penyediaan perkhidmatan komunikasi dalam talian seperti internet yang lebih baik rujukan untuk seni terutamanya seni elektronik atau media baru pada masa itu amat mudah dan hanya berada di hujung jari untuk mendapat maklumat dengan pantas. Di sini perkembangan itu berlaku mungkin awal 2000 an sehinggalah pada hari ini. Soalannya adalah bagaimana platform BMS itu menjadi medan penerapan karya-karya sebegini?

 

TENGKU AZHARI: Platform itu bukan sahaja dalam BMS, apa yang berlaku semasa saya pada mulanya generasi awal yang meneroka media berasaskan waktu ini. Perkara ini telah bermula awal lagi daripada kumpulan-kumpulan daripada kolej-kolej swasta dan institusi awam yang terawal saya kira adalah mungkin dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) atau ada yang lebih awal daripada itu. Tetapi dalam BMS apa yang berlaku pada zaman saya ialah dan tidak  jauh daripada moderator yang menyertai BMS dengan sedia menggunakan media baru itu sendiri. BMS bukanlah platform tetapi disebabkan lanskap tempatan di Malaysia tidak banyak menerima, mungkin istilah saya itu agak salah atau kurang tepat terhadap penerokaannya terhadap lanskap tempatan tidak banyak seperti yang disebut oleh En. Izad juga tadi pada awal dahulu. Ramai yang masih lagi tidak boleh menerima karya-karya sebegini. Jadi Bakat Muda Sezaman menjadi satu-satunya ruang yang boleh memberi kelonggaran sedikit untuk pengkaryaan sebegini. Kami cuba menyertainya dan pada masa yang sama penerimaan juri-juri juga agak sukar. Pada waktu itu peserta perlu membentangkan idea karya mereka kepada  juri dan dalam lima orang juri, tiga daripadanya masih lagi tidak boleh menerima karya media baru ini. Bukan sahaja kepada saya tetapi berlaku juga kepada yang lain seperti Kamal Sabran, Ojan (Rini Fauzan), Ise (Roslisham Ismail) dimana mereka telah berkongsi pengalaman yang sama dengan mengatakan ramai juri belum menerima lagi. Namun tidak mengapa sebab saya yakin jika kita memberikan secara berterusan letusan-letusan pendedahan sebegini (bombardment of endless exposure) ini lama-kelamaan orang akan menerimanya juga.

 

Berkenaan dengan seni berasakan media ini yang dipertanyakan oleh Fairus Ahmad yang dimanipulasi oleh kebanyakan artis pada akhir 1990 an hingga awal 2000 an ini. Adalah seperti yang saya perkatakan tadi ini adalah reaksi sejadi, seperti yang terdapat di dalam nota yang telah dibincangkan oleh En. Izad tadi berkenaan isu-isu sosio-budaya. Jadi apa yang ada di depan mata kita dan itulah yang akan diambil dan diserap masuk. Secara peribadinya saya sememangnya berminat untuk meneroka, saya pernah bertanyakan kepada rakan-rakan yang tinggal di bandar Kuala Lumpur seperti Ise, Ojan, Meme (Khairul Azmir Shoib). Mereka bereaksi terhadap persekitaran bandaran (urbanspace) yang diharungi dalam kehidupan harian mereka.  Berbeza dengan saya kerana benar-benar ingin meneroka seni berasaskan media ini, jadi inilah reaksi sejadi terhadap persekitaran, pembacaan dan sebagainya.

 

 


IZADDDIN MATRAHAH: Saya rasa yang terbaik kita mempunyai sedikit pembacaan sebab pembacaan ini membuka premis baru, saya juga ada himpun beberapa buku tentang budaya. Sebenarnya apabila kita kaji media ini bersifat terbuka (open ended) bahkan dalam struktur seni reka grafik juga telah ada malah menjadi petanda baru dalam media baru ini. Perkara ini sangat menarik malah dalam teks dalam satu karya yang berekasi dengan kerana karya itu memilih untuk berdasarkan masa dan durasi semasa perang, selepas perang dan dikarekterkan dalam satu instalasi jadi kita boleh membuka perbincangan media baru atau apa sahaja media baru saya rasa kita akan nampak ia dipertandingkan. Ini adalah kerana ia merupakan proses intelektual dimana orang akan melihat perkara disebalik medium itu sendiri satu interaksi pengetahuan jika orang tiada ilmu, saya tiada ilmu dan pengkarya tiada ilmu ia hanya akan berekasi seperti tayangan video sahaja. Jika kita mahu mengkritik idea misalnya di tempat karya-karya di lokasi tapak dimana beliau berada di sana dan kita berada di sini beliau perlu dibekalkan dengan penyelidikan tertentu. Perkara ini bunyinya semacam akademik namun tidak sebenarnya, asas pembacaaan sangat penting  kerana jika ilmu kita kecil dan kita mahu menggunakannya dengan medium baru sebegini. Jadi seperti yang diperkatakan AI ini mencabar kita dimana kita cuba melangkaui dalam memahami sesuatu dan kemudian kita bentangkan dan ia akan nampak lebih berjaya.

 

TENGKU AZHARI: Saya ingin menambah sedikit lagi. Saya setuju apa yang diperkatakan oleh En. Izad tadi seni berasakan media dan seni media ini sangat banyak digunakan  dan dengan meluas. Jadi sesiapa sahaja boleh menghasilkan seni media tetapi yang membezakan mereka adalah ilmu pengetahuan yang membezakan antara sebuah karya itu baik atau tidak. Selain pengetahuan asas, sejarah dan teori perlu dipegang rapat. Inilah kerana pengalaman saya bertemu dengan artis media samada di Malaysia dan luar negara, mereka agak mengambil mudah tentang perkara ini. Mereka mengatakan banyak orang telah menghasilkannya dan mengapa tidak mereka juga menghasilkannya, kebanyakan mereka ini  mempunyai sikap dan pandangan sebegini. Bukan semua orang boleh menghasilkan catan atau arca kerana memerlukan kemahiran pembuatan, hanya sesetengah orang sahaja mempunyai kepakaran tertentu boleh menghasilkannya. Namun sekarang ini ramai yang mengistiharkan diri mereka artis contohnya sebagai artis seni video, seni bunyi. Jadi kini sangat mudah seseorang walau dimana mereka berada untuk mengelarkan diri mereka artis. Oleh itu, jika karya mereka ini dipamer dan dipertandingkan samada BMS atau yang lain-lain, penanda aras yang membezakan mereka adalah ilmu dan pengetahuan. Dari sini sahajalah yang kita akan dapat membezakan mereka terutamanya kepada juri dalam memilih yang terbaik. Berdasarkan pengalaman saya artis-artis yang baik ini akan melontarkan persoalan-persoalan yang kritikal.

 

Faizal sidik:Soalan berkenaan dengan penganjuran pertandingan iaitu penganugerahan hadiah oleh Pn. Idarina Ibrahim dari, Bukit Jalil, Kuala Lumpur. “Saya ingin mencadangakan di masa hadapan agar pemenang anugerah Bakat Muda Sezaman bukan sahaja dianugerahkan dengan hadiah berupa matawang tetapi juga geran, contohnya geran membolehkan pemenang anugerah membuat perjalanan ke luar negara”.

 

Faizal sidik: Soalan ini bagi saya ditujukan kepada penganjur. Untuk pengetahuan Pn. Idarina ganjaran berupa geran dan perjalanan ini pernah diwujudkan pada tahun 1970 an. Apabila pemenang utama BMS tahun 1975 memenangi anugerah utama beliau telah ditawarkan geran perjalanan ke negara India dan sekembalinya ke tanahair beliau menghasilkan pameran solo. Pada akhir tahun 1990 an iaitu pemenang anugerah utama dan anugerah kecil telah diberikan geran perjalanan ke sebuah Asia Tenggara iaitu negara Filipina dimana sekembalinya mereka menghasilkan karya daripada pengalaman itu dan mengadakan pameran berkumpulan di Balai Seni Negara. Kami ambil maklum berkenaan cadangan beliau ini dan mambawanya kepada jawatankuasa penganjur untuk memperhalusinya. Sebelum kita mengakhiri forum ini, kita  minta kata-kata akhir atau harapan daripada kedua-dua panel  jemputan berkenaan tajuk yang kita bincangkan.

IZADDDIN MATRAHAH: Terima kasih, saya rasakan ini adalah usaha yang terbaik yang dijalankan oleh Balai Seni Negara dalam melihat pendekatan-pendekatan baru. Saya sangat gembira sebenarnya sebab kami Jabatan Seni Halus, UITM Perak kini telah berusia 25 tahun dan banyak perubahan yang kami nampak samada penyertaan kami di luar dan dalam negara, banyak perkara yan kami belajar. Apabila Balai Seni Negara mengambil langkah ini saya rasa mungkin akan timbul bakat-bakat baru yang mungkin mereka ini di luar sekolah-sekolah  seni yang mempunyai ilmu pengetahuan tersendiri yang boleh berkongsi dengan Balai Seni dan akademi seni. Akademi seni semacam satu nadi yang menghidupkan dan melahirkan pengkarya itu.  Saya rasa yang terbaik kerjasama dengan pihak awam, fakulti seni. Saya juga merasakan jika kita boleh lanjutkan lagi dengan kerjasama mungkin dimasa yang akan datang kita akan mendapat program yang lebih mantap. Langkah untuk membuat Time-Based Media ini sebagai cabaran di dalam Bakat Muda Sezaman ini membolehkan kita belajar sesuatu daripadanya. Apa yang saya perkatakan tadi adalah pandangan peribadi saya. Jika kita boleh lihat dan nampak dalam pertandingan itu ianya berlaku dimana Balai Seni Negara boleh merakamkannya. Ini adalah kerana saya teringat sebuah karya konti oleh Noor Azizian Rahman Paiman ‘On Air’ (2002) apabila memperkatakan media ini saya sering teringatkan karya itu. Dalam karya itu beliau melihat pengalamannya dalam satu konti dan pada masa yang sama bereaksi dengan audien sekitar. Ini adalah satu contoh yang membawa daya ingatan jadi jika kita dapat bukanlah sebegitu (karya) tetapi cara pemikirannya itu yang merupakan satu interaksi atau maklum balas mungkin akan dapat membantu pelajar seni untuk menaiktarafkan dari segi teknologi dan sensibiliti dalam berkongsi ilmu saya rasa itu lebih baik.

 


TENGKU AZHARI: Saya mengucapkan terima kasih kerana menjemput saya bersama-sama dalam seminar ini dan menyumbang idea dan berjumpa dengan rakan-rakan dan guru lama. Berkenaan Time-Based Media ini Balai Seni Negara membuka ruang kepada artis-artis yang meneroka Time-Based Media agak lama juga dan saya mengucapkan terima kasih sejak generasi awal yang terokai seni elektronik pertama. Tetapi apa yang saya ingin tekankan di sini adalah agar kita tidak terperangkap dengan konsep dan definisi apabila kita memperkatakan seni media ini yang sentiasa terbuka dan berevolusi. Kita tidak boleh hanya bergantung kepada satu-satu definisi. Balai Seni Negara yang menjadi penganjur ruang di masa akan datang perlu libatkan juga dengan perkembangan terkini malahan bukan sahaja tetapi percambahan ilmu, penyelidikan berkenaan sejarah, teori dan konsep seni media ini yang sentiasa diperbincangkan dan diwacanakan dalam dialog-dialog terkini daripada jurnal-jurnal seni elektronik terutamanya daripada MIT dan MediaTech yang boleh dijadikan rujukan. Tokoh seperti John Maeda, Lev Manovich, Nicholas Negroponte daripada MIT Media Lab banyak menulis tentang perkembangan terkini dalam lanskap seni media. Bagi artis dan bukan artis di luar sana yang ingin menceburi dalam bidang seni media ini penerokaan dan seperti yang diperkatakan oleh En. Izad tadi ilmu adalah segalanya dan tidak terlalu taksub kepada sensasilisasi gajet. Perkara ini adalah sensasi media kerana kita akan tengok pada kehadiran objek itu sahaja namun kita tidak pergi jauh daripada itu berkenaan persoalan tentang apa dan mengapa ? agak kita tidak terpengaruh. Seni media ini tidak duduk dalam gen salur galur seni tradisi jadi ia akan sentiasa berkembang, melangkaui dan memanifestasikan kepada makna dan maksud-maksud yang lain dalam wacana dan dialog.

 

 

Faizal sidik:Apa yang boleh saya simpulkan di dalam forum Time-Based Media ini adalah penerapan media dalam pengkaryaan seni tanahair bukan sahaja telah memberi satu dimensi baru dalam penggunaan media atau medium seni malah telah mendekatkan lagi karya seni dengan khalayak itu sendiri dimana khalayak bukan sahaja boleh berinteraksi bahkan mengalami pengalaman sebenar berhadapan dengan karya seni sebegini. Sekian, Terima kasih semoga kita bertemu di forum-forum seni yang akan datang.