Sabtu, 19 April 2025

Hilangnya Sebutir Permata Batik Di Nusantara: Belasungkawa Fatimah Chik (1947-2023)

                                                                         Oleh: Faizal Sidik


Fatimah Chik bukanlah nama asing dalam landskap seni visual Malaysia. Beliau merupakan seniman seni lukis mampan yang mempertemukan antara  tekstil dengan seni halus. Dilahirkan pada tahun 1947 di negeri jelapang nenas iaitu Pontian, Johor. Fatimah Chik adalah antara pelajar generasi terawal yang mengikuti pengajian di Kajian Seni Lukis dan Seni Reka, Institut Teknologi Mara daripada tahun 1967 hingga 1971 pada ketika itu yang terletak di Jalan Othman, Petaling Jaya bersama-sama dengan seniman antara lain Sharifah Fatimah Syed Zubair dan Ruzaika Omar Basaree.

 

Saya mulai mengenali beliau apabila dipelawa oleh rakan kurator Nora Ambak semasa masih lagi bertugas sebagai kurator di cawangan pameran Balai Seni Negara untuk menjadi kurator bersama bagi sebuah pameran bertemakan seni Islam iaitu ‘Glorious Textiles of the Islamic World’ daripada 1  hingga 11 Disember 2016 di mana Balai Seni Negara menerima pelawaan daripada jawatankuasa Festival Kesenian dan Kebudayaan Islam Antarabangsa Putrajaya (PIIACUF) anjuran Perbadanan Putrajaya yang diadakan di Pusat Dagangan Antarabangsa Putrajaya (PICC).

 

Apabila Nora menjemput berkolaborasi dengan beliau bagi mengadakan pameran solo Fatimah Chik, pertama sekali di dalam benak fikiran saya adalah beliau merupakan balu kepada pensyarah dan penyelia saya iaitu Redza Piyadasa (1939-2007) semasa saya mengikuti pengajian ijazah Sarjana Seni Rupa Asia Tenggara di Pusat Kebudayaan, Universiti Malaya pada tahun 2003. Tidak banyak yang saya tahu tentang hubungan mereka berdua selain mereka pernah menjadi pasangan suami isteri.

 

Namun semasa Piyadasa berhijrah semula ke Kuala Lumpur setelah menghabiskan masa mengajar di Pusat Seni, Universiti Sains Malaysia , Pulau Pinang beliau telah membuka sebuah galeri yang dinamakan Saujana Fine Arts di Subang Jaya, yang mana galeri ini digerakkan oleh pelukis dan ahli korporat seperti Ismail Zain, Jaafar Ismail (Fergana Art) . Saujana Fine Art merupakan galeri yang digerakkan oleh pelukis dan mempromosikan pelukis seperti Fatimah Chik, Ismail Zain, Zakaria Ali, Nirmala Dutt, Ruzaika Omar Basaree, Eric Peris, Tay Hoi Keat, Tay Mo Leong dan Redza Piyadasa. Galeri ini sering menerima komisen dan tempahan daripada hotel-hotel antarabangsa di Malaysia pada ketika itu. Tidak hairanlah pada tahun 1990 an karya-karya Fatimah Chik menjadi pilihan untuk dijadikan hiasan di pejabat-pejabat korporat dan hotel-hotel ternama.

 

Sungguhpun saya agak lewat mengenali beliau iaitu pada sekitar tahun 2016 ketika mengkuratorkan pameran  ‘Glorious Textiles of the Islamic World’  namun saya mengikuti perkembangan karya-karya batik beliau yang bernafaskan serantau dengan motif-motif seperti gunungan dan pucuk rebung yang menggunakan blok batik. Apabila bersetuju dengan jemputan tugasan itu saya telah mengadakan beberapa siri lawatan ke studio beliau yang terletak di Sunway Sutera berhampiran Bandar Utama. Barulah saya sedari rupanya studio Fatimah Chik dengan saya tidaklah begitu jauh cuma mengambill masa sekitar 10 hingga 15 minit sahaja dari studio dan tempat tinggal saya di Damansara Damai.

 

Fatimah Chik bukan sahaja seorang peramah dan mesra tetapi juga beliau sangat mahir dalam bidangnya iaitu fabrik dan tekstil.  Ini adalah kerana setelah bergraduan daripada Institut Teknologi MARA selain daripada menjadi pelukis sepenuh masa beliau juga sering dijemput untuk mengadakan bengkel, wokshop dan beliau juga pernah bertugas sebagai pensyarah di Malaysia Institute of Art (MIA). Beliau adalah seorang yang tidak lokek dengan ilmu yang sedia berkongsi dan banyak membantu di dalam proses pengkaryaan beliau disepanjang saya mengkuratorkan pameran itu.

 

Saya teringat semasa hari perasmian pameran beliau di Putrajaya saya berjanji untuk menjemput beliau dari Bandar Utama ke Putrajaya dengan menaiki kereta saya. Sepanjang perjalanan beliau banyak berkongsi pengalaman dengan saya tentang guru saya Piadasa yang pernah saya kenali sebelum ini dengan lebih dekat lagi, selain bercerita pengalaman alam pengajian di ITM selain rakan-rakan yang satu generasi dengan beliau.

 

Selepas kejayaan mengadakan pameran di PICC satu usaha telah dijalankan untuk mengadakan pemeran bergerak di KLIA2. Sekali lagi saya diberi kepercayaan sebagai kurator pameran oleh sebuah galeri swasta iaitu Sireh Pinang Art Colony disamping bantuan Anwar Azhari sebagai kurator peragaan. Pameran ini dirasmikan oleh  Tan Sri Dr.Ghauth Jasmon mantan Naib Canselor Universiti Malaya. Perkenalan saya tidak terhenti di situ, dimana saya dan isteri sekeluarga beberapa kali menziarahi di Sunway Sutera dan kami membawa beliau makan malam ke medan selera Damansara Uptown. Banyak cerita yang dikongsikan seolah-oleh saya adalah anaknya sendiri.

 

Sejak itu saya turut diberi kepercayaan untuk bersama-sama dalam mempromosikan karya beliau. Persahabatan yang terjalin antara keluarga saya dengan Fatimah Chik membawa saya untuk menjemput beliau merasmikan pameran solo saya yang ketiga ‘Faizal Sidik: Catan Songket’ di Muzium Seni Asia, Univerisiti Malaya, Kuala Lumpur. Semasa hari perasmian saya telah menghadiahkan sebuah catan akrilik sebagai tanda penghargaan saya kepada beliau pada masa itu merupakan presiden persatuan The Arts and Crafts KL & Selangor dimana timbalan presiden persatuan itu Jane Khoo yang juga seorang penulis untuk majalah seni Art Malaysia turut hadir ke majlis perasmian itu.

 

Sepanjang hayatnya Fatimah Chik telah menghasilkan beratus-ratus buah karya batik dalam pelbagai saiz. Antara siri-siri karya beliau adalah seperti Siri Nusantara, (1982-2001), Siri Kebaya (2004), Siri Kadok (2006-2008) dan Siri Shiboritik (2014-2017). Siri Kebaya merupakan siri yang paling lama beliau hasilkan. Hampir 30 tahun beliau menghasilkan siri ini dimana siri ini telah banyak menaikkan nama beliau. Pada tahun 1999 semasa masih dengan siri ini karya beliau telah dipilih oleh kurator pameran di Asia Pasific Triennale (APT 3) di Queenland  Art Gallery, Australia bersama-sama dengan beberapa pelukis Malaysia yang lain seperti Suleiman Esa, Wong Hoy Cheong, Tan Chin Kuan, Raja Shahriman Raja Aziddin dan Yee-I Lann. Zanita Anuar iaitu kurator di Balai Seni Negara pada masa itu diberi tanggungjawab sebagai koordinator yang membawa karya dan pelukis-pelukis terpilih Malaysia.

 

Siri Kebaya pula adalah siri yang dihasilkan beresidensi di Pulau Redang, di negeri Terengganu, Siri Kadok adalah ilham inspirasi beliau terhadap Pulau Langkawi manakala Siri Shiboritik adalah usaha beliau menggabungkan teknik batik nusantara dengan teknik fabrik daripada Asia Timur iaitu negara Jepun yang dikenali dengan Shibori.

 

Sewaktu saya mengkuratorkan pameran Uwei iaitu ‘Wayang Uwei Angkat Saksi’ pada tahun 2011 di pejabat Tanah Licin iaitu syarikat perfileman milik Uwei saya ada terpegun melihat lukisan wanita yang memakai telekung yang wajahnya seolah-olah Fatimah Chik dan apabila saya menanyakan wajah potret itu telahan saya itu tidak meleset dan menurut Uwei lukisan yang dibelinya itu dilukis oleh Piyadasa sendiri.

 

Sepanjang kariernya sebagai pelukis beliau telah menyertai 9 pameran solo dan berpuluh-puluh pameran berkumpulan sejak tahun 80-an lagi. Antara pameran solo beliau adalah solo pertama  ‘Nusantara Series’ di Saujana Fine Art, Subang Jaya pada tahun 1985. Pameran solo kedua ‘Gunungan Series’ di Kedutaan Singapura, Kuala Lumpur pada tahun 1989. Pameran solo ketiga ‘Batik & Tie-Die’, di Pasar Seni, Kuala Lumpur pada tahun 1990. Pameran solo keempat ‘Impression of Nusantara’ di Ginza Rocket Park, Tokyo , Jepun pada tahun 1993. Pameran solo kelima ‘New Works’ di MIA Art & Design Centre, Kuala Lumpur. Pameran solo keenam ‘Product Signature’, Festival Kraf Johor pada tahun 2015. Pameran solo ketujuh ‘Redang Chapter’ di Tebeng Layar Gallery, Terengganu dan solo kelapan ‘Fatimah Chik: Seni Tekstil Islam’ di PICC kedua-duanya adalah pada tahun 2016 . Pameran solo kesembilan dan terakhir adalah ‘Fatimah Chik: Shiboritik’ di Sireh Pinang Art Colony yang terletak di Terminal KLIA2, Sepang.

 

Antara pameran berkumpulan terpilih yang pernah disertai dan beliau menjadi pelukis jemputan pada sekitar tahun 80 an adalah seperti pameran ‘Titian I’ di National Art Museum, Singapura dan 2nd Asian Art Biennale, Dhaka, Bangladesah (1983). 3rd Asian Art Biennale, Bangladesh (1986), ‘Contemporary Paintings of Malaysia’ di Pasific Asia Museum, Pasadena, Amerika Syarikat, (1988), ‘First Asean Travelling Exhibition’, Jakarta, Singapore, Bandar Seri Bagawan, Bangkok , Kuala Lumpur (1989).

 

Pameran berkumpulan antarabangsa pada tahun 90 an pula adalah seperti ‘Tititan 3’, National Art Gallery, Bangkok (1990), ‘Nuansa-Exhibition Paintings by Malaysia & Indonesia Women Artists; di Balai Seni Negara dan Balai Seni Rupa Jakarta, ‘Festival Istiqlal’, Masjid Istiqlal , Jakarta , Indonesia (1991), ‘Biennale of Visual Arts-Seychelles Carnegie Museum di Victoria, Seychelles dan ‘Salon Malaysia’ Balai Sen Negara Kuala Lumpur (1992), ‘Malaysia Art’ di Weregem, Belgium (1993), ‘Al-Fann Die Kunst’, di Hann Mundern, Jerman dan ‘Contemporary Malaysia Art’ di Museo De Arte Espanol, Buenos Aires, Argentina (1995), ‘Theme in Southeast Asian Art’ di Singapore Art Museum, ‘Asean Art Award Competition’ di National Art Gallery, Bangkok, dan ‘Malaysia Art-Contemporary Paintings and Tradisional Adorments’ di Kedutaan Besar Malaysia, New York (1996), ‘Rupa Malaysia-A Decade of Art 1987-1997’ di Brunei Gallery School of Oriental & African Studies (SOAS) London University, United Kingdom (1998), ‘Perception & Perceptive- A Malaysia Eye View’, Horbath Gallery, Bath, ‘Malaysia Contemporary Art’ China Museum of Art, Beijing dan ‘3rd Asia Pasific Triennale of Contemporary Art -Beyond The Future di Queensland Art Gallery, Brisbane, Australia (1999)


Pada tahun 2017 semasa masih berkhidmat di Balai Seni Negara sebagai kurator pameran dengan melihat pencapaian samada di peringkat nasional dan antarabangsa saya ada membentangkan kertas cadangan untuk mengadakan pameran retrospektif Fatimah Chik bagi meninjau pengkaryaan beliau selama lebih 40 tahun  namun cadangan ini tidak diangkat oleh ahli jawatankuasa pameran Balai Seni Negara pada masa itu.

 

Pada pertengahan tahun 2022 selepas  bersara pilihan daripada perkhidmatan awam sebagai kurator saya berusaha semula dengan bekerjasama dengan entiti swasta Raffles Fine Art  untuk mengadakan sebuah pameran retrospektif yang menghimpunkan semula karya-karya penting Fatimah Chik sepanjang kariernya. Gerak kerja kuratorial mula dilakukan pada Ogos 2022. Usaha ini tertangguh sekali lagi apabila Fatimah Chik pernah berpesan untuk memberi laluan kepada sebuah galeri seni alumni milik UITM Berhad di Publika.

 

Pada tanggal 25 Mei 2023 saya dikejutkan dengan panggilan Sharon Low daripada Raffles yang mengatakan Fatimah Chik telah meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh pada awal pagi hari Jumaat yang mulia setelah dimasukkan ke hospital berkenaan sehari sebelumnya.  Hilanglah sebutir permata seni pada usia 76 tahun yang telah sekian lama  memperjuangkan tekstil sebagai seni halus. Perjuangan beliau selama lebih 40 tahun wajar menjadi inspirasi dan teladan kepada generasi kini dan masa depan. Semoga roh beliau diletakkan bersama orang-orang yang beriman. Amin

 

 

 

 

 





Rabu, 22 Januari 2025

25 Tahun Bersiaran Seni

 



Astro Vinmeen HD - V'Buzz (2016)

"Faizal Sidik: Artist as Curator 'Kuratis' & ASEAN Art Show"
Pengacara: Juanita Ramayah & Shangkharee Nadarajan
Tetamu: Faizal Sidik







Nasional FM - Nadi Pagi (2016)

'Peranan Kurator dan Pameran Seni Lukis Moden Malaysia'
Pengacara: DJ Muza & DJ Fiza
Tetamu: Faizal Sidik









Bernama News Channel - Jurnal Bernama Ep. 216 (2017)

'Pameran Faizal Sidik : Catan Songket'
Muzium Seni Asia
Wartawan: Hillman Jamil
Pelukis: Faizal Sidik









TV9 - Nasi Lemak Kopi O (2017)

'Kuala Lumpur Biennale 2017'
Pengacara: Aidit Marcelo
Tetamu: Faizal Sidik








Astro Ria (2017)

'Program Khas Astro KL Biennale' 
Pengacara: Dahlia Shazwan
Kurator: Faizal Sidik







RTM1 - Selamat Pagi Malaysia (2018)

'Hasan Abu Bakar: Refleksi Warna'
Galeri Tunku Abdul Rahman (Galeri Matic),
Pengacara: Ivan Toh & Shuhaida
Tetamu: Hasan Abu Bakar, Ali Isa & Faizal Sidik








Channel W (Capital TV) - Talking Points (2018)

'Imbau Kenangan Evolusi Industri Seni Bersama Kurator'
Pengacara: Syasya Jamal
Tetamu: Faizal Sidik







RTM 1 - Selamat Pagi Malaysia  (2022)

'Bakat Muda Sezaman 2021'
Pengacara: Tarence Dass & Hanie Hamid
Tetamu: Faizal Sidik






Podcast - Jenin Bercerita (2023)

'Kenapa Seni?'
Ceruk Temu, Space U8, Shah Alam
Pengacara: Faiz
Tetamu: Faizal Sidik







Podcast - The Art Business Podcast (2024)

‘Faizal Sidik: 25 Tahun - Karya Dari 1999-2024’
Harmony Gallery, Wisma Kebudayaa SGM
Pengacara: Nazli Aziz
Pelukis: Faizal Sidik








Selasa, 14 Januari 2025

25 Tahun Berbicara dan Berforum Seni

 



Balai Seni Negara  (2011)

Bicara Seni Bakat Muda Sezaman 2011 (Sesi1)
Moderator: Majidi Amir
Panel: 
Tengku Sabri Ibrahim
Faizal Sidik





Balai Seni Negara  (2011)

Bicara Seni Bakat Muda Sezaman 2011 (Sesi2)
Moderator: Majidi Amir
Panel: 
Nurhanem Khairuddin
Badrolhisham Tahir
Faizal Sidik




Perbadanan Perpustakaan Awam Pahang (2012)

Pengkisahan SENIKA 1986 - 2012
Panel:
Faizal Sidik
Hasnah Yusof
Aripin Said





Rumah Persatuan Penulis Nasional - PENA (2011)

Dialog Orang Muda (DOM) - Alaf Baru Zaman Gerhana Seni
Moderator: Rabecca Ilham
Panel:
Faizal Sidik
Luqman Al-Jefri
Zaharudin Zabidi




Balai Seni Negara (2014)

In - A  - Book Fair (International Art Book Fair) 
Forum Bicara Buku: Malaysian Artist
Moderator: Faizal Sidik
Panel: SN Baha Zain





Balai Seni Negara (2018)

Simposium KL Biennale: Alami Belas (Warisan)
Moderator: Faizal Sidik
Panel: 
Dr. Wiyu Wahono
Leon Leong






Balai Seni Negara (2018)

Simposium KL Biennale: Alami Belas (Kerohanian)
Moderator: Faizal Sidik
Panel: 
Jeganathan Ramachandran
Saiful Razman






Galeri Shah Alam (2018)

Cakap-Cakap Seni: Kuratorial Siri Perakam Waktu
Moderator: Iszuan Ismail
Panel: Faizal Sidik





Malaysia Ecternal Trade & Development Corporation - Matrade (2019)

Cabaran Semasa Seni Kreatif di Malaysia
Panel: 
Rahim Mat
Faizal Sidik
Sabri Salleh
Norlisham Selamat






Balai Seni Negara (2020)

Bicara Seni Pameran Lok  Bersama Kurator & Pengarca
Kurator: Faizal Sidik
Panel: Raja Shahriman Raja Azidin








Balai Seni Negara (2020)

Bicara Seni Pameran Lok  Bersama Pengarca & Kolektor
Moderator: Faizal Sidik
Panel: 
Pakhruddin Sulaiman
Uwei Bin HjSaari
Raja Shahriman Raja Azidin




ArtpaKhabar: Wabak Covid 19 - Cabaran dan Masa Depan Seni, Sastera dan Budaya di Nusantara
Moderator: Faizal Sidik
Panel:
Nasir Baharuddin
SN Siti Zainon Ismail
Irwan Ahmet





Selamat Pagi Malaysia (2021)

Bakat Muda Sezaman 2021
Tetamu jemputan: Faizal Sidik






Balai Seni Negara (2021)

Forum BMS 21: 'Time-Based Media'
Moderator: Faizal Sidik
Panel:
Izaddin Matrahah
Tengku Azahari Tengku Azizan




Balai Seni Negara (2021)

BMS 21: Zon Selatan 
Kurator: Faizal Sidik
Pakar Rujuk:
Sharon Chin (N.Sembilan)
Dr. Sharmiza (Melaka)
Fakhrul Zaman & Shahrizad (Johor)






Balai Seni Negara Langkawi (2021)

Forum Pameran 'Mara & Columbia Days'
Moderator: Faizal Sidik
Panel: Mansor Puteh







Wisma Kebudayaan SGM (2022)

Forum Pameran 'Celebration of the Harmony Through Art': Meet With Artist
Moderator: Faizal Sidik
Panel: Awang Damit Ahmad








Sabah International Literature & Arts Festival, Shangri-La, Kota Kinabalu (2022)

Forum Seni Tampak Kontemporari Sabah
Moderator: Faizal Sidik
Panel:
Dr. Zaimie Sahabil (Malaysia)
Helen Dutch (Netherland)
Naomi Kato (Japan)






Galeri Seni Johor (2022)

Forum Gerak Rupa: Syed Ahmad Jamal Dalam Koleksi Balai Seni Negara
Moderator: Faizal Sidik
Panel:
Prof. Dzul Haimi Md Zain
Zanita Anuar







Dewan Bahasa & Pustaka (2022)


Majlis Pelancaran dan Resensi Buku Karya Fai Zakaria 'Kala Kesunyian Membingitkan'
Moderator: Raiha Bahanudin
Panel:
SN Siti Zainon Ismail
Dr. Shamsudin Othman
Faizal Sidik








angunan Sultan Abdul Samad (2022)

Soksek + Seni: Sembang Telus Orang Seni -  Juragan Seni: Apa Lagi?
Moderator: Qush Mohammed
Panel:
Faizal Sidik
Rahim Mat
Sabri Salleh







Forum Pameran 'Facing The Mask' (2023)
Moderator: Faizal Sidik
Panel:
Khairil Anwar Azahari
Anis Che Mat








Galeri Seni Matic (2023)

Forum Pameran 'Alam Mimpi'
Moderator: Faizal Sidik
Panel:
Khairil Anwar Azahari
Shaimy Hashim


         



Muzium Negeri Kedah (2023)

Bicara Seni: Kurator & Artis Berbisik
Moderator: Faizal Sidik
Panel:
Uwei Bin HjSaari
Tajali Abdullah
Badri Sham Ahmad




Galeri Al-Biruni, UITM Perak (2024)

Forum Pameran 'Chap Manjong': Bicara Seni Alumni
Moderator: Fairus Ahmad Yusof
Panel:
Faizal Sidik
Zulkefly Bakar




Harmoni Gallery, Wisma Kebudayaan SGM (2024)


Kunjungan ke Pameran Bersama Artis (Artist Walkthrough)
Pelukis: Faizal Sidik










Hentian Buku Selangor (2025)

Forum Anak Alam: Dalam Sorotan Sejarah
Moderator: Naim Al-Kelantani
Panel: 
SN Datuk Dr. Siti Zainon Ismail
Datuk Dinsman
Faizal Sidik