Isnin, 9 Disember 2024

Polemik Seni Lukis

 
    


 Tajuk Buku: Polimek Seni Lukis

Penyelenggara: Faizal Sidik
Muka surat: 80 halaman
Tahun: 2024
Saiz: 5 MB (ebuku)

Kandungan:
Pengenalan-
Sudut Penulis dan Ke Arah Realiti Mistik
Faizal Sidik
Wawancara dengan Dua Pelukis Konseptual
Raja Zahabuddin Raja Yaacob
Polemik Seni Lukis-
Pengaruh dan Identiti dalam Seni Lukis
Siti Zainon Ismail
Satu Jawapan Terhadap Tulisan Siti Zainon
Redza Piyadasa
Satu Esei Untuk Piyadasa
Siti Zainon Ismail
Satu Lagi Jawapan Untuk Siti Zainon
Redza Piyadasa
Kencing dan Kesenian: Surat Salleh Ben Joned Untuk Piyadasa
Salleh Ben Joned
Surat Terbuka Polemik Seni Lukis
Ponirin Amin
Syor & Usul-
Konseptual dan Seni
Nasir Baharuddin
Glosari

Sinopsis:
Tahun 2024 adalah genap 50 tahun pameran ‘Towards a Mystical Reality’ yang diadakan pada tahun 1974 di Sudut Penulis, Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur cukup signifikan sejarahnya kepada perkembangan seni lukis Malaysia. Pameran bersama antara Redza Piyadasa dan Suleiman Esa mencetuskan fenomena baru ketika itu menerusi menifesto yang mereka bawa.

Sempena ulangtahun pameran ‘Towards a Mystical Reality’ yang ke-50 pada tahun ini perlunya satu pendokumentasian yang lebih lengkap dan teratur bagaimana pembaca boleh menelusuri bagaimana gagasan yang mereka berdua bawa sehingga mencetuskan polemik dikalangan pelukis, penulis, penyair dan ahli akademik seterusnya mencetuskan kritikan seni terawal di negara ini.
Buku ’Polemik Seni Lukis: Himpunan Penulisan Debat Towards a Mystical Reality’ ini adalah usaha dalam merentet kembali polimek yang berlaku di dalam majalah Dewan Sastera dalam memberi penghormatan terhadap wacana seni.

Buku ini wajar untuk dijadikan rujukan kepada pelukis, pendidik, pelajar universiti, penyelidik, kurator, guru pendidikan seni visual dan masyarakat amnya.

Untuk pertanyaan sila

Whatapps 011 10975781