Oleh: Faizal Sidik
Pengenalan
Kedah adalah sebuah negeri jelapang padi, dimana negeri Kedah adalah penyumbang besar
terhadap penghasilan tanaman padi di negara ini. Kedah juga turut terkenal sebagai negeri
yang menghasilkan pelukis-pelukis hebat negara. Ada dikalangan mereka bukan sahaja
dikenali di sini malah diperingkat antarabangsa. Perkataan ‘Gerak’ dari segi istilah bahasa
boleh dimaksudkan dengan ‘perpindahan tempat’, ‘berjalan’,‘keliling’, ‘berputar’, ‘pusing’.
Manakala ‘Rupa’ pula didefiniskan sebagai ‘wajah’, ‘bentuk’, ‘sifat’. Pameran ‘Gerak
Rupa: Pelukis Kedah Dalam Koleksi Balai Seni Negara’ adalah sebuah pameran bergerak,
berjalan dan berkeliling di dua lokasi di negeri Kedah iaitu di Balai Seni Negeri Kedah dan
Balai Seni Negara Langkawi daripada Mac hingga Disember 2022. Pameran bergerak ini
menghimpunkan sekitar 32 rupa, wajah dan bentuk karya pelukis Kedah yang terdapat di
dalam himpunan tetap Balai Seni Negara.
Pengkoleksiann pelukis Kedah di dalam Koleksi Balai Seni Negara boleh dibahagikan
kepada 3 pembahagian iaitu Pelukis ganerasi baru, palukis ganerasi kedua dan pelukis
ganerasi baru. Pelukis pelopor atau pelukis ganerasi awal adalah pelukis Kedah yang
dilahirkan daripada tahun 1920 an hingga 1930 an seperti A.J Rahman (1922-1995), A.B
Ibrahim (1925-1977), Ibrahim Hussein (1929-2009), Ismail Zain (1930-1990) dan Khoo Sui
Hoe (1939). Pelukis ganerasi kedua pula adalah pelukis yang dilahirkan sekitar tahun 1940 an
hingga1960 an antaranya seperti Eng Tay (1947), Sharifah Fatimah Syed Zubair (1948),
A’Aishah (1954), Anuar Rashid (1958) dan Amron Omar (1958), Rafie Ghani (1962) dan
Zulkifli Yusof (1962) dan Ahmad Fuad Osman (1969). Manakala itu pelukis genarasi baru
pula adalah pelukis yang dilahirkan selepas tahun 70 an misalnya Sabri idrus (1971), Choy
Chun Wei (1973), Aznan Omar (1973) dan Fauzul Yusri (1974)
Pelukis Ganerasi Awal
Pelukis pelopor atau pelukis ganerasi awal adalah pelukis Kedah yang dilahirkan daripada
tahun 1920 an hingga 1930 an seperti A.J Rahman (1922-1995), A.B Ibrahim (1925-1977),
Ibrahim Hussein (1929-2009), Ismail Zain (1930-1990) dan Khoo Sui Hoe (1939). Chooi
Kok Keong (1938), Cheah Yew Sik (1939). Para pelukis awal ini boleh dibahagikan kepada
pelukis belajar sendiri seperti A.J Ibrahim dan A.B Rahman manakala pelukis yang
mendapat pendidikan secara formal di sekolah seni adalah seperti Ibrahim Hussein dan Ismail
Zain. Pelukis awal yang belajar sendiri cenderung untuk mengambarkan keindahan negeri
Kedah melalui medium cat air. Bahantara cat air menjadi pilihan mereka kerana sifat bahan
itu yang lebih spontan, bersahaja dan mudah dibawa. Tema yang dibawa pula
memperlihatkan kehidupan harian masyarakat di sawah bendang, keindahan pemandangan
gunung, pulau, pantai dan aktiviti rekreasi masyarakat kampung.
Terdapat 51 buah satu karya A.B. Ibrahim di dalam koleksi Balai Seni Negara yang
dihasilkan daripada tahun 1950-an hingga 1970-an. Di dalam 51 buah karya ini ada beberapa
2
karyacat air atas kertas ini yang dihasilkan secara bersiri atau sambungan tajuk yang sama
seperti siri ‘Menanam Padi Di Kaki Gunung Jerai I hingga III’, ‘Musim Menanam Padi I
hingga III’, ‘Kapal Saudagar I hingga II’, ‘Turun Ke Laut I hingga V’, ‘Lovers Island I-II’,
‘Pulang I hingga XI’, ‘Menanam Padi I-III, ‘Membajak I-III’ dan ‘Balik Rumah I-V’
Salah satu karya A.B. Ibrahim yang berada di dalam koleksi Balai Seni Negara adalah karya
cat air ‘Menanam Padi di Kaki Hujung Gunung Jerai’ (1950an-1970an). Karya ini
memperlihatkan aktiviti menanam padi berhampiran dengan Gunung Jerai. Sebagai sebuah
puncak tertinggi dikawasan tanah rata penanaman padi Gunung Jerai menjadi latarbelakang
pilihan pelukis ini. Karya ini memperlihatkan empat pesawah yang sedang menjalankan
aktiviti menanam padi. Latar karya ini terdapat sebuah rumah Melayu dengan atap rumbia
dimana dihalamannya depan dan belakangnya terdapat pokok kelapa rendang. Pemandangan
ini adalah pemandangan yang biasa dilihat dikawasan penanaman padi di Kedah sehinggalah
ke hari ini.
Karya A.J. Rahman ‘Night in Langkawi’ (1976) adalah sebuah gambaran keindahan diwaktu
malam di Pulau Lagenda itu. Komposisi karya ini dilukis lihat mempunyai pengaruh yang
kuat terhadap pelukis Romantik Eropah seperti John Constable dan J.W.W. Turner yang
mengambarkan pemandangan eksotik lanskap Inggeris. Manakala pengolahan lanskapnya
pula seperti pelukis Jerman. Karya ‘Night in Langkawi’ adalah sebuah catan eksotika yang
merakamkan sampan nelayan berlabuh dengan rumah-rumah nelayan yang berhampiran
dengan muara. Bahagian latarnya pula terdapat deretan pokok kelapa manakala bahagian
langit pula bulan sedang mengambang dan riak-riak awan yang kelihatan mendung.
Terdapat 19 buah karya oleh A.B. Aziz di dalam koleksi Balai Seni Negara. Salah sebuah
karya yang bertemakan lanskap cat air adalah karya A.B. Aziz iaitu ‘Pulau Sayak’ (1960 an).
Pulau Sayak juga dikenali dengan nama lain iaitu Pulau Baki atau dalam bahasa Inggeris pula
adalah Residual Island. Nama lain iatu Palau Baki ini diberikan adalah kerana terdapat empat
lagi baki pulau kecil di sini yang terbentuk hasil daripada hakisan air laut. Pulau Sayak
terletak di daerah Kuala Muda lokasinya berhampiran dengan kawasan pelancongan di Barat
negeri Kedah iaitu Pantai Merdeka. Pulau Sayak sangat terkenal dengan rangkaian pulau
yang indah dengan pasir pantai yang putih, berbatu dan air yang sangat jernih. Orang
tempatan di sini membahagikan Pulau Sayak di tanah pulau dan Pulau Sayak tanah besar.
Karya A.B. Aziz adalah pemandngan aktiviti nelayan di Pulau Sayak berhampuran dengan
tanah besar yang juga berhampiran dengan jeti nelayan dimana kawasan ini adalah dimana
tempat para nelayan melabuhkan sampan mereka. Kelihatan seorang nelayan yang sedang
naik ke darat yang membawa peralatan nelayan. Dibahagian tengan terdapat dua sampan
yang masih menjalankan aktiviti menangkap ikan. Bahagian latarnya pula adalah Pulau
Sayak di tanah pulau.
Karya A.B. Kechik agak berbeza daripada dua pelopor awal sebelum ini yang gemar
menggambarkan pemandangan kepada subjek-subjek aktiviti ekonomi dan sosial-budaya
mayarakat setempat. Terdapat 5 buah karya A.B. Kechik di dalam koleksi Balai Seni Negara.
Karya A.B. Kechik ‘Ayam Berlaga’ (1970 an) mengambarkan aktiviti popular kaum lelaki
iaitu menyabung ayam jantan. Karya ini dipenuhi dengan warna neutral cat air iaitu warna
kelabu. Fakus warna hanya diperincikan dibahagian tengah yang diperlihatkankan daripada
paruh ayam sehinggalah ke leher ayam. Pergelutan ayam ini memperlihatkan rupa bentuk,
gerak gaya terutamnya fokus yang diberikan kepada bahagian kaki ayam. Walau
3
bagaimanapun kini aktiviti sabung atau pertandingan laga ayam tidak dibenarkan lagi dan
mereka yang melakukannnya boleh di dakwa atas kesalahan penyeksaan terhadap binatang.
Balai Seni Negara menyimpan 8 buah karya di dalam pengkoleksiannya. Antara karya di
dalam fasa kedua perjalanan pengkaryaan pada tahun 1960-an adalah zaman Ib melanjutkan
pelajaran di England dan kembaraan beliau di Amerika Syarikat dimana beliau menghabiskan
masa selama hampir satu dekad di luar seperti karya ‘Manja’ (1960) dan ‘Octopi I’, (1960),
‘Kekecohan-Tumult’ (1969) dan ‘Mengapakah Kamu Begitu – Why You Are, The Way You
Are’ (1969). Fasa ketiga adalah pada tahun 1970-an apabila Ib kembali ke tanahair dan
bergiat aktif dalam lanskap seni lukis tempatan terdapat satu karya iaitu ‘Genting’ (1978).
Fasa keempat pada tahun 1980 an beliau mula meneroka teknik garisan-garisan alun dengan
cat dakwat pula dalam koleksi adalah seperti ‘Tumbuhan-Growth I’ (1980) dan ‘Tumbuhan-
Growth II’.
Akhir tahun tahun-tahun 1960-an merupakan tahun yang penting di dalam pengkaryaan
Ibrahim Hussein terutamanya tahun 1969. Pada tahun ini beliau menghasilkan 22 buah karya.
Antara karya-karya penting dalam tahun ini adalah seperti ‘May 13/13 Mei’ , ‘Are You Alone
Up There?’Anda Seorang Diri Di Sana?’, ‘Chairil Anwar’, ‘Farewell to New York/Selamat
Tinggal New York’ , dan ‘Mengapakah Kamu Begitu – Why You Are, The Way You Are’ ,
‘Sick Politician’ dan ‘My Father and Astronaut’
Menurut T.K. Sabapathy pertama pada tahun 1969 Ibrahim Hussein menghasilkan beberapa
karya yang dibangkitkan daripada peristiwa bersejarah dan pergolakan yang berlaku di dalam
dirinya. Kedua, adalah dimana Ibrahim telah beralih arah pengkaryaan pada tahun ini setelah
beliau mula menemui teknik yang dinamakan ‘printage’ iaitu teknik cetakan daripada akhbar
dan foto. Karya Ibrahim Hussein ‘Mengapakah Kamu Begitu – Why You Are, The Way You
Are’ (1969) adalah antara karya terawal beliau menggunkan teknik cetakan ‘printage’ seni
pop. Karya ini boleh dikatakan dihasilkan selepas karya ‘Farewell to New York/Selamat
Tinggal New York’ (1969) yang dimiliki oleh kolektor Zain Azahari berdasarkan persamaan
dari segi kesinambungan imej latar hijau. Apa yang membezakan kedua-dua karya ini adalah
dalam karya Ibrahim Hussein mula meneroka garisan-garisan beralunan yang terdapat di
bahagian atas.
Karya ini adalah karya-karya akhir beliau yang dihasilkan di New York berdasarkan imej-
imej printage yang digunakan adalah bersumberkan daripada kutipan-kutipan daripada akbar
tabliod di sana. Fokus karya ini adalah dibahagian tengah yang terdapat latar hitam dan
bulatan berwarna putih. Imej latar hitam dan bulatan berwarna putih ini mula disedari
ditekankan dalam setiap karyanya selepas beliau menghasilkan ’May 13/13 Mei’ (1969).
Menurut Ibarahim dalam dialognya dengan Tun Razak apabila mereka bertemu di suatu sesi
penjelasan kaarya. Beliau mengatakan bulat dalam karya beliau adalah metafora atau
lambang terhadap sebuah harapan.
Ismail Zain dilahirkan di Kodiang iaitu daerah Kubang Pasu, Kedah pada tahun 1930. Beliau
adalah seorang pelukis, pendidik dan pemikir yang pernah menjadi Pengarah Balai Seni
Lukis Negara daripada tahun 1972 sehingga 1975. Terdapat 10 buah karya Ismail yang
berada di dalam koleksi Balai Seni Negara antaranya ialah ‘Untitled’ (1990). Karya ini adalah
antara karya-karya terakhir yang dihasilkan oleh beliau sebelum kematian beliau pada tahun
1991 di Kuala Lumpur.
4
Pengkaryaan Ismail Zain boleh dibahagikan kepada beberapa peringkat iaitu peringkat awal
sekitar tahun 1960-an dengan karya-karya kajian semasa mengikuti latihan secara formal di
sekolah seni di Ravensbourne dan Slade di London. Peringkat kedua pada tahun akhir 1960-
an dan 1970-an dengan karya catan abstrak hard-edge atau lukisan catan tepat. Teknik hard-
edge adalah lukisan catan abstrak yang mempunyai rupa-rupa bentuk yang jelas dan
berbatasan tepat dan gubahan yang ringkas. Peringkat ketiga pada tahun 1980-an beliau
beralih kepada karya yang menggunakan aplikasi komputer yang dinamakan kolaj digital
atau siri yang dikenali sebagai ‘Digital Collage’. Pada peringkat akhir pada pertengahan
1980-an sehingga pada tahun 1990 beliau menggabungkan kedua-dua teknik tadi dalam karya
yang dinamakan siri ‘Untitled’.
Penghasilan karya siri ‘Untitled’ oleh Ismail Zain pada pertengahan tahun 1980-an
mempunyai kisah yang tersendiri. Berdasarkan sesi perbual dengan Jaafar Ismail, sekitar
pertengahan tahuan 1980-an iaitu pada tahun 1984 tertubuhnya sebuah galeri seni iaitu
Saujana Fine Arts yang terletak di Subang Jaya, Selangor. Galeri ini diuruskan oleh beberapa
orang pelukis dan korporat seperti Redza Piyadasa dan Ismail Zain. Saujana Fine Arts adalah
galeri tempatan seumpamanya yang ditubuhkan sebagai usahasama antara pelukis atau
kolektif pelukis. Galeri ini menguruskan dan mewakili beberapa orang pelukis antaranya
adalah Zakaria Ali, Fatimah Chik, Yew Seng Chooi, Nirmala Dutt, Zambri Embi, Ismail
Hashim, Lai Fong Moi, Eng Hooi Lim, Mazeli Mat Som, Ruzaika Omar Basaree, Eris Peris,
Tay Hooi Keat, Tay Mo Leong, Redza Piyadasa dan Ismail Zain sendiri.
Munurut Jaafar Ismail yang mengkuratorkan pameran ‘Ismail Zain: (Mem)Bayang Maksud’
yang diadakan di Balai Seni Negara pada tahun 2019. Siri karya ‘Untitled’ oleh Ismail Zain
siri karya yang dihasilkan sejak tahun 1985 dan keatas untuk tempahan daripada hotel dan
pejabat korporat. Jika diperhatikan dengan teliti karya ini mempunyai inspirasi daripada
bentuk perulangan di dalam songket namun beliau memanfaatkan tikar alas meja sebagai
yang distensil dengan pistol sembur. Perihal ini dapat di lihat daripada bentuk perulangan
motif flora, bungaan. Kemahiran menggunakan teknik hard-edge dan grid masih dikekalkan
dengan jalur warna vertikal ditengah.
Anak kelahiran Kedah Khoo Sui Hoe dilahirkan pada tahun 1939 di Baling. Beliau mendapat
pendidikan awal di Nanyang Academy of Fine Art (NAFA) di Singapura dari tahun 1959
hingga 1961. Pada tahun 1971 Beliau merupakan pengurus merangkap kurator Alpha Gallery
pada tahun di Singapura. Beliau kemudiannya belajar seni grafik di Pratt Institute di
Amerika Syarikat pada tahun 1974. Pada tahun 1979 beliau dan beberapa rakan membentuk
‘Kumpulan Utara’ di Pulau Pinang yang banyak menjalankan pameran dan program di Utara
Semenanjung Malaysia
Karya beliau ‘Bukit Baling’ (1965) adalah sebuah karya lanskap yang dihasilkan selepas
beliau tamat mengikuti pengajian di NAFA. Karya ini dihasilkan semasa beliau berusia 26
tahun. Karya ini diperolehi semasa beliau mengadakan pameran solo yang pertama di British
Council, Kuala Lumpur pada tahun 1965. Di dalam pameran solo ini Khoo Sui Hoe
menghasikna 33 buah karya cat minyak. Pameran ini ditaja oleh Malaya Arts Council yang
dipengerusikan oleh Kingston Loo seorang arkitek yang terkenal, pameran ini mendapat
liputan yang luas bukan sahaja di media cetak malah di televisyen dimana ibu bapa dan
keluarga beliau di Baling turut dapat menyaksikannya juga dalam satu sesi temuramah yang
diadakan.
5
Karya ‘Bukit Baling’ (1965) adalah sebuah karya lanskap pemandangan kawan berbukit
bukau yang dinamakan bukit Baling oleh pelukis terletak 2 kilometer daripada bandar Baling
. Bahagian hadapan ini terdapat dua pokok dengan dahan-dahan yang rendang serta pohon
yang berwarna hijau. Dari sudut ini kita dapat lihat pelukis melukis bukit Baling dari lokasi
bawah atau kaki bukit. Bahagian belakang pula terdapat dua buah bukit yang berwarna
perang. Kini bukit Baling dikenali dengan nama Gunung Baling yang merupakan lokasi
pendakian yang popular di negari Kedah kerana mempunyai pemandangan yang indah dari
atas. Kawan bukit Baling dipenuhi dengan kawasan hutan sederhana dan berbatu yang
digemari oleh para pendakian untuk melakukan pendakian. Kini Gunung Baling diuruskan
oleh Pejabat Pendakian Gunung Baling di bawah seliaan Majlis Daerah Baling.
Chooi Kwok Keong dilahirkan di Ipoh, Perak pada tahun 1938 dan menetap di Alor Setar,
Kedah. Chooi mendapat pendedahan awal dalam seni lukis pada tahun 1963 dengan
mengikuti kursus seni halus selama setahun di Maktab Perguruan Ilmu Khas (MPIK). Semasa
di Kuala Lumpur beliau bergiat aktif menyertai Angkatan Pelukis Semenanjug (APS). Pada
tahun 1959 beliau mengajar sebagai guru seni di Kolej Sultan Abdul Halim, Alor Setar dan
semasa di sini beliau bergiat aktif pula dengan Angkatan Pelukis Kedah (APK) sehinggalah
bersara.
Terdapat dua buah kary Chooi Kwk Keong di dalam koleksi Balai Sen Negara. Salah satunya
adalah karya ‘Penangkap Ikan’ (1963). Karya ini adalah antara karya yang beliau hasilkan
semasa menganggotai Angkatan Pelukis Semenanjung. Karya ini memperlihatkan pekerjaan
sebagai penangkap ikan. Terdapat tiga figura yang kelihatan dalam lukisan cat minyak
dimana setiap mereka memakai topi tradisional yang biasanya diperbuat daripada anyamana
daun nipah yang sering dilihat di pakai petani di desa dan nelayan bagi melindungi daripada
cahaya panas matahari. Karya ini memeperlihatkan realiti kegiatan masyarakat yang
diperjuangkan oleh APS ‘seni untuk masyarakt’ untuk turun bersama-sama dengan rakyat
dalam merakam suasana sebenar mereka.
Cheah Yew Sik pula dilahirkan di Sungai Petani pada tahun 1939. Beliau mendapat
pendidikan awal di Han Chiang High School di Pulau Pinang dan pendidikan formal dalam
seni daripada Nanyang Academy of Art (NAFA) pada 1961 dan Stoke on Trent College of
Art di England pada tahun 1965. Selepas kepulangannya beliau kemudiannya mengajar di
Han Chiang Art School di Pulau Pinang. Cheh Yew Sik juga adalah salah seorang pengasas
dan pengetua sekolah seni Kuala Lumpur Collage of Art. Selain menghasilkan catan beliau
juga berkarya dengan pelbagai medium yang lain seperti cetakan dan seramik.
Pada tahun 2019 Balai Seni Lukis Pulau Pinang telah mengadakan pameran imbauan 150
karya-karyanya dalam pameran ‘Cheah Yew Sik Retrospective’ yang terdiri daripada lakaran,
catan, arca dan seramik. Balai Seni Negara memiliki 6 buah karya yang dihasilkan dengan
menggunakan cat air, cat minyak dan seramik. Karya ‘Pasar/Market’ (1962) adalah sebuah
karya diawal pengkaryaan beliau semasa berada di Singapura. Karya ini memperlihatkan
aktiviti jual beli di sebuah pasar pada tahun 1960 an. Di dalam karya ini juga kita dapat lihat
para peniaga pasar sedang duduk dalam memperagakan hasil jualan mereka manakala ada
figura pembeli atau pelanggan yang sedang menunduk dalam memilih atau membayar
barangan mereka.
6
Pelukis Ganerasi Kedua
Pelukis ganerasi kedua pula adalah pelukis yang dilahirkan sekitar tahun 1940 an hingga1960
an antaranya seperti Eng Tay (1947), Sharifah Fatimah Syed Zubair (1948), A’Aishah
(1954), Anuar Rashid (1958) dan Amron Omar (1958), Rafie Ghani (1962) dan Zulkifli
Yusof (1962) dan Ahmad Fuad Osman (1969). Sharifah Zuriah Al-Jefri (1938), Abdul Ghani
Ahmad (1945), Heng Eow Lin (1945), Ahamad Fauzi Hassan (1959), Lye Yau Fatt (1959),
Maamor Jantan (1961), Anasuwandi Ahmad (1967), Rohaizal Saari (1969), Shafie Hassan
(1958), Tan Thean Song (1946-2017), Azahari Khalid Osman aka Aza Osman, Choh Kiat
Siong (1968),
Pelukis Kedah generasi kedua juga adalah pelukis yang mendapat didikan seni di dalam
negara. Namun ada diantara mereka yang melanjutkan pelajaran di luar seperti Sharifah
Fatimah Syed Zubair, Sharifah Zuriah Al-Jefri dan A’Aishah misalnya. Pengakryaan pelukis
ganerasi kedua di dalam koleksi Balai Seni Negara boleh dibahagikan kepada tiga subjek
pengkaryaan. Pertama, adalah pelukis yang menghasilkan karya-karya seni abstrak sejak
permulaan karier mereka sebagai pelukis seperti Sharifah Fatimah Syed Zubair, Anuar
Rashid, dan Zulkifli Yusof. Kedua adalah pelukis figuratif seperti Amron Omar, Eng Tay dan
Shafie Hassan. Ketiga adalah pelukis yang memilih subjek lanskap pemandangan seperti
Sharifah Zuriah Al-Jeffri, Rafie Ghani dan Lye Yau Fatt.
Abstrak
Sharifah Fatimah Syed Zubair dilahirkan di Alor Setar pada tahun 1948. Beliau adalah antara
pelajar terawal Diploma Seni Lukis di Institut Teknologi Mara daripada tahun 1967 hingga
1971. Dua tahun selepas menjadi pelukis sepenuh masa beliau menlanjutkan pelajaran di
Sarjana Muda di Reading University yang terletak di Barat London daripada 1973 hingga
1976.. Seterusnya Ijazah Sarjana dari Pratt Insritute di Amerika Syarikat pada tahun 1978 di
atas geran John D Rockefeller III Fund Fellowship. Pada tahun 1982 sehingga 1990 beliau
dilantik menjadi kurator di Balai Seni Negara dan semasa di sini beliau berkesempatan
mengikuti kursus pengurusan muzium di City University of London padan tahun 1987.
Antara pameran yang pernah dikuratorkan oleh beliau adalah pelukis kelahiran Yan, Kedah
iaitu Ibrahim Hussein dalam pameran retrospektif pada tahun 1986. Selepas tahun 1990
beliau bergerak sebagai seniman profesional sepenuh masa yang bukan sahaja terhad dengan
sebagai pelukis tetapi penulis, hakim, kurator dan wakil delegasi.
Antara siri-siri karya yang pernah dihasilkan oleh beliau adalah seperti ‘Nursiyah and Other
Image’ (1983), ‘Touch The Earth’ (1992-1996), ‘Mindscape’ (1991-1993), ‘Joy Is The
Theme’ (1997-2003), ‘Pancawarna Sri Citra’ (2000), ‘Garden of the Heart’ (2005-2011),
‘Celebration’ (2010-2012), ‘Pancawarna’ (2013). Song of Eucalyptus (2017). Pengkaryaan
Sharifah Fatimah selam 50 tahun dilihat mempunyai pengaruh lirikal abstrak oleh Helen
Frankahaler. Terdapat 12 buah karya Sharifah Fatimah di dalam koleksi Balai Seni Negara
daripada tahun 1960-an sehigga 2000-an. Karya ‘Sri Jingga Indera Kayangan’ (1998) adalah
sebuah karya dalam siri karya ‘Joy Is The Theme’ yang dihasilkan selama 7 tahun daripada
1997 sehingga 2003.
Karya ini menggambarkan warna-warna ceria dan sewarna terutamnya seperti jingga yang
memenuhi bidang kanvas selain warna merah, kuning dan hijau. Istilah ‘sri’ atau ‘seri’
membawa maksud cahaya, sinar, semarak, kilau dan kilat. Manakala ‘Indera Kayangan’
7
adalah nama sebuah kota yang dinamakan Kota Kayang iaitu kota yang dibina pada zaman
Sultan Kedah ke-15 iaitu Sultan Dhiauddin Al-Mukkaram Syah I yang memerintah antara
tahun 1661 sehingga 1687. Kota ini dikatakan sebuah kota yang tidak dapat dilihat kerana
dilindungi oleh bukit-bukit yang berada disekitarnya. Kota Indera Kayangan adalah sebuah
pusat pemerintahan yang tersembunyi dan hanya boleh dilihat dari tempat tinggi dan atas
fakta tersebut nama sedemikian diberikan Indera Kayangan kepadanya.
Anuar Rashid dilahirkan di Langgar, Alor Setar pada tahun 1958. Beliau mengikuti pengajian
pra-diploma di Instut Teknologi Mara, Terengganu pada tahun 1975. Kemudian beliau
mengikuti diploma di Shah Alam dari tahun 1976 hingga 1978. Sehingga kini beliau telah
mengadakan tujuh pameran solo dan empat siri karya iaitu Siri Inderaputera, Siri Angin, Air
dan Api, Siri Phantanum dan Siri Mihraj. Anuar Rashid telah menunjukkan bakatnya yang
luar biasa kerana semasa tahun akhir menjadi pelajar seni lagi beliau telah dijemput untuk
mengadakan pameran solo pertama di Balai Seni Pulau Pinang pada tahun 1978 yang
mempamerkan karyanya daripada tahun 1976 hingga 1978. Pameran solo kedua di Alpha
Gallery, Singapura dan Johor Baharu pada tahun 1979 semasa beliau berusia 21 tahun,
dimana ameran solo ini mempamerkan karya-karya yang dihasilkan daripada tahun 1976
hingga 1979. Pameran solo keempat diadakan di Itali pada 1982 manakala solo kelima di
London pada tahun yang sama. Pameran solo keenam diadakan di Bucharest, Romania pada
tahun 1983. Pameran solo ketujuh diadakan di Alpha Gallery, Pulau Pinang pada tahun 2006.
Pameran solo ke lapan‘Anuar Rashid: Mihraj-Aku Hanya Seorang Tukang Cerita’ diadakan
di Balai Seni Negara pada tahun 2014.
Terdapat 6 buah karya Anuar Rashid di dalam koleksi Balai Seni Negara dan salah satu
daripadanya ‘Inderaputra-Kelahiran Diterbangkan Merak’ (1978). Karya ini diperolehi
melalui melalui pertandingan Salon Malaysia pada tahun 1979 dimana karya ini memenangi
Hadiah Kecil. Karya ini adalah berdasarkan kajian Anuar terhadap cerita mitos dalam
Hikayat Inderaputera menceritakan bagaimana Inderaputra yang masih kecil dilarikan oleh
merak emas dan kemudiannya beliau dijatuhkan kedalam halaman rumah nenek kebayan
seperti yang terdapat di dalam teks seperti ini :
Maka kedua utusan itu pun sujud akan Maharaja itu dengan sukacitanya. Hatta dalam berkata-kata maka
Inderaputera pun turun daripada ribaan ayahanda baginda pergi melihat merak emas mengigal di atas talam itu.
Maka tiba-tiba merak itu menyambar Inderaputera seraya diterbangkannya. Maka Inderaputera pun ghaiblah
daripada mata baginda dan orang sekalian dan Maharaja Bikrama Buspa pun melihat anakanda baginda hilang.
Maka baginda pun murka seketika. Setelah sedarlah akan dirinya dan baginda pun menangis dan segala isi istana
pun gemparlah bertangis-tangisan dan isi negeri pun dukacita mendengar Inderaputera hilang itu dan Maharaja
Bikrama Buspa pun terlalu dukacita sentiasa.
Hatta maka Inderaputera pun diterbangkan merak emas. Maka jatuhlah ia kepada suatu kebun nenek kebayan. Maka
Inderaputera pun berjalanlah perlahan-lahan lalu berhenti di bawah pohon delima. Maka Inderaputera pun makanlah
buah-buahan.
Didalam karya dua panel ‘Inderaputra-Kelahiran Diterbangkan Merak’ (1978) ini Anuar
Rashid cuba menggambarkan bagaimana suasana anak Maharaja Bikarma iaitu Inderaputera
disambar dan diterbangkan oleh sang merak emas. Sungguhpun hikayat atau cerita riwayat
adalah cerita-cerita lama Anuar Rashid berjaya membawanya dalam dimensi visual yang
futuristik dan surealistik. Futuristik adalah dari segi kemahiran teknik ‘glazing’ iaitu
permukaan satah-satah seolah-olah berkaca dan bercahaya yang diterokainya sejak awal
pengkaryaan beliau. Gambaran catan jika diperhatikan cuba membawa fikiran kita kepada
suatu tempat yang asing yang belum pernah difikirkan oleh manusia. Warna biru bidang yang
terdapat dibahagian boleh dikatakan simbol kepada ruang angkasa manakala warna putih
kejambuan seolah-olah kawasan bukit yang berawan. Unsur surealistik atau misteri di dalam
8
karya ini adalah merak kayangan yang diperlihatkan sebelah kanan panel sedang terbang
diperlihatkan secara penuh bertenaga, berkuasa dan keemasan. Bahagian tengahnya pula
seperti sebuah lembah yang terdapat binaan istana iaitu tempat kelahiran Inderaputera
diterbangkan oleh merak kayangan tadi.
Salah seorang pelukis wanita Kedah yang kembali aktif berkarya di negeri asal setelah
menuntut di luar adalah A’Aishah Abdul Latiff . Beliau dilahirkan di Alor Setar pada 1954
dan mendapat pendidikan awal seni dari Sekolah Tinggi Seni Rupa, Jogjakarta, Indonesia.
Beliau kemudian melanjutkan pelajaran di Akademi Seni Rupa Indonesia (ASRI) pada tahun
1975. Setelah kembalinya beliau bertugas sebagai guru seni lukis di Kuala Lumpur pada
tahun 1979 disamping aktif dengan Kumpulan Anak Alam. Semasa di Anak Alam beliau
banyak menghasilkan sketsa untuk majalah Dewan Sastera. Beliau melanjutkan pelajaran
dalam Diploma Pendidikan di Universiti Malaya daripada tahun 1982 hingga 1983. Pada
tahun 1995 beliau bersara awal dalam bidang perguruaan setelah 20 tahun berkhidmat untuk
menumpukan bidang keusahawanan dan pelukis sepenuh masa
Karya ‘Pemandangan’ (1979) oleh A’Aishah adalah sebuah karya ketika beliau bersama
Kumpulan Anak Alam di Kuala Lumpur. Karya landskap secara abstrak ini adalah satu
manifestasi terhadap bagaimana seniman melihat alam dari kaca mata seorang pelukis.
Apabila kita melihat karya pemandangan melalui lukisan abstrak kita boleh membahagikan
nya kepada bahagian langit dan bahagian bumi. Dalam bahagian langit terdapat warna merah
kejinggaan yang sering dikaitkan dengan warna senja iaitu sebelum matahari terbenam.
Manakala bahagian bumi dalam karya ini pula memperlihatkan tanah rata di bahagian bawah
manakala bahagian tengah terdapat seperti bentuk-bentuk condong seakan-akan lerengan dan
lurahan beserta dengan warna hijau seakan-akan pepohon. Jika diperhatikan perkembangan
karya A’Aishah selepas era 70-an garis-garis atau jalur-jalur melintang terus diterapkan di
dalam karya-karyanya selepas itu yang telah menjadi satu identiti terhadap pengkaryaan
beliau misalnya dalam siri-siri hidupan laut yang dihasilkan olehnya.
Anasuwandi mendapat pendidikan seni lukis daripada Institut Teknologi Mara pada tahun
19??. Pelukis kelahiran Alor Setar ini dilahirkan pada 1967. Beliau pernah memenangi hadiah
dalam Salon Malaysia pada tahun 1991/92 dengan karya siri perangkap. Salon Malaysia ke-3
(1991/1992) yang merupakan sebuah pameran dan pertandingan seni lukis peringkat tertinggi
di negara ini dimana karya beliau ‘Trap Series: Bubu #2’ (1991) telah diberi pengiktirafan
memenangi Hadiah Kecil bagi Kategori Arca. Anasuwandi pernah hadir dengan pameran
solo pertama iaitu “Anassuwandi Ahmad: Perangkap” di House of Matahati (HOM) yang
dikuratorkan oleh Faizal Sidik pada 2011 adalah kesinambungan daripada pengkaryaan
beliau yang lepas dalam menghimpunkan hampir 20 karya yang dihasilkan daripada tahun
2009 hingga 2011.
Menyingkap semula di zaman kecil tinggal dikawasan nelayan di utara Semenanjung yang
begitu akrab dengan aktiviti penangkapan di laut serta membubu dikawasan paya dan muara
sungai adalah permulaan kepada timbulnya karya-karya perangkap ini. Idea ini kemudiannya
diperkembangkan terus apabila memasuki Jabatan Seni Halus di Fakulti Seni Lukis dan Seni
Reka (kini), Universiti Teknologi Mara di awal tahun 1990 an dengan menterjermahkannya
ke dalam bentuk seni kontemporari menerusi seni arca tiga dimensi, arca dinding, catan dan
media campuran. Karya ‘Trap Series – Ranjau...Jalan Yang Dilalui #III’ (2006) adalah catan
akrilik di atas kanvas adalah variasi dalam pelbagai media yang diterokainya sebelum ini.
9
Balai Seni Negara memperoleh 7 buah karya Anasuwandi termasuk sebuah buku lakaran
yang dihasilkan daripada tahun 1991 hingga 2008. Dalam siri catan perangkap
‘Ranjau...Jalan Yang Dilalui’ Balai Seni Negara memperolehi dua siri iaitu ‘Trap Series –
Ranjau...Jalan Yang Dilalui #III’ (2006) dan ‘Trap Series – Ranjau...Jalan Yang Dilalui #IV’
(2006). Karya ini sebuah karya yang menggunakan subjek bubu buluh yang telah melalui
fasa-fasa abstraksi atau kemujaradan. Anassuwandi menggunakan penggayaan kraf
pertukangan buluh yang dihasilkan oleh seniman tradisi Melayu dahulu iaitu bubu sebagai
subjek perangkap dalam asas kepada struktur pembinaan pengkaryaan beliau. Bubu bukan
sahaja boleh dilihat sebagai salah satu cara untuk menangkap tangkapan selain dari jala dan
jaring didalam air tetapi bubu juga adalah satu peralatan dalam mengambarkan satu bentukan
yang memerangkap, menjerat, menjebak dan memenjarakan sesuatu dimana beliau mahu
mencipta persepsi dalam kehidupan kita. Tajuk siri ini mengingatkan sebuah novel popular
oleh Sasterawan Negara Shahnon Ahmad iaitu yang juga berasal dari Baling, Kedah yang
bertajuk ‘Ranjau Sepanjang Jalan’ yang diadaptasi ke filem tempatan dan luar dalam
mengisahkan cabaran atau ranjau dalam kehidupan manusia.
Azahari Khalid Osman atau lebih dikenali dengan Aza Osman adalah
seorang pelukis abstrak. Beliau mendapat pendidikan awal seni dalam
seni reka grafik di Jerman dan mendalami seni halus di Itali. Waktu
muda sebagai seniman beliau banyak membuat pengembaraan di
negara-negara Eropah. Setelah pulang tanah air dari kembaraan pada
1981 beliau membukan galerinya yang dinamakan ‘Gallery 6’ di Kuala
Lumpur. Beliau meneruskan kembaraan ke negara-negara Asia
Tenggara berkarya bersama-sama Khalil Ibrahim. Antara negara yang
dilawati oleh mereka berdua adalah Indonesia dan bertemu dengan
seniman besar Affandi di Jogjakarta. Pengkaryaan Affandi mempunyai
pengaruhi besar dalam pengkaryaan Aza selepas tahun 1980-an.
Karya ‘Tanpa Tajuk’ (1983) oleh beliau adalah sebuah karya abstrak cat
air terhadap karya-karya utama beliau. Karya ini adalah suatu
pengalaman peribadi yang dilalui oleh beliau yang tidak dipengaruhi
oleh mana-mana aliran seni. Sungguhpun karya-karya ini adala
imaginasi beliau terhadap suatu observasi dan pengalaman emosi.
Unsur-unsur sureal atau alam bawah sedar terpancar dalam karya-
karyanya seolah-olah pengalam emosi itu membawa kita ke suatu alam
buatan beliau sendiri. Kini beliau berpengkalan di Langkawi dengan
membuka studio dinamakan Atma Alam iaitu sebuah studio, galeri,
ruang pameran dan butik bersama isterinya Rosyadah Yusof atau
dikenali dengan nama Sada di sebuah lokasi yang dinamaka Atma Alam
Batik Art Village.
Figuratif
10
Amron Omar dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada tahun 1957. Beliau mendapat belajar
secara formal pengkhususan seni halus daripada Institut Teknologi Mara pada tahun sehingga
1979 sehingga 1982. Pada tahun 1983 beliau kemudiannya bekerja sementara dengan syarikat
pengiklanan sebelum mengambil keputusan untuk bergiat secara sepenuh masa. Selain
mengembangkan minatnya dalam lukisan gerak persilatanan beliau menerima tempahan
melukis potret golagan diraja dan bangsawan. Keunikan lukisan Amron juga digemari bukan
sahaja oleh ahli korporat dan orang kebanyakan untuk memotret diri mereka. Beliau juga
pernah menjadi pensyarah sambilan di Institut Teknologi Mara, Shah Alam, Institut Mensa
dan pelukis pelatih untuk Angkatan Pelukis Semenanjung (APS)
Balai Seni negara memiliki 3 buah karya utama daripada catan yang dihasilkan daripada
tahun 1980 hingga 1982 iaitu ‘Pertarungan I’ (1980), ‘Pertarungan II’ dan (1980) dan ‘Potret
Diri’ (1982). Ketiga-tiga karya ini adalah karya pembentukan awal Amron sebagai pelukis
profesional. Sungguhpun karya-karya ini adalah pengkaryaan awal beliau telah menunjukkan
kehebatan permainan silat dan gerak langkah sehinggakan karya ‘Potret Diri’ telah dianggat
menerima Hadiah Kecil dalam Bakat Muda Sezaman pada tahun 1982. Manakala itu terdapat
sebuah lakaran atas kertas dan 45 buah lakaran atas kertas tisu yang memperlihatkan kajian-
kajian pergerakan tangan, kaki, kekuda dan pertarunga yang dihasilkan daripada 2004 hingga
2008.
Amron Omar adalah antara pelukis figuratif yang meminjam idiom seni tubuh Barat dengan
seni persilatan Melayu. Karya ‘Pertarungan I’ (1980) memperlihatkan dua aksi pertarungan
silat oleh dua orang yang dilihat dari sudut atas sedang membuka langkah dimana tangan
masing-masing seakan-akan ingin memberi isyarat agar lawan masing-masing bersedia
dengan gerak seterusnya. Bahagian kaki pula dipersiapkan kekuda untuk merapati lawan
masing-masing. Menurut Anurendra Jegadewa kita dapat lihat naratif bagaimana kejantanan
bangsa Melayu pada arca timbul Hang Tuah di Muzium Negara dilanjutkan dalam lukisan
Amron Omar. Sejak 1980, Amron gigih berusha menampilkan satu bentuk naratif menerusi
gerak dan jurus persilatan yang amat indah. Beliau berjaya mengolah segi-segi bentuk dan
gerak tubuh serta warna-warna enak pada karya-karya nampaknya yang menjunjung aspek-
aspek kebudayaan dan kepahlawanan bangsa Melayu.
Zulkifli Yusof di lahir pada tahun 1962 di Yan, Kedah. Beliau mendapat didikan awal dalam
bidang Seni Halus di Institut Teknologi Mara daripada tahun 1987 hingga 1989. Kemudian
beliau melanjutkan pelajaran ijazah Sarjana di Machester Polytechnic, United Kingdom pada
tahun 1991. Sekembalinya ke Malaysia beliau telah mengajar selama empat tahun di
Universiti Teknologi Mara, UiTM Shah Alam. Beliau adalah merupakan pemenang Hadiah
Utama dalam pertandingan Salon Malaysia pada 1992 yang diadakan oleh Balai Seni Negara
dengan karya ‘The Power I ’.
Sepanjang kariernya sehingga kini beliau telah menghasilkan 16 pameran solo antaranya 2
solo pada tahun 1996 ‘The Power’ di NN Gallery dan ‘Brave New Art’ di The Art Gallery,
Pulau Pinang, Pada tahun 1997 pula dengan 3 pameran solo ‘Ahmad and His Shadow’ di Art-
2 & The Substation, Singapura dan ‘Ahmad and Jibul’ di The Art Gallery, Pulau Pinang dan
‘Zulkifli Yusof After Venice’ di Bangunan RHB, Kuala Lumpur. Pada tahun 2000 dengan
‘Powerful Dialogue’ di The Art Gallery, Pulau Pinang. Tahun 2005 ‘Hot Temper’ di Utterly
Art, Singapura. Tahun 2008 ‘Icon, Zulkifli Yusoff’ di Wei Ling Gallery, Kuala Lumpur.
Tahun 2009 ‘Malaya’ di Utterly Art, Singapura, Tahun 2009 ‘Zulkifli Yusoff – A Historical
Survey, 1996-2009’ di Art Salon & Seni, Kuala Lumpur. Pada tahun 2010 solo di Balai Seni
11
Negara, Kuala Lumpur dengan tajuk ‘Negaraku’ dan ‘Negaraku Selected Works’ di Utterly
Art, Singapura. Pada tahun 2011 ‘Writing Power’ di NUS Museum, Singapura. Pada 2013
‘Rukunegara 2: Voice’ di Theo Art Project dan 2013 di Theo Art Project dengan ‘Ideologies’
.
Karya ‘The Light Are On’ (1995) oleh Zulkifli Yusoff adalah salah satu karya daripada 6
karya yang diperolehi oleh Balai Seni Negara. Karya ini adalah empat buah lakaran dakwat di
atas kertas adalah karya kajian instalasi daripada ‘Siri The Power’ yang beliau hasilkan sejak
tahun 1990-an lagi hingga tahun 2000. Di dalam siri ini beliau merujuk buku Sejarah Melayu
atau Sulalatus Salatin yang dikarang oleh Tun Sri Lanang. Sulalatus Salatin atau perbualan
raja-raja Melayu merujuk kepada cerita-cerita golongan bangsawan. Salah satu cerita di
dalamnya adalah Meminag Puteri Gunung Ledang. Kisah ini menceritakan tentang kekuasaan
seorang penguasa yang tamak dalam mencapai cita-cita walaupun terpaksa mengorbankan
orang lain, dalam konteks kita pada hari ini yang digelar sebagai desperado.
Eng Tay dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada 1947. Beliau telah berhijrah ke New York
sejak tahun 1968 lagi sejak umur 21 tahun dan mendapat didikan dalam jurusan seni halus
daripada The Art Students League di New York pada tahun. Pada tahun 1972 beliau
menyambung pelajaran ijazah seni reka grafik daripada The School of Visual Art, New
York. Beliau kemudiannya bekerja sebagai pereka grafik di Red Book Magazine dan
menyertai Pratt Graphic Centre iaitu bengkel seni cetak di New York sehingga tahun 1978
dan sehinggalah pada tahun 1980 beliau mengadakan jelajah melukis ke Amerika Selatan dan
Asia Tenggara pada tahun itu. Antara negara Asia Tenggara yang dilawatinya adalah
Indonesia.
Eng Tay berkarya dalam pelbagai media seperti catan, cetakan, arca dan seramik. Beliau
mula mengadakan pameran solo sejak tahun 1985, semenjak itu beliau telah mengadakan
lebih 100 pameran solo bukan sahaja di Amerika Syarikat tetapi di Taiwan, Hong Kong,
Singapura, Malaysia, Britain, Jepun dan Indonesia. Pada tahun 1993 beliau menubuhkan
Tapir Edition iaitu studio seni cetak untuk pelukis profesional disamping terus bergerak
dengan TriBeCa studio di SoHo. Pada tahun 2015 beliau membuka sebuah ruang pameran
yang dinamakan E. Tay Gallery bagi memberi peluang pelukis muda di sekitar New York
yang berkarya dengan karya ekperimental dan kontemporari mengadakan pameran secara
berkala.
Pengkaryaan Eng Tay banyak menyentuh konsep kekeluargaan seperti karya figuratif
pertemuan keluarga, lelaki dan wanita, kanak-kanak, hubungan persahabatandan muzik.
Karya ‘Musical Charm’ (2006) dalam koleksi negara berkait rapat dengan hubungan
kekeluargaan dimana terdapat tiga figura yang sedang duduk dalam keadaan yang mungkin
asyik sedang mendengar alunan muzik. Dalam karya ini juga Eng Tay ingin menyampaikan
hubungan keakraban dikalangan ahli keluarga dengan stail yang telah beliau praktikan sejak
awal lagi.
Shafie Hassan seorang pelukis cat air yang dilahirkan di Kulim, Kedah pada tahun 1958 dan
dibesarkan di Guar Cempedak. Beliau mendapat latihan seni daripada Maktab Perguruan
Kota Bharu daripada tahun 1978 hingga 1979. Beliau kemudian menyambung latihan
perguruan seni di Maktab Perguruan Khas pada tahun 1986. Pada tahun 1994 pula beliau
mengikuti pengajian Sarjana Muda Seni Halus di Universiti Sains Malaysia.
Pengkaryaan Shafie banyak berkisar tentang nostalgia dizaman kanak-kanak semasa
membesar di Guar Cempedak. Antara subjek yang sering dirakamkan oleh beliau adalah
12
permainan warisan, seni tradisi, suasana di desa, buah-buahan tempatan dan lanskap seni bina
serta pemandangan. Karya ‘Siri Warisan-Tarik Upih’ (2000) adalah sebuah karya yang
bertemakan permaian tradisi yang dimainkan oleh kanak-kanak bukan sahaja di sini tetapi di
beberapa buah negara rantau ini yang lain. Tarik upih mengambil nama daripada perkataan
‘upih’ yang bermaksud pelepah pinang. Pelepah pinang yang tua biasanya akan luruh dengan
sendirinya. Tarih upih adalah sejenis permianan yang dimainkan dengan menarik kanak-
kanak yang duduk di atas daun pelepah pinang yang kemudiannya ditarik secara bergilir-gilir.
Permainan ini lebih menarik jika diadakan pertandingan untuk mengetahui penarik yang
paling laju dikalangan mereka yang beradu.
Than Thean Song dilahirkan di Kedah pada 1946 dan meninggal pada 2017. Beliau adalah
salah seorang alumni Nanyang Academy of Fine Art di Singapura daripada tahun 1963
hingga 1965. Selepas bergraduan Thean Song memilih berkarya dengan menggunakan
medium cat air dan batik. Beliau aktif mengadakan pameran berkumpulan di dalam dan luar
negara. Pada tahun 1969 beliau telah memenangi tempat kedua Salon Malaysia. Seterusnya
pada tahun 1984 beliau telah mengadakan pameran solo yang pertama di Adelaide Art Expo
di New Zealand.
Subjek pengkaryaan Thean Song banyak berkisar mengenai kegiatan masa lapang yang
dilakukan oleh penduduk kampung seperti bercucuk tanam, bersawah padi, permainan rakyat.
Karya ‘Main Layang-Layang/Kite Playing’ (1968) dalah sebuah karya batik yang diperolehi
sewaktu Thean Song memenangi hadiah kedua pertandingan Salon Malaysia pada tahun
1969. Karya ini mengambarkan dua orang yang sedang memakai seputar di kepala sedang
bermain layang-layang. Kelihatan dua tubuh figura dan tiga buah layang-layang wau bulan.
Permainan wau bulan sangat popular di negeri Pantai Timur seperti Kelantan dan
Terengganu. Permaian ini adalah kegiatan masa lapang yang dilakukan ketika musim monsun
Timur Laut dimana para nelayan tidak dapat turun ke laut kerana keadaan angin yang kencanf
dan ombak yang kuat.
Lanskap
Abdul Ghani Ahmad dilahirkan di Pulau Sayak, Daerah Kuala Muda, Kedah pada tahun
1945. Beliau adalah seorang bekas askar komando berpangkat sarjan yang telah bersara sejak
tahun 1978. Beliau tidak menerima pendidikan seni secara formal dan belajar melalui
pengamatan dan pengalaman sejak tahun 1986 lagi. Abdul Ghani Ahmad berkarya dengan
pelbagai medium seperti pensil, cat air, akrilik dan cat minyak. Pengkaryaan beliau lebih
memokuskan keindahan alam semulajadi, lanskap desa dan tradisi budaya tempatan. Di awal
pembabitan pada pertengahan 1980-an beliau melukis subjek alam semulajadi dengan gaya
naturlisme dan realisme seperi siri-siri ‘Alam Semulajadi’. Pada tahun 1991 beliau telah
mengadakan sebuah pameran solo di Pusat Kreatif, Balai Seni Negara. Sepuluh tahun
kemudian iaitu pada 2001 beliau telah mengadakan pameran solo di Balai Berita yang
menghimpunkan koleksi karya-karyanya. Selepas tahun 2010-an beliau beralihan kepada
pengkaryaan secara separa abstrak denga siri-siri karya yang berdasarkan subjek flora dan
fauna seperi siri ‘Journey Series’ dan ‘Freedom Series’.
Pengalaman sebagai komando yang sering keluar masuk hutan membuatkab beliau begitu
akrab dengan alam semulajadi. Karya Abdul Ghani Ahmad ‘Kedamaian Tropika Belum I’
(2006) adalah sebuah karya cat air atas kertas mengenai keindahan lanskap hutan. Karya ini
merakamkan keindahan Taman Negeri Royal Belum (TNRB) atau lebih dikenali dengan
Hutan Belum yang terletak di utara negeri Perak. Hutan Belum adalah hutan hujan tropika
13
yang menyimpan khazanah flora dan fauna semulajadi yang disimpan untuk tujuan
penyelidikan. Karya ‘Kedamaian Tropika Belum I’ memperlihatkan laluan air sungai yang
jernih, pada bahagian kanan terdapat batu sungai dan di atasnya adalah tebing. Fokus karya
ini adalah dibahagian tengah yang merupakan titik perspektik karya lanskap ini. Karya ini
memperlihatkan kecantikan, kehijauan hutan dan kejernihan air sungai yang mendamaikan
sebagai tinggalan warisan dan berpotensi untuk mempromosikan eko-pelancongan tanahair.
Sharifah Zuriah Al-Jeffri dilahirkan di Sungai Petani, Kedah pada tahun 1938 dan kini
berumur 84 tahun menetap di Kuala Lumpur. Beliau terkenal dengan karya-karya
menggabungkan gaya kaligrafi Islam dengan catan berus Cina. Beliau mendapat pendidikan
awal dalam pengajian undang-undang dari Inner Tample, London dari 1965 hingga 1967.
Sharifah Zuriah mendapat asuhan awal seni dengan berguru dengan Anthony Sum iaitu
pelukis catan berus Cina daripada tahun 1976 hingg 1979. Berlatarbelakangkan undang-
undang beliau bukan sahaja seorang pelukis tetapi juga aktivis soial dan alam sekitar. Karya-
karya beliau refleksi terhadap isu global dan alam sekitar. Dua subjek yang sering kelihatan
dalam karya beliau adalah bunga teratai dan gunungan. Pada tahun 1990-an semasa krisis
Perang Teluk beliau banyak melukis bunga teratai yang merupakan simbol kepada
keharmonian dan keamanan. Semasa Perang Bosnia yang berlaku daripada 1992 hingga 1995
karya beliau memokuskan kepada kaligrafi Islam dalam ‘Siri Bosnia’.
Karya Sharifah Zuriah Al-Jeffri ‘Lata Berkoh’ (1982) adalah sebuah karya pemandangan di
Taman Negara yang terletak di Ulu Tembeling, Pahang. Karya dakwat atas kertas ini
memperlihatkan ciri-ciri lukisan berus Cina. Pengolahan ini dapat dilihat dari segi bahantara
itu sendiri iaitu dakwat dan subjek gunungan yang bersifat vertikal sepertimana gaya lukisan
berus cina di atas skrool. Lata Berkoh adalah sebuah tempat rekreasi air terjun yang terkenal.
Dalam karya ‘Lata Berkoh’ pelukis memperlihat aliran sungai dari air terjun yang berkelok-
kelok arah alirannya yang bergerak dari hulu yang mengalir ke hilir. Permukaan tebing di
dalam karya ini pula agak curam dan agak bahaya jika aktivti bermandi manda diadakan di
sini. Manakala itu di bahagaian hadapan aliran air sungai dari air terjun agak deras dan
berhalangan. Karya lukisan ini memperlihatkan kepada kita bentuk seni kaligrafi Cina namun
dengan lenggok dan intipati tempatan.
Rafiee Ghani dilahirkan di Kulim, Kedah pada tahun 1962. Beliau mendapat latihan seni
awal daripada penyertaan menyertai bengkel seni cetak di De Vrije Academie Voor
Bildeende Kunst, Hague, Belanda pada tahun 1980. Beliau kemudiannya melanjutkan
pelajaran dalam Diploma Seni Lukis dan Seni Reka (Seni Halus) di Institut Teknologi Mara
daripada tahun 1983 hingga 1985. Pada tahun 1986 hingga 1988 beliau dilantik menjadi
pensyarah seni halus ITM yang mengajar subjek cetakan dan catan. Semasa menjadi
pensyarah beliau meneruskan pengajian sehingga peringkat sarjana Master in Fine Art Prints
(MFA) daripada Manchester Polytechnic di England pada tahun 1987. Sekembalinya ke
tanahair beliau terus mengajar sehingga tahun 1990. Antara tahun 1991 hingga 1993 beliau
mengajar catan dan cetakan di National Youth Service di Mehe, Seychelles.
Sepanjang kariernya sehingga kini Rafie Ghani telah mengadakan 11 pameran solo. Pameran
solo pertama ‘Room of Flowers’ diadakan pada tahun 1993 di Caracosa Seni Negara, Kuala
Lumpur dimana beliau mula meneroka subjek alam benda. Solo kedua ‘Oriental Afternoon’
diadakan di Art Salon, Kuala Lumpur pada 1994. Solo ketiga ‘Painted Garden’ pula
berlangsung di Oriental Bank Gallery, Kuala Lumpur dengan usahsama Rusli Hashim Fine
Art pada 1996. Solo keempat ‘Pulanglah Perantau’ dipamerkan di Art Case Galleries, Kuala
Lumpur pada 2001. Pameran solo kelima pula telah diadakan di Galeri Chandan, Kuala
14
Lumpur dengan siri ‘Rainbow Worriors’ pada 2009. Pada tahun 2012 Rafie Ghani hadir
semula di Galeri Chandan dengan solo keenam yang bertajuk ‘Perfumed Garden’. Selang dua
tahun kemudian dengan ‘Desert Rose by Rafie Ghani di Galeri Chandan pada 2014. Solo
kelapan ‘Homeland’ diadakan di The Edge Galerie pada 2016. Pameran solo kesembilan
‘Adventure in Wonderland’ di Vallette Gallery, Kuala Lumpur dan solo kesepuluh di Nuo
Gallery, Taiwan.
Karya ‘Lillies Series’ (1999) oleh Rafie Ghani adalah sebuah catan cat minyak atas kanvas
adalah salah satu karya dalam pameran ‘Pulanglah Perantau’ yang diadakan di Art Case
Gallery, Kuala Lumpur pada 2001. Karya lanskap ini betemakan bunga lili atau bunga
bakung oleh beliau ini mempunyai pengaruh yang kuat terhadap siri karya ‘Water Lilies’ oleh
Claude Monet (1840-1926) iaitu pelukis besar Impressionis Perancis. Dalam siri ‘Water
Lilies’ Monet telah menghasilkan 250 catan yang dihasilkan selama 30 tahun terkhir
kariernya dimana beliau dikatakan mengalami katarak sepanjang siri ini dihasilkan. Terdapat
persamaan yang jelas antara ‘Lillies Series’ oleh Rafie dan ‘Water Lillies’ oleh Monet
dimana kedua-duanya mengambil subjek sebuah taman yang bertasik dimana penuh dengan
kuntuman bunga-bungaan. Karya ‘Lillies Series’ adalah satu inspirasi dan penghormatan
Rafie Ghani terhadap karya besar seperti ‘Water Lillies’ oleh Monet.
Maamor Jantan dilahirkan pada tahun 1961 di Kulim, Kedah. Pada awalnya beliau adalah
seorang mekanik, kemudiannya pernah menjadi pembantu sebuah galeri di Kuala Lumpur
yang memberikannya kesempatan untuk bertemu dengan ramai pelukis. Antara pelukis yang
ditemui dan menarik minat beliau untuk menjadi pelukis adalah Khalil Ibrahim. Beliau
pernah mendapat bimbingan daripada Khalil Ibrahim pada tahun 1984 sebagai pelukis
perintis. Beliau pernah melukis disekitar Wisma Yakin, Jalan Masjid India pada 1980-an dan
kemudiannya berhihjrah ke Kompleks Budaya Kraf di Jalan Conlay pada 1990-an hingga
akhir 2010-an. Pada awal pengkaryaan beliau melukis dengan menggunkan cat air sebelum
beralih kepada cat minyak. Antara subjek yang menjadi pilihan beliau adalah pemandangan
di desa, suasan kenduri kendara, kampung nelayan dan lanskap panorama. Antara siri karya
yang pernah dihasilkan oleh beliau adalah ‘Siri Pemandangan, ‘Siri Cakcibor’. Pada tahun
2014 beliau mengadakan pameran solo pertama ‘Figment of Imagination’ di Galeri Seni
Universiti Malaya pada tahun 2014. Solo kedua ‘Lukisan Keroncongan’ diadakan di tempat
yang sama pada tahun 2016.
Maamor Jantan terkenal dengan ‘Siri Cakcibor’, dalam dialek Perak cakcibor bermaksud
pepatung. Dalam aliran seni gaya dekoratif (Art Nouveau) pepatung sering digunakan dalam
mereka bentuk barang kemas dan motif dekorasi pada fabrik dan hiasan rumah.
Siri karya ini beliau mula hasilkan sejak pertengahan sehingga ke hari ini. Karya Maamor
Jantan ‘Awan Di Taman Halaman’ (2003) adalah sebuah karya cat air atas kertas dalam
koleksi Balai Seni Negara yang mempunyai kesinambungan terhadap ‘Siri Cakcibor’ yang
dihasilkan sebelum ini. Dalam karya lansdskap ini memperlihatkan sebuah suasana
pemandangan desa yang seakan samar-samar pandangannya. Pengaruh pepatung seabagai
satu serangga yang hidup dalam penyamaran kelihatan dalam karya ini dengan kebanyakan
warna-warna dalam karya ini seakan-akan warna pepatung yang kuning kejinggaan. Karya ini
menekankan pengolahan teknik cat air yang agak unik
Ahamad Fauzi Hassan dilahirkan di Kuala Kangsar pada tahun 1959 dan kini menetap di
Alor Setar, Kedah. Ahmad Fauzi merupakan bekas guru pendidikan seni di Sekolah
15
Menengah Kebangsaan Tun Sharifah Rodziah. Beliau aktif mengadakan pameran solo dan
berkumpulan sejak tahun 1976 lagi. Antara pameran solo beliau adalah ‘Ekspresif Ahamad
Fauzi Hassan’ di Alor Star pada 2002, pameran solo ‘Alor Setar: Launch of Sylphy’ di
Bangunan Tan Chong, Alor Setar pada 2008. Beliau berkarya hampir dalam semua genre seni
seperti landskap, alam benda, lukisan figura dan seni abstrak.
Selain merakamkan landkap perdesaan dan landskap lautan (seascape) Ah mad Fauzi juga
merekod landskap bandar (townscape. Karya ‘Alor Star 6 (Jalan Raja) yang dihasilkan oleh
beliau pada tahun 2002 adalah sebuah karya cat minyak atas kanvas yang menggambarkan
landskap bandar sebuah jalan yang agak sibuk di bandaraya Alor Setar yang
berlatarbelakangkan mercu tanda ibu negeri ini iaitu Menara Alor Setar. Jalan Raja
mempunyai sejarah yang tesendiri sejak tahun 1940-an lagi. Jalan ini terletaknya sebuah
jambatan yang dibina sejak zaman kolonial iaitu Jambatan Bailey yang kini dikenali sebagai
Jambatan Sultan Abdul Halim. Kini Jalan Raja menghubungkan Jalan Tunku Ibrahim di utara
dengan Lebuhraya Sultan Abdul Halim. . Karya ‘Alor Star 6 (Jalan Raja) memperlihatkan
jalan simpang empat yang menempatkan bangunan lam yang kini dijadikan Balai Polis Trafik
Kota Setar dan Pos Malaysia Jalan Raja disamping deretan kedai perniagaan.
Lye Yau Fatt dilahirkan di Alor Setar pada 1950. Beliau adalah seorang pelukis cat air Kedah
yang menggunakan medium ini dari awal pembabitannya dalam bidang seni sehinggalah ke
hari ini. Pada tahun 1986, Lye Yau Fatt berpeluang menyertai bengkel cetakan di New York, Amerika Syarikat.
Beliau aktif mengadakan pameran sehingga lahir sebuah siri yang dinamakan ‘Joy of Living’
yang dihasilkannya pada akhir dekad 1980-an sehingga 1990-an.Menurut Mohd Makhzan
Musa Lye Yau Fatt telah berjaya mengadakan dua pameran di Sum Art Gallery, Kuala
Lumpur pada tahun 1979 dan 1980.
Sebuah karya Lye Yau Fatt bertajuk ‘Semulajadi/Nature’ (1979) boleh dikatakan adalah hasil
daripada perolehan daripada dua pamerannya di Kuala Lumpur berdasarkan sumber berikut.
Karya ‘Semulajadi/Nature’ adalah antara sebuah karya awal beliau sebelum beralih kepaa
‘Siri Joy of Living’. Karya alam benda atau still life ini adalah sebuah karya permainan
cahaya dan bayangan dengan medium kegemaran beliau. Latar belakang karya ini adalah
sebuah binaan yang berkayu dan berbatu konkrit. Manakala subjek karya ini adalah tin
majerin yang berjenama Planta. Tin majerin ini sangat popular dikalangan ibu-ibu untuk
dalam menghasilkan biskut-biskut moden terutamnya di musim perayaan di negara ini.
Sehingga ke hari ini jenama Planta ini masih wujud dan digemari oleh ganerasi baru ibu. Pasu
bunga yang diperbuat daripada tin-tin terbuang untuk dijadikan sebagai hiasan adalah
pemandangan biasa dekad 1970-an dan 80-an di Malaysia sebagai barangan kitar semula.
Karya Yau Fatt ini adalah salah sebuah karya dokumentasi peredaran zaman dari aspek
konsumerisme yang berlaku di negara ini.
Rohaizad Shaari dilahirkan di Jitra Kedah dan beliau mendapat pendidikan rasmi seni dalam
bidang seni halus daripada Institut Teknologi Mara, Shah Alam daripada tahun 1988 hingga
1992. Setelah tamat pengajian beliau kembali ke negeri kelahirannya untuk menjadi pelukis
sepenuh masa disamping aktif dengan persatuan Angkatan Pelukis Kedah (APK).
Pengkaryaan Rohaizad pada hari ini boleh dibahagikan kepada ‘Siri Pemandangan’ yang
dihasilkan daripada tahun 1986 hingga 2002. Beliau sering mengadakan pameran
berkumpulan menerusi siri pemandangan ini yang mengangkat aktiviti pertanian tempat
kelahiran beliau dilahirkan menerusi cat air. Menyedari subjek ini telah dipelopori oleh
16
Pelukis Tiga Serangkai seperti A.B. Ibrahim, A.J Rahman dan Sidin Yahya beliau cuba
beralih arah kepada subjek yang agak berbeza.
Pada tahun 2003 beliau hadir dengan pameran solo dengan Siri Gerek. Istilah gerek dalam
bahasa bermaksud sikal, perkataan ini bukan sahaja memberi makna kepada basikal tetapi
dalam makna yang lebih luas iaitu kenderaan sikal atau kenderaan yang mempunyai roda
seperti beca dan motosikal. Karya Rohaizad yang bertajuk ‘Dari Jelapang’ (2001) adalah
sebuah karya transisi peralihan dalam percubaan beliau untuk menerokai ‘Siri Gerek’ secara
intensif lagi. Meletakkan sebuah motosikal Vespa model klasik berwarna biru keluaran
mungkin tahun 1950an sehingga 1970-an yang mempunyai nombor pendaftaran negeri
Kedah yang mungkin dimiliki oleh petani berdasarkan tajuknya seakan-akan ingin
mengatakan kenderaan ini adalah antara kenderaan yang sering digunakan oleh petani didesa
dalam bergerak dari satu tempat ke suatu tempat yang lain.
Choh Kiat Siong dilahirkan di pada tahun 1968 di Alor Setar, Kedah. Beliau adalah antara
pelajar awal lulusan Collage of Art Kuala Lumpur daripada tahun 1986 sehingga 1990.
Pengkaryaan beliau banyak dipengaruhi oleh bapanya yang juga merupakan pelukis sepenuh
masa. Selain melukis sepenuh masa Kiat Siong membuka kelas lukisan di tempat
kelahirannya. Beliau mengadakan pameran solo pertama pada tahun 1993 dengan tajuk
‘Light and Shade’ di Rainbow Art Gallery di Pulau Pinang yang memaperkan sejumlalh
karya cat airnya.
Karya Choh Kiat Siong ‘Nagore Durgha Sheriff Penang’ (2006) adalah antara karya dalam
pameran solo yang keempat yang bertajuk ‘Life’s Journey’ yang diadakan pada tahun 2006.
Pameran solo ini mempamerkan himpunan karya karya seni bina ikonik di beberapa buah
negeri seperti Pulau Pinang, Melaka antaranya ialah seperti ‘Kapitan Kling Mosque’ (2005),
‘A Famosa, Melaka’ (2005) dan karya ‘Nagore Durgha Sheriff Penang’ (2006) dalam
simpanan koleksi negara ini. Apa yang membezakan karya Kiat Siong dengan pelukis
lanskap senibina yang lain iailah beliau menggabungkan pergerakan figura sebagai latar
depan manakala seni bina adallah latar belakangnya untuk menampakkan karyanya lebih
hidup dalamm merekod zamannya.
Pelukis Ganerasi Baru (pelukis muda)
Manakala itu pelukis genarasi baru pula adalah pelukis yang dilahirkan selepas tahun 70 an
misalnya Sabri idrus (1971), Choy Chun Wei (1973), Aznan Omar (1973) dan Fauzul Yusri
(1974), Mohd. Fazli Othman (1982), Rosnizam Murat, Khairuddin Abdul Hamid, Fathullah
Luqman Yusof (1972),
Fauzul Yusri dilahirkan di Kuala Muda, Kedah pada tahun 1974. Beliau mengikuti pengajian
Ijazah Sarjana Muda Seni Halus (Lukisan) daripada Universiti Teknologi Mara, Shah Alam
daripada tahun 1995 hingga 1999. Beliau aktif mengadakan pameran solo dan berkumpulan
di Malaysia dan Asia Tenggara. Sehingga kini beliau telah mengadakan 13 pameran solo
antaranya pameran solo pertama ‘Works on Canvas’ (2001) dan solo kedua ‘Cage’ (2003)
diElm Quay Fine Arts. Pada tahun 2004 kembali dengan solo ketiga ‘Pop Primitive’ di Galeri
Iizu, Kuala Lumpur. Selepas itu beliau menjadi salah seorang pelukis yang diurus oleh Galeri
Taksu. Antara pameran solo beliau bersama galeri Taksu adalah pameran ‘Neolithic’ (2006),
17
‘Ground’ (2007), ‘Raw’ (2009), ‘Play’ (2009) ‘Guris’ (2011), ‘Coreng’ (2013),
‘Whiteground’ (2017’, ‘Tona’ (2020) dan ‘Konkrit’ (2021).
Sejak daripada sekolah seni Fauzul lagi telah meneroka penggayaan karya seni yang seperti
dihasilkan oleh kanak-kanak atau seni naif (naive art). Seni naif yang dihasilkan Fauzul
bermain dengan garis-garis yang ringkas, bentuk-bentuk mudah yang dihasilkan daripada
pandangan dan perspektif anak kecil terhadap sesuatu rupa. Dalam konteks sejarah seni Barat
seni sebegini mula ditemui melalui lukisan-lukisan gua yang dihasilkan oleh manusia pra-
sejarah. Karya cat minyak atas kanvas bertajuk ‘Candi Lembah Bujang’ (2004) adalah sebuah
rakaman tapak bersejarah tamadun awal manusia di Asia Tenggara. Candi dari segi bahasa
bermaksud bangunan purba atau kuno yang diperbuat daripada susunan batu-batuan. Di
dalam peta negeri Kedah, Lembah Bujang terletak berhampiran dengan Sungai Batu, Merbok
di dalam daerah Kuala Muda. Karya ‘Candi Lembah Bujang’ (2004) adalah sebuah
dokumentasi memori silam di daerah kelahiran Fauzul Yusri dimana terletaknya sebuah
kerajaan awal manusia. Jika diselami latarbelakang beliau ini yang membuatkan beliau terus
berkarya dengan stail-stail corengan dan gurisan seperti lukisan pra-sejarah.
Terdapat dua ahli kumpulan Matahati yang berasal daripada Kedah iaitu Masnor Ramli
Mahmud dan Ahmad Fuad Osman. Matahati adalah kumpulan kolektif seni yang ditubuhkan
oleh beberapa orang anak muda semasa mereka menuntut di Institut Teknologi Mara pada
akhir tahun 1980-an. Masnor Ramli Mahmud dilahirkan di Alor Setar pada tahun 1969.
Beliau mendalami jurusan seni halus daripada Institut Teknologi Mara daripada tahun 1989
hingga 1991. Selepas bergraduan beliau menghasilkan karya dalam pelbagai medium seni
seperti catan, lukisan, cetakanf dan fotografi. Pengalaman yang beliau perolehi bekerja
dengan syarikat animasi selama tiga tahun sehingga 1997 memberi kelebihan kepadanya
untuk meneroka seni video dalam pengkaryaan beliau seterusnya.
Karua beliau ‘Sign of Life Series-Floating Image II’ (1995) adalah salah satu karya awal
yang beliau hasilkan dengan menggunakan cat minyak diatas papan. Karya ini mempunyai
lima siri karya yang dihasilkan daripada tahun 1993 hingga 1995. Di awal pengkaryaan ahli
kumpulan Matahati tidak membataskan pengkaryaan mereka kepada suatu halatuju tema
tertentu dan ahli kumpulan bebas berekspresi mengikut gerak hati masing-masing. Perihal
termasuklah pengkaryaan Masnor. Dalam ‘Sign of Life Series-Floating Image II’ (1995)
memperlihatkakn seolah-oleh figura yang sedang terapung di suatu ruang yang asing. Karya
ini adalah suatu perluahan pergolakan perasaan dalaman pelukis dalam mencari diri. Dalam
siri ‘Floating Image’ ini bentukan bulat atau berpusar dengan imej figura yang tangan dan
kaki yang terbuka seakan terapung menjadi identiti karya-karya ini.
Seorang lagi ahli Kumpulan Matahati yang berasal dari Kedah adalah Ahmad Fuad Osman .
Beliau dilahirkan di Baling pada tahun 1969. Di awal pengkaryaan Fuad menghasilkan karya-
karya ‘Lost Series’ sejak tahun 1994. Beliau mengadakan pameran solo pertama ‘Experiment
With The Truth’ di NN Gallery pada 1998. Beliau juga mengadakan pameran solo menerusi
program residensi yang beliau sertai misalnya ‘Saat Beku’(2003), Vermont Studio Center,
Amerika Syarikat, Red Mill Gallery, ‘Too Much (Not Enough)’ (2006) Gayang Art Studio,
Korea Selatan. Selepa kembali daripada Vermont beliau mengadakan sebuah pameran yang
menghumpunkan karya-karyanya dalam tempoh 10 tahun dengan ‘Paintings 1993-2003’ di
Muzium dan Galeri Tuanku Fauziah, Universiti Sains Malaysia pada 2003. Antara pameran
solo selepas itu adalah ‘Dislocated’ (2007) 12 Artspace, Kuala Lumpur, ‘Primitive’ ( ) A+,
18
Karya Ahmad Fuad Osman Ahmad Fuad Osman ‘An Eye For An Eye Will Make The Whole
World Go Blind’ (2003) adalah sebuah karya yang diperoleh melalui pameran Philip Morris
Malaysia Art Award yang diadakan pada tahun 2003 dimana karya ini memenagi Hadiah
Pilihan Juri dalam pertandingan dan pameran itu. Karya ini adalah sebuah karya sinis atau
sindiran terhadap peranan media masa terutamanya media cetak dalam mempengaruhi minda
pembaca. Majalah Time dan majalah Newsweek adalah dua buah majalah mingguan sebagai
suara dunia Barat.
Majalah ‘TIME’ dimanipulasi oleh Fuad kepada ‘ITEM’ dengan gambar fotografi potret diri
yang memakai serban dan jubah manakan terttulis tajuk berita utama ‘ON THE TRIAL OF
TERROR’ atau PERBICARAAN PENGGANAS. Dibawah ‘tajuk majalah’ pada tarpulin
tertulis “We’re the world’s most truthful newsmagazine-over 45 million people worldwide get
their news from us than any other single source” atau terjemahanya “Kami adalah sebuah
majalah berita yang dibaca oleh 45 juta pembaca dari seluruh dunia sebagai sumber utama”.
Tarpulin kedua nama majalah ‘NEWSWEEK’ diolah menjadi ‘NEWSWEAK’, dengan tajuk
berita utama RIGHT MAN, RIGHT TIME: JOHN THE BENEVOLENT. Fuad sekali
memanipulasi wajahnya seperti seorang pemimpin yang memakai baju kot dengan tertulis
tajuk berita kecial “Piss Talked In Jarusalem” pada bahagian tarpulin tertulis sumber “On
this planet, more people get their news from us than any other single source-over 60 million
people, worldwide” atau terjemahan “ Di dalam planet ini, 60 juta orang diseluruh dunia
mendapat berita daripada kami sebagai sumber utama mereka”.
Karya ini disifatkan sebagai sebuah karya kecaman terhadap media Barat yang disifatkan
sebagai berat sebelah dalam melaporkan maklumat. Pengkarya menggunakan permainan
bahasa dalam melontarkan kritikannya. Karya cetakan digital atas tarpulin sebagai gegantung
(bunting) dalam memberi maklumat ini adalah sebuah karya tindak balas seniman terhadap
pasca 9/11 atau apa yang dikatakan Islamophobia. Dalam dunia Barat melaungkan keadilan,
kebebasan bersuara, demokarasi hak asasi manusia atau dalam maksud tersirat sebagai ‘Mr.
Yes’ namun satu tindakan lagi mereka berat sebelah terhadap isu tanah rakyat Palestin
(Baitumuqadis) dan Israel (Jarusalem). Sidang damai antara antara kedua-dua negara
hanyalah persidangan kosong yang tidak dapat diselasaikan sehingga hari ini
Choy Chun Wei dilahirkan pada tahun 1973 di Sungai Petani, Kedah Darul Aman. Beliau
mendapat pendidikan awal dalam sarjana muda seni reka grafik pengkhususan dalam ilustrasi
di Central St. Martin School of Art di London daripada tahun 1996 hingga 1998.
Sekembalinya ke Malaysia beliau telah mengajar sebai pensyarah di beberapa buah kolej
seni. Pada tahun 2004 beliau telah memenangi Hadiah Pilihan Juri dalam Bakat Muda
Sezaman. Setahun kemudian beliau menyertai residensi pelukis di Rimbun Dahan Artis in
Residence di Kuang. Pada tahun 2007 Choy Wei mengadakan pameran solo pertama
‘Kaleidoscope Landscapes’ di Wei Ling Gallery. Setahun kemudian beliah menyertai
program residensi di Vermont Studio Center, Amerika Syarikat dan mengadakan pameran
solo kedua ‘Trails’ di Red Mill Gallery pada tahun 2008. Wei-Ling Gallery kemudiannya
mengikat Chun Wei untuk mengadakan bebepara pameran solo sterusnya sepeti ‘Here and
Now’ (2011), ‘Insight’ (2014), ‘Encountering Mass Man’ (2021)
Catan Choy Chun Wei ‘Collapsing I’ (2008) adalah sebuah karya menggunakan medium
campuran atas kertas. Karya sebegini mulai diterokai oleh beliau sejak menyertai program
residensi selama setahun di Rimbun Dahan pada tahun 2007.Karya ‘Collapsing I’ (2008)
19
dalam siri karya beliau yang hasilkan di atas kartografi dan berbentuk peta minda. Kartografi
adalah kaedah menggunakan peta yang dijana oleh komputer untuk mewakili data yang
banya. Latar belakang Chun Wei dalam seni reka illustrasi digabungkan dengan citra seni
dimanfaatkan beliau dalam menghasikan karya sebegini. Karya ini adalah sebuah karya
tampalan yang berlapis-lapis atau kolej di atas kanvas yang memperlihatkan seperti sebuah
runtuhan secara abstrak.
Sabri Idrus dilahirkan di Alor Setar, Kedah pada tahun 1971. Beliau mendapat didikan awal
dalam Diploma Seni Reka Grafik daripada Mensa Design Insitute daripada tahun 1990
hingga 1991. Beliau kemudiannya melanjutkan pelajaran dalam pengajian Ijazah Sarjana
Muda Seni Halus daripada Institut Teknologi Mara, Shah Alam daripada tahun 1995 hingga
1999. Sabri kemudiannya mengikuti pengajian Sarjana Seni Halus (MFA) dalam Creative
Practice di Transart Institute, Plymouth University, United Kingdom. Beliau aktif
mengadakan pameran solo sejak beliau bergraduan antaranya ‘The Search Of The
Uncertainties’ di The Painting Hall, Selangor (1999), ‘Lorek-Lorek, The Creation Of Lines di
Townhouse Gallery, Kuala Lumpur (2004), ‘Bangau Oh Bangau’ di Balai Berita NST, Kuala
Lumpur (2004), ‘Keroncong Series: A New Form Of Physical Listening’ di Wei-Ling
Gallery, Kuala Lumpur (2006), ‘Mydomain’ di Ahmad Zakii Anwar’s Gallery At The Back
Of The House, Johor Bahru (2008), ‘In Transit, Malaysia-Poland’ di Aula Gallery,
University of Arts Poznan, Poland (2009), ‘Masa Series: A Reduction Process’ di Taksu
Gallery, Kuala Lumpur (2010), ‘Mufakat: Space For The Public’ di The Painting Garage,
Bandung (2010), ‘Antara’ di Taksu Gallery, Singapore (2012). Beliau kemudiannya
direprestasi oleh Gajah Galeri dari Singapura dengan beberapa pameran solo seperti
‘Recovery Plan’ (2015), ‘Matters and Manipulations’ (2017) dan yang terkini ‘Power – Now
and There’ (2021).
Karya Sabri Idrus ‘Keroncong Series 01,02 & 03’ adalah sebuah karya cetakan mono 3 panel
yang dihasilkan pada 2005. Karya ini pengkaryaan awal yang dihasilkan sebelum siri karya
pameran solo beliau yang bertajuk ‘Keroncong Series: A New Form Of Physical Listening’
yang dipamerkan di Wei-Ling Gallery, Kuala Lumpur pada tahun 2006. Karya ‘Keroncong
Series’ adalah pengkaryaan karya-karya yang mempertemukan antara catan dan muzik.
Karya ini adalah sebuah karya kajian dengan menggunakan cetakan mono atau cetakan yang
dibuat hanya sekali sahaja dan tidak boleh diulang cetak. Karya ini dibahagikan kepada 3
panel atas, tengah dan bawah. Panel atas berlatarkan warna putih dengan eksprerimentasi
tompok biru dan merah. Panel tengah dengan jalur putih dan merah jambu manakala panwl
bawah dengan bidangan warna merah dan lorekan kehitaman. Sabri dikanali sebagai pelukis
yang menggunakan bahan-bahan indusri seperti serbuk daripada besi, aluminium, zink,
cermin, resin dan lilin.
Mohd Fazli Othman dilahirkan di , Kedah pada tahun 1982 dan mendapat pendidikan seni
halus pengkhusuan dalam catan di Universiti Teknologi Mara UiTM Shah Alam. Beliau kini
merupakan pensyarah seni halus di univeristi yang sama. Karya beliau dalam koleksi Balai
Seni Negara iaitu ‘Daily Struggle’ (2014) adalah sebuah karya cat minyak berkembar 2 panel.
Karya ini megambarkan tiga pekerja penyelenggara jalan raya sedang melakukan
pembersihan jalan yang berhampiran dengan lampu isyarat. Ketiga-tiga pekerja
penyelenggara ini memakai pakaian beruniform berwarna oren manakala dibahagian kepada
mereka pula ditutupi dengan topi atau penutup muka. Dibelakang pekerja ini terpacak
bendera persekutuan Malaysia dan bendera kerajaan negeri. Karya figuratif realisma ini
20
berkongsi tentang pergelutan manusia dalam mengharungi kehidupan harian berdasarkan
pekerjaan mereka. Karya ‘Daily Struggle’ (2014) adalah sebuah komentar sosial terhadap
dunia kemanusiaan pada hari ini.
Kesimpulannya pameran ‘Gerak Rupa: Pelukis Kedah Dalam Koleksi Balai Seni Negara
yang menghimpunkan 32 pelukis dan 32 karya terpilih yang berada di dalam Himpunan
Tetap Negara ini menjadi batu loncatan bagi mengenali pelukis-pelukis dari negeri lain yang
kini karya mereka dihimpun oleh Balai Seni Negara. Melalui pameran bergerak ini juga
diharapkan agar hasrat institusi ini untuk mendekatkan khalayak dengan khazanah seni visual
negara menjadi kenyataan.
21
Rujukan
Rahmidin Zahari, ‘A.B Ibrahim dan Lukisan Cat Air Melayu’, Senikini #14, 2011,
Balai Seni Negara, Kuala Lumpur, ms 20.
Mohd Makhzan Musa, ‘Seni Lukis Kedah Darul Aman’, Dewan Bahasa dan
Pustaka,2014, Kuala Lumpur
Amerrudin Ahmad, Haikal Zulkifli & Sarifah Abu Bakar Ebau, ‘Pelukis Negeri
Kedah Dalam Koleksi (Himpunan Tetap) Balai Seni Negara, 2017, Kuala Lumpur,
ms 14-17.
Inventori Himpunan Tetap Warisan Seni Tampak Negara 1958-2003, Balai Seni
Negara, 2003
Inventori Himpunan Warisan Tetap Seni Visual Negara 2004-2009, Balai Seni
Negara, 2009.
Faizal Sidik, ‘Alkesah Yang Empunya Cherita’, Balai Seni Negara, Kuala Lumpur,
2013, ms 33-34
Katalog ‘Ibrahim Hussein A Retrospective’, Balai Seni Lukis Negara, Kuala
Lumpur, 1986.
Sesi perbincangan dengan Jaafar Ismail berkenaan dengan Galeri Saujana Fine Arts
yang dimiliki oleh Kumpulan Pelukis.
Katalog ‘Saujana Fine Arts’, Subang Jaya, Selangor, 1984
Majalah ‘Another Initial Impetus #3- Session 3: Khoo Sui Hoe’ National Gallery
Singapore, 2020.
Kong Wai Yeng, ‘Cover Story: A brushstrokes of genius’, The Edge Malaysia,
September 2017.
Faizal Sidik, ‘Anasuwandi Ahmad: Perangkap’, katalog pameran Anasuwandi
Ahmad: Perangkap , House of Matahati (HOM), Kuala Lumpur, 2011.
Rahel Joseph & Anurendra Jegadeva, ‘Space Between’ Wei Ling Gallery, Kuala
Lumpur, 2015
.jpg)

Tiada ulasan:
Catat Ulasan